KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 21, 2008

Golongan muda lebih tertarik dengan sumber berita Internet

utusmeloya - Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa sebahagian besar pengundi muda kini lebih tertarik untuk mendapatkan sumber berita dan maklumat dari Internet atau media alternatif berbanding media perdana.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan menyedari hakikat itu dan ia juga dilihat mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-12 lepas.

"Walaupun tidak ada kajian tepat yang dibuat bagi menyokong kenyataan tersebut setakat ini, suasana dan peredaran masa yang berlaku pada hari ini telah mendorong perubahan tersebut berlaku,” katanya.

Menjawab soalan Pang Tsu Ming (BN-Semambu) berkenaan keputusan pilihan raya ke-12 baru-baru ini adalah akibat golongan muda mendapatkan maklumat dari media alternatif berbanding media perdana, Mohd Sharkar berkata: "Persoalan golongan muda mendapatkan maklumat melalui media alternatif tidak harus menjadi isu kerana kerajaan memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat mendapatkan maklumat atau disebut “pendemokrasian maklumat”.

"Tetapi persoalan yang patut diberikan perhatian ialah tentang kesahihan maklumat yang diperolehi daripada sumber tersebut dan sama ada rakyat boleh membezakan antara maklumat yang benar atau dakwaan, spekulasi,” katanya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive