KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 18, 2007

Wanita Gempur Gelang Patah diganggu UMNO

hotel-kelana-jb.jpg
dipetik: civicbuilder

Parlimen Gelang Patah di Negeri Johor telah menerima gegaran dan gelombang baru yang menjanjikan perubahan dalam arus politik di Negeri Johor. Selama 3 hari 2 malam Wanita keADILan Pusat dengan bantuan jentera AMK Selangor khususnya dari Parlimen Ampang telah menggempur kawasan Parlimen tersebut dengan program-program khas untuk mendalami masalah dan memenangi hati pengundi di situ.

Program bermula seawal pagi 15 Disember.Kaunter semakan daftar pemilih dan aduan telah dibuka di Pekan Gelang Patah dan edaran risalah dilakukan di kawasan Pasar Awam Gelang Patah. Menjelang tengahari hingga ke petang lawatan rumah ke rumah dilakukan di sekitar Taman Nusa Perintis 2 dengan menggunakan BKS. Waktu malam dipenuhi dengan program edaran risalah dan bertemu pengundi di sekitar Taman Universiti dan Taman Ungku Tun Aminah. Kawasan tersebut yang majoritinya dihuni pengundi berketurunan Tiong Hwa memberikan signal yang sangat jelas bahawa sokongan mereka kini padu untuk menjulang panji-panji keADILan. Kebanyakan pengundi yang dijumpai memberi jaminan secara berani bahawa mereka sudah sepakat untuk memenangkan calon dari KeADILan kerana sudah terbukti kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional mengurus ekonomi dan perpaduan negara dengan amanah dan bijaksana. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive