KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 11, 2008

Hang on, KJ!

skthew.

It was a complete reversal of result at Rembau the other night.

From a majority of 141 votes, PKR candidate for the Rembau parliament constituency Badrul Hisham Shaharin turned from a winner to the losing end when his opponent Khairy Jamaluddin won by a staggering difference of 5,000 votes!

Now, Badrul, who is famously known as Che Gu, claimed that there were irregularities in the vote counting procedure as the Election Commission (EC) did not issue the ‘Form 14′ when it was compulsory to do so.


‘Form 14′ contains the number of total voters for a particular polling station and once the vote counting has been finalized, the form will be the official indicator of the number of votes designated for each candidate, otherwise the results could not be considered as an official one but most importantly, it gave way for manipulation as the number of votes may be added in favour of a particular candidate.

Hence, he considers issuing a petition to challenge the results and call for a re-election, in which the void of ‘Form 14′ is said to be good enough to nullify the Rembau election results.

Chegubard press conference about Rembau Seat - pt 2

UMNO Perlis mempersalahkan Radzi.

2007 TAHUN BABI, 2008 TAHUN TIKUS


Masalah sangat dengan negara kita ni. Ramai sangat bangsa. Melayu, CIna dan India dah cukup membingitkan telinga. Sana gaduh, sini gaduh, semuanya gaduh. Ada ura ura nak satu kan bangsa. Gah ... Bangsa Malaysia. Tapi BN dok masih dengan 3 partinya. Bukan tak caya, tapi memang tak mau nak caya. Susah nak percaya kerana sudah 50 tahun, BN masih macam itu, perkauman dan lakonan.

Sekarang sudah ada kerajaan baru. Kalau bosan duduk di Johor, kita boleh pindah ke Perak. Kalau bosan di Perak, kita boleh ke Pulau Pinang dan anda boleh pusing semua tempat, semua negeri. MB dan kerajaannya dari berbilang parti dan bangsa. Orang kata di Kelantan Syok .... tapi jauh sangat dan mungkin kerja anda tidak ada disana. Takkan jual nombor ekor nak berniaga di Kelantan? Pening tawkey.

Kalau pindah ke Selangor, ok sikit, dekat dan di tengah tengah. Kalau bosan dengan pentadbiran Kerajaan Selangor kita boleh pindah ke Pulau pinang dan rasa pemerintahan DAP di sana. Tukar selera makan, kita tukar sekali kerajaan. Kalau nak rasa orang UMNO masak, kita turun ke Johor, kalau nak rasa Laksa DAP, kita pergi ke Pulau Pinang dan kalau nak rasa BUDU PAS, kita gi pulak ke Kelantan.

Aku masih di lembah Kelang. Kami tak perlu pindah kerana kerajaan kami sekarang sudah bertukar. Yang ada sekarang cuma bendera hijau, biru muda dan sekali sekali roket. Dacing kitorang dah tak guna. 14 hari selepas pilihanraya, semua poster dacing kena cabut. Kalau tak cabut, wang pertaruhan RM10,000 hangus.

Sekarang Rm10,000 besar nilainya, tidak seperti sebelum pilihanraya. Habis RM10,000 kontrak tak tentu dapat. Duit tabung kena jaga jangan sampai membazir. Selangor dah tak der sistem kroni.

Kalau BA kekal di Selangor, Dacing kitorang dah tak kenal. Kalau anak anak sekolah tanya, katakan sahaja dacing itu sama seperti dinasour, tapi lagi ganas. Budak akan percaya dan selepas itu, kanak kanak akan ingat sampai mati.

Sebelum ini aku rasa pernah dengar tentang 'dacing akhirat'. Siapa yang sebut ye? Rasanya menantu Dollah Badawi. Semua benda akan hancur kecuali dacing yang akan digunakan untuk timbang dosa dan pahala. Kerana Khairy cerita tentang dacing akhirat, orang yang takut dosa, bimbang nak undi Barisan Nasional. Terbayang masa mati dan terbayang siratul mustakim. Eeeee takut nye, gerunnye.

Jangan main kata kata, sebab rakyat dah semakin pandai. Terlalu banyak sangat promo sampai orang takut nak undi. Itu lah BN. Sebulan sebelum pilihanraya, ZAM belasah promo UNDI BN tiap tiap hari. Sampai yang tidak mangandung pun hampir muntah. Bila selesai pilihanraya, IKLAN DACING pun tak der, ZAM pun hilang sama.

Rakyat marah? Masakan tidak, sudah lah iklan 5 minit sekali, ini kan pula ditambah dengan promo 'undilah BN'. Kalau hari pertama aje ok jugak, tapi kalau dah tiap tiap hari, pening, mual jadinya. Bila tonton cerita sedih, artis baru nak menangis, siaran terhenti digantikan iklan BN. Artis tengah bercinta, belum habis nak mengayat, dah disambung dengan iklan BN lagi.

Aduhhhh.....dari seronok jadi menyampah. Dari bersemangat ... sampai meluat. Tiap tiap hari pun sama. Dari pagi sampai petang dan petang sampai pagi esoknya. Lepas tu penonton pun bukan saluran lain. HBO atau saluran ASTRO yang lain. Bila sudah alih siaran, berita arus Perdana, orang dah tak tonton. BN dah rugi disitu. Propaganda buat habis beratus ribu, tapi orang tak mau tengok pun.

Tapi tak per la. Lain kali takkan buat perkara yang sama. Sekurang kurangnya belajar dari kesilapan. Kalau akan datang pun silap lagi, UMNO bubar ubah jadi sdn bhd. Berniaga aje la. Edar air mineral dalam botol pun ok jugak. Diluar botol lambang dacing. Bila musim pilihanraya, penyokong parti boleh main baling baling botol .... siap ada gambar dacing lagi.

Aku tak sabar untuk menantikan perhimpunan UMNO tahun ini. Mungkin kah di PWTC atau di hotel kowloon. Kalau dulu berkereta besar, mungkin sekarang ni RAPID KL ada tugas besar untuk bawa pemimpin BN datang dari kampung. Maklumlah sekarang kena jimat, semua projek kena catu. Oiiiitttt !!! Sorry, malam dah tak der dangdut ye. Lepas perhimpunan balik bilik dan duduk sana, nasi bungkus akan dihantar sampai ke pintu bilik. Tak der lobi lobi lagi.

Siapa agaknya nak jadi ketua pemuda UMNO Selangor? Siapa nak jadi puteri UMNO Perak? Siapa nak jadi wanita UMNO Pulau Pinang dan siapa nak jadi Pemuda rempit Kelantan? Semuanya dah tak mendatangkan hasil lagi. Pangkat besar, projek tak der, takkan nak pegang jawatan lagi. Membazir. Mat rempit tak boleh cari makan dengan UMNO lagi. Mat rempit nak cari ketua pun dah tak der kerana kalah pilihanraya yang lepas. Kalau nak cari dia, ada kat BALING. Mungkin tengah repiar motor.

Tapi sekurang kurangnya ianya memberikan iktibar bahawa "KUN FA YA KUN". Kalau Tuhan kata jadi maka jadi lah ia. AKu dari dulu lagi dah kata. Cuma ramai yang tak caye, yakin sangat sampai bila dah terdesak, mula tarik balik 'dakwat jari'. Masa dah suntuk. Cop jari tiada, pengundi hantu pun tiada. Bila print Mykad dengan gambar pun lupa nak letak. Perancangan tergesa gesa, duit tak der, tapi upah pengundi hantu. Bila dah undi, tak der duit nak bayar. Pengundi hantu pun berpiket minta duit pada BN.

Semuanya serba tak kena. Gembira kami tidak terkira. Pilihanraya sudah 4 hari berlalu, tapi cerita tak habis lagi. Seronok tengok cerita lawak. Macam macam lawak ada. Di simpang jalan rumah aku, ada orang politik yang sudah tak betul. Pagi pagi baca paper kat traffic light. Sandar kepala pada tiang lampu isyarat. Sengettttt. jer kepala nya.

Memang tahun ini macam macam berlaku. Ini lah bahananya "Tahun Tikus". Kalau tahun lepas "Tahun babi" kini babi sudah jadi tikus. OK la jugak.....cari business banyak banyak dan lain tahun boleh jadi babi sekali lagi.

Selangor State Officers Destroy Documents…Sulit!

1426.blogspot


Selangor State’s Officers were in the process of destroying some confidential (Sulit) documents when cleaning and tidying up preparing to leave the administration office and hand over the control to the new Opposites (Barisan Rakyat) new state government.

PKR and DAP members rush to the scene to stop the destroying process…but some have already been shredded.

Selangor treasury official later explained, the destroyed documents are “copies”, must be settled and the “Original” are still kept safe.

1 police for every 4,400 people?

New Wangsa Maju MP meets police over crime
Malaysiakini

There is just one police personnel for every 4,400 people in the Wangsa Maju parliamentary constituency in Kuala Lumpur - a finding that has left newly-minted MP Wee Choo Keong shell-shocked.

He visited the Wangsa Maju police station this morning, as part of his post-election rounds, to bring up security issues as these have been at the top of voter concerns.

Wee, the secretary-general of the Malaysians Democratic Party, had contested the seat under the PKR.

Inquiring into the rise in crime in the constituency over the past several years and action being taken to reduce the rate, Wee said he was in turn asked what actions he had in mind given the dire lack of resources and personnel.

“I was told there are 68 police personnel in charge of Wangsa Maju. This means every police personnel has to take care of 4,400 residents. I find this completely unacceptable!” he said when contacted after his meeting.

There are about 300,000 residents in Wangsa Maju currently, but the number is expected to rise to more than 400,000 over the next decade.

Wee said he has not met with the Setapak district police chief or other senior police officers as his purpose this morning was to meet with the lower- and middle-ranking officers.

When he asked what has prevented a larger intake of recruits, Wee said he was again shocked to hear the reason for the poor response among young Malaysians to a career in the police force.

“Some personnel have a basic salary of only RM800 a month. No wonder nobody wants to join the police force. How can you survive with only RM800 a month, especially in the Federal Territory!” he exclaimed.

“This will be something I will bring up with the district police chief and hope it will be brought up to the Inspector-General of Police.”

Crime in Setapak district, which encompasses Wangsa Maju, has reportedly soared in recent years, although the crime rate has generally risen nationwide.

Analysts have cited the crime rate and economic hardship as among key reasons for the Barisan Nasional’s (BN) electoral setback, with only 140 of its parliamentary candidates winning in the 12th general election last Saturday.

Opposition candidates, meanwhile, had their best-ever showing, capturing 82 seats in Parliament and denying the BN retention of its two-thirds majority.

LAA ... KENAPA BANGANG SANGAT?

Radzi pula didesak letak jawatan
Malaysiakini

breaking news Sekumpulan pemimpin Umno Perlis hari ini mendesak setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatannya itu susulan krisis yang berlanjutan di negeri Indera Kayangan.

Krisis itu yang muncul secara terbuka hujung tahun lepas bertukar makin tegang dan tidak menentu menjelang saat-saat akhir hari penamaan calon 24 Feb lalu.

Kini krisis itu menimbulkan konflik baru apabila kerajaan negeri gagal dibentuk walaupun BN Perlis mengulangi kemenangan besar dalam pilihanraya umum Sabtu lepas.

Dalam sidang media mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini, ketua penerangan Umno Perlis Datuk Hashim Suboh mendakwa Radzi campur tangan dalam proses penubuhan kerajaan negeri dan pelantikan Menteri Besar.

Beliau, yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kangar, mendakwa Radzi mempengaruhi pihak istana agar tidak mengeluarkan watikah pelantikan semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar.

Hashim mendakwa mewakili badan perhubungan Umno perlis serta mendapat restu Shahidan, timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Zahidi Zainal Abidin, ketua wanita negeri Datuk Mastika Junaidah Hussin, ketua pemuda negeri Datuk Rozabil Abdul Rahman, dan ketua puteri Rozienna Ahmad.

Keng Yaik SLAM UMNO !!!


Keng Yaik: Address crux of dissatisfaction
nst.com.my

PUTRAJAYA: The Barisan Nasional must address the crux of the public’s dissatisfaction if it does not want to lose power in the federal government in the next election said Gerakan national adviser Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

In a no-holds-barred press conference at his office yesterday, the feisty politician listed out issues that Barisan Nasional must address in restoring the people’s faith in the ruling coalition.

The coalition, he said was in some serious need of soul-searching and discipline and must rid itself of money politics.

He also cautioned that the civil service, which is a critical part of the federal government, must be closely supervised and seen to be actively improving apart from not discriminating against non-Malays.

More, he added, must also be done to appease Indian, Chinese and even urban Malay voters.
The government’s efforts in beefing up the service, including initiatives like the Special Task Force to Facilitate Business (Pemudah), was “too little too late", he said.

Dr Lim, whose Gerakan party was all but wiped out in the elections, said the overwhelming votes that went to opposition parties showed that the people were angry with Barisan Nasional.

He also said that some Umno leaders had displeased people by being arrogant and Umno must take action against such members to ensure stability within the ruling coalition.

“The arrogance in Umno must stop ... those rowdy cowboys are spoiling the party’s name on the ground ... the wielding of the keris must also stop as it frightens the people.

“Just as the MIC, MCA and Gerakan discipline their members when they get out of line, Umno must do the same.

“Their arrogance in parliament and at the Umno general assembly must stop ... you can argue but don’t be arrogant,” Dr Lim, who is retiring from the cabinet, said yesterday after clearing out his office at the Energy, Water and Communication Ministry, here.


Gerakan, he said, was fully supportive of BN chairman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s leadership and would not abandon BN at trying times like now.

However, he said it was incumbent upon Abdullah to ensure that national issues, as well as those within the BN coalition, were thoroughly addressed.

Dr Lim said Abdullah, as BN chief, had a lot of deep thinking to do in view of the strong message given by the people.

“If his advisers have been giving him the wrong advice, he must change them.”

Asked why he did not raise these issues before, Dr Lim, said: “How do you know I didn’t? Gerakan, MCA and MIC have always done it in camera. Maybe next time things should be said out of camera as the people are no longer happy with results but want to see their leaders voicing out their concerns.”

On the offer by former Penang chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon to step down following the party’s disastrous performance in the elections, he said Koh, the Gerakan acting president, must continue the party’s struggles and remain chief.

“I told him to shut up and carry on. He is ever the gentleman. It is time for him to be a political charger,” he said.

Of the 12 parliamentary seats Gerakan contested, it won only in Gerik and Simpang Renggam. It was also defeated in 26 of 31 state seats contested.

On Gerakan’s future, he said the party would again have to climb from the bottom as it did before it won power in Penang in 1969.

Meanwhile, he said the party would polish its new breed of committed, young and aggressive leaders at all levels.

“We are at the bottom of the wheel now ... for the next four years, we will monitor the new coalition of DAP, PAS and PKR and ensure they keep their promises to the people.

“We will be a very responsible opposition.”

Dr Lim also acceded that Gerakan may no longer have a representative in cabinet.

“We are not begging. What do you expect when you only have two seats?”

GUA BENCI PERKAUMAN


UMNO itu yang memusnahkan ketuanan dan hak orang Melayu
jordan2jelebu

UMNO adalah parti perkauman. UMNO sentiasa memainkan isu perkauman apabila terdesak. Selesai sahaja PRU 12 Ali Rustam terus bersuara, keputusan pilihanraya ini seperti yang berlaku pada 1969, selepas itu beberapa pimpinan lain termasuk Mike Tyson turut bercakap perkara yang sama. Kalau lu berada dalam team pembangkang tetapi dalam masa yang sama lu masih bising tentang hak orang Melayu dan ketuanan orang Melayu maka lu sebenarnya masih mempunyai saki baki bau sabun cucian otak orang Melayu oleh UMNO selama ini.

Ada beberapa kawan termasuk yang di Perak yang hantar text pada gua. Diorang merasa bimbang jika Adun DAP dilantik menjadi MB Perak. ”Bagaimana dengan survival orang Melayu Islam?” tanya kawan gua. ”Anak lu jugak akan struggle untuk survive satu hari nanti sebab tiada UMNO yang boleh menjaga ketuanan orang Melayu Islam lagi.”

Sekarang biar gua bagitahu, siapa yang pijak kepala orang Melayu selama ini? Jika lu sememangnya mahu untuk bercakap pasal ketuanan Melayu lah. Siapa yang hapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan siapa yang paling banyak merampas tanah-tanah orang Melayu yang kemudiannya dijual kepada tokey-tokey yang memayungi mereka selama ini? DEB diwujudkan untuk Melayu khususnya tetapi tahukah bagaimana jurang besar antara orang Melayu yang kaya dan miskin boleh terbentuk akibat DEB? Jangan rasa hairan jika selepas ini orang Melayu akan ditakutkan dengan isu survival, kelangsungan hidup, agama dan adat tradisi, kerana UMNO sememangnya mempunyai dasar untuk menakutkan-nakutkan rakyat, khususnya Melayu.

Tahukah mereka bahawa hak orang Melayu itu adalah sesuatu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan? Apakah DAP sangat bodoh sehingga sanggup menggadai sokongan orang Melayu seperti Maximus yang telah mengundi dan membawa mereka kembali popular hingga mempunyai satu negeri untuk ditadbir dengan mahu mengubah hak yang telah tertulis itu? Nasib orang Melayu di Pulau Pinang sudah jadi buruk dan merempat pada ketika Barisan Nasional memerintah bahkan ketika seorang Perdana Menteri juga berasal dari sana. Mana dia ketuanan Melayu yang dibela UMNO? Mana dia?

Gua sangat benci dengan isu perkauman, apatah lagi jika ada yang mengomel di blog gua pasal ketuanan Melayu. Gua sangat benci apabila ada yang bercakap tentang perkauman, tentang kelebihan satu bangsa bernama Melayu ke atas bangsa lain di BolehLand ini. Sedangkan hanya sehari Cina tutup kedai masa Chap Goh Meh kita dah menggelabah nak cari bateri kereta. Pergi stesyen minyak orang Melayu, jangan harap nak jumpa. Mereka hanya jual bateri kereta keluaran orang Melayu sahaja. Dasar perkauman sangat jelas di muka mereka bila gua kata bateri itu untuk kereta dari negara Mussolini. Itu belum kira kalau duduk di Tronoh dan kehabisan kicap pada hari Deepavali, mau aje makan nasi renjis dakwat pen sebab kedai Krishnan pun tutup.

Tolonglah berfikir secara matang, dalam hidup ini juga kita saling memerlukan antara satu sama lain. UMNO itu mencanang perpaduan kaum dan menjauhi perkauman pada ketika mereka sendiri adalah parti paling perkauman sekali di BolehLand.

Sudahlah, gua mahu bercuti menghabiskan baki cuti tahunan gua yang tahun lepas punya, ihsan seorang majikan bukan Melayu, yang juga lelaki kedua terkaya di BolehLand. Gua mahu pulang ke Muar dengan hati yang sangat berbunga-bunga, dada yang terbuka agak luas, berjalan gaya pendekar, muka yang sedikit didongakkan semasa di meja makan serta senyuman yang agak manis ketika menyertai perbincangan politik di depan tv selepas makan malam. Gua ada sebab untuk rasa sangat gembira pulang ke Muar. Pergi google Parlimen Bakri dan DUN Sungai Abong, sapa yang punya?

Complaint Against Khairy’s Win

mysinchew

KUALA LUMPUR, MALAYSIA: Rembau parliamentary seat PKR candidate Badrul Hisham Shaharin claimed that the seat winner Khairy Jamaluddin Abu Bakar used the government resources to the fullest during the elections campaign period and even sent a large number of “rogues” to canvass in Rembau and expelled Badrul's canvassers.

He said that his supporters are forbidden to meet the voters at the villages. The university students’ organisations who appealed to the voters to support clean government were also “escorted” to Senawang toll to ensure that these students really leave Rembau.

Badrul said this at a press conference today (11 Mar). He added that he had filed complaints to the Election Commission (EC) and made a police report.

He described Rembau parliamentary seat elections as the dirtiest and the most undemocratic contest because of the authority has double-standard in dealing with PKR to ensure that Khairy would win in the elections.

“Khairy was allowed to use the field of the assembly hall to campaign, but we weren't allowed to do so.”

Badrul said Khairy's deposit comes from Barisan Nasional (BN) and used UMNO publicity materials and flags during the campaign. He also found out that there were both underage voters as well as some who are more than 200 years old. At the same time, some voters are unable to vote because the registration shows that they had vote.

He added that he defeated Khairy in the preliminary counting. However, the later ballot boxes had caused him to lose. Furthermore, many of the ballot boxes have not attached with “Form 14”. He said the EC explained that they ran out of “Form 14” and therefore no “Form 14” was attached.

“Form 14” is the form the candidates sign when they agree that the vote counting has no problems.

“The explanation is unreasonable. I will discuss with my lawyer, collect all the details of the police report and file complaints to the EC.”

Badrul said he lost RM20,000 of promotional materials during the election campaign because his opponent has removed his promotional materials, and even burned his huge billboard.

He urged the EC to investigate the amount of money Khairy spent in the elections campaign. He further added that he will meet with the hawkers who claimed their licenses have been revoked because they did not shake hands with Khairy. (Sin Chew Daily)

CHEGUBARD TERUS BERANI, KHAIRY TERUS KECUT

Badrul tetap mahu berdebat dengan Khairy
Mstar

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin tetap mahu berdebat dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang juga anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaludddin walaupun pilihan raya umum telah berakhir.

Badrul Hisham yang merupakan calon PKR bagi kerusi Parlimen itu mahu Khairy menyahut cabarannya sebagai satu proses yang disifatkan akan memakmurkan demokrasi di negara ini.

"Saya dituduh menyerang peribadi beliau (Khairy) dan keluarganya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berkempen atau ceramah. Saya menyebutkan fakta, jadi saya mahu dia buktikan tuduhannya melalui debat," katanya pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina di sini hari ini.

Badrul Hisham yang memperolehi 20,779 undi, tewas kepada Khairy yang mendapat 26,525 undi pada pilihan raya Sabtu lepas. Kerusi Parlimen Rembau mempunyai 62,896 pengundi.

Ditanya tentang kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum kali ini beliau menyifatkannya sebagai gelombang positif daripada rakyat yang mahukan perubahan baik dari segi kepimpinan dan juga peribadi pemimpin.

Beliau berkata ekoran itu Umno dan BN perlu melakukan perubahan sekiranya mereka ingin bangkit kembali.

BONUS UNTUK RAKYAT PULAU PINANG



Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mansuh Kompaun Dan Saman Parking Dan Lesen Penjaja
bernama.

PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Semua kompaun dan saman, bagi kesalahan meletak kenderaan dan lesen penjaja, yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) dimansuhkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau berkata bagaimanapun pemansuhan itu adalah bagi kesalahan yang dilakukan sebelum hari ini.

Tindakan saman dan kompaun kepada mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan semula mulai esok, katanya pada sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Ketua Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan itu adalah bagi meringankan beban rakyat yang mempunyai saman tertunggak.

"Kami telah berjanji untuk menjaga golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya.

Pesan wak - Jangan jealous !!!

KHIR TOYO: KOLEKSI CERITA MENARIK

Khir selamat buat sementara waktu, tapi belum tentu untuk selamanya
detik.daily
Oleh : Wartawan Detikdaily 2002

SHAH ALAM: Maklumat baru mengenai kes rasuah Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang disampaikan Ahmad Lutfi Othman di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya, Selasa lalu, kembali menghangatkan isu sensasi ini meskipun umat Islam kini lebih disibukkan dengan persiapan menghadapi Aidilfitri.

Sebelum itu, khabar-khabar angin mengatakan Dr Khir yang mengambil cuti sakit sehingga 3 Disember lalu dikatakan akan terus bercuti panjang. Bagaimanapun berita angin itu ternyata tidak berasas apabila Khir mula bertugas sehari selepas itu dan tidak ada tanda-tanda beliau kini dalam tekanan. Difahamkan, isu rasuah beliau dapat dikendalikan seperti yang dirancang. more...

Khir Toyo tidak bercakap di Dewan Undangan Negeri Selangor
detik.daily
Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

SHAH ALAM: Aktivis media, Ahmad Lutfi Othman, yang membuat laporan ketiga kes rasuah Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, Selasa lalu di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya telah diminta memberi keterangan lanjut Jumaat lalu, 7 Disember jam 9.30 pagi.

Penguasa Azni Yahaya dari Pejabat BPR Shah Alam merakamkan keterangan Lutfi ekoran penemuan bukti terbaru kes rasuah Khir Toyo yang membabitkan penawaran tapak banglo oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Segala-galanya berjalan lancar dan pihak BPR Selangor saya lihat bersungguh-sungguh menyiasat kes ini, meskipun ianya membabitkan Menteri Besar Selangor," kata Ahmad Lutfi selepas selesai ditemubual Azni, sejam kemudian. more...


Khir Toyo perlu menjawab isu tapak banglo Bandar Baru Bangi
detikdaily
Oleh : ILIAS KAMARUDIN

Berikut adalah beberapa maklumat asas tentang dakwaan amalan rasuah Khir Toyo mengenai tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi:

1. No. Lot: 14, Jalan 2/1G

2. Luas Lot: 22,863 kaki persegi

3. Harga untuk tawaran pertama pada 13 Februari 2001: RM20.00 skp

4. Harga untuk tawaran kedua pada 12 Mei 2001: RM10.00 skp

5. Dr Khir pada 31 Oktober 2001, di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, menafikan beliau menerima dua tawaran berbeza itu dan menafikan beliau membeli tanah yang ditawarkan PKNS itu kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Ternyata penafian Khir itu satu pembohongan! More...


Satu lagi pekong terdedah di Selangor
/n32.blogspot

Semalam majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Perbandaran Kelang telah ditangguhkan sekali lagi. Ini kerana pihak MPK menerima arahan dari kerajaan negeri bahawa majlis itu tidak boleh diadakan sehingga diselesaikan apa sahaja masalah berhubung ahli-ahli majlis berkenaan yang masih tertangguh(terutama yang hamper sama dan berkait dengan kes Zakaria Md Deros).

Sementara itu semasa artikel ini ditulis pihak penguatkuasa MPK sedang merobohkan (bukan ISTANA) tetapi DZ Satay House milik Zakaria Md Deros yang dibina secara haram atas tanah kerajaan.

Belum pun reda kes-kes kemungkaran politik yang melibatkan orang-orang kanan Umno dan BN ini, kini timbul pula cerita baru. Kali ini melibatkan anggota EXCO dari MIC pula. ADUN Ijok (ADUN 4 penggal) K.Sivalingam dikatakan telah membina sebuah restoran yang telah beroperasi selama hampir 3 tahun tanpa memperolehi kelulusan bagi bangunan yang dibinanya itu dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.
More...


Kes Zakaria: Mengapa kita harus bersedih
n32.blogspot
Saya sedih melihat sidang akhbar ADUN Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros yang disiarkan TV semalam dan mendapat tempat utama dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini.

Sedih bukan kerana saya bersimpati dengan ADUN yang tercalar buruk imejnya lantaran skandal ISTANA beliau di Pandamaran itu serta akhlaknya yang buruk yang didedahkan oleh pihak istana. Tetapi saya sedih kerana satu negara termasuk mungkin sebahagian dunia dapat melihat inilah rupanya seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Beliau terang-terangan telah melanggar undang-undang dalam keadaan beliau seorang penggubal undang-undang (selaku ADUN) dan seorang ahli majlis tempatan. Beliau mampu berbelanja jutaan ringgit untuk membina sebuah mahligai dalam keadaan hanyalah sebagai seorang bekas buruh KTM (yang diakuinya sendiri) serta bekas Senator dan kini ADUN yang jumlah pendapatnnya termasuk pencen tidak pun mencecah angka RM10,000 sebulan.
More...

MB tidak tahu apa yang dicakapnya
n32.blogspot

Terbukti MB Selangor Khir Toyo tidak cekap dan HANDS ON dalam banyak perkara yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri. Beliau gagal menangani isu ISTANA Zakaria Md Deros dengan meyakinkan sehingga Tuanku Sultan terpaksa campurtangan dan MT Umno pun dikhabarkan bercadang membincangkannya.

Dalam kes ahli-ahli majlis yang gagal menjelaskan cukai taksiran dan memohon kelulusan pihak PBT sebelum membina atau melakukan penambahan ke atas bangunan masing-masing yang sedia ada, Khir sekadar menasihatkan mereka agar segera mematuhi dan menjelaskan apa yang patutu jika tidak kerajaan negeri akan ambil tindakan. Tidakkah kegagalan atau keenganan ini mereka sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan, lalu mengapa nasihat-nasihat lagi? Kalau terkena atas rakyat jelata, cepat sahaja tindakan diambil tanpa belas kasihan, mengapa ahli-ahli majlis diberi keistimewaan? more...

Selangor Maju bergelora dengan kemungkaran
n32.blogspot.com

Pada 31 Ogos tahun 2005 lalu, kira-kira setahun lebih yang lalu dengan teramat ghairahnya Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo telah mengisytiharkan, tanpa mengguna pakai penanda aras dan ukuran bertaraf antarabangsa , bahawa Selangor adalah sebuah Negeri Maju.

Ini bermakna Selangor mencapai status MAJU 15 tahun terlebih awal dari apa yang dirancangkan untuk Negara sendiri melalui Wawasan 2020.

Kini 14 bulan telah berlalu apa khabar Selangor Maju?

Skandal melibatkan PBT seluruh Selangor semakin menjadi-jadi. Pembaziran dalam membelanjakan hasil PBT begitu ketara. Ada pihak PBT yang membawa ahli-ahli majlisnya ke luar Negara kononnya untuk melawat sambil belajar sedangkan kos menghantar seorang pegawai kanan majlis lebih efektif dan menjimatkan. more...


MIC dituduh ambil wang pembeli rumah
malaysia-today
Oleh: Faisal Mustaffa

KUALA LUMPUR: MIC didakwa melakukan penipuan kepada pembeli rumah kos rendah di beberapa projek yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 1999.

Beberapa individu dilantik oleh MIC untuk mengutip wang pendahuluan pembelian rumah dari kalangan pekerja-pekerja estet di institut Penyelidikan Getah (RRI) di Kepong dan kemudiannya menghilangkan diri.

Dakwaan itu dibuat oleh Narayanan a/l Muniyandy, 55 dan beberapa mangsa dari estet berkenaan yang mahu pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut melalui laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul 14 Disember lepas. more...


Mengapa Bencikan Skandal Seks Tapi Dapat Maafkan Skandal Rasuah
detikdaily.net
Oleh : ORANG DALAM SUK

Selepas menonton VCD Skandal MB Selangor, baru saya jelas apa sebenarnya yang mahu diketengahkan oleh Ahmad Lutfi selama ini. Benar seperti kata Lutfi, skandal rasuah Khir Toyo hanyalah satu contoh bagaimana menteri-menteri besar BN menggunakan kedudukan, kuasa dan pengaruh mereka untuk memunggah kekayaan negara untuk kepentingan diri, puak dan kelompok masing-masing.

Dengan mengetahui bagaimana Khir mengamalkan rasuah, senanglah kita menjelaskan kepada rakyat, tentang mudahnya menteri-menteri Umno merampas harta rakyat, yang selama ini memberikan amanah dan kepercayaan untuk mereka memerintah. Antara kaedah Khir melakukan rasuah, seperti yang ditunjukkan Lutfi, adalah seperti berikut (saya jelaskan hanya dua saja):

1. Memberikan projek yang telahpun ditingkatkan nilainya berkali ganda kepada syarikat yang boleh memberi komisyen tinggi kepada MB. Misalnya, kalau projek asal menurut taksiran JKR ialah RM40 juta (itu pun sudah boleh dapat untung banyak), MB akan menaikkannya menjadi sehingga hampir RM100 juta. Jadi, kalau kontraktor sudah untung sampai RM50 juta, kalau MB minta setakat RM20 juta, dengan pejam mata pun kontraktor boleh bagi. Sama-sama merasa! more...

Taktik Khir Nak Alihkan Isu Rasuahnya Tidak Berjaya
mari209
OLeh : BAHARUDIN MOHD NOOR

Penulis upahan Tepak Bersulam melalui laman web tajaan Umno jelas mahu elak diri dari membincangkan isu sebenar dalam kes rasuah Khir Toyo. Dia mahu orang ramai yang sudah tahu perangai MB Selangor yang terkutuk itu mengalih pandangan kepada isu lain, yang langsung tidak relevan. Baginya, selagi rakyat Selangor memperkatakan soal rasuah Khir, alamat masa depan Khir gelap, paling lama pun sampai pilihan raya akan datang, dan Tepak akan pening kepala kerana tak dapat tumpang rasuah Khir yang melimpah-ruah itu.

Pertama, Tepak nak tunjukkan bahawa ada pihak yang mendalangi dan turut membiayai Ahmad Lutfi bagi ‘memfitnah’ Khir Toyo dengan membuat tuduhan palsu.

Kedua, beliau nak dedahkan bahawa ada konspirasi dalam Umno Selangor sendiri untuk jatuhkan Khir sebagai MB Selangor. Maka dicanangkan bahawa ada tiga orang Exco kanan Selangor mahu menggulingkan Khir. Macam-macam cerita tak masuk akal yang diasaknya. more...

Khir Toyo berkeras ‘komersilkan’ kawasan rekreasi Bandar Baru Bangi
angelfire
BANGI – Keputusan Kerajaan Selangor pimpinan Dr Mohd Khir Toyo untuk tetap membangunkan 10.823 ekar tanah di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi -- walaupun tanah itu diwartakan oleh pejabat tanah Hulu Langat sebagai kawasan rekreasi – terus mendapat bantahan penduduk setempat.

ADUN Kajang, Dr Shafie Abu Bakar, dalam perbahasan sidang DUN Selangor, 15 Julai lalu tidak bersetuju tanah bernilai tinggi itu diserahkan kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd kerana ia patut diberikan kepada PKNS untuk membangunkannya sebagai kawasan rekreasi.

Hasil carian menunjukkan pemegang syer Bestarama Sdn Bhd merupakan pemegang syer yang sama untuk beberapa syarikat yang mendapat keistimewaan daripada Dr Khir Toyo, termasuk penswastaan kutipan sewa-beli rumah kos rendah kerjaan negeri Selangor. More...

ZAM NANGIS SEDIH ..... (Shhhhh)

Zam tangisi berpisah dengan RTM
Malaysiakini

Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, yang tewas di Sungai Petani, hari ini mengadakan sidang akhbar terakhirnya di Angkasapuri dan menyatakan terkilan terpaksa "berpisah dengan kawan rapat, terutama di bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM)."

"Saya tidak menangis kehilangan jawatan ahli parlimen dan menteri penerangan. Saya bukan mencari jawatan. Saya hanya penumpang," katanya kepada media.

"Saya menangis kerana terpaksa berpisah dengan kawan rapat di kementerian terutama bilik berita RTM."

Beliau menambah, "saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Biar rakyat menghakimi saya."


Zainuddin, yang lebih popular dipanggil Zam, juga mengakui pilihanraya 2008 berjaya menonjolkan semula pengaruh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reality bites in PAS-led Kedah

THE STRAITS TIMES
ALOR STAR - THE realities of living and working under a PAS-led Kedah are beginning to take effect. Hotels and entertainment outlets are already making 'adjustments' they deem necessary to suit the unprecedented political environment here.

A top hotel in the town centre here has removed its beer till at the coffee house.

'Beer will still be sold. We just don't want to make it obvious,' said an executive. Another hotel is reviewing the dress code for staff.

'We do not think skirts will be suitable any more,' said an official there. Other establishments used to hosting lavish events are worried that they may have seen the last of such functions under the new PAS-PKR government.


A company official said he has been making his rounds at Wisma Darulaman, which houses the Mentri Besar and state exco offices, to 'keep the relationship intact with the new government.'

State PAS Commissioner Azizan Abdul Razak, 68, was sworn in as the new MB on Sunday after the opposition swept 22 of the 36 state seats.

Some business operators here, unsure of what's in store, are even telephoning their counterparts in Kelantan to get an idea of how things are under PAS-rule there.

In Pekan Cina, Chinese traders believe there would be no major changes.

'The PAS-led government does not have a two-thirds majority in Kedah. So they cannot make whimsical changes,' said one of them.

Ms Anis Ariffin, who operates the popular Zinni women's accessories shop in Jalan Sultan Badlishah, was unperturbed with the change of government here.

'I expect to sell even more tudung (headscarves) from now,' she quipped.

PKR: Khairy's Rembau win suspicious

PKR may challenge Khairy's Rembau win suspicious
Malaysiakini

Syed Jaymal Zahiid | Mar 11, 08 2:54pm

On Saturday night, the initial count for the Rembau parliament constituency in Negri Sembilan showed that PKR had taken the seat by a razor-thin majority of 141 votes.

A recount however saw a complete reversal - Khairy Jamaluddin, son-in-law of premier Abdullah Ahmad Badawi, won by a staggering difference of 5,000 votes.

For opposition party PKR, this stark gap came in as a shock and consequentially became a solid basis for suspicion.

Rembau’s PKR candidate Badrul Hisham Shaharin is today considering a legal challenge against the result.

Speaking at a press conference held at the Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur today, Badrul (photo) said he was far from satisfied with the final outcome

“There were (also) irregularities in the vote counting procedure. The Election Commission (EC) did not issue the ‘Form 14' to us when it was compulsory to do so,” said the PKR supreme council member.

Elaborating, Badrul said that Form 14 was an extremely important procedure as the document was one of the many measures that was in place to prevent vote-rigging.

Form 14 contains the number of total voters for a particular polling station and once the vote counting has been finalised, the form will be the official indicator of the number of votes designated for each candidate.

If the form was not issued, the results could not be considered as an official one but most importantly, it gave way for manipulation as the number of votes may be added in favour of a particular candidate.

It is compulsory for the form to be issued from each polling stations to each of the candidates’ polling agents stationed there.

BN’s acts of hooliganism

“We will talk to our lawyers and will consider issuing a petition to challenge the results and call for a re-election,” said Badrul.

One of Badrul supporters then added that the matter of Form 14 not being issued itself was enough to nullify the Rembau election results and they will definitely be looking into the possibility of doing so.

Besides allegations of electoral fraud, Badrul also took a shot at Khairy and BN by claiming that the constituency’s campaigning period was marred with BN hooliganism.

“There were various instances where our posters, banners and supporters were harassed by Khairy’s supporters,” he said, adding that there were more than 20 police reports lodged by him and his supporters as a result of alleged BN aggression.

He also alleged that Khairy’s campaigning cost had exceeded the quota allowed by the EC and also accused the latter of using government machineries like schools to campaign.

KECOH PASAL IDERIS JUSOH

Idris Jusoh dalam dilemma

MAT TYSON di RUMAH DATO Z



Mat Tyson jawab: "No no no no .... They have to wait I"

New State Govt not buying new cars

State-owned cars ’will not be sold to outgoing officials’
nstonline

KUALA LUMPUR: Menteris besar, chief ministers and state executive councillors in Selangor, Perak, Penang and Kedah can no longer look forward to buying their official cars when they leave office.
All state-owned cars, which are traditionally marked down and sold upon departure to these officials, will instead be used by other elected representatives or officials.

PKR vice-president Sivarasa Rasiah, said this would be the policy of all state governments run by the PKR-Pas-DAP coalition.

He also assured those in local councils and state civil service that there would be no major staff shake-up.

“The opposition coalition is keen on an orderly transition. Only the top managers of local authorities like the mayors and the presidents will be replaced.”
“We don’t want to spend a single ringgit on renovation, new buildings and facelifts,” said the 52-year-old lawyer who won the Subang state seat against BN-MIC rookie, S. Murugesan.

On the election of local councillors, Sivarasa said they will discuss this with the Election Commission.

GURU TADIKA YANG KECOH KECOH

Analisa by Harian Metro
banihassim



Senario politikus tempatan dah berubah...Sedar tak sedar pucuk pimpinan Malaysia yang dahulu dah tergugat akan kredibilitinya...

Actually buat mase sekarang ni Cekgu cume jadi pemerhati politik tak bertauliah je...
Aku ikut sgala macam ceritera politikus terutama menjelang PRU12 baru-baru ni..

Orang Melayu pun dah kelihatan semakin tak bersatu...Dengan adanya undi mereka yang menyatakan mereka telah "bersuara"...

Mungkin protest terhadapa kerajaan yang sedia ada, ini mungkin caranya....
Yang pasti lepas nih pucuk pimpinan yang hampir-hampir tergugat ni kenela mencongak-congak, mentaakul apa yang tak kena...

Satu yang aku kurang gemar lepas beberapa negeri yang bertukar pucuk kepimpinan negeri sama ada ke Roket, the Turquoise atau Biru Laut, semalam berderet2 berite TV3 report pasal org2 mereka nih dah melakukan onar kat Tadika KEMAS yang sebelum ni di bawah kelolaan kementerian yang menterinya dah turun takhta sebab kalah dek seorang gadis ABAH yang dulunya teraniaya...

Kat tempat aku ni, tadikanya; Cikgu Ani, orang kuat Biru Tua selaku cikgu tadika kat sane, dok kemas barang kat tadika dalam keadaan gelap...Takut dimomokkan dek kerajaan BARU Shah Alam nih....

Kat tadika seksyen jiran aku nih, Seksyen 24 pun ade dengar cerita yang lebih kurang same...

Habis diharuknye semua...
Jangan la gitu....


Masalahnya, yang depa pergi nak menjahanamkan rete utk pembelajaran anak-anak depa tu buat pe???Apela salahnya tadika KEMAS yang nak mendidik anak kecil yang baru nak kenal dunia...
Dan sejurus selepas tu, Menteri Besar Kedah yang baru dilantik dari the Turquoise tu mengumumkan untuk meneruskan aktiviti tadika tu....Sebab kadang-kadang anak depa pun dihantar ke tadika tu...Biaq pi je laaa...

Aku takla cakap nak percaya seratus persen berite tu, sebab TV swasta atau kerajaan nih kadang-kala tertakluk pada pucuk pimpinan...

Kredibilitynya kadang-kala meragukan...
Ye laa, kalau kat TV kadang2 bende yang tak berape lawa nampak lawa, yang kecil jadi besar, yang biase2 jadi superb...
Accentuate tu yang buat sesuatu yang kalau kat luar kecik je, kat dalam tv nampak dahsyat...
Bukanlah maksud aku nak menafikan TV-2 ni sume....

Mandat dah tertulis, dan kita kene teruskan hidup....
Yang dah dijanji mesti dikota...Kata itu Kota....
Hopefully kerajaan Selangor yang kini bertukar tangan akan menjadi lebih baik dari sebelum ini...
Bukan bermaksud aku sebelahkan mana-mana tapi harapan pengundi Selangor ni tinggi menggunung dan mengharapkan perubahan seperti yang dijanjikan....

No2umnO - Tadika Kemas memang diujudkan oleh kerajaan UMNO. Merata rata dan seluruh negara sudah ada. Kisah Guru Tadika TOKTOK macam ni memang sudah ada zaman PERIKATAN lagi. Kerana BN berusaha untuk lahirkan jenerasi pekak. Tapi ramai juga guru yang bijak berfikir. Masalahnya, kalau nak jadi cikgu, jangan berpolitik. Kalau nak berpolitik, jangan jadi cikgu. akibatnya bila pembangkang menang, dia ingat BA nak halau dia.

Cikgu Tadika kena ingat, jawatan GURU TADIKA tidak sekali kali menjadi sasaran BA. Cuma ada yang perasan diri tu sepenting kakitangan kerajaan lain. Yang menjadi sasaran adalah Kakitangan atasan PBT dan PEJABAT MB yang banyak korup dan seleweng. Yang lain tu apasal nak takut. Berani kerana benar, tapi kalau dah salah ..... fail fail pun bawak lari. Siapa suruh?

Bukan kena halau tapi nak tutup rahsia kot? Nak susah, biar lah susah sendiri. Jangan turut rosakkan masa depan anak anak. Akai ada ka? Kalau BA yang buat salah, wak belasah ... tapi kalau Guru tadika sendiri yang kecoh, tak dapek wak nak nolonge.

Provokasi kanak-kanak Rebena & Air Mata

faisalkini.blogspot

Rasanya sudah 2 hari kerajaan Negeri Kedah dibentuk. Selama dua hari ini sudah 2 isu yang dimainkan untuk menjatuhkan imej kerajaan Negeri. Ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan ini menyerang bertubi-tubi untuk meraih simpati rakyat kekalahan dibeberapa buah negeri.

Mulanya mereka menipu melalui media bahwa Kerajaan Negeri Kedah yang baru dibentuk telah mengarahkan supaya Tadika Kemas di tutup. Entah dari mana khabar angin sebegini diperolehi. Bagi saya sepatutnya berita khabar-khabar angin sebegini perlu diteliti dan dikaji dari mana sumbernya. Mungkin ianya sekadar provokasi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Sedangkah tiada arahan yang dikeluarkan sedemikian rupa.
Itulah, sepatutnya wartawan yang hendak dihantar ke Negeri "Islam" ini sewajarnya diberi pendedahan khusus berkenaan firman Allah SWT yang berpesan kepada orang-orang mukmin agar menyelidik dahulu berita yang diperolehi daripada orang-orang yang fasik. Lafaz "Fatabayyanu" jelas memberi peringatan kepada kita supaya meneliti, mengkaji dan sedaya upaya mendapatkan maklumat yang tepat sebelum disebarkan.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya.Inilah yang saya jangkakan selepas negeri Jelapang Padi mendapat kerajaan baru. Tidak mustahil rakyat Kedah yang di wara-warakan kaya sebelum ini akan jatuh miskin kerana dinaungi kerajaan yang mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mungkin Selangor, sebuah negeri yang maju turut sama akan menjadi negeri yang miskin, diikuti Perak dan Pulau Pinang. Tersenyum saya sendirian kerana sebelum ini hanya Negeri Kelantan sahaja yang "miskin". Negeri Terangganu yang menduduki tangga negeri termiskin di semenanjung Malaysia pun diaggap kaya oleh media.Ajaib betul..Saya tersenyum sendiri.

Kes yang kedua adalah kenaikkan Harga Tambang Feri ke Pulau Langkawi.Daripada RM15 menjadi RM20.Alasannya kerana pengusaha tidak mampu menanggung kos minyak dan penyelenggaraan Feri yang kian naik. Saya sendiri merasakan, ini merupakan rancangan sesetengah pihak yang mahu memburukkan imej Kerajaan dimata penduduk Pulau Langkawi yang dimenangi oleh pembangkang.Nasihat saya, janganlah menunding jari kepada Kerajaan Baru yang dibentuk.Ini kerana apa yang ditanggung oleh pengusaha adalah warisan daripada Kerajaan yang memerintah dahulu. Sudahlah meninggalkan hutang sebanyak 1.8 billion kepada kerajaan sekarang. Betapa beratnya beban amanah yang perlu dipikul oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini.

Sekiranya harga minyak dikatakan punca, salah siapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah salah Kerajaan Pusat yang menaikkan harga minyak tersebut.Kenapa pula Kerajaan Negeri yang disalahkan.Bagi saya, provokasi yang dilakukan ini tidak lain adalah mainan kanak-kanak rebena. Biarlah provokasi ini dimainkan. Saya yakin dan percaya, senjata yang dihunus ini kelak akan memakan tuannya kembali.Lihatlah PRU 12 menjadi buktinya.
Setakat ini dulu coretan saya.Insya Allah kita akan ketemu lagi.Sekiranya hari ini mereka menindas kita. Kita yakin dan percaya kelak Allah akan bersama dengan kita. Sekiranya hari ini Tuan Guru Nik Abdul Azizi Menangis. Saya juga mengharapkan Ustaz Azizan juga akan menangis bermunajat bersama dengan rakyat yang ditindas .

Sesungguhnya Air Mata para ulama bermunajat sangat berharga. Semoga Islam terus subur di Negeri Hijau Kuning

"Ya Allah, Kau jadikan kami pengikut yang baik kepada pemimpin kami yang soleh"

Analisis

mardihah

Apa yang dapat saya simpulkan pilihanraya Umum ke 12 adalah satu mimpi ngeri untuk Barisan Nasional. Usahlah bermimpi dan tidur lagi. Usahlah membayangkan anda sedang meniti bahagia sebaliknya ini adalah suara rakyat yang menggegarkan dan menggempitakan Malaysia. Suara rakyat telah menentukan. Kebangkitan 5 negeri, Kelantan bersama PAS dengan status quo nya, Pulau Pinang ke tangan DAP, Perak, Kedah dan Selangor yang berstatus pembangkang. PAS, PKR dan DAP telah menjahamkan mimpi indah kesemua barisan kepimpinan tertinggi. Abdullah Ahmad Badawi tersungkur apabila undi majoriti tidak memihak kepada BN.

Mereka angkuh, sombong, bongkak dan keterlaluan. Inilah balasan mereka. Inilah kuasa rakyat. Juga kuasa Tuhan. Tuhan yang Maha Adil dan Kaya. Maha Agung dalam menentukan keputusanNya.

Penganalisis politik terkedu (mereka yang membebel tak henti-henti di TV3 dan TV1, entah apa yang diputar belit. Pengacara juga bagai tidak percaya, muka kelat macam tertelan kopi pahit seolah tidak percaya. Macam saya nak letupkan sahaja TV3, macam nak saya bagi penampar (kasar sikit) sahaja kepada semua pengacara. Perang media sungguh. Tiada lagi laporan sehingga jam 6.30 pagi. PWTC muram dan dibaluti kekecewaan dan kejutan besar, seolah Tsunami melanda Malaysia. Selalunya dan mampirnya barisan kerajaan akan merayakan kejayaan mereka sehingga dinihari. Tapi kali ini amat menyayat hati. Khir Toyo membawa pulang hadiah ‘penyapu’ tercantik. Tajul Rosli menangis lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti.. Mahadzir Khalid, di Kedah membayangkan menjadi pembangkang di negeri jelapang padi. Beliau akan menjadikan tugas sebagai Menteri Besar sebagai Kenangan Terindah, Tsu Koon tersungkur dan bakal menjadi peniaga berjaya. Sementara Ahlan Wa Sahlah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju kekal paling konsisten dan berpengaruh di Kelantan dengan kemenangan kerajaan PAS di Kelantan. Pesan seorang kawan saya..berkunjunglah ke Kelantan, ketenangan dan kedamaian akan diperolehi. Juga kepada semua pengganti Menteri Besar di 4 lagi negeri : Lim Guan Eng (DAP di Pulau Mutiara), Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS di Perak), Khalid Ibrahim (PKR-Selangor) dan Azizan Razak (PAS, Kedah).

Malam tersebut, saya sahaja berkurung di ruang tamu melihat kesemua jawapan dan keputusan pilihanraya. Mak, ayah sudah mula mengundurkan diri apabila lewat tengah malam, keputusan dilihat semakin lembab dan bagai memihak kepada pembangkang. SMS yang saya terima mengujakan. Berita terkini dari SMS lebih pantas dari SPR.…terima kasih untuk semua sahabat dan sahabiah saya….! Mata saya tidak mengantuk malah makin menggembirakan. Inilah saatnya, saya telah membuktikan dan anda semua membuktikan bahawa kita bersemangat pengundi celik. Kematangan rakyat juga sudah ditunjukkan melalui undi.

Gempa bumi, tsunami dan perang minda berlaku. Tahniah saya ucapkan kepada semua wakil pembangkang yang telah menjahanamkan kerajaan UMNO-BN. Rakyat mahukan gelombang perubahan. Analisis saya sehingga dinihari - setiap akhbar, Utusan Malaysia, Berita Harian kesemua wartawan semakin insaf dan muhasabah diri mereka bermula. Adakah selepas ini media akan menjadi 50:50, melaporkan setiap kegiatan negeri, atau Selangor terpaksa mencari medan alternatif mempunyai saluran akhbar sendiri untuk rakyatnya? Jika dahulu sukar kita tahu tentang Kelantan: Utusan Malaysia @ Berita Harian, semua berita tentang Kelantan pembohong…semua yang salah dan angkuh tentang Kerajaan Kelantan…Adakah media juga semakin tertekan atau masih dibelenggu dengan provokasi Kerajaan Parlimen? Ingat..40 % hasil ekonomi Malaysia adalah dari Selangor. Perak dan Pulau Pinang juga merupakan aset kepada Negara. Saya menantikan segalanya berubah.

Satu ruangan pendapat di Utusan Malaysia, dari Mohd Arif Atan :

“suka atau tidak, suara akar umbi rakyat seluruh Negara ini tidak harus dipersoalkan sebaliknya perlu disambut dengan lapang dada disusuli muhasabah diri”

Saya menyambutnya dengan gegak gempita “ Allah hu Akhbar…….!!” Saya cukup suka dan bergembira. Hari Isnin, zon kerja saya cukup selesa dan menceriakan. Zon sehingga 80 %.

Media mengejutkan pembangkang dengan persoalan “ mereka perlu tunaikan janji. Hei…tolonglah media…baru sahaja urusan pertukaran Menteri Besar nak buat, belum lagi jawatan diserah sepenuhnya, mereka belum mesyuarat lagi..yang hangpa dok dengki khianat ni ape pasal? Iye, saya faham , pembangkang harus menegakkan setiap manifesto mereka. Pembangkang harus menunaikan janjinya malah janji kepada Rakyat. Jika PAS mampu membawa perubahan sehingga diterima Rakyat Kelantan, insyaAllah mereka boleh, kerana Rakyat telah memilih BA sebagai wakil baru Malaysia. Tunggu dan lihat bagaimana janji-janji mereka akan dipenuhi dan dijalankan. Mereka akan memimpin dan menerima tanggung juga jawab. Jawablah di akhirat kelak sekiranya tidak membawa mesej jelas dan kebenaran kepada Rakyat. Malah ia makin memualkan bila TV3 mengeluarkan isu TABIKA KEMAS yang di gesa dikosongkan oleh Pihak PAS di Kedah. Isu basi!!!!! Tidak buka minda langsung, Alih-alih keluar kenyataan dari Menteri Besar Kedah baru “ TABIKA KEMAS masih beroperasi…” eh…apa kejadahnya TV3 ni, tadi dia hentam-hentam lepas tu keluarkan kenyataan MB Baru Kedah tersebut. Ni propaganda apa lagi?

Saya beralih kepada Samy Velu yang merayakan Hari Jadinya dengan tersungkur jatuh. Shahrizat Jalil tewas mengejut dengan Puteri Keadilan , Nurul Izzah. M.Kayveas akan meneruskan karier politiknya dan perjuangan menegakkan PPP. Sungguh kelakar apabila sebahagian menteri kabinet Pak Lah terjatuh dan terkejut. Khir Toyo mengemas diri dan mula memindahkan barang.Beringatlah, kita akan berada di atas dan kemudian akan berada di bawah.

Saya menyeru kepada semua Blogger dan rakan, selamat meneruskan perjuangan. Perjuangan saya hanya di atas tulisan yang membantu menyedarkan. Kita sukar perolehi kebenaran dari media, tetapi kita bijak, kerana media semakin memualkan, semakin menjijikkan. Semakin memuntahkan isi-isi basi. Rakyat bosan dan menyampah!

Selamat Berhidmat kepada semua wakil rakyat baru!!!!

MAINAN BN SUDAH SEMAKIN BUSUK

Malam tadi berita tentang penutupan sekolah Tadika di siarkan di dalam semua saluran berita BARUA perdana. Kejadian dikatakan berlaku di Kedah dan di Subang pula Bangunan Tadika dibakar. Pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mengheret sentimen ini untuk dijadikan sebagai asbab pencetus kemarahan rakyat terhadap kerajaan pembangkang. Situasi ini tidak berlaku di negeri negeri di bawah kerajaan BN.

Di Terengganu pernah dan sehingga pilihanraya lepas, video pengusiran kanak kanak tadika terus dimainkan.

Adalah benar apabila sms yang diterima bercerita tentang niat buruk golongan fanatik BN bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara ini. Mereka nampaknya tidak mahu menerima KEKALAHAN BODOH yang berlaku baru baru ini.

Pihak PAS, KEADILAN dan DAP diminta bekerjasama menangani masalah FITNAH ini. Orang ramai turut diminta bekerjasama. Sila lapurkan kepada POLIS atau pihak berkuasa sekiranya berlaku perkara seumpama ini.

No2umnO diberitahu bahawa kisah ini sudah tersebar di Lembah Kelang. Ada antara pembaca dan penonton TV hampir percaya berita berita fitnah ini. Berikut adalah wartawan yang menyiarkan berita di dalam akhbar BERITA HARIAN. Sila berikan pertimbangan selepas membaca atau menonton berita arus perdana. Selidik sebelum percaya. Atau jangan baca langsung.

Cerita yang Sedikit adil tapi imejnya berlainan


MB tak arah kosongkan Tabika

bharian
Oleh Johari Ibrahim dan Siti Fatimah Mohamed Anwar
Yang ini pula, imejnya ok, tapi ceritanya mampu cetuskan kontroversi

Pas arah Tabika dikosongkan
bharian
Oleh Omar Osman
Siapakah dia OMAR OSMAN ini?
ALERT !!!

ADA PIHAK CUBA HASUT



PINDAH BARANG: Penduduk kampung Permatang Ibus, Kuala Kedah, memindahkan barang dari Taman Bimbingan

Azizan nafi arah campur tangan urusan Kemas di seluruh Kedah
bharian

ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana pihak supaya mengosongkan premis Tabika Kemas di negeri ini.

Beliau juga sudah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kedah, Yusuf Husin, mengeluarkan surat kepada 15 pejabat Pas kawasan berhubung keputusan mengekalkan bangunan Tabika Kemas sedia ada sebagai gedung ilmu untuk kanak-kanak.

"Semua guru Tabika Kemas boleh menjalankan tugas seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain daripada kerajaan negeri.

"Kerajaan Pas tidak pernah mengeluarkan arahan demikian sebaliknya sedang merangka beberapa langkah untuk memantapkan lagi pembelajaran peringkat prasekolah," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar ini, kelmarin, berhubung tindakan pihak tertentu yang meminta guru Tabika Kemas di kawasan Parlimen Merbok, mengosongkan premis itu secepat mungkin, selepas kerajaan Pas mengambil alih pemerintahan negeri, Ahad lalu.

Difahamkan, penyokong fanatik parti itu dipercayai campur tangan dalam urusan Tabika Kemas, termasuk mengarahkannya dikosongkan selepas Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambilalih pemerintahan.

MEDIA FITNAH PAS KEDAH

Fitnah tutup Tadika Kemas di Kedah - Berita Harian digesa mohon maaf
harakahdaily

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menggesa akhbar Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Kedah yang menyiarkan berita palsu kononnya kerajaan mengarahkan pengajian di Tadika Kemas ditutup.

Katanya, jika Berita Harian gagal berbuat demikian, beliau akan bersama rakyat Kedah akan memboikot akhbar itu termasuk semua terbitan The New Straits Time.

"Tidak mustahil ini boleh berlaku, BN pun rakyat Kedah dah tolak dan semestinya rakyat lebih bersedia untuk menolak media yang menyiarkan berita palsu," tegasnya.


Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata demikian, dalam ceramah perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah di Kompleks PAS Kedah yang dihadiri puluhan ribu rakyat negeri ini.

Berita bohong yang mesti disimpan

penarikbeca

Kepada Berita Harian yang dikuasai Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk Kalimullah Hassan; ketika berucap dalam ceramah perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar mengingatkan bahawa kerajaan Kedah bukan kerajaan PAS, tetapi kerajaan rakyat.

PAS hanya memikul amanah rakyat.

Jika akhbar di bawah telunjuk sahabat Khairy Jamaluddin itu tidak menarik balik berita bohong mereka, kempen besar-besaran supaya 49.79 peratus pengundi pembangkang di seluruh negara memboikot semua akhbar keluaran NSTP.

Sebelum baca berita bohong di bawah, baca dahulu berita Harakahdaily "Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah"

Pas arah Tabika dikosongkan

Oleh Omar Osman

Guru bimbang tindakan ambil alih premis boleh ganggu proses pembelajaran

SUNGAI PETANI (Berita Harian 10/3/2008): Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu.

Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

"Mereka bukan saja bertindak kejam, tetapi menggelapkan masa depan kanak-kanak kerana persekolahan akan dimulakan minggu depan.

"Di mana mereka hendak belajar jika bangunan ini diambil alih," katanya yang enggan namanya disiarkan, semalam.

Guru itu berkata, beliau mendapat tahu ada guru Tabika yang diarah keluar serta-merta dan pihak yang mengeluarkan arahan itu turut mengunci premis terbabit.

Beliau berkata, Pas sepatutnya bersikap tolak ansur dalam hal ini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda dan bilangan kanak-kanak yang terbabit agak ramai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang dihubungi berkata, beliau kesal dengan perbuatan itu kerana pihak terbabit tidak langsung memikirkan masa depan generasi muda yang mahu menuntut ilmu.

"Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadi mangsa.

"Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Sementara itu, Di ALOR STAR, Kerajaan Pas Kedah akan mengkaji semula sebahagian projek yang dirancang kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi memastikan sama ada ia mendatangkan keuntungan atau sebaliknya.

Menteri Besar yang baru, Azizan Abdul Razak, berkata dua atau tiga projek yang lambat memberi pulangan dan tidak memberi keuntungan langsung akan dikaji semula untuk kebaikan negeri.

"Seperti ZIPY (Zon Industri Petroleum Yan) mengikut laporan yang kita dapat ia memerlukan 40 tahun untuk mendapat duit (untung) sebab itu Petronas tidak mahu terbabit," katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru di Wisma Darulaman di sini, petang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin, Pas memenangi 16 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas. Barisan Nasional (BN) negeri pula meraih 14 kerusi DUN daripada 36 kerusi keseluruhan.

Sementara itu, majlis mengangkat sumpah semalam dicemari kejadian kurang sihat apabila 500 penyokong pembangkang yang menyorak dan mengejek beberapa wakil rakyat BN termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ketika mereka keluar dari pekarangan Wisma Darulaman.

Mengenai sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Sultan Kedah ke-50 tahun ini, Azizan berkata, secara dasar Kerajaan Pas Kedah akan meneruskannya, tetapi akan membabitkan kajian semula kos.

Episod Tadika KEMAS bermula di Kedah

eddyra

Episod arahan mengosongkan Tabika KEMAS pun bermula, kali ini di Kedah sehari selepas PAS menerajui negeri itu. Benarkan ini yang didakwa pembangkang (BN) negeri itu? Aku copy news dari mainstream media. Err.. bebudak tadika kat Kedah sekolah ka tengah cuti minggu ni?

PAS arah tabika KEMAS dikosongkan

SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkanserta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu. Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

“Mereka bukan saja bertindak kejam, tetapi menggelapkan masa depan kanak-kanak kerana persekolahan akan dimulakan minggu depan.

“Di mana mereka hendak belajar jika bangunan ini diambil alih,” katanya yang enggan namanya disiarkan, semalam. Guru itu berkata, beliau mendapat tahu ada guru Tabika yang diarah keluar serta-merta dan pihak yang mengeluarkan arahan itu turutmengunci premis terbabit.

Beliau berkata, Pas sepatutnya bersikap tolak ansur dalam halini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda dan bilangan kanak-kanak yang terbabit agak ramai. Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus MatZain yang dihubungi berkata, beliau kesal dengan perbuatan itu kerana pihak terbabit tidak langsung memikirkan masa depan generasi muda yang mahu menuntut ilmu.

“Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadimangsa.

“Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin, Pas memenangi 16 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas. Barisan Nasional (BN) negeri pula meraih 14 kerusi DUN daripada 36 kerusi keseluruhan.

Ada action, maka adalah reaction. Aku paste pula jawapan dari PAS Kedah, kasi fair.

Teruskan Tadika Kemas, kami pernah tidak arah tutup - MB Kedah

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.

“Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas,” tegas beliau lagi.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

KHIR TOYO .... KAU BAYAR BALIK DUIT AKU

HANDYBLAST MB... Will Khir Toyo's position be shaken by critique from mainstream and alternative media alike?TAK SEMPAT JUMPA DAH JATUH PANGKAT

Beberapa tahun dahulu wak pernah BERHASRAT untuk berjumpa dengan Khir Toyo. Apa.......? Sorrryy !!! bukan nak minta projek tapi nak tanya kenapa tanah kawan sorang tu diambil dengan harga yang murah. Maka wak pun dengan kawan naik lah ke bangunan SUK untuk bertemu dengan seorang JAWA yang sudah menjadi pemimpin. Ingatkan JAWA jumpa JAWA, mudah lah bicara. Wak cakap dengan kawan, biar wak yang cakap. Jawa ni mesti ok punya. Dengan bangga wak melangkah. Kita redah aje. Selangor kita punya. Rupanya JAWA SEKOR ni dah jadi lain. Mungkin dan jadi JAWI atau JIWA pun wak tak tau.

Nak naik ke ofisnya bukan mudah, kena ada kad tertentu untuk dicucukkan ke lif dan hanya mereka yang mempunyai kad itu sahaja yang dibenarkan naik ke tingkat tingkat tertentu. Tunggu punya tunggu, terjumpa lah orang kampung. Maka punya lah peramah ketika itu dan berhasrat nak berjumpa Khir Toyo. Menteri besar negeri Selangor yang digeruni kerana mampu ratakan tanah dan bongkarkan bukit.

Bincang punya lah lama, dan kawan wak bersetuju untuk bawa wak naik atas tapi dia tak bertanggung jawab. Wak pun sanggup dan naik lah ke atas. Wak tak ingat tingkat berapa tapi pejabatnya di sebelah kiri selepas keluar dari pintu lif. Melalui lorong kecil dan buka pintu, disitu lah pejabat besar. Pintu masuknya bersetentang dengan pejabat setiausaha dan sebelah kanan terdapat beberapa bilik setiausaha setiausahanya dan dikiri terdapat pintu masuk PEJABAT KHIR TOYO.... woooo hebat. Wak dah sampai pun.

Tunggu punya tunggu, Khir Toyo tak naik ofis dan akhirnya selepas 1 jam menanti, teman wak pun tak sanggup tunggu kerana ada hal dan kami pun meletakkan nombor talipon di meja setiausahanya dan berpesan, kalau MAMAT tu balik tolong bagi tau tentang kami dan kalau bersetuju untuk jumpa, kami akan datang lagi. Setiausaha itu pun senyum macam kerang busuk yang mesra dan kami pun berlalu pergi.

Sebelum pergi sempat juga intai intai pejabatnya. Wah memang mewah. Pejabatnya 2 kali ganda besar dari rumah yang wak duduk sekarang. Nak hairan apa, memang lah besar sebab tanggung jawabnya besar, itulah yang wak bisikkan pada teman wak tu.

Tunggu punya tunggu, sudah masuk 3 minggu dan seterus nya 1 bulan. Tiada panggilan temu janji yang berjaya dan wak pun putus harapan dan batalkan sahaja niat. Wak talipon kepejabat MB dan bertanya. Setiausahanya menjawab dan beritahu wak, MB Sekarang sudah tidak buat temu janji. Kalau ada masalah disuruh berjumpa dengan ketua pemuda kemudian ke ketua cawangan, dan kemudian YB dan kemudian .... kemudian....kemudian dan banyak lah kemudiannya.

Rupa rupanya baru wak tau susah benar nak jumpa MB. Kalau orang kata nak jumpa PM pun susah, maka jumpa MB pun begitu juga. Tapi kalau musim pilihanraya, diorang ni lah yang tak malu ketuk pintu rumah kita tanya khabar.

Bila wak dapat jawapan sebegitu dari Setiausahanya .... wak pun marah dan wak belasah dalam talipon kutuk dia. Dan akhirnya dia letakkan talipon dan wak cakap sorang sorang. Pelik juga bila senyap tak berjawab, rupanya talian dah putus. Menyinga rasanya. Tapi nak buat macamana, memang budaya kasta di dalam UMNO betul betul ujud.

Maka wak pun bercerita lah dengan kawan kawan dan memang benar mereka berkata bahawa kerja bertemu MB bukan mudah. Malah ada yang kata, SETIAUSAHA SETIAUSAHA MB juga terlibat menutup dan memilih, siapa yang boleh berjumpa dengan MB. Kalau dulu wak kata benda tu mustahil, rupa rupanya memang betul.

Sebagai pengajaran, wak nak bagi tau lah kepada bakal bakal SETIAUSAHA dan MB Selangor. Kalau tak boleh jumpa bagi tau awal awal, jangan nanti orang dah nak mati baru boleh jumpa. Kalau nak hidup berkasta, pergi ke India sana nun. Di malaysia tak der kasta. Rakyat pilih, dengan rakyat mereka berbakti. Kalau asyik lari lari, jangan jadi MB. Baik jadi ahli sukan.

Tapi nak marah Khir Toyo pun tak patut kerana wak tak pernah pun undi BN. Cuma biar lah pemimpin sedar bahawa Sebagai Pemimpin, tak kira ideologi dan fahaman politik, yang penting tak pilih kasih, tanggung jawab jadi perkara utama. Khir Toyo perlu sedar bahawa minyak, gaji, atau apa juga yang digunakan, wak ada saham tau..... Sekarang bila dah tak der pangkat dan kuasa, mesti nampak mukanya bersepah sepah ditepi jalan. Nak buat macamana, kalau masa jadi MB pun susah dan jumpa sekarang bagi FREE pun wak tak nak.

Pesanan kepada Khir TOYO .... Masa kau jadi MB, kau belasah duit aku, aku nak minta tolong sikit pun tak boleh. Jumpa pun susah. Sekarang kau bayar balik duit aku !!!

BERKAWAN DENGAN ORANG KAYA .... hebat



Kekadang dalam mengejar dunia ni, kita kena pandang sikit pada akhirat. Maklumlah, dunia ni hanya pinjaman. Leka sedikit, kita boleh lupa semua. Sampai waktu dan ketika kita akan di panggil pulang. Mati dan bersama kita hanyalah kain kapan dan papan keranda. Beberapa gulung kapas akan digunakan untuk tutup mulut dan hidung serta rongga lain.

Bekalan kita hanya lah amalan kita di dunia. Tak kira lah, amalan spiritual atau pun berupa derma dan budi baik yang dibalas dengan pahala.

Wak dah banyak bercampur dengan orang kaya dan miskin. Pernah juga berangan untuk jadi kaya mengikut jejak mereka, tapi tak boleh kaya kaya. Pelik juga tapi hakikat perlu di terima. Mungkin Tuhan maha mengetahui dan wak terima lah seadanya. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku.

Nak cerita pasal kawan kawan wak la....ada yang rumah mereka bernilai berjuta juta ringgit dan jumlah kenderaan yang cukup banyak. Rumah bukan sebuah tapi berbuah buah. Kalau nak fikir tentang hukum logik akal, entah siapa yang akan duduk dirumah itu dan siapa yang boleh bawa kereta yang banyak jumlahnya sedangkan anak anak mereka semuanya kecil kecil lagi. Pantang ada model baru, semuanya dia mau. Kalau mahu simpan untuk anak, adalah lebih baik simpan wang dan ketika anak besar, model baru akan keluar. Tapi menyimpan kenderaan baru adalah satu hobi baginya. Bertukar tukar model pada acara yang berbeza. Ada kalanya ada dua kenderaan sama model. Tak ke pelik namanya tu.

Kalau kawasan meletakkan kenderaan tu sampai dah tak cukup. Berderet ditepi jalan dan memakan kawasan rumah orang lain. Yang menariknya, biar pun kenderaan itu masih baru dan berkilat, bila ada model baru keluar, dia akan tukar. Begitu lah hebatnya kawan wak seorang nihhh.

Cerita pula tentang seorang lagi. Dia ni seorang anak 'orang kaya' zaman dulu. Kalau sebut nama bapanya, semua orang Selangor akan tahu. Harum seharum bunga mawar. Cara macamana dapat harta, wak tak tau la. Mungkin cara betul atau tidak ... Allahualam. Tapi yang pasti banyak kontrak mega di zaman 70an dan 80an dahulu, habis dibalunnya. Ketika itu semua kontrak berjuta juta dan nilai juta ketika itu memang lah besar.

Bila si bapa meninggal dunia, maka mula lah berbalah antara satu sama lain. Kau dapat rumah tu, kau dapat tanah ni dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, anak ramai isteri pula dua orang. Dicampurkan anak kedua dua isteri, bertambahlah ramainya. Bagus ada zuriat ramai tapi perang besar jadinya.

Maka sudah berbelas tahun meninggal sibapa, anak masih kelam kabut dan berpecah pecah, Tak boleh baik langsung. Maka satu ketika dahulu ada lah satu syarikat yang terpaksa di jual. Nilai nya berjuta juta ringgit. Bila sudah dibincang oleh para peguam, maka seorang anak dapat imbuhan sebanyak RM1.3 juta seorang dan pada anak yang mengawal selia syarikat tersebut mendapat lebih sedikit dari yang lain.

Nilai RM1.3 juta besar pada wak, tapi rupanya tidak pada mereka. Perbalahan berlaku dan akibatnya pecah lah semua almari kaca yang berada di pejabat tempat perbincangan itu. Sampai keluar pistol segala. Pucat juga muka mereka yang berada disitu dan sejak itu, keadaan terus menjarakkan keluarga mereka sehingga lah sekarang.

Maka 'moral of the story', biar lah kita bersederhana di dalam banyak hal. Terlalu banyak contoh yang berlaku dan alhamdullillah, wak tidak mempunyai harta. Orang tua hanya tinggalkan tapak rumah. Dan sekarang pun susah benar hendak mencari harta disebabkan, apa yang wak dapat tidak berapa cukup untuk menyara keluarga. Cuma sekadar ada. Pening tu memang lah pening, tapi Alhamdullah.

Kepada pemimpin BA yang sekarang ini sudah menjadi kerajaan Negeri Selangor, wak ucapkan SYABAS, tapi ingat ... semua ini menjadi pengajaran. Biar lah kita mati di dalam keadaan tenang dan di puji untuk jangka masa yang lama. Orang tua wak, sampai sekarang masih di puji di kampung sana dek kerana berbudi dengan orang kampung dan bercita cita benarlah wak untuk menjadi seperti orang tua itu. Doakan lah ye.

Dan kepada wakil rakyat dan pemimpin BA, cari harta tu biar lah berpada pada. Jangan sampai membazir. Mungkin sekarang kita nampak mewah tetapi kita tak tahu selepas kita mati nanti. Anak anak berperang sesama sendiri dan isteri yang tinggal .... pening kepala. Akhir nya bukan pujian yang kita dapat, tapi tohmahan sampai semua nya mati. Yang ada hanya harta yang bukan milik kita dan semuanya akan berakhir begitu juga.

Wak sedih juga dengan kehilangan sahabat dan mereka yang sudah meninggal. Bila usia sudah tua, maka yang ada dalam fikiran, esok kalau masih bernyawa, terasa macam dapat BONUS. Maka kalau dapat BONUS tu jangan lah membazir. Gunakan nyawa dan waktu itu untuk ibadat dan taubat.

Bayangkan kalau hari ini tidur ..... esok gelap. Gonyoh mata dengan tangan tapi dunia masih tidak terang. Nafas tidak tersekat dan badan terasa ringan. Aduhhhhhh....menakutkan. Hah masa tu apa pun tak guna. Waspada lah BRO !!!

Datuk Z sudah tiada...

lapuran Agendadaily

Alfatihah...Ketua UMNO Bahagian Kelang, Datuk Zakaria Mad Deros ( kanan) meninggal dunia secara mengejut jam 2.45 pagi ini (Selasa).Sementara itu pada sebelah petang Isnin Allahyarham kelihatan ceria dan berjenaka semasa menyertai rakan-rakan orang politik menunggu di lobi PWTC untuk mengikuti apa cerita mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang berlangsung di ibupejabat UMNO di situ untuk membincangkan tentang keputusan pilihanraya umum.Wartawan Agendadaily yang kebetulan berada di situ melihat Allahyarham terus macam stail biasanya yang ramah menegur sapa semua kenalannya di situ.Turut serta bersama Allahyarham semasa di situ ialah menantunya Roselinda Abdul Jamil ( tengah - gambar mereka semasa hari penamaan calon pada 24 Februari baru ini ) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya umum kali ini mengantikan tempatnya.Roselinda bagaimanapun tewas pada calon Parti Keadilan Rakyat,Badrul Hisham Abdullah.Nama Allahyarham menjadi begitu popular berikutan liputan meluas media mengenai kontroversi pembinaan rumah banglonya yang nampak macam istana tidak lama dulu.

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN

Takziah kepada keluar Dato' Zakaria Deros. Yang sudah meninggal maka selesai sudah amalannya dan kita yang masih berada di dunia yang fana ini, teruskan perjuangan sambil mengambil iktibar dari apa yang sudah berlaku.

Tidak ada yang kekal didunia ini. Dan hari ini kita teruskan perjuangan kita !!! Takbir !!! Mari ramai kan perhimpunan di Dewan menantikan calun PKR yang menentang Khairy Jamaluddin, CheguBard Calun Parlimen REMBAU. Dengarkan lapuran dan kenyataan beliau.

......

Zakaria Deros ... Alfatihah


Zakaria Deros of 'istana infamy' dies (updated)

KLANG: Former Port Klang assemblyman Datuk Zakaria Md Deros died after suffering a heart attack early Tuesday morning.

The controversial 62-year-old politician was dropped from the Selangor Barisan Nasional line-up for the general election.

He was replaced by his daughter-in-law Roselinda Abdul Jamil as the candidate for the seat, which she did not win.

Also a former Klang municipal councillor, Zakaria hogged headlines last year when he had a run-in with the law for not submitting building plans for a mansion that was described as a virtual “istana” (palace) by his critics.

He was also found to have not paid the assessment for another property for 12 years, while his family was caught operating an illegal satay restaurant on government reserve land.

Due to these controversies, Zakaria gave in to mounting pressure and withdrew from being a municipal councillor.

His mansion has 21 bathrooms and 16 bedrooms, including 11 that occupied by each of his children, as well as a VIP room, three living rooms, a dining hall and a prayer room.

The house also has a swimming pool, several gazebos, an orchard, a two-hole golf lawn, an office, a storeroom, two rooms for maids as well as a wet kitchen and a dry kitchen.

He is expected to be buried in Malacca.

No2umnO - Semuga ROHnya dicucuri rahmat, InsyaAllah.

SEKADAR PERINGATAN

Makan harta anak yatim seolah menyalakan api dalam perut

ISLAM agama keadilan sangat mengambil berat terhadap keselamatan seseorang, Sesama Islam , kita bersaudara, Menjadi kewajipan kita memelihara hubungan, kebaikan dan kebajikan. Apalagi kebajikan insan yang lemah, Mereka memerlukan perlindungan dan perhatian. lebih-lebih lagi kanak-kanak yang tidak berdosa terutamanya anak-anak yatim.

Menjadi yatim bukanlah kehendak mereka, Hilang kasih ayah dan ibu maka Hilanglah tempat bergantung, Hidup tanpa bimbingan kasih, terumbang-ambing adalah dugaan Tuhan yang adakalanya tidak terpikul oleh kanak-kanak lemah ini. Mereka memerlukan insan pengganti yang dapat membimbing. mencurah kasih dan yang penting untuk membesar dengan sempurna.

Seandainya ayah meninggalkan sebahagian harta pada ibu atau pada penjaga walau tanpa kasih sejati mereka dapat membesar sempurna.Namun bagaimana pula mereka yang tiada berharta atau harta anak-anak yatim Ini dikhianati?

Perkara ini kerap terjadi, harta anak yatim disalahgunakan. Baik harta persendirian atau sumbangan dermawan. "Mereka yang merarnpas, memakan harta anak yatim ini telah melakukan satu dosa yang sangat besar, jelas Mufti Selangor, Dato' Ishak Haji Baharom.
"Di dalam AI-Quran ada tercatat sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam perutnya, Tuhan memberi amaran keras mereka yang cuba mengkhianati anak-anak yatim.

"Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.

"Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.
Kata Dato' Ishak walaupun melindungi, membantu serta memelihara kebajikan anak-anak menjadi fardu kifayah tetapi seandainya di kampung itu hanya kita berkemampuan untuk membantu mereka, la menjadi fardu ain.

"Rasulullah sendiri dilahirkan sebagai anak yatim apabila ayahanda baginda meninggal sewaktu masih dalam kandungan. Kemudian ibunya menyusul. Hiduplah baginda sebagai anak yatim piatu, bergantung kasih kepado datuk.

" Pengalaman hidup sebagai anak yatim seakan tarbiyah Tuhan kepada boginda supaya baginda dilimpah-ruahkan lagi sifat-sifat terpuji yang sedia dibekalkan Allah. Lewat pengalaman itu boginda sendiri dapat merasakan pahit getir hidup sebagai yatim piatu yang menuntut kesabaran.

"Membantu dan menjaga kebajikan anak-anak yatim dijanjikan ganjaran pahala tidak terhingga. Di dunia logi Tuhan akan memurahkan rezeki. Oleh yang demikian carilah keredhaan Tuhan berbuat kebajikan kepada insan memerlukan.

"Namun tidak semua daripada kita celik memandang perkara ini. Masih ramai yang menganggap perkara kecil sehingga cenderung menyakiti, menzalimi serta memakan harta anak-anak yatim. Pertubuhan atau rumah anak yatim didirikan tidak lagi berlandaskan niat jujur sebaliknya berselindung maksud kotor, mengaut keuntungan."

Menurut Dato' Mufti lagi sememangnya manusia mudah memandang rendah lagi hina pada anak yatim kerana angkara syaitan. Di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman. baginda pernah melihat sendiri bagaimana syaitan memainkan peranan menutup pintu hati manusia mengerjakan kebaikan untuk mendapatkan ganjaran pahala dijanjikan Tuhan,

"Sebagai seorang raja, baginda Nabi Sulaiman sering keluar malam sendirian untuk meninjau perkembangan rakyat jelata. Suatu malam baginda melihat syaitan sibuk turun naik ke rumah orang sambil kiri kanan tangannya memegang dua bekas.

"Baginda merapati syaitan dan bertanya kenapa turun naik ke rumah orang di waktu malam sambil memegang bekas di kiri kanan tangan. Jawab syaitan. untuk mencari-cari kalau ada anak yatim di rumah tersebut, Semen rara bekas yang dipegang satu berisi abu dan satu berisi madu, Kalau ada anax yatim dl dalamnya dia akan menabur abu pada ubun-ubun kanak-kanak tersebut. Tujuannya apabila orang memandang anak yatim ini akan timbul rasa benci, jijik, menyampah dan tidak sudi merapati apalagi menolongnya. Ini adalah kerana syaitan tahu membantu anak yatim banyak pahala dan menzalimi mereka tergolong dosa besar.

"Sementara madu yang ada di da-lam bekas satu lagi akan dilumurkan pada muiut orang yong sedang mengumpat. Katakan sewaktu dia naik ke rumah dan didapati ada orong mengumpat syaitan akan melumurkan madu supaya mereka yang sedang mengumpat tu berasa manis, enak dan Ingin terus mengumpat, Begitulah jahatnya syaitan yang kerjanya sentiasa mencari ruang dan kesempatan menyesatkan umat Muhammad, Andai ada ruang manusia berbuat kebaikan, dia akan menutup ruang tersebut sementara ruang berbuat kejahatan akan dilebarkan lagi."

Menurut Dato' Mufti di dalam AI-Quran surah AI-Maa'uun ayat ketujuh ada menjelaskan kewajipan bersedekah dan mengambil berat kebajikan anak yatim, Ayat tersebut membawa maksud; Tahukah kamu orang yang mendustakan agama. Orang itulah orang yang menindos serta berlaku zalim kepada anak yatim dan dia tiddk menggalakkan untuk memberi makanan kepada yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian, dikira daripada orang yang mendustakan agama), makakecelakaan besar bagi orang ahli sembahyang iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. Juga orang yang berkeadaan riak (dalam ibadat dan bawaan-nya) dan orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada .orang yang berhak mendapatnya).

Ayat ini jelas memberi maksud orang yang berkemampuan tetapi tidak mengarnbil berat kebaikan anak miskin dan meskipun dia kuat beribadat, dia masih disifatkan sebagai pendusta agama. Begitu juga orang yang riak, melakukan amal dengan niat bukan setulusnya kepada Allah.

Posting terkini

Blog Archive