KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

POLIS MINTA BANTUAN DARI PONDOK

Kerjasama 'Pondok Polis' Untuk Kesan Sharlinie

PETALING JAYA, 11 Jan (Bernama) -- Polis turut mendapatkan kerjasama setiap "pondok polis" di semua kawasan di Lembah Klang dalam usaha mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau Nini, yang hilang sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kerjasama baik yang diberikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan rukun tetangga di kawasan sekitar tempat kejadian juga banyak membantu dalam siasatan yang dijalankan.

"Saya mengalu-alukan pihak lain yang ingin memberikan bantuan dan polis akan memberikan kerjasama yang sewajarnya agar Nini dapat ditemui semula," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu lepas ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Ditanya mengenai kemungkinan kanak-kanak itu telah dibawa keluar dari negara ini, Arjunaidi berkata sehingga kini belum ada maklumat seperti itu.

Katanya sehingga kini, polis menerima pelbagai maklumat berhubung kehilangan Sharlinie dan semua maklumat itu disiasat serta diambil tindakan.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat itu kerana ia akan mengganggu siasatan selain bimbang akan wujud implikasi lain seperti maklumat itu akan dikembangkan menjadi info berangkai.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive