KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 21, 2008

POLIS HEBATNYA HANYA PADA RASUAH

Dua pegawai polis, seorang pegawai kastam antara lima didakwa rasuah
Mstar

Koperal Fadzil Bon, 43, dan Lans Koperal Shahuri Mohmad Zin, 34, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor mengaku tidak bersalah meminta suapan RM2,000 daripada pemilik kedai telefon, Thor Lay Chin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Thor yang dikatakan memiliki telefon bimbit curi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di A & K Telecommunication, No: 25, Tingkat Bawah, Taman Kem, Pelabuhan Klang di sini, kira-kira pukul 7 malam, 16 Sept 2005.

Sementara Cif Inspektor Abdul Aziz Harun, 43, yang juga bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor minta dibicarakan atas tuduhan memperoleh suapan RM1,000 daripada Thor di tempat letak kereta perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Kuala Selangor dekat sini, kira-kira pukul 3.30 petang, 19 Sept 2005.

Bagi kes keempat, Cif Inspektor Ahmad Rambli, 37, mengaku tidak bersalah meminta suapan RM5,000 daripada K.Thiagu sebagai dorongan untuk mengurangkan berat dadah jenis heroin dan mengurangkan tempoh tahanan adik Thiagu, K. Vimraj yang disiasat bagi kes dadah.

Ahmad didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Siasatan Narkotik, IPD Klang kirakira pukul 7 malam, 5 Feb 2007.

Dia juga minta dibicarakan atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM3,000 daripada Thiagu di Restoran AlBidayah, 34, Jalan Sri Sarawak 19, Taman Sri Andalas di sini, kira-kira pukul 11.30 malam , 20 Feb tahun lepas.

Hakim Zunaidah membenarkan Fadzil dan Sahuri, masing-masing diikat jamin RM2,500, Abdul Aziz diikat jamin RM3,000 dan Ahmad diikat jamin RM6,000 dan menetapkan ketiga-tiga kes disebut semula pada 4 Mac.

Kelima-lima mereka yang kini digantung tugas didakwa mengikut Seksyen 16, Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan bagi kesemua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah Wong Poi Yoke.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive