Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.
Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda
“Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.
KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.... Berita Penuh
Protest: Up to 3,000 Dutch rallied Saturday against the film by far-right politician Geert Wilders, who has yet to secure an outlet for it.
Kenali musuh anda !!!
Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!
Mar 29, 2008
CELAKA PUNYA BELANDA !!!
Labels: BELANDA CELAKA
cilok & ciplak by radenjowo 6 comments
“Land improprieties” under probe
Land fraud cases took place in 2003, says CM
(The Star) - PENANG: The “land improprieties” involving “tens and tens of millions of ringgit” here which is under probe by a special state exco committee occurred back in 2003, said Chief Minister Lim Guan Eng.
He said although the previous state administration and the Anti-Corruption Agency (ACA) had completed investigation into the matter, the present administration was not happy with the outcome of the probe.
“There are many parties involved,” he told a press conference yesterday.
In a related development, former Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon’s political secretary Mark Ooi said the previous state administration had “initiated investigations and taken some action on land fraud cases” which were repeatedly mentioned by Lim and reported in the press.
He said a task force was established because Dr Koh was not satisfied with the outcome of an earlier round of investigations conducted internally by the state administration and the ACA which “identified certain weaknesses in the procedure and documentation but could not confirm any wrongdoing.”
“The task force was in the process of getting more information and exploring avenues to resolve the matter when Parliament and state legislative assembly were dissolved on Feb 13,” Ooi said in a press release yesterday.
Labels: DAP Penang
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
RASUAH POLIS TURUN 0.1% .... satu kejayaan?
Gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan anggota polis menurun sebanyak 0.1 peratus sejak kempen pemakaian lencana 'Saya Anti Rasuah' dijalankan pada 2005.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ini menunjukkan keberkesanan kempen yang telah dilancarkan itu bagi memerangi rasuah di kalangan anggotanya.
"Kita masih teruskan kempen tersebut bagi memerangi gejala rasuah habis-habisan dengan pemakaian lencana baru iaitu 'Integriti Amalan Kita," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian program polis bersama masyarakat di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini.
Musa berkata pemakaian lencana baru itu dapat membina kerohanian dan sahsiah diri anggotanya di samping membangunkan modal insan yang dapat melatih anggota supaya tidak terjebak dengan rasuah dan salah guna kuasa.
"Walaupun bermacam-macam program telah dilancarkan, sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada mengalami perubahan. Saya tidak nafikan masih ada pegawai dan anggota yang terlibat dengan gejala tidak baik ini. Tak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada undang-undang," katanya. Musa berkata pihaknya akan meneruskan usaha untuk mendidik anggota dan supaya ia dapat dihayati oleh semua pegawai polis.
Katanya setiap anggota bawahan akan dipantau oleh pegawai atasan supaya tindakan tegas dapat diambil bagi membanteras gejala tidak sihat ini.
"Sesiapa yang ingkar, tindakan tegas akan dikenakan," tegasnya.
Berucap ketika melancarkan program itu, Musa berkata ia bertujuan memperhebatkan lagi dasar kemasyarakatan yang dilancarkan di seluruh negara sempena sambutan Hari Polis ke-201 bagi menonjolkan tahap profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat. more...
Labels: Rasuah Polis
cilok & ciplak by radenjowo 6 comments
ACA release JB city councillor on bail
Star
JOHOR BARU: A Johor Baru city councillor who was detained by the Anti-Corruption Agency has been released on bail after his statement was recorded.
State ACA director Simi Abdul Ghani said that the councillor was released within 24 hours after he was detained on Friday.
"He was caught red-handed and we have recorded his statement and released him," he said but declined to elaborate if the councillor would be charged.
The councillor was detained on Feb 28 at around 1pm in Permas Jaya for allegedly accepting bribes from a Singaporean businessman to "settle" a problem involving a kindergarten here.
The Singaporean, who runs a kindergarten, was slapped with a notice some time ago to cease operations after residents complained of traffic jams.
The businessman sought the help of the councillor who asked for several thousands of ringgit to help "settle the matter", but the deal went sour when the Singaporean was hauled to the council court and fined heavily despite paying the bribe.
It is learnt that the councillor in his 50s, who is active in politics and picked as a candidate in the general election before being dropped was also questioned by the ACA in 2006.
He was investigated for submitting false claims over the purchase of electrical items.
The case is still pending.
Labels: Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MB Kelantan berkhutbah di Masjid Shah Alam?
KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh)- Masjid Negeri Selangor yang tersergam indah di Shah Alam kemungkinan besar memberi ruang kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkhutbah pada masa akan datang.
Kalau sebelum ini semasa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja masjid negeri dihalang, malah masjid di seluruh Selangor tidak dibenarkan diadakan kuliah oleh penceramah jemputan.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, rakyat di Selangor akan berpeluang untuk mengikut kuliah daripada ulama yang cukup dikenali di rantau ini.
"Situasi itu berlaku ekoran tsunami politik politik yang melanda negara baru-baru ini sehingga memberi peluang kerajaan rakyat berkuasa di Selangor dan empat negeri lain," katanya pada ceramah sempena kemenangan PAS di Dataran Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Menteri Besar, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaafar dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan.
Ceramah tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila setiap ruang dataran tersebut dipenuhi orang ramai. Ia kali pertama diadakan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Labels: TG NIK AZIZ
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
BEKAS MENTERI UMNO DAH JADI BLOGGER
BUkan hanya shahidan tetapi Khir Toyo juga. Sudah kurang projek dan banyak masa lapang nampaknya .....
Kalau ada masa kunjung kunjung lah laman blog Bekas MB yang dahulu nya asyik robohkan bukit dan robohkan rumah rakyat serta sensasi dengan hadiah penyapunya. www.drkhir.blogspot.com
Jenguk jenguk la ye ... jangan lupa tinggal kan komen. Hehehe !!!
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Sambutan Luar Biasa – Tuanku Terharu!
Buletinonline
Kuala Terengganu, 29 Mac – Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu ke negeri Terengganu diberikan sambutan luar biasa oleh rakyat jelata yang datang dari segenap pelusuk. Pesawat khas yang membawa Tuanku mendarat sekitar jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Semua orang kenamaan dan VIP kelihatan telah memasuki terminal eksklusif yang belum dinamakan lagi, kerana seluruh terminal masih dalam pembinaan
Diantara mereka adalah pemimpin PAS termasuk Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Rakyat berdiri di kiri kanan jalan sejauh tidak kurang dari 5km, telah menunggu seawal jam 7.00 pagi, berasa lega apabila pintu terminal ekskusif di buka dan Tuan Ku Mizan muncul disambut dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku.
Rakyat Terengganu hari ini benar-benar telah mencipta sejarah, berduyun-duyun menyambut keberangkatan pulang Tuanku,setelah Tuanku menggunakan kebijaksanaan melalui wakilnya Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR), menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.
Pelantikan Ahmad Said pada 22hb Mac sekaligus mengenepikan Idris Jusoh, mendapat sokongan rakyat. walaupun Ahmad sendiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan seperjuangannya didalam UMNO.
Majlis penerimaan watikah pelantikan Ahmad pada pagi 23hb Mac telah diboikot dan dibantah oleh Geng 23 ADUN UMNO/BN Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.
Tidak cukup dengan menghantar nota bantahan yang ditandatangani oleh Geng 23, penyokong-penyokong taksub Idris Jusoh dan UMNO Terengganu telah mengadakan perhimpunan haram dan menaikkan kain rentang yang telah menghina Institusi Beraja.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru awal-awal lagi menegaskan melalui kenyataannya kepada media, PAS menyokong keputusan MPPR melantik sesiapa saja sebagai MB Terengganu, namun bukan menyokong individu yang dilantik secara peribadi.
Kenyataan Presiden disokong oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali yang mengajak rakyat berdiri teguh dibelakang Tuanku dan MPPR, mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan.
Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada Idris Jusoh membuat kenyataan mengatakan pelantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan perlembagaan, sekaligus menolak titah Tuanku dan istana Terengganu.
Namun akhirnya Perdana Menteri itu tunduk dan meyedari bahawa kuasa UMNO tidak berupaya melampaui kuasa Sultan dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27hb Mac, akhirnya memperakui pelantikan Ahmad Said.
Kemelut pelantikan MB Terengganu telah berlanjutan sejak pembatalan majlis angkat sumpah MB pada 10hb Mac disebabkan oleh kemurkaan Tuanku dan pihak istana Terengganu yang tidak perkenan kepada Idris Jusoh.
Dianggarkan lebih 10,000 orang telah menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan hasil usaha kesedaran rakyat yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), MAMPAT disokong oleh beberapa Alumni sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyung(Pekeduy).
Lensa Buletin Online sempat merakamkan wajah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, berubah kerana terharu menerima sambutan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak Tuanku ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 4hab Mac,1999
Labels: Sultan Tganu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sultan Di sambut Rakyat - Penderhaka Menyembunyi diri
tranungkite
Daulat Tuanku , Hidup Sultan , Allah hu Akbar : Begitu lah laungan nyaring dan jelas menunjukkan sokongan kepada Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agong Malaysia dalam kes penderhakaan UMNO terhadap Sultan Melayu. Lebih kurang 60 ribu rakyat Terengganu menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Terengganu dalam krisis pelantikan MB sementara ketua penderhaka Deris Jusoh dan pembantu penderhaka Rasool bersembunyi entah ke mana.
Kapal terbang khas Baginda Sultan Terengganu mendarat lebih kurang pukul 10 pagi dan baginda keluar dari lapangan terbang lebih kurang pukul 10.30 dengan di sambut oleh rakyat jelata dari pintu masuk bangunan lapangan terbang sehingga ke kem Askar Melayu Di Raja Seberang Takir. Semua nya bersemangat dan ceria walau pun berada di panas matahari pagi. Kereta di ikat dengan reben kuning dan banner di pamer dengan kata kata menunjukkan sokongan kepada Sultan Turut di pamer. Banner terpanjang ialah banner tandatangan rakyat menyokong sultan yang panjang nya lebih kurang 30 metre. Kanak kanak dan wanita turut serta dengan reben kuning dan baju kuning telur.
Inilah sokongan rakyat walau pun hasrat untuk menyambut Sultan Terengganu itu hanya di sampaikan melalui mulut ke mulut , internet dan surau masjid. Rakyat sentiasa bersama Kesultanan Islam Melayu dan akan bangkit bila bila masa jika perlu.
Allah hu Akbar
Labels: Sultan Tganu
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Di mana polis ketika Sultan dihina?
harakahdaily
(...) Sensitif terhadap siapa? Ayub risaukan siapa? Adakah Ayub menjangka mereka yang akan menyambut Sultan Terengganu itu akan membawa kain rentang seperti "Kami nak Idris, natang"?
"Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya.
Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang laporan bahawa Ayob memberikan nasihat yang sama kepada penyokong-penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini gila-gila menunjuk perasaan di kediaman rasmi Menteri Besar?
Alahai Ayub... Persoalannya bukan sudah kenal pasti atau tidak. Bukan soal peringkat akhir siasatan atau peringkat awal siasatan. Orang tak peduli pun kenyataan-kenyataan yang prosedural yang cuba menunjukkan polis siasat juga kain rentang "Kami nak Idris, natang" itu.
Apa yang lebih penting untuk disedari oleh Ayub dan ketuanya di Kuala Lumpur ialah mata rakyat sekarang sedang menyiasat identiti sebenar polis. Rakyat mungkin malas nak bertanya lagi mengapa polis begitu lemah gemalai dan lembut mesra melayan penunjuk perasaan di Pulau Pinang atau di Shah Alam. Memanglah, itu tunjuk perasaan Umno menghentam pembangkang.
Tetapi, bagaimana pula tunjuk perasaan di Kuala Terengganu? Itu bukan tunjuk perasaan menghentam pembangkang. Itu tunjuk samseng dan gedebe kepada Sultan.
Jika selama ini polis cekap benar menggunakan peluru hidup dengan melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari menghadapi perhimpunan pembangkang di Batu Burok, mengapa polis tidak ambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Idris yang begitu megah dengan kain rentang "Kami nak Idris, natang"? Jika polis berada di tempat kejadian dan tindakan tidak diambil, adakah polis bersubahat dengan mereka yang disebut oleh akhbar sebagai "mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja"? more...
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PERMOHONAN UNTUK DIPANTAU
dipetik: sebolku
Hasbullah Pit
77300 Merlimau
Melaka
Datuk Seri Ali Rustam
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4, Blok 'A' Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh, Melaka Bandar Bersejarah.
Tel: 06-2314343, 06-2328707
Faks: 06-2328400
PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG.
Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan.
- URL: http://sebolku.blogspot.com
Nama Blog: Hasbullah Pit
Nama Blog lama: Blog Tar Berdaftar Yang Perlu Dipantau
Penyenaraian 240 blog itu juga diperlukan, apabila ramai pemblog tempatan yang belum cukup popular seperti izoblog, risau samada blognya tersenarai atau tidak.
Selain dari itu, Pihak kami ingin juga menyemak status laman blog pembangkang di Negeri Melaka berikut tersenarai di dalam 240 blog itu atau tidak.
- Ustaz Kamarudin Sidek: http://kbsn26melaka.blogspot.com/
Jasin Daily: http://jasindaily.blogspot.com
Serkam Velley: http://serkamvelleyonline.blogspot.com/
Ayer Molek Hari ini http://ayermolekhariini.blogspot.com/
Kerjasama pihak tuan amat-amat dihargai.
BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MELAKA
HASBULLAH PIT
Labels: Pantau BLOG
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
10,000 sambut Yang Di-Pertuan Agong di LTSM
KUALA TERENGGANU 29 Mac — Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi ini.
Mereka tiba seawal 7.30 pagi, membawa bersama sepanduk dan bendera kuning bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap baginda yang juga Sultan Terengganu, berkumpul di luar bangunan terminal.
Sebahagian besar berbaris di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang itu, sejauh kira-kira 1km.
Laungan “Daulat Tuanku” bergema di lapangan terbang itu sebaik sahaja pesawat khas yang membawa baginda mendarat di LTSM pada kira-kira pukul 10 pagi.
Tuanku Mizan diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Labels: Sultan Tganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GEMPAR !!! Gambar Agong & Permaisuri dikoyakkan...
tranungkite
"Gempar... gambar Agong & Permaisuri pada billboard dikoyakkan di beberapa daerah di Terengganu.
Di Dungun Simpang Che Lijah langsung dibuang terus. Kalau sesiapa ada berita ditempat lain tolong maklumkan. Angkara siapakah ini? Cukup kurang ajar, semakin melampau nampaknya.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dijadualkan akan tiba di negeri Terengganu hari ini.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Haron berkata sambutan itu adalah untuk menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi penduduk negeri itu terhadap baginda, yang juga Sultan Terengganu. more...
No2umnO - Kalau tanya polis, diorang akan kata "ITU MESTI ORANG PAS PUNYA KERJA."
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ribuan sambut Agong di T'ganu
malaysiakini
Ribuan penduduk berada di lapangan terbang Kuala Terengganu bagi menyambut berangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Terengganu pagi ini.
Mereka berkumpul seawal jam 6.30 pagi dan setakat ini, beberapa ribu orang menyertai sambutan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri itu.
Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu, dilaporkan bersedia menerima menghadap pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohamad Fauzi Abu Samah untuk menyerahkan memorandum.
Mohamad Fauzi memberitahu Malaysiakini, kira-kira 5,000 orang rakyat Terengganu sudah hadir dan berkumpul di depan lapangan terbang. more...
No2umnO - Teringat wak minggu lepas bila TV3 (media arus bilut) menemubual Idris jusoh dan dia berkata " 22 Adun bersama sama, dan saya percaya rakyat juga menyokong saya. Saya menurut apa kata rakyat dan berkhidmat untuk rakyat." ......... oppppsssss kalau nak muntah pegi bilik air. Jangan muntah depan komputer !!!
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pertemuan bersama MB Kedah
Kehadiran luar biasa menyaksikan kesesakan teruk lalu lintas menghala ke Putik terutama dari arah jalan utama Pengkalan Chepa menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Jalan Raja Perempuan Zainab 2 ke Jalan Padang Tembak.
Ternyata program yang turut membariskan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abduk Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Dato’ Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali tidak menghampakan apabila banyak isu-isu semasa dan perkembangan di Kedah dikupas tokoh terbabit.
Ucapan yang diselang-selikan dengan jenaka bersahaja daripada Ustaz Azizan juga menghiburkan orang ramai yang hadir. Ini adalah kali pertama Ustaz Azizan berceramah di Kelantan atas kapasitinya selaku Menteri Besar Kedah.
Isu-isu lain yang dikupas termasuk kemelut di Terengganu dan juga krisis dalaman Umno. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak selaku Pengerusi Majlis.
Labels: PAS Kedah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kalaulah Dia Intelektual?
Saya bukanlah mahu mempersoalkan mengenai nilai RM yang dituntut dari semua defenden melainkan saya ingin mempersoalkan tahap keintelektual Dr Nordin Kardi. 1. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep internet dan komputer? Baiklah untuk pemahaman Dr Nordin Kardi disini saya maklumkan jawapan kepada empat (4) soalan diatas; 1. Internet adalah satu medium perantaraan yang membolehkan data (maklumat) dihantar, dikongsi serta digabungkan untuk kegunaan semua. Ianya memerlukan pekakasan komputer untuk mengoperasikannya. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ianya memudahkan para pengkarya memantau mana-mana pihak yang cuba untuk memplagiat karya mereka walau dimana pun ianya berada. 2. Bagi kes Malaysia Today yang dikendalikan oleh YM Raja Petra Raja Kamarudin, ianya bukahlah satu laman blog dan YM Raja Petra Raja Kamarudin bukanlah penulis blog. Beliau adalah pengendali satu laman berasaskan portal yang bersumberkan kepada berita dan dari segi teknikalnya Malaysia Today bukan laman blog. Malaysia Today adalah tidak sama seperti laman blog (weblog) saya ini dimana laman saya ini berasaskan sistem blog. Untuk laman web (website) pula sila rujuk kepada laman web WarkahUntukPM sebagai contoh. Jika anda (Dr Nordin Kardi) seorang intelektual tentunya anda dapat memahami konsep ini. 3. Sepatutnya anda (Dr Nordin Kardi) menyaman penulis artikel tersebut iaitu Muhtar bin Hj. Suhaili (Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004) dalam saman fitnah yang anda buat. Namun atas sebab kekurangan tahap intelektual yang ada pada anda (Dr Nordin Kardi) maka anda terlupa (atau memang tidak tahu) untuk menyaman Muhtar bin Hj. Suhaili tersebut. Ini menunjukkan bahawa memang anda (Dr Nordin Kardi) bukan seorang yang Intelektual seperti yang anda dan ramai sangkakan. Mungkin juga para peguam anda turut sama tidak Intelektual. Kalaulah peguam anda juga tidak intelektual, maka nampaknya buat rugi sahaja anda membayar khidmat mereka. 4. Intelektual adalah satu senario, keadaan atau sikap yang menunjukkan seorang manusia itu faham dan waras dalam mentafsir maklumat, data, idea dan sebagainya. Jika anda (Dr Nordin Kardi) merasakan bahawa anda adalah seorang Intelektual, maka sewajarnya anda boleh membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan yang salah serta lain-lain lagi. Jadi berasaskan sidang akhbar yang anda buat sesudah memenangi kes saman finah ini, maka terserlah sikap dan taraf keilmuan anda (Dr Nordin Kardi) yang rendah. Oleh yang demikian ingin saya cadangkan anda (Dr Nordin Kardi) belajar lagi bermula dari asas kerana saya rasakan anda masih lagi mempunyai tahap pemikiran kreatif dan lateral yang rendah. more...
2. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan perbezaan antara laman web (website), laman blog (weblog) dan laman portal (web portal)?
3. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep saman fitnah?
4. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan istilah intelektual?
Labels: Ketua Perusuh
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
PENJELASAN: LEVI DAN SETINGGAN SIFAR
Oleh Khalid Ibrahim Kerajaan Selangor yang baru mendapat dokongan rakyat kerana kami bertekad membuka lembaran baru dalam arus pembangunan Selangor, pendekatan yang akan menumpukan kepada kesejahteraan hidup rakyat, memudahkan perniagaan dan meningkatkan ekonomi untuk semua. Pertama sekali, cadangan saya untuk mengenakan levi RM9 daripada majikan bagi setiap pekerja asing mereka adalah untuk berdepan dengan isu sebenar berkenaan pergantungan kita kepada pekerja asing dan kepingitan belia kita yang kini menganggur atau tidak mendapat kerja yang sepatutnya. Wang yang dipungut akan diagihkan untuk meningkatkan kemahiran belia supaya nilai mereka bertambah dan meningkatkan pembangunan Selangor dan Malaysia ke tahap yang lebih mantap.
Menteri Besar Selangor
Saya menghargai keprihatinan yang dipamerkan oleh beberapa badan bukan kerajaan mengenai rancangan saya untuk Selangor sejak beberapa hari yang lalu.
Kita mesti menerima hakikat iaitu tanpa mengatasi masalah ini kita menjejaskan masa depan negara kita.
Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengatasi masalah ini melalui proses yang sah dan menghormati hak asasi manusia dan akan mengkaji dengan lebih mendalam bagi melaksanakan dasar ini.
Kedua, saya bercadang terus mengurangkan bilangan setinggan di negeri ini untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat untuk mendapat tempat kediaman yang selesa tetapi turut mengiktiraf hak tuan tanah. Selangor merupakan negeri yang maju dan rakyatnya perlu mendapat rumah yang mampu dimiliki.
Kami tidak akan menangani isu ini sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang melaksanakan polisi setinggan sifar untuk memberi tanah kepada pihak-pihak berkaitan dan tanpa menghormati kebajikan setinggan. Sebaliknya kami akan terus menekankan hak perumahan untuk semua.
Kami juga akan menentukan perumahan kos rendah mencapai spesifikasi minima yang lebih baik. Garis panduan baru akan diwujudkan untuk menentukan hak dan kebajikan setinggan dipertahankan setiap masa.
Namun demikian, tidak boleh dinafikan kita perlu berusaha mengeluarkan mereka dari kawasan setinggan untuk memberi mereka dan anak-anak mereka masa hadapan yang lebih baik disamping untuk menjaga kepentingan hak kepada pemilik harta (property rights) dalam kawasan yang didiami setinggan tersebut.
Kami merancang memperkenalkan proses rundingan dengan semua pihak terbabit, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat untuk memastikan semua pihak dapat memberi input dan mendapat maklumat yang sahih mengenai rancangan kami.
Kami tidak berhasrat meneruskan amalan lama meneruskan kesilapan dan kezaliman dengan penguatkuasaan berat sebelah untuk syarikat-syarikat kroni untuk menyelesaikan isu pekerja asing dan setinggan, tetapi kami mengambil pendekatan baru mengikut proses yang sah yang mengambil pendekatan berimbang terhadap implikasi sosial dan komersial untuk pembangunan Selangor.
Labels: Khalid Ibrahim, Pendatang, Setinggan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
KELEMAHAN KERAJAAN MENGUNDANG PENDATANG
200,000 pekerja enggan pulang cuba dapat PR
bharian
Oleh Abdul Razak Raaff
PUTRAJAYA: Kira-kira 200,000 pekerja asing dikesan sengaja terus berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan, sesetengahnya sehingga 20 tahun, kerana mahu mendapatkan taraf penduduk tetap.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata mengikut peraturan pekerja asing tanpa kemahiran hanya boleh bekerja maksimum lima tahun, manakala pekerja asing berkemahiran sehingga 10 tahun.
Bagaimanapun, katanya, pekerja asing yang sepatutnya pulang ke negara asal selepas tamat tempoh itu, terus bermastautin di negara ini serta cuba mendapatkan taraf penduduk tetap.
“Ada yang ingat mereka ada hak untuk dapatkan taraf penduduk tetap. Mereka tidak boleh terus duduk dalam negara ini seolah-olah seperti rakyat tempatan sehingga ada rakyat Malaysia yang bersimpati dan cuba membantu mendapatkan kerakyatan. more..bharian
No2umnO - Kalau kawalan ketat kerajaan tak der la orang nak duduk lama di Malaysia . Tapi masalah nya rasuah banyak, kerajaan pun lemah. Jadi peluang ada di depan mata. Siapa tak nak? Kalau imigresen tu, kerja ikut time. Hangat hangat taik khinzir. Polis tahan pendatang pulak tak sampai 10 km lepas, sebab dah kena suap. Kalau peniaga ACEH tu, dah berlambak lambak. Buka kedai runcit, kedai buah dan macam macam lagi. Tak kurang juga restoran kedai BAKSO. Semua berani buat sebab penguasa mudah disogok. Kalau tak buat sesuatu, rasanya gadai jer Malaysia ni kat pendatang.
Labels: Pendatang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PECAH DARA?
Semua TV perlu 'banned' Ustazah cakar rimau
penyokong-kj.blogspot.
Saya ada menerima email dari seorang pembaca mengkritik cara Ustazah 'cakar harimau' dalam satu rancangan 'Takut Kahwin' yang disiarkan oleh Tv9 pada 27 Mac 2008.
Antara yang diulas oleh Ustazah ini ialah 'pecah dara'?
Pada pendapat saya Ustazah harimau ini bila dilihat cara atau style dan gaya dirinya lebih menonjol sebagai 'Ustazah gatal atau Ustazah miang'.
Sepatutnya seseorang yang berimej 'Ustazah', beliau perlulah menampilkan diri dan imej serta gaya seorang muslimah yang ada adab dan gaya seorang muslimah. Orang seperti ini jika ditawarkan menjadi YB oleh parti Umno, maka akan menjadi lebih teruk dari anak Pak Ibrahim itu. Tetapi jika diterima oleh PAS, maka itu tanda-tanda Kelantan akan jatuh ketangan BN selepas itu.
Lihat saja Ust Mashitah. Sebelum masuk politik semasa beliau aktif berceramah di TV, beliau sentiasa menyebut aurat sana...aurat sini...sentuh sana haram...sentuh sini haram. Tetapi bila dah masuk Umno dah boleh bersalam menggengam tangan dengan eratnya dengan Zaid Ibrahim semasa selepas upacara angkat sumpah sebagai senator baru-baru ini.
Kenapa mereka dipanggil ustazah/ustaz - kerana mereka menuntut ilmu agama. Kenapa seseorang itu dipanggil Dr. - kerana beliau menuntut ilmu perubatan. Kenapa seseorang itu dipangil cikgu - kerana beliau menuntut ilmu pendidikan. Kenapa seseorang itu dipanggil Ir. -kerana beliau menuntut ilmu kejuruteraan. Kenapa apa seseorang itu dipanggil Lawer - kerana beliau menuntut ilmu perundangan. Kenapa seseorang itu dipanggil Kapten, Mejar atau Jenderal kerana - beliau mununtut ilmu ketenteraan.
Jadi gelaran atau panggilan pada seseorang itu belum tentu menggambarkan dirinya dan hatinya betul-betul kearah itu.
Labels: SITI NOR BAHYAH
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Abdullah bin Ahmad Badawi Telah Kecundang
sebastianjoshua.
Siapa sangka, suatu ketika dahulu, 300 berani mati Spartian bertempur dengan 100,000 Persian dalam suatu sejarah yang gemilang. Keberanian 300 mereka telah meniup semangat seluruh Spartian mempertahankan Greek dari di tawan oleh puak Persian.
Mungkin itu cerita orang kafir, mari kita lihat pentempuran bersejarah Badar yang menyaksikan orang Islam bangkit mempertahankan Agama Allah.
Itu kita tengok sejarah dulukala. Banyak sejarah bermula dari Nabi Allah Adam a.s lagi mencatatkan bahawa ‘Mereka Yang Berada Di Langit’ akhirnya akan runtuh bersama keegoan, kerakusan, ketamakkan diri mereka sendiri.
Siapa sangka rakyat boleh bangkit dan berjuang mempertahankan maruah Agama, Diri, Keluarga, Bangsa dan Negara. Siapa sangka Barisan Nasional yang dulunya di puja-puja telah menjadi racun merosakkan jiwa insan manusia di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Ketika PRU 10, aku merupakan peraih undi di International School kat Ampang (dekat Kelab Darul Ehsan). Setelah jam 5 maka kami bersalam dengan orang-orang BN. Seorang Datin datang kepada ku dan berkata “kamu tahu, kalau bukan kerana Mahadhir, kamu ni tak akan dapat pakai komputer pun.” Aku terdiam, bukan kerana tak terjawab TETAPI aku sedih melihat skop pemikiran mereka yang masih lagi terkunci didalam tempurung.
Singapura tak da Mahadhir, Amerika negara kafir, Eropah lagi jauh negara kafir dari kita. TETAPI mereka cukup maju dan makmur berbanding dengan kita yang kononnya Islam Hadhari.
Sudah 50 tahun merdeka dan sudah 50 tahun kita memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah. KITA MASIH KETINGGALAN dari serba serbi kecuali, Kita transit pelacuran, Kita pusat judi, Kita tempat berkumpulnya pelbagai dadah. Dan macam-macam lagi benda mengarut yang dihumbankan di negara kita.
Bangunan saja moden tetapi mentaliti terlalu kuno. Itu pun kalau bangunan itu tidak retak dan bocor sini sana.
Sudah 50 tahun kawan, sudah 50 tahun rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memakmurkan negara. Apa yang kita lihat sekarang, jenayah berleuasa, golongan muda yang hilang arah, kemiskinan tegar yang bersepah, kehidupan yang bercelaru dan pelbagai lagi. Cakap apa lagi yang di dunia ini ada, semuanya ada di Malaysia.
Apa yang telah terjadi kepada cucu Syeikh Abdullah Fahim ini. Dari seorang yang kononya ‘Mujahid Islam masa kini’ (Dato’ Pirdaus Haji Ismail) menjadi seorang yang amat dibenci bukan sahaja oleh rakyat jelata malah para puak UMNO hampir seluruh Malaysia.
2004 merupakan tahun kebanggaan Abdullah dengan penampilan beliau sebagai seorang cucu ulama terkenal (mufti pertama Pulau Pinang) malah dilihat cukup baik berbanding era Tun Mahadhir. Kemenangan besar yang diperolehi menyebabkan Manusia Leka Dengan Kuasa Yang Ada.
Teringat kisah seorang kawan yang mengaku diri berasal dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Aku tanya dia, “kau ni dari susur galur sebelah mana? Sebelah Umar ke sebelah Abdullah? “ Dia terdiam. Aku sambung “Biasa yang terkenal datang dari susur galur Umar”. Dengan cepat dia menjawab “Memang, aku dari susur galur Umar”.
“Umar bin Abdul Mutalib tu kalau kau nak kenal ialah Abu Jahal yang terkenal dengan sifat jahatnya kepada anak buahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w” tempelak aku kepada dia. Inilah akibatnya kalau kita percaya bahawa dari anak cucu orang baik-baik, maka DIA pun baik jugak.
Maka pada kali ini aku mengemukakan firasat aku berkenaan dengan Abdullah ini.
Mengikut pandangan ‘tanah’ melayu Malaysia yang kian lemah diperkosa oleh manusia bernama Ham’No yang rakus silih berganti –
Mengikut perasaan ‘air’ hujan dan banjir yang sentiasa melanda tanpa mengira musim -
Mengikut ‘api’ yang membakar hati menjadi panas membara kesan kenaikan barangan yang melampau –
Serta
Mengikut perubahan ‘angin’ lagu Wind of Change Scorpion yang meniup kencang panji panji kebenaran -
Aku berpendapat, setelah melihat satu bintang yang mulanya bersinar megah ketinggian 35 Darjah ufuk Barat Daya pada kira-kira 5 tahun dulu telah hilang secara tiba- tiba DAN satu susunan gugusan bintang dari timur timur (boleh dilihat selepas solat maghrib) mulai bersinar…
Boleh aku katakan…
Abdullah bin Ahmad Badawi akan diangkat turun dari kerusi Perdana Menteri SEBELUM datang 2009 OLEH orang beliau sendiri.
Abdullah sudah silap memilih tarikh 8 Mac 2008. Menurut ilmu metafizik http://www.askbatrisyia.com/s... nombor 8 itu bermakna Lawan dan orang yang hari lahir adalah 8 akan menjadi orang kuat melawan. Pada tarikh 8 itu aura orang-orang 8 ini begitu tinggi dan semangat melawan mereka amat hebat; Siapa antara orang yang lahir pada 8 ini;
1. Lim Guan Eng – 8 Dis 1960
2. Ir. Mohammad Nizar – 17 Mac 1957 (1+7 = 8)
Orang yang lahir pada tarikh 1 merupakan seorang pemimpin yang hebat, mari kita lihat siapa mereka
1. Anwar Ibrahim – 10 Ogos 1947
2. Mahathir Mohamad – 10 Julai 1925
Abdullah bin Ahmad Badawi? Bintangnya sudah hilang dilitupi permasalahan yang begitu besar yang di dokong oleh perasaan riak takbur sombong bongkak besar diri tak’bur pandang hina dan pandang rendah orang lain terasa diri hebat terasa megah dah ujud
Maka beliau akan tumbang bersama sebuah parti yang begitu megah, Barisan Nasional.
Aku ingin merapu panjang, berkenaan dengan ISA dan BTN tetapi masa tidak mengizinkan. Tunggu sehingga aku kembali.
Labels: Sebastianjoshua
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Patrick Lim - jetsetter with a bulls-eye on his back
themalaysianinsider
KUALA LUMPUR, March 28 – His jet set days seem a lifetime ago. The days of hopping onto a helicopter for a trip to Penang or a quick turnaround to Paris on his private jet. Or a power breakfast with Ferrari’s Kimi Raikonnen. Or cocktails with Oracle’s Larry Ellison at the America’s Cup in Valencia.
Those days must seem a long time ago for Datuk Patrick Lim Soo Kit.
Today, he must feel like a man with a bulls-eye on his back. The suave and well-turned out businessman has retreated to the background, hoping that the changing political structure will not leave him on the sidelines as it has many prominent Malaysian corporate figures over the year.
Think of Tan Sri Khoo Kay Peng, Tan Sri Quek Leng Chan, Datuk Nazri Abdullah and others who paid for their close association with either Tengku Razaleigh Hamzah or Anwar Ibrahim.
What was once a powerful calling card is now a liability for the man christened Patrick Badawi by his enemies. And make no mistake now that Abdullah Ahmad Badawi’s hold on power is tenuous, Patrick Lim’s enemies are coming out in droves.
Leading the charge is Tun Dr Mahathir Mohamad. In his column in The Sun today, the former prime minister implies that the former Terengganu mentri besar Idris Jusoh and the first family may have benefited from various mega-projects. He does not name the conduit. He does not have to.
It was Dr Mahathir who publicly accused Lim and Khairy Jamaludin of running Terengganu at the height of his public spat with Abdullah. By referring to him today, Mahathir is merely drawing on a reservoir of disdain, envy and anger against Patrick among Umno members.
His critics say that Patrick dropped Abdullah’s name at every turn, and that helped propel him into the big league and pages of society magazines. He hit the Malaysian corporate scene in the 1990s when - with the help of some financial backing from his wealthy father-in-law - his company started Equine Park, a housing development in Selangor.
As with many businessmen in Malaysia, he hitched his fortunes to the political master of the day. In the waning days of the Mahathir administration, he hung out with Datuk Mokhzani Mahathir, and they became thick friends. After Abdullah became the PM in October 2003, Lim started getting closer to Kamaludin, Abdullah’s only son. Within a short time, he made himself part of the inner circle, showing up when Abdullah and family members went on holidays.
By now, there was speculation that he was a nominee for Kamaludin. Within some government departments and states, there was little doubt that he had the ear of the PM, or at least he gave the impression he had.
He began to attract disdain and envy after he was selected by Abdullah to develop Pulau Duyong near Kuala Terengganu and organise the Monsoon Cup. In a short time, the Monsoon Cup has become a popular warm-up for teams planning an assault on the America's Cup.
In the same time, rumblings started on the ground that Lim and Abdullah’s family were the main beneficiaries of the major infrastructure projects in the state. This was one of the sticky points between Idris Jusoh and the royal household in the recent battle over the Mentri Besar’s position. Lim was aware of the growing noise and attempted to hush it by pointing out of the many economic benefits which the Monsoon Cup brought to the state.
What he failed to realise was that the criticism had little to do with the race itself but was aimed at its promoter and benefactor in Putrajaya. Within Umno circles, they were peeved that a businessman, not one of their own, could wield so much influence and do it so openly.
If there was any doubt about Lim’s close ties with Abdullah it was swept away when the Prime Minister launched the Penang Global City Centre last year. The project – an ambitious plan to turn a tiny neighborhood into a sprawling metropolis – was fast tracked as a high-impact project under the National Implementation Task Force and put under the Northern Corridor.
Critics said that the project, to be developed on a 104-ha site now occupied by the Penang Turf Club, will create traffic jams, damage lush green areas and will be unsustainable. The new state government under Lim Guan Eng is not likely to approve the project unless it is scaled down.
Lim knows that his days of being in the frontline are over.
He will be collateral damage even if Abdullah survives this choppy period. It is the price that businessmen in Malaysia pay for being associated with certain political leaders. Tan Sri Halim Saad of the Renong Group and Tan Sri Tajudin Ramli were the poster boys of the Mahathir era and paid for the excesses associated with that time.
Only a handful of corporate figures have been able to be close to different political masters. Among them is Berjaya’s Vincent Tan. He has remained loyal to Dr Mahathir but managed to win the trust of Abdullah. But the publication of Dr Mahathir’s long and piercing attack on Abdullah on the front page of a newspaper closely associated with Tan suggests that he is hedging his bets.
Labels: PATRICK LIM
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Akhirnya, Idris dan Geng 23 Tunduk dan Akur
Buletinonline
Idris Jusoh (Master Mind) dan Rosol Wahid, Ketua ‘Geng 23’ serta ahli-ahlinya yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu akhirnya tunduk dan akur menerima pelantikan Mad Said.(Foto: Ketua Geng 23)
Dengan mengalir air mata(menangis) mereka merubah pendirian sebagai mentaati arahan baru dari Presiden UMNO(God-Father), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Operasi Geng 23, Rosol Wahid berkata, kesemua ADUN terlibat telah menyatakan sokongan terhadap Mad Said di hadapan Abdullah ketika pertemuan selama dua jam dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 malam tadi.
Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, Abdullah telah menerangkan kepada mereka sebab mengapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Mad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. more...
No2umnO - Bukan sahaja pada Sultan, diorang nih kurang ajo pada Agong lagi. Tapi yang jadi perhatian sekarang adalah mangkok mangkok ni, orang yang merancang dibelakang sana tak de tindakan apa apa. Dollah dan menteri menteri yang menjadi dalang utama guane? Lepas gitu jer. Lain kali kalau ada yang kughang ajor lepeh ni, jangan le maghah ye.
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
"Itu kerja Orang PAS" kata polis bodoh.
Banner biadap dipasang oleh Orang PAS?
amdang81.blogspot
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Aku masih ingat ketika mana Peristiwa Berdarah Batu Burok 809 berlaku. Ketika itu puak-puak UMNO menyerang dengan pelbagai banner yang mengecam dan menuduh PAS adalah dalang kepada kejadian tersebut. Isu bakar bendera juga turut menjadi hangat apabila gambar seorang lelaki yang berhelmet sambil memegang bendera dengan gaya sedang membakarnya disiarkan di dada akhbar.
Nama jurukamera Imran Makhzan ketika itu hangat seketika kerana dipercayai satu-satunya individu yang bertanggungjawab mengambil gambar berkenaan. Gambar itu dipersoalkan oleh beberapa pihak yang mendakwa gambar itu adalah super impose dan diragui kesahihannya. Isu bakar bendera itu lenyap bersama dengan
Kali ini isunya adalah banner "Kami Nak Idris, Natang!". Sehingga hari ini aku tidak melihat ada mana-mana individu tampil menyiarkan gambar pegun banner berkenaan. Samada laporan polis, kecaman mahupun bantahan yang dilakukan oleh mana-mana pihak adalah merujuk kepada siaran berita ntv7 dan TV3. Rakaman video jarang menipu. Apatah lagi amat sukar membuat super impose bagi gambar video.
Semalam, polis mengeluarkan suatu kenyataan bahawa 4 kertas siasatan dibuka berkenaan isu pelantikan MB Terengganu. Antaranya adalah berkenaan kain rentang yang menghina itu.
Terdahulu dalam satu pertemuan beberapa individu dengan seorang pegawai polis Terengganu, apabila diminta siasat berkenaan kain rentang biadab itu, selamba sahaja dijawab polis berkenaan. "Itu kerja orang PAS!".
Terkejut dan bengang dengan jawapan yang diberikan, polis tersebut diminta melihat dengan lebih teliti muka-muka individu yang berkenaan yang memegang banner. Gambar di 'zoom' dengan lebih dekat. Akhirnya polis terbabit terdiam. Mungkin dia juga kenal dengan pemegang kain rentang berkenaan.
Kelmarin, Sabri Alwi (Mat Kerok) menafikan dia ditahan pihak polis berkenaan isu kain rentang tersebut dan berita itu keluar dalam akhbar semalam. Aku mendapat maklumat, semalam Mat Kerok ditahan untuk dibantu siasatan. Namun belum keluar dalam akhbar berita itu pada hari ini. Ke dah keluar, cuma aku tak baca?
Dalam akhbar semalam Mat Kerok 'mengaku' bahawa dia telah melarang penyokong UMNO dari menaikkan kain rentang berkenaan, namun tidak diendahkan. Malahan katanya dia juga melarang penyokong UMNO berteriak, namun turut tidak diendahkan. Kelakar skit bilamana Mat Kerok mendakwa 1000 penyokong UMNO berkumpul di Seri Iman pada hari berkenaan. Sedangkan TV3 hanya memberitakan sekadar 100 penyokong sahaja. Adakah TV3 juga sudah mula berbohong dengan UMNO? Heheheh. Petanda awal nak jadi pembangkang la tu.
Apapun, aku kira polis sudah mula menjalankan siasatan. Alhamdulillah semoga cepat-cepat dapat tangkap mereka yang terbabit. Aku suka untuk cadangkan dikeluarkan muka-muka mereka yang terdapat dalam rakaman berita berkenaan, dan disiarkan di dalam akhbar-akhbar perdana. Aku berbesar hati untuk bantu mencari mereka yang berkenaan. Aku juga sedia menawarkan RMo.50 untuk ganjaran bagi sesiapa yang memberi maklumat sehingga si biadap dari UMNO itu ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan.
Wallahua'lam
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Alahai Idris
Idris Jusoh memeluk salah seorang daripada berpuluh-puluh penyokongnya yang berkumpul di Jertih, Besut, semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh itu mengemas dan membawa keluar saki-baki barang-barang peribadinya dari kediaman tersebut petang ini.
Difahamkan sebahagian daripada barangan peribadi Idris telah mula dikemas dan dipindahkan sejak 23 Mac lalu, iaitu pada hari yang sama Ahmad yang juga ADUN Kijal menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).
Idris yang ditemani isterinya, Toh Puan Che Kamariah Zakaria dilihat tiba di kediaman rasmi tersebut dari ibu negara dengan menaiki kenderaan utiliti sports (SUV), Toyota Harrier kira-kira pukul 2 petang.
Beberapa buah kereta yang dinaiki para penyokongnya turut dilihat mengiringi Idris masuk ke kediaman tersebut sebelum pintu pagar ditutup.
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
3 suspek kes sepanduk hina raja dikenal pasti kata Ayub
Polis mengenalpasti tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam penggunaan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja di negeri ini sepanjang kemelut pelantikan Menteri Besar.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, tindakan susulan akan diambil terhadap suspek berkenaan namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
‘‘Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelasnya, siasatan juga melibatkan Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak 1984 kerana kesalahan mencetak dokumen tanpa mengandungi nama pencetak dan penerbit.
Sebelum ini, empat lelaki telah ditahan di Jalan Padang Hiliran pada 20 Mac lalu dan polis merampas sejumlah 19 helai kain rentang daripada mereka.
Sebanyak 26 aduan diterima oleh polis berhubung kes sepanduk yang didakwa menghina institusi raja dan empat daripadanya telah dibuka siasatan. More....
No2umnO - Kita tengok kan sejauh mana adilnya polis nihhh...Siapa yang kena, siapa yang sediakan sepanduk dan siapa yang kena tipu. Apesal lembab sangat .....? Tak keluar TV pun, tak macam si bodoh bakar bendera dulu.
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KENAPA JPJ BUAT KERJA LEMBAB NAK MAMPOS?
Tukar lampu xenon – JPJ
KUALA LUMPUR 28 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan sehingga akhir Julai ini kepada pemilik kereta yang memiliki lampu bercahaya terang atau xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. More...
No2umnO - Selepas pengguna dah pakai 1 tahun lebih baru nak sibuk. Baik lampu, cermin gelap atau lampu putih silau xenon nihhh... Bila semua dah beli baru JPJ nak buat tindakan. JPJ ada share dengan tokey Cina Accessories ke? Kalau tak apesal buat kerja lembab nak mampos?
Labels: JPJ
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
LHDN halang Datuk Harris ke luar negara
Perintah halangan ke luar negara yang diambil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh merupakan prosedur rutin agensi berkenaan dalam melaksanakan proses pungutan cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah LHDN, Datuk Hasmah Abdullah berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan cukai tertunggak dapat dilunaskan sebelum pembayar cukai terlibat ke luar negara dan pihaknya tidak mengira status dalam melaksanakan peraturan tersebut.
‘‘LHDN boleh menggunakan peruntukan Seksyen 22 Akta Keuntungan Harta Tanah 1976 atau Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan untuk memaksa pembayaran cukai tertunggak sebelum seseorang itu ke luar negara,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. more....
Labels: LHDN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MAHATHIR MINTA TRIBUNAL MOHON MAAF,BUKAN BELIAU
wrlr
Tun Salleh Abas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung (Nota: selalunya jumlah hakim ialah ganjil: 3, 5 ,7 ,9 dll. Tapi kes ini special, lain dari yang lain). Dalam sejarah dunia moden, itulah satu-satu kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak pernah berlaku sebelumnya.
Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England. Tapi itu dulu, zaman feudal. Zaman itu raja berkuasa mutlak. Tapi dalam kes Tun Salleh lain kerana zaman ini zaman moden. Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin. Kata Mahathir di tengah-tengah krisis perlembagaan 1983, suara rakyat suara keramat!! Itu kata Mahathir, kita kena dengar. more...
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pemimpin Kanan MIC Johor Ditahan BPR
JOHOR BAHARU, 28 Mac (Bernama) -- Seorang pemimpin kanan MIC Johor ditahan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri kerana dipercayai menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.
Difahamkan, ahli politik itu ditahan kira-kira 1 tengah hari, Jumaat, ketika berada di sebuah kedai di bandaraya ini dan masih ditahan di ibu pejabat BPR negeri.
Pengarah BPR Johor Simi Abdul Ghani mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan itu.
Labels: Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments