Imam roboh surau
KAJANG: Tindakan seorang imam di Taman Seri Intan merobohkan sendiri surau Nur Al-Ihsan di taman itu di sini, minggu lalu mendapat kecaman penduduk.
Tinjauan Harian Metro di kawasan taman itu mendapati surau yang berusia 14 tahun kini diruntuhkan dan tambah bahaya apabila wayar elektrik masih berfungsi dan papan berpaku bertaburan merata-rata tempat.
Dakwa penduduk, lelaki itu bertindak demikian tanpa mendapat persetujuan daripada mana-mana ahli jawatankuasa surau (AJK) mahupun penduduk.
Motif tindakannya masih kabur dan difahamkan tapak surau berkenaan akan digunakan untuk pembinaan sebuah balai raya dan tadika.
Namun begitu, alasannya diragui penduduk serta AJK kerana tiadanya bukti hitam putih daripada jabatan yang bertanggungjawab dalam soal pengurusan surau terbabit.
Seorang AJK penduduk, Tahir Rahim, 43, berkata surau itu boleh digunakan untuk semua aktiviti kemasyarakatan termasuk kenduri-kendara dan pusat ilmu bagi kanak-kanak.
“Sejak 14 tahun lalu surau itu digunakan untuk semua aktiviti masyarakat setempat termasuk aktiviti keagamaan, kemasyarakatan mahupun gotong-royong.
“Hingga kini surau itu digunakan kanak-kanak mengaji, kelas agama dan tempat penginapan sementara bagi saudara-mara kami sekiranya ada kenduri-kendara.
“Dalam mesyuarat persatuan penduduk, semua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi untuk merobohkannya, namun dia tetap berkeras dengan keputusan itu dan suara kami diabaikan sama sekali.
“Tambah menghairankan apabila ditanyakan tentang laporan akaun kewangan surau itu dia seakan-akan mengelak dengan memberi alasan yang tidak logik dan sekiranya isu ini terus diajukan AJK, boleh dilucutkan dari jawatan serta-merta.
“Saya bersama-sama beberapa penduduk membuat laporan polis minggu lepas,” katanya.
Mar 31, 2008
IMAM YANG ROBOHKAN SURAU
Labels: Imam Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Exco Perak: 6 DAP, 3 PKR, 1 Pas
Anggota Exco itu terdiri enam daripada DAP, tiga daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang daripada Pas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Enam daripada DAP ialah
Ngeh Koo Ham (Sitiawan),
Nga Kor Ming (Pantai Remis),
Su Keong Siong (Pasir Pinji),
Chen Fook Chye (Keranji),
Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) dan
A. Sivanesan (Sungkai).
Wakil daripada PKR pula ialah
Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang),
Tai Sing Ng (Kuala Sepetang),
Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan
seorang wakil Pas,
Mohd. Zainudin Mohd. Yusof (Lubuk Merbau).
Pada istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu, kesemua mereka menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Exco kerajaan negeri. more...
Labels: PERAK Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Proton recalls 34,000 Savvy cars
Proton is recalling its Savvy cars over a possible problem with regards to the car’s rear-wheel bearing.
The company said a recent inspection has brought to its attention that water could get into the bearing, which could lead to a malfunction.
“The safety and satisfaction of our customers is a primary concern. As a precautionary measure, we are recalling all Savvy’s for inspection and repair,” Proton managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed said in a press statement.more...
Labels: Proton
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KHAIRY NAFI KHABAR ANGIN MILIKI TANAH PULAU PINANG
Berikutan dengan layangan sms di Pulau pinang yang menceritakan tentang pemilikan tanah di Pulau pinang, ia di NAFIKAN oleh Khairy Jamaluddin@KJ.
Berikut adalah berita berkenaan: KLIK
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Adun Buntong BATAL keluar DAP
Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.
Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng sebelum itu, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu.
Berikut teks lengkap:
(dialamatkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng)
Peletakan semua jawatan dalam parti dan keluar dari parti
Sivasubramaniam a/l Athinarayanan
more...
No2umno - Hello BRO, jangan berlakun .... ini bukan masa mau berlakun berlakun.
Labels: Belit DAP
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Amendment of AUKU: An End to Students' Rights' Jeopardy
Prepared by: Faridzul Nasaruddin
On the material date of 25 March 2008 , Malaysian people, in particular universities' and college universities' students had again been given a new fresh hope that the draconian laws embodied in Universities and College Universities Act 1971 (UUCA) will be amended. This had been dictated by the newly-appointed Higher Education's Minister, Dato' Khaled Nordin.
This news had indeed in anyway excited most of the universities students in Malaysia. Although this is not the first time such an utterance has been made since Dato' Musa Mohamad was then the Education Minister, then re-stated by Dato' Mustapha Mohamad which was supported by Datuk Seri Najib, it does not deter the students to refresh their hopes to see the amendment of such laws.
UUCA or more famously known in its bahasa term, AUKU, was passed by Parliament in 1971. The bill of AUKU was firstly presented in the Parliament by Dato' Hussein Onn when he was holding the portfolio of the Education Minister on 17 March 1971. It is important to be noted that the initial objects of proposing and then passing this Act was merely to regulate matters relating to universities' administration. There was no intention by then to create a legal instrument to jeopardize basic human rights guaranteed by the Federal Constitution of Malaysia.
Nevertheless, it is justifiable to say that that original purpose of putting up such an Act was swayed. In 1975, amendment was passed to tighten the Act to the extent of depriving universities' students from participating in social activities and things close to it. And the interesting part to be mentioned here is that the said amendment was agreed by majority of Parliamentarians inclusive of those from the opposition party.
From that moment, this document has been utilised as an effective shield and sword fovourable to the ruling party. It became a great impediment which deprived the students of their supposedly-guaranteed rights to participate actively in social contributions. Students' activism was put in graveyard. They were prohibited of thinking of anything which had no relation to their studies and university's life. Students were then not more of creative and constructive creation.
Section 15 of AUKU had clearly provided that students should not involve in any organizations or associations, be it of social-base, educational-base or political-base, except with the discretion of Vice Chancellor. Apart from that, there are also several other provisions which clearly contravene with provisions in Federal Constitution. Among others are Section 7, Section 8, Section 9, Section 11, Section 12 and Section 16 of AUKU.
Fortunate enough, again in 2008 students were promised with the amendment of AUKU. Although the scope of amendment had not been mentioned, students could possibly be happy when Dato' Khaled said that the amendment is meant to tender more freedoms for the students as to encourage them of creative thinking and unconquered genuine idealism.
Thus, his idea should be supported by all parties. I tend to opine that the students could rely on such promise this time provided that forces and struggles from students themselves must not be ceased. In law of equity, there is a principle of promissory estoppels which could be raised to stop a party who has made a promise (promisor) from reversing his promise which in the event of such reversal will be detrimental to another party (promisee). Although this principle is more commonly benefited in matters relating to land, its comprehension may be used in this case.
Mohd Faridzul Mohammed Nasaruddin
President,
Laws Students' Society,
International Islamic University Malaysia
faridznasar@yahoo.com
www.faridznasar.blogspot.com
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tengku Mahkota lawat mangsa kebakaran di Pulau Melaka
KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini berkenan berangkat mencemar duli melawat mangsa tragedi kebakaran di Kampung Pulau Melaka Sabtu lepas. (more…)
Labels: Sultan Kelantan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sistem hapus kuota tanding jawatan Umno tidak mungkin tahun ini?
Cadangan penghapusan sistem kuota untuk melayakkan seseorang anggota Umno bertanding bagi jawatan parti di semua peringkat tidak mungkin dapat dilaksanakan pada tahun ini, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana usul bagi perkara itu perlu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat cawangan dan bahagian, dan ianya perlu dibuat sebelum Mei ini, katanya.
"Setakat ini saya tidak nampak mana-mana bahagian mengadakan EGM untuk mendapatkan resolusi tersebut," kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita selepas melawat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di sini, Isnin.
Mesyuarat Agung Umno peringkat cawangan perlu diadakan antara 17 Julai dan 24 Ogos ini manakala persidangan perwakilan bahagian perlu diadakan antara 9 Okt dan 9 Nov. more...
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KERJA KOSONG !!!
Harakahdaily
Kemenangan Barisan Rakyat menerajui Negeri Perak telah sekaligus memerlukan pemberita-pemberita sambilan yang dapat menyumbangkan tenaga bagi menyiarkan lebih banyak berita dalam Harakah dan Harakahdaily.
Bagi memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan pantas, maka pihak Harakah mengalu-alukan sesiapa yang berminat menjawat jawatan Pemberita Sambilan di negeri Perak.
Keutamaan kepada ahli PAS,anak ahli dan mempunyai asas pemberitaan serta memiliki sekurang-kurangnya pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 0165060568 untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan atau menghantar resume atau butir-butir diri ke emel; johari_bistari@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnyaLabels: Harakah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Keluar Parti DAP
tranungkite
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP hari ini telah bertindak meninggalkan parti berkenaan kerana hanya seorang sahaja kaum India yang dilantik sebagai Exco di negeri tersebut, demikian malaysiakini melaporkan.
Di dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa bahawa Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham telah gagal mengkotakan janjinya unt melantik dua orang kaum India sebaga ahli exco.
"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu penipuan kepada komuniti India di Perak," bentak pemimpin DAP tersebut di dalam suratnya.
10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan itu di Perak selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Sabtu lepas di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah itu hadir selepas tiga minggu kemenangan luar dugaan pakatan BA pada pilihan raya umum lepas dengan pelbagai spekulasi desas desus ditimbulkan oleh pihak media.
Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.
Anggota Exco yang mengangkat sumpah terdiri enam dari DAP, tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari PAS.
Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).
Dari barisan exco itu, jelas DAP hanya menghantar satu nama pemimpi nIndia iaitu A.Sivanesan kepada Menteri Besar untuk diterima sebagai ahli Exco dan ini menimbulkan rasa tidak puashati kepada masyaraka India di negeri Perak terhadap keputusan DAP yang menamakan 8 orang kaum Cina sebaai exco di negei berkenaan.
Labels: MB Perak, PERAK Govt
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MIKE TYSON UGUT AHLI
Mike Tyson larang ahli UMNO hadir “Forum UMNO Pasca PRU 12″?
bigdogdotcom
Dalam mesyuarat BN Negeri Selangor, Pengerusi BN Selangor baru Senator Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib memutuskan ahli UMNO dilarang sama sekali untuk menyertai Forum “UMNO Pasca PRU 12” anjuran portal politik MyKMU.net Selasa 1 April 2008 ini di Petaling Jaya.
Amaran dikeluarkan sekiranya ada ahli UMNO yang akan menghadiri forum tersebut, akan dirasmikan oleh Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dan panel perbincangan terdiri dari Mantan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir dan Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi, tindakan akan diambil keatas mereka.
more...
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Paklah dah letak penghadang
betoika
Jika kita merasakan Paklah seorang yang lemah.....baik fikirkan semula....Paklah hanya lemah sebagai Perdana Menteri...sebagai ahli politik...Paklah tidak lemah malah mendahului orang lain...kalau tidak masakan Tun Dr. Mahathir (TDM) boleh memilih beliau sebagai TPM dan sebagai PM?. Kita boleh berkata TDM memang sengaja melantik yg lemah....sebenarnya Paklah berjaya memberikan imej bersih dalam dirinya kepada TDM dan pada awal perlantikkannya sebagai PM...Paklah masih berjaya menipu semua rakyat Malaysia dengan imej "Mr. Clean".......setakat itu...Paklah masih ahli politik yang hebat....licik...
Hari ini....Paklah sekali membuktikan kelicikannya.....Pada PRU12 yg lalu...ramai kalangan org politik hanya memikirkan Paklah letak org dia n KJ jer....sebenarnya...plan Paklah bukan sekadar pilihanraya.....plan Paklah ialah Pilihanraya dan Pemilihan...
Orang marah bila Paklah letakkan dua setiausahanya di Parlimen Sik....tapi orang tak tau hari ini S/U tersebut dah pun menjadi ahli UMNO Bahagian Sik dalam sekelip mata....masa pilihanraya dah ditabur wang ringgit kepada ketua cawangan....kita ingatkan tabur untuk pilihanraya...rupa2nya...untuk pemilihan.....hebat tak Paklah?
Tidak mustahil jika Osman Desa tidak kekang...UMNO bahagian Sik akan menjadi kubu kuat Paklah untuk berkuasa....dan sokongan antara terawal akan datang dari sini.......Betoi kaa?
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Judge claims trial to bribery
IPOH: Perak Syariah High Court judge Hassan Basri Markum claimed trial to two counts of bribery involving RM30,000 at the Ipoh sessions court here on Monday.
Hassan had, in November last year, claimed trial to five counts of corruption for soliciting, accepting and agreeing to accept RM5,200 worth of bribes.
Labels: Perak syariah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GENIUS ON THE GAME
Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £130-an-hour HOOKER
At the time her father bizarrely claimed Sufiah had been kidnapped and brainwashed by an organisation seeking the key to her intelligence.
But Sufiah sent an email to her family describing her life under her father as a "living hell".
One message to her sister read: "I've finally had enough of 15 years of physical and emotional abuse. You know what I am talking about."
Sufiah was missing for two weeks before being found in an internet café in Bournemouth where she had been working as a hotel waitress.
She refused to go back to her parents and instead was taken into the care of social services.
It was then revealed that Farooq had been jailed for three years in 1992 for his part in a £1.5m mortgage swindle. Before that—at the age of 19—he had been sent to borstal for his role in a conspiracy involving £100,000.
Free from the spell of her father, Sufiah returned to Oxford to complete the final year of her Masters in Maths.
But she was now more concerned with enjoying herself—and failed to finish the course after meeting trainee lawyer Jonathan Marshall. more...
No2umnO - Get the full details and pixs ..... just clickLabels: Sufiah Yusof
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
CADANGAN BELI EYE ON MALAYSIA MERUGIKAN ..
Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membeli eye on Malaysia adalah satu cadangan yang tidak rasional dan tidak menguntungkan rakyat negeri melaka tetapi projek ini beri hanya berikan keuntungan pada para pelancong sahaja. Kerajaan negeri sepatutnya merancang untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat negeri melaka. Cadangan pembelian tersebut yang dilaksanakan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) daripada AD Suria Sdn Bhd menelan belanja sebanyak RM22 juta, ini amat mendukacitakan kita sebagai rakyat negeri melaka.
Cuba kita bayangkan bersama, kerajaan negeri perlu mendapat pulangan sehari RM 6 Ribu , Sebulan RM 183 ribu, setahun RM2.2 juta dan selama 10 tahun baru pulang modal sebanyak RM 22 juta. Bagaimana pula kos penyelenggaraan dan risiko penyelenggaraan dan insuran ??
Sebelum ini kerajaan negeri melaka telah mengeluarkan dana sebanyak RM23 juta untuk membina menara Taming Sari yang terletak di Melaka Raya. Apa rasionalnya projek ini diluluskan dalam masa yang sama kerajaan negeri masih lagi berhutang dengan kerajaan persekutuan sebanyak RM 1.05 Bilion
No2umnO - Wak tunggu kalau kalau Melaka nak buat TUGU KEPALA BABI ..... Praktikal sikit.
Labels: BABI MELAKA
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
TIDUR PUN BOLEH?
"Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu," ujar penyanyi 'Lelaki Ini' tentang majlis makan malam istimewa 'A Nite With Anuar Zain' yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 ini.Dengan diiringi oleh pemuzik terkenal, Mac Chew, Anuar Zain juga akan menyampaikan lagu secara madley, malah turut akan melakukan persembahan khas untuk peminatnya pada malam itu. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat dari Anuar Zain bolehlah mendapatkan tiket dari harga RM300 ke atas menerusi talian 03-20911666 dan website www.ticket2u.biz atau di Music Valley yang berhampiran.
Rujuk: Jasindaily
No2umnO - Silalah komen ......... aku tak mau.
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
LAWAN ATAU NGAWAN?
UMNO ..... sejarah kurang ajar dan biadapnya baru saje berulang. Dulu pernah berlaku, sekarang jadi lagi. tapi rakyat dah sedar, UMNO bohong adalah makanan, tipu adalah ulam. Derhaka? Orang boleh lupa. Akhbar, media buka cerita lain, esok orang boleh lupa.
Sekarang Mohd Said dan Idris dah boleh berpeluk. Ahhhhhaaa...jangan fikir yang bukan bukan. Bukan peluk gay, tapi peluk damai. Peluk peluk biasa dalam politik. Kucing, harimau dan ular, kalau gaduh pun mereka perpeluk. Maruah tetap maruah. Belakang kita, tak tau apa akan jadi. Kutuk kutuk tu biasalah.
Derhaka pada Sultan, Kalau zaman Mahathir pernah berlaku, dan sekarang zaman Pak Lah. Semua pemimpin UMNO memang menderhaka. Cuma PAHALA Dollah pada rakyat kurang dari pahala Mahathir maka usaha menderhaka Pak Lah tak dapat sokongan. Ianya gagal. Boleh ke derhaka? Boleh kot sebab tak der hukuman. Kalau rakyat biasa derhaka macamana? Kalau berlaku lepas ni. orang akan tanya, kenapa kita tak boleh derhaka tapi diorang boleh? Mungkin undang undang untuk rakyat biasa aje kot?
So, apa yang boleh membuat pengajaran? Banyak ....... Bagi Pemimpin UMNO yang berbalah pula. nyatakan sesal berikan sokongan, peluk peluk dan semuanya selesai. Rosol Wahid terus menjadi Adun begitu juga Idris Jusoh. Ikutkan aje. Miss soru kalu lawan beb......
Nak bagi tau pada kawan kawan .......ular nak mengawan mereka berpeluk, berlawan pun berpeluk. Maka, peluk Idris dan Mat Said, peluk lawan atau ngawan?
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KHIR TOYO MOHON PANDANGAN?
Yang saya perlukan sekarang ialah cadangan-cadangan bagaimana untuk kita menggariskan haluan masa depan yang lebih konkrit untuk memastikan negara ini tidak terjerumus dalam kancah yang akan menghancurkan Wawasan 2020. Pandangan sahabat-sahabat dan bloggers amat saya perlukan. Apa yang sebenarnya kita boleh lakukan dalam jangka waktu yang pendek dan jangka waktu yang panjang dalam menangani tuntutan-tuntutan semua kaum dalam negara kita? Saya mohon pandangan saudara-saudari - Khir Toyo di dalam blognya.Mari wak bawakan satu cerita dulu dulu ....
Pada 22 Disember 1996, Mat Taib ditahan di lapangan terbang antarabangsa Brisbane sebelum beliau menaiki pesawat ke New Zealand dengan membawa wang tunai dalam mata wang Singapura, Malaysia dan New Zealand yang kesemuanya bernilai 1.26 juta dolar Australia.
Selepas kejadian itu, masa depannya kelam. Tak tau perancangan siapa dan mungkin dia ditangkap oleh keadaan atau apa tapi selepas dilucutkan jawatan, Mat Tyson tak tau nak buat apa, kecuali mundar mandir mencari sisa sisa kawan yang ada. Selalu juga Mat Taib ni ke rumah bekas pemandunya yang rapat dengannya. Dalam banyak banyak tempat yang dia pergi, terjumpa lah dia dengan seorang sahabatnya yang dah lama tak jumpa.
Dalam perbualan bermacam macam topik yang diceritakan termasuk kisah kisah lama yang dirasainya bersama. Sebelum balik, Mat Taib pun berkata, "Kenapa dulu masa aku jadi MB kau tak datang jumpa aku." dan kawannya menyambut, "Masa kau jadi MB dulu, macamana nak jumpa kau, nak tengok batang hidung pun tak boleh. Kau la patutnya turun jumpa kitorang. Bukan kau pilih aku. aku pilih kau. Bila dah tak der jawatan baru nampak muka."
Begitu lah lebih kurang ceritanya. Kesimpulannya adalah, selepas jatuh, baru lah ada usaha nak kenal orang bawah. Sebelum ini tiada lah usaha lain kecuali segala tindakan lebih kepada macamana nak kekalkan jawatan dan kuasa.
Kembali kita kepada Khir Toyo. Sebelum ini, wak dan beberapa rakan pun pernah cuba untuk bertemu dengannnya. Semua ini wak pernah cerita kan dalam blog No2umno. Kalau berminat sila scroll balik cerita yang dahulu dahulu dan wak ada tulis tentang usaha untuk mencari Khir Toyo di pejabatnya. 3 bulan tunggu tanpa berita dan akhirnya. Bukan nak minta projek, tapi ..... (cari dan baca)
Fikirkan sendiri, wak malas nak komen lebih lebih....kalau wak kritik si Khir Toyo nih lagi, orang kata mamat nih dah taubat. Tak baik dan macam macam lagi. Kalau betul betul dah sedar, alhamdullilah dan tahniah. Tapi berjuang dan cuba dekati rakyat untuk dapatkan kembali pangkat, something is wrong ......Tapi kita tengok lah sama sama.
Labels: Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Tragedi hidup Sufiah
LONDON: Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.
Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.
Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.
Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.
Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.
Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.
Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’
“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.
Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.
Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.
Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.
Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.
Rujuk:
Father of runaway Oxford genius is accused of sexual assault
How a child prodigy at Oxford became a £130-an-hour prostitute
Adakah Budak Genius Sufiah Yusof Di larikan Dan Di Rosakkan hingga jadi pelacur?
Gadis pintar matematik jadi pelacur
Labels: Sufiah Yusof
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TERENGGANU .. .. AWAS BUAYA !!!
BUAYA julung-julung yang berjaya dirakamkan oleh seorang pekerja binaan di tebing Sungai Terengganu di Pulau Duyong semalam.
KUALA TERENGGANU - Kemunculan tiga ekor buaya dikenal pasti sebagai spesies julung-julung di muara Sungai Terengganu baru-baru ini menimbulkan tanda tanya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) negeri itu.
Ini kerana menurut Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin, spesies tersebut tidak pernah muncul di negeri ini ditambah pula keadaan persekitaran air tawar memang tidak sesuai untuk reptilia berkenaan.
"Sebelum ini kami hanya menerima laporan tentang kehadiran buaya tembaga sahaja kerana keadaan sungai memang sesuai dengan buaya jenis itu.
"Tapi kali ini hairan juga kerana buaya julung-julung tidak tinggal di kawasan yang berair masin," katanya ketika mengulas penemuan haiwan tersebut yang mula kelihatan di persekitaran Pulau Duyong Khamis lalu.more...
Labels: Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MSN ... MANA PIGI WANG?
Mazlan, Sieh minta badan induk lebih telus ke mana wang dibelanja
BHairan
BELENGGU 'hutang' kini menghimpit Majlis Sukan Negara (MSN) wajar dituruti penjelasan terperinci dan telus mengenai projek serta program dibiayai hingga mengakibatkan kantung badan induk itu kini hampir kosong.
Tambahan pula, ada perkhabaran tidak sampai tiga tahun sebelumnya, kedudukan kewangan MSN begitu ampuh tetapi kini berdepan situasi kritikal
Desakan supaya penelitian rapi dan penjelasan telus itu diluahkan bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.
"Sejak saya bersara pada Ogos 2005, sudah dua ketua pengarah MSN dilantik. Ketika memegang jawatan itu, sebelum merangka program, saya sentiasa pastikan ada peruntukan untuk menjayakannya. Jika tiada wang, tiada program.
"Ketika itu juga, saya tidak belanja 100 peratus peruntukan. Saya berjimat dengan melaksanakan program dirancang secara total, tetapi pada kos lebih rendah.
"Ia membolehkan lebihan itu disimpan MSN. Kerana itu, ada persatuan marahkan saya kerana mereka berpendapat, jika RM2 juta sudah diluluskan, mengapa tidak belanjakan semua RM2 juta itu. more...
Labels: Seleweng
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Panik lepas larian di Shah Alam
SEORANG kanak-kanak terpaksa dijulang untuk mencari ibu bapanya manakala ribuan yang lain turut cemas sebaik sahaja acara maraton Vitagen Run For Fun di Stadium Shah Alam berakhir semalam.
Kosmo
SHAH ALAM - Keseronokan kira-kira 14,000 kanak-kanak yang menyertai maraton Vitagen Run for Fun di Stadium Shah Alam semalam bertukar cemas apabila sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari ibu bapa masing-masing selepas acara ber-akhir.
Situasi kelam-kabut itu berlaku ekoran kumpulan peserta berusia tujuh hingga 15 tahun itu dikumpulkan di satu kawasan berpagar dan terpisah daripada ibu bapa mereka.
Menurut saksi, insiden itu berlarutan hampir sejam dengan ada peserta mula menangis sambil meraung memanggil ibu bapa masing-masing.
Pada masa sama, perasaan cemas itu turut dirasai oleh ibu bapa mereka yang tercari-cari anak sehingga ada yang terpaksa memanjat pokok dan pagar dengan memekik-mekik nama anak masing-masing.
Pihak penganjur telah cuba menyelesaikan masalah dengan kakitangan urus setia menyebut nama serta nombor telefon setiap peserta dengan pembesar suara agar memudahkan ibu bapa bertemu semula dengan anak mereka.
Namun begitu, alat pembesar suara itu pula bertukar tangan selepas ada ibu bapa yang hilang sabar, mengambilnya dan memanggil sendiri anak masing-masing.
Sementara itu, jurucakap penganjur memberitahu Kosmo! bahawa mereka hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SETUJU KE TAK?
Muhyiddin, Shahrir, Khaled setuju
BANGI 30 Mac – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju sistem kuota bagi melayakkan seseorang itu bertanding di semua peringkat pemilihan dihapus selaras usaha melakukan pembaharuan terhadap struktur parti itu.
Labels: UMNO Kecoh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Muhyiddin tegur Zaid
‘Saya tidak hendak komen panjang, saya tak nak nanti (timbul) konflik, orang kata apa ini menteri Kabinet bercanggah.
‘‘Anggap pandangan saya ini sebagai Naib Presiden UMNO supaya hal-hal yang penting seperti ini elok dibincang dahulu dan jangan seolah-olah pandangan peribadi sudah jadi pandangan rasmi kerajaan,’’ ujarnya.
BANGI 30 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim tidak sepatutnya membuat kenyataan terbuka mengenai penubuhan suruhanjaya kehakiman kerana perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.... Berita Penuh
Labels: UMNO berbalah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MIC branch dissolved, members become PAS supporters
TAIPING: The Kampung Jebong MIC branch in Simpang here was officially dissolved when 110 of its members quit the party to become members of "Kelab Penyokong PAS" (PAS Supporters Club).
Branch chairman M. Muninathan, accompanied by committee members, submitted their application forms to Bukit Gantang MP Roslan Shaharom at a village temple here on Saturday night.
Roslan said the welfare of the former MIC branch members and members of the Indian community would be taken care of.
"We will take care of you because any problems affecting the Indian community will also affect members of the other communities," he said.
Roslan said he was indebted to the Indian community here as more than 95% of Indian voters within the Bukit Gantang parliamentary constituency had voted for him in the recently-concluded general election.
He said members of the community had every reason to rejoice as two of the three state seats in the constituency had been won by Barisan Rakyat, and the victors -- Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) and Tai Sing Ng (Kuala Sepetang) -- had been appointed exco members of the new Perak state government.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Why Samy Vellu is lobbying for Hindraf 5
themalaysianinsider
Today, he is still searching for a formula to win back the support of the Indians. Party officials say that the MIC needs rebranding to be relevant. So he has started workshops on rebranding the party.
Others argue that if the MIC manages to push the government to release the Hindraf 5, some credit could flow back to the Samy Vellu because it would show that the party was capable of responding to the demands of the community, even those demands which could open it to attack from Umno.
So Samy Vellu today said that 2 of the detainees should be freed soon because one was ill, R. Kenghadaran, and the other, M. Manoharan, has been elected as an assemblyman in Selangor.
He also downplayed the role of V. Ganabatirau and K. Vasantha Kumar, saying that they were not really involved in rally organised by Hindraf on Nov 25.
The fifth Hindraf leader under detention is lawyer P. Uthayakumar.
The MIC president said that he will raise the matter with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
This tactic could backfire on Samy Vellu and expose major differences between Umno and MIC over the handling of the Hindraf 5. The thinking in government all along has been that the Hindraf leaders raised a legitimate issue on the plight of Indians but did so in the wrong way. By appearing to throw their support behind the PKR-PAS-DAP alliance, Uthayakumar and friends are viewed as political adversaries by Umno leaders, and not members of a non-governmental organisation.more...
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Malaysia says no to release of ethnic Indian MP
Reuters
Malaysia has refused calls to free a Hindu rights activist, who was jailed last year under an internal-security law, even though he was elected this month to parliament in a show of voter anger at his imprisonment.
Lawyer M Manoharan was one of five Hindu activists detained without charge after they organised an anti-government protest by more than 10,000 ethnic Indians in November. An opposition party later nominated Manoharan for the March 8 poll, which saw a huge protest vote by Malaysia's Indian minority.
"We cannot simply react to political parties' calls," Home Minister Syed Hamid Albar was quoted as saying in the Star daily on Saturday, when asked if the government would release Manoharan so that he could represent his electorate.
He said the government could only reconsider the case if the five activists were no longer deemed security threats.
"We have to give priority to public safety and peace and will give due consideration only if there is no threat to national security," Syed Hamid added.
Under Malaysia's colonial-era Internal Security Act, the government can order someone's indefinite detention, without charge. Human rights and lawyer groups say the law has been abused at times over many years to lock up political opponents.
Manoharan was elected as a candidate for the Democratic Action Party, which is fighting in the courts for his release. An appeal court is due to rule on his case on April 2, but his wife, Pushpaneela, 46, who ran his election campaign while he was behind bars, wants the government to release him before then.
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TAKZIAH DI ATAS KEHILANGAN IBU KICKDEFELLA
“Abah will call Taima later”, I told Al. Al just stood there and stared at me, “Abah, Call Taima Illah now!”, He said.
I watched him and we both walked to the room. I sensed something is not quite right.
Before I call my sister, I asked Al what is going on. “Abah call Taima Illah lah….”. “Al, cakaplah apa Taima Illah cakap?”
Al started to cry and he told me this, “Abah, nenek dah meninggal…” more...
No2umnO - Harap dapat kiranya pengunjung No2umno mampir dan lawati blog beliau serta berikan ucapan Takziah.
Labels: kickdefella
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cawangan MIC Dibubarkan, Bekas Ahlinya Serta Kelab Penyokong PAS
Tranungkite
PAS terus diterima oleh masyarakat bebilang kaum di negara ini terutama daripada masyarakat India apabila akbar TheStar melaporkan cawangan MIC Kampung Jebong MIC di kawasan Simpang Taiping telah dengan rasmi dibubarkan apabila 110 ahlinya keluar dari parti berkenaan untuk menjadi ahli "Kelab Penyokong PAS" (PAS Supporters Club). more...
Labels: KAUM INDIA, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku mahu semula kuasa urusan agama
Tranungkite
Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.
Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.
Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.
“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.
“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite. more...
Labels: Belit Dollah, PATRICK LIM
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PERATUSAN PENGUNDIAN: 99.85% di Jerlun?
Marhaen
Satu realiti yang sangat tidak boleh dipercayaai di Kawasan Pilihan Raya di mana peratusan Pengundian di Jerlun
mencapai 99.85% manakala dua DUN yang di bawahnya hanya mencatat
KOTA SIPUTEH - PERATUSAN PENGUNDIAN : 81.56%
dan
AYER HITAM - PERATUSAN PENGUNDIAN : 82.24%
APAKAH SPR salah lapor atau sesuatu yang tidak benar berlaku?
Labels: Pengundi hantu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
DULU TUDUH LIWAT, HARI NI LAIN PULAK
Malaysiakini
Serangan lama kira-kira sedekad lalu berulang lagi antara dua tokoh negara ini - Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen asing yang kemudiannya akan memperalatkan orang Melayu.
"Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri.
"Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," kata bekas perdana menteri itu di sesi soal-jawab selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media luar negara yang meramalkan kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri tidak lama lagi.
Susulan kemenangan besar-besaran pembangkang, termasuk PKR, prospek Anwar sebagai perdana menteri menjadi analisis popular di dalam dan luar negara. more....
No2umnO - Mahathir ni kena bawak bertobat, tak berubah lagi. Rumah kata pergi, kubur kata mari.
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments