dipetik: naningku.blogspot
“SAYA BUKAN PERDANA MENTERI SATU PENGGAL!” Itu yang disebut berulang kali oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), dalam gelora penangkapan para pembangkang dan aktivis Bersih, Hindraf (Hindu Action Force) dan para peguam. Bersih adalah gerakan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
Apa sebab Pak Lah bimbang beliau akan gugur sebelum menjamah penggal kedua? Apakah beliau dihantui dari dalam Umno untuk berundur atau olehnya ditakuti gerombolan Masyarakat Madani (Civil Society) pimpinan Anwar Ibrahim yang membawa Reformasi ala Indonesia? Atau mungkinkah siri penangkapan yang sedang berlaku ini merupakan di antara caranya Pak Lah hendak kekalkan diri sebagai PM, yakni dengan menuruti telunjuk Singapura yang berjaya menghapuskan pembangkang dan mendirikan dinasti Lee Kuan Yew?
Tak dapat tidak inilah kesimpulan yang mendakap para pemerhati, satu kesimpulan yang telah tertempah sejak usul menangkap para aktivis Bersih dilemparkan pada perhimpunan agung Umno awal November oleh anak menantu beliau, “KJ”, yang sekarang disebut orang “Kojol”.
Pak Lah kemudian mengukuhkan kemahuan Khairy, bagai anak borek, bapa pun rintek.
Rejim Pak Lah, yang baru berusia empat tahun, justeru, telah disolek dengan darah setelah polis menembak cedera dua ahli Pas dalam kerahkasar yang berlaku di Batu Buruk, Trengganu, Sept. 8. Seorang di antaranya ditembak pada dada.
Kata akhbar The Star, di antara 500 orang yang menghadiri “ceramah haram” yang jadi-tak-jadi itu, ada yang telah melempar batu, Molotov cocktail dan “bom buatan sendiri” ke arah polis, manakala pihak BERSIH semuanya mengakui tak buat dan tak tahu.
Walau apa pun yang didakwa, empat orang anggota polis turut cedera, seorang di antaranya di masukkan hospital.
Peristiwa itu diikuti tiga lagi perhimpunan, satu di antaranya turut ganas. Perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada Nov. 25 inilah yang melahirkan lima orang tahanan ISA, perintahnya berkuasa dari semalam (Dec. 13). Kepimpinan Hindraf nampaknya sengaja-ngaja mengundang ISA supaya menggamit intervensi masyarakat antarabangsa. Apa yang mungkin mewarnakan mendung ekoran peristiwa ini, justeru menjadi tanda-tanya yang ternganga bagai Gua Musang.
Perhimpunan selainnya di Kuala Lumpur adalah aman dan terkawal. Perarakan para peguam Dec. 9 hanya untuk merayakan Hari Antarabangsa Hak Asasi Manusia dan melibatkan lebih kurang 100 orang saja, termasuk beberapa orang jurnalis yang turut serta. Lapan di antara pesertanya ditangkap. Dan di beberapa tempat lain, sebilangan anggota Bersih telah diberkas serentak. Pak Lah telah menempah crackdown.
Di antara yang diberkas polis termasuk seorang yang berumur 81 tahun dari Pasir Salak, Perak dan dua orang remaja.
Barangkali polis Malaysia terlebih efisyen daripada efisyensi zero defect. Warga emas yang ditangkap berada di Nibong Tebal, konon menyertai acara Bersih di sana. Nampaknya hatinya masih muda.
Dengan langkah kasarnya itu, bayangan Pak Lah sebagai “Orang Baik” membangkai. Beliau tidak lagi dipercayai mampu memenuhi harapan rakyat untuk mengisikan Malaysia dengan kebebasan dan demokrasi yang lebih lunak dan mantap.
Pak Lah yang melaparkan kuasa ini semakin dipandang hodoh dan dibenci, tambahan dalam tempuh empat tahun beliau berkuasa belum pun meluruh dengan lengkap sebarang kemajuan hasil tangannya sendiri. Sebaliknya rakyat makin dibeban harga melambung yang kelihatan kurang terkawal.
Pada pandangan sebilangan rakyat, Pak Lah semakin mengasyik dengan tatatadbir politik Singapura yang menghapuskan pembangkang dan mendirikan dinasti.
Pak Lah bertegak pada persimpangan jalan. Beliau perlu memilih apakah hendak menunaikan segala janji-janjinya untuk meningkatkan penghayatan demokrasi dan mentality kerajaan dan rakyat ke arah modenisasi, atau menggunakan kuasa untuk menundukkan musuh-musuh politik beliau demi mengekalkan dirinya dalam himpunan kuasa dan kekayaan.Pak Lah, yang telah melampirkan dirinya dengan ikrar Khalifah Abu Bakar as-Sidiq tatkala beliau terangkat sebagai Perdana Menteri empat tahun lalu, kini perlu mencari tempat untuk bersembunyi daripada ikrarnya itu. Kuasa dan kekayaan kelihatan terbukti sebegitu mujarab meracuni cita-cita murni dengan sedemikian pantas.
Di Indonesia rakyat dan gerakan Islamnya tersinggung oleh gelagat Gus Dur yang amat tinggi sekali dihurmati sebelum pecah temelangnya bila sudah diangkat menjadi Presiden. Di sini Pak Lah itulah Gus Dur Malaysia, dan turut mengecewakan. Beliau dipandang memungkiri janji-janjinya.
Sewaktu mengunjung ke Palembang bulan Mac lalu, kata seorang aktivis Muslim pada penulis “…dengan Gus Dur apa saja pun bisa dilakukan. Maka kami di sini tertanya-tanya Islam apakah yang membolehkan anggotanya bebas berlaku seperti itu?” -----a. ghani ismail
No2umno - cukup menarik ....layari blog a.ghani ismail dan baca artikel quo-vadis-malaysia
Dec 29, 2007
APAKAH KUASA DAN KORUPSI KEMBAR SIAM WALAU PADA PAK LAH?
Labels: UMNO gila kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Siapa Di Sebalik Machai.net
dipetik: machai-umnoDr Vincent Lim (gambar sebelah) yang merupakan Pol Sec YDP PM dan penuntut doctorate dan tergolong dalam kelompok Oxbridge pro Khairy.
Selain VL yang mengetuai operasi ini, siapa yang biasa mengunjungi dua laman pro Pak Lah dan anti Tun akan menyedari nama2 staff kepada Kamal Khalid. Akhir2 ini, nama2 ini dah tak kelihatan dan di padankan.
Laman ni akhir2 ini dah tak nampak nama2 si Azhar, Wan Suriyanti, teoh Ai, Makcik Elena dan Amyza. Bodoh betul, nak cyber war reveal nama betul dah orang boleh trace. Inilah mentality Tkat 4 ni, sebetulnya sebagai saluran rasmi, mereka sepatutnya menjalankan PR secara professional melalui saluran yang biasa.

Laman web putar belit kerajaan Hadhari - Machai.net dibiayai sepenuhnya oleh Vincent Lim.
Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh geng Machai.net ialah melakukan promosi ke beberapa laman web pro Mahathir dan pro pembangkang menggunakan akaun TM NET milik Vincent Lim.
Salah seorang penulis laman tersebut etnik cina yang suatu ketika dahulu berkhidmat di bawah Datuk Hishamuddin Tun Hussien ketika Vincent Lim turut bersama Hishammudin.
Selain itu dipercayai bekas blogger yang kini menjadi rakan baik Kalimullah - Mack Zulkiflee turut menulis sekali sekali.
Siapakah Vincent Lim? Vincent Lim adalah setiausaha politik (kaum cina) Pak Lah. Beliau merupakan antara tenaga Oxbridge KJ.
VL juga dipercayai membiayai beberapa laman politik lain berbahasa inggeris termasuk Malaysia Tomorrow.
Labels: Siapa Di Sebalik Machai.net
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TENTANG KPMU.NET
dipetik: machai-umno
KPMU.net yang menciplak idea dan konsep www.kmu.net.my (sekarang www.beritakmu.net) dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.
Kebanyakan penulis KPMU merupakan budak-budak yang pernah menulis di laman GT Puteri semasa Azalina menjadi Ketua Puteri UMNO. Mereka ini dibawa ke KBS dan sekarang ini dibiayai sepenuhnya oleh sebuah konsultan milik Adlen.
Adlen merupakan Setiausaha akhbar azalina yang terpaksa dipecat setelah muncul di Munich menjadi jurucakap Anwar ketika bekas TPM itu keluar penjara dan ke jerman.
Bocornya kedudukan adlen menyebabkan Pak Lah mengarahkan Azlina memecatnya. Azalina hanya menukar posisi Adlen dari Setiausaha Akhbar kepada konsultan media.
Adlen banyak mendapat projek berjuta ringgit termasuk program pembinaan imej baju rasmi skuad negara yang baru, rakan muda dan sukan komuniti.
Labels: TENTANG KPMU.NET
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PAC MENYERANG LAGI
PAC Mahu Penjelasan Tentang Pembinaan Lebuhraya EDL
Bernama
JOHOR BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan meminta penjelasan daripada kerajaan negeri Johor, Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd berhubung usaha pemindahan penduduk yang bakal terjejas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang bernilai RM977 juta tahun depan.
Pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km itu yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal mengakibatkan pemindahan 2,600 keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Baharu.
"Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya EDL itu seolah-olah tidak menghiraukan tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat terlibat.
"Disebabkan pembinaan lebuh raya, ada kampung-kampung yang akan terbahagi kepada dua bahagian, memecahkan keluarga dan hubungan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahkan kad keahlian anggota Umno bahagian Johor Baharu di sini, hari ini.
Beliau yang juga anggota Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi Umno berkata, syarikat MRCB, sebagai pemaju projek pembinaan Lebuhraya EDL itu serta merupakan sebuah syarikat berkepentingan kerajaan, sepatutnya menyambut usaha kerajaan yang mahukan syarikat-syarikat di negara ini mementingkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
"Janganlah buat tidak kisah tentang kesan dan impak projek tersebut kepada alam sekitar dan masyarakat," kata Shahrir dan menambah, MRCB, Tebrau Teguh dan kerajaan negeri Johor akan diberikan satu tarikh pada tahun depan untuk memberikan penerangan kepada PAC.
Syarikat Tebrau Teguh merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang memiliki tanah untuk pembangunan EDL.
Menurut Shahrir, tujuan PAC meminta penjelasan ketiga-tiga pihak terbabit adalah untuk memastikan penyelesaian yang adil kepada penduduk kampung terlibat.
Sehingga hari ini katanya, pihak kerajaan negeri mahupun MRCB atau Tebrau Teguh tidak pernah mengadakan majlis penerangan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya tersebut.
Menurut beberapa laporan akhbar baru-baru ini, syarikat MRCB dijangka memulakan projek pembinaan Lebuhraya EDL pada suku pertama tahun depan dan pembinaannya dijangka mengambil masa empat tahun.
Syarikat pemaju sesebuah projek kata Shahrir, perlu lebih maju dalam pemikiran mereka dengan bertindak memastikan masyarakat setempat tidak menerima kesan yang buruk di atas pelaksanaan projek pembinaan mereka.
"Apa yang kita mahukan adalah, masyarakat yang terjejas itu diberikan rumah-rumah yang moden dan selesa di dalam kawasan bandar, bersesuaian dengan konsep dan matlamat Wilayah Pembangunan Iskandar," katanya.
Labels: PAC MENYERANG LAGI
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UCAPAN YANG BERSEMANGAT DARI NAJIB
Bila menonton berita TV3 'buletin utama', geli nya hati teman melihat Najib berucap di Keningau. Bukan main semangat, tapi tergagap gagap. Dah berkecimpung di dalam politik sejak berumur 23 tahun, cara bercakapnya masih lagi seperti bujang bawah umur.
Kalau hendak di bandingkan dengan penceramah parti pembangkang, bagai langit dan bumi. Kalau bukan kerana jasa bapanya, mungkin najib tidak mungkin mencecahkan kakinya sebagai ketua bahagian pun. Pada tahun 1987, kononnya Najib nak lumurkan keris dengan darah Cina, hari ini bercerita tentang perpaduan konon.
Mari kita baca apa yang dilapurkan oleh Bernama di dalam ucapannya di Keningau,
"Tapi kalau mereka buat huru-hara, kalau mereka buat angkara sehingga timbul konflik yang dahsyat dalam negara kita, kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak terhadap sesiapa pun,"
"Yakinlah bahawa kerajaan BN di sini ialah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita di sini memegang amanah. Kita sanggup mengabdikan diri kita agar rakyat terbela dan negara kita maju dan berjaya,"
Katanya kerajaan berazam untuk mencapai matlamat kemiskinan sifar di Sabah menjelang 2010 dan akan terus berusaha memastikan peratus kemiskinan relatif yang dianggap masih tinggi di negeri itu terus dikurangkan.
Kalau dibaca di dalam berita, memang lah canggih, tapi kalau tonton di TV, alamak......tak senonoh langsung. Tapi memandangkan perhimpunan di adakan di dalam dewan yang tertutup, tepuk tangan yang 'berjadual' dari para hadiran seperti bunyi tidak kurang dari 300,000 orang. Bila TV fokuskan kepada penonton, baru tahu bahawa pantulan suara tepukan menjadikan jumlah bertepuk menjadi 50,000 kali ganda dari jumlah sebenar. Kesian lah sangat teman tengok kan dia.
Sayangnya kamera tidak menunjukkan kawasan luar dewan. Kalau ada mungkin akan kelihatan berderetan bas yang mengangkut pendengar dari kampung kampung berdekatan dengan habuan nasi lemak dan makan tengahari.
Siapa yang belum tengok tu, tak payah lah tengok sebab sedih. Silap silap meleleh air mata, terguling guling melihat pemimpin UMNO bercakap dengan manusia yang hampir kesemuanya kelihatan seperti 'ternganga-nganga' tak faham. Apa nak buat, hadirin yang datang pun sebab dapat habuan. Kalau tidak, duduk rumah lagi baik.
Labels: UCAPAN YANG BERSEMANGAT DARI NAJIB
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perhimpunan HALAL di malam tahun baru....
Tranungkite
Oleh TaranamaAyuh tunggu apa lagi..semuanya dah disediakan untuk kita pergi berhimpun pada malam tahun baru nanti. jangan risau ini perhimpunan HALAL sbb dapat permit kerajaan dan polis...JADI tunggu apa lagi bukan sahaja 1 lokasi...ada 8 lokasi ANDA pilih yg mana anda suka....JOM kita kerah rakyat kita untuk pergi bergembira dan berhibur selepas mana selama ini kita bermandikan air kuning dan asap....JADIkan ini sebagai tempat kita beriadah..bukan nak buat huru hara....takkan tak boleh kot...kita jugak rakyat Malaysia.....
Ayuhhh..cepat cuma tinggal 2,3 hari sahaja lagi...mana? mana?... tak dengar apa pon dari pihak kita..sunyi sepi sahaja...cuma yg ada DPPWP: XPDC Dakwah Bersama YB Salahuddin . Takkan ini sahaja.... berapa kerat nak turun abis tinggi 50org... KITA war-war kan sikit seru rakyat kita turun untuk bersantai malam tahun baru.... bukan susah pun... Masalah sekarang kita sendiri tak pandai nak ambil peluang... tak pandai nak ambilkesempatan.... entahlah mungkin saranan sahabat nie tiada yg nak sambut.. Cadangan Teman Buat GMI & Himpunan Rakyat di Ambang Tahun Baru
Guba Akal utk Berfikir... Jika macam nie nak lawan BN....
kena USAHA kuat lagilah nampaknya..Fikir2kanlah...
Jalan di KL ditutup sempena sambutan ambang tahun baru
28-12-2007 05:09:01 PM
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru 2008.
Orang ramai yang ingin menyertai acara sambutan yang diadakan di lapan lokasi utama dinasihatkan supaya meletak kenderaan masing-masing di tempat yang telah dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam.
Lapan lokasi tersebut iaitu Dataran Merdeka, Menara Berkembar KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar/Telawi, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral.
Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ASP Ng Fook Long memberitahu sidang akhbar hari ini, polis menjangkakan aliran lalu lintas akan menjadi sesak apabila hampir 1.5 juta kenderaan akan memasuki ibu kota pada malam ambang tahun baru.
Katanya penutupan jalan dibahagikan kepada dua fasa iaitu penutupan tetap dan penutupan sementara.
Jalan yang terlibat secara penutupan tetap di Dataran Merdeka ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin, lampu isyarat Jalan Raja dan sepanjang Jalan Raja, bermula dari persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.
Jalan Raja akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas manakala jalan-jalan di sekitarnya akan mula ditutup mulai 6 petang pada 31 Dis.
Pengunjung ke Dataran Merdeka boleh meletakkan kenderaan mereka di Jalan Sultan Sallehudin bagi motosikal, di Padang Merbuk bagi bas dan kereta di Kompleks Dayabumi, Central Market, Parkir Bukit Aman, Tugu Negara, Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam.
Sementara tempat meletak kenderaan bagi orang kenamaan ialah di depan Muzium Sejarah Kuala Lumpur dan Jalan Mahkamah Persekutuan.
Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), jalan yang terbabit ialah sepanjang Jalan Persiaran Exxon Mobil hingga lampu isyarat Jalan Stonor yang akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas sementrara jalan-jalan yang menghala kedua-dua jalan ini iaitu Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Kia Peng dan Jalan Stonor akan ditutup secara berperingkat-peringkat.
Kawasan meletak kereta di KLCC ialah di medan letak kereta Exxon Mobil, kawasan sekitar KLCC dan medan letak kereta KLCC.
Penutupan Jalan Telawi 3 Bangsar Baru pula akan bermula pada 31 Dis mulai pukul 3 petang sehingga 1 pagi. Jalan-jalan di sekitarnya seperti Jalan Maarof, Jalan Telawi 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibuka seperti biasa tetapi akan ditutup sementara waktu jika perlu.
MCA pula akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka dan dengan itu jalanjalan sekitar stadium seperti Jalan Hang Jebat, Changkat Stadium dan Jalan Stadium akan dijadikan jalan sehala mengikut situasi.
Ng berkata pengunjung ke Stadium Merdeka boleh meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan seperti di hadapan stadium, Sekolah Menengah Victoria, Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Kubur Cina (Jalan Kerayong), UDA Ocean/Plaza Warisan dan Padang Merbok.
Beberapa jalan di sekitar Bukit Bintang juga akan ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang, mulai tengah malam 30 Dis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pentas.
Jalan-jalan akan dibuka semula pada 1 Jan pukul 5 pagi.
Pengujung boleh meletak kenderaan mereka di Imbi Plaza, Low Yat Plaza, Sungai Wang Plaza, BB Plaza, Pavillion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan parkir milik swasta di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang.
Jalanjalan luaran seperti Lebuhraya Seremban menghala ke Jalan Tun Razak, Bulatan Kampung Pandan menghala arah Jalan TUn Razak (menghala Bukit Bintang), susur Jalan Kuching dari arah Mahameru menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra dan susur Bukit Petaling/Jalan Dewan Bahasa ke arah lampu isyarat Jalan Loke Yew/Hang Tuah juga akan ditutup.
Manakala susur Jalan Kuching dari arah Mahameru, susur 'Y' dari kedua-dua arah yang naik ke Jalan Sultan Ismail dan susur ke Bulatan Dato Onn dari semua arah ke Jalan Raja akan ditutup jika perlu.
Ng menasihatkan pengguna jalan raya agar keluar awal dan merancang perjalanan mereka dengan menggunakan jalanjalan alternatif dan mengelakkan dari melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan.
Katanya polis dari cawangan lain seperti narkotik dan jenayah akan turut melakukan operasi masing-masing pada malam sambutan tahun baru.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka yang berbasikal secara beramai-ramai pada setiap malam sambutan tahun baru.
Labels: Perhimpunan HALAL di malam tahun baru....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ceramah Masih Digeruni Kerajaan
dipetik: ahlifikir2.blogspot
Terbaru 28 Dis ketika ceramah akan diadakan di Salak Station , Sungai Siput bertempat di markas PAS , kerajaan menggunakan polis untuk membuat sekatan jalan hinggakan perjalanan yang masanya cuma 10 minit menjadi 1 jam. Itulah gambaran ketakutan kerajaan BN Hadhari terhadap ceramah walhal mereka punyai media nasional yang hebat seperti TV1 , TV2 , TV3 .
Ini memberi gambaran rakyat sudah tahu dan bijak untuk memilih saluran televisyen. Polis telah digunakan sewenangnya untuk memberi kesukaran penyokong PAS dan Alternatif mendapatkan maklumat sebenar senario politik negara. Ketakutan kerajaan berasas kerana ramai rakyat mulai sedar betapa kesilapan menguruskan wang kerajaan akan mengakibatkan keadaan ekonomi menjadi sulit.Harga barangan mulai naik , petrol naik , tepung naik , tol naik menyulitkan keadaan rakyat menghadapi kehidupan seharian.
Labels: Ceramah Masih Digeruni Kerajaan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Berdangsa Dengan Bang Dollah di Dataran Merdeka!
dipetik: sheikh-telukintan.blogspot
Sambil menahan kesakitan di bahagian bahu dan tengkuk, teman mengagahkan diri menonton Warta Perdana , pada malam tadi. Sambil mengurut perlahan bahu dan tengkuk teman dengan minyak kayu putih, dapat teman lihat dan dengar kenyataan seorang badut UMNO yang juga menjadi menteri yang menjaga hal ehwal pelancungan Malaya.
Siapa lagi kalau bukan si Engku Nan yang pernah mencadangkan pusat hiburan dibuka hingga tiga pagi bagi membolehkan pelancung dari luar negara berhibur.Dan malam tadi di kaca TV dia membebel, bahawa sejak kebelakangan ini, pelancung dari luar mula takut melancung ke Malaya kerana gara-gara demonstrasi jalanan.
Geli hati teman mendengar cakap-cakap si badut UMNO ni.Masakan teman tak geli hati, dia sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri kalau betul berlaku kemorosotan kadar kemasukan pelancung luar negara sempena Tahun Melawat Malaya.Mengapa dia dan Kementeriannya serta agensi-agensi yang berkaitan tidak melakukan usaha yang lebih proaktif seperti memberi tahu pada bakal pelancung bahawa mereka tidak perlu gundah gulana melawat Malaya kerana beberapa siri perhimpunan yang berlaku adalah perhimpunan aman.
Dan untuk lebih menyakinkan bakal pelancung bahawa Malaya berada dalam keadaan aman damai, sepatutnya Engku Nan boleh mengunakan pelbagai cara untuk memaklumkan secara berterus terang keadaan di Malaya yang sebenarnya.
Misalnya dia dan kementeriannya perlu memberitahu bahawa ,perhimpunan aman akan menjadi tidak berapa aman apabila terdapat campur tangan berlebihan Polis Malaya.
Dan bila ditanya mengapa Polis Malaya bersikap begitu , maka Engku Nan boleh menjawab bahawa Polis Malaya sejak dulu lagi telah dilatih agar pandai bergurau senda dengan rakyat jelata.
Seterusnya, Engku Nan boleh memberitahu kepada bakal pelancung supaya jangan risau apabila melihat Polis Malaya menghamburkan air kimia, gas pemedih mata dan menghayun kayu belantan terhadap para peserta perhimpunan aman kerana ini adalah sebahagian dari tugas Polis Malaya dalam kerangka bersenda gurau dengan orang awam.
Maka dengan itu, seluruh makluk dari seluruh pelusuk dunia akan berpusu-pusu berkunjung ke Malaya untuk melihat kehebatan Polis Malaya yang pandai dan pintar bergurau senda dengan rakyat!
Dan teman pada hari ini, ingin mencadangkan suatu idea yang paling bernas pada Engku Nan dalam usaha menarik lebih ramai pelancung datang ke Malaya . Dengan cadangan yang akan teman kemukakan kejab lagi, teman percaya bukan sahaja pelancung biasa akan berpusu-pusu datang melawat Malaya, bahkan pemimpin-pemimpin dari seluruh negara di alam maya ini akan turut membanjiri Malaya. Dan pastinya, Engku Nan boleh tersenyum,kerana misi Tahun Melawat Malaya akan menjadi terlalu berjaya di luar jangkaan.
Cadangan teman nampak ringkas tetapi boleh dilaksanakan kerana ianya adalah bersesuaian dengan ajaran Islam hadhadri.
Adalah dicadangkan, Bang dollah dan para menterinya, berdangsa setiap malam dengan isteri masing-masing di Dataran Merdeka. Cuba bayangkan, betapa seronoknya makluk di dunia ini melihat bang dollah menari rentak cha-cha dengan isterinya di atas pentas di Dataran Merdeka diiringi oleh Okestra RTM.
Kemudian diikuti oleh Tok Najib dan isterinya yang akan menari rock and roll. Dan percayalah semua orang akan turut terhibur dengan lengok lembut si Tok Hisyam Panglima Keris UMNO, yang akan menari berentak zapin dengan isterinya. Kegamatan akan menjadi lebih luar biasa apabila Tok Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Kuil muncul untuk menari tarian India bersama isterinya.
Dan cuba bayangkan, Presiden Bush membatalkan kesemua jadual kerjanya dalam tempuh seminggu , semata-mata untuk datang ke Malaya sebagai pelancung kerana mahu melihat dengan biji matanya sendiri persembahan bang dollah menari rentak Cha-Cha dengan isterinya yang siang malam diusung ke sini sana.
Semoga cadangan teman ini diterima dengan senag hati oleh Engku Nan. Cadangan ini mempunyai serampang dua mata. Pertama untuk menarik pelancung dari seluruh benua di atas muka bumi ini , melawat Malaya , seribu kali ganda daripada sasaran. Keduanya, pihak polis ada alasan untuk menolak permohonan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka!
Labels: Belit Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ex-cop's plight: Police deny racial
Ex-cop's plight: Police deny racial discrimination
RK Anand Dec 29, 07 3:11pm Malaysiakini
There were no elements of racial discrimination in the case involving former policeman John Stevens, according to the police.This was the message relayed to MIC social arm Yayasan Sosial Strategik (YSS) northern region coordinator James Raj by Perak deputy police chief Hadi Ho Abdullah at a recent meeting.Speaking to Malaysiakini today, Raj said Hadi told him that the police visited Stevens and his family 24 times, both at the hospital and their house.“Hadi stressed that the police did not abandon him and that there was no racial discrimination in the matter,” he added.
On Monday, Malaysiakini highlighted the plight of the Stevens’ family, eliciting an immediate pledge to help from MIC president S Samy Vellu.Apart from allegations of harassment and neglect, the family of the 61-year-old retired lance corporal also questioned why Stevens (left) - who suffered a stroke in 1999 - was not allowed to go on medical board, where he could get a certification from an independent panel of doctors that he was unfit for work.According to Raj, Hadi explained that Stevens’ condition deteriorated upon his retirement in 2001 but prior to that, the doctor had certified him as being fit for desk duties.“The police also offered the family RM700 out of goodwill but Stevens had rejected this amount, asking for more,” he said.
Raj said the police are also looking into the family’s complaint that Stevens, who served in the police force for 34 years, had not received his January 2001 salary.“I will be meeting Hadi on Monday to get an update on this,” he added.He also said Hadi told him that the police could help Stevens with his medical expenses, provided the family produces the necessary receipts. Education loan and more
Meanwhile, Raj said he visited the family on Dec 26 to record their complaints in order to determine how YSS could assist them.Subsequent to this, he said the MIC social arm is looking into several areas such as financial aid from the police, medical assistance, the medical board application and monetary assistance for Steven’s son, John Patrick’s education. Raj said Samy Vellu agreed to extend a RM4,000 scholarship for John, who is a final-year law student, in order to complete his studies.“We are also looking into the possibility of getting a prosthetic leg for Stevens (whose right leg has since been amputated due to diabetes - photo, right) and the necessary arrangements have been made for this.
“We are also looking at ways to help the family with their housing loan,” he added.Contacted later, Steven’s wife Elizabeth Packianathan expressed her gratitude to the MIC president for looking into their plight.“We are overwhelmed by his (Samy Vellu) prompt response. Our family would like to thank MIC and its president for helping us resolve our problems,” she said.
Labels: Ex-cop's plight: Police deny racial
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
