KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

DEMOKRASI KONON


Radio 24, satu-satunya stesen radio berita dan beroperasi sejak 3 Sept, menyiarkan secara langsung kenyataan Anwar di sidang media bersama setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali.

Anwar menyatakan hasrat parti-parti pembangkang untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu-isu perpaduan nasional, susulan perhimpunan besar Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan tangkapan terhadap pemimpin pembangkang, khususnya yang terlibat dalam perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).


Tiada tindakan pada Radio 24 siar ucapan Anwar
PETALING JAYA: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari menafikan mengambil tindakan ke atas kakitangan yang bertanggungjawab menyiarkan pandangan seorang pemimpin pembangkang melalui saluran Radio 24 minggu lalu.

selengkapnya

No2umnO - Bukan lah isu besar, hanya sekadar menyiarkan kenyataan yang dibuat bertujuan untuk bertemu Perdana Menteri dan semuanya menjadi heboh sekecoh biasa. Si penyiar ketakutan, tidak mengaku siarkan. Betapa mereka ini dikongkong, tidak bebas dan tidak demokrasi langsung. Ini juga jelas membuktikan ketidakadilan di dalam media dikongkong oleh Kerajaan Barisan Nasional menerusi Menteri Penerangannya.

Ini lah budaya BN dan UMNO. Menyekat sebarang peluang untuk bertanding di padang yang rata. Berbangga dengan SPRnya dan pahlawan UMNO mencabar sebarang pertanding hanya di padang mereka.

Teringat ucapan Anwar Ibrahim di Kampung Jawa, Kelang baru baru ini. UMNO Ibarat pendekar yang hebat. Bercerita tentang kehebatannya yang tiada luka dan tiada cedera. Tetapi hakikatnya UMNO berpencak seorang diri. Bila berdepan dengan musuh, pucat sampai ke gigi. Diajak berdebat, berbahas.....pendekar senyap tak berkata kata.

Bila mempertikaikan demokrasi Malaysia, semua pemimpin UMNO dan BN melompat tinggi? Marah benar kalau dikritik tetapi ini lah kenyataannnya. Demokrasi konon !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive