KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 12, 2008

KES PARANJOTHY: LAKUNAN ATAU APA ?

Paranjothy terima apa sahaja keputusan parti
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Naib Ketua Pemuda parti Gerakan, S. Paranjothy yang mencetuskan isu mendakwa UMNO sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini bersedia menerima apa sahaja keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) parti itu yang dijangka bermesyuarat esok.

Paranjothy ketika dihubungi berkata, beliau diberitahu CCC akan membuat keputusan berhubung hukuman yang akan dikenakan ke atasnya pada mesyuarat tersebut.

‘‘Saya diberitahu CCC akan bermesyuarat esok dan mungkin membuat keputusan berhubung perkara berkenaan. Apa sahaja keputusan yang diputuskan, saya terima,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, sehingga kini beliau masih belum dipanggil oleh jawatankuasa pusat itu untuk memberi sebarang penjelasan.

Menurutnya, beliau ketika ini masih meneruskan tugas sebagai Naib Ketua Pemuda Gerakan, jawatan yang dipilih oleh perwakilan pada pemilihan parti.

Jelasnya, bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas beliau hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin parti, selepas CCC berbincang dan membuat keputusan mengenainya.

Baru-baru ini, Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang disiarkan dalam Internet dengan mendakwa UMNO salah satu daripada punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.

Beliau kemudian menyatakan tidak menyesal mengeluarkan kenyataan itu dan bersedia untuk menerima apa jua bentuk hukuman kerana ia merupakan usahanya untuk meluahkan perasaan rakyat di peringkat akar umbi.

Berikutan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu.

No2umno - Apa yang anda saksikan adalah satu cerekarama atau di dalam bahasa indonesia di panggil SINETRON. Samaada ianya lakunan Paranjothy sendirian atau ia sudah dirancang bersama Presiden Gerakan. Kalau disingkir, maka benar lah dan kalau tidak, maka semua ini adalah mainan politik menjelang pilihanraya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive