Shafie Apdal masa pegang potfolio macam Shahrir Samad ni, tak der lah berbelit sangat cakapnya. Cuma dia banyak tidur. Tapi bila kena pada Shahrir... mak aiii ... punya lah banyak gelembong. kelentong, pembohong dan lotong.
Kalau ikut berita ni ... Shahrir umum penurunan harga barangan keperluan petang ini
ini ceritanya ...Perghhhhh ... menteri rambut putih ni kalau cakap ... memang hebat. Tapi setakat cakap le. Betul tak betul tu belakang cerita.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan hari ini.
Beliau dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar pada pukul3 petang ini dalam sebuah majlis di Subang Jaya.
"Anda akan terkejut dengannya," katanya kepada media di lobi Parlimen.
Aku tunggu jugak apa cerita nya ... sampai jam 9.04 malam ni aku tak dapat apa apa info. Cuma masa dalam kereta ketika pulang kerja tadi ... di dalam radio dia ada cakap nak turunkan harga minyak. Tapi harga tak sebut.
Korang ada rasa macam terkejut terkejut ke ?
Kalau termasuk kali ini ... ntah berapa kali la mamat ni menipu.
Gambar di bawah ni tak der kena mengena dengan berita kat atas....saja aku suka suka nak letak.