KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 8, 2008

Kemelut PKR: Guna Blog untuk menyerang

Radenjowo
Baru semalam wak posting artikel kemelut PKR Shah Alam, AMK Keadilan Selangor terus berkemelut dah banyak feedback yang wak terima. Yang hantar komen dan tak kurang juga yang memberikan email. Rata rata dari Shah Alam dan ada antaranya yang datang dari Keadilan Pusat. Tapi yang sensitif wak tak siarkan sebab banyak gunakan perkataan lucah. Email hanya wak jadi kan info. Antara komen yang menarik wak terima adalah seperti berikut ........

D'cruz komen -

blogger medan-info-kita tu sebenarnya dulu bekas Orang PKR. Lepas tu dia ikut EZAM keluar parti. Bila dah keluar, Kerajaan PKR menang dan pegang Negeri. Bila dah pegang negeri, dia dah mula pening kepala. Cemburu...

Sekarang dia dah meraban. Blogger tu bernama Nadzmi [gelaran Songkok Tinggi], ini buktinya .... [memang dah lama jadi musuh dalam selimut] tak senang dengan kejayaan PKR.
Baca artikel Agendadaily ini - PKR Shah Alam yang sebelum ini menjadi nadi PKR Lembah Kelang lumpuh apabila 11 pimpinan tertinggi Bahagian itu yang diketuai oleh ketuanya, Nasir Akhbar Khan meletakkan jawatan.

Mereka termasuklah Timbalan Ketua, Tengku Ahmad Tengku Kassim, Naib Ketua, Tan Ah Kow, Setiausaha Bahagian, Nadzmi Rosli dan Ketua Pemudanya, Rozali Abu Bakar.

Manakala Ketua Penerangannya, SD Johari Yasin dan Bendahari Bahagian, Abdul Rashid Mukti pula mengiystiharkan keluar dari parti itu.... selanjutnya
Dan sekarang dia dah mula menyerang orang dalam PKR. Tak kira sapa yang pegang jawatan di dalam PKR Shah Alam dia akan serang. Terutama mana yang tak sebulu dengan nya. Macam gila talak la tu....

Baru baru ini di dalam artikel nya ... ada komen tentang dirinya, tapi esok hari, komen tersebut dipadam. Takut orang tahu siapa dia.

Mahu tahu siapa si blogger ni, sila rujuk gambar ini [disebelah kiri adalah Johari dan blogger duduk di sebelah kanan] .......Klik rujukan . Gambar ini diambil ketika mereka mahu masuk UMNO baru baru ini. Gambar dan artikel ini turut tekandung di dalam artikel di laman blog dia sendiri. Kononnya nak promo diri atau tumpang tuiiii. Bangga la kononnya masuk UMNO bersama Ezam .... Kemana Ezam pegi, dia pun ikut sama. Kononnya perjuangan.

PKR kena berjaga jaga dengan orang macam ini. Dia takkan senang kalau PKR berjaya. Semua PKR buat, semuanya tak betul.

Di dalam banyak banyak orang yang dah letak jawatan dari AJK Keadilan Shah Alam .... seorang di lantik kembali kerana jasa beliau, nama orang yang dilantik adalah Tengku Ahmad. tapi sekarang menjadi sumber info kepada si Nadzmi Songkok Tinggi. Di dalam meeting Bahagian Shah Alam, tak buat kemajuan. Sering mempertikaikan perlantikan yang dibuat oleh Ketua Bahagian, tapi tugas tak buat. Di dalam AJK tu ada seorang dua tiga kerat yang menyebelah pada dia, termasuk Timbalan Ketua Bahagian, Adnan Jamuri. Dia pun sama. Cakap banyak tapi tak buat kerja. Dalam meeting tak hormat langsung pada Ketua Bahagian. bercakap masa meeting dan setiap kali meeting, Ketua Bahagian kena tunggu dia. Sombong dan ego. Dah la lambat, masuk tak bagi salam pada yang dahulu datang. Diorang ni semua gunakan blog medan-info-kita untuk serang balik.

Kepada PKR Shah Alam atau lain lain .... Berjaga jaga dengan dia ni.
Sekarang bersama Ezam, sudah masuk ke UMNO. Keputusan penerimaan UMNO akan diputuskan selepas 3 minggu selepas permohonan. Mereka mereka ini kalau ditolak keahliannya oleh MT. akan hidup meragan. Ke UMNO tak boleh, Ke PKR pun dah malu dan tak boleh pegang jawatan. So dia baik dengan Halimey kononnya nak gunakan Halimey untuk kepentingan politik masing masing. Sampai ke tua la jadi musuh pada semua orang.
Komen di atas boleh dirujuk di SINI.

Wak harap dapat lah kiranya komen dari sebelah pihak lagi. Agar blog wak ni menjadi satu blog yang boleh mendamaikan antara dua pihak yang berkemelut. Maklumlah, kekadang bila dah dapat kuasa, ramai tak dapat kuasa akan jadi gila. Bukan gila tapi marah, maklumlah masa reformasi dulu, semuanya berjuang. Bila dah jadi jadi kerajaan, ramai tak dapat anugerah. Senjata di tarik, peluru pun tak cukup. Yang ada hanya skru drebar untuk bukak jentera.

Mari kita lihat siapa kah yang benar dan salah. Kalau dibiarkan cerita ni berpanjangan pun tak guna. Bakal punahkan PKR. Tapi kalau setakat PKR saje, wak tak kesah. Jangan sampai musnahkan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Agar bisa yang keruh dijernihkan. Selepas ini tiadalah sengketa dan dapat lah PKR menjalankan tugas dengan tenang tanpa ada perasaan iri dan dengki antara orang di dalam. Maklumlah, musuh dalam selimut lagi bahaya dari musuh didepan mata. Tak sedar cucuk belakang.

9 comments:

Anonymous said...

adusss pecah lobang...pecah lobang

Anonymous said...

Wakakaka.

Patutlah dengki semacam
rupanya tak dapat kuasa.

Aku mintak supaya MT UMNO reject diorang.

Nasib baik aku undi PAS

Anonymous said...

bawak bawak lah tenang. Melayu ni politik lebih dari kerja. Dah tak mahu makan ke?

Anonymous said...

ini lah perangai orang melayu
tak abis abis dengki mendengki
bangsa lain buat lah apa pun
tapi kalau melayu yang dapat tak puas hati


oiiii Melayu. Bila nak berubah. Politik sampai ke mati la.

Anonymous said...

Hancuss PKR
Hidup UMNO !!!

Anonymous said...

mamat ni aku biasa nampak di TTDI Shah Alam. Macam gang giler kuasa jer

Anonymous said...

masuk UMNO pastu dengki PKR. Biasa lah UMNO.

Anonymous said...

berapa UMNO kasi upah?

Anonymous said...

si kurus tu aku kenal. barua Ezam tu. Kononnya bloggers la. Wakakakaka

Posting terkini

Blog Archive