KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 10, 2008

Mari lawat Blog "SAKA BANGSA"

Waktu sekarang, jam 10.48 malam, tarikh: 10 jun 2008. Siang tadi satu pengumuman penting. Wahhhh hebat.... Pemuda Umno dah ada blog sendiri. Nama nya GAH, bunyi macam pendekar. Aku pun mula mula terkejut ... korang baca lapuran ni ...

Blog 'Saka Bangsa' bagi Pemuda Umno kekal relevan dilancar
Pengerusi sekretariat itu, Datuk Sazmi Miah berkata, pihaknya mengalu-alukan pandangan dan komen warga media serta orang ramai yang boleh dibuat menerusi laman blog http://sakabangsa.blogspots.com sehingga 20 Julai ini.

"Selepas tarikh itu, kita akan menjawab perkara-perkara yang berbangkit dan membincangkan isu semasa. - MStar.
Itu lapuran dari MStar dan bukan dari No2umno.....tapi cuba korang klik blog tersebut.

hah mesti pelik kan? Tapi sebenarnya MStar salah eja. ... sebenarnya blog SAKA BANGSA adalah ini : http://sakabangsa.blogspot.com/ [klik]

Rethinking the cost of hybrid cars

Toyota Prius (Y! Autos)green.yahoo - [... ] A lot of people get sticker shock when they look at the price of a new hybrid. They figure that the added expense won't pay itself back very quickly on fuel savings alone.

And in some cases they're right. Even with $4 gas, someone who drives 15,000 miles per year won't necessarily recoup those added costs in the first year of ownership. Depending on the non-hybrid car used for comparison, it may take two or more years before the gas savings alone equals the up-front premium for the hybrid.

But this quick analysis misses a number of hybrids' other economic benefits.

For starters, hybrids are holding their value better than non-hybrid cars. This means that, even if you don't recoup the extra cost of the hybrid in gas savings, you're likely to get more money out of the car when you decide to sell it.

In addition to resale, some lenders -- typically credit unions -- offer discounted loan rates for hybrids. And some insurance companies -- including Geico, the Travelers, and Farmers -- offer discounted premiums.
The federal government is also offering tax credits of up to $3,400 for hybrids -- but only for the first 60,000 vehicles, which means that Toyota and Honda models are no longer eligible. Some employers offer incentives for hybrid vehicles as well.... selanjutnya.

Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat

ian chin ian hn chin judgemalaysiakini - [...] Akhbar Borneo Post melaporkan dakwaan Chin bahawa Dr Mahathir telah mengugutkan untuk memecat para hakim jika mereka membuat penghakiman yang tidak menyebelahi pentadbirannya.

Chin mendengar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon DAP, Wong Hua She, yang memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu sebagai batal dan tidak sah.

Calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hing menang kerusi tersebut dengan majoriti tipis 51 undi.

Ambiga menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pihak-pihak berkuasa yang lain supaya menjalankan siasatan yang terperinci berhubung dakwaan campurtangan pihak eksekutif itu

Katanya, terdapat khabar angin mengenai campurtangan seumpama itu, tetapi berkata ini adalah kali pertama seorang hakim yang masih berkhidmat mendedahkannya.... selanjutnya.

Sanusi marah hilang jawatan

Siden ganti Sanusi
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Presiden kelima Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa 2 Jun lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Sanusi Junid yang tempoh perkhidmatannya dipendekkan dua tahun.

Tempoh perkhidmatan Sanusi sepatutnya berakhir pada 2010. - Bharian
kecewa dengan tindakan itu .... Sanusi Junid keluarkan kenyataannya ...
sanusi junid'PM pengaruhi pemecatan saya'
Beliau berkata Sultan Pahang sebagai ketua perlembagaan universiti itu "hanya boleh memberhentikannya atas nasihat" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya hari ini, Sanusi berkata beliau dipecat dalam satu surat bertarikh 2 Jun tetapi surat tersebut diserahkan kepadanya semalam.

Beliau berkata, dakwaannya itu diperkuatkan lagi oleh kenyataan menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada minggu lalu bahawa tiada pihak yang mendesak supaya bekas menteri besar itu berhenti dan kuasa menamatkan khidmatnya hanya ada pada ketua perlembagaan UIA. - malaysiakini
Nak buat camane ? Itu lah nasib jadi pembangkang. Jangan tak tau lak.

Mak Ai... Banyaknya Elaun Menteri!!

azzlie - Barulah saya tahu betapa banyaknya elaun keraian pegawai-pegawai kerajaan selama ini. Mak aii!! Berapa kali ganda gaji saya sebulan tu. Menurut surat khabar utusan, , elaun-elaun Menteri adalah seperti berikut.

1 - Perdana Menteri - RM 18,865
2- Timbalan Perdana Menteri - RM 15,015
3- Menteri - RM 12,32o
4- Timbalan Menteri - 6,000

Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Elaunnya sahaja dah berkali ganda dari gaji rakyat marhaen biasa. Katalah pendapatan rakyat RM 2,000 maka elaun perdana menteri sahaja - 9 kali ganda (9 bulan sara hidup), Timbalan Perdana Menteri (7 bulan lebih), Menteri - (6 bulan lebih) dan Timbalan Menteri (3 bulan sara hidup).

Elaun keraian sahaja ini. Tak termasuk elaun-elaun lain yang berkaitan. Patutlah banyak sangat cukai pendapatan, cukai jalan, cukai kereta yang perlu dibayar oleh rakyat marhaen. Agaknya, sebab itu lah Pak Lah asyik tertidur tidak kira majlis apa pun. Pening kepala macam mana nak habiskan elaun keraian itu, atau baru je semalam dapat menghabiskan elaun keraian rakyat. Patutlah kerajaan dah tak mampu tanggung subsidi - rupanya nak 'cover' subsidi lain. Macam-macam!!

NSTP FREE FROM KALI !!!


apanama2020 - Now, it's finally his turn!

The great Kalimullah Maseerul Hasan has been 'sacked' from NSTP (M) Bhd by none other than the Flipping Flopper PM himself.

The PM or more accurately his advisers ( including an influential guy from Bernama) is said to have TOLD Mr.Kali to vacate all his positions in NSTP as soon as possible as 'KALI HAS BECOME A LIABILITY TO THE PRIME MINISTER'.

A BIGBIRD from Berita Nasional Malaysia told me last night that he expects one his bosses to be alleviated
as the PM's 'unofficial but seen to be official' Media Adviser position.

Kali, it was mentioned, is very unhappy with the PM's decision and is said to be buying time while attempting to persuade the 'Flippin Flopper' to change his decision.

(Kali knows all too well that the guy is famous for just that)

The same bird said NSTP's Hishamuddin Aun has also been / will be asked to pack his bags, and that the Group Editor In Chief post in the media group is to be filled by Syed Nazri.... selanjutnya.

Cerita Minyak Lagi

Kerajaan menyeru agar rakyat menjadi 'mata dan telinga' kerajaan bagi memantau harga kenaikan barang².

  • Komen - Ooo rakyat di seru jadi 'mata dan telinga'. Puak dia jadi apa? Jadi 'mulut' ! ngapp segala kekayaan dan kesenangan. Bak lirik lagu Pak Pandir 'Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut ngapp diam'.
Rakyat di sarankan ubah gaya hidup. Berjimat cermat.
  • Komen - Cakap memanglah mudah. Yang memerintah (menteri²), tak keluar duit poket sendiri untuk beli petrol. Segalanya, baik petrol mahu pun kereta di tanggung oleh kerajaan (duit rakyat). Yang perlu di ubah bukanlah gaya hidup tetapi kerajaan yang ada ini.
Malas nak komen banyak², nanti kena tangkap pulak atas akta hasutan. Kita dengar apa kata Pak Menteri ni... selanjutnya.

Jangan lupa Debat Malam ini

agendodaily - TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan debat yang akan menampilkan wakil kerajaan dan pembangkang berhubung dengan langkah terbaru kerajaan berhubung penstruktutan subsidi yang membabitkan petrol dan diesel. Bagi pihak kerajaan, ia diwakil oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad manakala pembangkang pula diwakili oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Debat tersebut yang akan berlangsung jam 9.30 malam hari Selasa (10 Jun 2008) akan turut menampilkan Pengarang Harakah, lidah rasmi PAS, Ahmad Lutfi Othman bersama Syed Munawar yang akan mengajukan soalan kepada kedua-dua panel tersebut. Rancangan berkenaan akan dikendalikan oleh pengacara Sabaruddin Ahmad Sabri. Menurut Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, penyiaran debat itu yang dibuat secara langsung bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang memberikan hujah masing-masing berhubung dengan penstrukturan itu. Beliau berharap, pendekatan terbaru RTM tersebut akan dapat memberikan manfaat kepada rakyat untuk mengetahui dan memahami isu penstrukturan subsidi petrol dan diesel secara lebih jelas

Wakil rakyat PAS potong elaun 25 % sejak 18 tahun lalu

harakahdaily - [...] Ini bermakna elaun setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sehingga 25 peratus.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.

Image�Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang,� katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Pasir, hari ini.

Semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa 1 Julai depan.

Menurut Perdana Menteri pemotongan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan begitu tinggi harga minyak sekarang.

Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti.

Selepas wakil-wakil rakyat PAS diisytihar menang dalam pilihan raya mereka akan diberi borang khas untuk diisi bagi pemotongan elaun bulanan yang diterima mereka.

Perkara itu bukan baru sebaliknya sudah lebih 18 tahun lalu ketika kerajaan PAS mula-mula berkuasa di Kelantan selepas pilihan raya umum 1990,� ujarnya.... selanjutnya.

Sebelum ini ..... berita yang kelakar diterima ..Elaun keraian menteri, timbalan dikurangkan 10 peratus . Korang ketawa lah ramai ramai. Jangan sampai tergolek jatuh ke bawah .....

Kenyataan Rasmi Ketua Penerangan Terhadap Fitnah Ke Atas PAS

tranungkite - Sehubungan dengan SMS yang diedarkan oleh pihak tertentu dan laporan dalam laman web yang mendakwa seolah-olah Parti Islam Se-Malaysia PAS telah menghantar satu delegasi perundingan dengan pihak Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran. Maka, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menafikan sekeras-kerasnya kewujudan perkara tersebut.

PAS cukup menyedari bahawa sokongan dan mandat yang kami terima daripada pelbagai golongan pengundi yang merentasi pelbagai kaum, agama dan budaya, adalah untuk kami bersatu dengan parti pembangkang yang lain di atas nama Pakatan Rakyat agar melakukan perubahan, penambahbaikan dan reformasi terhadap pelbagai aspek kehidupan politik dan ekonomi negara agar mengeluarkan rakyat dari kemelut dan krisis berpanjangan. Tentunya PAS, tidak sama-sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

PAS juga amat sedar akan mainan politik dan perang saraf jahat pihak media dan BN dengan cubaan mereka untuk pecah-perintah Pakatan Rakyat serta menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan Rakyat yang lain, rakyat dan pengundi terhadap kami. ... selanjutnya.

Khir Toyo cuba ganggu lagi

Jangan bayar cukai pintu, air – Mohamad Khir
tranungkite - [...] Penduduk di negeri ini diminta tidak menjelaskan cukai pintu bagi tempoh penggal kedua tahun ini sekiranya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan kadar cukai itu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam proses mengeluarkan bil cukai pintu untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.

''Kita beritahu rakyat, jangan bayar bil cukai pintu sebab janji mereka dahulu selepas 100 hari, penduduk akan menikmati pengurangan cukai, oleh itu mereka perlu menunaikan janji.

''Kalau kerajaan negeri hendak sita rumah penduduk yang tidak menjelaskan cukai pintu, sitalah beratus ribu rumah, kita mahu lihat sejauhmana mereka mampu bertindak ,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini... selanjutnya.
No2umnO - Mula mula UMNO guna bekas mahasiswa UITM untuk buat lapuran polis berkaitan manifesto. Bila orang dah kenal budak sekor ni .... kes tu senyap dan budak tu pun tak bercakap sampai la ni. Lepas tu kecoh pulak beberapa hari yang lepas, tentang isu lapuran BPR yang dibuat oleh ahli PKR di Kuala Selangor. Bila bertanya tentang 4 mangkuk ni pada orang kampung di Kuala Selangor, semua pun tak kenal. Nak menipu mudah, bayar RM1 jadi ahli, lepas tu buat lapuran BPR. Kononnya .... ahli PKR yang kecoh.

Dan sekarang, Khir Toyo minta rakyat Selangor tak payah bayar air dan cukai pintu pulak. Kalau dah lahir sebagai penipu, sampai mati pun menipu. Disebelah pihak lagi, SYABAS tolak semua usul dari kerajaan Selangor untuk tidak memberikan air percuma kepada rakyat. Rasanya otak membelit UMNO ni tak habis habis mengganggu gugat pemerintahan Parti Lawan mereka. Maklumlah, dah tak der kerja. buat benda yang kononnya nak hilang kan kepercayaan rakyat pada Kerajaan PR. Bila dah sibuk layan karenah diorang, sopak dan kudis yang diorang tinggalkan, tak cukup masa nak siasat.

Semua tekanan ala siput babi cam ni akan berhenti kalau kerajaan Pusat bertukar. Buat masa ni, pihak berkuasa takut pada UMNO. Bila takut, UMNO naik kepala. Maklumlah, siapa yang berani siasat mereka. Bila peralihan kuasa berlaku kelak, kencing diorang pun tak selawas sekarang. Kita tengok kan, sejauh mana hebatnya Khir Toyo ni bila berada di dalam mahkamah.... Bila dah terperosok di kandang pesalah, tu jam baru Kerajaan Selangor boleh buat kerja dengan aman.

Jakim bersungguh dengan Islam Hadhari

Kalau Jakim dah bingung, aku lagi bingung. Bersungguh sungguh betul nak adakah pesta Hadhari. Besar bajet nya tu. Siapa yang dapat? Berhenti kan upacara, ada yang miss soru. Hmmmm.... siapa yang sungguh sungguh ni? Pak Lah sendiri pun dah tak sebut pasal Hadhari. Jakim masih bersemangat. Macam ada udang dalam ketam.

Islam hadhari tetap di negeri Pakatan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan memang menjadi tanggungjawab jabatan itu, sebuah badan bawah Jabatan Perdana Menteri, menjalankan program tersebut dan tugas itu akan diteruskan.

"Sebelum diharamkan dulu, kita (Jakim) telah melaksanakannya di sektor awam dan perdana menteri menyuarakan di peringkat antarabangsa. Dalam konteks Malaysia, kita fokus kepada pelaksanaan program," kata ketua pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau menambah, selepas pilihanraya umum 8 Mac, program-program jabatan itu untuk mempromosikan Islam hadhari tidak menghadapi sebarang masalah.

"Tidak ada masalah. Program macam biasa. Ia meliputi semua negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini. - seterusnya di Malaysiakini

Anak nko jahat, anak aku baik

DUlu kita kecoh dengan nepo dan kroni. Gelagat anak pemimpin. Orang tu kata anak dia jahat, Orang ini kata anak dia pula jahat. Semua anak pemimpin jahat ke? Kita tengok baca dulu cerita ni....

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh si polan-si polan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?

Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan soalan itu dalam dakwaan pembabitan syarikat milik anak perdana menteri dalam isu longgokan bas RapidKL yang tersadai seperti dilaporkan sebuah akhbar bulan lalu.... malaysiakini
Nah .... lanjutan nya terdapat chedet....

Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama? - selanjutnya di Chedet
Dan ini, dulu punya cerita ... [denkoh]

Ni punya cerita semua jaga tepi kain orang, sedap betul ngutuk anak orang. Tapi dua dua pun sama. Ehhhhh .... mana pegi anak aku tadi?


Siapa fitnah sekarang?

Aku boleh kategorikan Berita arus Perdana sebagai menghasut, menipu, membohong dan menabur fitnah. Ini penjelasan dari MB Selangor sendiri.

BPR tidak siasat pegawai MB S'gor
Badan Pencegah Rasuah (BPR) belum menyiasat pegawai kanan di pejabat menteri besar Selangor, seperti dilaporkan stesen televisyen swasta semalam.

"Laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana pihak BPR tidak datang ke pejabat menteri besar Selangor bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan menyalahgunakan kuasa pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya," satu kenyataan pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik hari ini.

Dalam beritanya jam 8 malam tadi, TV3 menyatakan badan itu telah mengambil keterangan pegawai terbabit pada sebelah petang.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berharap laporan stesen televisyen tersebut diperbetulkan kerana ia boleh memberikan gambaran yang tidak benar. - Malaysiakini
Bila dah jadi cam ni .... tak der siapa ke nak saman? Kalau wak .... aku saman je. Pandai pandai buat berita palsu.

Naik minyak 61%, potong Gaji Menteri cuma 10%

harakahdaily - [...] "Kerajaan boleh menaikkan harga minyak daripada 41 sehingga 63 peratus tetapi hanya potong 10 peratus elauan keraian, kenapa tidak 50 peratus?

"Bagaimana dengan elaun-elaun lain termasuk tip elaun yang melibatkan ratusan ringgit setiap hari yang mana menteri dan timbalan menteri memperolehinya?," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut laporan elaun keraian bulanan ketika ini bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Kit Siang menyatakan sepatutnya sejak dari awal lagi elaun menteri kabinet dan timbalan menteri didedahkan kepada umumkan bukan sahaja sebagai tanda serta contoh kepimpinan dalam soal ketelusan dan atas dasar bertanggungjawab dan menunjukkan ianya kerajaan berwibawa sebaliknya untuk membuktikan mereka juga turut merasai keprihatin yang dialami oleh rakyat disebabkan ketidakwajaran kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini.

Katanya lagi kenyataan Abdullah itu dilihat bukanlah ' yang pertama dan terakhir ' kerana pelbagai pengumuman yang bakal dibuat kerajaan bagi 'memujuk' setelah rakyat merasa marah dan 'memberontak' akibat kenaikan harga minyak ini. ... selanjutnya.

Harga minyak dunia boleh naik tetapi dalam negara perlu lebih rendah - Husam

Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah

harakahdaily - [...] Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),... selanjutnya.

Khalid Jangan Biarkan Bunga Kemarahan Terus Tumbuh!

msomelayu - [...] Kelemahan dan terlalu tolak ansur kerana kepentingan politik merbahayakan masa depan Khalid. Beliau mungkin popular dari kalangan satu puak tetapi beliau dibenci dan dimarah oleh puak lain. Khalid kena berhati-hati dan perlu meluaskan bingkai ruag politiknya sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan kontroversi dan menanggung kerugian.

Beliau tidak boleh dibelit oleh penasihat politik yang bersifat parasit seperti pokok dedalu. Kerana lama kelamaan beliau akan mati seperti pohon mangga yang mati kerana dibelit oleh pohon dedalu secara halus dan licit! Ingat sikap dan rasmi dedalu mulanya ia menumpang sahaja lama kelamaan menjadi raja atas bangkai orang yang ditumpanginya.

Projek ladang babi mega (pinjam istilah Khir Toyo) bernilai RM100 juta mungkin sudah selesai dan Khalid berjaya dalam isu kontroversial ini. Projek itu memberi penyelesaian kepada semua kaum walaupun secara spesifiknya ia menguntungkan satu kaum saja, Cina. Kesilapan pertama itu boleh dimaafi.

Apa yang menarik dan sedang menanti kini ialah mengenai cadangan untuk merombak peraturan saiz pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor agar melebihi 10,000 kaki persegi seperti mana yang dihadkan sebelum ini. Cadangan ini nampak cukup liberal namun ianya sangat sensitif dan bahaya.

Peraturan dan kawalan ini sudah ada. Tidak perlu ianya dirombak. Menjadi tugas Khalid untuk mempertahankan peraturan yang sedia ada ini. Perlu diingat sesuatu yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu wajar dikekalkan dan tidak payah dipinda-pindakan lagi.... selanjutnya.

No2umnO - Dengar dengar lah nasihat TG Nik Aziz.

Naik ... jangan tak naik

Many hawkers here raised their prices earlier this year when the cost of flour, rice and other raw ingredients went up. Some said they have yet to increase their prices after last week's fuel price hike, as most of their customers were from the working class and could not afford any drastic increase.

The Star - A sign of costly times:A hawker with a sign showing that his prices had been raised on June 1, days before the fuel price hike was announced. With transport firms planning to raise charges and with electricty tariffs set to go up, the price of hawker food looks set to go up again soon. For now, though, most hawkers are holding out without raising prices.... selanjutnya.

No2umnO - Sebelum keadaan menjadi hiruk pikuk, baik kita protes. Kalau duduk kat rumah, hidup kita punah.

Who is Selangor PKR Youth chief?

Khairul Anuar Ahmad Zainudin's appointment is not recognised by the state's PKR information bureau.
Khairul Anuar Ahmad Zainudin's appointment is not recognised by the state's PKR information bureau

NSt - [...] Khairul Anuar, who contested in Pekan against Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in the last general election, was elected by the central AMK as Selangor AMK chief at a meeting on May 11.

However, the appointment was not valid because the state PKR liaison chief, who is also Selangor Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was not informed about it first.

Therefore, the state PKR still recognises Halimey as the Selangor AMK chief but at the same time, Khairul Anuar who is also the central AMK deputy chief is recognised by the central AMK as the new state chief.
The conflict has confused many Selangor AMK members, with Halimey claiming that he is still the chief while Khairul Anuar is claiming that he has already taken over the position.

State PKR liaison secretary Mohd Yahya Mat Shari said according to the constitution, the central AMK has the right to appoint a new state youth chief but must first get the approval of the state liaison chief.... selanjutnya.
no2umno - Hah .... terus kecoh. PKR selangor terus kemelut dengan masalah AMK. Buat macam wak ni senang. Gi surau, balik surau. Tak tau mende. Kalau orang panggil berjuang, baru wak keluar ke jalan.

Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

harakahdaily - 1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja. ... selanjutnya.

berita lain
Anwar terus adakan mesyuarat berkala dengan anggota Pakatan Rakyat
Potongan elaun bersifat 'kosmetik', pujuk hati rakyat
Demonstrasi rakyat 13 Jun, laksanakan tanggungjawab anda
Keuntungan hasil minyak dibazir, negara dipenuhi penyelewengan - Presiden PAS

'Kenaikan harga minyak tidak dibincang dengan MT Umno' - Khir Toyo

harakahdaily - Kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bagi melihat dari perspektif kepentingan rakyat banyak.

Malah kenaikan harga petrol sebanyak RM 0.78 seliter diakui sememangnya amat tinggi dan sukar untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana menerimanya.

Demikian luahan pendapat Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo yang juga turut terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan,

"Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikan drastik ini. Mungkin jika ia dapat dikurangkan separuh daripada kenaikan hari ini pun ia cukup bermakna kepada rakyat dan industri kecil dan sederhana," katanya dalam blognya.

Selain itu beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menurunkan tarif elektrik bagi mengimbang kenaikan kos akibat harga petrol malah memberi subsidi kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus juta syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company - GLC) sehingga rakyat di bawah menderita. Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?" katanya.

Selain itu Khir juga menyarankan Petronas dan semua GLC negara mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu di berikan kepada mereka.

Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada Kerajaan Negeri di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual, katanya.... selanjutnya.

Jom Protes Minyak !!!



Masa yang dinanti nantikan. Penting dengan kadar segera. Turun beramai ramai memenuhi jalanraya dan ruang ruang kosong di ibukota. Desak agar kerajaan turunkan harga minyak dengan kadar segera.

Bermula dari Masjid Kampung baru menuju ke KLCC. Selepas Solat Jumaat. Kepada bangsa asing, tunggu kami di sepanjang jalan menuju ke sana. Bawa bersama Banner dan sepanduk. Golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.

Masa depan ditangan anda, masa depan kita semua. Jangan benarkan kelewatan ini diambil oleh sebarang pihak untuk menaikkan harga barangan yang perkhidmatan sewenang wenangnya. 1 Julai akan ada kenaikan harga barangan asas yang baru. Caj elektrik akan melonjak naik dan membebankan kita semua.

Asyik asyik kita yang kena. Mana boleh tahan beb. Bertindak sebelum parah. Hak kita, tanggung jawab kita.

Rujuk butiran perhimpunan di SINI.

Negara bertambah kaya, kenapa rakyat makin terbeban

harakahdaily - [...] "Sebab apa kita nak naik. Naik sepuluh dolar satu tong pendapatan negara meningkat 10 bilion ringgit bukan kita lagi miskin kita lagi kaya.

"Kita jual lebih banyak naik harga pendapatan bertambah. Kita jual barang keluaran negara kita kita jual durian contohnya. Bukan setakat kita eksport durian harga jadi 100 peratus dahulu RM5 sebiji naik RM10 sebiji pendapatan kita bertambah.

"Sudah pendapatan bertambah bagi negara bukan rakyat yang jual negara yang jual pendapatan dia meningkat sebaliknya rakyat kena beban. Ini dia pemikiran politik pemimpin Umno sekarang.

"Sebab itu lagi cepat kita turunkan Umno lagi selamatkan rakyat dalam negara kita,jelasnya ketika berceramah di Taman Keramat Au2 di sini, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Dr Shaari Sungip.

Anwar menyifatkan kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.

"Kita bukan Indonesia, Singapura atau India. Kita negara pengeluar minyak. Saya baru balik dari Filipina melawat Aquino sakit kerana barah. Semua kawan kita pun terkejut kenapa Malaysia terikut dalam masalah harga minyak kerana dia negara pengeluar minyak," kata Anwar. ... selanjutnya.

Himpunan Rakyat 13 Jun Dipimpin Oleh Pemuda PAKATAN

The image “http://www.philippetastet.com/contenu/en-version/raise-of-petrol-price.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.tranungkite - [...]Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara akan hadir dan memimpin Demontrasi Rakyat yang akan diadakan pada 13 Jun 2008 di ibu negara. Program ini pada asalnya bermula dari kalangan pemudawilayah diangkat ke peringkat nasional sebagai membuktikan keseriusan Pemuda PAKATAN dalam menghadapi isu kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik.

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan City Bank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.

Bagi mereka yang bukan muslim, disarankan menunggu di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Para peserta perhimpunan digalakkan membawa sepanduk atau bahan-bahan demontrasi yang tidak membahayakan dan tidak menggangu ketenteraman awam. Para peserta juga dinasihatkan membawa air mineral bagi persediaan awal agar tidak terlalu letih dan kehausan.

Diharapkan golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini. Inilah masa untuk kita bergandingan tangan menunjukkan bahawa kuasa dan suara rakyat itu wajib didengar dan diambil perhatian.... selanjutnya.

Rumah Imam dan Bilal TTI jadi ‘Guest House’.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/rumahimambilaltti.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Empat buah rumah kembar setingkat yang asalnya dibina sebagai kompleks untuk rumah imam dan bilal yang bertugas bagi masjid kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, kini dijadikan rumah tetamu (Guest House).

Sumber Buletin Online menyatakan, rumah tersebut yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM 3 juta dijadikan rumah tetamu kerana dikhuatiri ia akan menjadi terbiar begitu sahaja.

Keadaan itu berlaku disebabkan tiada penempatan pegawai masjid samada imam dan bilal justeru masjid kristal tidak dapat diiktiraf sebagai sebuah masjid.

Tidak ada penduduk yang bermukim dan kariah/qaryah (kampung) disekelilingnya yang akan menjadi jamaah kepada masjid tersebut, menyebabkan ia tidak layak menjadi sebuah masjid.

Justeru sehingga kini tidak ada azan yang berkumandang dan solat fardhu lima waktu yang didirikan di masjid kristal apatah lagi solat Jumaat.

Selain itu Buletin Online dimaklumkan, TTI sedang dalam peralihan untuk diambil alih sepenuhnya oleh pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).... selanjutnya.

Pakatan Rakyat malam tadi bincang protes minyak naik harga

MStar - Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di sini malam tadi bagi membincangkan tindakan barisan pembangkang terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel minggu lalu.

mStar Online difahamkan pertemuan itu dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berlangsung di kediaman beliau di sini.

Ia turut disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun tiada kenyataan dikeluarkan pada akhir mesyuarat itu yang bermula kira-kira pukul 9 malam tadi.

mStar Online juga difahamkan mesyuarat tersebut telah membincangkan tindakan protes yang dijadual berlangsung Khamis ini di ibu negara.

Dalam blognya dua hari lalu, Anwar berkata, beliau akan membangkitkan pendekatan muafakat bukannya tergopoh berhubung bantahan yang dikemukakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak pada pertemuam malam ini.


Kerajaan UMNO/BN ‘Makan Habis’ Hutan Simpan

buletinonline - [...] Hanya negeri Pahang diantara 11 negeri di Semenanjung yang menambah hutan simpan, manakala Perlis dan Wilayah persekutuan tidak bertambah ataupun berkurang.

Pengarah Perhutan Negeri Sembilan, Ahmad Zainal berkata pengeluaran kayu balak besar-besaran itu dibuat oleh kerajaan yang lalu.

Beliau berkata pihak negeri telah menandakan kawasan yang akan di gazetkan semula, namun beliau tidak mengemukakan saiz penggazetan semula itu.

Beliau juga berkata anggapan sesetengah pihak bahawa adalah mustahil untuk meningkatkan hutan simpan memandangkan jumlah hutan yang berkurang adalah anggapan yang salah.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/balakharam1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.”Sessebuah negeri boleh menanam semula hutan dan digazetkan semula, program penghutanan semula juga boleh dibuat,’ kata beliau.

Sehubungan dengan itu kerajaan Terengganu di minta mendedahkan hasil penyiasatan terhadap kes pembalakan haram di hutan simpan Bukit Bauk, Dungun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli berkata, sehingga kini sudah empat bulan berlalu namun tidak ada sebarang kenyataan samada dari Jabatan Perhutan Ngeri atau pun dari Exco yang berkenaan.

Menurut beliau pada 23 Jan lalu, media melaporkan Jabatan Hutan Terengganu sedang menyiasat satu laporan berhubung kegiatan pembalakan haram yang didakwa berlaku di luar kawasan yang dibenarkan.... selanjutnya.

Dr M stokes fire of anger against Pak Lah

malaysianinsider - [...] Today, it was Dr Mahathir’s turn to stoke the fire of anger against Abdullah. Posting on his blog, he accused Abdullah of colluding with Singapore and scuttling the plan to build a crooked bridge to the republic.

He said that the work on the bridge was stopped so “that Dato Seri Abdullah’s Government could offer to sell 1 billion cubic metres of sand, and overflight rights for Singapore military aircraft over Johor Baru if Singapore agreed to a straight bridge.’’

“Someone stood to make a lot of money selling 50 million cubic metres of sand per year for 20 years to Singapore for land reclamation. This was a very attractive offer as the reclaimed land can sell for 3,000-5,000 Singapore dollars (about RM6,000-RM10,000) per square metre. The Singapore Government stood to make an enormous amount of money selling this land. They therefore agreed to the straight bridge.”

That dredging sand from the seabed would cause erosion of the coast, destruction of fish breeding grounds and deprive Johor fishermen of their livelihood were not of concern to the Government of Dato Seri Abdullah.... selanjutnya.

PKR rally — like the elections haven't ended

malaysianinsider - On the way to the Parti Keadilan Rakyat ceramah in Hulu Kelang yesterday, my taxi driver shares his thoughts on the state of the nation, as they are wont to do. His worldview is shaped by an emphasis on Islam, that a capable leader who centres his principles on the Quran will be the just and caring leader for all.

As a frontliner in the oil price hike issue, this fiftysomething Malay father of six is directly affected, but he sighs, "Nak buat macam mana (what can one do)?" His hope is for his ideal Islamic leader to emerge that could care enough to solve his predicament.

Another taxi driver, a Chinese man in his 60s who drives a 32-year-old Mercedes between Kuala Lumpur and Malacca echoes this helplessness in the face of the crunch of the oil price hike. He doesn't believe protests will do anything, because "the government is not afraid". He can only cope by raising his inter-state fare by RM3 per passenger, which in his calculation merely detracts RM24 from the RM40 daily rise in petrol that he has to absorb.

Taxi drivers are the markers for the lower-middle class income group, alongside hawkers and fishermen, that is often invoked by politicians, as Azmin Ali and Anwar Ibrahim did so in this ceramah, for being victims at the neglect of government.

They also interact with a wide cross section of society, and offer, if not the most accurately representative, at the very least perspectives that are more varied than usual. The information they accumulate are similarly as random in content and source.... selanjutnya.

DUN S'gor siasat isu pegawai MB

khalid ibrahim and selangor statemalaysiakini - [...] Jawatankuasa anti-penyelewengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersedia menjalankan siasatan berhubung salah guna kuasa di negeri itu.

Teng Chang Khim, pengerusi jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat), menyeru pengadu kes dakwaan salah guna pegawai kanan di pejabat menteri besar agar segera menghubungi beliau.

Teng, yang juga speaker DUN, hari ini berkata jawatankuasa tersebut boleh bersidang sebaik sahaja pengadu memberi maklumat yang diperlukan.

"Sukacita dimaklumkan, mengikut Jadual A, Artikel 77 undang-undang tubuh negeri pengadu-pengadu boleh diberi kekebalan daripada tindakan undang-undang jikalau terbukti aduan itu tidak berasas kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, pegawai kanan itu didakwa menyalahgunakan kuasa pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya....selanjutnya.

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok

harakahdily - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.- tajdid

Berita pelik hari ini [9-June-2008/Isnin]

"Lepas satu, satu" Keluhan rakyat [klpos]
Kerajaan kaji hapus cukai jalan [klpos]
Govt hospitals getting ready for higher traffic [thestar]
Rumah tak siap sejak 10 tahun [hmetro]
Elak promosi unsur perjudian [hmetro]
Penguat kuasa imigresen dicekik [hmetro]
Prices to go up 10% next month [thestar]
Resolusi retreat MT Umno waktu terdekat? [mstar]
Demonstrasi jalanan di Bangkok punca keadaan tegang [mstar]
Mesyuarat Majlis Inflasi petang, Pak Lah umum strategi kurang beban? [mstar]
Kenaikan minyak global tak jejas harga tempatan [bharian]
Tiada perubahan ketara harga [bharian]
Majlis fatwa arah PTPTN ubah kaedah kira caj [bharian]
Duit pemimpin UMNO di BANK ISRAEL [matsamankati] mesti baca !!!
Pembangkang tetap anjur perhimpunan [utusmeloya]
Potong elaun menteri tidak rasional [utusmeloya]
Inflasi: Pakar ekonomi bimbang [utusmeloya]
MTUC rancang piket [utusmeloya]
Wakil rakyat DAP tidak pakai songkok dianggap biadap [utusmeloya]
Tidak boleh tanding jika ‘dosa’ banyak [utusmeloya]
Pelajar lapor polis dakwa didaftar jadi anggota MCA [utusmeloya]
Lonjakan harga daging import - Peniaga semakin terdesak, tidak peduli lagi tindak balas[kosmo]
Dah lama tak patuh siling [kosmo]
Caj lori pula naik tujuh sen, menyamai paras siling[kosmo]
Harga ayam boleh cecah RM9 - FOMCA [kosmo]
Naik tambang, permit 7 bas disita [kosmo]
Tiket bas naik: Dua 'ulat' berpakat? [kosmo]
Kini harga gula pula naik [kosmo]

Posting terkini

Blog Archive