KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 28, 2008

Anwar SAH menjadi Ahli Parlimen

SUDAH SAH !!!

Anwar Ibrahim yang telah tersingkir selama lebih 10 tahun telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen pada jam 10.05, selepas bacaan doa pagi tadi.

Anwar tiba di bangunan Parlimen jam 9.50 pagi dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tuan Spekar Dewan Parlimen, mengalu alukan penyertaan beliau ke Parlimen dan perlantikan DS Anwar di istihar berkuatkuasa serta merta.

Walau bagaimana pun, tiada siaran terus menerus yang di buat oleh sebarang media arus perdana. Ramai penyokong dan rakyat yang kecewa dengan tindakan media arus Perdana yang sepatutnya menyiarkan acara angkat sumpah itu secara langsung di TV 1, seperti mana yang tersiar di dada dada akhbar sebelum ini.

DS Anwar akan berpeluang berhadapan dengan Perdana menteri esok untuk pembentangan Bajet 2009.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive