KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label plus. Show all posts
Showing posts with label plus. Show all posts

Nov 21, 2008

Diskaun Tol 10 peratus tingkat risiko kemalangan – Persatuan Pengguna

suarakeadilan | Tindakan PLUS mengenakan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan meningkatkan risiko kemalangan Jalan Raya pada waktu malam.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M Mohamed Idris berkata, kemungkinan wujud pengguna yang sanggup pulang lewat dari pejabat semata-mata mahu berjimat tanpa mempedulikan risiko kemalangan.

Tambahnya lagi, anggaran PLUS yang menyebut sebanyak 800,000 kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan dengan 10 peratus adalah di waktu tengah malam. Pertambahan volum trafik dan keletihan mampu menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.... more.

10% diskaun TOL

Aku suruh pekerja aku ke Alor Setar untuk ambil barang. Lori sudah siap di service dan ia boleh bergerak bila bila masa.
Jam 10.00 pagi wang belanja sebanyak RM500.00 aku dah keluarkan pada pemandu dan arahan pun keluar selepas itu.

Bila aku tengok dia dok berlegar di dalam opis, aku pun tanya.

"Mat kau tak tolak lagi ke?" tanya aku.
"Tak boss", jawabnya spontan.
"Lori dah siap, minyak dah kasi ... apa lagi mau?, kata aku lagi.
"Tunggu malam boss.", jawabnya lagi.
"Napa lak?", sambung aku.
"Jalan malam murah, siang mahal. Kalau tolak jam 12.00 malam toll kurang 10%." jelasnya.
"Saya nak awak pegi sekarang, customer dah tunggu.", aku beritahu.
"Saya nak tolong syarikat boss ... kalau toll jimat, syarikat kita untung.", katanya.
Adusss... kena lagi aku.
Susahnya ... nak marah dah tua, tapi kalau tak marah, pelanggan aku lari. Amende dengan 10% kalau pelanggan aku lari. Mau tak mau ... aku tambah duit lagi dan suruh dia bergerak sekarang.

Sebenarnya kisah toll ini hanya nak bagi orang sedap telinga je. Sampai sekarang pun kita tak tau samada caj potongan itu bermula di mana. Kalau toll digunakan pada Jam 12.00 malam sehingga jam 7.00 pagi, dapat murah 10%. Tapi kalau kita masuk toll jam 11.50 malam, adakah kita tertakluk pada harga baru atau lama. Dan bagaimana pulak kalau berada di lebuhraya jam 3.00 pagi dan kelular dari lebuhraya jam 9.00 pagi?

Kalau dapat info penuh bagus juga buat berdebat.
Tapi kalau hanya jam 12.00 malam sehingga 7.00 pagi, mungkin ramai yang berderet di pondok toll untuk di golongkan di dalam kumpulan pengguna lebuh raya pada waktu diberikan diskaun.

Aikk kkkk ... pening.

Nov 19, 2008

PLUS tak ikhlas

http://media1.malaysiakini.com/7/93f6a19f54e14c11beea00611dd247b5.jpgmesintaipburuk | .... Aku hanya tersenyum sinis membaca laporan mengenai hal tersebut yang diumumkan oleh Mohd. Zin, Menteri Kerjaraya yang wajahnya ala-ala hero hindustan itu. Tertanya juga dalam hati aku PLUS ni ikhlas ke nak bagi diskaun? Sebabnya PLUS tentunya sudah kaji bahawa dalam tempoh tersebut tidak banyak kenderaan persendirian yang melalui plaza tol. Paling banyak pun kereta bernombor pendaftaran "S" dengan pemandu-pemandunya yang "kiasu" meluncur laju menuju ke Genting, terutama pada hujung minggu .

Jadi buat apa beri diskaun dalam waktu tersebut? Dan ketika membaca laporan itu lagi Md. Zin berharap akan lebih banyak kenderaan persendirian akan menggunakan lebuh raya PLUS dalam tempoh tersebut. Tempoh 12 tengah malam hingga 7 pagi bersamaan waktu orang lain semua sedang nyenyak tidur. Dan aku boleh bayangkan jika semua orang berlumba2 untuk menggunakan lebuh raya pada waktu itu, yang paling pening kepala dan sibuk bekerja ialah pihak polis, pihak ambulans dan hospital dan tidak kurang juga kakitangan bilik mayat. Sebabnya aku percaya kadar kemalangan jalan raya akan meningkat. Gara2 inginkan diskaun 10 peratus, semua sanggup memandu awal pagi dan aku percaya sebahagian besarnya berada dalam keadaan mengantuk.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive