KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 12, 2008

PM Terkejut Jenayah Tinggi?

Oleh A Kadir Jasin

PADA 8 Jan., media massa melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai bertanya: “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”Dua soalan serentak daripada Perdana Menteri itu merujuk kepada peningkatan besar kadar jenayah yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2007.

Jadi adakah Perdana Menteri atau kita semua perlu berasa terkejut dengan berita “kehilangan” Sharlinie Mohd Nashar, lima tahun, pada 9 Jan. lalu?

Saya rasa kita tidak terkejut lagi. Sebaliknya kita berasa semakin sedih, semakin marah dan semakin ketakutan kerana keselamatan kita, keselamatan orang yang kita sayang dan keselamatan orang yang patuh kepada undang-undang semakin tidak terjamin.

Apakah Perdana Menteri terkejut kerana beliau menyangka negara ini terus selamat atau masih selamat?

Atau apakah sebelum ini pihak polis tidak memaklumkan kepada menteri mereka sendiri bahawa jenayah semakin menjadi-jadi?(Saya tiba-tiba teringat kepada "ancaman" persatuan-persatuan polis tidak lama dulu untuk membiarkan jenayah berlaku jika pemerintah melaksanakan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)).

Dalam taklimat kepada Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan itu, polis memaklumkan yang jenayah pada keseluruhannya meningkat tujuh peratus tahun lalu.

Dalam suasana yang membimbangkan ini, kita berdoa dan berusaha sebaik mungkin agar Sharlinie tidak menjadi satu lagi angka dalam statistik jenayah.

Secara kebetulan, sedang saya menulis mengenai “kehilangan” Sharlinie, telefon selular saya berdering. Perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) agensi berita Reuters memaklumkan: “Ethnic Indian politician S. Krishnasamy shot dead in Malaysia.” (Ahli politik etnik India S. Krishnasamy ditembak mati di Malaysia.)

Maka sekarang giliran saya bertanya kepada para pembesar pemerintahan Malaysia; apa yang sedang berlaku? |More...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive