malaysiakini | ... Anwar berkata, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Star pada 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak taat kepada negara, agama dan bangsa.
Beliau juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika.
Pada 2 Julai lalu, Syed Hamid berkata, Anwar adalah 'tukang lapor' kepada Amerika, ketika mengulas kenyataan Washington berhubung dakwaan terbaru liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.
Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai 'spy' Amerika.
Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang 'spy'.... selanjutnya.
SEMBANG JA PAS NI...
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment