msomelayu | ...Menurut laporan sebuah website pro Umno, mereka yang hadir bertepuk tangan mendengar sumpah Najib itu. Tepukan itu memberi semangat dan sokongan atas pendirian dan keberanian Najib. Dan beberapa orang Umno yang ditanyai berhubung tindakan itu menerima baik dan beranggapan dengan keberanian Najib itu menunjukkan Najib dipihak benar!
Apakah sumpah Najib itu bermakna mubahalah?
Apakah semasa sumpah itu Najib ada berniat (menyebut) kalau dia bertemu dan kenal Altantuya dia akan dilaknat Allah serta merta, ataupun tidak. Kalau beliau tidak menyebut (niat) begitu maka tiadalah laknat ke atasnya kalaupun dia memang kenal dan bertemu Altantuya seperti mana dakwa Balasubramanian dalan akuan berkanun pertamanya itu. Tidak pula dilapor dalam laporan itu mengenai hal ini.
Mubahalah yang betul ialah sambil menyebut dengan nama Allah sambil itu juga menyebut kalau apa-apa yang disumpah itu tidak betul maka Allah akan melaknat di dunia dan akhirat. Laknatlah yang akan menentukan apakah seseorang itu benar atau tidak!
Jadi kalau ikut peraturannya sumpah Najib itu (tidak mubahalah) ia tidak ke mana dan membawa apa-apa erti. Ia setakat dibibir sahaja. Najib tidak akan menerima apa-apa laknat kalaupun dia berbohong.
Biarlah, setidak-tidaknya Najib lebih berani berbanding dengan Anwar. Najib beriya menunjukan dan membuktikan kepada khalayak politik bahawa beliau berani berbuat atas kepercayaan beliau tidak bersalah. Mungkin Najib telah dinasihati oleh menteri agama dalam hal ini. Anwar pula sampai sekarang masih belum melapazkan sumpah demikian atas alasan ia tidak perlu.
Menurut Anwar ulama berbelah bagi dalam soal itu. Sekurang-kurang dua tiga orang ulama telah memberi pandangan agar beliau (Anwar) tidak perlu melakukan sumpah - mubahalah.... selanjutnya.
Jul 11, 2008
Najib Sudah Bersumpah, Anwar Bila Lagi?
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
syiok lagu Bob Tutpoly
"Memang lidah tak bertulang
Tak terbatas kata kata
Tinggi gunung seribu janji
Lain dibibir lain dihati..."
ala kojib ko lafas sumpah dpn sape?? buat lawak le.....mcm tu kalo aku kompolkan lembu, kamben, ayam, itik kat laman ajelah.....perghhh!!!!!
Post a Comment