Bekas Pemerintah Briged Kelima Sabah Datuk Muhamad Yasin Yahya hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan sumpah bohong.Aku teringat Raja Petra .....
Beliau dituduh memberi kenyataan palsu atau mengelirukan mengenai satu tuduhan berhubung kes rasuah membabitkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff.
Muhamad Yasin mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibuat mengikut Seksyen 19 (2) Akta Pencegahan Jenayah 1997.
Ramli dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam apabila menggunakan sebuah pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia secara tidak sah bagi mendapatkan keuntungan kewangan. - Bharian
Oct 31, 2008
Bekas pemerintah briged tentera dituduh sumpah bohong
Labels: Ramli Yusoff
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Cerpen: "Yahooooo ..... Aku bebas !!!!"
Toot...toot ... toot ...
"Hello boss !!!" kata Razi Bagundi
"Hello !!! Amacam ada ok ka? " ,tanya Najmi Razi.
Razi Bagundi kata "Aiyooo boss hati ada tenang sikit tapi gua ada suspen tadi, takut baru punya hakim kasi swing result."
"Aiyaa ... lu tak caya gua ka? Gua kasi lu relax jap, esok ada budak hantar tiket untuk gi oversea. Hadiah dari I dan big momma", Najmi Razi.
"Ye ke boss ... thanx. Amacam Kakak .... ada ok ka?", balas Razi Bagundi
Jawab Najmi Razi, "Dia ok je ... tapi biasa la baju semua dah kecik, gua kena belikan baju besar sikit"
"Nanti I belikan yang baru masa gi cuti nanti.", kata Razi Bagundi
"Tak payah .. bukan ada saiz pun ... wakakakakak", gurau Najmi Razi.
Razi Bagundi sambil ketawa dan berkata, "Tak baik boss kutuk cam tu. Dia kan lu punya bini boss?"
"Buku tulis bini la ...tapi luar lain ....wakakakak", sambung Najmi Razi.
"Memang betul pun, he he he ." , kata Razi Bagundi sambil ketawa kecil.
"So ...amacam kawan kita surin dan azidun tu?", tanya Najmi Razi.
"Mintak mintak diorang pun lepas boss. Bukan apa ... diorang tu pun kawan kita.", Razi Bagundi.
"Memang la, tapi kalu gua suruh polis tutup muka tu pun kira ok. Awek dia pun tak kenal tau !!!", kata Najmi Razi.
"Lagi satu boss. Janji kita camane?", Razi Bagundi cuba mengingatkan.
Jawab Najmi Razi, "Haiyaa ..... Ok ma ..gua sudah masukkan million bonus kat lu punya akaun. Nanti gua kasi card bank .. lu cucuk aje la."
Balas Razi Bagundi, "Ok boss....cantekkkk !!!"
"OK satu lagi gua nak ingatkan lu ... biar pecah perut, jangan pecah mulut.", pesan Najmi Razi.
"Ok boss !!! Kita nak buat lagi ke boss?" kata Razi Bagundi.
Balas Najmi Razi, "Nanti .. gua tengah kecoh sekarang ni, ada dua tiga kes, orang dok balasah gua. nanti la lepas lu balik dari oversea nanti .. gua kasi explain sama lu. Sekarang itu mamat kacau dalam dewan. "
Sambung Najmi Razi, "Mana boleh cukup bro ... nanti gua naik pangkat, lu lagi senang. Tapi ingat ... biar pecah mulut, jangan pecah perut...Ehhhh !!! biar letup perut jangan letup mulut."
"Ok boss .....wakakakak ", balas Razi Bagundi.
"Thanx boss ... thanx bossss !!! Bye bye.", sambung Razi Bagundi lagi dan meletakkan talipon.
Labels: Relax
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Keputusan memang dah di jangka - Anwar
"Saya ucapkan kepada beliau selamat kembali kepangkuan keluarga. Beliau memang layak untuk mendapat keputusan (pembebasan) itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini hari ini.Macam perli je tu ....
Menurut Anwar, keputusan itu memang telah dijangka.... selanjutnya.
Labels: Altantuya, Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PKNS: Bukan soal bangsa ver2
Disebabkan masih ramai yang tak paham tentang isu sebenar PKNS dan perlantikan Madam Low .. mari aku jelaskan. Hari ini ....kakitangan PKNS telah membuat piket di hadapan Kompleks PKNS Shah Alam menentang perlantikan Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS.
PKNS di tubuhkan pada pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri. Kalau hendak di kaitkan penubuhan PKNS dan 13 Mei, ianya tidak benar dan jika ini berlaku, ianya adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan isu PKNS dengan isu Perkauman kerana adalah jelas .. 13 Mei berlaku pada 5 tahun selepas penubuhan PKNS.
Setuju kalau di katakan bahawa PKNS bukan untuk bangsa Melayu, tetapi untuk rakyat negeri Selangor. Sejak penubuhannya juga, tiada pengurus yang di pilih dari bangsa asing kecuali bangsa melayu. Itu mengikut kepentingan bangsa majoriti ketika itu. Malah selama ini pemilihan pengurus dari kalangan bangsa Melayu, tidak pernah di pertikaikan.
Tapi yang menjadi isu sekarang timbul apabila Menteri Besar melantik semula seorang dari kalangan pengurus yang lalu menjadikan ianya hanya di perdebat. Korang periksa barisan Pengurusan di dalam PKNS yang aku maksudkan di SINI.
Kita tidak boleh menyalahkan kakitangan, tetapi pengurusan yang seharusnya bertanggung ke atas untung dan rugi PKNS. Kalau kakitangan menjadi penyebab kerugian, itu adalah tanggung jawab pengurusan.
Madam Low adalah antara pengurusan yang dimaksudkan dan jika Madam Low tulus, ikhlas mahu membantu mengembalikan keuntungan, ianya bukan dilakukan sekarang, tapi dah lama. Kalau beliau rasakan kerugian itu adalah berpunca kepada penyelewengan atau penyalahgunaan pihak lain selain dari beliau, sudah pasti kita dengar berita bantahan beliau sejak dulu. Tapi tidak ... mungkin dia pun setuju.
Disampung itu, kakitangan PKNS tidak bersetuju dengan perlantikan Madam Low kerana mungkin mereka ada pilihan sendiri. Atau mungkin mereka tahu siapa Madam Low sebenar dan apa sumbangan beliau selama bersama PKNS. Segala gala kemusykilan boleh di ketahui sekiranya kerajaan baru Pakatan Rakyat membuat audit ketika awal lagi.
Disebabkan Madam Low ini berbangsa Cina, secara tidak sengaja atau sengaja ia di bangkit kan kerana tidak pernah berlaku di dalam sejarah penubuhan PKNS. Bila isu ini dimainkan, maka ada pihak yang mengambil kesempatan untuk membakarkan lagi semangat perkauman kerana ianya tidak di selesaikan dengan segera.
Malah di persetujui oleh MB Sendiri bila ..... dia membuat kenyataan berikut.
"If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously," he said.Helllooo ....sorry. Bukan bangsa tapi kerana Madam Low disyaki terbabit.
"People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this," he urged those who challenged the decision. - Star
Nampaknya MB sendiri telah terjerumus di dalam prasangka berunsur perkauman. MB telah memanjangkan isu tersebut. Sedangkan pada awalnya ... MB Selangor seharusnya meneliti punca sebenar bantahan.
Kalau di dalam sesuatu penyiasatan, mereka yang terbabit, tidak dibenarkan berada di dalam premis siasatan. Tertuduh akan digantung tugas sehingga proses penyiasatan selesai. Bimbang kalau kalau segala barang bukti terhapus. Tapi dengan menaikkan pangkat dan melantikkan semula Madam Low bagaikan satu peluang untuk beliau menutup kesalahan diri sendiri, sekiranya ada. Tambahan lagi ada desas desus yang membabitkan suami Madam Low sebagai kontraktor kepada PKNS. Kakitangan PKNS memang tahu tentang perkara ini.
Diulang ..... PKNS sepatutnya diaudit dan disiasat ketika awal peralihan kuasa negeri Selangor. Tapi kelembapan dan kelewatan yang berlaku secara sengaja atau tidak, menyebabkan banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin lama, berjaya di tutup.
Masih ingat bagaimana sekumpulan penyokong PR mengepung SUK selepas keputusan pilihanraya memihak kepada Pakatan Rakyat? Ianya bukan di lakukan untuk suka suka atau melonjak rai kerana menang, tapi ia nya adalah tindakan untuk mengelak sebarang usaha menghapuskan dokumen di buat oleh kerajaan yang kalah. Bila semua dokumen di hancur pupuskan, maka mereka yang menyeleweng akan terselamat.
Menyedihkan apabila penyelewengan yang berlaku, membabitkan harta rakyat.Bila siasatan dan halangan tidak dibuat maka akibatnya ... selepas 8 bulan memerintah, Pakatan Rakyat gagal membuktikan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dahulu. Sedangkan di dalam ceramah politik sepanjang tahun sebelum ini, mereka cerita tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. So .... mana buktinya?
Akibatnya bila di tanya tentang Rumah Datuk Zakaria yang dulunya di perdebatkan .. kini PR terkapai kapai menjawab dan menyalahkan Khir Toyo pula. Sebenarnya ...sendiri yang lembab.
Jadi ... di tegaskan di sini bahawa Madam Low adalah mereka yang terbabit di dalam membuat keputusan sehingga PKNS mengalami kerugian dan sekiranya PKNS mahu di perbetulkan, beliau seharusnya tidak di lantik semua tetapi beliau adalah antara yang perlu di siasat. Bukan soal bangsa.
Rakyat Selangor yang bukan kakitangan PKNS tidak hairan kalau siapa pun yang menjadi Pengurus, tapi bukan di kalangan pengurusan yang lampau. Dalam pada itu .. syarat dan prosidur persyarikatan perlu di ikuti. Kalau memerlukan Melayu sebagai Pengurus .. maka melayu lah dia. Jika tidak, lantik lah siapa pun asal jangan Bangla dan Myanmar atau yang bukan rakyat Malaysia.
Aku Pembangkang .. tapi tidak tertakluk kepada parti. Yang betul di puji, yang salah di belasah. Kalau yang salah pun kita puji, yang korup pun kita setuju ... baik masuk UMNO.
rtikel berkaitan di hambali1.blogspot.com
Labels: PKNS
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Ada syarikat tak bayar premium RM68.2 juta - Hassan Ali
Harakah | Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-ada Melayu dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali ada syarikat di Selangor yang sudah tujuh tahun tidak membayar premium berjumlah RM68.2 juta.Cuba periksa ... mungkin ada kaitan dengan pak ngah, pak cik, pak long dan mertua ke? Atau mungkin dah bayar tapi tersilap akaun.
Dalam perbahasan Belanjawan 2009 beliau turut menjelaskan mengenai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang membuat penyiasatan terhadap seorang pegawai Mais dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Katanya, Tuanku Sultan menyokong tindakan BPR supaya diambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan wang kerajaan atau menyalahgunakan kuasa.
Sebab itu tambah beliau berdasarkan tindakan itu seorang pegawai LZS ditukarkan ke Kolej Islam Selangor (Kuis) tetapi seorang lagi pegawai didakwa terbabit masih berada di Mais. ... selanjutnya.
Labels: Belit Khir Toyo, Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Gimik BOM di PWTC
Kehadiran unit pemusnah bom berada di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difaham untuk memeriksa sebuah bungkusan yang ditemui berhampiran kawasan letak kereta di luar bangunan tersebut.Wah ... memang hebat gimik UMNO kali ini. Letak bungkusan nasi lemak, tapi di katakan bom. Nak bagi lagi gembak, usung robot pemusnah bom, berlegar cari bom dalam bungkusan. Siapa la pulak yang bakal kena tuduh ni .....
Kira-kira 10 anggota polis kelihatan mengawal kawasan berkenaan dan mengarahkan orang ramai beredar dari situ.
Para wartawan juga dilarang menghampiri kawasan tersebut.
Sehingga jam 5.16 petang ini, robot dari unit tersebut masih menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut.... selanjutnya.
Waakakakakakak
Labels: Barua UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bukan kerana Cina atau wanita, kata Hassan Ali
Siasah | Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, dia bersedia menyokong perlantikan sesiapa sahaja termasuk Cina dan wanita asalkan calon itu benar-benar profesional.no2umno - dengar baik baik wahai UMNO dan PKNS .. bukan soal bangsa, tapi tentang tanggung jawab dan amanah. Aku dah sebut .... Madam Low tiada bezanya berbanding Datuk Harun Salim. Kita ingat bangsa Cina musuh, tapi yang buaya betul adalah bangsa sendiri. Itu kena akui ...
"Saya bersedia untuk menyokong perlantikan pengurus besar PKNS yang baru kalaupun dia bukan Melayu dan bukan lelaki jika dia betul-betul profesional dan bakal membawa masa depan yang baik kepada PKNS," kata Hassan Ali.
Pandangan ini, kata beliau, ekoran banyak cerita yang beliau dengar tentang Madam Low di samping cerita tentang bekas Pengurus Besar yang akan bersara, Datuk Harun Salim.
Bagi timbalan beliau, Khalid Samad pula, darah baru diperlukan oleh PKNS selepas menghadapi pelbagai cerita negatif.
"Jika kita kata pengurusan PKNS tidak bagus, saya beranggapan Madam Low juga tidak bagus kerana dia adalah salah seorang pengurus kanan badan itu bukan kerana dia bukan Melayu.
"Sesiapa yang memimpin PKNS pun tidak ada masalah asalkan dia memahami dasar dan tujuan PKNS serta dapat mematuhi Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh MB.... selanjutnya.
Dan dengan kenyataan ini UMNO jangan buat buat cerita tentang bangsa lain ... kalau ada akal la ....
Labels: PKNS
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
PKNS: Kenyataan Media AMK Selangor
30 Oktober 2008
Perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS adalah bersifat sementara dan seharusnya diterima dengan hati terbuka.
AMK Selangor berpendapat perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS hanya bersifat sementara mendapatkan pengganti jawatan itu yang kosongkan atas persaraan Dato’ Harun Salim. Kemungkinan jika pengganti yang sesuai akan diperolehi, maka Puan Low akan memegang jawatan Timbalan Pengurus besar Akaun dan Korporat semula.
Tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam perkara ini sememangnya menjadi persoalan berbagai pihak samada dari rakyat negeri Selangor sendiri, parti-parti komponen Pakatan Rakyat mahupun juga pihak pembangkang, UMNO dan Barisan Nasional.
Persoalan ini tidak akan timbul sekiranya isu persaraan Dato’ Harun sebagai Pengurus Besar dapat ditangani dengan menyediakan calon-calon yang berkarisma dan sesuai dicari sebelum tibanya saat-saat akhir beliau bersara pada hari ini. Mengapakah pengganti Pengurus Besar PKNS ini tidak dicari sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sebelum 30hb Oktober 2008?
Ini menunjukkan bahawa pentadbiran PKNS dan Kerajaan negeri Selangor kurang kemas dan tidak membuat perancangan yang rapi dalam menyelenggarakan permasalahan ini. Ini diumpamakan seperti mengambil pepatah Melayu “Rumah Siap Pahat Berbunyi”. Menteri Besar disaran agar melaksanakan perancangan seperti konsep “Plan, Do, Check, Action (PDCA)” dalam membuat semua perancangan-perancangan yang melibatkan kepentingan rakyat dan pentadbiran.
Permasalahan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan negeri Selangor dapat memahami dan mempraktikkan konsep “Effective Change Process Management” dalam menguruskan perkara-perkara yang memerlukan pertukaran dalam pengurusan tertinggi “GLC” @ syarikat berkepentingan negeri.
AMK Selangor menyarankan, agar semua pihak bertenang dan memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang positif. Usahlah dimainkan sentimen perkauman dan menyemai rasa benci sesama rakyat jika sesuatu tindakan radikal dan sensitif diambil dalam menangani sebarang perancangan atau tindakan diambil.
Memang sudah menjadi tradisinya, Pengurus Besar PKNS adalah dari seorang lelaki dan berbangsa Melayu sejak penubuhan PKNS bermula pada tahun 1964. Tetapi dalam perkara ini, Puan Low hanya dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar dan hanya diberikan kontrak tidak lebih dari 1 tahun!
AMK Selangor berkeyakinan bahawa Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang amat kukuh dan agenda yang tersendiri dan berfaedah dalam membuat keputusan itu. Kami juga berpendapat beliau adalah seorang ahli korporat Melayu yang bukan calang-calang pemikirannya, pandangannya dan tindakan beliau dalam membuat keputusan yang amat penting seperti itu. Harapan besar kami agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya bagi mengatasi dan mencari formula terbaik dalam menyelesaikan kemelut kerugian PKNS yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit yang dilaporkan sebelum ini.
AMK Selangor menyeru rakyat negeri Selangor agar berfikir dengan sewarasnya dalam membaca berita-berita yang sensasi dalam isu yang digembar-gemburkan oleh media sejak awal minggu ini. Kita kena berfikiran positif dan pro aktif dalam menerima dan memberi pandangan dalam sesuatu perkara dan isu. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menghormati perasaan tidak ketentuan dalam menangani isu perkauman yang sudah mula disiram dan diheboh-hebohkan oleh pihak yang suka menangguk di air keruh.
Rakyat negeri Selangor seharusnya bersyukur kerana mendapat seorang Menteri Besar yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran korporat dan pentadbiran. Di samping itu, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah di bawa oleh beliau adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membantu keseluruhan ekonomi rakyat di negeri Selangor ini tanpa mengira kaum, taraf hidup dan jantina.
Namun, amatlah diharapkan agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan sebaik-baiknya agar semua pihak terutama rakyat negeri Selangor akan berpuas hati dan mendapat faedah dengan agenda-agenda beliau. Bak kata pepatah Melayu lagi seperti menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik elok dan tepung pula tak bertaburan.
Yang paling penting bagi AMK Selangor adalah agar keputusan yang telah diambil oleh Menteri Besar ini akan dapat membuatkan PKNS memperolehi keuntungan yang lebih lumayan dibandingkan sebelum ini. Dengan keuntungan itu, rakyat negeri Selangor akan dapat memperolehi hasil dan faedah yang sebaiknya. Selari dengan falsafah penubuhan PKNS itu sendiri “Kemajuan Untuk Rakyat”.
“Harapan Baru Untuk Selangor dan Malaysia”
Mazli Saring
Ketua Penerangan AMK Selangor
melalui email
Labels: PKNS
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Bohong untuk tutup tipu
The meeting was deferred to Monday after Finance Ministry secretary-general Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah failed to turn up and sent a representative instead.Pecah kepala pikir macamana nak cipta bohong untuk tutup tipu. Bila citer pasal harga mahal yang pelik, ada yang cuba nak cerita .. harganya murah sikit. Silap kira. Wakakakaka...
PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid said Wan Abdul Aziz had been expected to attend the inquiry yesterday.
"We are not happy with this (Wan Abdul Aziz's absence). We wanted him to attend as the custodian of the (ministry's) purchasing procedures.- NST
Azmi Khalid pun cakap .. pembelian mengikut prosidur tiba tiba Timbalan Menteri Pertahanan kata pulak, pembelian berpandu pada katalog. Satu lagi cerita sudah kantoi ... !!!
Sekarang ni Azmi Khalid kata siasatan terpaksa di tangguhkan minggu depan sebab yang perlu di soal tak dapat datang kerana ada hal penting. Wakakakak !!!
Mungkin ceritanya cam ni
Hello Mi .. !!! Kau tolong cover sikit. AKu nak cerita pada Wan Aziz ni........... . Kalau tak bagi briefing, kang kita kantoi lagi. Nko tengok la semalam tu, si tolol tu kata kita beli heli guna katalog. Bangang betul. Tak pasal pasal kantoi ... !!1
Kalau diorang tanya progress ...
Nko kata Wan Aziz ......... ni tak dapat datang, dia ada hal penting.
Peduli apa. Diorang tak boleh cakap apa apa pun.
Cerita ni kejap aje. Lepas PAC buat keputusan nanti, Semua orang pun senyap.
Lepas settle kita celebrate. 20% !!!
Wakakakakk !!!!
Labels: eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments