KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 14, 2008

GAMBAR MANGKUK AYUN



imej dipetik dari fuiyoh



No2umnO - Mana Menteri penerangan? Patutnya di BAN saja mamat ni. Nak kata kurang ajar, rasanya bapaknya dah cukup ajar. Dah macam imam Hadhari. Jadi Tok imam, bila masuk UMNO terus hancusss....Mamat ni dulu kumpulan Nasyid NIRWANA, lepas keluar nasyid, dah jadi tak tentu hala.

ANWAR HADIR


Anwar Hadir Ke Persidangan Suruhanjaya DiRaja, Mempersoalkan Kebebasan & Ketelusan Siasatan
suarakeadilan

Kuala Lumpur, 14 Jan - Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke persidangan Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal video VK Lingam di Makhamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Semasa diketemui di luar bilik persidangan, beliau mengulangi komitmennya untuk memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya DiRaja tetapi berkata bahawa rakyat tidak patut mempunyai harapan yang terlalu tinggi terhadap siasatan suruhanjaya.

“Asas penubuhan Suruhanjaya DiRaja adalah untuk membuat sebuah siasatan yang terbuka tetapi senarai saksi yang dipanggil pun tidak boleh diumumkan. Apakah perlunya hal-hal sebegini dirahsiakan?” tanya Anwar.

Beliau juga mempersoalkan keahlian Suruhanjaya tersebut.

“Puan Sri Zaitun (Zawiyah Puteh) merupakan peguam perseketuan dalam kes Wee Choo Keong manakala nama Tan Sri Steve Shim sendiri dikemukakan dalam rakaman video yang disiasati. Isu ini amat merumitkan kebebasan Suruhanjaya untuk melaksanakan tugasnya” kata Anwar.

Pimpinan KeADILan yang turut hadir pagi ini termasuk Naib Presiden Sivarasa Rasiah, Naib Presiden Azmin Ali dan Bendahari Agung William Leong.

GANI 4TAHIL HEMPAS FAIL

Peguam Negara Abd Ghani Patail, pada mula sessi sekitar jam 11.00 pagi telah menghempaskan fail dihadapan hakim didalam mahkamah, seolah-olah memberikan isyarat keras kepada hakim.
Rayuan Ikat Jamin Azman & Suwandi ditangguh lagi
Ditulis oleh SM Noor /Buletinonline


(Isteri dan Keluarga Suwandi di pintu mahkamah)

Kuala Terengganu, 13 Jan – Setelah bersidang selama 10 jam, dari jam 10.00 pagi sehingga jam 7.30 malam, Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terngganu, menangguhkan keputusan Rayuan Ikat Jamin, mangsa tembakan peluru hidup, Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi dan Azman kepada 20hb Januari, 2007.

Peguambela Suwandi dan Azman, Dato’ Wan Mutalib Embong dan Fariz Irwan ketika ditemui sejurus selepas keluar dari pintu mahkamah menyatakan rasa kesal dengan keadaan itu. Peguam Negara Abd Ghani Patail, pada mula sessi sekitar jam 11.00 pagi telah menghempaskan fail dihadapan hakim didalam mahkamah, seolah-olah memberikan isyarat keras kepada hakim. Seorang anggota polis yang berpengalaman dengan selok belok mahkamah memberi komen, sekiranya peguam lain, selain Ghani, pasti telah dihambat keluar oleh hakim. Ini menunjukkan bahawa mahkamah masih lagi dipengaruhi dengan kehadiran peguam negara sebagai pendakwaraya.


(Foto: Dato' Wan Mutalib ketika keluar dari mahkamah malam ini)

Sementara itu, di luar mahkamah seramai lebih dari 30 orang masih setia menunggu dengan sabar sehingga jam 8.00 malam tadi. Sidang “Usul untuk pemohon diberi kebenaran untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu proses perbicaraan selesai” pada hari menjadi satu sejarah sebagi sati sidang yang panjang sehingga menjangkaui waktu pejabat dan ditangguhkan pada jam 8.00 malam

Engineer: I was manhandled by cops

(The Star) - BUKIT MERTAJAM: A 27-year-old engineer has lodged a report alleging that a team of police had manhandled him and that they did not have a warrant to search his flat at Taman Permai Jaya here.

Ooi Seng Yeong said that a group of men claiming to be policemen from the Central Seberang Prai district came to his flat at 1.30am on Saturday purportedly looking for drugs.

He said he initially refused to open the door.

“I relented when they threatened to break open the door and upon entering I asked for their authority cards.

“One of them flicked out a card and moments later, I was handcuffed before they took me to my room to search for drugs. They did not find anything,” he said.


Speaking at a press conference called by Berapit assemblyman Lau Chiek Tuan on Saturday, Ooi said the policemen then took him to the bathroom where he was tested negative for drugs using a urine sample.

When satisfied that he was clean, the policemen removed the handcuff and left the flat.

He complained to Lau who later accompanied him to the district police headquarters here to lodge a police report.

Lau urged the police to be more professional when conducting searches as Ooi endured tremendous embarrassment because neighbours watched the whole raiding episode.

“This would not have happened had the police been more humane in their approach,” said Lau.

OCPD Asst Comm Mohd Anil Shah Abdullah, who confirmed the report, said that he would investigate the matter.

UMPAN IKAN SEPAT

HARGAI PEMBERIAN KERAJAAN : BERNARD

KENINGAU : Rakyat dipedalaman diminta untuk menghargai setiap pemberian yang disalurkan oleh kerajaan. Ini kerana sumbangan serta pemberian itu adalah demi kebaikan rakyat itu sendiri.

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Bernard Maraat berkata, sesungguhnya rakyat di luar bandar seperti Pensiangan amat bersyukur kerana kerajaan yang ada adalah kerajaan yang sentiasa melihat keperluan rakyat. Yang paling penting kata Bernard, usaha kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan rakyat secara berperingkat kerana kawasan tersebut mempunyai lebih daripada 200 buah kampung,

Bernard berkata demikian di majlis penyerahan projek-projek kerajaan Barisan Nasional BAGI n.37 Sook bertempat di Pejabat Urusetia Daerah Kecil Sook disini baru-baru ini.

Hampir kesemua pengerusi jawatan kuasa keselamatan kampung (PJKKK) di daerah kecil Sook hadir di majlis itu yang turut disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Peter Beaty.

Beberapa agihan berupa keperluan rakyat dibawah peruntukan khas ahli dewan rakyat bagi kawasan N.37 Sook telah disampaikan oleh Ahli Parlimen itu sendiri. Antaranya ialah tangki plastik air ( 10 kampung), generator ( 7 kampung), Kerusi plastik ( 5 kampung), alat dapur ( 7kampung), jambatan gantung ( 1buah), jersi ( 7kampungg), gelanggang bola tampar ( 2 kampung), mesin rumput ( 7kampung), mesin pelerai padi ( 2 kg) dawai, pembesar suara, kipas angin, gergaji kayu masing-masing 1 kampung.

Kelihatan dalam gambar Bernard bersama diantara PJKKK memerhati salah seorang penerima set generator dari 7 buah kampung bagi kawasan N.37 Sook

No2umnO - Nak pilihanraya, baru sibuk nak berjasa. Penyakit keturunan UMNO yang cukup kritikal. Yang pelik, rakyat pun terpedaya. Begitu lah nilai rakyat Malaysia. Mudah terbeli dengan pemberian yang tidak seberapa. Berapa kali agaknya mereka dapat bantuan? Setahun sekali atau 50 tahun sekali?

JOM PROTES !!!

Protes anjur himpunan aman 26 Jan, bantah kenaikan harga barang
Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) akan menganjurkan satu Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan, 26 Januari akan datang.

Himpunan yang diadakan jam 3.00 petang itu bertempat di hadapan Bangunan KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Setiausaha Protes, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata pihaknya sangat memandang serius suasana inflasi tidak terkawal yang sedang menekan kehidupan seluruh rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Jelasnya, kenaikan bayaran tol di beberapa buah lebuh raya, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan elektrik dan air; semuanya menambah berat beban hidup rakyat yang semakin terhimpit akibat gaya pentadbiran negara yang boros, korup dan sentiasa mengorbankan kepentingan rakyat.

"Protes tidak menolak keberangkalian besar kenaikan harga bahan bakar dalam tempoh terdekat dan kami memandang semua kenaikan ini sebagai manifestasi kegagalan kerajaan BN menjalankan pentadbiran secara berkesan, yang mengakibatkan rakyat terus disajikan dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, satu ceramah umum Protes turut diadakan 20 Januari akan datang, jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH).

Justeru, Protes menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin agar turut serta menjayakan ceramah umum dan himpunan aman ini.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan program-program ini bolehlah dimajukan kepada Sekretariat Protes di talian 03-2692 5000 atau 019-339 8659 (Dr. Mohd. Hatta Hj. Ramli) yang juga beralamat di 318A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. - mns

KESELAMATAN ATAU TOLONG KAWAN?

"Bagi sekolah-sekolah yang tidak mampu menyediakan CCTV, kementerian sedang cuba mendapatkannya dengan memohon peruntukan khas daripada kerajaan.
Kementerian Pelajaran mohon peruntukan khas pasang CCTV di sekolah
mstar.

IPOH: Kementerian Pelajaran akan memohon peruntukan khas daripada kerajaan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekolah bagi membanteras perbuatan menculik kanak-kanak, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata kementerian memandang serius kejadian penculikan kerana ia menimbulkan rasa bimbang ibu bapa terhadap keselamatan anak masing-masing semasa mereka pergi dan pulang sekolah. |more...|

No2umnO - Kalau idea itu datangnya dari UMNO dan BN, maka sila perhatikan perlaksanaannya. Niat memang baik tapi kesempatan mungkin diambil. Bajet besar, kos penyelenggaraannya pun besar. Baik jika ia nya dibuat secara jujur dan telus. Perhatikan siapa yang perolehi projek ini. Kalau sebelum ini, isu pegawai keselamatan sekolah pernah riuh diperbualkan. Kini idea baru, kamera pula. Bakal menjadi isu komputer disekolah. Akhirnya gagal kerana ada muslihat disebalik perancangan. Bukan keselamatan tapi tolong kawan.

MASA DEPAN MELAYU PULAU PINANG


awin-simplelife

Semalam penulis sempat menelaah buku tulisan Dato’ Jamelah Bakar bertajuk ‘Masa Depan Melayu Pulau Pinang’. Buku terbitan Dawn City Holding (M) Sdn Bhd yang pada pendapat penulis buku ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Dato’ Jamelah merupakan bekas wartawan yang pernah bekerja dengan akhar Utusan Melayu dan Berita Harian. Seorang yang dilahirkan di Negeri Pulau Pinang. Beliau kini merupakan Pengerusi Eksekutif Dawn City Holdings (M) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pemborongan dan peruncitan.

Berada dan bertugas di Pulau Pinang membuatkan penulis ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku di Pulau Pinang. Dengan tajuk buku yang menawan mungkinkah buku ini memberi sinar atau jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku? Bagaimanakah masa depan MELAYU Pulau Pinang? Apa objektif buku ini digarap? Apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Jamelah Bakar?

Hampa. Itulah yang penulis temui.

Pada mulanya, jika buku ini di tatap oleh seorang yang tidak pernah berada dan merasai sendiri suasana persekitaran di Pulau Pinang.. mungkin dia akan mencari-cari apa sebenarnya masalah orang Melayu Pulau Pinang ini. Walaupun dari awal hingga akhir, buku ini mengisi wawancara dengan pelbagai pemimpin UMNO, pemimpin Dewan Perniagaan dan persatuan serta wawancara bersama Timbalan Ketua Menteri sendiri. Sebagai orang luar dan kini bertugas di Negeri Pulau Pinang, penulis melihat, masalah Melayu di Pulau Pinang tidaklah berbeza dengan Melayu di negeri-negeri lain. Isu yang sebenarnya dan paling menekan adalah TAKDE TANAH. Pulau Pinang negeri yang sempit dan tidak banyak tanah. Negeri yang kecil ini sudah padat dan negeri ini juga tidak mempunyai tanah rizab Melayu seperti negeri lain. Yang ada hanyalah tanah-tanah wakaf yang boleh dimajukan untuk dijadikan projek perniagaan atau kediaman orang Melayu.

Tanah memang isu yang sensitive. Baik dalam keluarga sendiri, komuniti, masyarakat, negeri mahupun negara. Orang boleh berbunuh kerana tanah. Tanah bagi kita serupalah ertinya dengan maruah.

Di dalam buku yang bertajuk ‘Masa Depan Melayu Pulau Pinang’, isu dan masalah tidak dirungkai. Jalan penyelesaian usah harap. Hanya kata-kata sepatutnya itu, sepatutnya ini, kita kena, jangan menyerah kalah, tengok pemimpin dahulu, kita harus. Pada pendapat penulis itu hanya kata-kata menuding jari.

Yang sebenarnya Melayu di Pulau Pinang pertama, biasalah dimana-mana pun adalah isu mentality. tidak bersatu padu. Melayu di mana-mana pun tidak bersatu. Apabila tidak bersatu, banyak masalah akan timbul. Orang tua-tua kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pemimpin dulu bolehlah bersatu kerana pada waktu itu matlamat mereka berbeza dengan matlamat orang sekarang. Manakan nak sama citarasa orang dahulu dengan citarasa orang sekarang. Kan?

Kedua, yang penulis nampak masih isu mentality iaitu tahap pendidikan orang Melayu yang masih rendah. Itulah yang menjadikan Melayu tidak dapat bersaing. Melayu Pulau Pinang yang bijak lagi pandai pula tidak mahu bersaing di negeri sendiri. Jadi tak nampaklah usahawan melayu pulau pinang yang banyak berjaya. Dan adakah mereka itu balik ke negeri mereka at least untuk membantu anak-anak muda negeri mereka dari segi sahsiah dan rohani?

Melayu di Pulau Pinang, mereka tidak mahu lagi menjadi golongan terpinggir di negeri sendiri, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi serta mendapat peluang perniagaan yang sama rata. What?? Mendapat peluang perniagaan yang sama rata? Come on … Kadang-kadang orang Melayu ni meminta lebih-lebih. Padah bila dah terbiasa makan di suap. Kerajaan mungkin dapat membantu dari segi infrastruktur dan insentif kewangan tetapi peluang perniagaan??... itu harus dicari sendiri oleh usahawan. Bagaimana untuk memasarkan.

Bab tanah, penulis tertarik dengan jawapan dari Dr Ibrahim Saad, Bekas TKM:- Pada zaman saya, kalau dapat 30%, kita tak lepas. Caranya ialah kita bagi kuota 30% projek perumahan tu kepada orang melayu, tapi unit-unit ini bukan dipegang oleh pemaju tetapi dipegang oleh JKP. Kita tidak akan melepaskan atau meluluskan jika peruntukan 30% tidak diberi kepada orang melayu. Jadi pemaju faham kita tidak akan lepas dan dia akan usaha juga untuk dibeli orang melayu, selagi dia tak jual pada melayu, kita tidak akan lepaskan kuota itu. Sekarang tak tahu lah.

Penulis pula ingin menarik wawancara dari pemimpin yang mengatakan: saya ingin menarik sedikit tentang JKP. Mereka ini memperolehi semua kemudahan daripada kerajaan termasuk gaji daripada kerajaan tetapi buat syarikat. Ini bukan membantu orang Melayu. Sebenarnya, ini amanah untuk orang Melayu, maka mereka perlu cari jalan, berkongsi dengan usahawan Melayu Pulau Pinang untuk membangunkan projek bukannya bersaing dengan orang Melayu. Ini bermakna mereka tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib orang Melayu. (pada pendapat penulis, inilah yang terjadi apabila satu agensi diswastakan, misi akan bertukar kepada bagaimana untuk generate income)

Penulis tidak mahu mengusik isu pemimpin yang mementingkan diri, tidak telus dan sebagainya kerana pemimpin politik sekarangkan ramainya dari golongan usahawan. Faham-fahamlah. Tetapi kata-kata dari YB Dato Hj Azhar Ibrahim ini menarik ‘kita perlu sedar, sungguhpun kita hidup berbilang kaum dalam parti barisan nasional, hakikatnya setiap parti akan membantu kaum-kaumnya sendiri secara berterusan. Ini tidak dapat dinafikan kerana itu adalah kerja orang politik. Orang politik perlu menjaga orangnya sendiri, jika tidak mereka kalah dalam pilihan raya.

Yang menarik jawapan dari TKM semasa diwawancara:- Saya juga nak katakan tidak pernah apa yang kita minta ditolak mentah-mentah oleh Ketua Menteri atau oleh Kerajaan Negeri. Masalah kita ialah kita tak tahu apa yang kita hendak, lepas tu kita kejar yang ini tidak dapat dan yang itu pun tidak dapat.

Kesimpulannya, selepas menelaah berulangkali, apa yang Jamelah Bakar ingin sampaikan dan sama lah dengan semua pemimpin yang diwawancara adalah supaya pihak Kerajaan Negeri dan serta badan yang berkaitan beserta ahli-ahli yang berhormat dan badan persatuan/ dewan untuk duduk berbincang berkenaan agenda melayu di Pulau Pinang dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian Melayu di Pulau Pinang. (siapa yang nak initiate this??)

Sekarang rakyat Melayu Pulau Pinang sebenarnya telah putus harapan. Hanya mengharapkan Pak Lah untuk menuntut hak mereka sebgai jalan terakhir. Dan mereka harus cepat dan segera selagi Pak Lah masih berkuasa sebagai Perdana Menteri. Dan mungkin kerana itulah buku ini dihasilkan dalam keadaan yang tergesa-gesa…

No2umno - sekadar baca tetapi ia lebih kepada pendapat si penulis. PAK LAH boleh diharap ke?

WARGA INDONESIA DAN KES CULIK

Sharlinie palsu: Wanita Indonesia ditahan
Mstar

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita warga negara Indonesia tengah malam tadi kerana disyaki memberi maklumat palsu mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor berkata wanita berusia 27 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan oleh satu unit khas polis di Johor Baharu setelah didapati beberapa kali menghantar SMS kepada bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin, 29, dengan memberi maklumat palsu dan menjadikan kes kehilangan Sharlinei, lima tahun, yang kini menjadi tumpuan di seluruh negara, sebagai bahan gurauan.

"Wanita itu telah menghantar SMS sejak hari pertama kehilangan kanak-kanak itu hingga hari ketiga.

(Dalam SMS itu) dia ada menyebut tentang perasaan dendam dan kanak-kanak itu akan dihantar pulang dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi," katanya kepada pemberita di Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. |More...|

No2umnO - Kalau dulu ketika kes Nurin disiasat terdapat seorang wanita Indonesia yang turut ditangkap. Gara gara SMS juga. Dan kini sudah ada seorang lagi warga Indonesia yang terlibat. Kenapa ye? Adakah ini tektik mewarnakan peristiwa siasatan atau apa?

IKAN BILIS SELEWENG

Seleweng: 2 pegawai Tourism M"sia digantung kerja
Mstar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan sedang menyiasat dakwaan kononnya dua orang pegawai Tourism Malaysia di Seoul terlibat dalam penyelewengan berhubung penerbitan sebuah klip video menelan belanja 213 juta won (RM850,000) bagi mempromosi Malaysia di Korea Selatan.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata siasatan dalaman berhubung perkara itu telahpun dimulakan dua minggu lepas dan dua pegawai itu akan digantung kerja.

"Barangkali mereka boleh dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita di Menara Kuala Lumpur seleps melancarkan "T-Station" yang merupakan kiosk sehenti menawarkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan kepada pelancong termasuk senarai pakej "Cuti-Cuti Malaysia", cenderahati, telekomunikasi, perkhidmatan kurier dan perkhidmatan e-perbankan. |more...|

INDIA YANG MINTA, CINA YANG DAPAT

Sekolah boleh cuti panjang sempena Tahun Baru Cina
mstar

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 7 dan 8 Feb ini, semua sekolah diberi kebenaran untuk mengambil cuti tambahan bermula 6 Feb hingga 11 Feb, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata langkah itu dibuat kerana Kementerian Pelajaran menerima banyak permohonan daripada sekolah dan ibu bapa untuk mengambil cuti tambahan bagi membolehkan ibu bapa membawa keluarga mereka untuk bercuti di kampung halaman masing-masing.

"Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah untuk mengambil Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehubungan itu bagi negeri-negeri yang cuti mingguan adalah pada Jumaat dan Sabtu, Cuti Peristiwa boleh diambil pada 6 Feb dan Cuti Berganti pada 10 Feb (Ahad) dan 11 Feb (Isnin).

Persekolahan pada hari Cuti Berganti itu perlu diganti pada 19 Jan dan 26 Jan, katanya.

Alimuddin berkata bagi negeri-negeri yang cuti mingguannya adalah pada Sabtu dan Ahad, pihak sekolah boleh mengambil Cuti Peristiwa pada 6 Feb serta Cuti Berganti pada 11 Feb.

Cuti Berganti itu perlu digantikan pada 19 Jan.

Alimuddin berkata semua Pengarah Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya meluluskan cuti tambahan berganti tersebut kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja

HAIDAR DAN RASHIT SPR SAMA SAMA DEGIL

Ahli Suruhanjaya DiRaja Enggan Undur Diri
KeADILan

Kuala Lumpur, 14 Jan - Walaupun pemohonan dibuat oleh peguam M Puravelan untuk tiga ahli panel Suruhanjaya DiRaja mengundurkan diri, ketiga-tiga ahli panel tersebut tidak setuju dengan alasan yang diberi.

Puan Sri Zaiton mengakui bahawa beliau terlibat dalam dakwaan kes Anwar Ibrahim dan menegaskan bahawa beliau akan mengundurkan diri sekiranya mendapati beliau tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Tan Sri Steve Shim mengambil pendirian yang sama.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Haidar kata bahawa tiada alasan munasabah untuk mengundurkan dirinya.

UMNO ADA TUHAN BARU

UMNO ADA TUHAN BARU

Aku cukup tertarik dengan kenyataan Shahrizat Jalil yang merujuk tentang "Tarikh pilihanraya." Menurut beliau

“Pilihan raya tak lama lagi saya rasa. Bila-bila pun pilihan raya diadakan, nasib kita sendiri pun tak tahu. Hanya Allah dan Presiden (UMNO) yang menentukan." Utusan Malaysia 14/1/2008

Emmm.... hebat Abdullah Badawi sudah sampai tahap untuk menentukan pilihanraya dan bukan hanya merancang lagi. Maka tidak hairan lah kalau mereka sanggup sujud dikaki Perdana Menteri kerana menyangka bahawa Perdana Menteri itu Tuhan mampu untuk mengujudkan sesuatu perkara yang akan datang.

Untuk menyamakan Perdana Menteri dan Allah swt adalah satu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan. Aku tidak mahu meletakkan sebarang hukum kerana bimbang implikasi nya lebih berat tetapi mungkin kerana lebih keduniaan atau tidak percaya dengan kuasa Allah swt maka seorang Menteri sanggup menyatakan sedemikian rupa.

Menyedihkan kerana rata rata makhluk di dalam UMNO sudah terpesong akidah mereka dan akibatnya sesiapa pun yang dilantik menjadi Presiden atau pemimpin UMNO akan dianggap sedemikian rupa oleh pengikutnya. UMNO sudah menjadi satu agama yang sudah nazak serongnya dan sudah rosak terpesongnya manakala pemimpin nya dilihat seperti berketurunan WALI dan kalau lama memerintah boleh menaikkan mereka kepada taraf NABI dan kemudian TUHAN. Merujuk apa yang aku pelajari, ianya sudah menjadi ILMU atau AJARAN sesat.

Agama sekadar topeng buat pemimpin UMNO, sedangkan mereka tidak percaya ujudnya Tuhan. Rezeki, masa depan, ketentuan dan sakit senang ditangan Perdana Menteri. Namun jangan keliru kerana apabila bercampur gaul dengan rakyat, mereka umpama lebih alim dari wali dan lebih jujur dari nabi. Begitu lah hebatnya ahli politik UMNO. Berapa banyak lembu boleh dikorbankan dan berapa banyak masjid boleh didirikan, semuanya mereka mampu lakukan kerana UMNO lah agamaku, Perdana Menteri adalah Tuhanku.

Untuk mencapai hasrat sebagai pemimpin negara, mereka sanggup dirikan masjid yang besar dan indah. Memperbandingkan antara diri dan orang lain. Perbelanjaannya juga berjuta juta dan sehingga mencecah berbilion. Semata mata untuk menyatakan mereka itu Islam dan memimpin sebuah negara Islam. Bila rakyat bertanya tentang status negara, mereka jadi ketakutan. Tidak berani mengislam kan Malaysia kerana rakyatnya berbilang kaum. Semua kaum kononnya perlu dijaga dan mengislamkan Malaysia akan menghilangkan sokongan kepada mereka. Bila mereka berkunjung ke luar negara, pemimpin mendabik dada memberitahu dunia bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang berjaya.

Sedangkan ianya indah kabar dari rupa. Didalam negara berantakan tidak berkesudahan. Maksiat merata rata, jenayah bermaharaja lela, rasuah sampai dah tak terkata, anak haram lahir disini sana, sumbang mahram boleh terjadi bila bila dan menterinya pula tidak lari dari berbuat perkara haram secara senyap atau terang terangan.

Aku tidak mahu menyalahkan BN kerana BN di huni oleh makhluk yang bercampur baur. Islam dan kafir memperjuangkan kefahaman politik mereka. Ianya sebuah tiket politik yang tidak mengira agama dan kepercayaan tetapi UMNO adalah sepatutnya sebuah parti bangsa Melayu yang memperjuangkan bangsa dan agama. Seharusnya ia menjadi satu payung untuk bangsa Melayu dan umat Islam untuk berteduh, bersama di dalam perjuangan kehidupan sekarang dan hala tuju mereka pada masa akan datang. Malangnya mereka lebih pentingkan soal politik dan tidak memperjuangkan soal agama kecuali membina masjid yang mahal dan berharga hanya kerana untuk mendapatkan dana untuk poket sendiri, kroni atau pun parti untuk hadapi pilihanraya. Mungkin pengertian mereka, ianya KOMISYEN yang halal.

Maka tidak hairan lah kalau anak anak pemimpin UMNO kebanyakan nya lari dari lorong asal tujuan. Menyertai Sister in Islam yang ternyata menjadi gabungan gerombolan Islam moden yang mementingkan soal hak asasi tanpa mengambil kira tentang rukun dan undang undang Islam.

Aku tertanya tanya kenapa lah pemimpin negara sudah dipesongkan sedemikian rupa. Kalau benar lah ISLAM HADHARI itu satu cara hidup Islam yang moden, perlukan mereka lari dari landasan sebenar. Malah dengan berani imam Islam Hadhari terus berubah watak apabila berada di majlis yang berbeza.

Untung hidup di dunia moden kerana semuanya boleh dirakam, malangnya pula, di dalam usaha mendedahkan semua kedurjanaan pemimpin, ramai sudah yang terlalu moden untuk menerima yang HARAM boleh berubah menjadi HALAL. Pemimpin yang menyentuh wanita bukan muhrim adalah kesalahan visual yang kita nampak. Berharap agar ia menjadi satu petunjuk kepada rakyat tentang taraf seorang pemimpin itu, tetapi ianya disangka sebagai satu helah musuh politik untuk menjatuhkan pemimpin itu. Kerana butanya mata rakyat jelata maka, ianya tidak menjadi isu besar. Asalkan pemimpin itu mengaku dia itu Islam dan Melayu dan penyokongnya akan terus menyokong. Bukan kah ianya satu tabiat pelik masyarakat Islam sekarang?

Mungkin sudah menjadi syaratnya. Kalau mahu menjadi Perdana Menteri atau pemimpin di dalam negara Malaysia adalah kewajiban untuk menuruti semua sistem yang dilakar indah oleh British sejak dahulu. Sukar benar untuk berubah. Realitinya British sudah tiada tetapi undang undang mereka yang kita masih guna. Bukan tiada otak, bukan tidak bijak tetapi mungkin ada ikatan atau perjanjian yang termatri di belakang, tanpa pengetahuan rakyat jelata.

Kalau mahu jadi Perdana Menteri mesti sikapnya seperti ini dan kepercayaannya seperti ini. Maka apa yang berlaku, setiap pemimpin menaiki takhta, sikapnya serupa, cara nya sama dan keislamannya pun tidak jauh berbeza. Masih mengekalkan, yang HARAM itu adalah sesuatu yang dilakukan oleh seteru dan setiap yang dilakukan oleh UMNO itu semuanya HALAL HALAL belaka.

Akhirnya kita berbalah untuk bercerita tentang bagaimana untuk menhadi seorang Islam. Ajaran berbeza, contoh kepimpinan tidak serupa. Lantas yang condong kepada politik UMNO akan menegakkan benang basah untuk menyatakan pemimpin itu betul sedangkan yang sebelah pihak lagi terus menyatakan ianya HARAM dan tidak boleh dilakukan. Kalau HARAM kenapa PEMIMPIN lakukan? Maka akhirnya yang HARAM itu akan menjadi budaya kerana pemimpin tidak malu untuk melakukannya dan rakyat pun sudah tidak mahu menjadi kolot seperti Islam.
Untuk menjadi modern semuanya perlu berhibur, percampuran tiada batasan dan Islamnya sedikit longgar.

Aku sendiri dan muak untuk bercerita tentang semua ini kerana semakin hari semakin jelas kemunafikan pemimpin UMNO dan Kerajaan. Yang menyedihkan, ramai nya bangsa melayu dan Islam yang tidak mampu membezakan sebuah kepimpinan itu. Terikut ikut dan terdorong untuk menyokong. Adakah ini cabaran diakhir zaman atau aku yang tidak waras untuk berfikir?

Setiap hari bertemu dengan bermacam macam manusia yang mempunyai pendirian mereka masing masing. Sejuk hati bila ada yang bersetuju dan rasa terbakar bila mendengar celoteh mereka yang tidak mempunyai cukup info untuk berkata tetapi di dalam masa yang sama degil, keras kepala dan tidak mahu mendengar kata. Mungkin kerana itu lah UMNO masih terus ada sehingga sekarang. Makin hari makin rosak, penyokongnya pula makin hari makin buta dan pekak.

Kalau aku tidak benar mungkin Shahrizat Jalil yang betul kerana menyatakan hanya Tuhan dan Presiden UMNO yang mampu menentukan.

HAIDAR YANG MEMUSYKILKAN

Peguam Mohon Tiga Anggota Suruhanjaya Tarik Diri

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Prosiding siasatan klip video Lingam bermula hari ini dengan seorang peguam memohon supaya tiga anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja itu menarik diri daripada mendengar dan menyiasat kes itu.

M.Puravelan, yang mewakili tiga saksi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata tiga anggota itu -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohamed Nor, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong dan Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh -- patut melucutkan kelayakan mereka kerana mereka mempunyai hubungan sama ada dengan kes itu atau dengan beberapa orang saksinya.

Puravelan berkata Haidar merupakan pemegang amanah Yayasan Perdana yang mana dua orang saksi -- bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan -- adalah juga pemegang amanah.


Beliau berkata bekas hakim besar Malaya itu juga merupakan seorang daripada hakim Mahkamah Rayuan yang mengendalikan satu kes di mana beberapa pihak dalam kes itu diminta menyerahkan sekeping gambar Datuk V.K.Lingam bersama dengan bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin ketika bercuti sebagai satu bahan bukti.

Beliau berkata nama Shim disebut di dalam klip video itu sementara Zaitun, yang telah bersara sebagai peguamcara negara, mengendalikan saman sivil antara Dr Mahathir dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau merupakan peguam kanan persekutuan.

Siasatan suruhanjaya itu yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula pada pukul 10.05 pagi dengan semua pihak yang terlibat dan peguam yang mewakili mereka, diperkenalkan.

Peguam V.K. Lingam diwakili oleh R. Thayalan, Vincent Tan diwakili N. Ravikumar, sementara Anwar, naib presiden PKR R. Sivarasa dan penyelaras PKR Sim Tze Tzin diwakili oleh M. Puravelan dan tiga lagi peguam.

Bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim diwakili oleh Salehudin Saidin dan dua peguam, seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah diwakili oleh Khoo Huan Huat dan ahli perniagaan Loh Mui Fah diwakili oleh Americk Singh Sidhu.

Badan Peguam Malaysia diwakili oleh Robert Lazar, Yeo Yang Poh, Christopher Leong, Ranjit Singh dan Razlan Abdul sementara tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) -- Aliran, Hakam dan Suaram -- diwakili oleh Azahar Haron dan tiga lagi peguam.

Dua lagi anggota suruhanjaya diraja itu adalah bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mahadev Shankar dan pesuruhjaya Suhakam Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan untuk menyiasat antara lain kesahihan rakaman klip video itu, mengenalpasti identiti individu di dalam klip video itu, menentukan kebenaran kandungan perbualan di dalam klip video berkenaan, memastikan sama ada wujud salah laku oleh mereka yang dikenalpasti dan yang disebut di dalam klip video itu dan mengesyorkan tindakan yang patut dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

No2umnO - Maka tidak hairan lah kalau VK LINGAM dan ADNAN tiba tiba jadi berani dan sanggup dibicarakan. Suruhanjaya pun tak boleh dipercaya.

A disgraceful leadership

skthew

Malaysia is in crisis mode.

Five-year-old Sharlinie Mohd Nashar went missing. Tenggaroh assemlyman S. Krishnasamy was assassinated.

On the two separate incidents, Prime Minister cum Internal Security Minister Abdullah Ahmad Badawi made separate pleas.

"The abductor must repent amidst the public outrage and return Sharlinie to her parents," he said when asked by reporters on his personal appeal over the disappearance of the girl since Wednesday.

Next, he expressed shock over the murder of the assemblyman.

"I am shocked and saddened by the killing of Datuk Krishnasamy. This is a cruel and despicable act," he told Bernama.

Before that, Pak Lah’s dazed "What’s going on? Why is it so high?" reaction to the latest crime index, where blogger Rocky Bru’s calls upon Pak Lah to give up the Internal Security Ministry portfolio or it might endanger Malaysia’s public safety level in wake of rising crime rate.

Having said all these, The Star today reports that the PM went to Madrid to explain how Malaysia was able to bridge the religious and racial gaps among its people?

What a disgraceful leadership, if you ask me what’s the best sentence to describe the current situation in Malaysia.

KHAIRY RASUAH PENGUNDI (2)

http://asiaforvisitors.com/malaysia/general/money/rm100front.jpg

RM 100 untuk satu pegundi di Rembau (Part 2)
antikhairy

Di dalam posting yang pertama, ada beberapa orang pembaca yang mempersoalkan tentang jumlah RM 100 bagi setiap pegundi di Rembau. Kata mereka jumlah tersebut terlalu rendah. Walaubagaimanapun itulah hakikatnya. Memang pegundi di Malaysia tertutamanya orang-orang Melayu murah harganya.

Kalau dahulu hanya dengan memberikan RM 50 dan sehelai kain batik sudah cukup untuk memenangkan Barisan Nasional. Sebab itu sekarang ini jumlah wang telah dinaikkan kepada RM 100 bersesuaian dengan kenaikkan harga barang yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.

Katakanlah penduduk Rembau adalah 40 000 orang. Daripada 40 000, cuma 20 000 yang boleh mengundi. RM 100 x 20 000 = RM 2 000 000. Ertinya, untuk membeli pegundi sahaja, RM 2 juta diperlukan. Itu belum lagi dicampur dengan kos untuk membeli ketua-ketua kampung, kos poster, kos untuk membawa penyokong pada hari penamaan calon dan lain-lain lagi.

Anak Jati Rembau

SAMSENG UMNO CUBA GANGGU KEADILAN

Keadaan bertukar tegang dengan berlakunya pertengkaran diantara penduduk yang bersama-sama KeADILan dan kumpulan Umno terbabit.
Ribuan sertai program KeADILan di Selayang, BN bakal terkubur.
KeADILan

Ahli KeADILan Ditampar Penyokong Umno

Jam menunjukkan 8.30 malam dan di premis ceramah, hadirin mula membanjiri kawasan sekitar sehingga lalulintas terhenti buat seketika. Hadirin seramai 300 orang bersesak-sesak untuk menemui bakal Perdana Menteri Malaysia itu sehingga mendorong cemburu segelintir ahli Umno.

Keadaan bertukar tegang dengan berlakunya pertengkaran diantara penduduk yang bersama-sama KeADILan dan kumpulan Umno terbabit. Seorang ahli KeADILan dari Selayang ditampar namun ia berjaya diselesaikan dengan baik oleh penganjur ceramah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Bendahari William Leong. Ucapan informasi dari peguam korporat itu menasihatkan penduduk Ulu Kepong untuk peka kepada isu-isu semasa dan tidak memandang remeh rasuah yang berlaku di negara kita.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Gobalakrishnan pula memberi penerangan mengenai isu Hindraf yang diputar media media serta perkembangan terabru lima pmimpin Hindraf yang dikurung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Disusuli dengan ucapan dari Ketua Penerangan Tian Chua, kelihatan pihak polis mula memenuhi ruang-ruang diantara hadirin.

Beliau membidas kenaikan harga barangan rumah, petrol dan tol yang semakin menyesakkan poket rakyat. Dengan negara diasak pengganguran dan salahguna kusa, jenayah semakin mengganas dan terus meningkat. |more...|

LAGI LAGI .... POLIS

BPR Tahan Seorang Pegawai Polis Disyaki Terima Rasuah

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang Cif Inspektor polis yang disyaki menerima rasuah berikutan satu aduan, Jumaat lalu.

Ketua Penolong Pengarah BPR Taiping, Penolong Pesuruhjaya Zainul Darus dalam satu kenyataan berkata pegawai polis itu ditangkap kerana didakwa meminta wang suapan sebanyak RM14,000 daripada seorang pengadu, untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya, kerana menjalankan perniagaan judi ekor tanpa lesen.

Pegawai polis berusia 33 tahun itu, dari Ibu pejabat Daerah Polis Taiping, didakwa bersetuju menerima RM7,000 selepas satu perbincangan dengan pengadu, katanya.

Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000, menurut kenyataan itu yang dikeluarkan Ibu Pejabat BPR Putrajaya.

Pegawai polis berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

BPR mengulangi gesaan supaya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan rasuah supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6000 atau mana-mana pejabat BPR berhampiran.

BAKAL ADA YANG TERANIAYA

Lima mangsa ‘lawat’ bangunan kosong
Metro

KUALA LUMPUR: Tidak seorang pun daripada lima kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa dalam kes culik dan cabul di ibu negara sebelum ini, mengecam sebuah bangunan kosong di Jalan Tun Razak di sini, sama ada ia pernah menjadi tempat mereka disembunyikan.

Semua kanak-kanak terbabit tampil sebagai saksi selepas polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada September tahun lalu.

Lelaki itu yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan berkenaan, ditahan jam 10 pagi semalam selepas polis menerima maklumat yang mengatakan wajahnya seiras dengan lakaran wajah fotofit yang diedarkan sebelum ini.

Polis memanggil semua kanak-kanak yang pernah dikaitkan dengan kes penculikan dan cabul sebelum ini sebagai saksi dan dibawa ke bangunan kosong terbabit untuk membuat pengecaman.

Lima kanak-kanak berkenaan yang diiringi ahli keluarga dan anggota polis memasuki kawasan bangunan kosong itu jam 3.40 petang sebelum keluar 10 minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata semua kanak-kanak perempuan terbabit dibawa untuk membuat pengecaman ke kawasan berkenaan selepas penahan seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan di bangunan kosong dua tingkat itu.

“Proses pengecaman ini prosedur siasatan biasa yang dilakukan polis dan mereka (kanak-kanak ini) dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan.

“Namun, semua mereka tidak dapat mengecam tempat itu dan polis akan meneruskan siasatan lanjut,” katanya.


No2umnO - Sudah diberitahu. Bila dibuat sahaja lakaran, sudah pasti ada yang terkena. Entah betul atau tidak, sudah pasti yang ditangkap di dera secukup cukupnya. Bila bukti sudah tiada.....lepas lah mereka. Cerita yang sama ketika pembunuhan Nurin dahulu. Sudah ditangkap akhirnya dilepaskan. Sampai sekarang, pembunuh sebenar tidak ditangkap. Waspada lah mereka yang wajahnya seiras. Hebat.......

CCTV PROJEK PEMBAZIRAN


Arah henti operasi CCTV
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
hmetro.com.my

MELAKA: Perkhidmatan sebuah syarikat penyelenggara kemudahan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bandar raya ini akan dihentikan serta-merta kerana gagal memastikan peralatan berkenaan berfungsi dengan baik sekali gus bakal mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau kecewa kegagalan syarikat berkenaan menyelia 20 CCTV yang dipasang di beberapa kawasan di bandar raya ini sejak 2004

‘Saya dukacita kerana hanya enam CCTV berfungsi, manakala 14 lagi rosak dan tidak diperbaiki. Jika berlaku apa-apa masalah jenayah, sudah tentu CCTV ini tidak dapat digunakan untuk membantu polis mengesan dan menangkap penjenayah.

“Saya minta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis untuk memastikan setiap CCTV berfungsi. Jika syarikat terbabit tidak menjalankan kerja penyelenggaran CCTV, pihak berkenaan perlu melaporkan segera kepada MBMB dan Ketua Menteri untuk tindakan,” katanya.

Mohd Ali berkata, jika ada aduan, beliau akan membawa isu berkenaan pada mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (Exco) dan akan mengeluarkan arahan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan mengatasi masalah itu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan masalah keselamatan penduduk khasnya dan pelawat di negeri ini.

“Kita akan batalkan kontrak Syarikat PPK Technology Sdn Bhd dan dalam masa tiga hari, kita akan keluarkan tender baru untuk penyelenggaraan 20 CCTV ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan mengejut ke Pusat Kawalan CCTV di Balai Polis Melaka Tengah, kira-kira jam 10 pagi semalam, selepas berjoging.

Hadir sama pada lawatan itu adalah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Johari Yahya dan Pengerusi Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir, Chock Choon Sin.

Mohd Ali yang juga Ketua Keselamatan Negeri berkata, beliau tidak berpuas hati kualiti paparan gambar CCTV yang dipasang kerana ia tidak jelas.

Beliau sebelum itu diberi penerangan oleh Johari dan anggota bertugas di bilik kawalan dan mendapati CCTV di Melaka Central mampu memfokus gambar plat bas yang statik dengan jelas tetapi bukan gambar orang.

“Apabila tender baru dibuka, saya akan melihat dan mengenal pasti syarikat yang benar-benar layak membekal dan menyelenggara CCTV,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merancang memasang 29 CCTV tambahan di beberapa lokasi di bandar raya dan permohonan sudah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, CCTV tambahan ini akan meningkatkan lagi tahap keberkesanan polis di negeri ini khasnya membenteras pelbagai jenayah.

Difahamkan, 20 CCTV yang dipasang ketika ini dikendalikan oleh lima anggota termasuk pegawai polis di bilik Kawalan IPPD, Melaka Tengah.

No2umnO - Projek angat angat TAHI AYAM. Itu lah yang boleh dikatakan tentang pemasangan kamera. Bila ada kes jenayah, idea memasang kamera adalah satu idea yang sering digunakan oleh pemimpin. Yang membekalnya sudah SAH dapat untung kemudian menyelenggaranya pun untung juga. Bila sudah ada, tidak berfungsi. Wang terus dibazir, tanpa kawalan yang betul. Kalau dah niat pun sudah tak betul, masakan dapat faedahnya. Ini lah yang bakal berlaku kepada projek pemasangan kamera yang baru diluluskan oleh kabinet. Ambil kesempatan diatas kehilangan adik Sharlinie. Berjuta juta wang dibazirkan, tapi akhirnya rugi yang ada, manafaatnya tiada.

Artis Realiti Hadhari


Faizal tanggal pakaian
Harian Metro

PETALING JAYA: Naib juara pertandingan realiti TV One In A Million (OIAM), Faizal Tahir sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama di sini, malam tadi.

Pada persembahan itu, Faizal menyampaikan dua lagu daripada bingkisan album sulungnya berjudul Batu dan Golek serta Kerna Kamu dengan penuh perasaan.

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton.

Bintang OIAM musim pertama yang digelar ‘Superman Malaysia’ itu melakukan perbuatan berkenaan di hadapan lebih 8,000 penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung yang disiarkan menerusi saluran 8TV. |more...|

RAFIDAH KENA NALLA?


Konspirasi Nalla - Rafidah?
matsamankati.

Hujung minggu lalu, aku betui-betui sebok dengan macam-macam kerja. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Tapi macam mana sebok pun, rupanya ada orang lagi sebok.

Semalam, sehari suntuk aku berada diIpoh. Pukul 2 petang ada member telefon aku, Datuk Nalla ada diSauk.Ha? Buat apa Nalla pi Sauk? "Hang check betui-betui" aku bagi tau kat member tadi. "Sungguh! kereta Merc dia ada kat Pondok Polis Sauk, kalau hang tak percaya, mai balik la ni!" member aku bagi tau.

Aku tak boleh balik selagi majlis belum selesai dan hanya sampai diSauk pukul 8.30 malam. Terus ke Pondok Polis Sauk, dan memang betui ada!. Aku pun tanya kat L/Kpl yang ada kat situ. Dia pun bagi tau, Datuk Nalla datang dengan 4 orang yang lain dalam kereta dia. 3 India, satu Melayu. Ada lagi satu kereta ikut dia tapi tak simpan kerata depa kat balai.

"Depa pi mana?" aku tanya.
"Chalet Tan Sri!" jawab polis tu.
"Bila depa mai?" aku tanya lagi.
"Petang semalam. Hang sebok pasai apa?" polis tu tanya aku balik.


Aku ingat, ni mesti ada sesuatu.Chalet Tan Sri atau Sinaran Bayu ialah resort peribadi Tan Sri Razali Ismail, bekas Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Resort ni terletak ditepi Tasik Chenderoh dan cuma boleh pi kalau ada bot. Tasik Chenderoh dikongsi oleh Parlimen Padang Rengas dan Lenggong dan resort Sinaran Bayu terletak dalam kawasan Padang Rengas, dua kilometer dari pekan Sauk.

Aku pun pi kat jeti Kg. Changkat Duku, dan memang ada banyak kereta kat situ. Tapi tak dak orang. (Hujung minggu memang ramai orang datang keTasik Chenderoh sebab kat situ ada 3 resort, Sinaran Bayu, Tanjung Harapan dan Suka-Suka Resort).

Aku pun relax kat jeti, kot-kot ada orang datang. Tak lama lepas tu, aku nampak ada bot nelayan baru balik dari memukat. Tengok-tengok member jugak, Nam Tujuh.(Nama dia Aznam, jari dia ada tujuh, tiga putus kena enjin bot). Belum sempat aku tanya, dia tanya aku dulu.

" Oi Mat, hang pun nak join Hindraf kat chalet Tan Sri ka?" (Kat sini, kalau sebut Sinaran Bayu, ramai orang tak tau, tapi kalau sebut chalet Tan Sri, semua tau)

" Ramai ka"

"Tak la ramai, tapi Melayu pun banyak."

"Hang kenai ka depa semua?

"Yang Hindraf tu aku tak kenai, tapi yang Melayu tu aku kenai 2 orang. Orang Umno Kuala."

"Ha?!?! Datuk Nalla jumpa orang UMNO Kuala? (Kat sini orang sebut Kuala Kangsar tu, Kuala saja)


Pasai apa Datuk Nalla jumpa orang Umno Kuala Kangsar? Bos Umno Kuala Kangsar ialah Rafidah Aziz. Datuk Nalla merupakan bekas member Anwar.

Baru-baru ini, Anwar ada kata dia nak bertanding diKuala Kangsar. Apakah Rafidah begitu cemas, sehinggakan meminta pertolongan Datuk Nalla? Dan apakah Datuk Nalla sedang merencanakan sesuatu untuk membantu Rafidah dengan membongkar rahsia Anwar?

Pagi tadi, lepas hantar anak kesekolah, aku pun pi balik keSauk. Tengok tengok dah tak dak. Aku tanya kat polis semalam.

"Depa balik tengah malam tadi"

Rasuah terus menular kalangan pimpinan


dipetik: n32.blogspot.com

|...| Siapakah ahli politik Terengganu itu? Mengapakah sehingga kini hampir satu bulan setengah, ahli politik itu belum lagi didakwa di mahkamah?

Ternyata ahli politik itu bukan dari PAS (yang mempunyai 4 orang ADUN di Terengganu) kerana yang memerintah Terengganu sekarang adalah Umno/BN bukannya PAS. Lalu berdasarkan beberapa maklumat yang saya terima saya cuba membuat andaian seperti berikut:

1. Ahli politik kanan itu adalah seorang ahli EXCO kerajaan negeri
Kerana apa seorang ADUN biasa atau ahli Parlimen tidak boleh diperingkat beliau meluluskans atu projek pembangunan sebagaimana didakwa.

2. Ahli EXCO Umno itu pasti seorang kontraktor
Saya dimaklumkan memang terdapat seorang ahli EXCO yang sebelum ini memiliki syarikat kontraktor kelas A. Oleh itu beliau telah menyalurkan projek pembangunan yang beliau memiliki kuasa kerana memegang portfolio kerjaraya, kepada syarikatnya sendiri (atau yang beliau ada kepentingan).

Siapakah ahli EXCO Umno itu? Adakah BPR sengaja mahu memendamkan kes ini sehingga selesai pilihan raya agar tidak menggugat peluang Umno di Terengganu? Atau BPR seolah terkekang kerana ahli EXCO berkenaan mempunyai pertalian yang kuat dengan Putrajaya?

Saya sebagaimana pemberi-pemberi maklumat di atas tidak suka memain teka-teki politik seumpama ini. Maka adalah lebih baik bagi BPR agar segera memaklumkan darihal perkembangan kes ini agar apabila terbongkar dan sampai kepengetahuan umum, BPR sendiri tidak akan diganggu oleh mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.

Apa pun takkanlah Negeri Islam Hadhari Terengganu Bestari melahirkan seorang pemimpin yang kotor dengan rasuah? MB Terengganu perlu tampil ke hadapan dan membuang pemimpin yang seumpama itu, tak kiralah samada beliau rapat dengan siapa pun atau MB tak berani? |more...|

APA .... BN MENANG DI KELANTAN?

naningku

HENDAK BERNUJUM BERNUJUMLAH, TAPI PILIHANRAYA MESTI SEGERA DIADAKAN JUGA
Nampaknya Pak Lah susah nak membuat keputusan. Sampai sekarang pilihanraya belum pasti apakah benar akan diadakan dalam tempuh yang singkat atau beliau akan menangguhkannya lagi kerana maklumat yang beliau beroleh barangkali bukan yang menyenangkan.

Kelantan kelihatan masih akan kekal diperintah Pas, manakala di Trengganu Pak Lah dan menantunya, Khairy Jamaluddin, semakin tidak disenangi ramai.

Meskipun BN telah banyak berusaha untuk menentukan kemenangan di Kelantan pada pilihanraya ini, masalah kenaikan harga barangan dan isu-isu yang berkaitan keluarga Pak Lah, justeru, membawa kepada penolakan konsep Islam Hadari dan menguntung Pas.

Ianya bermakna Kelantan kelihatan akan terus kekal dikuasai Pas dan di Trengganu Pas nampaknya akan dapat menambah bilangan wakilnya dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Masalah utama di Kelantan tersimpul pada inflasi yang melampau dan penolakan atau resentment rakyat, seperti juga di Trengganu. Jelas sekali Khairy Jamaluddin telah berjaya menjadikan dirinya notorious bagai Si Kitul.

BN, yang telah membuat persediaan besar untuk mengambilalih Kelantan, sudah mulai kurang bernafsu untuk bertarung habis-habisan.

BN Kelantan telah menerokai pembangunan asas untuk mencapai lonjakan sekiranya kuasa bertukar tangan dan minyak luarpantai Kelantan mula mengalir. Gua Musang, Jeli dan Kok Lanas pun sudah bertukar wajah dan telah bersedia untuk maju sebagai perbandaran moden.

Malangnya, sentimen kedaerahan di Kelantan masih tebal dan kerana langkah Pak Lah dipandang kesongsangan dengan nilai-nilai Islam tradisional, dan memihak Singapura pula, maka peluang BN beroleh Kelantan semula akan memerlukan semangat dan tenaga juang yang lebih gigih dan kental.

Pas, kebetulan, mempunyai majority hanya satu, bagai tongkat sakti yang semakin hari semakin mereput. Namun, sentimen adalah segala-galanya dalam pertarungan politik yang demokratik dan sentimen di Kelantan, adalah lebih mujarab daripada pembangunan untuk menentukan sikap rakyatnya.

Apa Pak Lah harus buat?

Beliau tidak harus melengah-lengahkan pilihanraya yang dinanti-nantikan. Sama ada BN boleh mempertahankan prestasinya pada tahun 2004 atau tidak bukan perkara penting.

Yang penting adalah kredibiliti beliau sebagai pemimpin akan meleset macam belon bocor jika pilihanraya ini beliau tidak isytiharkan segera. Belum pernah seseorang pemimpin dan anggota keluarganya dibenci seperti ini dan kebencian itu sudah tetap menjadi-jadi dalam kegawatan yang semakin menghampiri.

Mau tak mau, kerana sudah terjerat dalam perkembangan ekonomi yang pasti memburuk, beliau terpaksa isytiharkan pilihanraya secepat mungkin.

Selain itu, jentera pilihanraya Umno dan BN sudahpun merengut. Pilihanraya yang dijadualkan berlaku tahun lalu sudah jauh lewat dan banyak tenaga telah kehanyutan.

Lebih berat adalah kepercayaan anggota parti bahawa Kelantan sudah boleh dimenangi kalau pilihanraya berlaku menurut jadual pada tahun lalu, yakni sedang harga barangan belum melambung sampai sebegini perit-padahnya.

Harga barangan akan jauh memburuk tidak lama lagi. Harga minyak pada pam mungkin mencecah RM2.60 seliter atau lebih. Malahan, permasalahan itu sudah tetap akan dirumitkan lagi dengan krisis barang makanan pula, bermakna harga barangan esensiil akan menekan rakyat.

Ertinya, Pak Lah tidak ada pilihan. Menunggu sehingga tahun depan akan menyulitkan lagi kedudukan BN yang sekarang telah pun rasa tertekan pada kawasan-kawasan tertentu di beberapa buah negeri pantai barat semenanjung, khusus di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kini harga getah dan kelapa sawit sedang meninggi dan pendapatan penerokanya yang lumayan, justeru, melegakan perasaan sebilangan pengundi.

Dengan kenaikan harga minyak dan penurunan kadar pembangunan Republik Rakyat Cina dan India yang sudah tentu menjadi sedang Amerika dan Eropah menanti kemelesetan ekonomi, maka tidak syak inilah masa terbaik untuk Pak Lah menjemput pilihanraya.

Jika beliau terus melengah-lengahkan keputusan, nescaya semakin beratlah jadinya keadaan dan sentimen yang merugikan BN.

Kalaulah Amerika dan sekutunya menyerang Iran seperti yang kelihatan mungkin berlaku, kegawatan ekonomi yang akan ditempah adalah kehampiran kiamat.

Harga minyak mungkin sekali melebehi USD 200 satu tong. Harga barang-barang pembinaan dan makanan serta ubat-ubatan akan kelambungan ke langit ke tujuh!

Kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah tetap flat, macam tayar kereta pamcat empat-empat sekali. Flat!

Itulah risiko yang Pak Lah hadapi dan perlu memutuskannya sekarang. ----a. ghani ismail ----14 Jan. 2008

DAP MIMPI, KENG YAIK MENGIGAU


DAP Bermimpi Mahu Rampas Tiga Kerusi Gerakan Di Perak, Kata Keng Yaik

AYER TAWAR, 14 Jan (Bernama) -- Penasihat parti Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik berkata hasrat DAP untuk merampas tiga kerusi Parlimen di Perak yang kini diwakili Gerakan adalah sekadar satu mimpi.

"DAP mewarkan-warkan untuk merampas Teluk Intan, Beruas serta Taiping. Saya ingat dia boleh mimpi.

"Tanpa kerja dan tanpa organisasi mereka kata mahu merampas (kawasan Gerakan). Apa, dengan kata-kata sahaja boleh menang?" katanya kepada pemberita di sini malam tadi selepas menyerahkan surat kelulusan peruntukan RM1.2 juta daripada Kementerian Pelajaran sebagai kos membina bangunan tambahan SRJK (Tamil) Ayer Tawar dan menyampaikan bantuan pelajaran kepada 171 pelajar India di kawasan Parlimen Beruas yang diwakilinya.

Lim berkata berkata langkah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersetuju meletakkan calon di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang adalah untuk menipu pengundi di negeri itu.

"Ini tidak menunjukkan DAP secara langsung tidak bekerja dengan PAS," katanya.

Rabu lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata bahawa hasil perbincangan antara DAP dan PKR, mereka bersetuju bagi DAP bertanding di tujuh daripada 13 kawasan Parlimen dan 19 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang manakala pembahagian kerusi selebihnya akan dibincangkan antara PKR dan PAS.

JKKK musnahkan harta kerajaan


Ditulis oleh SM Noor
Buletinonline

Marang, 13 Jan – Tindakan gelojoh dan tanpa kira bicara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Perpat, DUN Pengkalan Berangan, Marang telah memusnahkan paip pengairan Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat. Akibat dari tindakan itu, JKKK Bukit Perpat telah memusnahkan harta kerajaan yang diagihkan sebagai subsidi kepada kelompok penanam betik oleh Jabatan Pertanian. Paip pengairan bagi menyiram pokok betik telah musnah semasa aktiviti pembajakan yang dilakukan oleh JKKK Bukit Perpat.

Ketua Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat, Abdul Razak Abdullah(Pak Jak), memberitahu Buletinonline bahawa JKKK telah masuk kedalam kawasan tersebut dan melakukan pembajakan tanpa membuat pemberitahuan kepada pihak beliau.

Pak Jak hanya mendengar khabar bahawa JKKK Bukit Perpat berhasrat untuk menanam jagung di kawasan tersebut, namun tidak ada surat ‘hitam putih’ dari pihak JKKK memaklumkan hasrat mereka kepada beliau.

“Mereka tak beritahu apa-apa, saya hanya tahu apabila pergi ke kebun, sudah siap dibajak dengan bajak piring,”

“Habis paip dimana mereka membajak, hancur semuanya.” Kata Pak Jak dengan nada kesal.

Pak Jak kesal kerana sebenarnya sebahagian ahli-ahli Kelompok itu juga adalah terdiri daripada ahli-ahli JKKK. Tanah yang dibajak itu juga adalah bekas tanah yang telah mereka usahakan dengan tanaman betik.

“Mereka tahu ada paip disitu, tapi mereka lanyak juga. Tak tahulah apa niat sebenar mereka berbuat demikian” keluh Pak Jak.

Kelompok Penanaman Betik Bukit Perepat telah menjalankan usaha pertanian sejak 22 tahun yang lalu. Tanah seluas hampir 100 ekar tersebut berhampiran dengan kilang-kilang papan dan telah digazetkan sebagai Tapak Perindustrian Ajil. Pada tahun 1986, Pak Jak dan rakan-rakanya seramai 40 orang telah memohon untuk mengusahakan tanah tersebut secara ‘sementara’.

The image “http://buletinonline.net/images/stories/bktperpat5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Jabatan Pertanian telah memberikan sokongan dan bantuan berupa input-input pertanian termasuk benih, baja dan sistem pengairan. Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat telah berjaya dan mengeluarkan sebanyak 5 tan betik ‘eksotika’ sebulan untuk pasaran tempatan. Ia adalah satu-satunya kawasan pengeluar betik eksotika yang terbesar di negeri Terengganu.
Akibat dari pemusnahan paip oleh JKKK tersebut, kerajaan telah mengalami kerugian sekitar RM 3000. Walaupun bagi sesetangah pihak, nilai itu adalah kecil, namun bagi Pak Jak, harta kerajaan adalah amanah rakyat yang wajib dipelihara keselamatannya.

Undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi dan Samy Vellu di Kepala Batas

Mohd Sabri Said
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 14 Jan (Hrkh) - Sah! masyarakat India di Parlimen Kepala Batas diketepikan apabila ratusan mereka bertekad tidak akan memberi undi pada Barisan Nasional (BN) lagi pada pilihanraya umum ke 12 nanti sebaliknya menyokong pembangkang yang dilihat menjagai keharmonian serta tidak bersikap kronisme.

Keazaman bertambah terserlah setelah 300 orang antara mereka bertindak drastik menyerahkan borang keahlian baru pada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang (KeADILan), Dato' Zahrin Hashim di Taman Bertam Indah semalam.

Fenomena itu benar-benar mengejutkan ramai pihak termasuk Umno yang mendapat sokongan penuh masyarakat India yang berjumlah 1,700 orang di parlimen itu manakala 1,100 orang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam.

Ketua Penaja KeADILan Taman Bertam Indah, Gunasegaran, 39, (Gambar kiri) berpendapat banyak lagi masyarakat India akan menjejaki langkah mereka menjelang pilihanraya umum kelak.

Jelasnya, kemelut masyarakat India bertambah parah apabila tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Ketua Bahagian MIC Kepala Batas sendiri, Dato' Sivanathan yang pandai berjanji tetapi tidak pernah melunaskannya.

"Kami rasa tertipu dengan setiap tutur katanya bila berbincang mengenai tahap golongan India yang bekerja dengan kerajaan. Masalahnya sekarang kenapa jadi begitu walhal isu itu kerap menjadi agenda penting dalam setiap pertemuan termasuk dengan Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, " ujarnya ketika ditanya kenapa meninggalkan MIC.

Ketua Pemuda Penaja KeADILan Cawangan Taman Bertam Indah, Anan, 26, (Gambar bawah) pula menyifatkan sampai sekarang MIC gagal tangani masalah tandas di Sekolah Jenis Kebangsaan Palalnidy Jalan Kedah, Kepala Batas.

Masalah tandas di sekolah berkenaan sungguh memalukan kerana murid-murid yang mahu membuang air kecil atau besar dibenarkan pulang ke rumah.

"Sungguh memalukan mana ada sekolah yang tandasnya tidak berfungsi sekian lama. Walaupun masalah tersebut diadukan melalui MIC namun tidak mendapat perhatian," jelasnya kecewa.

Jack 24 juga kecewa masalah kebajikan golongan miskin kaum India masih tidak diatasi dengan baik.

Ramai lagi golongan miskin terbiar dan bila diadukan lazimnya kepimpinan MIC sekadar berkata OK! kami akan buat.

"Selepas ini mana-mana individu yang masih berdendangkan lagu lama harus disingkirkan. Jangan simpan kepimpinan yang asyik pentingkan diri semata-mata, " katanya.

Semalam majlis penyerahan borang baru KeADILan itu cuba diganggu pihak keselamatan dengan alasan perhimpunan haram.

Majlis penerangan sempat berjalan hanya dua jam sahaja bermula lapan malam apabila terpaksa ditamatkan awal ekoran desakan polis kerana mendapat desakan pihak atasan.

Selain Dato' Zahrin, turut berucap ialah aktivis KeADILan, Kalai Vanar dan bekas calon Bertam, Mohamad Hashim.

Kelihatan hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua KeADILan Bahagian Kepala Batas, Zaini Awang, Setiausaha KeADILan Negeri, Malek Kasim, Ketua Wanita KeADILan Negeri, Puan Norhayati Jaafar dan Setiausaha PAS Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

Cina juga akan sertai KeADILan

Sementara itu dalam perkembangan yang berkaitan, Abdullah Badawi dijangka tercabar lagi apabila ura-ura mengatakan ramai ahli MCA dan Gerakan akan menyertai KeADILan.

Kemasukan itu didakwa kerana mereka tidak puas hati dengan pemerintahan BN yang sering menindas rakyat dengan menaikan harga barangan, penipuan dan bersikap mementingkan kroni.

Keadaan ini sekaligus memeningkan kepala kepimpinan BN bahagian itu terutamanya Umno kerana selama ini mereka berharap penuh pada sokongan orang Cina bagi mengimbangkan pengaruh DAP yang dikatakan cuba mencuri perhatian dengan mengadakan beberapa siri pertemuan.

Harakahdaily mendapat maklumat kali ini salah satu lagi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kepala Batas selepas Bertam akan menjadi saingan hebat kepada BN untuk mengantar wakil yang lebih berwibawa mengantikan Adun yang jarang turun padang meninjau permasalahan rakyat sebaliknya asyik bergaya dengan kemewahan miliknya.

Semalam sahaja peristiwa kemasukan beramai-ramai kaum India ke dalam KeADILan Bahagian Kepala Batas menjadi isu panas apabila pasukan polis cuba dijadikan perkakas oleh Umno untuk membatalkan majlis yang dihadiri Zahrin.

Majlis tersebut KeADILan menerima 300 ahli baru dan akan berterusan kerana ada yang resah dan bimbang akibat ugutan pihak tertentu. - mr

Anwar mengalukan keberanian Loh Mui Fah

Anwar akan hadiri sidangan Suruhanjaya DiRaja, mengalukan keberanian Loh Mui Fah

KeADILan

Kuala Lumpur, 13 Jan - Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa beliau akan hadir ke persidangan Suruhanjaya DiRaja esok untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan Suruhanjaya.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Loh Mui Fah yang dedahkan dirinya sebagai orang kedua dalam video VK Lingam.

“Saya memuji keberanian Loh Mui Fah di atas keputusannya untuk tampil ke hadapan dan mengesahkan identitinya sebagai individu kedua di dalam video VK Lingam. Kesanggupannya berbuat demikian di dalam suasana keselamatan yang tidak terjamin memerlukan keberanian” kata beliau.

Anwar juga menambah bahawa pengesahan Loh harusnya menutup sebarang keraguan terhadap kesahihan video ini, dan membolehkan Suruhanjaya DiRaja memberi tumpuan kepada isu-isu pokok yang ditimbulkan di dalam video tersebut.

Malaysian Indian dilemma 6 videoclips and Badawi is unconcerned

malayindians

MALAYSIAN INDIANS TIME-BOMB EXPLODES!!!!

The total unconcern attitude by the Malaysian government led by the Barisan Nasional coalition towards the Malaysian Indians is exploding to greater heights day by day. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's attitude towards the plight of Malaysian Indians seems to be a sort of unconcerning since nothing concrete and firm have been pipe lined. There has been no news about any concerted plans implemented or about to be implemented have been announced so far. The only thing that seems to have taken place is Datuk Seri S. Samy Vellu and his MIC have printed a colourful book to show that Malaysian Indians are not what has been pictured and are a happy lot. But contrary to this, there is a video clip that highlights a different and untold sentiment story(as presented below) of the plights of Indian in Malaysia.

Malaysian Indian dilemma 1/6

Malaysian Indian dilemma 2/6

Malaysian Indian dilemma 3/6

Malaysian Indian dilemma 4/6

Malaysian Indian dilemma 5/6

Malaysian Indian dilemma 6/6

These video clips reveal how the Malaysian authorities have neglected their call for assistance from demolition of Indian temples, educations and many others that they the Indians feel that an unkept promise that were made just to buy votes during the last few general elections.

The latest events reveal that this community is not going to undue itself to any pressure until and unless the government looks into and does what they want to be done to protect their community from being marginalised further.

It was reported recently that 10,000 roses would be delivered to PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi by the Indian community on February 16, 2008, just two days after Valentine's Day.

A meeting was held last night in London to have a protest march on February 1, 2008 and subsequently to present a Petition to the British Government and Foreign Office expressing the plights of the Malaysian Indians and to pressure the Malaysian government to settle these unsettled matters immediately.

Its had been noted that various events are scheduled to happen throughout the world to seek international attention on their issue. It is going to tarnish the good name and reputation of Malaysia in the international world and may affect many services that Malaysia is current relying upon.

Whatever been done, it is felt that the Malaysian Indians have given ample opportunity to the Malaysian government to amend their attitude towards the Indian community and failure by them to look and address these matters have created this EXPLOSION OF THIS TIME-BOMB and no one is to be blamed except themselves (BN coalition government).

The next general election will be very detrimental to the Barisan Nasional coalition if nothing is forthcoming.

Pak Lah Berjudi Untuk Bangkrapkan Rakyat


dipetik: newsyoumavemissed
Pas Johor Bahru

Dimana-mana sekarang orang mula bercakap pasal pilihanraya. Penggal pertama rejim Pak Lah yang zalim ini adalah kesinambungan kepada rejim Tun Mahathir sebagai legasi perosak Umno Barisan Nasional.

Sebut nama Pak Lah ramai yang marah, tidak kurang juga ahli Umno yang kecewa orang yang mereka harapkan selama ini ialah 'burung hiring yang memakan bangkai' diatas mayat-mayat rakyat yang tidak berdosa dan diperkosa dengan rakus lalu dimamah segala isi wang rakyat & maruah negara yang tergadai tidak tertebus.

Penafian politik & demokrasi yang telus & adil sudah hilang genap 50 tahun negara merdeka. Negara berpelembagaan ini mula cenderung menuju kearah negara Sosialis,Nasionalis ,Kapitalis, Sekular & Komunis.

Melayu Islam yang menjadi tonggak utama kepada wujudnya negara Malaysia juga semakin hilang identitinya lantaran sikap pemerintah yang sangat lunak dengan tuntutan kaum & bangsa lain sehingga satu persatu roh Islam mula tercabut dari hati & sanubari rakyat amnya. Walhal perlembagaan menjamin Islam sebagai agama negara.

PASJB memandang serius kenyataan yang dibuat Pak Lah baru-baru ini di Putrajaya mengingatkan rakyat jangan sesekali memperjudikan diri mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan berat sebelah ini menggambarkan Pak Lah sudah cuak & gusar dengan suara-suara rakyat yang mahukan perubahan. Perjumpaan & perbincangan tertutup Pak Lah bersama rejim kabinetnya menggambarkan betapa masalah rakyat diselesaikan dengan seolah-olah menyapu sampah dibawah permaidani, atas cantik dibawah bersakau & bersarang dengan najis & nanah.

Rakyat lebih bijak menilai apapun isunya, tetapi penipuan & pengkhianatan yang dilakukan oleh UmnoBn selama ini adalah pentanda ajal parti pemerintah ini akan sampai kepenghujungnya.

Selama ini UmnoBN lah yang memperjudikan nasib rakyat, sudahlah rakyat didera,dizalimi dan ditindas...

Apa nak jadi negara kita ini, isu akidah sendiri dipandang lekeh oleh pemerintah.. .
Semoga Allah selamatkan kita semua dari bala & ujian ini, dengan digantikan pemerintah Islam yang mendaulatkan Islam & Keadilan. Islam jalan penyelesaian. ..

Jangan perjudi diri undi pembangkang- PM
PUTRAJAYA 12 Jan.-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat jangan sesekali memperjudikan diri mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu membuat keputusan tepat kerana penentuan memilih kerajaan bergantung kepada parti yang terbukti berjaya menjamin pembangunan dan kestabilan negara.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri, di Seri Perdana di sini hari ini.

Sumber : Jundullah - Utusan Meloya

INGIN LAHIRKAN ARTIKEL?

Anda kreatif? Kenapa tidak salurkan idea anda di dalam bentuk artikel untuk kami siarkan? Jangan dibuku kan rasa kecewa anda. Jangan di pendam kebolehan yang anda miliki. Luahkan idea anda. Lepaskan perasaan di dalam bentuk artikel dan kita kongsi bersama. Mungkin ada pandangan pihak lain yang boleh menyelesaikan masalah atau merungkaikannya atau pun memberi pendapat.

Sila hantar artikel ciptaan anda kepada No2umnO. Cuma berfikir, berkarya, lahirkan di dalam bentuk tulisan. Copy dan paste kan ke column "dibahagian bawah" laman blog ini. Ruangan disediakan. Selamat Mencuba.

Cubaan membersihkan UMNO menajiskan PAS

darikelateuntukkelate.blogspot

Pertarungan PRU ke 12 rata ratanya dianggap sengit oleh pemerhati politik terutamanya dengan lawatan demi lawatan pimpinan tertinggi UMNO ke Kelantan. Presiden dan Timbalannya datang silih berganti. Berhajat benar nampaknya UMNO kepada Kelantan. Itulah uniknya Kelantan ini. Mungkin bukan setakat minyak yang menjadi idaman, malahan menyelamatkan maruah yang tercalar.

Dengan Kelantan dianggap kubu terkuat PAS, menafikan kemenangan PAS dengan apa cara sekalipun di sini boleh meranapkan impian untuk melihat penguasaan PAS melebarkan jaringannya sekurang kurangnya ke negeri negeri jiran.

Oleh itu ada yang berpendapat, kepimpinan UMNO Kelantan yang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, samada atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, menggelapkan duit dan mempunyai tabiat dan keperibadian yang kurang baik akan dibuang dari senarai calon calon yang bertanding pada pilihanraya akan datang.

Ini mungkin termasuk orang kuatnya yang diwar warkan akan dibawa keluar terus dari Malaysia, menerima nasib seperti Tan Sri Wan Mokhtar yang dihantar menjadi duta selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar. Dikhabarkan orang kuat ini akan dibawa menjadi duta ke Indonesia. Malaysia adalah negara serba boleh. Begitu banyak perkara yang kelihatan mustahil boleh berlaku.

Disebaban Kelantan dilihat begitu serasi dengan imej ulama dan bersih, maka pendekatan yang sama juga akan digunakan untuk meyakinkan majoriti rakyat Kelantan betapa UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah ini amatlah berbeza. Segalanya diinginkan bersih. Yang mengotorkan UMNO adalah kepimpinan terdahulu.

Hatta seorang bertaraf Menteri yang mengaku di dalam dewan bahawa beliaulah antara orang yang banyak menyekat pelaburan dan pelbagai kemudahan yang sepatutnya sampai ke Kelantan,

mengaitkan perangai buruk itu dengan kepimpinan terdahulu. Nah, beliau sekarang bersih kerana berada di bawah kepimpinan Pak Lah. Apakah bersih itu bermakna rakyat Kelatan telah memaafkan penginayaan yang telah dibuat? Kiranya tidak, beliau tetap kotor dengan noda dan dosa.

Di saatkan UMNO dibersihkan, kepimpinan PAS Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, cuba dilumur dengan najis di dalam tong yang disediakan. Tong yang disediakan ini cuba mengaibkan seluruh kepimpinan PAS termasuklah Tuan Guru Menteri Mursyidul Am PAS. Betapa permainan ini mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada semua pihak termasuk orang PAS sendiri.

Matlamatnya tetap satu, untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru. Tong najis yang dipenuhi pelbagai sampah sarap ini merupakan tempat cari makan orang yang tiada pendirian, tempat mempelagakan tokoh politik dan tempat melacurkan penulis upahan.

Yakinlah usaha itu tidak ke mana. Perancangan itu bakal menemui jalan buntu. Kebathilan itu pasti akan terhapus dan menyerlahlah sinar untuk membenarkan kalimah Allah. Tilik tiliklah diri kita, andai najis itu telah berjaya menemui sasarannya, kerana walau dengan setitik najis, kesempurnaan ibadah itu bakal terjejas. Moga iman kita tidak goyah dengan sedikit untung dunia.

Posting terkini

Blog Archive