KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 1, 2008

More controversy ahead . . .

westmalaysia | ....Opposition leader Anwar Ibrahim fired the first salvo.

‘There is growing perception that the investigation was not done professionally. There is a clear motive to cover up, a lot of evidence was not adduced.

‘The prosecution has failed to conduct the case professionally. From the beginning, changes were made to the court and the judge.

‘Now that there are more allegations involving DPM Najib – the SMSes and evidence the public has raised a number of times – this case clearly is bigger,’ Datuk Seri Anwar said.

Prominent blogger Rocky Bru wrote: ‘Many will cry foul. This is going to give a lot of people a heart attack.’

But political observers believe that the storm is likely to pass quickly as, despite the repeated innuendos and allegations, no evidence has surfaced to link Mr Najib to the case. ... selanjutnya.

Jom teka lagi

BPR siasat pembelian helikopter Eurocopter
"Dokumen dan maklumat penting dah dapat daripada PAC dan kita baru sahaja membuka kertas siasatan," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama selepas merasmikan Latihan Ujian Menembak BPR di Lapang Sasar Mantin,Nilai di sini hari ini.

Beliau berkata kes tersebut akan disiasat yang merangkumi semua aspek termasuk prosedur pemilikan dan juga rasuah.

"Ini termasuk semua aspek termasuk rasuah. Kita akan lihat prosedur seperti adakah kepincangan dalam prosedur dan beberapa aspek lain yang terdapat dalam prosedur itu," katanya. ... selanjutnya
Anda sudah berjaya meneka keputusan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya. Sekarang mari kita teka keputusan siasatan BPR pulak.

Rakyat Diperdaya Bayar Harga Lebih Mahal

suarakeadilan | TAHUKAH anda memberi subsidi kepada kerajaan antara 60 sehingga 72 sen setiap liter diesel atau petrol yang anda beli di stesen minyak.

Ini kerana harga yang anda bayar dipam adalah jauh lebih mahal daripada harga sebenar di loji penapis minyak.

Siasatan Suara Keadilan menunjukkan harga depot diesel di loji penapisan Tangga Batu, Melaka pada 24 Oktober 2008 adalah hanya RM1.78 se liter dan petrol kira-kira RM2.00 se liter.

Harga depot ini diperolehi dari sumber loji penapis minyak Petronas.

Harga di stesen minyak yang terpaksa dibayar oleh pengguna pula ialah RM2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 untuk petrol.

Kerajaan pula berkata harga yang dijual kepada rakyat sudah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen setiap liter.

Jika ini diambil kira maka harga depot yang telah diberikan subsidi sebanyak 30 sen bagi diesel sepatutnya RM1.48 bagi diesel dan RM1.70 pula bagi petrol.... selanjutnya.

Ian Chin Hong Chong dipaksa letak jawatan?

suarakeadilan | ...“Kerajaan harus menubuhkan satu panel bebas bagi menyiasat kesemua dakwaan dan tuduhan Ian Chin dan sekiranya apa yang didakwa beliau terbukti, tindakan serius harus diambil,” katanya kepada Suara Keadilan hari ini.

Beliau mengatakan sedemikian bagi merujuk tindakan Ian Chin yang pernah mendedahkan bahawa hakim akan diugut pecat jika membuat keputusan tidak memihak kepada kerajaan.

Ian juga pernah mendakwa bahawa beliau adalah antara hakim-hakim yang dihantar ke kem bina semangat pada tahun 1997 bagi menjalani indoktrinasi prokerajaan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Menurutnya lagi, tindakan Ian Chin melepaskan jawatan juga dicurigai oleh beliau dan beliau berasa ada sesuatu yang mempengaruhi hakim berkenaan meletakan jawatan.

“Kalau ikut cara Timbalan Menteri jawab soalan saya, ianya boleh dikatakan Ian dipaksa untuk letak jawatan, dan setelah menjawab soalan barulah diketahui umum bahawa Ian Chin telah meletakan jawatan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu... selanjutnya.

Mana BALA?

Teringat aku tentang video pendedahan Bala bulan July lepas. Dan akibatnya, sampai sekarang BALA dah hilang.



Let's fresh our mind. Jangan bagi pembunuh Altantuya senang hati.

Altantuya: Bodoh la kalau puas hati

Orang orang Mongolia kena tahu bahawa ramai antara kita di sini pun tak puas hati. Tapi media semalam kata, Bapak Altantuya kecewa tapi terima keputusan Mahkamah. Hari ni lain pulak ..aku petik dari Bharian

razak baginda acquitted 311008 13Dr Shaariibuu Setev kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh anaknya, Altantuya Shaariibuu.

Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Syed Alhabshi, berkata Shaariibuu tidak puas hati
dengan keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin itu kerana mendakwa anaknya hanya mengenali seorang saja lelaki di Malaysia iaitu Abdul Razak... selanjutnya.
Orang bodoh saja yang puas hati. Dan kalau puas hati .. tersangat bodoh la dia.

Berbogel di Padang Masyar

Centre of attention: C/Insp Azilah and Kpl Sirul  Azhar leaving the courthouse in Shah Alam  yesterday. They will begin their defence on Nov 10.Razak Baginda dah bebas ...

Alehhhh peduli apa? Dia di lepas kan dari tuduhan bersubahat membunuh dan meletupkan tubuh seorang wanita cantik@model Mongolia, oleh Mahkamah Malaysia. Dia menjerit suka dan hari ni dia berpuasa .. nazar katanya.

Memang pun dia tak subahat, tak bunuh tapi dia mungkin tau ...cuma buat buat tak tau. Cover line.

Suka hati ko la. ...
Nak menjerit ke, nak berbogel ke .. itu hak nko. Kalau nak puasa sebulan pun lagi OK. Mana la tau .. .dah lebih setahun dalam penjara, takkan tak sedar lagi.

Ini dunia ... ada wang, dia raja. Buat lah apa korang suka. Tapi kita tak bodoh untuk pikir bahawa ada yang tak betul berlaku. Kita tak bantah keputusan mahkamah, tapi kita ragu ragu. Macam ada yang tak kena.

Kita bukan tak setuju pada keputusan, tapi proses perbicaraan. Banyak yang sorok sorok. Asyik asyik OBJECTION. Nak bawa Najib masuk mahkamah pun OBJECTION !!!! Yang bantah tu bukan saja Peguambela tapi peguamcara sekali. tak ke pening nama nya tu.

Bukan nak tuduh tapi cuma nak dapatkan keterangan ... pun tak boleh. Dan dua mangkuk tu pulak asyik jadi ZORRO dari awal sampai akhir. tak nampak batang hidung langsung. Kalau dia berhak pakai topeng .. orang lain pun kena di berikan topeng. Kenapa ada beza beza pulak? Orang lain yang salah cuma di berikan kertas surat khabar je. Ada pulak yang sorok muka celah ketiak polis takut orang kenal.

Apesal ada beza .. ada bayar lebih ke?

Bila merujuk pada perbicaraan ni baru aku dapat tahu bahawa kenapa kita di bangkitkan di PADANG MASYAR nanti bogel dan tidak berpakaian ...

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
Jadi .... korang yang rasa bersalah dan berdosa tu doa doakan laa agar Tuhan tukar prosidur untuk di berikan TOPENG pada pesalah.
Alasannya ... untuk menjaga keselamatan dan maruah pada tertuduh.

Buaya mau pergi, Naga mau mari

PM serah jawatan lepas perhimpunan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.... Berita Penuh
Bila dia nak pegi .. tu dia punya suka. Tapi orang kata kiamat kecil dah hampir.
Keluar mulut buaya, masuk mulut naga.
Korang tak rasa betapa busuknya muntah buaya ngan naga ni.
Air liur buaya boleh robohkan jambatan.
Air liur naga pulak boleh letupkan badan.

Heee..... takut

Cadangan Raja petra jadi saksi

Utusan | Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin bertanya siapakah saksi-saksi yang akan dipanggil oleh pembelaan.

Menurutnya, beliau mencadangkan Raja Petra sebagai saksi berikutan dia pernah membuat akuan bersumpah membabitkan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.... selanjutnya.
Ada berani?
Satu padang bola, pengadil, pemain, penjaga garisan semua aku tak caya.
Nak harapkan sorang penyokong?

Posting terkini

Blog Archive