agendodaily - TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan debat yang akan menampilkan wakil kerajaan dan pembangkang berhubung dengan langkah terbaru kerajaan berhubung penstruktutan subsidi yang membabitkan petrol dan diesel. Bagi pihak kerajaan, ia diwakil oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad manakala pembangkang pula diwakili oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Debat tersebut yang akan berlangsung jam 9.30 malam hari Selasa (10 Jun 2008) akan turut menampilkan Pengarang Harakah, lidah rasmi PAS, Ahmad Lutfi Othman bersama Syed Munawar yang akan mengajukan soalan kepada kedua-dua panel tersebut. Rancangan berkenaan akan dikendalikan oleh pengacara Sabaruddin Ahmad Sabri. Menurut Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, penyiaran debat itu yang dibuat secara langsung bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang memberikan hujah masing-masing berhubung dengan penstrukturan itu. Beliau berharap, pendekatan terbaru RTM tersebut akan dapat memberikan manfaat kepada rakyat untuk mengetahui dan memahami isu penstrukturan subsidi petrol dan diesel secara lebih jelas
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment