KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

Swastakan Sahaja Mahkamah Malaysia?

dipetik: ketuaperusuh

Ada satu peribahasa Melayu yang berbunyi “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”. Saya tahu ramai yang mengerti makna disebalik peribahasa tersebut. Bagi mana-mana pihak yang tidak mengetahui makna peribahasa tersebut, sila rujuk di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Semakin hari semakin banyak kes berkaitan dengan undang-undang dapat dilihat berlaku di Malaysia. Selain dari Kanun Keseksaan yang selalu kita dengar di media elektronik, kita juga berkesempatan mendengar mengenai Seksyen 73 dan Sekysen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selama ini, kalau kita ingin tahu bagaimana undang-undang dilaksanakan, kita boleh menonton beberapa siri televisyen seperti LA LAW, Law & Orders dan beberapa siri komedi murahan yang membicarakan mengenai undang-undang. Kita juga boleh menonton filem Hindustan atau Tamil yang selalunya akan membicarakan permasalan undang-undang.

Kini kita juga boleh menonton beberapa siri undang-undang yang boleh diklasifikasikan lebih rendah mutunya daripada filem Hindustan atau Tamil hanya dengan melihat perjalanan kes berkaitan yang dijalankan di Mahkamah Malaysia. Bukan tujuan tulisan saya ini untuk menghina atau merendahkan martabat hakim-hakim dan pegawai undang-undang dengan penulisan ini.

Namun pada pandangan saya, kemelut perundangan di Malaysia kini lebih teruk daripada apa yang dipaparkan dalam filem Hindustan atau Tamil. Kemelut perundangan di Malaysia kini teruk dilacurkan, disalah gunakan dan diugut oleh pelbagai pihak sama ada oleh individu perseorangan, peniaga mahupun ahli politik.

Malah terdapat salah guna yang terang lagi bersuluh yang telah dilakukan oleh pimpinan negara seperti yang ditunjukkan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co terhadap kes perbicaraan 31 orang (Hindraf) yang dituduh cubaan membunuh. Dengan pengaruh (ugutan atau arahan) yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi &Link Co kepada Peguam Negara, maka pertuduhan tersebut ditarik balik dan semua tertuduh dibebaskan.

Jika inilah contoh yang dibuat oleh pimpinan negara, maka tidak mustahil bahawa banyak lagi kes berkaitan undang-undang yang saya rasa sama ada di diamkan ataupun di hilangkan sama sekali. Sebagai contoh. anda boleh lihat kenyataan Abdullah Ahmad Badawi bahawa tidak ada seorang pun ahli politik yang boleh didakwa atas Seksyen 32 Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 sedangkan pada masa yang sama sebenarnya terlalu ramai ahli politik dan kakitangan awam yang boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah ini.

Anda tentu tidak pernah lupa akan kes Zakaria Mad Derus di Kelang, yang membina Istana dimana tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kelang. Tentunya anda ingat akan kes ini. Bayangkan jika orang seperti Zakaria Mad Derus boleh didapati bebas dari mana-mana tuduhan rasuah atau salah guna kuasa, tentunya ramai lagi yang boleh terlepas bebas. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive