KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 26, 2008

Sikap buruk Tajol Rosli

Terima kasih kepada momo untuk rujukan blog yang merujuk kepada sikap sebenar bekas Menteri besar Perak, Tajol Rosli. Aku mungkin antara ramai pengguna yang tidak lagi berminat lagi dengan berita TV3. Maka banyak berita yang mungkin terlepas pandang.

Kekalahan memang memeritkan, tapi mungkin ianya sikap semula jadi pemimpin Tajol ROsli yang didedahkan, samaada sengaja atau tidak. Untuk mengetahui, sedikit petikan dari laman blog berkenaan.....agar rakyat yang tidak menonton, dapat menilaikan sendiri bentuk kepimpinan UMNO di perak Selama ini.

http://pdtpengkalanhulu.perak.gov.my/images/pentadbiran/16134457-778.gifsaiful-anis - [...] The anger of the certain BN's assemblymen especially Tajol Rosli (Ex-Perak's MB) against the method of PK's distributing goods without using the open tender system were totally can't be accepted despite the facts that these hardcore poor people's are needing the vital substances in urgency and they are the one who have no ability whatsoever to work or to cope with the risen of the fuel prices and other chain reaction items that affected by the soaring.

It was such a humiliated scene to see the BN's assemblymen rose from the chair and commented the Nizar's justification rudely by saying: "Kenape pulak nak beli terus, mereka nie bukannya dikategorikan sebagai mangsa banjir dan bencana alam untuk bagi cepat-cepat bantuan". I'd like to ask the question to Tajol: "How do you find these peoples aren't not supposedly of getting the goods in urgency? Why makes it so difficult of buying these goods to the poorest peoples? You've a lot of options to facilitate the goods. Why does your previous state government can make a direct purchase for the stationary items without undergo rigorous procedures of open tender system? Is it because of the 'mark-up' done by their own cronies that could 'give back' into your personal account?" ... selanjutnya.
Kalau selama ini tiada siaran terus menerus dibuat kepada Sidang DUN Perak, tahun ini kita merasa. Tahu perangai pemimpin UMNO satu persatu. Itu baru kes Tajul, sebelum ini kes lain pula.. Rujuk SINI

Himpunan Berita hari ini [26-June-2008/Khamis]

Ezam diterima masuk UMNO, tetapi tidak boleh bertanding [utusmeloya]
Ahli politik direman hingga 1 Julai bantu siasatan kes bunuh Adun [bhairan]
Mahathir tanya sama ada kerajaan akan siasat Ian Chin [bhairan]
Adik de jure pemimpin de facto di exposé [ktemoc]
Izzah: Pelan KL langgar 'banyak' akta [malaysiakini]
Thanks Pak Lah, you are simply the best! [foong]
Protes sahkan tarikh Perhimpunan Sejuta Rakyat, Ahad 6 Julai 2008 [harakahdaily]
GMI sambut baik pembebasan BSA Tahir tapi kecewa dengan Hamid Albar [harakahdaily]
Layakkah Johan Jaaffar bercakap soal etika di DBP? [harakahdaily]
Car repairers up charges 30% [sun2surf]
Wan Azizah ajak semua hadir ke Malam Himpunan Rakyat Anti ISA [klpos]
Ustazah marahkan Tok Guru [alhusseyn51]
Kerajaan tidak bercadang tukar Pengerusi SPR [mstar]
MT Umno bertemu dijangka bincang syor retreat, BN sentuh SAPP malam ini [mstar]
Lans Koperal akan didakwa kes cabul, rogol remaja di balai polis [bhairan]
TNB boleh pasang kabel projek Bakun [BH]
Malaysian taxis among worst in world [nst]
Pastikan mutu hidup rakyat terpelihara - PM [utusmeloya]
Lim Boo Chang joins PKR [nst]
Tajol Rosli fires broadside at MB [nst]
Uthayakumar's habeas corpus hearing on July 31 [nst]
20 held in detention camp riot [nst]
Full serban OK until cops clarify ruling [nst]
MB: Aide may have put money in own account [nst]
Hindraf leader poser [nst]
'I want to make money from God's timber gift' [nst]
Khairy made statement on Tuesday [nst]
KJ says he may sue RPK [rockybru]
Keputusan rasmi terima Ezam dalam UMNO dijangka hari ini [utusmeloya]
Bukti awal perpecahan PKR Selangor - Khir Toyo [utusmeloya]
PKR mahu agih wang sumbangan syarikat swasta [utusmeloya]
CALON usah BERKEMPEN [utusmeloya]
‘Selangor perlu lebih telus’ [bhairan]
Boleh derma untuk parti’ [bhairan]
Tindakan babit Rosmah motif politik: Dr M [bhairan]
Khairy nafi terima laporan perisikan [bhairan]
'Melencong' ke seberang - Guna kereta kerajaan untuk beli-belah di negara jiran [kosmo]
Bekalan beras hancur kembali pulih [kosmo]
Najib anggap akuan berkanun bohong [kosmo]
Risiko ayam import China, Indonesia [kosmo]
UFO ‘serang’ Britain [kosmo]
Petronas belanja RM11.5b [utusmeloya]
Caruman KWSP cecah RM320.3b [utusmeloya]
Debat ketuanan Melayu Sabtu ini [utusmeloya]
BN selar pembangkang boikot Utusan [utusmeloya]

Hakim Chin nak tunjuk baik - Mahathir

ian chin ian hn chin judgeMstar - [...] Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyangkal dakwaan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Ian Chin tentang campur tangan beliau dalam badan kehakiman ketika memegang jawatan Perdana Menteri sambil menegaskan, hakim itu sebenarnya cuba menunjuk baik untuk mengelak daripada diambil tindakan kerana melanggar kod etika kehakiman.

Chin, kata bekas Perdana Menteri itu, sedar bahawa beliau akan mendapat "nama baik" daripada kerajaan jika mengutuk dan mencacinya kerana ia selari dengan pendirian kerajaan hari ini.

Kata Dr. Mahathir, berbaik-baik dengan kerajaan sangat penting bagi Chin kerana beliau mungkin diambil tindakan setelah satu laporan polis mengenai salah laku beliau sebagai hakim dalam satu kes difailkan pada Jun 2005 dan pada Mac 25 lalu,
Mahkamah Persekutuan pula membuat penghakiman terhadap kes yang sama yang mengukuhkan lagi asas laporan polis terhadap hakim itu.

judge ian hc chin letter to chief judge dzaiddin and sabah sarawak chief judge steve lk shim"Tuduhan beliau terhadap saya yang dibuat pada 7 Jun, beberapa hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan itu menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk mengalih pandangan pihak yang berkuasa daripada kes salah laku beliau sendiri.... selanjutnya.

Cerita berkaitan .... Chin dedah surat Rahsia

Chin appended a confidential letter dated March 12, 2002 which he wrote to Chong’s successor, Steve LK Shim, where he stated his intention to take over the soon-to-be vacant post in Kota Kinabalu High Court [see letter].He said a week later then chief justice Mohamed Dzaiddin Abdullah informed him he would be going back to Kota Kinabalu.

“I immediately called my wife in Kuching to tell her of the good news and that must be her happiest moment in her life for a long, long time.” ...read the rest.

Agenda jahat STAR terhadap Islam

roslansms - Tidak ada akhbar tempatan yang terus memain dan mensensasikan isu ini selain The Star. Di muka hadapannya hari ini dipaparkan gambar berikut meliputi satu pertiga ruangannya dengan tajuk: Turban legends on the road

Sejak penguatkuasaan penggunaan topi keledar ke atas penunggang dan pembonceng motorsikal dikuatkuasakan puluhan tahun dahulu, sehingga kini ia tidak pernah menjadi isu. Semua diwajibkan menggunakan topi keledar, namun ada beberapa segmen yang diberikan pengecualian termasuklah penganut Sikh yang mengamalkan pemakian serban mereka dan umat Islam yang "haji" atau "lebai"....selanjutnya

Tidak cukup dengan berita yang disiarkan, ketua editor Star sendiri telah mengeluarkan rasa tidak puas hatinya di dalam blog nya ... wong chun wai

Manakala kritikan ketua editor tersebut telah di tempelak oleh jedyoong ....

Akhirnya ..... UMNO terima EZAM

agendodaily - Permohonan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor untuk menyertai semula UMNO diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO hari Khamis. Selain Ezam, turut diterima ialah bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dan bekas Naib Presiden Keadilan, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menjelaskan keputusan MT itu, Tengku Adnan berkata, dengan keputusan itu, Ezam dan yang lain masih tidak boleh bertanding pada pemilihan parti tahun ini. "Mereka hanya boleh bertanding tahun depan," ujar beliau.

Go independent and lead us, said SAPP to Anifah

thestar - The Sabah Progressive Party (SAPP) is calling on Umno Kimanis MP Datuk Anifah Aman to lead an independent group of MPs from Sabah and Sarawak.

MPs representing different parties from the two states can move the process of political change forward, SAPP president Datuk Yong Teck Lee said in a statement.

Yong said that several MPs from Sabah, Sarawak and peninsular Malaysia have deliberated on the current political scenario in recent days.

“This is the window of opportunity that SAPP has relentlessly reminded our leaders and people to not let slip by,” he said.

Yong said that Anifah, who is Chief Minister Datuk Musa Aman's brother, was brave and farsighted to have stepped forward to identify himself with Sabah and its people the issues raised by SAPP.... selanjutnya.

Adun BN Perak buat laporan polis

Malaysiakini - [...] Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN- Kamunting) berkata beliau membuat laporan itu untuk keselamatan diri serta Adun yang lain.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku di ruang legar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sejurus selepas 28 Adun BN keluar dewan kerana memprotes keputusan Speaker V Sivakumar yang enggan memberi laluan kepada Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Kubu Gajah) untuk membahaskan usul terima kasih titah ucapan Sultan Perak.

BN merupakan pembangkang di DUN Perak.

Bercakap kepada pemberita di Balai Polis Ipoh, Mohammad Zahir berkata, kejadian itu berlaku semasa Adun Pengkalan Hulu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sedang ditemubual oleh sekumpulan wartawan berhubung tindakan wakil BN keluar dewan.

Menurut Bernama, Mohammad Zahir berkata beliau sedang berbual dengan beberapa rakan mengenai tindakan Speaker itu apabila tiba-tiba lelaki berkenaan meluru dan menjerit kepada beliau.

Ekoran itu berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak, katanya.

Katanya keadaan tegang itu bagaimanapun berjaya diredakan dengan campurtangan seorang pengawal keselamatan dewan.... selanjutnya.

Bukti wang S'gor masuk akaun PKR

selangor 100 days stadium 210608 anwarmalaysiakini - [...] Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, kata sumber-sumber, "dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri."

Akaun itu dipercayai wujud sejak kempen pilihanraya umum Mac lalu sebelum parti itu, bersama DAP dan PAS, berjaya merampasnya daripada BN.

Cara PKR mengendalikan wang derma itu dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut.

Menurut menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengakui wujud pemindahan wang tersebut Isnin lalu, jawatankuasa sambutan itu turut disertai oleh Yahya dan beberapa pegawai kerajaan negeri.... selanjutnya.

no2umno - memang dah di jangka, semua ini ada kaitannya .....

What the MPs say

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tabling the mid-term review of the Ninth Malaysia Plan today.
malaysianinsider - [...] Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur): "Nothing much was exciting from the review today. The only thing that I found exciting was the last part of the speech when he talked about the power (rampasan kuasa)."

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh): "There were a lot of contradictions in the Prime Minister’s speech. On one hand he said that the country needed funds and that's why we had a petrol price hike.

"On the other hand he said that the government will not burden the people especially the lower-income group. But that's what actually happened when fuel prices were increased."

Dr Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor): "Despite all the good numbers in the report, the rakyat’s concern is on what they experienced, especially from the increase in fuel prices. For those who are in the lower-income group, are they better off? This is what the people want to know."

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena): "There is nothing new in the plan, I think the government is basically chasing shadows. The government has revealed that they are going to improve a number of things, but prices of goods and fuel continue to soar and I don't really see anything new or concrete in the management of the funds."

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan): "From the review we can see that the government is committed towards helping the lower- and middle-income groups deal with the rising prices of fuel and other goods.

"However, the focus should be on how to implement the plans in a way that it would be able to benefit the people. More focus should also be given towards providing Sabah and Sarawak with basic infrastructure."... selanjutnya.

Nazri Melampau - DS Tiong

malaysiakini - [...] Pengerusi BNBCC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata wakil rakyat BN berasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.

"Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) dari Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan," katanya kepada Bernama hari ini.

nazri abdul aziz smillingDua hari lalu, Nazri mengutuk perbuatan beberapa ahli parlimen BN yang mengalihkan sekatan itu di kawasan lobi Parlimen, tempat sidang akhbar diadakan, sambil menyifatkan mereka sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Tiong berkata, tidak wajar bagi Nazri menganggap ahli parlimen sebagai samseng dan budak-budak kerana mereka merupakan wakil rakyat.

Katanya BNBCC akan berbincang Isnin ini mengenai tindakan yang akan diambil seterusnya kerana mereka melihat kenyataan Nazri itu "melampau".... selanjutnya.

Adik Anwar letak jawatan 24 jam

anwar ibrahim pc 120508 01malaysiakini - [...] Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR.

Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu "mencemarkan imej" beliau dan parti, kata mereka.

Sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini hari ini, Anwar tidak tahu-menahu mengenai pelantikan adiknya itu sehinggalah beberapa hari lalu.

Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar adik Anwar di syarikat senaraian awam itu.

"Beliau diambil bekerja dan tidak salah untuk bekerja (di KDEB) tetapi Anwar tidak mahu ia merosakkan imej parti," kata sumber-sumber sewaktu diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor semalam. ... selanjutnya.

Subsidi Menurut Pandangan Islam

azzlie - [...] Oleh kerana kita ingin mencari adakah subsidi ini dibolehkan atau tidak dari sudut Islam marilah kita kembali kepada Sirah Sayyidina Umar Al-Khattab. Sayyidana Umar semasa pemerintahannya mengistiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa As-Shaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu. Lalu Abu Musa menyimpan sebanyak seribu dinar sebagai simpanan(backup) kerana pada masa itu, dana negara benar-benar kosong dan kehabisan. Lalu apabila ia berjumpa dengan Saidina Umar, Saidina Umar menyatakan bahawa syaitan telah bertenggek di telinganya dan menyuruh beliau mengambil seribu dinar itu dan diberikan kembali kepada rakyat.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama. Ini kerana, segala harta di dalam dana negara bukanlah hak kerajaan atau khalifah(Umar sendiri), tetapi adalah hak rakyat.

Menurut seorang professor pakar ekonomi Islam iaitu Badawi Abd. Latif di dalam bukunya(lupa tajuk), tindakan Saidina Umar R.A dilihat sebagai agak radikal atau konservatif. Tetapi ia sebenarnya mendedahkan modus operandi sebenar ekonomi Islam. Di mana sebuah kerajaan Islam itu bukanlah mementingkan poket kerajaan tetapi lebih mementingkan poket rakyat.... selanjutnya.

Dimana AMCORP Mall?

Aku tahu ramai antara korang yang tak tau bagaimana nak ke AMCORP MALL. Tu la ..... lain kali kena rajin jalan. Korang tau SOGO, korang tau KLCC, Korang tau Bukit Bintang, Lorong Hj Taib, tapi korang tak tau AMCORP MALL . Sebenarnya bukan korang aje, aku pun tak tau.

Tapi sekarang aku dah tau.

Korang klik imej ini ...



Tak puas hati, korang klik pulak imej ini....



Kalau tak tau jugak, korang cari Balai polis .... tanya pegawai kat situ. Diorang akan tunjukkan jalan.

PROTES Sejuta TURUN, 6.7.08

aminiskandar


lanjutan berita - protes2008.blogspot
no2umno - Tiket tak perlu. Tapi kalau nak pakai tiket jugak ...... PRINT SENDIRI !!!

Bunty Singh, no helmet ka?

http://images.theglobeandmail.com/archives/RTGAM/images/20080215/whelmet15/0215helmet188.jpg

Korang tau apa singh ni buat? Dia nunggang motosikal sambil nyanyi. Korang tau lagu apa? Ni lagu dia ....

Ral ke, rale ke, ral ke
Haripa!
Ral ke Ral ke ral ke
Mele vich hiya taakra (2)
Loki, jatt te baniya
Baniye ne jatt dhaa liya (2)
Loki vekhde tamasha
Jatt kenda "Uth lain de"
"Uth lain de"
Aku tak tau maknanya tapi hati nya gembira sebab polis tak kacau dia naik motor tak pakai topi keledar. Korang tau kenapa Singh pakai serban? Nak cerita sikit ... aku tak paham bahasa Inggeris, tapi korang baca sendiri.
The turban tells others that we are different. By having a distinct appearance, Sikhs become accountable for their actions. Our distinct Sikh appearance not only makes us think more often about our conduct and its reflection upon a wider society, it also makes us reflect upon our own ideals and how they reflect the teachings of the Siri Guru Granth Sahib. - fateh.sikhnet.com
Sebab tu kita tengok sekarang ada Singh moden yang tak pakai Serban. Terserah pada diri dan kepercayaan masing masing. Tapi semenjak dulu lagi, kita tak pernah tegur Singh kerana tak pakai helmet. Bukan penungang biasa, malah polis trafik pun ada. Ini kerana rasa hormat kita pada penganut agama lain. Tapi berlainan dengan apa yang berlaku kepada isu Pemakaian Serban di Kelantan. Ada mamat mamat yang bising. Cuba klik [chunwai08.blogspot.com].

Yang bestnya, ada pulak si polan yang tak tau pasal hukum Islam pun nak cerita pasal serban. Contohnya ini

caravanserai said... Serban rules
A court case did
So now the police in KB
They can’t issue summons
Serban isn’t an Islamic requirement
It is just symbol on the wearer
It doesn’t denote a religious obligation
Unless the Muslims come back from the Haj
Hehe.... gua pelik la. Bila cerita pasal naik motor tak pakai serban, baru gua tau ramai yang sayang pada orang Islam. Diorang bimbang kalau kita tak pakai helmet, orang Islam ramai mati accident. Sejuk dada.

Shahrir to fire thousands of Petrol Kiosk Workers

kickdefella - [...]

Shahrir had yesterday announced the implementation of Self-Service System for all Petrol Kiosk through out the country effective in the first day of August. While the government will be busy spending millions of ringgit celebrating the nation independent day, these Malaysians will be crying thinking about how they have lost their self dependency.

While many of the pump stations in the big cities are man by foreign workers, those in the small town are man only by locals. And for some, working at the pump station for merely less than RM500 a month is the only source of income for their family.

This cruel turn of event is the result of the increased of fuel prices by the Government led by Abdullah Ahmad Badawi.... selanjutnya.

Rakyat kena ubah gaya hidup

Bila harga minyak naik, ekonomi meruncing, inflasi meningkat, nilai wang jatuh .... ini kata kerajaan "Ubah gaya Hidup !!! ". Itu kata kerajaan dan kerajaan akan berusaha untuk mengubah gaya hidup rakyat tanpa ubah cara kerajaan berbelanja ... Korang tak rasa kena tipu ke?


Antara senarai projek pembaziran kerajaan BN
harakahdaily - [...] Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu.

Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai 'pembaziran' projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion

Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.

Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00... selanjutnya.

Very strange indeed

niamah - [...] There is something happening in the Malaysian political scene that just doesn't feel right la. You know what I mean? Normally, when somebody makes an accusation that some VVIP has done something wrong the said VVIP will come out in arms and defend him/her self to the fullest extent which usually means throwing the whole book (which is written by their cronies of course) at the accuser. We have seen it happen all too often, right? From Mahathir days until now. So, don't you think something is not right here?

Raja Petra has made a Statutory Declaration claiming that he has reason to believe that Najib's wife was present at the murder scene when Mongolian model Altantuya's body was blown up by C4 explosives.

Nothing much happened after that event. Nobody even came out to say a word. Sure the AG later, much later, made some noise about RPK having to face the music if he cannot prove his allegations but that is so unlike the Malaysian way of handling these things. No? The ISA wasn't pulled out. The police didn't even bother to storm RPK's house and take away his computer. Again. And it took some days before Najib and his Rosmah came out with some limp statements in their own defense.... selanjutnya.

Gantung Yahya bukan konspirasi - MB

mohd yahya mat sahri pc ceramah 230608 01malaysiakini - [...] "Saya tidak tahu ada konspirasi tapi kalau konspirasi maknanya tak adalah fakta yang boleh dinyatakan. Ini adalah satu fakta yang jelas.

"Kalau macam tu BPR (Badan Pencegah Rasuah) termasuk dalam konspirasi ini," katanya mengulas dakwaan berhubung penggantungan Mohd Yahya selama dua bulan mulai Isnin lalu.

Pemimpin PKR itu, yang digantung tugasnya sebagai pegawai tugas-tugas khas Abdul Khalid susulan siasatan dakwaan salah guna kuasa, telah meletakkan jawatan pentingnya itu.

Beliau juga melepaskan jawatan sebagai setiausaha badan perhubungan PKR negeri.

Menurut laporan Bernama semalam, Abdul Khalid berkata pegawai itu digantung tugas bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan dalaman secara tertib dan teliti.... selanjutnya.

KUASA GHAIB PKR

bebaskutu - Hari Ahad yang lalu Saudara Yahya Sahri telah digantung tugas beliau. Menurut pembacaan politik saya yang dangkal dan tidak pernah dipandang oleh mana-mana pucuk pimpinan, perkara ini ada seseorang yang mempengaruhi TS Khalid Ibrahim. Beliau adalah seorang yang rapat dengan Saudara. Saya rasa tuduhan saya ini tidak terlalu melulu kerana mengenali beliau dan cara politik beliau dan bagaimana beliau mencincang Kabilah ABIM di Kemaman, saya tak syak lagi bahawa insan yang terlibat di belakang pemecatan ini adalah Saudara Azmin Ali.Bukan tuduhan melulu, tetapi ada beberapa fakta yang boleh mengaitkan Saudara Azmin dalam hal ini.

1. Saudara Azmin memang sangat kecewa apabila tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Ini sangat diketahui oleh kami yang berada di dalam Bahagian Gombak.
2. Saudara Yahya Sahri adalah satu-satunya watak yang dapat mengimbangi Saudara Azmin di dalam negeri Selangor.
3. Saudara Yahya Sahri adalah antara satu-satunya survival dalam penyembelihan anggota ABIM di Mesyuarat di Kemaman.
4. Saudara Azmin Ali memang mencuba untuk menyusun oang-orang beliau di dalam Keadilan dan juga dalam pemerintahan negeri. Pengganti Yahya Sahri adalah org beliau yang telah lama tidak aktif dalam Keadilan dan cuma muncul selepas kemenangan KeADILan di dalam PRU 12.... selanjutnya.

Anwar dah basuh semuanya?

Gelora PKR Selangor: Ada cahaya di hujung terowong
klpos - Ada cahaya dihujung terowong; begitulah kata sumber KLpos.com, mengenai hasil mesyuarat Biro Politik PKR dengan Ketua-Ketua Bahagian PKR Selangor.

Menurut sumber tersebut, semuanya selesai dalam keadaan aman damai.

Dalam kata lain, desakan untuk meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan ditarik balik.

"Anwar dah basuh semua, nampaknya sehingga kini okay, tidak tahu la kalau esok lusa ada cerita baru," kata sumber terbabit.

Sementara itu, Mstar melaporkan, Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula pukul 9.00 malam semalam dipercayai membincangkan kemelut kepimpinan yang dihadapi parti itu di Selangor.

Menurut sumber, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat tertutup itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Kira-kira 45 minit selepas mesyuarat itu bermula, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan bangunan Pejabat PKR.

Bagaimanapun jurucakap PKR memberitahu media bahawa ahli mesyuarat PKR menetapkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang dibincangkan.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR serta ketua-ketua Bahagian PKR.

Macam macam ....

The disturbed motorist standing on the roof of his car with a cigarette in hand while PLUS and Fire and Rescue Department officers try to coax him to seek medical treatment.

Insiden pelik berlaku ke atas pemandu kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan di lebuh raya Utara Selatan di Kedah. Mangsa dikatakan memanjat ke bumbung kereta dan membuka baju, mengadu panas lalu menyalakan sebatang rokok. Insiden itu berlaku sejurus selepas kemalangan yang melibatkan kenderaannya dengan sebuah lori kecil. Peristiwa tersebut telah menyebabkan laluan di jalanraya tersebut sesak. Baca berita di dalam
NST.
Korang ingat masalah minyak naik ni perkara kecil ke? Jangan ketawa, mungkin semalam dia, hari ini kau dan esok kamu..... Hehehehe.

Mat Saman Kati lulusan Political Food Technology

Kicap Cina, Kicap Melayu
matsamankati - [...] Setakat Diploma in Food Technology, aku cuma layak jadi Penyelia Makmal dalam syarikat multinational. Tapi kat sinilah aku mula belajar tentang politik makanan, marjoring in Food Manipulation. Dan pensyarah aku ialah apek-apek tua, yang tak pernah dengar tentang milligrams ataupun parts per million. Tapi depa pakar dalam manipulasi makanan.

Tugas pertama didalam makmal R&D ialah menyediakan database tentang produk makanan yang ada disupermarket. Dari kicap, jem,minuman ringan sampailah kepada wine and whisky. Asalkan produk itu mempunyai gula, aku kena buat research. Bila bawa balik kemakmal, aku kena analyse semua chemical and microbiologial properties produk tersebut. (Sorry, banyak technical terms aku tulis dalam orang puteh, sebab aku tak tau dalam BM)

Kemudian aku kena turun berjumpa dengan pengeluar produk tersebut. Bagi pengeluar Melayu, tak jadi masalah tapi bila jumpa pengeluar Cina, aku kena bawa translator. Sebab depa gunakan istilah Cina untuk ramuan didalam produk mereka. Dan disinilah aku belajar tentang Food Politics.... selanjutnya.

Tak perlu jadi Singh untuk elak saman

Setelah isu menjadi panas, Polis kelantan telah bersetuju untuk tidak menyaman mereka yang memakai serban.

Polis Kelantan henti saman penunggang berserban
klpos - Polis Trafik Kelantan akan menghentikan pengeluaran saman terhadap penunggang motosikal beragama Islam yang memakai serban sehingga mendapat arahan lanjut daripada Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, bahagian perundangan Bukit Aman kini sedang mengkaji untuk membuat penetapan mengenai bentuk serban yang boleh dipakai tanpa penunggang motosikal perlu memakai topi keledar.

Menurut beliau, pengecualian pada masa ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada pemakai serban saja dan tidak membabit mereka yang memakai pelbagai hiasan yang menutup kepala lain termasuk semutar atau kopiah.

"Jika sesiapa didapati tidak memakai topi keledar atau serban ketika menunggang motosikal mereka akan tetap dikenakan saman," kata beliau.

Semalam akhbar melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin selepas disaman kerana tidak memakai topi keledar, tetapi memakai serban.... selanjutnya.

Melayu untuk melayu, India untuk india - mentaliti UMNO

Isu 'hero' cetus kekecohan dalam Dewan
harakahdaily - [...] Topik ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera telah mencetuskan kekecohan di dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Ia didakwa oleh Menteri Pembangunan Awam dan Koperasi, Dato' Mohd Noh Omar ketika diajukan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta pihak kementerian menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan kepada golongan bukan bumiputera terutamanya kaum India.

Namun, Noh dengan sengaja menuduh Siti Mariah sebagai ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera yang menurutnya sebelum ini biasanya diutarakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

"Biasanya isu bukan bumiputera ini dijuarai oleh YB Ipoh Timur, tapi kali ini seolah-olah Kota Raja ingin menjadi hero untuk membela golongan ini.

"Kerajaan tetap menyediakan peruntukan yang khusus kepada golongan bukan bumiputera tanpa menjadikan isu perkauman sebagai penghalang kepada penyaluran bantuan kepada mereka,

"cuma pembangkang sahaja yang sering menuduh kerajaan mengambil kesempatan memainkan isu perkauman ini," ujarnya sambil disambut suara yang tidak berpuas hati dengan kenyatan tersebut.

Tegasnya lagi, hal tersebut membuktikan bahawa pihak pembangkang yang sebenarnya sengaja mencetuskan isu perkauman ini sebaliknya BN tidak bersifat perkauman.

Kenyataan Noh tersebut mencetuskan kegawatan dalam dewan sehingga menyebabkan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangkit mengemukakan 'point of order' yang menyatakan tuduhan Noh tersebut sebagai menyeleweng daripada fakta yang sepatutnya.... selanjutnya.

no2umno - dah memang mentaliti perkauman UMNO, kalau Melayu untuk melayu dan bangsa asing untuk bangsa asing. Patut lah UMNO kecundang tahun ni. Otak pemimpin dah sama taraf dengan otak udang. Noh Omar .... otak British. Muka cam Melayu perasan orang putih.

Jom ber "PEACE WALK" Sabtu ini.

Aku diberitahu ... sebelum menyambut 5 Julai di Amcorp Mall. Acara memanaskan badan bakal di adakan pada 28. Jun ini. 'Berjalan Aman' kalau di terjemahkan di dalam bahasa Malaysia. Peace Run .... lain pulak jadinya. Silap silap 'run' kena kejar atau mengejar. Kena ikut serta ni. Jumpa kawan lama. Ambil gambar dan suka suka. rujuk [GERAMM ]

Anda semua dijemput utk menyertai program “Peace Walk” yang dijadualkan pada hari sabtu(28 jun 2008)

Butir-butir program
Date : 28 Jun 2008
Masa : 3 pm
Tempat : Sogo Kuala Lumpur
Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

Raja Petra vs Najib

Dah macam garam dan lautan. Di mana ada laut, di situ ada garam. Tapi jangan kata kat darat tak der garam. Wak cerita pasal garam sebab, garam masih lagi harganya murah. Nak cerita pasal gula, beras, memang menyakit kan hati. Jadi ... alkisah tentang surat bersumpah Raja Petra yang di keluarkan baru baru ini, Rosmah at murder scene.

Maka kecohlah semua manusia seantero Malaya pasal benda ni. Yang menariknya, nama yang terselit cuma kecoh selepas 4 hari di edarkan. Entah tahu atau tidak, entah baca atau tidak, kita tak tahu. Tapi memang lambat pick up. Kereta kalau modelnya lama, memang lambat pick up. Atau pun mereka dok bincang sesama diorang kat bilik gelap, itu kita tak tau ....

Bila dah kecoh, maka macam macam strategi digunakan. Termasuk media. Sejak dua hari lepas, memang Raja Petra kena belasah. Tapi gua rasa, member tu buat 'derk' jer. Salute pada Raja Petra. Kalu gua dapat anak lelaki, gua nak namakan Raja Petra. Tapi gua takut, kecil kecil dah masuk ISA.

Maka .... Dalam kecoh kecoh semua nu, yang peliknya, si Raja Petra boleh keluarkan artikel yang tidak sangkut paut pun dengan agenda yang sama. Dia cerita pasal lain pulak - It takes two hands to clap.

Memang dia ni terror bahagian belasah dan lari. Orang dulu kata. business hit and run. Lepas hit, dia run. Tu yang ramai mangsa kemalangan langgar lari. Ada yang cedera hilang telinga, kaki, hidung, tengkok, tapi kita tak tau siapa yang langgar. Rupanya makcik tua sebelah rumah, yang baru belajar pandu kereta.

So, si Najib pulak dah kumpulkan rakyatnya di Pekan untuk berkumpul. Berapa belanja, itu kita tak diberi tahu. Haram atau Halal, itu pun gua tak tau. Pada gua, UMNO kalau kumpul orang, HARAM pun boleh jadi Halal. Polis mana berani dengan depa. Lawan sikit, kena hantar diorang gi masuk hutan. Kat hutan tu susah nak collect duit bro.

So .. korang baca cerita ni dari Tranungkite ...

Ada ura-ura Rosmah bakal ditahan selepas disoal-siasat berkenaan kes pembunuhan Altantunya dan akuan bersumpah terbaru Raja Petra.

Sebagai langkah awal, Najib telah mengarahkan ahli-ahli Umno dan penyokongnya di Parlimen Pekan berkumpul tanda protes kepada Raja Petra.

Najib akan balik ke Pekan hujung minggu ini.

Balaci2 beliau akan berkumpul dan berdemo mempertahankan 'fitnah' terhadap Najib dan Rosmah di Pekan. - tranungkite.

Melukut di tepi gantang

Wak nak ajar korang pasal peribahasa Melayu lama. Tak lama ... tapi lama jugak la. Kali ini tentang 'melukut di tepi gantang'. Korang tau apa maksudnya ....? Jangan main cakap je, kena tahu maksud dan penggunaannya. Kalau orang sebut, jangan angguk macam MP UMNO kat Parlimen. Kena faham tu.

Bahasa asalnya adalah 'Lemukut di tepi gantang', tapi dek sebab orang muda menjadi moden dan susah nak paham bahasa zaman Hang Tuah, maka di tukar kan kepada istilah sekarang, "melukut di tepi gantang". Pengertian bagi peribahasa ini adalah 'Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.' Bahasa yang diganding kan dengan peribahasa ini untuk menjelaskan maksud adalah ....'keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.' Bahasa modennya adalah , "lu ada ke tadak, gua tak der hal." Boleh disamakan dengan gambarajah di bawah ...

http://farm3.static.flickr.com/2103/1640061952_e71e82f1b4.jpg

Merujuk kepada peribahasa tersebut .... wak nak sampaikan berita di bawah.
Blog no2umno ni umpama melukut di tepi gantang...jangan di puji lebih lebih kerana nilai tiada, sekadar satu suara. Datang dari desa bukan nak jadi setiausaha. Wakakak ... macam ada yang kena sindir je.

Tapi itu la maksudnya ...dan ini message yang wak terima pagi ini. dari jejaka tampan yang menamakan dirinya Mr X.

dari petikan disini [klik]
Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …

Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – SAMARAN (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous-bm.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)
Wak ingat siapa mamat nih, tapi korang baca sini juga [klik] . Digandingkan dengan blogger yang canggih dan manggih .... terasa diri sekerdil melukut. Tak dapat jadi gantang, jadi melukut pun jadi lah. Tapi mak gua pesan, jangan menonjol sangat. Nanti buruk padahnya ... Tapi dia pesan lagi, kalau orang tu tanya, gua kena jawab. "Tarak Tok !!! Saya suka suka je. Di orang yang pilih.....err err errr"

Benci sangat kah pada Pak Lah?

Aku takkan mengapi apikan. Pak Lah dan rakyat adalah hubungan yang datang secara sendiri. Marah kerana dan asbab masing masing.

Aku marah pada pak lah kerana kelemahannya. Membuatkan barangan yang ada sekeliling mudah sangat naik harganya. Gaji gua dah 5 tahun tak naik ... tapi barang tiap tiap tahun terus naik. Masalahnya sejauh mana kemarahan aku ini.

Kita beranggapan kita paling membenci Pak Lah ... tapi ada orang lagi benci padanya ... [klik]

Krisis Kuasa Selangor

gelanggangjebat - [...] Masing-masing berhujah bahawa mereka sama-sama berjuang dari era 98 hingga kini, sama-sama disembur gas pemedih mata, dipukul dengan belantan dek kerana mempertahankan perjuangan. Dan bilamana berjaya, mereka ini ibarat di lupakan. Jebat ingin bertanya, apa motif kalian berjuang? Untuk mendapat jawatankah atau untuk keadilan, ketelusan rakyat? Jika untuk jawatan, maka sia-sialah perjuangan kalian. Tidak ada bezanya kalian dengan anjing-anjing pengampu BN dan UMNO. Bila diberi jawatan, setia tidak bertempat; bila tidak diberi jawatan, maka akan menyalak malahan akan menggigit tuan. Adakah semua orang politik begini? Hanya retorik dalam perjuangan.

3) Penyaluran duit sumbangan ke akaun PKR
Ini harus disiasat, walaupun Ezam yang menyalak, namun PR harus bertindak. Jangan dibiarkan anjing baru UMNO ini menyalak. Seharusnya kerajaan negeri menubuhkan satu akaun khas yang mengumpulkan dana-dana ini. Tidak salah bagi Jebat jika digunakan untuk PKR namun, ia harus menjurus kepada kemaslahatan rakyat Selangor. Atas nama kerajaan negeri. Jebat tahu bahawa MB akan berbuat yang terbaik untuk rakyat kerana Jebat masih yakinakan ketulusan MB, namun jangan biarkan keyakinan ini terhakis dek keseronokan dan kealpaan dalam memimpin.... selanjutnya.

Senarai Ahli-Ahli Majlis Klg dan Shah Alam

Tak banyak, tapi sikit ... gua cilok kat blog orang lain untuk dapatkan senarai ahli Majlis .... selepas 100 hari penubuhan Kerajaan Baru Pakatan Rakyat di Selangor. Tapi baru sikit senarainya .... yang lain sedang cuba di cilok.

Majlis Perbandaran Klang (MPK)
1. Mislan Tugiu (YDP)
2. Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Akhir (OBD)
3. Azmizam Zamanhuri (PKR)
4. Ho Sang San (PKR)
5. Suhami Mohd Nor (PKR)
6. M. Sunthararajo Murugan (PKR)
7. Gary Tai Teck Chuan (PKR)
8. Maneyvannan Velue (PKR)
9. Hamidah Mat Som (PKR)
10. Tee Boon Hock (DAP)
11. Selvadurai Subramaniam (DAP)
12. Ang Mah Chye (DAP)
13. Ganasan Macholai (DAP)
14. Lim Lip Suan (DAP)
15. Yap Beng Lee (DAP)
16. Ismail Arsat (PAS)
17. Jamuliddin Elias (PAS)
18. Haidar Taslin (PAS)
19. Mohd Termizi Ismail (PAS)
20. Segaran Landasamy (Mindas)
21. Noriah Abdul Rahman (Persatuan Orang Yang Amat Cacat Akal Selangor)
22. Nor’Ain Eusoff (residents’ association)
23. Wong Siah Peng (NGO/PRO)
24. Tee Beng Lee (NGI/columnist)
25. Raju Veerasamy (Treasurer LPDM Malaysia)

Majlis Bandaraya Shah Alam
1.Mazalan Md. Noor (Dato Bandar)
2. Datuk Abu Bakar Abdul Hamid (OBD)
3. Ahmad Zamri Kamaruddin
4. K. Uthayasoorian (NGO)
5. Zulkifle Mohd. Nani (NGO)
6. A. Sivarajan (Wakil PSM)
7. Datin Noraini Md. Top (NGO)
8. Mohd. Harris Abu Bakar (PKR),
9. Mohd. Najmi Samsuddin (PKR),
10. Cheong Kai Cheng (DAP),
11. Izham Hashim (Pas),
12. Ahmad Sayutzi Bashiron (Pas).

selanjut .....

Nasi faham bahasa kita




... selanjutnya.

Syarikat Berkaitan UMNO Menyebabkan Penanam Padi Lembah Setiu Rugi

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/skimpngairanlembahsetiu1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonelin - Walaupun telah berkali-kali, Ketua Unit Peladang Kampung Buluh Hilir, Encik Hassan Hitam, 45, mengadakan perbincangan telah dengan pihak pengurusan Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA),

namun masalah pengairan bagi kawasan penanaman padi di Lembah Setiu itu gagal di selesaikan.

Usul yang dibawa setiap tahun ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu, hanya umpama ‘anjing menyalak bukit’, bukit tidak bergerak, anjing yang keletihan... selanjutnya.

Ketua Penderhaka Hilang Wibawa

buletinonline - Ketua ‘penderhaka’ atau lebih dikenali sebagai Ketua Gang 22, Dato’ Rosol Wahid (Rosol) akhirnya mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada Tengku Awang (Ku Tera) bagi perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Ku Tera, jika diimbas kembali merupakan ‘mantan sifu’ kepada Rosol ketika beliau mula-mula bertatih, menceburi dunia politik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), YBM Dato’ Tengku Putera sepenuhnya sehingga dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ajil.

Namun, memang sudah menjadi lumrah dunia, ada anak didik yang selalu derhaka kepada gurunya kerana mengejar habuan yang lebih banyak.

Oleh itu, tidak hairanlah jikalau selama ini dia sudah pandai menderhaka, maka Rosol, tanpa segan silu pula, melakukan perkara yang sama terhadap pihak Istana Terengganu.

Bukan kisah derhaka Rosol yang menjadi fokus, tapi berkaitan sebahagian besar penyokong Rosol yang kecewa, apabila mereka tahu beliau mengangkat tangan tanda ‘surrender’, dan tidak akan ‘lawan tokey’ dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan bulan Disember akan datang.

Pengakuan ‘kalah tanpa bertanding’ ini merupakan satu tamparan bagi team beliau yang dilihat begitu bersemangat dan sudah bersedia melakukan ‘sesuatu’ menjelang pemilihan nanti. ... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive