KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

MAHU AYAM ATAU KERAJAAN?

http://www.doa.sarawak.gov.my/images/ayam_kacuk.JPG

Sebelum ini ....

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan import ayam dari Thailand jika bekalan daging itu di pasaran terus berkurangan menjelang Aidilfitri berikutan pengurangan pengeluaran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah persediaan itu hanya akan dilaksanakan jika bekalan ayam tempatan tidak mencukupi.

Katanya, pemantauan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) mendapati kekurangan bekalan ayam akan berlaku jika penternak tidak lagi sanggup menanggung beban kenaikan kos pengeluaran.

“Kita masih cuba mengenal pasti kekurangan bekalan ini pada peringkat mana. Jika boleh, kita tidak mahu masalah ini berlaku. Bagaimanapun, ini bukan perkara yang mudah dan kita akan memantau setiap ladang ternakan bagi memastikan masalah kekurangan bekalan tidak berlaku,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Muhyiddin berkata, semua persatuan penternak ayam sudah dimaklumkan mengenai langkah kontigensi itu dan mereka memberi jaminan bekalan ayam akan mencukupi semasa musim perayaan itu.

“Kita akan pastikan ada bekalan ayam dengan kadar harga ditetapkan kerajaan,” katanya.

dan juga ...

Sebelum ini aku pun pernah mendengar berita tentang amaran Shapiee Apdal kepada pembekal ayam bahawa kerajaan akan mengimpot ayam sekiranya mereka masih berdegil untuk menaikkan harga ayam.

Dan pada hari ini dinyatakan seperti berikut .......

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Harga ayam naik sehingga RM6.70 sekilogram hari ini, dua hari sebelum umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha.

Ini menjadikan harga ayam kini melepasi paras harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada September lepas.

Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (PPPM) mengumumkan bahawa harga runcit ayam super (dibersihkan tanpa kaki, kepala dan hempadal) kini ialah RM6.70 sekg (harga siling RM6.05) dan harga ayam standard (dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) kini RM6 sekg (harga siling RM5.40).

Kenaikan itu bercanggah dengan jaminan PPMM kepada kerajaan pada September lepas bahawa harga ayam tidak akan dinaikkan sehingga habis musim perayaan tahun ini.

Dalam satu kenyataan, persekutuan itu mengaitkan kenaikan harga itu dengan kenaikan harga bahan makanan ternakan seperti jagung dan dedak yang diimport.

Nampaknya pembekal ayam sudah menjadi kan hari perayaan penganut Islam sebagai satu perayaan untuk menaikkan harga baranga. Aku ingat mereka lupa, rupanya ketika kita mahu menyambut Hari Raya Aidil Adha, sudah ada berita tentang kenaikan harga ayam. Tidak pada Tahun baru Cina, tetapi pada hari raya kita.

Pembekal ayam nampaknya tidak bimbang dengan tindakan kerajaan kerana pada mereka menteri dan kerajaan Malaysia seperti ayam jugak. Tahu makan dan kemudian buang najis merata rata. Kalau menteri pun macam ayam, maka perlu apa pembekal takut pada mereka? Teruskan lah naik agar mudah rakyat sedar bahawa biar hilang kerajaan jangan hilang selera makan ayam.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive