KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

BANJIR: KENYATAAN NAIF SEORANG PERDANA MENTERI

http://img150.imageshack.us/img150/8546/resizeofimg7171ik7.jpg

Berikut adalah kenyataan PERDANA MENTERI yang berkelulusan seni Islam tentang ekonomi negara.

Banjir Tidak Beri Kesan Besar Kepada Ekonomi Negara, Kata PM

Banjir yang sedang melanda beberapa negeri di Semenanjung setakat ini tidak memberikan kesan besar kepada ekonomi negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kerajaan akan tetap memberi perhatian sekiranya gelombang kedua banjir benar-benar berlaku memandangkan air bah pada ketika ini belum lagi surut.

"Kalau bertambah teruk maka tentu akan ada kerugian terutama di sektor pertanian dan diikuti dengan kegiatan yang lain. Kalau air sudah masuk ke dalam bandar, ini akan menyebabkan kerosakan kepada barang yang dijual di kedai.

"Walaupun begitu, kerajaan tetap akan memberikan perhatian kepada masalah mereka yang menjadi mangsa. Pihak berkuasa dan pihak yang berkemampuan dan swasta akan membantu, semua orang akan membantu," katanya kepada pemberita selepas melawat Perusahaan Sepang Maju Sdn Bhd, di Bukit Bangkong, Sungai Pelek di sini hari ini. - BERNAMA 18/12

Malas aku nak komen. Dah betul betul meluat dengan kebodohan yang ditunjukkan.

MAHU AYAM ATAU KERAJAAN?

http://www.doa.sarawak.gov.my/images/ayam_kacuk.JPG

Sebelum ini ....

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan import ayam dari Thailand jika bekalan daging itu di pasaran terus berkurangan menjelang Aidilfitri berikutan pengurangan pengeluaran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah persediaan itu hanya akan dilaksanakan jika bekalan ayam tempatan tidak mencukupi.

Katanya, pemantauan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) mendapati kekurangan bekalan ayam akan berlaku jika penternak tidak lagi sanggup menanggung beban kenaikan kos pengeluaran.

“Kita masih cuba mengenal pasti kekurangan bekalan ini pada peringkat mana. Jika boleh, kita tidak mahu masalah ini berlaku. Bagaimanapun, ini bukan perkara yang mudah dan kita akan memantau setiap ladang ternakan bagi memastikan masalah kekurangan bekalan tidak berlaku,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Muhyiddin berkata, semua persatuan penternak ayam sudah dimaklumkan mengenai langkah kontigensi itu dan mereka memberi jaminan bekalan ayam akan mencukupi semasa musim perayaan itu.

“Kita akan pastikan ada bekalan ayam dengan kadar harga ditetapkan kerajaan,” katanya.

dan juga ...

Sebelum ini aku pun pernah mendengar berita tentang amaran Shapiee Apdal kepada pembekal ayam bahawa kerajaan akan mengimpot ayam sekiranya mereka masih berdegil untuk menaikkan harga ayam.

Dan pada hari ini dinyatakan seperti berikut .......

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Harga ayam naik sehingga RM6.70 sekilogram hari ini, dua hari sebelum umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha.

Ini menjadikan harga ayam kini melepasi paras harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada September lepas.

Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (PPPM) mengumumkan bahawa harga runcit ayam super (dibersihkan tanpa kaki, kepala dan hempadal) kini ialah RM6.70 sekg (harga siling RM6.05) dan harga ayam standard (dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) kini RM6 sekg (harga siling RM5.40).

Kenaikan itu bercanggah dengan jaminan PPMM kepada kerajaan pada September lepas bahawa harga ayam tidak akan dinaikkan sehingga habis musim perayaan tahun ini.

Dalam satu kenyataan, persekutuan itu mengaitkan kenaikan harga itu dengan kenaikan harga bahan makanan ternakan seperti jagung dan dedak yang diimport.

Nampaknya pembekal ayam sudah menjadi kan hari perayaan penganut Islam sebagai satu perayaan untuk menaikkan harga baranga. Aku ingat mereka lupa, rupanya ketika kita mahu menyambut Hari Raya Aidil Adha, sudah ada berita tentang kenaikan harga ayam. Tidak pada Tahun baru Cina, tetapi pada hari raya kita.

Pembekal ayam nampaknya tidak bimbang dengan tindakan kerajaan kerana pada mereka menteri dan kerajaan Malaysia seperti ayam jugak. Tahu makan dan kemudian buang najis merata rata. Kalau menteri pun macam ayam, maka perlu apa pembekal takut pada mereka? Teruskan lah naik agar mudah rakyat sedar bahawa biar hilang kerajaan jangan hilang selera makan ayam.

ISTANA MENTERI vs KANDANG RAKYAT



dipetik: dokpakkagawa

YURAN: KISAH RAKYAT MALAYSIA

Yuran sekolah percuma?

dipetik: safuan.blogspot.

RAKAN pejabat saya Pendi merungut mengenai bayaran-bayaran perlu sempena musim persekolahan yang akan bermula bulan depan. Dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat, belum lagi ada tanda-tanda pihak majikan akan memberikan ‘advance’ bonus seperti tahun-tahun yang lalu.

Dan menurut sumber lain, memang tahun ini sudah tidak ada lagi ‘advance’ bonus seperti amalan yang sudah-sudah. Memang perit.

Pendi yang cacat penglihatannya sejak berusia 8 tahun itu bercerita yang mana beliau beberapa hari yang lalu pergi ke sekolah anaknya untuk urusan persediaan persekolahan 2008.

Katanya beliau sempat berjumpa dengan seorang guru sekolah tersebut dan mendapat beberapa penjelasan.

Antaranya beliau telah dimaklumkan mengenai yuran dan bayaran perlu untuk anak beliau. Guru sekolah itu pulak sinis berkata tak banyak dan tak sampai seratus pun! Beliau agak terkejut, bukan ke Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri telah bentangkan dalam budget yang baru lalu bahawa yuran sekolah dihapuskan. Pendidikan kita adalah percuma! Tambah Menteri Pelajaran pulak.

Gegak gempita akhbar-akhbar utama negara membuat liputan luar biasa betapa pendidikan kita adalah percuma.

Takkkkkkkk.....kata guru tu. Yuran yang di ‘hapus’ kan tu hanyalah RM4.50 sahaja, katanya. Geleng kepala saya, kata Pendi sambil terdengar guru tu seperti ketawa kecil.

Hidup-hidup puak-puak ni tipu rakyat kan. Percuma konon, kata saya pada Pendi.

Walaupun saya turut tergelak dengar cerita Pendi, tetapi otak saya ligat mengira-ngira berapakah pulak belanja buka sekolah untuk anak saya yang 5 orang ni nanti bulan depan!


Berikut adalah beberapa berita dan artikel tentang YURAN SEKOLAH

PELUPUSAN YURAN SEKOLAH SATU PEMBOHONGAN (dppkt.wordpress.com)
Yuran sekolah: Yang miskin terus miskin yang kaya makin kaya (tranungkite)
Dr Hayati: Jangan keliru dengan penghapusan yuran sekolah… kata ... (mppas)
Sah yuran sekolah dihapus RM4.50 setahun (Harakahdaily)
Yuran Sekolah Tak Mansuh Sepenuhnya (serkamvelleyonline)
Hapus Yuran - Bajet 2008 ternyata menipu rakyat (dppkluang)
Am:Yuran Tambahan Sekolah Atau PIBG Tidak Wajib, Kata Hishammuddin (bernama.com)
rakyat ditipu ..... (darigaunghati)

SEKOLAH PULA BERBOHONG TENTANG YURAN

Sila Rujuk artikel Radenjowo terdahulu: HAPUS YURAN SEKOLAH SATU PEMBOHONGAN!

Telah ditanya Menteri Pelajaran di dalam TV3, dan dengan kelam kabutnya beliau menjawab, pembayaran PAKEJ adalah TIDAK WAJIB kepada ibu bapa, sedangkan di dalam surat kepada ibu bapa tidak disebut samada ianya wajib atau tidak. (PEMBOHONGAN 1)

Selepas itu, apabila diwawancara sekali lagi oleh TV3, beliau menukar kenyataan dengan menyatakan bahawa bayaran PAKEJ tersebut boleh dibayar secara ansuran. (PEMBOHONGAN 2)

Berlainan dengan surat pekeliling yang diperolehi dari sebuah sekolah yang juga di Kelang (Sekolah Rendah Kampung Jawa, Kelang) menyebut CAJ tersebut dengan istilah mereka sebagai, SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2008. (PEMBOHONGAN 3)

Berikut adalah kandunga surat yang diedarkan kepada ibu bapa disekolah tersebut sempena buka sekolah 2008.


SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2008 (Sekolah Rendah Kg Jawa, Kelang)

Untuk tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM30.50 (bersamaan jumlah dgn PAKEJ B)

A. Bayaran Tambahan

Kokurikulum RM3.00
Kertas Ujian Dalaman RM8.00
Sukan Tahunan Sekolah RM8.00
Kegiatan Pendidikan Islam/Moral RM8.00
Sekim Perlindungan Diri RM1.50
MSSM RM2.00

JUMLAH RM30.50

Dengan ini adalah jelas. Pihak sekolah tidak menyebutnya sebagai CAJ kerana bimbang ibu dan bapa tidak akan membayarnya apabila merujuk kepada kenyataan Menteri pelajaran di TV3. Apabila istilah itu ditukar kepada SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2008 ternyata ianya WAJIB dibayar.

Lihat betapa Kerajaan memutarbelitkan setiap istilah supaya ia kelihatan dihapuskan tetapi realitinya ia masih kekal ada, malah nilainya pun meningkat. Kalau sebelum ini, ia dipanggil sebagai YURAN SEKOLAH, dihapuskan dan ditukar kepada PAKEJ A, B dan C kemudian pihak sekolah pula menukarkan nya kepada SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUNAN.

Mungkin ada ibu bapa yang sombong apabila nilai RM30.50 itu dikatakan tidak banyak dan ibu bapa tidak perlu kecoh, tetapi isu sebenar adalah kerajaan sudah BERBOHONG dengan kenyataan penghapusan YURAN. Dan pembohongan itu melibatkan jumlah yang besar jika dikira secara keseluruhannya. Sebelum sebarang kritikan dibuat, perlulah pendapat itu mengambil kira keadaan ekonomi pelbagai lapisan masyarakat. Dan kalau ada pihak yang masih sombong, bermakna, mereka adalah dari golongan yang mementingkan diri sendiri sahaja.

Keghairahan Kerajaan Barisan Nasional membuat keputusan membatalkan YURAN adalah bertujuan untuk membeli dan memujuk hati rakyat supaya kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi niat ini sebenarnya tidak ikhlas apabila mereka menyedari bahawa dengan nilai RM18 seorang pelajar jika didarab dengan jumlah kanak kanak sekolah, ia ternyata besar dan lantas kerajaan membatalkan niat tersebut.

Memandangkan buku bantuan bakal diberikan pada tahun ini, kerajaan telah menambah dari RM18.00 nilai yuran kepada RM40.50 atau RM30.50 atau RM20.50 sebagai bayaran PAKEJ. Tetapi perubahan ini sebenarnya telah menambah beban kepada golongan miskin dan sederhana. Masalah ibu bapa membawa kepada masalah anak anak dan ini adalah salah satu punca nya.

Merujuk kepada perkara yang disebut, maka adalah dengan jelas, kerajaan yang GEMAR BERBOHONG seperti BARISAN NASIONAL ini, tidak perlu dikekalkan lagi. Bukan sahaja sanggup berbohong tertapi turut merompak wang rakyat. Seperti pepatah orang tua, SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG MEMANG DAH LAMA BN MENCURI. Yuran kena bayar, cukai kena bayar, harga barangan meningkat dan kos kehidupan semakin tinggi ....... apa tanggung jawab kerajaan?

KESIMPULANNYA JATUHKAN BN DAN UBAH KERAJAAN !!!

Malaysian rights activists warn of further protests

bersih
via saif2020.spaces.

Malaysian activists Tuesday threatened to take to the streets again to call for electoral reform following the government's crackdown on several mass protests in Kuala Lumpur.

Police have recently detained dozens of people, mostly on illegal assembly charges, but five leaders of an ethnic Indian rights group are being held under a tougher security act that authorises indefinite detention without trial.

They were protesting against alleged discrimination by Muslim Malays who comprise 60 percent of the population and control the government.

On Tuesday, Bersih, an organisation calling for electoral reform which led a rally on November 10 that drew over 30,000 protesters, said the same could happen again.

"People will make their protests known in whatever way they deem fit," Sivarasa Rasiah, a Bersih committee member, told reporters.

"It can take the form of street demonstrations, it can take the form of different protests but basically what you saw on November 10 is that sort of voice of the people and you could see that again," he said.

He was among several activists presenting a memorandum to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's office, repeating earlier calls not to extend election commission chairman Abdul Rashid Abdul Rahman's tenure beyond this year.

"If the PM is insistent on extending the services of someone we consider primarily responsible for the corrupt and unfree and unclean practice of elections in Malaysia, then he is inviting a response from the (people)," Sivarasa said.

Several recent street protests have enraged the government ahead of general elections which Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is expected to call next year.

Five leaders of the ethnic Indian rights group Hindraf were arrested last week under the tough Internal Security Act (ISA) which allows for indefinite detention without trial.

Ethnic Indians make up only 8.0 percent of the population and complain they run a distant third to the majority Muslim Malays as well as ethnic Chinese, who comprise 26 percent and dominate business.

Opposition parties and human rights groups condemned the arrests which Abdullah, who is also internal security minister, said were made to preserve national security.

New York-based rights group Human Rights Watch, meanwhile, urged the government Tuesday to release the five ISA detainees, three of whom had already facing Sedition charges.

"If laws were broken, then the offenders should be charged and properly tried, not detained indefinitely," said Elaine Pearson, deputy Asia director at Human Rights Watch

Himpunan di Suhakam untuk Mempertahankan Hak Berhimpun Dengan Awam.


KeADILan

Satu Perhimpuman Aman dan Penyerahan Memorandum anjuran Gabungan Mempertahankan Hak Berhimpun akan diadakan di Pejabat SUHAKAM untuk mengutarakan dan mempertahankan :

1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara

2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis

3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman

Perhimpunan Aman dan Memorandum akan diserahkan di Pejabat SUHAKAM pada :

Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)

Masa : 11 pagi

Tempat : Pejabat SUHAKAM, Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

KANAK KANAK 12 TAHUN HILANG !!!

Kanak-Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang

BALIK PULAU, 18 Dis (Bernama) -- Kisah kehilangan dan kematian tragis Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menggemparkan negara baru-baru ini, kini menghantui perasaan sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuan berusia 12 tahun sejak Ahad lepas.

Maslina Siadin, murid Sekolah Kebangsaan Genting di sini, dilaporkan hilang antara pukul 6.30 petang dan 7.30 petang Ahad lepas dipercayai keluar seorang diri dari rumah mereka di Kampung Pondok Upeh di sini.

Bapanya, Siadin Rashid, 44, berkata kehilangan anaknya itu disedari isterinya Salmiah Husin, 42, ketika pulang ke rumah selepas berkebun di belakang rumah yang merupakan sumber pendapatan mereka.

"Selalunya dia (Maslina) membantu kami, tetapi petang itu dia memberitahu yang dia tak larat jadi kami suruh dia berehat di rumah dan dalam pukul 6.30 petang saya balik ke rumah ambil motosikal untuk pergi ambil kakaknya balik dari kerja di simpang empat berhampiran," katanya ketika ditemui dirumahnya di sini hari ini.

Siadin berkata semasa beliau pulang ke rumah, anak kelima dari enam beradik itu masih ada di rumah dan sedang menonton televisyen.

"Kami tidak tahu ketika bila Maslina keluar dari rumah kerana selepas ibunya pulang ke rumah baru kami menyedari dia tiada di rumah," katanya.

Beliau berkata selepas isterinya memaklumkan perkara itu, beliau terus menghubungi rakan serta saudara-mara untuk bertanyakan sama ada Maslina ada ke rumah mereka.

Katanya selepas mendapati Maslina hilang, beliau terus membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau kira-kira 11.30 malam pada hari yang sama.

Sementara itu, Salmiah berkata anaknya itu keluar dari rumah dengan memakai seluar jean hitam dan baju-T serta tidak membawa sebarang pengenalan diri.

Beliau yang merindui anaknya itu berharap agar sesiapa yang melihat atau terdengar mengenai Maslina supaya menghubungi 012-4151293 atau 017-9037250

Malaysia - Top Ten Sign Moving Police State

Posting terkini

Blog Archive