KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

SIAPA MASIH PERCAYA PADA DOLLAH?



SAYA TIDAK MAHU KECEWA KAN ANDA - Dollah Badawi

“I do not want to disappoint you. If I have to work hard, I will work hard for you and the future of the country,” Abdullah told 5,000 people at a dinner in Puchong Indah. - Star 18/12/2007
Begitu lah bersemangat nya Dollah Badawi berjanji, seperti yang sudah sudah. Siapa agaknya yang berani menperjudikan negara untuk di ratah oleh Dollah dan anak beranaknya?

Kali ini ucapannya dihadapan rakyat yang menyokongnya seramai 5,000 orang. Satu jumlah lebih 1,000 dari jumlah kedatangan penyokong Anwar Ibrahim di Kampung jawa.

Tiada pula gambar diluar dewan yang ditunjukkan untuk menjelaskan bagaimana 5,000 orang ini datang. Naik bas, teksi atau berjalan kaki? Tetapi kalau benarlah jumlah tersebut, maka berjaya lah umpan 'makan malam' yang disediakan oleh Dollah. Dimana ada gula, disitu lah ada semutnya. Dan gula yang disaji kepada semut adalah wang dari titik peluh semut itu sendiri. Dollah belanja wang rakyat untuk beri makan rakyat. Dollah tak keluar duit sendiri pun.

Akhbar yang menyiarkan berita ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka mendedahkan pekung UMNO dan pemimpinnya. Kalau tidak kerana hiburan atau makanan, rakyat tak datang. Kepada Anwar Ibrahim, anda telah menang 1-0, kerana tanpa makanan pun pembangkang masih boleh panggil rakyat. Kalau tidak dihalang dan bimbang akan tindakan membabi buta polis serta kalau disajikan makanan, sudah pasti jumlahnya jauh lebih tinggi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive