KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 8, 2008

Sijil bantuan RM3,000, bapa rasa tertipu

Bapa Malang
harakahdaily

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Pada 30 Januari lalu, ibu bapa sekitar Jeram dijemput ke Dewan Jeram untuk menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Bantuan-Bantuan KPM (mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia) yang dirasmikan YM Dato' Amiruddin Setro Adun Jeram pada jam 3.00 petang.

Maka, ramailah ibu bapa pelbagai kaum datang. Ada yang datang membawa anak kecil lebih dari seorang kerana ingin mendapat sijil tersebut.

Dewan penuh sesak sehingga melimpah keluar dari dewan. Majlis amat ringkas dengan bacaan doa, ucapan yang berhormat selama lebih kurang 30 minit dan minum petang yang hanya untuk VIP saja.

Semasa dan selepas majlis, ibu bapa berebut-rebut di luar untuk mendapatkan sijil itu termasuklah saya yang tak faham mengenai bantuan itu.

Saya rasa kebanyakan ibu bapa berangggapan mereka akan mendapat bantuan yang akan dimasukkan dalam akaun murid atau dalam bentuk cek.

Saya mendapat sijil bernilai RM3,000 dan kebanyakannya mendapat demikian. Setelah saya dapat sijil tersebut, saya memohon penjelasan daripada cikgu dan ustazah. Mereka menyatakan bahawa sijil tersebut cuma sekeping sijil.

Duit RM3,000 telah dibayar kepada pihak sekolah untuk bantuan Makanan Asrama. Saya baru faham, rasa kecewa dan berasa telah dipermainkan. Datang dari jauh dan terpaksa pula mengambil cuti.


Setelah majlis berakhir lebih kurang jam 6.00 petang, saya pergi melawat anak saya di asrama dan ramai ibu bapa seperti saya menemui anak mereka.

Saya terdengar seorang bapa memberitahu anaknya bahawa ayah baru sahaja menerima sijil bantuan sebanyak RM3,000 dan nanti wangnya akan dimasukkan dalam akaun simpanan anaknya.

Saya yang baru faham keadaan itu berasa simpati dan menjelaskan kepadanya kedudukan sebenar. Alangkah kecewanya dia dan beberapa ibu bapa yang lain. Kami semua rasa tertipu dan dipermainkan.

Minta maaf, saya tidak pandai mengarang. Tetapi, saya kuatkan semangat untuk mengadu. Saya sedia memberi maklumat lanjut sekiranya perlu.

Maaf, saya juga tidak dapat memberi nama saya kerana saya adalah kakitangan kerajaan dan bimbang anak saya akan disenaraihitamkan.

Sekian. Terima kasih. --- aba.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive