KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 13, 2008

300 pemuda Umno Kubang Kerian berhimpun bantah pencalonan ditolak

Imageharakah | .... Di Kelantan dua kali perhimpunan di kalangan ahli yang tidak puas hati diadakan. Baru-baru ini wanita Umno Rantau Panjang dan Umno Kubang Kerian membantah ketidakadilan yang berlaku.

Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri.

Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu.Image

Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.

Syahbuddin ketika ditemui pemberita berkata, antara kesalahan yang dikesan berlaku antaranya pembatalan mesyuarat tanpa sebarang alasan dan mesyuarat disahkan walau pun hanya dihadiri dua orang ahli.

"Pencalonan saya pula dibatalkan tanpa sebab yang munasabah sebaliknya hanya kerana kesilapan taknikal yang tidak dimaklumkan
, sedangkan saya telah melepasi kelayakan bertanding setelah mendapat 23 pencalonan cawangan," katanya. ... selanjutnya.

no2umno - UMNO pun tipu ahli nya. Bila kena batang hidung ... UMNO tak pandai nak sedar.

Anugerah Datuk satu penghinaan - Seniman



Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham (dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

kerajaanrakyat | .... Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.... selanjutnya.

no2umno - Jangan dengki dengan Shah Rukh Khan .... artis Malaysia kena berdoa untuk di panggil ke India bagi anugerah di sana pulak ... wakakakakak !!!

Tembelang Khairy dan Reezal pecah di Gelang Patah

anotherbrickinthewall |

Gelang Patah akan "tanam" Khairy dan Reezal!

Kronologi peristiwa buruk dari kekecohan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai didedahkan di laman web MyKMU Johor.

(Gambar Kanan: Haji Abdullah, Ketua Pemuda Pulai)

Laporan ini juga dijangka akan diserahkan kepada pihak Perhubungan Negeri Johor, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Pusat, Jawatankuasa UMNO Pusat dan lain-lain pihak yang berwajib.

Dari sumber jurublog, satu petisyen telah dihantar kepada Perhubungan UMNO Negeri Johor yang mana ditandatangani oleh 80% perwakilan yang hadhir, dari kedua-dua pihak penyokong Mukhriz dan Khir Toyo.

Dalam sekim penipuan itu, "Ustaz" Reezal Merican telah diumumkan mendapat pencalunan untuk Naib mengalahkan YB Razali Ibrahim.

Perkara ini agak mustahil boleh berlaku. Kedua-dua penyokong Khir Toyo dan Mukhriz mempunyai persetujuan untuk memberikan kepada Ketua Pemuda UMNO Johor.... selanjutnya.

SPR cuba tutup rahsia ?

Bila melihatkan tajuk berita ... Isu karung undi dijumpai di sungai
dalam kepala dah terbayang dah membayangkan pelbagai persepsi buruk terhadap SPR dan jentera pilihanraya di Sarawak.

Menariknya, secepat kilat. Nazri aziz, Menteri di Jabatan perdana menteri, memberikan jawapan memberitahu bahawa karung Undi Pos yang di temui tidak mengandungi sebarang kertas undi. Menurutnya,

Karung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui..
Dengan maksud lain, tiada penipuan yang berlaku. Hati jadi lega .. tapi timbul pulak persoalan lain..

Antaranya ... kenapa jumlah karung yang hilang tidak di istiharkan selepas hari mengundi. Kalau ianya tidak berlaku pada bulan Mac yang lepas, bila dan bagaimana ianya tidak di dedahkan kepada umum?

Sudah pasti, SPR yang kononnya cukup professional di dalam menganjurkan pilihanraya setiap tahun, sudah mempunyai sistem 'stock control' bagi mengawal peralatan pilihanraya termasuk peti undi, poster dan kampit undi pos yang dikeluarkan di dalam setiap kali pilihanraya.

Kalau lah ... Kampit undi itu berusia tua .. bertahankah kertas undi yang terdapat di dalam itu dan sejauh mana ketelusan berita dan pihak berkuasa di dalam menyiarkan berita sehingga kita benar benar percaya bahawa kampit itu tidak mempunyai kandungan yang mencurigakan.

SPR .... mungkin nak cuba selamatkan diri. Melalui pengalaman, mengelak kita mempercayai sebarang kenyataan dan berita yang dikeluarkan oleh Media arus perdana. Kita harus waspada kerana di sekeliling kita ada penipu yang ingin terus untuk menipu.

Pembangkang 'henti' sementara usul tak percaya PM

bharian | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pembangkang akan 'menghentikan' sementara usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat, bagi memberi tumpuan kepada perbahasan Belanjawan 2009.

"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang... selanjutnya.

Dollah anggap tarikh baru pembangkang sebagai karut

utusanmeloya | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan menjelang awal Disember sebagai `karut’ dan `membuang masa’.

Perdana Menteri berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Barisan Nasional ialah pemenang dalam pilihan raya umum lepas dan kami ada kerja yang perlu dibuat. Mungkin ada perbezaan pendapat di antara kami dan sesetengahnya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi hakikatnya ialah kami telah diberikan amanah oleh rakyat.

“Kami membentuk kerajaan yang kuat dan kami akan terus lakukan apa yang kami mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?” kata Abdullah.
... selanjutnya.

Tarikh pilihanraya kampus masih misteri

malaysiakini | Pilihanraya kampus masih menjadi rahsia walaupun tempoh perkhidmatan semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah berakhir awal bulan ini.

Bagaimanapun universiti-universiti di sebelah pantai timur Semenanjung dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membuat pengundian pada minggu ini.

Notis pemberitahuan tentang pilihanraya sesi 2008-2009 yang dijadual Khamis ini dikeluarkan di kampus-kampus berkenaan dua minggu lalu.

Pemilihan awal ini melibatkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)... selanjutnya.

Kulim petition dropped as Zul could join Umno

malaysianinsider | Despite highly confident of winning the Kulim election petition, the Barisan Nasional today dropped the case as speculation mounted that Zulkifli Nordin could join Umno.

Zulkifli's likely defection will be a setback for opposition icon Datuk Seri Anwar Ibrahim who has been talking about BN lawmakers joining him in an attempt to unseat the BN federal government.

The first time Kulim MP was absent from Parliament today where Anwar slammed BN for economic mismanagement in light of the global financial crisis.

The lawyer, who has faced controversy recently for leading a group against a Bar Council interfaith forum, was one of the first to defend Anwar when the latter was sacked a decade ago.

PKR has yet to take action against Zulkifli, who said he is a Muslim above anything else. His fellow PKR members, coalition allies and non-Muslims have blasted his action but he has refused to change his stand.
... selanjutnya.

Why Eurocopter’s Cougar?

http://www.guncopter.com/images/super-puma.jpg

Limkitsiang | The Prime Minister-cum-Defence Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should set an example of integrity and transparency by making public the details of the shortlisted bids for the four aircrafts to replace the RMAF Nuri helicopters and the reason why Eurocopter’s Cougar EC725 has been selected.

It is a sad commentary on the failure of Abdullah’s National Integrity Plan that Malaysia’s latest ranking on the Transparency International Corruption Perception Index has plunged 10 places in his five years as Prime Minister from No. 37 in 2003 to No. 47 in 2008 and a deepening crisis of confidence about integrity and transparency.

Abdullah should be aware that his first act as Defence Minister, announcing that the Defence Ministry has agreed to acquire new helicopters from European helicopter manufacturers, Eurocopter, to replace the Nuri has been immediately dogged by integrity and transparency questions – in particular, the allegation about the involvement of his son Kamaluddin Abdullah in the Eurocopter deal.

It is for this reason that Abdullah should make public the details of the shortlisted bids by the four aircrafts to replace the RMAF Nuri helicopters and the reason why Eurocopter’s Cougar EC725 has been selected.


If no full explanation is forthcoming from Abdullah, I will be raising this issue in Parliament when it reconvenes on October 13.

The Eurocopter Cougar EC725 was one of four aircraft shortlisted by RMAF. The other three were the Sikorsky S92, Agusta Westland EH-101 Merlin and the Russian-made Mil Mi-17 Hip.

It has been reported that the government had allocated US$600 million (RM1.93 billion) to buy an initial fleet of 12 helicopters, which will be in service until 2050.

Anwar Ibrahim makes historic first speech as member of the Opposition

NST | Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has started debating the Budget 2008.
He began a little after 11am, and the speech marks a new chapter in Anwar's political career in the House - it is his first speech as a member of the opposition benches.

His earlier speeches were during his time in the Barisan Nasional but always as a member of the government.

Anwar Ibrahim made his debut in parliament in 1982 as a parliamentary secretary in the Prime Minister's Department.
no2umno - Menurut kata DS Anwar. Pengulungan dan perbahasan tentang belanjaan, PM atau TPM perlu hadir. Tapi hari ini, batang hidung kedua kedua pemimpin UMNO tak kelihatan. Mungkin raya tak habis lagi. Dan yang menarik ... DS Anwar cadangkan pegawai pegawai mengambil tempat perwakilan untuk bersidang kerana kedatangan sungguh tidak membanggakan. Rasanya ... BN dan UMNO akan sakit telinga sepanjang persidangan hari ini.

Pak Lah kata dia gembira

Menurut lapuran Utusan geli anak tekak, melaporkan bahawa Pak Lah gembira apabila timbalannya, DS Najib menjadi calon tunggal untuk jawatan Presiden UMNO.

Beritanya kat SINI.

Tapi mulut kata gembira, tapi hati Tuhan aja yang tau.
Ini juga bermakna, memang UMNO pun tak suka Pak Lah ...

Huhuhuhuhu ....

DS Anwar di Parlimen



Gambar ni di cilok dari Malaysianinsider. Di ambil ketika DS Anwar tiba pagi tadi di Parlimen. Sambutan wartawan mengalahkan Perdana Menteri. Tu yang buat Najib tak senang duduk.

2 mamat kontroversi letak jawatan

Malaysianinsider | Two businessmen close to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi are quitting their positions, as an expected exodus of his inner circle begins.

The two men — New Straits Times Press (NSTP) deputy chairman Datuk Kalimullah Hassan and Equine Capital chairman Patrick Lim — have been attacked in the past by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, for allegedly benefiting from Abdullah's reign.

News of their resignations from their respective companies comes just days after Abdullah's announcement that he intended to step down as Premier in March.

With Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak set to take over the premiership in five months' time, the circle around him is expected to rise, political observers and bloggers say.

Kalimullah is also group executive chairman of ECM Libra Investment Bank, which has made headlines with major deals in the past few years.... selanjutnya.

PKR kekal di kulim

Bharian | Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini meluluskan permohonan bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum Parlimen Kulum Bandar Baharu untuk tidak meneruskan petisyen mencabar kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ucapan Anwar sampai petang, tiada undi tidak percaya minggu ini?


KAKITANGAN Parlimen, Mohd. Sidek Mohd. Sani menyusun kedudukan baru bagi dua Ahli Parlimen dari Parti Maju Sabah (Sapp) iaitu Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau). Sapp kini bertindak sebagai wakil Bebas selepas keluar Barisan Nasional bulan lalu. - foto The Star oleh NORAFIFI

MStar | ..."Ucapan beliau (Anwar) akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok)," kata beliau kepada mStar Online.

Ketika desas-desus mengenai pembentukan kerajaan pusat oleh Pakatan Rakyat timbul semula, Saifuddin berkata, ucapan tersebut perlu dilihat secara menyeluruh untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

Bagaimanapun anggota Dewan Rakyat menjelaskan tidak mungkin ada usul undi tidak percaya secara langsung ke atas kepimpinan kerajaan iaitu Abdullah pada minggu ini.

Ucapan Anwar akan menyentuh pelbagai isu semasa dan keperluan pembentukan kerajaan baru, katanya.

Ucapan Bajet 2009 akan diluluskan selepas dibahaskan selama empat hari di peringkat dasar dan kemudian peringkat jawatankuasa selama empat hari ini.

Justeru, mStar Online difahamkan tidak mungkin ada sebarang usul tidak percaya Perdana Menteri minggu ini.... selanjutnya.

Jenayah di Kelang ... lagi kes bunuh

Di Kelang, kes bunuh kerap berlaku. Dah biasa ..

Hari ini seorang lelaki mati di tikam di hadapan penduduk setempat. Semua orang tengok je, tak mampu campur tangan. Kalau masuk campur, silap silap esok samseng datang bawa gang, serbu pulak rumah HERO.

Baca berita INI.

Apa alasan polis? Tak cukup orang, tak cukup kenderaan atau tak cukup gaji? 10 tahun lagi pun alasannya sama.

Terengganu membazir lagi



The Terengganu Government has invested RM3.4mil to custom-fabricate eight imported buses with the intention of charging a 50-sen fare.

However, the investment has turned into a temporary liability because of “technical glitches”. Four of the buses are plying the roads around town for free, while another four are lying idle in storage.

The buses, purchased at RM430,000 each, cannot charge fares because they failed to obtain the required permit from the Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB).... selanjutnya.
no2umno - Ini macam pun ada. Buat dulu baru minta kelulusan. Tak yah hantar drawing ke JPJ.

Terengganu ... terengganu .... silap silap RM3.4 juta tersepok kat garaj. Tahniah Terengganu kerana pandai sangat. Ada dua cara nak luluskan bas untuk penggunaan. Ubah bas, atau ubah undang undang. Pasal nyawa penumpang ... tu perkara enteng. Mati hari ini, esok tambah lagi. Kalau accident dan ramai yang mati, kita cakap Ajal di tangan Tuhan. Orang pun senyap. Tak caya .... tanya Proton.

Setelah Habis RM 350 juta, PMINT minta RM30 Juta lagi Untuk Taman Tamadun Islam

http://buletinonline.net/images/berita12/tti.jpg

buletinoline | Setelah habis RM 349.5 juta dibelanjakan bagi membina Taman Tamadun Islam (TTI), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan memohon peruntukan kira-kira RM30 juta lagi, dikatakan untuk mengindah dan memperlengkapkan TTI.

Bernama memetik Pengurus Besarnya Datuk Zakaria Awang berkata, PMINT yang bertanggungjawab mengendalikan pembinaan taman tersebut, memerlukan RM6 juta daripada peruntukan itu bagi mewujudkan kiosk-kiosk untuk menjual barang-barang keluaran dari Timur Tengah.

"Mulai tahun depan, kita akan sediakan barang-barang dari Timur Tengah yang diinginkan pengunjung untuk dijadikan hadiah atau cenderahati," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PMINT di TTI.

Datuk Shah Rukh Khan??

ayusli | Whaddaya know… Just because a film was shot in Malaysia 7 years ago with him as a hero, Shah Rukh Khan was awarded a Datukship by the Melaka State Government. The Chief Minister said that the film, One 2 Ka 4, shot at the A’Famosa Resort have brought “many” people to visit Melaka.

But how many is many? I just got back from A’Famosa today and that place seemed pretty dead. Hardly anyone was there. Even Melaka town itself doesn’t seem to have that many people there.

If Shah Rukh Khan was given an award for a movie, what about Sean Connery and Catherine Zeta Jones? They starred in the movie Entrapment that featured the Petronas Twin Towers. Or the actors who were in the movie Anna & The King? Or the Chinese actors who shot a number of movies in this country? I don’t think Shah Rukh Khan even cares one way or another about the title. He’s not going to get paid for it, is he?... selanjutnya.

no2umno - Dengar khabarnya artis artis Malaysia pun bukan main kecewa dengan tindakan bodoh kerajaan Melaka. Itu petanda Melaka nak kena gadai tu. Pagi ni di TV3, di bacakan keratan tentang isu tersebut. Tapi yang menariknya ... tiada liputan dan wawancara dibuat. Takut rakyat Belasah pemimpin la tu.

Bodoh memang kerja bodoh ......

Laman web lucah mudah dilayari



Bharian | SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.

Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Khairul Amir yang bimbang dengan perkembangan laman web lucah di negara ini membuat aduan itu kepada SKMM dan menerima jawapan yang mengejutkannya kerana laman web lucah itu bukan saja bebas beroperasi di negara malah mengaut keuntungan besar.

Pengendali laman web pula dikatakan mampu mengelak undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang longgar dan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan. ... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive