KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 26, 2007

Bandaraya Terengganu: RM10 juta sahaja?

http://web3.knallgrau.at/static/twoday_stable05/bmworacleracing/images/acm4_bmwPreview.jpg

Media arus perdana secara sengaja atau tidak, mendedahkan pembaziran Kerajaan negeri Terengganu di dalam menyambut pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya. DI dalam kemelut rakyat berhadapan dengan banjir dan kemiskinan, kerajaan negeri Terengganu TERUS sibuk dengan usaha pembaziran. Yang menjadi soal, kenapa media mencerita kan tentang jumlah perbelanjaan? Mungkin untuk membiasakan diri pembaca dan rakyat tentang pembaziran. Kalau biasa kita dengar mungkin kita akan tidak lagi membicarakan tentang perbelanjaan lagi dan mungkin RM10 juta itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos pembangunan Koridor yang berbillion billion ringgit. Selepas Piala Monsun, Bandaraya dan apa lagi selepas ini?

RM10 Juta Sambut Kuala Terengganu Jadi Bandar Raya

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Bernama) -- Kira-kira RM10 juta diperuntukkan bagi menjayakan sambutan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya pada 1 Januari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM3 juta disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala selebihnya oleh kerajaan negeri Terengganu.

"Peruntukan itu bertujuan menghias bandar Kuala Terengganu serta memasang lampu-lampu jalan bagi menceriakan lagi suasana bandar raya," katanya kepada Bernama selepas meninjau kerja-kerja persiapan sempena majlis perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan kira-kira RM4 juta khusus untuk majlis perisytiharan itu, manakala RM1 juta bagi kerja-kerja penurapan jalan, di samping RM1.5 juta bagi membersih longkang serta parit.

Katanya kerja-kerja menghias bandar Kuala Terengganu termasuk memasang lampu serta menanam pokok-pokok bunga sedang giat dijalankan dan ia dijangka siap dua hari lagi.

Ahmad berkata sambutan acara perisytiharan itu akan berlangsung selama lima hari berturut-turut bermula pada malam 31 Dis dengan majlis membaca surah Yasin di Masjid Zainal Abidin dan Masjid Kampung Tok Beng, Seberang Takir.

Ia diikuti dengan majlis penyerahan watikah perisytiharan bandar raya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang kemudiannya menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah pada 7.45 pagi, 1 Jan ini.

Ahmad berkata pada sebelah malamnya, majlis perisytiharan akan dilakukan oleh Idris di Taman Shah Bandar dan ia diikuti dengan majlis memperkenalkan logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Beliau berkata acara kemuncak sambutan itu ialah pertunjukan bunga api secara serentak di beberapa lokasi iaitu di Seberang Takir, Gong Badak, Bukit Besar dan Taman Shah Bandar.

Selain itu, beliau berkata perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive