KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 28, 2008

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA

Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Perhimpunan Keluarga Merdeka pada tarikh berikut:

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA 2008T

Tarikh :- Sabtu, 30 Ogos, 2008
Masa :- 3:00 Petang
Tempat:- Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru K.Lumpur
(lokasi "Black 14")

Tetamu:-
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - MP Permatang Pauh
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Presiden KeADILan
YB Zuraida Kamaruddin - MP Ampang/Ketua Wanita KeADILan Pusat
YB Saifuddin Nasution Ismail
Datin Paduka Dr Tan Yee Kew

Pada majlis tersebut, Wanita KeADILan akan menganugerahkan DSWA "Tokoh Serikandi Rakyat" di atas sumbangan beliau di dalam parti dan juga pada rakyat.

Turut diraikan dalam majlis tersebut, Ketua Pembangkang baru, DSAI di atas kemenangan dan lantikan beliau ke dalam Parlimen

Turut diundang semua ahli PAKATAN RAKYAT

Tidak lupa juga pada SELURUH RAKYAT MALAYSIA. Kemerdekaan ini milik semua.

SEMUA DIJEMPUT HADIR. BAWA SELURUH KELUARGA-
Sila Sebarkan

Rang undang undang DNA gagal dibentang

Kekecewaan pembangkang dengan usul rang undang undang DNA yang dibawa oleh Hamid ALbar telah menyebabkan ahli ahli parlimen pakatan rakyat keluar dewan beramai ramai.

Ahli Parlimen pembangkang sekali lagi bertindak keluar dari Dewan Rakyat jam 5.45 petang ini, selepas tidak berpuas hati dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar, yang enggan melayan desakan mereka supaya Rang Undang-Undang DNA dirujuk kepada jawatankuasa pemilihan.

Menurut berita bernama, Rang undang undang DNA itu akan di bahaskan semula selepas pembentangan Bajet 2009 esok.

Lanjutan berita, KLIK di SINI.

Killing two birds with one stone

Ia nya bermula pada tempoh kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Ada pihak yang mengatakan, lokasi pilihanraya itu di jadikan sebagai medan pertempuran antara Pak Lah dan Najib. Terdapat poster dan banner yang di edarkan oleh UMNO menulis 'Pakatan Anwar dan Pak Lah menentang Najib'.

Berikut ini pula adalah kronoloji episod baru,

Pada August 21, Mahathir menghentam Pak Lah kerana menyerang bloggers, KLIK DI SINI
Pada August 26, hari pilihanraya ... BERITA INI keluar

His supporters in Umno have been pushing for a more hardnosed approach in dealing with bloggers and operators of news portals, arguing that the softer touch by the Abdullah administration has resulted in daily attacks on ministers and BN politicians.
Pada August 27, Malaysiatoday di sekat dari di layari,
Pada August 27 hari yang sama, Mukhriz keluar kenyataan menghentam Pak lah kerana kekalahan di Permatang pauh dan mendesak Pak lah meletakkan jawatan. Klik SINI.

Pada August 28, 2 hari selepas pilihanraya Malaysiainsider ,
Raja Petra has alleged repeatedly that Najib and Datin Seri Rosmah Mansor were involved in the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu, a charge which the DPM and his wife have vehemently denied.

Supporters of Najib have been pushing for tougher action to be taken against Raja Petra and his ilk, arguing that the same rules which bind the mainstream media should be applied on the alternative media.
Realitinya, keputusan Pilihanraya Permatang Pauh mencerminkan bahawa rakyat Pulau Pinang menolak Barisan Nasional. Ada pihak yang mahu menyalahkan Pak Lah kerana kekalahan tersebut sedangkan bermula dari pemilihan calun dan berkempen, semuanya dibawah tanggung jawab Najib. Pak Lah sedikit pun tidak ambil berat.

Najib di khabarkan menangis ketika keputusan kekalahan itu di umumkan tetapi Pak Lah sudah meninggalkan Pulau Pinang sejak jam 3.30 petang itu.

Merangkumi senarai kronologi,
Kalah di Permatang Pauh adalah salah Pak Lah dan serangan dari bloggers. Itu kenyataan dan menjadi fokus utama Kem B dalam UMNO.

Siapa sebenarnya perancang kepada semua perkara dan korang tau pengertian ... "Killing two birds with one stone"?
Who are those 2 birds? Pak Lah and Pete?

p/s
Dan ini ... selepas Malaysiatoday di sekat, lahir pula anak bernama mt.harapanmalaysia dan ini serang balas terbaru DARINYA.

Tepuk meja ..... tepuk meja .........

Topeng Perak bayar nazar

Ramai penyokong Pakatan RAkyat yang di beritahu membotakkan kepala semalam kerana bayar nazar kemenangan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Antaranya adalah Topeng_Perak, blogger perisikrakyat. Ini yang di beritahu ..... oleh haninasution

Anwar SAH menjadi Ahli Parlimen

SUDAH SAH !!!

Anwar Ibrahim yang telah tersingkir selama lebih 10 tahun telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen pada jam 10.05, selepas bacaan doa pagi tadi.

Anwar tiba di bangunan Parlimen jam 9.50 pagi dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tuan Spekar Dewan Parlimen, mengalu alukan penyertaan beliau ke Parlimen dan perlantikan DS Anwar di istihar berkuatkuasa serta merta.

Walau bagaimana pun, tiada siaran terus menerus yang di buat oleh sebarang media arus perdana. Ramai penyokong dan rakyat yang kecewa dengan tindakan media arus Perdana yang sepatutnya menyiarkan acara angkat sumpah itu secara langsung di TV 1, seperti mana yang tersiar di dada dada akhbar sebelum ini.

DS Anwar akan berpeluang berhadapan dengan Perdana menteri esok untuk pembentangan Bajet 2009.

Anwar angkat sumpah pagi ni


Pagi ini DS Anwar Ibrahim di jadualkan mengangkat sumpat sebagai Anggota Parlimen. Berita di STAR
Seterusnya beliau akan di lantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sebelum jadual ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Yeppppiiii !!!!

Rakan dan teman teman yang di hubungi sedang menuju ke Parlimen untuk memberikan sokongan moral. Aku tak pasti keadaan jalan ke sana, tapi sudah pasti ramai yang hadir.

Dijadualkan acara angkat sumpah akan disiarkan terus menerus di RTM yang bakal keudara dari jam 10.00 pagi. KLIK sini untuk siaran menerusi internet, kalau ada rezeki.

Nalla pulak yang hilang

Elemen Rasuah: Penyogok dan Penerima Sogokan
Rasuah memerlukan dua pihak yang korup: pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Di beberapa buah negara, rasuah sudah menjadi suatu budaya
Dato' Nallakarupan, bekas teman bermain tenis DS Anwar menyatakan telah menyerahkan RM60 juta ketika cermah kempen BN di Permatang Pauh. Berlaku 15 tahun daulu dan ketika itu, dia adalah pengarah perhubungan awam Magnum Corporation Bhd.

Dan menurut berita BERNAMA semalam, Nalla gagal di hubungi BPR.
The Anti-Corruption Agency (ACA) has not been able to contact Datuk S. Nallakaruppan who alleged that Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim had received RM60 million from a gaming firm.

P.PAUH | Pak Lah tak der hal pun

Pak Lah tak kesah pasal kekalahan di Permatang Pauh .... Lapuran oleh MStar

"Keputusan itu hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Ia bukan perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi."

Katanya lagi,

"Oleh itu, saya berasakan kita masih boleh bergantung harap kepada Umno serta BN kerana kita menang dalam pilihan raya umum lalu. Kita hanya tidak mendapat majoriti dua pertiga,”

dan lagi,

"Kemenangan pembangkang mempertahankan kerusi itu memang sudah dijangka dan ia tidak akan melemahkan kekuatan BN yang hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. "

dan lagi lagi ...

"Kita dalam BN sudah memahami apa yang berlaku kepada parti komponen BN dalam pilihan raya umum lalu. Jika pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menunjukkan trend yang sama, maka ialah adalah ekoran daripada trend pilihan raya umum lalu."
Kenyataan Pak Lah memang untuk menyedapkan hati Pak Lah, tapi musuh di dalam UMNO sendiri, sudah pasti merah telinga dengar kenyataannya. Heh ..... kalau Pak lah tak mau letak jawatan, orang UMNO lompat parti je. APa ada hairan, Parti bukan untuk bawa mati.

Lakhnat sudah bermula?

"...Marilah kita memangil anak-anak kami dan anak-anak kamu,
isteri kami dan isteri-isteri kamu, din kami dan din kamu; kemudian
marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya
laknat Allah ditimpakan kepada para pendusta." (QS. Ali ‘lmran: 61)

dan ini yang di lakukan oleh insan yang mengakui diriya di sodomi,
“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”
Dan .... semalam Pilihanraya di Permatang Pauh, di menangi oleh DS Anwar Ibrahim. Cuma yang aku ingin bertanya ... lakhnat sudah kah bermula? Dan sampai bila?

Histeria makin menjadi jadi



Penyakit histeria di sekolah Men. Tanjung Lumpur, Kuantan semakin menjadi jadi. Ia sudah bermula sejak 3 bulan lalu. Ini lapuran Utusan meloya, akhbar kebanggaan UMNO.

Gangguan histeria yang berlaku setiap hari sejak tiga bulan lalu itu tidak menampakkan jalan penyelesaian sehingga hari ini, sekali gus mencetuskan persoalan adakah sekolah itu wajar ditutup dan para pelajarnya dipindahkan ke sekolah lain.
Itu sekolah di Kuantan dan histeria ini berlaku Pulau Pinang, KLIK SINI

Kalau sekolah di Kuantan perlu di tutup .... di pulau pinang apa yang perlu di tutup?

Kia vs Proton

Kita citer sikit pasal kereta hari ini ....

Kia terbaru di lancarkan di Korea ... canggih. 1.6 liter turbodiesel menghasilkan 128 horsepower. KLIK KIA FORTE

Kia Forte

di bandingkan dengan kereta buatan Malaysia ..... Proton Persona

Proton Persona SE

Hmmmm....aku nak pilih yang mana ye?

Raja Petra sudah benar benar marah

Malaysiatoday sudah di sekat aksesnya dan ini membuatkan Raja blog Malaysia, Raja Petra betul betul marah dengan cakap dolak dalik kerajaan ...

Ini ikrar nya,

“The Government has clearly broken its own promise,” said Raja Petra yesterday. Asked whether he was notified of the reasons of the blocking, he answered no.

“I will turn this into a big issue, no doubt. When it is known that the Government has violated the charter, MSC will die. I will personally see to it,” he said.

TMnet, the country's biggest ISP, Maxis and Time refused to comment.

However, at 11.30pm, a check by The Star found that Malaysia Today has launched a mirror site which can be easily accessed. - Star
MSC? .... siap la kau

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 !!!

Sedar atau tidak hampir 4 tahun aku tak sambut hari kemerdekaan.
Bukan tak der semangat, tapi ekonomi tak baik. Nyampah ngan pemimpin pun ye jugak.

Awalnya tahun ini ... macam serupa jer. Ada blogger yang mahu bendera di terbalikkan. Rasa meluat bukan pada negara tapi pada pemimpin. Kalau pengertian 'bendera terbalik' tidak sayang negara, lama dah kita tinggalkan negara.

Yang kita mahu adalah 'reformasi kerajaan'.

Pilihanraya bukan untuk tolak negara, tapi tolak pemimpin yang kita rasa tidak sesuai lagi. Cuma sikap degil mereka membuat darah kita menyirap.

Maksud yang tersirat sudah tersurat dalam PRU12 dan Permatang Pauh. Ia menceritakan naluri rakyat seluruhnya.

Blogger merupakan satu dari berjuta, Permatang pauh adalah 1 kawasan perlimen dari 222. So kerajaan kena pikirkan kenapa?

Jangan asyik salahkan rakyat dan blogger. Sekarang perlu ubah soalan ......'Apa salah aku' dan bukan asyik .... 'apa salah kau'.

Permatang Pauh bagi sedikit sinar pengertian 31 Ogos tahun ini. So .. aku sambut kemerdekaan walaupun poket kosong. Ada yang tak tau tema kita tahun ini. .....

'Perpaduan Teras Kejayaan' dan bukan
'Permatang Pauh isyarat Kejayaan' .

Mari kita sambut kali ini ...



TANGGAL 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
[lagu- sudirman]

Posting terkini

Blog Archive