KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

KEKELIRUAN TENTANG TANGGUNG JAWAB DAN SUMBANGAN


Ragam Tahun Baru - Yuran Sekolah
perfectexcel.com

Menteri Pelajaran yang terus diasak dengan isu yuran dan pembayaran tambahan persekolahan semalam menetapkan noktah kepada isu itu. Kepada ibubapa yang masih lagi mempertikaikannya mahupun sudah membuat pembayaran, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan. Mungkin bosan dengan apa yang berlaku atau merajuk dengan sikap segelintir ibubapa ungkapan tersebut diucapkan oleh Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pelajaran Malaysia.
Tidak mampu, tidak payah bayar. Siapa dah bayar, boleh ambil balik - Dato’ Seri Hishammuddin
Mmm.. macam-macam berlaku pada awal tahun baru ini. Lebih-lebih lagi dalam isu pendidikan negara. Sudah masuk hari kedua penggal persekolahan tahun ini, tumpuan sepatutnya ke arah pembelajaran anak-anak. Yang paling penting ialah dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cuba kita renungkan, jutaan ringgit yang kerajaan belanjakan dengan pemansuhan yura-yuran dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah terlalu tinggi. Rakyat kita masih mengharapkan subsidi. Sehinggakan pembayaran tambahan pun hendak percuma, sedangkan ibu bapa sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk membeli rokok dan melanggan saluran televisyen berbayar.

Ibubapa jangan lupa dengan sumbangan besar kementerian setiap tahun. Berapa ramai ibubapa yang berterima kasih dengan sumbangan kementerian pendidikan sebanyak RM 2.5 billion setahun bagi mengurangkan bebanan mereka terhadap anak-anak yang pergi ke sekolah. Tambahan pula lebih ramai yang merungut dan tidak menghantar anak ke sekolah kerana bayaran tambahan. Saya rasa bayaran tambahan persekolahan bukan baru dilaksanakan pada tahun ini, sudah berpuluh tahun dah sebelum ini, masa saya mula bersekolah darjah satu, malahan pihak kementerian telah membenarkan sekolah-sekolah berunding dengan pihak PIBG untuk melaksanakan dan menetapkan jumlah bayaran tambahan ini. Kenapa tahun ini pula macam-macam perkara yang dibangkitkan mengenai yuran?

No2umno - Tak syok la nak berbalah dengan blogger. Tak macho sebab masing masing ada pendapatnya masing masing. Cuma disini WAK RADENJOWO nak tanya sikit kepada pembaca, pelayar dan mungkin penulis.

Sumbangan (subsidi) kerajaan? Tentu penulis ini sukar untuk membezakan antara Tanggung jawab dan Sumbangan. Serta penulis ini gagal membezakan antara wang rakyat dan wang kerajaan.

Wang yang disalurkan kepada rakyat, wang siapa? Wang yang digunakan untuk membeli kapal selam, wang siapa? Wang yang digunakan untuk menteri dan pemimpin bercuti keluar negara, wang siapa? Wang yang membayar gaji Pak Menteri semua itu, wang siapa?

Kalau ada pun kerajaan tetapi tidak bertanggung jawab kepada rakyat, maka perlukah kita ada kerajaan? Atau cukup sekadar yang menguatkuasakan undang undang dak tak perlu banyak pemimpin. Agar negara menjadi aman. Tahukah berapa banyak kos yang rakyat perlu bayar kerana MENGSUBSIDIKAN menteri yang TERLALU RAMAI?

Memberikan kemudahan kepada rakyat adalah tanggung jawab dan bukan sumbangan oleh sebuah kerajaan. Sila betulkan fakta.

No need to submit pay slips, tax forms

NST

KUALA LUMPUR: Parents do not have to submit their pay slips and income tax returns to schools.
"It is a sensitive and confidential matter to some parents," Education Ministry school department deputy director-general Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim said.

She said only those parents applying for government aid for their children would be asked to submit these documents.

Noor Rezan said she had briefed all headmasters on this last year.

Similar complaints were received from parents during the beginning of the school term last year.
Noor Rezan said she was aware that despite the ministry's clarification, some schools were still asking all parents to submit pay slips and income tax returns this year.

"The ministry will send a reminder to all schools," she said.

Previously, the ministry usually asked for such details only when parents were applying for aid or if they want their children to be included in the text book loan scheme.

Those who have neither a pay slip nor an income tax J form were asked to "provide an income declaration form verified by the employer, a Grade A civil servant, commissioner for oaths, a justice of the peace, a village head or other community heads".

Other details requested were the names of the parents' employers, address, their income tax number, basic monthly pay and information related to the child's transportation to school. |more...|

No2umnO - Masa aku dapat arahan dari sekolah meminta SLIP Gaji dan dokumen menjadikan aku rasa sedikit pelik. Semua dapat bantuan buku dan tiada isu untuk meminta bantuan lagi. Selama ini memang Kementerian yang suruh minta. Bila arahan macam itu, pihak sekolah pun tak banyak soal, buat tanggung jawab semberono. Cikgu cikgu patut kena fikir dulu, mana yang logik dan tidak logik. Nak tunggu arahan baru buat? Kalau semua sekolah macam ni, susahlah. Baik upah robot untuk buat kerja.

Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim pun buat kerja macam nak tak nak. Orang dah bising baru nak terfikir. Ini lah masalahnya kalau takut nak guna tanggung jawab. Tak kreatif langsung. Jangan sampai ibu bapa lebih pandai dari guru besar. Sepatutnya apa pun arahan, kena keluar sebelum buka sekolah. Kenapa soal Pakej Tambahan cukup cepat Kementerian buat pekeliling, tapi soal dokumen ibu bapa dan kini tentang tarik balik yuran tambahan .... bila nak keluar pekeliling? Jangan harap ibu bapa datang tagih duit. Tak syok la. Tak kan DAH kena tibai baru buat.

YURAN: KERAJAAN NAK KELENTONG

Tandas Pun Kena Yuran!
nahdah.wordpress.

Semalam saya berpeluang ke sekolah adik saya untuk membayar yuran persekolahannya. Banyak yang saya dengar tentang yuran sekolah ‘indah khabar dari rupa’, justeru saya mengambil peluang untuk pergi dan lihat sendiri apabila diamanahkan ayah.

Semua ibu bapa pastinya menadah tangan mengucapkan syukur kerana melalui Bajet 2008, Malaysia diumum antara negara yang melaksanakan dasar pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah melalui pemansuhan yuran sekolah.

Dan berleluasalah ke seluruh pelusuk Malaysia bahawa sudah tidak ada sebab anak-anak tidak dihantar ke sekolah atas alasan kewangan ataupun kerana faktor kemiskinan.

Tetapi senario berbeza menyambut fakta-fakta di atas. Berlaku kekecohan di kalangan ibu bapa di sesetengah kawasan kerana di saat mereka menyangkakan Malaysia kini melaksanakan dasar pendidikan percuma, rupanya mereka masih dikenakan yuran. Tidak cukup sekadar itu, ada yuran yang dikenakan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Difahamkan, ada yuran yang dikenakan PIBG mencecah RM200.

Dan saya pastinya tidak merasa terkejut dengan yuran ini yang masih wujud setelah membaca rungutan ibu bapa. Malah saya sempat bersembang dengan seorang pakcik yang mengeluh dengan yuran yang tinggi berbanding sebelumnya. “Kerajaan nak kelentong pun agak-agak la, jangan tekan macam ni sekali,” rungut pakcik tersebut.

Ya, yuran dianggarkan agak tinggi sebanyak hampir RM30 - RM50 di sekolah adik saya. Dan kerani bertugas mengakui bahawa memang yang dimansuhkan hanyalah RM4.50, tetapi PIBG masih mempunyai hak untuk mengenakan yuran yang dirasakan perlu. Dan kerani tersebut mengakui bahawa yuran tahun ini lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Cuma saya fikir nasib yang dikongsi oleh ibu bapa saya tidak seteruk di sebuah sekolah di Permas Jaya, apabila tandas pun dikenakan yuran!

Yang ini memang melampau. Memang kebersihan tandas sekolah sering menjadi isu di mana-mana sekolah pun, tetapi mengenakan yuran tandas bukan sesuatu yang bijak. Bukan semua murid pengotor, sehingga perlu dikenakan yuran kepada semua ibu bapa agar ‘bertanggungjawab’ atas kekotoran tandas sekolah.

Syukurlah Jabatan Pelajaran Negeri Johor mengeluarkan arahan memulangkan yuran tersebut. Jika tidak, tidak mustahil pelbagai jenis yuran pelik akan dikenakan ke atas ibu bapa.

Cukup-cukuplah menindas. Warganegara sudah cukup terkesan dengan kos sara hidup yang sangat membeban. Sampai satu tahap, kenaikan gaji tidak memberi apa-apa kesan kepada pengurusan ekonomi keluarga.

Janganlah pendidikan anak-anak menjadi batu pemberat untuk tambah menyesakkan kepala ibu bapa.

TAK BINA MASJID TAPI UMNO ROBOH MASJID

dipetik: Cina Muslim

Berita Utusan (Nik Aziz mengaku Pas tidak pernah bina masjid) hari ini melaporkan sebagai dipetik bahawa kelantan tidak pernah bina mesjid selama 18 tahun Kerajaan PAS memerintah Kelantan. Najib Tun Razak, semalam yang kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangun Bersama Islam tetapi gagal membina sebuah masjid di negeri ini.

Persoalannya apa sangat lebih bina masjid kalau jemaahnya kosong dan tidak ada jemaah. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS ialah memastikan dulu masjid yang ada sekarang betul-betul dipenuhi oleh jemaah setiap lima waktu. Inilah yang penting sekali.

Samaada sembahyang atau kuliah, Kelantan telah membuktikan masjid nya penuh dengan jemaah. Siapa tidak kenal dengan Masjid Muhammmadi di Kota Bharu yang sentiasa penuh dengan jemaah setiap kali sembahyang 5 waktu.

Selain itu kegiatan kuliah, tazkirah dan sebagainya di Masjid di Kelantan tidak dihalang malah digalakkkan. Ini kelainan berbanding dengan Mesjid-mesjid Hadhari yang dibina oleh UMNO. Bukan setakat dihalang tetapi ada yang dirobohkan di Terengganu.

Mesjid Kristal di Pulau Duyong yang menelan belanja hampir 1 billion dan menjadi kebangaan Idris Jusoh, kosong dengan jemaah. Suatu pembaziran yang melampau dan tidak masuk akal. Semua penduduk pulau duyong pergi berjemaah pun mungkin tidak penuh.

Tetapi kita berjanji kepada Rakyat kalau kita diberi peluang untuk memerintah Malaysia, dan negeri-negeri lain selain Kelantan. Kita akan pastikan masjid yang sedia ada penuh dengan kegiatan dan jemaah, tanpa memikirkan untuk membazir duit nak bina yang baru. Kerna Masjid yang sudah cukup banyak. Faham.......

RASHIT SPR BAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA

http://img224.imageshack.us/img224/8919/ybsolahzo0.jpg
Temubual detikdaly

SALAHUDDIN AYUB: Saya merasakan cabaran yang dilemparkan oleh Pengerusi SPR sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Sebagai Pengerusi SPR, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau boleh biarlah saya mengibaratkan pilihan raya seperti satu pertandingan bola sepak di mana pasukan tuan rumah berlawan dengan pasukan dari luar.

Pengerusi SPR peranannya sebagai pengadil yang mesti kelihatan adil dan bijaksana. Apa akan jadi kalau dengan tiba-tiba pengadil ini mengatakan kepada pihak yang menentang tuan rumah supaya jangan berlawan? Saya ingin bertanya, bijaksanakah seorang Pengerusi SPR memberikan cabaran tersebut? |Selanjutnya...|

YURAN: ADA YANG HILANG AKAL

Ada bayaran tambahan tidak masuk akal – NUTP
Utusan Meloya

Menurut beliau, ada pula sekolah mengenakan bayaran untuk perkhidmatan kad pengimbas perpustakaan dan penyediaan langsir di bilik tersebut.

Yim Pheng berkata, keperluan yang tidak masuk akal itu membebankan ibu bapa kerana ia menjadikan jumlah keseluruhan bayaran tambahan yang dikenakan berlipat ganda.

‘‘Ibu bapa tidak wajar dipertanggungjawabkan dengan bayaran tambahan yang tidak masuk akal dan tiada kena-mengena dengan pembangunan pelajar.

“Pihak PIBG sepatutnya mencari dana bagi membiayai perbelanjaan penyelenggaraan atau mencantikkan sekolah,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Bayaran yang tidak masuk akal seperti penyelenggaraan tandas itu turut dikenakan terhadap para pelajar sebuah sekolah menengah di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, Jabatan Pelajaran Johor mengarahkan supaya bayaran itu dipulangkan berkuat kuasa Isnin ini.

Yim Pheng menambah, terdapat sebuah sekolah menengah di ibu kota mengenakan bayaran RM30 untuk kain sarung (pelajar perempuan), manakala pelajar lelaki beragama Islam dikehendaki membayar RM17 untuk kain samping. |more...|

No2umnO - NUTP dan Bernama kerja macam tak der telor. Bila dah kecoh baru nak buat liputan atau kenyataan. Sebelum ini sonyap macam batang buruk. Hoiiiii mamat mamat sekelian, jangan nak berlakun lah...fakta kenyataan aku setuju tapi korang kena jadi JANTAN sikit la. Jangan besar kan hidung untuk ditarik

Former Dictator Suharto's Health Worsens

myfoxkc.com

JAKARTA, Indonesia -- Indonesia's former dictator Suharto was on a dialysis machine in critical condition Saturday, doctors said, as the president called on the nation to pray for his rapid recovery.

Suharto, 86, was admitted Friday to Pertamina Hospital with swollen intestines, a dangerously low heart rate and anemia, said chief presidential physician Brig. Gen. Mardjo Subiandono, adding that he also needed a second pacemaker.

"The dialysis has begun ... but he is still in critical condition because his blood pressure could drop at any time," he said.

Suharto, accused of overseeing a brutal purge of more than half a million left-wing opponents at the outset of his 32-year reign, was conscious but drowsy from medication, several Cabinet members said after visiting him.

"We should pray for the best and hope all efforts to restore his health will be successful," President Susilo Bambang Yudhoyono said in a statement issued at his palace in the capital. "The country always gives the best health treatment to former leaders."

A dialysis machine and other equipment was rushed to Suharto's bedside and 40 specialists assembled to diagnose and treat the former strongman, who was toppled by a pro-democracy uprising during the 1997-1998 Asian financial crisis. |more...|

No2uMNO - Our Malaysian Doctators are all still OK .... Hope later

TEPUNG PULAK KURANG ......

Tepung guni kurang
KOSMO

Fenomena itu mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan peniaga yang rata-ratanya bergantung kepada bekalan tepung guni yang lebih murah berbanding tepung peket.

Tinjauan KOSMO! Ahad di sekitar ibu negara semalam mendapati, kebanyakan peniaga terpaksa berusaha mendapatkan bekalan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada pembekal.

Menurut pemilik sebuah pasar raya mini di Kampung Pandan, Zaliza Roduan, beliau terpaksa keluar mencari bekalan di Pasar Borong Selayang setelah tiga pembekal utama gagal memenuhi permintaannya.

“Merata-rata saya cari tepung, itu nasib baik kalau dapat dan untuk pelanggan pula saya tidak catu, siapa cepat dia dapat, sebab saya tahu mereka berniaga. Tapi sampai bila nak jadi begini?,” soalnya.

Seorang lagi peniaga di Jalan Peel, Cheras yang cuma ingin dikenali sebagai Lim berkata, setelah tiga bulan bertahan dengan bekalan yang ada beliau akhirnya kehabisan bekalan tepung sejak kelmarin.

Bagi peruncit dari Gombak, Akob Mamat, 69, pula memberitahu, beliau tidak boleh lagi memesan seperti dulu sebaliknya pembekal sendiri menentukan jumlahnya.

“Sebelum ini, saya boleh dapat 80 guni tepung gandum sebulan, tapi kini 20 guni untuk sebulan pun belum tentu,” katanya.

Sementara itu, bahang kekurangan tepung di pasaran turut dirasai oleh penjual kuih, Rahimah Ab. Rahman, 45, yang menyatakan, suaminya terpaksa mencari bekalan hingga ke Rawang menyebabkan kos meningkat.

“Saya tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga kuih. Dulu sebiji kuih saya jual 35 sen sekarang saya terpaksa jual 40 sen,” kata Rahimah yang menjalankan perniagaan di Sungai Buloh, Selangor. |more...|

Lagi sekolah kenakan yuran tandas


Kosmo

JOHOR BAHRU – Rupa-rupanya bukan Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini sahaja yang mengenakan bayaran yuran penyelenggaraan tandas kepada pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang di sini turut didakwa mengenakan bayaran penyelenggaraan tandas perempuan, tetapi di atas nama Famicare.

Ia melibatkan bayaran sebanyak RM3 dan ia dikenakan kepada pelajar perempuan sahaja.

Malah, resit yuran tersebut diberikan kepada ibu bapa secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan resit daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Khalid, 41, dari Kota Masai berkata, yuran itu hanya disedari isterinya yang membuat pendaftaran anak sulung mereka bagi memasuki tingkatan satu di sekolah itu Selasa lalu.

Menurutnya, apabila isterinya bertanya kepada guru yang bertugas, dia memberitahu ia yuran ‘Famicare’ atau yuran penyelenggaraan tandas wanita.

“Yuran itu katanya, untuk digunakan membersihkan tuala wanita yang dibuang pelajar di tandas sekolah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai semalam.

Khalid memberitahu, sepatutnya pihak sekolah memikirkan cara lain untuk mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan tandas dan bukannya dengan meminta bayaran dari- pada ibu bapa.

No2umnO - Sekolah dah macam DBKL ada TANDAS BAYAR. Hai malaysia .... Makmur dan modennya, semua kena bayar sekarang. Jadi menteri bes, nak mencangkung kat mana pun FREE. Rakyat yang tanggung.

Posting terkini

Blog Archive