KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 8, 2008

Kementerian Mengaku, Menteri bila lagi?

Mesej yuran tak sampai ke sekolah
Kosmos

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran mengakui salah tafsir di kalangan pengurusan sekolah antara penyebab timbulnya kekeliruan di kalangan ibu bapa berhubung pembayaran yuran dan sumbangan sekolah.

Apa yang mengecewakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah), Datuk Noor Rezan Bapoo ialah mereka telah memberi penjelasan terperinci kepada semua sekolah mengenai hal itu sejak pertengahan Disember lalu.

“Mungkin ada kekeliruan hingga menyebabkan tafsiran yang berbeza dan mesej yang hendak ditujukan tak sampai kepada pihak sekolah,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan ibu bapa mengenai tiadanya penjelasan berhubung isu tersebut sehingga mewujudkan aduan mengenai pelbagai yuran yang mengelirukan serta bayaran tambahan.

Justeru itu, kata Noor Rezan, mereka akan mengeluarkan satu panduan bertulis kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri untuk disampaikan kepada pengurusan sekolah dalam negeri masing-masing.

Beliau juga mahu setiap pengarah pelajaran negeri mengemukakan senarai bayaran tambahan sekolah-sekolah dan mereka harus memberi rasional masing-masing kenapa bayaran itu perlu dibuat.

Ditanya mengenai kegusaran ibu bapa bahawa kemungkinan anak mereka akan disenarai hitam jika bayaran tambahan tidak dijelaskan, beliau berkata:

“Ia tidak boleh dilakukan, ia cuma pandangan sesetengah ibu bapa saja.’’

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive