KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 11, 2008

Anwar tuntut Hamid 'RM100 juta' maaf

malaysiakini | .... KEMASKINI - Tokoh pembangkang itu juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan negara, agama dan bangsa.

syed hamid albarSyed Hamid dipetik sebagai berkata, Anwar bertindak sebagai "tukang lapor" negara kuasa besar itu ketika mengulas kenyataan Washington berhubung laporan polis kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu, akhir bulan lepas.

Menurut akhbar tersebut, menteri itu berkata setiap kali Anwar berdepan dengan krisis politik dalam negara, beliau akan mengadu perkara itu kepada negara tersebut.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai "spy" atau pengintip Amerika Syarikat.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang "spy" atau pengintip.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, peguamnya itu juga menyatakan Anwar "berasa sangat kecewa" dengan tindakan polis yang enggan menyerahkan satu salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu sukarelanya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun.

Selepas cuba mendapatkannya dua kali sejak 29 Jun lalu, tambah Sankara, polis tetap enggan berbuat demikian dalam jawapan pihak berkuasa itu pada 2 Julai.... selanjutnya.

Naib ketua Pemuda Umno cawangan sertai PKR

malaysiakini | .... Naib ketua Pemuda Umno cawangan Taman Widuri Indah, S Musliadi Sabtu berkata, beliau menyertai PKR malam tadi kerana yakin dengan perjuangan parti itu untuk menegakkan keadilan.

pemuda umno rembau PKR"Dalam Umno saya tidak boleh bercakap mengenai kebenaran. Saya masuk PKR kerana hendak memberi kesedaran kepada Umno.

"Saya masuk bukan kerana desakan sesiapa tetapi atas keyakinan sendiri terhadap PKR," kata Musliadi (kaanan) ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau telah menyerah borang keahlian PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah di Ampangan, Seremban malam tadi.

Di majlis tersebut juga, katanya, beliau telah menanggal dan membuang baju Pemuda Umno dan memakai baju PKR.

Tindakan beliau membuang baju Pemuda Umno itu disambut dengan sorakan gemuruh para hadirin yang dianggarkan seramai 9,000 orang.... selanjutnya.

Kita tonton S. Musliadi menukar baju | Lu orang kena tengok Musliadi campak baju UMNO ke tanah di dalam clip di bawah,

Najib Sudah Bersumpah, Anwar Bila Lagi?

msomelayu | ...Menurut laporan sebuah website pro Umno, mereka yang hadir bertepuk tangan mendengar sumpah Najib itu. Tepukan itu memberi semangat dan sokongan atas pendirian dan keberanian Najib. Dan beberapa orang Umno yang ditanyai berhubung tindakan itu menerima baik dan beranggapan dengan keberanian Najib itu menunjukkan Najib dipihak benar!

Apakah sumpah Najib itu bermakna mubahalah?
Apakah semasa sumpah itu Najib ada berniat (menyebut) kalau dia bertemu dan kenal Altantuya dia akan dilaknat Allah serta merta, ataupun tidak. Kalau beliau tidak menyebut (niat) begitu maka tiadalah laknat ke atasnya kalaupun dia memang kenal dan bertemu Altantuya seperti mana dakwa Balasubramanian dalan akuan berkanun pertamanya itu. Tidak pula dilapor dalam laporan itu mengenai hal ini.

Mubahalah yang betul ialah sambil menyebut dengan nama Allah sambil itu juga menyebut kalau apa-apa yang disumpah itu tidak betul maka Allah akan melaknat di dunia dan akhirat. Laknatlah yang akan menentukan apakah seseorang itu benar atau tidak!

Jadi kalau ikut peraturannya sumpah Najib itu (tidak mubahalah) ia tidak ke mana dan membawa apa-apa erti. Ia setakat dibibir sahaja. Najib tidak akan menerima apa-apa laknat kalaupun dia berbohong.

Biarlah, setidak-tidaknya Najib lebih berani berbanding dengan Anwar. Najib beriya menunjukan dan membuktikan kepada khalayak politik bahawa beliau berani berbuat atas kepercayaan beliau tidak bersalah. Mungkin Najib telah dinasihati oleh menteri agama dalam hal ini. Anwar pula sampai sekarang masih belum melapazkan sumpah demikian atas alasan ia tidak perlu.

Menurut Anwar ulama berbelah bagi dalam soal itu. Sekurang-kurang dua tiga orang ulama telah memberi pandangan agar beliau (Anwar) tidak perlu melakukan sumpah - mubahalah.... selanjutnya.

Anwar unsure whether Tuesday debate on fuel price is on

sun2surf | ...The debate is organised by news portal Agenda Daily is titled "Form The Government Today, Reduce Fuel Prices Tomorrow" -- a promise made by Anwar in his bid to take over the federal government -- is scheduled to take place at Dewan Bahasa dan Pustaka.

"There is a possibility it will not take place but I hope it will," he was quoted by Bernama as saying, at a ceramah in Seremban last night.

Ahmad Shabery has of late been quoted in newspapers as being upbeat about the debate, giving the impression that he was looking forward to it although he will be pitting himself against a charismatic speaker who draws crowds to his fiery brand of public-speaking.

The expectation is on Anwar to reveal how he can reduce fuel prices, and how he will fund it, when the present government has repeatedly said that continuing to keep fuel prices at the old levels despite a crude oil price spiral worldwide would seriously impair national development.

Anwar said he will reveal his formula but attempted to manage public expectation when he added: "(It's) not that the reduction will make prices at par with those in Venezuela but it will be a reduction so that people can get by. We are not making empty promises, boasting or lying to overcome the problem."

"The country has to be saved to benefit all the people. It's a question of our future, not Anwar's." ...selanjutnya.

Isu liwat: Ada yang termakan cili

Tidak lah di butirkan samaada Khutbah ada menyebut pihak pihak yang berkaitan, tapi bila ada sebutan 'liwat' di dalam khutbah, ada pihak yang terasa pedas pulak ...

JAKIM politikkan isu fitnah Anwar dalam khutbah Jumaat?
MStar | ...."Belum tahu lagi biji butirnya, kesahihan kedua-dua pihak tetapi di dalam khutbah Jumaat sudah menceritakan hukum 'qazaf'. Kenapa tidak dibincangkan isu bermubahalah yang pernah dibuat Nabi SAW dulu. Adakah kerana JAKIM tidak setuju maka isu itu tidak diberi tumpuan?," katanya lagi.

Antara petikan khutbah yang dilihat 'pro Anwar' itu dakwanya lagi, apabila isinya menjurus menyentuh hukum qazaf dan hukuman tegas untuk orang yang terlibat dalam aktiviti memfitnah dalam Islam.

Petikan khutbah Jummat hari ini antara lain menyebut, "Dalam fitnah kes liwat atau zina misalnya, Islam memperuntukkan hukum qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan dikhalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh-penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Pada prinsipnya hukuman di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, mendidik manusia dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya."

Sebelum ini Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan "membenarkan bermubahalah dan tidak diperbesarkan dakwaan isu liwat Anwar ini kerana dikhuatiri bakal membuka ruang kepada pihak lain untuk campur tangan, sekali gus akan menimbulkan kesulitan kepada negara dan masyarakat.”

Khutbah Jumaat pada hari ini ditutup dengan peringatan agar tidak memfitnah, tambahan "jika mangsa fitnah itu adalah orang yang beriman dan bukan kaki maksiat dan jangan begitu mudah memfitnah orang lain sekiranya kita tidak mahu dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak."... selanjutnya.

"Tak apa lah ... ” - Musa Hassan

IGP Tan Sri Musa Hassan getting into his car after leaving the ACA headquarters on Friday. The IGP and the Attorney-General Tan Sri Gani Patail, who have been accused by Datuk Seri Anwar Ibrahim of fabricating evidence in his 1998 “black-eye” incident, were called in to have their statements recorded by the ACA. - Starpic by Rohaizat Md Darus

GP Tan Sri Musa Hassan getting into his car after leaving the ACA headquarters on Friday. The IGP and the Attorney-General Tan Sri Gani Patail, who have been accused by Datuk Seri Anwar Ibrahim of fabricating evidence in his 1998 “black-eye” incident, were called in to have their statements recorded by the ACA. - Starpic by Rohaizat Md Darus... selanjutnya.

48 jam untuk Syed Hamid mohon maaf

malaysiakini | ... Anwar berkata, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Star pada 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak taat kepada negara, agama dan bangsa.

Beliau juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika.

syed hamid albarPada 2 Julai lalu, Syed Hamid berkata, Anwar adalah 'tukang lapor' kepada Amerika, ketika mengulas kenyataan Washington berhubung dakwaan terbaru liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai 'spy' Amerika.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang 'spy'.... selanjutnya.

Polis bukan pelakon - Bakri

malaysiakini | ... Tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan keluarganya melarikan diri ke luar negara bukanlah atas arahan atau 'lakonan' pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin.


mohd bakri zininKatanya, tuduhan yang mengaitkan tindakan Balasubramaniam dengan polis adalah tidak berasas.

Menurutnya, tuduhan itu tidak seharusnya timbul kerana polis menjalankan siasatan secara telus dan profesional dalam mencari kebenaran tanpa mempunyai sebarang motif lain.

"Mengapa mesti heret pihak polis sekali dalam situasi seperti ini? Janganlah perkara ini dijadikan sebagai 'media court', ini bukan satu lakonan, inilah kenyataan, realiti yang perlu disiasat secara profesional dan teratur untuk kita mengetahui kebenaran sesuatu perkara.

"Polis bukan pelakon...saja-saja berlakon untuk jadi popular, tetapi
hakikatnya kita siasat dan beri informasi yang benar untuk memastikan orang awam sentiasa peka dengan senario sebenar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan seminar pada Simposium Sains Forensik dan Undang-Undang Jenayah di Kuala Lumpur hari ini.... selanjutnya.

Bala & Bala : Zulkifli, Exco Angkatan Muda keADILan

chegubard | .... Tiba-tiba tanpa di undang,hadir seorang manusia yang pernah bertugas dalam pasukan polis & menjadi penyiasat persendirian kepada Razak Baginda iaitu Balasubramaniam,di kad pengenalan beliau tercetak WARGANEGARA bagi setiap insan yang berstatuskan rakyat Malaysia.Hadir beliau kali ini dengan satu lagi akuan bersumpah yang membabitkan mangsa pembunuhan yang sama iaitu Altantuya.wanita ini tiada saudara mara,datang ke Malaysia bersama teman & sepupu beliau dari monggolia,niatnya hanya mencari dua kenalan yang bernama Razak Baginda serta Najib Razak untuk menuntut baki komisen USD500,000 (hampir RM2juta).Hubungan dua orang tersebut bukanlah antara anak & bapa tetapi tak lebih daripada seorang pemikir yang bertugas kepada majikannya bagi menaikkan karrier politik bosnya.

Mangsa pembunuhan tetap sama cuma beza akaun bersumpah Bala dengan penulis blog Raja Petra hanya individu yang terlibat.Kalau Raja Petra membabitkan nama Datin Seri Rosmah Mansur,manakala Bala pula membabitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.Berbeza pada nama tetapi hubungan mereka ini ialah suami isteri.Hubungan mereka ini akan membuatkan pegawai-pegawai pejabat agama akan di maki sekiranya menyerbu bilik hotel penginapan suami isteri Najib & Rosmah untuk di sabitkan atas tuduhan kes khalwat kerana mereka ini sah dalam undang-undang islam untuk duduk berdua-duaan dalam satu bilik.Cuma salah mereka dari segi undang-undang islam seperti tuduhan yang di lemparkan dalam kedua-dua akaun bersumpah tersebut iaitu RASUAH-SEKS-BUNUH.

Sehingga sekarang ini Rosmah tidak mengendahkan akuan bersumpah Raja Petra,bukan sahaja untuk menyaman atau mengambil apa sahaja tindakan untuk membersihkan namanya bahkan untuk jentik Raja Petra pun si isteri yang bernama Rosmah ini tak berani buat.Sehingga sekarang Raja Petra mengesahkan beliau mempunyai bukti yang cukup & penting untuk mengheret Rosmah ke mahkamah serta ke dalam sel Sg. Buloh atau ke penjara kajang.... selanjutnya.

Tembakan peluru kapur TV3

Imageharakah | ...... Media yang taksub dengan isu alam sekitar, TV3, dalam laporannya baru-baru ini membongkar kegiatan penebangan balak yang berlaku secara berleluasa sejak lima tahun lalu di kawasan tadahan air di negeri Kedah.

Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir.

Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu.

Situasi jadi kelakar apabila Mahdzir yang di bawah pentadbirannya balak rakus ditebang di kawasan tadahan air, tiba-tiba mengecam Menteri Besar sekarang, yang sejak mengambil alih kerajaan, sebatang balak pun belum lagi di tebang di kawasan tersebut.

Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu saat Mahdzir mula mengkritik Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat.

Apabila seorang bekas Menteri Besar mengecam kerajaan selepasnya, maka orang ramai selalunya akan menilai kerja yang dia buat dahulu. Dia jadi hebat jika kritikannya betul.

Maksudnya, apa yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding dahulu. Tapi jika kritikannya tidak lebih dari mengulangi kritikan yang dibuat terhadapnya dulu, lantaran kini dia tidak lagi terajui kerajaan, itu 'gila talak' namanya!

Membalak di kawasan tadahan air bukannya isu baru di negeri ini. Ia dimulakan di zaman Syed Razak. Bagi pihak kerajaan negeri beliau memohon pampasan �Payment for Enviromental Services� sebanyak RM100 juta setahun. Ia sebagai 'gantirugi' terhadap langkah tidak melakukan penebangan balak di kawasan tadahan air, mengorbankan sumber pendapatan negeri, demi untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perlis.... selanjutnya.

Talaq ketika hamil

Cerita talaq ni sebenarnya tak syok nak cerita. Berlainan dengan cerita kawin lagi. Phergggg ..... Sebentar !!! ... bagi wak pandang keliliing, takut isteri perasan wak tengah cerita pasal benda sensitif ni. Kang kecik hati dia. Hari ni wak nak cerita tentang Talaq ketika hamil.

Talaq
Haram atas suami menceraikan isteri yang sedang haidh tetapi cerai tersebut adalah berlaku. Cerai didalam iddah hanya berlaku pada ketika hamil kerana diyakini iddah selesai dengan beranak atau suci yang belum dijima’ kerana iddah selesai dengan tiga quru’.

Suami yang menceraikan isteri didalam haidh wajib meruju’ semula isterinya untuk diceraikan semula menurut syara’ dan dengan paksaan jika enggan. Keadaan-kedaan Yang Diharuskan Talaq Ketika Haidh

i- Suami menjatuhkan talaq keatas isteri yang haidh didalam iddah raj’i.
ii- Suami menta’liqkan talaq dengan berakhir haidh isteri.
iii- Suami menjatuhkan talaq keatas isteri haidh yang belum pernah dijima’.
iv- Isteri yang berhaidh itu hamil.
v- Dengan tebus talaq.
vi- Isteri yang habis tempoh illa’ meminta suami menjatuhkan talaq ketika
haidh kerana suami enggan menyetubuhinya ketika suci.
vii- Talaq yang dijatuhkan oleh hakim atau qadhi.... selanjutnya.
Kalau berlaku talaq ketika hamil apa kesimpulannya .....?
Talak yang dilafazkan suami ketika isteri mengandung adalah sah, cuma perbuatan suami menjatuhkan talak ketika isteri hamil adalah berdosa. Ini kerana talak yang jatuh ketika hamil akan menyebabkan edah isteri bertambah panjang.

Dalam masalah puan, talak yang dijatuhkan suami pada kali pertama adalah sah dan rujuknya juga sah. Talak kali ketiga juga sah, cuma edah isteri yang diceraikan talak tiga ketika hamil ialah sehingga dia melahirkan anaknya. - Alalan
Cerita nya di SINI dan di SINI

Surah untuk rujukan
'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'. - ( Surah at-Talak : 6 )
Nak tau lebih lanjut ... di syokkahwin
Kalau nak tau lebih lagi ... korang jumpalah ustaz atau pegawai majlis agama yang mempunyai kelulusan. Jangan cakap ngan bini, nanti diorang mogok tak masak. Wak dah kena .....

TV3 Hina Sultan Kedah?

Rombongan Istana Kedah guna jet kerana masa suntuk
Buletin Utama TV3 sekejap tadi (jam 8.15 malam) menyiarkan rakaman penggunaan jet itu semasa mereka bertolak ke Brunei dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap TV3 sebagai membazir - Siasah
dan komen dari kerajaan negeri Kedah.
[...] Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.

Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat.

"Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana," kata Hilmi.

Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi. - Bharian
Kesimpulannya, kalau ada fitnah dan hasut, jangan asyik pandang blog dan internet. Apa kurangnya TV3 dan media lain. Kalau nak badan badan politik dan NGO yang ambil tindakan, sila lapurkan pada pihak berkuasa. Sekurang kurangnya cakap biar beralas. Lain kali siar berita, biar lah berakal. Intai kuman di seberang laut, gajah depan mata buang najis atas kepala.

When an ISA detainee's daughter dies ...

Pic of Aina at school (right).

Dear YB Syed Hamid Albar
Home Minister

Re: Aina Mardiah Shahrial, 17

You may not know Aina, she is the eldest daughter of Shahrial Sirin, an ISA detainee. On the afternoon of July 2, about 3 pm, she was admitted into Kajang Hospital. The girl was fighting for her life. The family immediately informed authorities at Kamunting, where her father had been detained for the last 7 years.

Somehow, Shahrial was only told of her daughter's illness at 10.30 am the next day, July 3. Aina's mother made a personal appeal to the authorities at Kamunting to let her daughter be with the dad for the last time. The doctors said Aina had only a few hours of life left, God-willing.

The authorities at Kamunting said they could not release Shahrial. They had to get your signature on the release papers. Yes, YB, your precious signature.... further at Rockybru

Anwar scoffs at Pak Lah's handover timeline

malaysianinsider | Datuk Seri Anwar Ibrahim poured scorn on Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's plan to hand over the reins to his deputy Datuk Seri Najib Razak in 2010.

"Umno leaders have told me that if he even stays beyond this December, they will fight him," he told a crowd of thousands that overflowed an empty field that had gathered in Kampung Ismail here late last night.

Arriving at 10.10pm and permanently minded by some 20 security officers, the Parti Keadilan Rakyat de facto leader also made a grand prediction that the Malaysian economy would collapse in two months due to stagnant growth and inflation.

"If changes are not made, especially to reduce fuel prices, our economy will collapse. Small and medium-sized enterprises will suffer and we will experience what economists call 'stagflation'," he told a crowd that had waited since 8pm for him to arrive.

He also explained that the federal opposition's application for a motion of no confidence against the prime minister filed yesterday was more important than Abdullah's handover date, as this would bring the opposition Pakatan Rakyat into power sooner than the Barisan Nasional's succession plan.... selanjutnya.

Burglars in Balasubramaniam's house - looking for?

ktemoc | In Malaysiakini Cops deny involvement in PI's disappearance the men in blue are pissed off because they have been accused of ‘making’ Balasubramanin Perumal disappear - I hope you know who Balasubramanin Perumal is; if you don’t this post won’t interest you.

Apparently, Bala and his family (but minus his 2 dogs, and you’ll know why in a jiffy) are in a neighbouring ASEAN country – Sing? Thailand? - so claimed the police, who had even interviewed him there.

Additionally Bala rang his nephew asking the latter to cease ‘making noise’ over his disappearance as it wasn’t beneficial to his safety – see Malaysiakini nes article Stop the campaign, Bala tells nephew but his nephew didn't heed Bala's instruction as he went ahead and lodged another police report to complain about the failure of the police to inform him of Bala’s whereabouts.... selanjutnya.

BPR siasat Musa, Gani hari ini

malaysiakini | .... Musa tiba di ibupejabat BPR di Putrajaya pada jam 8.20 pagi. Beliau tersenyum ke arah wartawan sebelum masuk ke pejabat tersebut.

Gani pula tiba pada jam 9.50 pagi.

Selasa lalu, Anwar yang juga ketua umum PKR membuat laporan polis terhadap Musa dan Abdul Gani yang didakwanya mereka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.

Pada masa itu, Musa adalah pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya kes terhadap Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1999, beliau dibawa ke ibupejabat di Bukit Aman di mana mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.... selanjutnya.

Petua untuk bercuti

Aku tak sempat baca berita ni. Dan pagi ni bila aku baca, baru aku tahu ada perkara menarik berlaku.

Bala’s house broken into
Private investigator P. Balasubramaniam's house in Taman Pelangi here has been broken into but police have yet to ascertain whether anything was stolen.

According to a neighbour, M. Eswary, a Form Four student, she noticed the back grille gate of Balasubramaniam's house was ajar at 2.30pm yesterday.

“I went to inspect and found the gate and a door leading to the kitchen opened. There was a set of keys each hanging on the padlock gate and the door,” said Eswary, who alerted her father M. Sadasuvam, who later lodged a police report." - Star
Perompak ada kunci pendua?

Ini pesan orang tua tua, kalau nak bercuti ... buat senarai barang yang nak bawak. Aku cukup tak berkenan, kalau dah jauh, baru teringat ada barang yang tertinggal. Nak patah balik bukan senang. Minyak mahal bro. Bini gua dah tau ... sebelum nak bercuti, dia siap kan senarai barangan, tampal kat fridge. Kalau tak ... muka aku boleh tukar jadi kaler hijau.

1 untuk kau, 10 untuk aku

Cop vs cops in Gemas station
Star | A policeman has lodged a report against all his colleagues including his superiors allegedly over dissatisfaction on how the monthly bribes from those operating illegal activities was being distributed.

In retaliation, one of his superiors, a sergeant, lodged another police report against the policeman, a lance corporal, for allegedly selling station property to scrap dealers.

A source said the lance corporal, in his 40s, was dissatisfied with his superiors for allegedly taking the lion’s share of the bribes while the rank and file received very little.

“In fact, the complainant claimed that he did not get a sen,” the source said.

The report was lodged earlier this week.
The sergeant, in an apparent tit-for-tat, lodged another report against the lance corporal alleging that he had sold some old wooden and iron furniture from the police station to a dealer.

“His colleagues even know where the dealer is operating from,” the source said.... selanjutnya.

Kes Bala dah jadi cerita kartun

Aku cuba cari tajuk lain, tapi tak berdaya sebab kes si Bala ni memang menarik. Bukan kerana bijak perancangan, tapi sampai dah jadi cerita bodoh tak masuk akal.

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/balabale.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Jom kita tengok kronologinya di tambah dengan peristiwa baru ......

Ceh ....Hari pertama. dengan bangga Bala senyum gembira, riang ketawa masa akuan sumpah Pertama. Sebelah dia peguam dan sebelah satu lagi Anwar Ibrahim. [rujuk] Mulutnya senyum sampai telinga. Top top, dia hilang, tak dapat dikesan. Peguam cuba nak call, tak talipon tak angkat. Rupa rupanya pada hari esok, dia buat pengakuan terbaru. [rujuk] Selesai pengakuan ke 2, Bala pun hilang sekali lagi. [rujuk] Maka heboh lah saudara mara dan jiran tetangga.

Bila pakcik dah hilang, anak saudaranya, si Kumaresan pun ikut kecoh. Dia buat lapuran polis. [rujuk] Sambil cari, wartawan tanya, mulut dia pun cerita.

Brothers R.Kumaresan, 27, and Segar, 24, of Batu Caves said their uncle had shared with them about what he had mentioned in his first SD about six months earlier, and they believed he would one day make it public.
Mesti ada mamat yang pening. Apesal la Kumaresan ni kecoh sangat? Kena tutup mulut dia ni. Masa tu polis kononnya tak tau Bala di mana. Tiba tiba .... jeng jeng jeng ....
Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin. - Bharian
Kalau kat malaysia, Bala tak jumpa, nampak sangat Polis lemah. Keluar kenyataan baru ...
Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kontroversi dua akuan bercanggahan berhubung pembunuhan Altantuya Shaaribu, kini berada di luar negara - malaysiakini
Manusia ni susah sikit, banyak sangat songehnya. Asyik nak bertanya jer ....Soalan kali ini, "kenapa bala lari?" Dan soalan itu di jawab,
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini, Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau mendapat ugutan.

Bagaimanapun, Bakri tidak menyatakan butiran lanjut mengenainya. - Malaysiakini
Dalam pada itu, Bala memang tahu si Kumaresan masih tertanya tanya pasal pakciknya. Banyak benda tak logik berlaku. Budak ni jenis lurus. Apa orang cakap, dia cakap, apa orang tanya, dia jawab. Dan sebab tu, ada orang suruh dia diam ....
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mahu dihentikan kempen yang dijalankan oleh anak saudaranya, R Kumerasan, untuk membawanya pulang dengan selamat.
Bala memberitahu Kumaresan bahawa ia boleh membahayakan dirinya (Bala) dan keluarganya.

Kumaresan memberitahu pemberita hari ini bahawa mesej tersebut telah disampaikan kepadanya melalui telefon awal pagi ini dan beliau akan mematuhi permintaan bapa saudaranya.

"Ia satu perbualan (telefon) yang panjang," kata Kumaresan, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perbualan mereka. - Malaysiakini
Mamat ni jadi lagi pening. Dia tak dapat info yang betul. Dan dia pun ambil tindakan buat lapuran polis lagi, kali ni tentang polis .... [rujuk] Ini dia ...
This time was to complain against the police for not informing him that they had found his uncle in a neighbouring country.

“I should have been told about it early. This did not happen. My source was television and newspapers. I am disappointed with them (police),” he told reporters at the Brickfields police headquarters at about 3pm accompanied by lawyer N. Surendran.
Dia kata polis tak kerjasama .... pulak dah. Cerita ni sebenarnya panjang lagi.

Member gua kata .... korang nak tutup 1 tipu, korang kena buat 1000 kali tipu.

Ada orang ingat dia pandai, tapi sebenarnya bodoh. Kalau korang rasa kerja pengarah filem tu senang .... korang silap. Sebenarnya kerja diorang rumit. Tu sebab ada cerita sedih, tapi orang ketawa. Ada cerita lucu, tapi penonton masam sampai ke sudah. Nak jadi pengarah kena sensitif, peka. Kalau tidak ...... filem dah siap, penonton tak datang. Semua nya kerana pengarah cuba tipu, tapi penonton tak caya. Tapi korang tau tak siapa Balasubramaniam? Ini sikit cerita dulu dulu ...
26bh1a.jpgAltantuya: Razak ugut bunuh
Kami berasa sungguh tertekan kerana Suras dan Balasubramaniam selalu mengugut untuk membunuh kami dengan cara melemparkan kami keluar tingkap. Mereka beritahu Razak Baginda arahkan kami dibunuh. Pada satu ketika, Suras datang ke bilik hotel kami pada jam 5 pagi dan tidur di atas katil kami sehingga jam 10 pagi.

“Ketika itu kami berasa amat takut sehingga langsung tidak tidur, cuma berdiri dalam bilik. Disebabkan ugutan itu, Altantuya mengalami tekanan yang amat teruk, lalu kami membuat laporan polis pada 19 Oktober 2006,” katanya. - nusaputra

Bala's Nephew Makes Another Police Report

balasubramaniam.jpgbernama | balasubramaniam.jpgR. Kumaresan who filed a missing person’s report on Saturday over the disappearance of his uncle private eye P. Balasubramaniam and his family, lodged another report to the police Thursday.

This time was to complain against the police for not informing him that they had found his uncle in a neighbouring country.

“I should have been told about it early. This did not happen. My source was television and newspapers. I am disappointed with them (police),” he told reporters at the Brickfields police headquarters at about 3pm accompanied by lawyer N. Surendran.

He also asked the police to investigate whether his uncle had been forced to retract the sworn declaration dated July 1 on Datuk Seri Najib Tun Razak’s alleged involvement with Mongolian Altantuya Shaariibuu

Balasubramaniam, his wife and three children disappeared after he made the retraction, a day after the sworn declaration was made public on July 3.

Kumaresan, 27, also said that at 1am today, Balasubramaniam contacted him and told him not to give statement to the media fearing that it could undermine his and his family’s security.

“He also reminded me not to disclose the content of our conversation. So, to protect his safety, I will not give anymore statement after this,” he said.... selanjutnya.

Game over for Muhyddin

4-tomorrow | ....True to the dictator tag conferred by Mahathir (it takes one to recognise another), Abdullah Badawi declared that he will hand over the reins as UMNO and BN president to Najib Razak in mid-2010.

His declaration appears to be a nicely timed signal to the grassroots as UMNO branches will begin their AGMs from 17 July onwards.

The move is seen to stifle any further overtures by the camps of Tengku Razaleigh and Muhyddin Yassin in securing the required nominations for the no.1 and no. 2 posts in the party's national polls in December.

In an immediate reaction, Razaleigh was quoted by Malaysiakini as saying: "This handover thing is unconstitutional and it is not something that should be passed down from one leader to another".

The Kelantan prince has been seemingly on a lone crusade to challenge Abdullah for UMNO's top post. Support for him has so far been lukewarm at best.

On the other hand the fight for the deputy president's post was, until Abdullah's announcement, turning out to be very interesting with Muhyddin's camp pressing his case behind the scenes.... selanjutnya.

no2umno - Hikayat Sultan UMNO .... beta lantik anak beta, cucu beta .... dan beta beta beta.

Detention Without Trial: The Ultimate Obscenity

moionlybetter | If you thought Bung Mukhtar was obscene, well, this is even more so. This is the epitome of the BN/Umno's obscene rule.


The above is a picture (I scanned from Harakah) of ISA detainee Shahrial Sirin, detained for 7 years and counting, WITHOUT TRIAL, touching his eldest's daughter Aina Mardhiah's face for the last time as soon as he arrived from Kamunting, Perak at Sg Serai, Hulu Langat, at 9.40pm, on the 3rd of July.

The authorities intentionally delayed the decision to allow him to return home to visit his daughter who was in a coma at the Kajang Hospital after falling at her dilapidated house on the 2nd of July.

Aina died 3 1/2 hours before her father arrived.


Above is a picture of the father forced to say goodbye to his one of the remaining four children after burying his daughter...forced to go back to detention so soon after.

His wife Fatma is a strong woman. I can only imagine what she is forced to go through. And her kids...

I can't write anymore. I am crying. I feel really sad at the continually injustices being perpetrated on our fellow human beings... I know many of these detainees' wives, some even if just as acquaintances, and I am sorry I have not made the time to visit them.... selanjutnya.

Bala berada di negara Singapura?

kibad | Polis Bukit Aman telah berjaya mengesan Balasubramaniam dan telahpun mengambil keterangannya. Sumber terdekat memberitahu, Bala berada di negara jiran Singapura dan mengatakan perbelanjaan Bala ke negara jiran itu ditaja?

Spekulasi tentang 'misteri' kehilangan Bala bertiup kencang dengan bermacam teori. Setelah lima hari, baru jejaknya dapat dikesan. Itupun setelah mendapat bantuan polis Interpol.

Namun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

Kata Mohd Bakri, proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu telahpun dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jejak mengesan Balasubramaniam berjaya hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.... selanjutnya.

JKK lantikan pusat bercanggah dengan perlembagaan

harakahdaily | Semua ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri di seluruh Perak dengan dibantu seluruh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diingatkan supaya melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya tanpa merasa tertekan dengan kewujudan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang dilantik kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum berkata, JKKK yang diketuai Pengerusinya sebagai ketua kampung dilantik secara sah mengikut undang-undang di bawah peruntukan perlembagaan negeri, manakala JKKKP adalah pimpinan peringkat akar umbi yang haram.

Katanya, pelantikan JKKKP adalah haram mengikut undang-undang perlembagaan negeri, malah perlembagaan negara.

Justeru, katanya JKKK tidak perlu merasa ada tekanan, malah jalankan tugas dengan betul, selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat, tunai segala amanah yang dipertanggungjawabkan dan berikan perkhidmatan sebaik-baiknya kepada rakyat.

"Dari segi undang-undang, yang sah ialah JKKK sebab dipilih oleh kerajaan negeri, manakala JKKKP adalah sesuatu yang haram sebab bercanggah dengan perlembagaan negara sendiri dan semua ketua kampung dan JKKK perlu memahami perkara ini.

"Oleh itu laksanakanlah tugas dengan baik dan berkesan tanpa merasa bimbang dan takut," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lenggong di Markas PAS Lawin dekat sini baru-baru ini.... selanjutnya.

no2umno - Ketua Kampung syok sendiri ....tak malu ke?

Peraduan cari yang tersembunyi

penarikbeca | Antara yang pertama saya baca pagi semalam ialah berita Harakahdaily bertajuk "Najib vs Anwar buat Abdullah ketawa?" (Posting dalam blog Haji Mahfuz Omar di sini).

Main-main kat Google Reader, terjumpa berita Malaysian Indsider bertajuk "Pak Lah to quit in June 2010".

Tak lama lepas tu, browse balik berita-berita Harakah. Tak ingat sama ada dah ada sebelum tu atau tidak, tetapi terjumpa berita bertajuk "Pak Lah - Najib: Retak menunggu belah" (Posting dalam blog TMJ di sini).

Sebelah petang, kawan call suruh baca blog MP PAS. Ada news baru, dia kata. Terjumpalah berita bertajuk "Ketua Pembangkang kemuka usul tidak percaya kepada PM dan Kabinetnya Isnin ini".

Malam tadi baca pula berita Malaysiakini semalam bertajuk "Pak Lah wants time to finish his projects". Nak jadi penunggu sehingga dua tahun. Projek apa sehingga terpaksa jadi penunggu?

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid nampak macam tak suka, kita akan tetap ada penunggu mengantuk sehingga projek berjaya.

Kawan-kawan! Dari berita-berita yang saya senaraikan itu, ada nampak apa-apa between the lines? Tak nampak? Faisal Tehrani boleh ramal apa sahaja, tetapi cuba bayangkan jika usul itu diterima untuk dibahaskan dan undi belah bahagi pula nampak macam dah tentu memberikan kemenangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tak nampak lagi? Nak buat lagu mana, saya pun tak nampak!!

Anwar scoffs at Pak Lah's handover timeline

malaysianinsider | Datuk Seri Anwar Ibrahim poured scorn on Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's plan to hand over the reins to his deputy Datuk Seri Najib Razak in 2010.

"Umno leaders have told me that if he even stays beyond this December, they will fight him," he told a crowd of thousands that overflowed an empty field that had gathered in Kampung Ismail here late last night.

Arriving at 10.10pm and permanently minded by some 20 security officers, the Parti Keadilan Rakyat de facto leader also made a grand prediction that the Malaysian economy would collapse in two months due to stagnant growth and inflation.

"If changes are not made, especially to reduce fuel prices, our economy will collapse. Small and medium-sized enterprises will suffer and we will experience what economists call 'stagflation'," he told a crowd that had waited since 8pm for him to arrive.

He also explained that the federal opposition's application for a motion of no-confidence against the prime minister filed yesterday was more important than Abdullah's handover date, as this would bring the opposition Pakatan Rakyat into power sooner than the Barisan Nasional's succession plan.

Anwar also talked up his impending July 15 televised debate on fuel prices as the next step in his attempt to fix what he sees as an ailing economy.... selanjutnya.

Gua tak makan ikan ...... meowww

Altantuya: Najib bersumpah depan pimpinan UMNO seluruh negara

Agendodaily | ...‘ Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.

Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.... selanjutnya.

Why 2 Years, Why Not Now Or The Next General Election?

bloodsuckers | ....The reporters are kind to you, instead of "stepping down" they use a not so offensive word "retire".

Now back to the question, why must you retire or step down? If you think you are a good quality PM and have the rakyat support for the next two years why not continue till the end of the term.

This report quoted from Malaysian Insider is another puzzle.

The officials added that Abdullah picked 2010 because it marks the end of the Ninth Malaysia Plan and that the Malaysian leader wanted to make sure all projects and programmes under it are implemented before handing over power to Najib.

First, there is never any Malaysia Plan that is implemented fully within its time frame, so can this special PM implement all the Ninth Malaysia Plan projects and programs by the next two years?

Second, does it mean that Penang monorail and the PORR programs will be given the green light again? If not how can he ensured that all the Ninth Malaysia Plan are implemented when he retire or step down?... selanjutnya.

'Protes bukan untuk si warak, wali'

malaysiakini | ....Ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad menganggap parti itu "tertipu" sewaktu terlibat dalam perbincangan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), penganjur perhimpunan tersebut.

carburator dung lewd performance at protes fuel price hike rally mppj stadium 070708Melalui blognya semalam, bekas pemimpin kanan Pemuda PAS itu berkata pemimpin parti yang terlibat dalam Protes telah berkompromi membenarkan konsert dengan syarat "nyayian yang tidak melampau dan seni kata yang baik".

"Rupa-rupanya pada hari itu kita kena tipu. Menyebabkan Pemuda dan Unit Amal memboikot. Tahniah pada adik-adikku Pemuda dan Unit Amal," katanya.

Tambahnya, demonstrasi Protes pada masa depan akan lebih berjaya jika dikawal seratus peratus oleh parti itu.

"Pengajaran demonstrasi Protes 6 Julai, lain kali biarlah PAS yang kawal semua. Kalau setakat jadi pengerusi (tetapi) kita tidak boleh kawal buat habis beras saja," katanya, mengulas kedudukan bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai penyelaras Protes.

"Banyak demonstasi yang kita buat berjaya (dan) tidak haru-biru. Kalau ulang lagi demonstasi macam ini, untung secupak rugi seguni."

Timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula berkata beliau pada mulanya bertolak ansur terhadap aktiviti dalam suasana yang "tidak menyinggung perasaan insan yang mukmin" dan jaminan persembahan itu "tidak melanggar etika seorang yang berakhlak dan bermoral."... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive