KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

RASHIT SAMBUNG, BERSIH BERHIMPUN

ImageBersih akan adakan himpunan jika khidmat Rashid dilanjutkan

Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Dec 18, 07 | 1:07:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tidak menolak kemungkinan akan mengadakan himpunan aman jika kerajaan melanjutkan khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurut Jurucakap Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad, Berish memandang serius dan kecewa dengan kelulusan Pindaan Rang Undang-undang bersabitan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi melanjutkan usia pemegang jawatan ahli SPR dari 65 ke 66 tahun.

"Bersih sayugia mengingatkan Perdana Menteri, seandainya perkhidmatan Pengerusi SPR ini dilanjutkan juga, maka tidak ada jaminan bahawa rakyat tidak akan bangkit untuk membantah perlanjutan perjawatan beliau demi menjaga keutuhan demokrasi dan kestabilan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menyerahkan nota bantahan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Wan Farid Wan Hisham di Putrajaya hari ini.

Turut serta dalam penyerahan memorandum itu ialah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Sivarasa Rasiah dan Jawatankuasa Bersih, Liu Chin Tong.

Mengulas lanjut isu tersebut Dr Dzulkifli berkata, nota bantahan yang dikemukakan kepada Speaker Parlimen pada 11 Disember lalu yang sekaligus telah mencetuskan pesta penangkapan 24 orang ahli dan aktivis Bersih. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive