KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

POLIS MINTA BANTUAN DARI PONDOK

Kerjasama 'Pondok Polis' Untuk Kesan Sharlinie

PETALING JAYA, 11 Jan (Bernama) -- Polis turut mendapatkan kerjasama setiap "pondok polis" di semua kawasan di Lembah Klang dalam usaha mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau Nini, yang hilang sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kerjasama baik yang diberikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan rukun tetangga di kawasan sekitar tempat kejadian juga banyak membantu dalam siasatan yang dijalankan.

"Saya mengalu-alukan pihak lain yang ingin memberikan bantuan dan polis akan memberikan kerjasama yang sewajarnya agar Nini dapat ditemui semula," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu lepas ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Ditanya mengenai kemungkinan kanak-kanak itu telah dibawa keluar dari negara ini, Arjunaidi berkata sehingga kini belum ada maklumat seperti itu.

Katanya sehingga kini, polis menerima pelbagai maklumat berhubung kehilangan Sharlinie dan semua maklumat itu disiasat serta diambil tindakan.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat itu kerana ia akan mengganggu siasatan selain bimbang akan wujud implikasi lain seperti maklumat itu akan dikembangkan menjadi info berangkai.

TUNGGU PILIHANRAYA BARU UMNO BANTU

Mak Yan Kecewa YB tak Bagi Bantuan
tukulbesi.

"Dengar cerita yang hantar makanan tengahari pada kami di Matau ni orang PAS"cerita Mak Yan ,penduduk awal Matau yang merupakan penyokong tegar Umno.

Ketika mengunjungi mangsa-mangsa banjir di Matau,kami cuba bertanya Mak Yan kalau-kalau beliau banyak menerima bantuan dari wakil rakyat BN Jengka,apa jawapan beliau?

'Tak da bantuan apa pun yang kami terima dari Wakil Rakyat,dulu kita yang pilih dia.patutnya tengahari PAS bagi makanan,ptg dia(YB Umno) pula bagi,ni dak!Tunggulah pilihanraya nanti". Itulah jawapan dari seorang mangsa banjir yang dulunya begitu yakin dengan Umno.

Mak Yan bukan calang-calang kuatnya Umno,menantunya pernah menjadi Setiausaha Umno Kelantan.Gambar:Dato Tuan Ibrahim sedang bertanya khabar kepada Mak Yan ketika bersama Unit Amal menyampaikan bantuan kepada semua mangsa banjir Matau.

BELI UNDI SALAH DI THAILAND ... Malaysia ok

Pemerhati Pilihan Raya Mahu ECT Lebih Telus

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 11 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (ECT) perlu konsisten, adil dan telus dalam memberikan kad kuning serta merah kepada pemenang pilihan raya umum 23 Dis lepas, kata pemerhati politik Asian Network for Free Elections (Anfrel) Jumaat.

Penyelaras misinya, Ichal Supriadi berkata ECT perlu terbuka dalam peraturan mereka dan memaklumkan secara terperinci kepada orang ramai tentang keputusan yang mereka buat semasa menyiasat kes pelanggaran pilihan raya yang membawa kepada penangguhan pengumuman pemenang pilihan raya itu dan pembentukan kerajaan baru.

"Ke arah membina kepercayaan orang ramai, ECT perlu menerbitkan peraturan bertulis bagi setiap kes dalam laman web mereka. Sungguhpun sesetengah maklumat daripada siasatan itu jelas sensitif, ECT seharusnya mengeluarkan secara aktif seberapa banyak bukti kepada orang ramai agar peraturan mereka lebih mudah diteliti," kata Supriad dalam satu kenyataan di sini.

People's Power Party (PPP), yang diwujudkan oleh penyokong Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra, memenangi 233 kerusi dalam pilihan raya itu tetapi tidak mencapai 241 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan sendiri dan mungkin kehilangan lebih banyak ekoran pembatalan empat calonnya.

ECT telah pun memberikan tujuh kad merah kepada empat calon PPP, dua dari Chart Thai dan seorang calon Matchimathipataya kerana pembelian undi yang menghalang mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kecil manakala berbelas-belas orang lagi diberikan kad kuning yang membolehkan mereka bertanding semula.

ECT turut menyiasat VCD Thaksin yang diedarkan semasa kempen pilihan raya meskipun beliau diharamkan daripada politik selama lima tahun, selain dakwaan PPP menjadi penama parti Thai Rak Thai yang dibubarkan dan kes timbalan ketua PPP Yongyuth Tiyapairat yang disiasat oleh ECT kerana melakukan penipuan dalam pilihan raya.

PPP boleh dibubarkan sekiranya mana-mana dakwaan itu didapati benar.

Anfrel, yang menugaskan 37 pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi pilihan raya Thai, berkata ia juga akan memerhatikan pilihan raya semula yang diadakan selepas calon dibatalkan kerana melanggar peraturan pilihan raya, bermula dengan Nakhon Ratchasima pada Ahad ini dan Buri Ram minggu depan.

"Dalam konteks politik yang sensitif ini apabila sebuah kerajaan masih belum ditubuhkan, pilihan raya semula perlu ditadbirkan dengan baik dan keputusannya diterima oleh semua pemegang kepentingan dalam pilihan raya," kata Supriadi.

Supriadi berkata semua calon perlu mengelak daripada melanggari peraturan pilihan raya bagi memastikan pilihan raya yang lancar dan boleh dipercayai memandangkan pembelian undi yang berulang kali membawa risiko pilihan raya semula yang dapat merenggangkan pengundi dan membazirkan bajet pilihan raya.

JKR diarah segerakan bayaran projek untuk biayai kempen BN

Detikdaily
Minda Lutfi
Oleh Ahmad Lutfi Othman

HAMPIR semua bersepakat bahawa tarikh pilihan raya umum ke-12 begitu dekat sekali. Ia bukan lagi diukur dalam tempoh "beberapa bulan", tetapi hanya tinggal "beberapa hari". Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tentu ada formula tersendiri bagi mengulangi kemenangan besar 2004, namun beliau kini tersepit kerana tarikh penting itu. yang dijangka sekitar Mac 2008, sukar dianjak lagi.

Antara persiapan paling penting Umno-BN sebelum Parlimen dibubarkan adalah menilai kemampuannya untuk membeli undi. Bukan rahsia lagi apabila kekuatan gabungan parti pemerintah amat bergantung kepada faktor kewangan yang melimpah. Dana politik Umno-BN mesti dipastikan penuh sebelum Abdullah boleh mencadangkan tarikh strategik supaya mandat baru dicari.

Tanpa bekalan dana yang mencukupi, jentera pilihan raya Umno-BN agak mustahil dapat digerakkan. Segala-galanya memerlukan duit. Petugas dan penyokong parti hanya ghairah berkempen jika disogok dengan material termasuk penampal poster.
Justeru, kocek ahli-ahli parti harus berisi sebelum jentera kempen dilancarkan secara efektif. Ada tempat menyaksikan bendera dan sepanduk BN terperosok di bilik gerakan menjelang hari mengundi ekoran "wang lambat turun".

Ribuan juta belanja kempen
Soalnya, dari mana Umno-BN mendapatkan sumber kewangan dalam waktu sesingkat ini kalau bukan berpunca daripada khazanah kekayaan negara sendiri. Belanja kempen BN bukannya kecil. Ia tidak diukur dalam jumlah puluhan juta ringgit lagi kerana "bisnes ini sudah melewati angka ribuan juta", termasuk untuk memastikan tiada suara protes dalam parti terhadap calon yang terpilih.

Lubuknya adalah wang pembayar cukai melalui perlaksanaan projek pembangunan secara rundingan terus. Saya pernah beberapa kali membangkitkan isu projek rundingan terus ini, termasuk membina Istana Negara baru. Hasil pendedahan Harakah, kos pembinaan dapat dikurangkan, dari lebih RM1,100 juta kepada sekitar RM650 juta. Menurut sumber, keuntungan projek rundingan terus begitu lumayan, sehingga 40 peratus kos keseluruhan, berbanding tender terbuka, sekitar 15-20 peratus sahaja.

Fast track
Petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat kian terserlah apabila Jabatan Kerja Raya, pada 14 Disember 2007, diarahkan untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima atau Surat Tawaran kepada ratusan projek rundingan terus secara 'fast track'. Diperingatkan bahawa semua Surat Tawaran itu hendaklah dikeluarkan sebelum akhir tahun 2007.

Ia bagi membolehkan bayaran pendahuluan dapat dibuat secepat mungkin kepada pihak kontraktor, dan dengan itu, bayaran politik untuk dana pilihan raya Umno-BN dapat dilunaskan segera.

Umum maklum bahawa bagi setiap projek yang diluluskan, sekurang-kurangnya 5 peratus dari kos keseluruhan projek akan dialirkan kepada orang-orang politik, khususnya yang rapat dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Maknanya, jika projek itu bernilai RM1 bilion, maka 'ufti' yang dipungut adalah RM50 juta. Kini projek bernilai kira-kira RM1 bilion merupakan perkara biasa dan tidak dilihat sebagai satu angka yang besar lagi.

Agak aneh apabila pihak JKR terpaksa tergesa-gesa mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor projek rundingan terus sedangkan kontraktor berkenaan belum pun mengemukakan cadangan teknikal dan semakan harga. Manakala kos yang dirujuk adalah harga siling yang dibenarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU).

Segala peraturan dilanggar
Namun disebabkan keperluan tabung pilihan raya Umno-BN diisi, maka segala peraturan dan kelaziman dilanggar. Ini meningatkan kita kepada jaminan kosong Abdullah semasa mula-mula menjadi Perdana Menteri lebih empat tahun lalu bahawa beliau akan memilih kaedah tender terbuka dalam memilih kontraktor berwibawa.

Ketika heboh melancarkan projek di bawah RMK9, Abdullah, pada 7 Ogos 2006, sekali lagi menegaskan bahawa ia juga berasaskan "tender terbuka yang pemilihan syarikat pelaksananya dibuat berdasarkan cadangan pelaksanaan projek berdaya maju."

Semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep pada sidang Dewan Rakyat, 25 Jun 2007, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya. berkata pendekatan rundingan terus hanya dikhaskan untuk projek-projek tertentu yang memerlukan kepakaran dan kemahiran serta perlu disiapkan segera.

"Sebagai contoh, projek yang melibatkan pertahanan, kerana ia sulit serta memerlukan kepakaran tertentu atau perlu disiapkan segera," katanya.

Rundingan terus membawa padah
Dua hari sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Dato' Shahrir Abdul Samad berkata langkah kerajaan melaksanakan pembinaan bangunan berdasarkan konsep reka dan bina atau secara rundingan terus dikenal pasti sebagai punca mengapa bangunan kerajaan menghadapi masalah penyelenggaraan, daripada kebocoran paip kepada keretakan struktur.

Rundingan terus, kata Shahrir telah mewujudkan konflik kepentingan di antara juru perunding dan kontraktor pembinaan bangunan. "Jika ia dilaksanakan secara tender terbuka, check and balance di antara perunding dan kontraktor adalah lebih ketat," ujarnya.

Terbukti segalanya palsu. Abdullah tidak memegang kepada janjinya sendiri, malah menjadikan kantung kekayaan negara sebagai sumber utama untuk menjayakan jentera kempen Umno-BN dalam pilihan akan datang. Untuk pengetahuan, segala projek rundingan terus harus mendapat kelulusan Menteri Kewangan. Malah 'orang-orang Abdullah' sendiri mengutip 'cukai 5 peratus' daripada projek-projek berkenaan.

Projek tersebut langsung tidak berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan negara, mahupun memerlukan kemahiran dan kepakaran, atau perlu disiapkan segera. Saya sebutkan beberapa projek rundingan terus yang cadangan harganya belum dikemukakan kontraktor tetapi diarahkan supaya Surat Tawaran dikeluarkan juga, agar bayaran politik untuk dana kempen Umno-BN dapat dilunaskan. Jumlah semua projek berkenaan adalah RM2,900 juta.

Senarai projek untuk kempen BN?
Antaranya ialah empat projek naik taraf jalan bernilai RM75 juta, LHDN Cyberjaya (RM200 juta), JPJ Alor Star (RM50 juta), Intan Sarawak (RM41 juta), IKBN Kelantan (RM40 juta), Terminal Makanan Negara Kota Bharu (RM85 juta), UiTM Kepala Batas (RM80 juta), Universiti Malaysia Sabah (RM115 juta), Politeknik Mersing dan Banting (RM230 juta), Fakulti Pelancongan UUM Langkawi (RM238 juta), UIAM Janda Baik (RM289 juta), Kompleks Kementerian Dalam Negeri (RM130 juta), 6 projek berkaitan hospital (RM340 juta).

Selain itu, Surat Tawaran juga diarah untuk segera dikeluarkan bagi projek di peringkat penilaian dan penyemakan cadangan harga yang telah dikemukakan oleh kontraktor. Sebanyak 15 projek terbabit yang membabitkan kos keseluruhan RM3.3 bilion, menurut harga yang dikemukakan oleh pihak kontraktor. Antaranya ialah projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak HKL bernilai hampir RM1 bilion, selain cadangan naik taraf Jalan Persiaran Kuala Selangor, Shah Alam (RM101 juta).

Perang besar Mac depan
Walaupun tabung kempen BN akan digunakan sepenuhnya untuk membeli sokongan dalam pilihan raya ke-12, mengulangi taktik kotor dalam siri pilihan raya sebelum ini, namun jika aktivis pembangkang memberikan komitmen 100 peratus dalam "perang besar" yang dijangka Mac depan, dan merujuk pergolakan isu-isu semasa, Abdullah dipercayai berdepan situasi lebih sulit yang mungkin tidak diduganya

Siapa tembak mati Adun MIC Johor?

Malaysiakini

Timbalan Pengerusi MIC Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, S Krishnasamy mati ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali di ibupejabat MIC Johor hari ini.

Ketika dihubungi, kakitangannya mengesahkan bahawa Krishnasamy, 58, mati sejurus selepas ditembak pada jam 2 petang tadi.

Krishnasamy ditembak dua kali dari jarak dekat.

Laporan yang tidak disahkan, mendakwa Adun tiga penggal itu ditembak oleh dua orang yang mendatanginya dekat lif di ibupejabat parti tersebut.

Krishnasamy dikatakan dalam perjalanan untu menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, seorang kontraktor, meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Beliau juga terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat MIC pada tahun 2000, 2003 dan 2006.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC kedua yang ditembak mati. Pada 2000, Adun Lunas ketika itu, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam oleh orang yang tidak dikenali.

Ketika dihubungi kemudiannya, Aduh Kahang (Johor), S Ramis menyifatkan kematian Krishnasamy' itu sebagai satu kerugian besar kepada parti tersebut.

"Beliau adalah seorang yang tegas dan berani yang bekerja kuat untuk kawasan pilihanrayanya dan masyarakat India.

"Ini adalah satu kerugian besar. Beliau adalah salah seorang pemimpin yang berpotesni memimpin MIC negeri," katanya.

GEMPAR !!! SALJI DI IRAQ

Snow falls on Baghdad for first time in memory
Source: Reuters

BAGHDAD, Jan 11 (Reuters) - Snow fell on Baghdad on Friday for the first time in memory, and delighted residents declared it an omen of peace.

"It is the first time we've seen snow in Baghdad," said 60-year-old Hassan Zahar. "We've seen sleet before, but never snow. I looked at the faces of all the people, they were astonished," he said.

"A few minutes ago, I was covered with snowflakes. In my hair, on my shoulders. I invite all the people to enjoy peace, because the snow means peace," he said.

Traffic policeman Murtadha Fadhil, huddling under a balcony to keep dry, declared the snow "a new sign of the new Iraq."

"It's a sign of hope. We hope Iraqis will purify their hearts and politicians will work for the prosperity of all Iraqis."

The streets of the capital were largely empty as big, thick, wet flakes fell on Friday morning, a weekend day in Iraq. The temperature hovered around freezing and the snow mostly melted into grey puddles when it hit the ground.

But it was still lovely, said Mohanned Rahim, a baker: "This snow will bring pleasure to the people of Iraq. It's beautiful!"

DI TEMBAK 2 DAS TEMBAKAN

Timbalan Pengerusi MIC Johor ditembak mati
Harakahdaily

Terkini! | KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Bernama melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenggaroh Dato' S. Krishnasamy ditembak mati di bangunan MIC Johor di Johor Baharu petang ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, kakitangan pejabat MIC Johor mengesahkan, ahli politik MIC itu mati sejurus selepas ditembak dua kali dari jarak dekat kira-kira jam 2 petang tadi.

Dalam satu laporan yang tidak dapat disahkan, Adun yang mewakili kawasan Tenggaroh itu, ditembak selepas dua lelaki merapati beliau berhampiran lif pejabat MIC Johor ketika Krishnasamy dijadualkan menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, yang merupakan seorang kontraktor meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Krishnasamy sebelum ini dipilih tiga kali menjadi AJK MIC Pusat sejak tahun 2000.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC yang kedua ditembak mati selepas Adun Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam beberapa tahun lepas.

GEMPAR !!! Datuk S Krishnasamy ditembak mati

Adun Tenggaroh ditembak mati
Harian Metro

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy ditembak mati di hadapan bangunan MIC di sini, tengah hari ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Sharif.

No2umnO - Berita ini diperolehi dari Harian Metro......Samy Vellu ...... Amacam? Apakah kaitan pembunuhan ini dengan upacara 'sembahyang mayat' yang dilakukan kaum India di Malaysia kepada Samy Vellu? Is there anything that i missed?


GEMPAR !!!

ALAHAI BUCHUKKK POLIS

Tian Didakwa Menggigit Polis, Video Buktikan Polis Pukul Tian

Kuala Lumpur, 11 Jan - Ketua Penerangan Tian Chua hari ini didakwa menggigit polis semasa ditangkap dalam perjalanan ke penyerahan memorandum Bersih ke Parlimen pada 11 Disember, 2007.

Dakwaan tersebut dibuat di makhamah majistret Kuala Lumpur dan perbicaraan akan diadakan pada 16 dan 17 April. Jika didapati bersalah, Tian boleh dipenjarakan 3 tahun.

Menurut Tian, video di bawah membuktikan mustahil beliau menggigit polis ketika dikerasi dan ditangkap dalam insiden tersebut.

No2umnO - Polis makin comel dan manja. Kena gigit tak boleh, kena jentik pun tak boleh. Yang menembak tak kena, yang ditembak ditangkap. Alahai kalau dah manja sangat, jangan jadi polis. Duduk rumah hisap puting la.

RTM: Surat kepada MSTAR

APA nak di hairankan?
dipetik: mstar

Kakitangan Kementerian sendiri pun tentu tahu apa yang di hidangkan oleh suku-sakat kaum puak (RTM) dari kalangan mereka juga.

Termasuklah kakitangan2 RTM sendiri, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Filem Negara semuanya memang 'aware' atau sedar yang segala apa yang dipaparkan oleh RTM, dibawah naungan Kementerian Penerangan hanyalah Info Auta semata-mata.

Jadi takkan mereka sendiri hendak melihat akan hidangan yg rata-rata mereka sendiri tahu apa kontennya. Bodohlah kalau mereka sendiri menjadi penonton hasil dari penipuan dari kalangan mereka sendiri. Betullah, Saluran Infotainmen RTM penuh dengan sampah sarap.

Kenapa jadi begitu? Why? Agaknya kemungkinan besar adalah disebabkan dari beberapa faktor:

  1. Well-known facts that all are really trashy stuff from RTM channels. Therefore, they know too well and simply refused to watch these.
  2. Sabotage (direct as well as indirect) towards their own boss (the DKK minister), who is so 'loghat' & 'menyibuk lebih.' The way they did or made it to appear as if it is 'unintentional' i.e. without intention (tak disengajakan- inadvertently) by making mistakes or blunders, whether stupid mistake or not. So the stupid 'loghat & menyibuk lebih' boss got played out by that kind of excuses.
  3. Silent protest is another ways and means to make most programs from RTM to be of low class category to the standard of garbage.
  4. They know very very well where their real 'standard' is actually. When they (RTM) always mentioned 'berprestij' or something of 'masuk bakul angkat sendiri' - when in it is really means the opposite.
  5. Too much of favouritism among those 'who-know-who' - using the qualification of 'technical-know-who' rather than 'technical-know-how'. That's why technically all RTM presentations are so damned lousy technically (even in this modern state-of-the-art technology already here years ago) as well RTM has no taste at all in their arts and performance.
How to beat those TV swasta. They are much better and more viewers than you old-fashioned TV station with those sub-standard TV hosts and 'pengacara's. Overall RTM is very much below standard compared to those of others.

SAM SEMAUN

GEMPAR !!! Orang kuat MIC Johor ditembak



MStar

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy ditembak di ibu pejabat MIC di Johor.

Keadaannya, yang juga naib ketua MIC Johor, bagaimanapun belum diketahui setakat ini.

SEJAK BILA RAKYAT BOLEH HARAP PADA BPR?

Perisikan BPR Siap Sedia Pastikan Pilihan Raya Bebas Politik Wang

JOHOR BAHARU, 11 Jan (Bernama) -- Bahagian Perisikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah bersiap sedia untuk memastikan pilihan raya umum ke-12 bebas daripada gejala politik wang.

Pengarahnya, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Datuk Jamidan Abdullah berkata BPR akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menjalankan aktivti rasuah dalam pilihan raya.

"BPR tidak memilih bulu dan telah bersedia untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah dalam pilihan raya itu," katanya di sini hari Jumaat.

Beliau berkata sejumlah 250 anggota perisikan BPR akan turun padang semasa tempoh pilihan raya umum bagi mengumpulkan maklumat agar siasatan dapat dijalankan secara terperinci oleh Bahagian Penyiasatan BPR.

Katanya tidak ada tumpuan khusus kawasan mana yang akan dipantau BPR pada pilihan raya umum kelak tetapi setiap tindakan adalah mengikut arahan jabatan.

Jamidan berkata satu unit khas perisikan, yang diberi nama Cawangan Kawalan Zon, akan ditubuhkan di setiap negeri tidak lama lagi dan Johor akan menjadi negeri pertama menubuhkan unit, yang dianggotai seramai lapan orang pegawai.

No2umnO - Heheh ... bukan hendak memperkecilkan BPR, tetapi sejak beberapa tahun ini, selagi tiada jerung yang dibawa ke muka pengadilan dan dihukum, maka kredibiliti BPR memang boleh di persoal. Bukan caraya untuk menyatakan diri itu bagus, tetapi ianya dinilaikan dengan prestasi yang lepas dan kini. Kalau setakat jadi benteng untuk pemimpin lari dari tuduhan dan hukuman, maka BPR boleh disamakan dengan UMNO. Tangkap lawan, bebaskan kawan. Sejak bila rakyat boleh mengharap kepada BPR?

MALAYSIA CUMA BANGGA JADI PENUMPANG

Mungkin kerana semuanya berharap pada minyak maka, pencipta dan menteri Malaysia leka dari menuju ke arah mencipta kenderaan yang lebih berteknoloji, jimat dan tidak menggunakan minyak. Dijangkakan kalau tiadanya minyak lagi di Malaysia, maka ramai lah para menteri yang kebulur dan rakyat yang bakal mati kekeringan. Bayangkan, cuma dengan menurunkan harga minyak pun boleh BANGKRAPkan negara. Ini kan pula tiada minyak.

Tapi ia tidak berlaku di negara yang tidak mempunyai sumber minyak, mereka berusaha untuk menjadi lebih maju.

dipetik: isuhangat (KLIK)

Syarikat kereta di India ketika ini sentiasa memikirkan kereta yang sesuai untuk rakyat mereka. Dalam masa terdekat mereka akan mengeluarkan kereta 1 Lakh atau kereta pada harga 100,000 Rupee bersamaan dengan RM 8,500. Kereta yang mereka cipta untuk rakyat adalah untuk manafaat rakyat. Konsep kereta rakyat ini sebenarnya dipelopori oleh Volkswagen dimana “Volks” bermaksud Rakyat dan “Wagen” bermaksud Kereta. (Rujuk: KLIK) Imej: kiri

Sementara itu sebuah syarikat di Perancis sedang membangunkan model kereta udara OneCAT pada harga sekitar 3,500 Euros atau RM 17,000. (Rujuk: KLIK)
Imej: Kanan

Sekiranya kereta udara ini dapat dibangunkan dan dikeluarkan di Malaysia , sudah pasti ianya akan memberi manafaat yang begitu banyak kepada rakyat Malaysia, dimana ianya akan mengekang kenaikan harga minyak yang seterusnya akan mengekang kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan lain-lain keperluan asas masyarakat. Bayangkan sebuah kereta yang boleh membawa 5 orang penumpang hanya memerlukan RM 7 untuk bergerak sejauh 200 km tanpa pencemaran udara.

Malaysia tak perlu cipta kerana kita cukup berbangga hanya sekadar menjadi penumpang.

Skandal tanah Mad Aris ADUN UMNO AMPANG


detikdaily

Dari maklumat yang diberikan oleh penduduk tempatan dan maklumat dalam memorandum-memorandum dan surat-surat aduan penduduk, Malaysiakini menemui sekurang-kurangnya lapan dakwaan membabitkan skandal tanah, iaitu:

1. Restoran Millennium Curry House di Jalan Nirwana, Taman Nirwana.

2. Zon industri ringan yang terletak antara Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Kampung Pandan Dalam.

3. Kedai 'Perabut Cempaka' di Jalan Cempaka 3, Taman Chempaka.

4. Zon Industri ringan di Jalan Nirwana 10, Taman Nirwana.

5. Tapak semaian Pandan Puri Corporation di Jalan 1, Taman Putra Sulaiman.

6. Medan selera yang telah dirobohkan bersebelahan SMK Pandan Indah.

7. Padang sasar golf di Pandan Perdana and;

8. Rumah-rumah tiga tingkat di Taman Chempaka dekat tesen Star LRT. |more...|

SHARLINIE: SIAPA BELIT?

Wanita cantik bawa adik
Kosmo

SHARLIENA menunjukkan tempat Sharlinie dibawa menaiki kereta oleh wanita cantik.

PETALING JAYA – Sharliena Mohd. Nashar memberitahu, adiknya dilarikan oleh seorang wanita cantik memakai kasut tumit tinggi ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas bermain di taman permainan di PJS2 Taman Medan di sini kelmarin.

Sharliena, 8, berkata, ketika itu, dia sedang menaiki basikal manakala adiknya mengekorinya dengan berjalan kaki dari belakang.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi tapak kasut orang berjalan. Saya toleh ke belakang dan nampak wanita itu dan semasa itu, adik masih ada lagi.

“Wanita cantik itu kemudiannya memberi adik gula-gula dan terus menarik adik ke dalam sebuah kereta hitam yang dipandunya sendiri,”
katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam.

Semalam KOSMO! melaporkan Sharliena sebagai berkata, adiknya tiba-tiba hilang dari pandangan dan dia langsung tidak perasan bagaimana Sharlinie boleh hilang sebelum terus balik ke rumah untuk memberitahu ibunya.

Dua beradik itu yang sepatutnya pergi ke kelas mengaji al-Quran selepas selesai sekolah agama pukul 11 pagi bagaimanapun pergi bermain di padang permainan.

Cerita Sharliena lagi, adiknya itu terus menjerit semasa dipaksa masuk ke dalam kereta dan dia hanya mampu melihat adiknya dibawa pergi.

Menurut sumber, pihak polis terpaksa mengulangi pertanyaan yang sama kepadanya untuk memastikan maklumat yang diceritakan sahih.

“Walaupun dia banyak memberi maklumat, kita tidak boleh memakai kesemuanya kerana ia sentiasa berubah-ubah. Kita terpaksa bertanya benda yang sama berulang kali untuk mendapatkan jawapan yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

No2umnO - Kenyataan kanak kanak tersebut bercelaru mungkin kerana bingung dan rasa bersalah kehilangan adik yang dibawah jagaannya. Tak dapat dinafikan. Tapi yang polis pun bagi kenyataan bercelaru kenapa? Tiba tiba keluar muka lelaki pulak yang disyaki. Serkap jarang lagi ke? Tak per la pak polisi, kita semua tahu Polis kerjanya "JANJI SIAP" .......

PERJUANGAN ISLAM OLEH UMNO MEMANG IKHLAS

Sembahyang Berjemaah atas jalan
Oleh Helmy Abd Rahman
Harian Metro

KAJANG: Agak mengharukan apabila sebilangan besar masyarakat Islam di Kajang Prima di sini, terpaksa menyambut kedatangan Maal Hijrah semalam dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan surau selain memerlukan permit polis untuk menganjurkan majlis agama sempena sambutan berkenaan.

Begitupun, keadaan itu tidak melemahkan semangat penduduk terbabit yang tetap bersatu hati dengan bersama-sama bersolat Maghrib secara berjemaah atas jalan dan menjalankan beberapa aktiviti keagamaan serta jamuan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, Mohd Rashdan Rohani, 33, berkata walaupun sebelum ini kerajaan Selangor berjanji membina masjid di kawasan itu, mereka tetap memerlukan surau supaya 600 penduduk Islam dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih terurus.

Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pengurusan Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari taman itu, tidak lagi membenarkan penduduk menggunakan surau sekolah terbabit untuk solat Maghrib dan Isyak.

“Sepatutnya ada peruntukan membina surau di kawasan sekitar selepas tapak asal diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (Silk).

“Kami bukan menolak pembinaan masjid yang akan dilakukan kerajaan negeri, malah cukup gembira dan bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan tetapi persoalannya kini, tapak masjid yang akan dibina itu belum pasti dan berdasarkan apa yang diberitahu pihak bertanggungjawab, satu masjid akan dibina bagi menggantikan tapak surau yang diambil di Taman Asa Jaya kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashdan berkata, penduduk Islam di kawasan itu berasa seperti ditindas apabila perjuangan lima tahun bagi mendapatkan surau ‘musnah’ sekelip mata.

Menurutnya, penduduk terkilan apabila pembinaan surau yang memerlukan hanya 0.1 hektar daripada seluas 3.3 hektar di taman permainan sedia ada, dibatalkan berikutan bantahan beberapa individu yang tinggal berhampiran tapak itu.

“Kami harap mereka boleh bertolak-ansur untuk membina surau kerana ia untuk kemudahan kami menunaikan solat berjemaah. Malangnya, mereka menolak setiap kali kami mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah ini.


“Kami tidak mahu masalah surau dibesarkan dan ia perlu diselesaikan segera sekali gus boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati antara penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

DIMELAKA, MAK DAN ANAK BERMAKSIAT

Ibu, anak dicekup bersekedudukan
Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Seorang ibu tunggal bersekongkol bersama anak gadisnya untuk bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing di rumah mereka di Taman Indah Seksyen 3, Padang Jambu, dekat sini.

Perbuatan dua beranak itu terbongkar apabila mereka ditahan bersama pasangan masing-masing oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), pagi semalam.

Ibu tunggal berusia 45 tahun dan anak gadisnya berusia 21 tahun dicekup kira-kira jam 5.45 pagi di rumah mereka.

Pasangan kekasih si ibu yang berusia 37 tahun, manakala teman lelaki anak yang berusia 27 tahun turut ditahan sedang tidur dalam bilik kekasih masing-masing.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata siasatan awal mendapati teman lelaki kepada ibu berkenaan sudah tinggal di rumah itu kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, lelaki terbabit yang juga seorang duda menumpang di rumah berkenaan dengan alasan teman lelaki anak perempuan kekasihnya juga tinggal bersama mereka.

“Lelaki berkenaan bekerja sebagai tukang gunting rambut di Tampin, Negeri Sembilan, manakala teman lelaki anak ibu tunggal itu bekerja sebagai jurujual,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan juga mendapati anak perempuan ibu tunggal itu adalah seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ketika pegawai penguat kuasa tiba ke rumah berkenaan, semua mereka sedang tidur dan selepas beberapa minit memberi salam ibu tunggal berkenaan membuka pintu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, pihaknya masuk untuk membuat pemeriksaan dan menemui anak gadis ibu tunggal itu sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki terbabit di bilik berasingan dalam rumah berkenaan.

“Selepas mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, mereka ditahan untuk siastan lanjut,” katanya.

Menurut Rahimin, semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

YB UMNO MUNGKIR JANJI

Mana janji YB
Harian Metro
Oleh Mohamad Yatim Latip

MELAKA: “Janji tinggal janji“ begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan nasib seorang lelaki yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah, Rahman Sabirin, 35 dari Kampung Pengkalan Samak, Merlimau dekat sini yang mendakwa masih belum menerima kerusi roda seperti dijanjikan Biro Kebajikan Umno Bahagian Jasin, enam bulan lalu.

Rahman berkata, bantuan kerusi roda itu dijanjikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang melawatnya bersama beberapa pegawainya Jun tahun lalu.

Beliau berkata, kerusi roda itu dijanjikan akan dihantar dalam tempoh dua minggu tetapi sehingga kini bantuan itu belum diterima.

Lebih dikesalkan katanya, pihak terbabit bukan sahaja gagal menunaikan janji mereka malah tiada seorang pun wakil datang mengunjunginya semula untuk memaklumkan alasan gagal menghantar kerusi roda berkenaan.

“Sebenarnya, saya bukan sengaja hendak mensensasikan perkara ini tetapi saya sangat sedih apabila pihak berkenaan tidak mengotakan janji mereka itu sehingga sudah berlarutan selama enam bulan kini.

“Ini kerana, saya sememangnya berharap sangat agar dapat sebuah kerusi roda baru bagi menggantikan kerusi roda lama yang sudah rosak dan berkarat yang saya masih gunakan lebih satu tahun lalu,” katanya.

Rahman berkata, ketika ini, dia menggunakan dua kerusi roda bagi kegunaan untuk mandi dan membuang air besar.

Menurutnya, kedua-dua kakinya lumpuh selepas tulang belakangnya retak akibat terjatuh dari motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Melaka pada 1996.

“Saya dimasukkan ke wad Hospital Melaka selama lebih dua bulan akibat kecederaan teruk dan sehingga kini saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Rahman berkata, memandangkan keadaan dirinya yang lumpuh dan tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 yang diterimanya sejak 1998, dia tidak mampu membeli kerusi baru untuk menggantikan yang lama itu.

“Good Cops, Safe Malaysia” now

Sharlinie -Nurin stark reminders that crime knows no race, religion or politics

It is so heart-rending for Malaysians that so soon after the tragedy of the eight-year-old Nurin Jazimin, who was abducted and murdered with her body found in a sports bag a month after she was kidnapped there is now the case of five-year-old Sharlinie Nashar, abducted in Taman Medan, Petaling Jaya on Wednesday – a few kilometers from where Nurin’s body was found.

The hearts of all Malaysians go out to the aggrieved parents, Mohd Nasyar Mat Hussain and Suraya Ahmad and pray that no harm would come to her and that she would be returned and reunited with her family immediately.

The manhunt for Sharlinie must be supported by every Malaysian in the country and all DAP MPs, State Assembly members, leaders and members join in the call to the abductors to return her to her parents and family safely and immediately.

The cases of Sharlinie Nashar and Nurin Jazimin are stark reminders to drive home three sad but salient points about Malaysia which had just celebrated its 50th Merdeka anniversary:

• The Malaysian society has become a very dangerous and unsafe place for adults, women and children with crime reaching endemic proportion, with the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressing alarm at the 13.4% rise in crime rate for last year;

• Crime knows no race or religion as all Malaysians are potential victims of crime including violent crimes, regardless of their racial and religious backgrounds..

• The urgent need for all Malaysians, regardless of race, religion or political beliefs, to unite as one people to demand that the government deliver “Good Cops, Safe Malaysia” as its first duty to citizens, visitors, tourists and investors and to restore to Malaysians the twin fundamental rights to be free from crime and the fear of crime!

It is for this reason that a “Good Cops, Safe Malaysia” theme will feature prominently in the DAP campaign for the forthcoming general election expected to be held within 65 days.

In the past 11 general elections for the past half-a-century, law-and-order and low crime have never featured as a significant election campaign theme. |more...|

Malaysia SAH bukan tempat yang selamat

Seorang lagi kanak kanak hilang. Nampaknya penjenayah tidak bimbang lagi dengan polis kerana penjenayah tidak berminat di dalam soal menyertai perhimpunan. Kalau penjenayah bersama di dalam perhimpunan aman BERSIH atau pun HINDRAF, sudah pasti dia ditangkap dengan mudah. Atau mungkin tidak sempat untuk menyertainya, di dalam perjalanan pun sudah ditahan di dalam sekatan jalan raya yang dibuat seluruh negara sehingga ke setiap jalan masuk ke ibukota.

Bila rakyat sedang riuh rendah dengan kehilangan Sharlinie, maka kembali dan berulang nya episod pencarian seperti yang berlaku ketika kehilangan Nurin Jazlin beberapa bulan yang lepas. Selepas berita itu tersebar, maka mereka didatangi oleh Gerombolan UMNO dan Mat Rempitnya untuk berkhidmat kononnya untuk membantu keluarga mangsa. Di dalam kes ini, PUTERI UMNO pula mencari peluang. Maka bertaburan lah mereka keseluruh pelusuk Kuala LUmpur untuk menonjolkan wajah dan potongan badan untuk dikeluarkan cerita dan berita di media. Semoga dengan kaedah 'perihatin bermusim' itu mampu hendaknya menggoda hati rakyat yang tika ini menanti untuk menyambut Pilihanraya ke 12. Selepas dapat lipuran itu, maka tanggung jawab polis meneruskan penyiasatan dan ketika itu Puteri UMNO akan senyap untuk teruskan persiapan PRU12. Cukup sekadar itu kerana Sharlinie bukan anak aku.

Mungkin ketika ini, ibu bapa mangsa sedang kegelisahan. Tambah tambah lagi apabila mengenangkan kegagalan penyiasatan polis terhadap mangsa Nurin Jazlin. Walau bagaimana pun usaha mesti diteruskan walaupun kekadang sampai ketika selera pun hilang, mood pun tiada. Harapan untuk menemui bertemu jalan buntu dan polis pula bagaikan tidak bersungguh sungguh kerana tanpa maklumat mereka tidak boleh membantu. Ramai yang duduk pejabat dari buat kerja. Siapa sebenarnya yang berusaha kalau jenayah bukan dibuat ditengah jalan tetapi di bilik yang ditutup, jauh dari pengetahun orang lain.

Ibu bapa malang perlu terima hakikat bahawa kehilangan anak anak, tidak sebahaya membuat perhimpunan HARAM. Apabila semua jalan dibuat sekatan dari utara hingga lah selatan. Polis tidak berhasrat untuk menjadikan isu ini besar kerana kehilangan anak bukan lah isu yang boleh merosakkan nama dan masa depan seorang pemimpin. Malah pemimpin pemimpin politik tidak malu pula untuk mengambil kesempatan atas kehilangan anak anak sebagai satu kaedah menonjol muka dan wajah kepada rakyat. Ibu bapa pening kepala, pemimpin politik ambil kesempatan pula.

Dalam mencari siapa pencolek dan penjenayah, maka terkeluarlah keratan lakaran wajah yang disyaki terlibat di dalam kes penculikan ini. Mungkin ada 20 orang yang berwajah sedemikian. Menurut kajian di Amerika Syarikat, lakaran wajah adalah kaedah yang cukup berkesan untuk mengesan penjenayah. Di dalam hal ini mungkin wak bersetuju, tetapi sejauh mana berkesannya lakaran yang dibuat oleh polis berkaitan kes kehilangan Sharlinie ini?

Lakaran itu dibuat selepas lapuran polis dibuat oleh ibu bapa Sharlinie. Tidak diketahui dari mana informasi itu diperolehi sehingga lahirnya lakaran tersebut tetapi jelas bahawa tiada sumber yang boleh dipercayai untuk menyatakan bahawa ianya lakaran sebenar penculik tersebut.

Rujukan berita,


Sementara itu, ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28, berkata anaknya Sharliena (kakak mangsa) baru pulang dari sekolah agama dan mengajak Sharlinie pergi mengaji di rumah jiran di belakang rumah mereka.

"Saya nampak mereka bawa Muqaddam, tetapi rupanya mereka ke taman permainan yang tidak pernah mereka pergi sebelum ini.

"Kakak menunggang basikal manakala Nini berjalan kaki," katanya.

Suraya, seorang suri rumah berkata ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan, Sharliena menoleh ke belakang dan mendapati adiknya tiada di belakangnya.

"Setibanya di rumah, Sharliena memberitahu saya Nini hilang di kawasan buaian dan sebelum itu dia tidak sedar adiknya hilang," katanya..


Bila kenyataan diatas dibuat, maka ini menjelaskan kepada kita bahawa lakaran itu bukan lah hasil dari keterangan kakak atau pun keluarganya. Lantas siapa kah pemberi maklumat sehingga lahirnya lakaran itu? Adakah ini episod drama untuk sedapkan hati rakyat di Malaysia?

Kalau sumber diperolehi dari individu yang perlu dirahsiakan, mungkin ada betulnya tetapi bagaimana pula kalau lakaran yang dibuat itu datangnya dari saksi yang bukan saksi? Maksudnya saksi yang tiada ketika kejadian itu. Sudah pasti ia bakal mengelirukan. Tidak mustahil akan berlaku tangkapan secara rambang seperti yang berlaku pada kes Nurin Jazlin dahulu. 3 pemuda yang ditangkap, terpaksa dilepaskan kerana kekurangan bukti. Rakyat yang mendengarnya rasa lega seketika dan berasa tertipu apabila yang tertangkap itu dilepaskan kemudiannya. Dan begitu juga lah perasaan ibu bapa kepada Nurin Jazlin.

Adakah lakaran ini sekadar sedap kan hati atau untuk memberitahu bahawa polis sedang berusaha. Sedangkan ianya sekadar "janji buat" seperti yang pernah di dakwa kepada pihak polis di dalam perbicaraan di Pahang beberapa bulan yang lepas. Adalah lebih baik untuk tidak terlalu berharap kepada yang tidak boleh diharap. Usaha mesti diteruskan. Tidak kira secara jelas atau tidak. Mengharapkan pada satu satu kumpulan itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Jadikan kes pembunuhan NURIN JAZLIN sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang menerima nasib yang serupa. Sehingga kini, kes itu sepi walaupun kononnya ianya dikatakan masih terbuka dan polis masih mencari pembunuh terbabit.

Ini adalah pengajaran kepada ibu bapa yang masih tidak rasa apa yang mereka rasa. Jangan biarkan anak anda berada di luar pengawasan anda. Jangan biarkan kelekaan dan kemudahan itu sebagai satu peluang kepada penjenayah dan penculik untuk melakukan kerja keji mereka kerana yang susah bukan orang lain, tetapi kita sendiri. Malaysia di dalam keadaan yang amat menyedihkan sekarang. Bangsa asing membanjiri negara disamping kurangnya kawalan dari pihak berkuasa.

Jangan berharap kepada mereka yang tidak boleh diharap kerana mereka rasakan ianya sekadar rutin kerja dan bukan satu tanggung jawab. Cukup masa, mereka pulang kerja dan yang menderita adalah kita. Yang susah kita, yang pening kita dan yang rugi pun kita. Maka betul kan sistem negara, perbaiki sistem keselamatan keluarga dan negara. Kita tidak boleh bergoyang kaki, bersenang hati kerana Malaysia bukan lagi tempat yang selamat.

MANA CIPTAAN DAN MANA KENYATAAN?

Mencipta isu adalah satu kaedah untuk menutup kelemahan kerajaan Barisan Nasional ketika ini. Akibat beberapa kelemahan yang telah tidak sengaja timbul kerana sikap kerajaan yang lepas tangan dan leka.

Diantara isu yang sengaja di bangkitkan dan diselesaikan oleh kerajaan adalah

Kemudian kerajaan pun datang sebagai HERO dan berita ini terkeluar,


Ada yang bijak memikir, berjaya mengesan penipuan ini dan mempertikaikan logikkah berita tersebut, seperti


Banyak artikel yang keluar mengikut rentak cerita yang ada. Dalam pada itu tangkapan banyak dibuat terhadap penyeludup dan penyorok barangan.

Pada masa yang sama, kelemahan kerajaan terus terdedah dengan berita berita benar yang secara tidak sengaja terkeluar dan tersiar kerana masa dan keadaan, seperti,


dan lain lain lagi. Membuktikan kerajaan lemah dan leka menyebabkan semua isu ini timbul.

Penelitian perlu dibuat untuk membezakan antara ciptaan dan kenyataan. Semuanya dibuat gara gara pilihanraya sudah hampir. Banyak isu yang perlu ditutup dan kini terserah pada rakyat samaada membenarkan diri tergolong di dalam kumpulan LALANG yang ditiup angin atau Pohon TEGAP yang hanya membenar sekadar daun terbuai ketika angin ribut. Yang lemah akan kemabli sokong Barisan Nasional dan yang bijak adalah sebaliknya. Dimana kah anda? Kerajan mungkin beranggapan bahawa BODOH rakyat boleh ditipu berulang ulang.

What Meeting!?.. What Letter?!

blog.mofie.net


Umno says no such thing about a written directive purportedly signed by party secretary-general Radzi Sheikh Ahmad asking them to carry out a ‘racial issue action plan.’ Malaysiakini has the news and copy of the letter which I'm posting below.

Not sure what is the letter really about and I'm also wondering what are the action plan (mejayakan "ISU PERKAUMAN") ? What do they actually planned to do? Any takers? According to news also PAS Youth chief Salahuddin Ayub filed a police report in Kuala Lumpur over the letter. A small bit of the news below...

No meeting, no letter

Despite numerous attempts, Radzi could not be reached for comment but other Umno leaders contacted by Malaysiakini denied the letter.

On the same note, a BN source told Malaysiakini that there was no meeting held on Dec 6 while a check revealed that the last Umno supreme council meeting was held on Dec 14. |more...|

PANTANG ADA KESEMPATAN


KUALA LUMPUR 10 Jan. – Pergerakan Puteri UMNO Selangor akan mengedar poster Sharlinie Mohd. Nashar, 5, mulai esok bagi menyebarluaskan kepada orang ramai mengenai kehilangan kanak-kanak malang itu.

Kalau ketika kehilangan Nurin Jazlin dahulu, PEMUDA UMNO mulakan dengan mengedar poster. Diarahnya Mat Rempit memenuhi ruang kota Kuala Lumpur secara konvoi untuk mengedar poster kehilangan anak manis itu. Namun selepas itu Pemuda UMNO senyap tiada cerita, tanpa berita.

Kini PUTERI UMNO mencelah pula....Sejauh mana keikhlasan mereka untuk membantu? Politik politik....dan politik. Pantang ada kesempatan, disitu ada jalan.

KENAPA KERAJAAN MAHU RAKYAT PANIK?

Cuba anda baca berita berikut, berita seumpama ini memenuhi hampir 60% berita penting di dalam akhbar. Setiap hari ada sahaja berita yang disiarkan cerita berkaitan dengan kenaikan harga dan suasana panik rakyat.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Para penduduk ibu kota tidak kisah dan tidak berasa terjejas sekiranya restoran mamak di sini mengambil keputusan untuk menghentikan jualan roti canai berikutan harga tepung gandum yang melonjak naik kini.

4 wanita Thai ditahan cuba seludup minyak masak, gula
TUMPAT 10 Jan. – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan empat wanita warga Thailand kerana disyaki cuba menyeludup keluar 77 kilogram minyak masak dan 48 kilogram gula, petang semalam.

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Masalah kekurangan bekalan tepung seberat 25 kilogram (kg) bukan sahaja dirasakan oleh pengusaha roti canai sebaliknya pengusaha murtabak turut menerima kesan yang teruk.

PADANG BESAR 10 Jan. - Larangan penuh supaya rakyat tempatan dan asing tidak membawa minyak masak keluar dari negara ini berkuat kuasa serta merta nampaknya tidak diendahkan oleh kumpulan tertentu.

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Pengguna perkhidmatan bas di negeri ini membantah langkah Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia untuk menaikkan kadar tambang bas sebanyak dua kali ganda tidak lama lagi.

KUANTAN 10 Jan. – Bekalan makanan bagi lebih 3,000 penduduk Pulau Tioman hanya mampu bertahan untuk tempoh tujuh hari jika cuaca tidak menentu dan laut terus bergelora.

Ia adalah rentetan sejak cerita dan keadaan sejak beberapa yang bulan yang lalu. Keadaan semakin rancak. Sebelum ini berkisar tentang kekurangan minyak mentah. Sedangkan Malaysia dikatakan pengekspot minyak masak antara yang terbesar di dunia. Dan sekarang, tepung pula. Dan bersama sama masalah Tambang Bas.

Kalau ketika masalah minyak, Najib Razak dan Pak Lah dengan sepetik jari sahaja mengarahkan pengeluar mengeluarkan arahan untuk lebihkan pengeluaran dan masalah minyak pun selesai.

Hah......cuba anda bayangkan. Wak percaya usaha menyekat pengedaran memang dilakukan. Keadaan panik memang menyebabkan banyak spekulasi. Kerana panik juga menjadi punca ada mereka yang menyorok barang kerana mereka menyangka ianya akan naik harga. Dan ada pulak yang menyeludup ambil kesempatan. Menteri dan pak menteri berkata, "Jangan Panik". Berita pun turut menyiarkan kenyataan Menteri .... "Jangan Panik."

Ianya selesai segera selepas Menteri beri arahan. Pasti dan tentunya ada yang tidak kena disini. Bagaimana ianya seperti tidak boleh diselesaikan? Penutupan oleh lambakan berita seumpama ini telah menutup ruang untuk memperolehi berita lain. Maka ...... rakyat jangan panik kerana semua ini diadakan adakan untuk tutup telinga rakyat dengan suasana panik dan berita yang asyik bercerita tentang kekurangan barang.

Ingat hanya satu, segala kekurangan, segala penyeludupan, segala suasana panik, adalah kerana kerajaan LEMBAB, LEMAH dan tidak BERTANGGUNG JAWAB. Jangan ubah fakta kerana Kerajaan BN cuba menjadi HERO, Masalah ini dari dia ia datang dan dia juga selesaikan.

Posting terkini

Blog Archive