KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

HINDRAF: CAMPUTANGAN POLITIK DITAHAP MELAMPAU

Gugur tuduhan Hindraf bukti campur tangan politik melampau - AMK

Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Peguam Negara kerana sekali lagi bersikap selektif di dalam tindakan terbaru beliau menggugurkan tuduhan cubaan membunuh ke atas 31 individu yang terlibat dalam perhimpunan anjuran Hindraf 25 November lalu.

AMK menyifatkan pengguguran ini memperlihatkan campur tangan politik yang melampau, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

AMK mempertikaikan mengapakah pengguguran dilakukan hanya selepas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas 31 demonstran Hindraf atas alasan 'mereka diperdaya pimpinan Hindraf dan sudah insaf.'

"AMK tidak menolak tindakan ini kemudiannya akan dijadikan sebagai pusingan 'u-turn' pemerintah Umno-BN untuk mengalihkan perhatian rakyat agar terus tunduk kepada kehendak politik mereka, meskipun mereka sanggup meletakkan nawaitu politik mengatasi kedaulatan undang-undang negara," katanya.

Atas prinsip kemanusiaan, AMK menggesa agar Peguam Negara turut menggugurkan tuduhan yang dilakukan ke atas dua ahli PAS, Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz, kata Shamsul Iskandar kepada Harakahdaily semalam.

Suwandi dan Azman ditembak seorang anggota polis dengan menggunakan peluru hidup dalam tragedi berdarah Batu Burok, Terengganu pada 8 September lepas.

Mereka menghadapi empat tuduhan, antaranya didakwa kononnya menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, dan dengan sengaja cuba menyebabkan cedera parah kepada Wan Aziz Wan Omar, katanya.

"Sehingga kini rakyat terus tertanya-tanya, apakah hasil siasatan polis ke atas pegawai polis berkenaan yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan Suwandi dan Azman cedera parah," katanya.

Amat menjelekkan, mangsa tembakan ditahan dan didakwa, sebaliknya si penembak terus bebas berkeliaran di luar, katanya.

AMK menggesa tuduhan ke atas mereka digugurkan dengan segera dan dibebaskan tanpa sebarang alasan, kata Shamsul Iskandar.

Tunduk kepada arahan politik

Sementara itu Bendahari KeADILan, William Leong pula berpendirian, berdasarkan maklumat yang dilaporkan melalui media sebagai hebahan kepada umum, adalah sesuatu yang sangat mengejutkan tatkala Peguam Negara memutuskan bahawa tuduhan cubaan membunuh adalah bersesuaian dikenakan ke atas mereka di peringkat awal.

Kesemua 31 individu ini berada di Batu Caves, di kawasan ibadat mereka tanpa sebarang makluman bahawa polis akan datang pada malam tersebut dan tuduhan yang dikenakan adalah tidak munasabah mengikut keadaan tersebut, katanya.

Meskipun keputusan terbaru ini dialu-alukan, adalah sangat mendukacitakan bahawa Peguam Negara mempertimbangkan merit pendakwaan hanya selepas MIC menghantar wakil menemui beliau, katanya.

"Ini menggambarkan kepada rakyat bahawa Peguam Negara bersedia untuk tunduk akan pendirian dan kehendak ahli-ahli politik daripada parti pemerintah," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Persepsi seumpama ini boleh menghakis kepercayaan umum ke atas institusi Peguam Negara untuk mendakwa sebarang kesalahan berdasarkan kedaulatan undang-undang tanpa sebarang kekangan, katanya.

"Atas kepentingan mengekalkan kepercayaan umum ke atas institusi Peguam Negara, satu klarifikasi perlu disertakan sebagai asas pengguguran tuduhan cubaan membunuh sebagai mengesahkan tindakan Jabatan Peguam Negara ini bebas daripada sebarang campurtangan politik," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive