Radenjowo
Nampaknya AMK keadilan Selangor terus bergelut - pulut - cemolot dengan perlantikan Ketua AMK Keadilan Selangor yang yang lepas. Dendam masih membara mungkin. Satu pihak menyerang satu pihak lain.
Dulu wak pernah menyiarkan artikel ini, PENYOKONG HALIMEY BUAT KECOH? dan selepas memgooglekan diri pada hari ini, wak terbaca artikel dari blog yang turut sama menyerang. Mari kita lihat betapa kemelut-kedutnya AMK Keadilan Selangor ketika ini.
medaninfokita - [...] [sms ketiga]Pesanan wak ...... Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Rupa rupanya lebih besar buaya dari naga. Selangor yang aman damai, tiba tiba kemelut lumpur di dasarnya mengelodak mengkucar kacirkan ketenangan di permukaannya. Buaya tidak puas hati apabila kuasa muara di pegang oleh sesumpah yang saiznya hanya sejari kelingking.“setahu aku bro, mazli bukan ketua amk mana2 bhgn. aku pun x paham naper jonah amek dier nie, x penah aku nampak dier selama nie pun.. dia kata mazli nie penasihat amk sg besar. lawak siot! Amk pun ade penasihat….? mmg jonah nie dah x der calon dah”Demikianlah feedback daripada teman2 yg masih mahu memberikan info kpd blogmaster. Memang saya sependapat bahawa tak perlu dilayan sangat statement daripada seseorang yg tidak ada rekod dalam parti seperti Mazli, ibarat cicak mengkarung, tak mendatangkan apa apa mudarat pun…..
Kalau Mazli nak berbahas dan berhujah saya boleh rekomen seorang teman kami yg kerja sebagai agen perkapalan, dia memang petah berhujah politik. Rasanya itu sahajalah standard yg layak untuk Mazli….seterusnya.
Seronok rasanya membaca artikel dan tindak balas dan balasan yang mereka terima. Kalau boleh, di letakkan mereka ini di dalam kotak dan biarkan bergolek gelantang bersama sama. Mana tahu siapa yang menang nanti mungkin boleh jadi Menteri Besar Selangor, 20 tahun lagi. Itu pun kalau PKR dapat peluang untuk menang 'secara tidak sengaja' pada pilihanraya akan datang.
Alahai..... budak muda, darah panas. Sikit punya hal kecoh satu negeri.
Yang menarik nya, hanya sebelah pihak yang membelasah sementara yang sebelah pihak lagi tak jawab pun. Yang kalah tidak puas hati. Nasib baik tak guna senjata, kalau tidak, mungkin ada yang buta mata.
Andai ini bagai dikata, Amacam kalau kita undi parti lain pada PRU akan datang. Kita tengok sejauh mana rebutan kuasa ini akan berlaku. Bimbang kalau dah kalah, buaya hilang selera untuk melapah. Wallaualam .....
10 comments:
adusss wak amacam diorang ni.
Kecoh tol la...sorang lagi tu nak jadi Ketua AMK kot. menyesal aku sokong pkr.
aktiviti tak der, kecoh aje.
Letih... Jenih solat ke nih?
wak aku ingat lambang PKR ni nak kena ubah lambang keris la. Biar jadi cam UMNO. Wakakakakak
Salam wak.
aku ingat blogger tu pun dah gang di halimey yang mengamuk tu hari.
apa punya mamat tu
sombong semacam
best ni panas punya
orang tengah sibuk pasal minyak
diorang asyik gila kuasa
-juragan
wak !!!
blogger tu kena bayar ke?
adusss....sedih pkr ni
ni salah satu komen yang ada dalam artikel ....
mengenai kekliruan dalam akhbar sinar ni... yang buat kacau adalah kerana salah sorang editor atau reporter sinar ni adalah adik kepada si HALIMEY.... adik mane tak backup abang.. ni pun satu punya hal... rileks lah.. buat je lah kerja, ahli ahli lain, akan memerhatikan perkembangan jonah ni, kalau tak perform.. kami akan undi balik halimey... jangan risau halimey.. kite org ade mate and otak...
blogger medan-info-kita tu sebenarnya dulu bekas Orang PKR. Lepas tu dia ikut EZAM keluar parti. Bila dah keluar, Kerajaan PKR menang dan pegang Negeri. Bila dah pegang negeri, dia dah mula pening kepala. Cemburu...
Sekarang dia dah meraban. Blogger tu bernama Nadzmi [gelaran Songkok Tinggi], ini buktinya .... [memang dah lama jadi musuh dalam selimut] tak senang dengan kejayaan PKR.
Baca artikel Agendadaily ini - PKR Shah Alam yang sebelum ini menjadi nadi PKR Lembah Kelang lumpuh apabila 11 pimpinan tertinggi Bahagian itu yang diketuai oleh ketuanya, Nasir Akhbar Khan meletakkan jawatan.
Mereka termasuklah Timbalan Ketua, Tengku Ahmad Tengku Kassim, Naib Ketua, Tan Ah Kow, Setiausaha Bahagian, Nadzmi Rosli dan Ketua Pemudanya, Rozali Abu Bakar.
Manakala Ketua Penerangannya, SD Johari Yasin dan Bendahari Bahagian, Abdul Rashid Mukti pula mengiystiharkan keluar dari parti itu.
Rujuk link ini - http://www.agendadaily.com/
cmspreview/content.jsp?id=com.tms.
cms.article.Article_92798e40-
cabec5bb-d1f0ad00-130f13fa
Dan sekarang dia dah mula menyerang orang dalam PKR. Tak kira sapa yang pegang jawatan di dalam PKR Shah Alam dia akan serang. Macam gila talak la....
Baru baru ini di dalam artikel nya ... ada komen tentang dirinya, tapi esok hari, komen tersebut dipadam. Takut orang tahu siapa dia.
Mahu tahu siapa si blogger ni, sila rujuk gambar ini [disebelah kiri adalah SP Johari dan blogger duduk di sebelah kanan] .......http://bp3.blogger.com/_
ufvCOdVcnYM/SD1vGr5qbhI/AAAAAAAAAic
/8GT0oa2w7TU/s1600-h/boss11.JPG, turut tekandung di dalam artikel di laman blog dia sendiri. Kononnya nak promo diri Atau tumpang tuiiii. Bangga la kononnya masuk UMNO bersama Ezam .... Kemana Ezam pegi, dia pun ikut sama. Kononnya perjuangan.
PKR kena berjaga jaga dengan orang macam ini. Dia takkan senang kalau PKR berjaya. Semua PKR buat, semuanya tak betul.
Di dalam banyak banyak orang yang dah letak jawatan dari AJK Keadilan Shah Alam .... seorang di lantik kembali kerana jasa beliau, nama orang yang dilantik adalah Tengku Ahmad. tapi sekarang menjadi sumber info kepada si Nadzmi Songkok Tinggi. Di dalam meeting Bahagian Shah Alam, tak buat kemajuan. Sering mempertikaikan perlantikan yang dibuat oleh Ketua Bahagian, tapi tugas tak buat. Di dalam AJK tu ada seorang dua tiga kerat yang menyebelah pada dia, termasuk Timbalan Ketua Bahagian, Adnan Jamuri. Dia pun sama. Cakap banyak tapi tak buat kerja. Dalam meeting tak hormat langsung pada Ketua Bahagian. bercakap masa meeting dan setiap kali meeting, Ketua Bahagian kena tunggu dia. Sombong dan ego. Dah la lambat, masuk tak bagi salam pada orang lain. Diorang ni semua gunakan blog medan-info-kita untuk serang balik.
Kepada PKR Shah Alam atau lain lain .... Berjaga jaga dengan dia ni.
Sekarang bersama Ezam, sudah masuk ke UMNO. Keputusan penerimaan UMNO akan diputuskan selepas 3 minggu selepas permohonan. Mereka mereka ini kalau ditolak keahliannya oleh MT. akan hidup meragan. Ke UMNO tak boleh, Ke PKR pun dah malu dan tak boleh pegang jawatan. So dia baik dengan Halimey kononnya nak gunakan Halimey untuk kepentingan politik masing masing. Sampai ke tua la jadi musuh pada semua orang.
Blah la PKR...keje x seberapa...menjerit ego je lebih.. aku lebih respek keje-keje org PAS...kejenya bagus...tapi projek semua PKR sapu...tak caya gi check kat MBSA....
Hancur PKR !! Berebut jawatan Ahli Majlis kat MBSA & MPSJ...tu lah, kutuk org PAS Puchong...x sedar diri tu sapa....setakat kat S.Alam ada satu bilik gerakan kat TTDI masa PRU-12, lagi nak berlagak hero....bercakap pandai..buat kerja semua org PAS...harap PKR...usung Co.Profile je lah sekrg...cari duit !!
klu PKR main2, amik projek atas kepentingan peribadi...aku akan umum dlm blog ni Co. mana yg bertopengkan kononnya bersih sbg pejuang....tapi 2x5 mcm UMNO !!
BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Kami AMK di Shah Alam dan Kota Raja begitu mengenali mereka ini, cubaan beberapa kali untuk melobi mereka di bahagian gagal, Mazli gagal menjadi Ketua AMK Kota Raja, Azreen gagal menjadi Ketua AMK Shah Alam. Mereka berdua sememangnya mempunyai agenda tersendiri.
Kami di bahagian mahupun JDM sudah dapat menghidu tujuan mereka dari awal lagi. Namun setelah gagal mereka bertindak terus ke Negeri. Ternyata Jonah begitu terdesak mencari sokongan setelah beliau tidak mendapat sokongan Exco dan ahli AMK negeri, kesempatan ini diambil oleh mereka berdua ini. Dan akhirnya itulah jawatan yang diberi kepada mereka sekarang.
Untuk Jonah berhati-hatilah dengan mereka ini, mereka hanya akan menghancurkan parti. Tolong selidik dan teliti siapa mereka sebelum menerima serta melantik mereka memegang apa-apa jawatan. Tolong tanya kami di Bahagian, Dun mahupun JDM sebelum melantik sesiapa.
Jangan terlalu pentingkan kuasa, Parti digadaikan….
Bertindak sebelum terlambat.
AMK Kota Raja
AMK Shah Alam
Post a Comment