star | ...The Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah wants constructive criticism and "brave new ideas" to halt wasteful and superficial programmes in Budget 2009.
In his royal address during the 163rd Perak Religious and Malay Customs Council meeting on Monday, Raja Nazrin Shah urged members to be bold enough to voice ideas and approaches that were more relevant to the era.
"Besides studying the figures in the Budget, council members must be prepared to examine the effectiveness of programmes that have been implemented until now," he said.... selanjutnya.
Oct 20, 2008
Perak Raja Muda calls for an end to wasteful programmes
Labels: Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Optimis Pakatan bentuk kerajaan pusat, penyokong pula mahu cepat
detikdaily | ...Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan "terlalu gopoh" dalam mencapai sasaran berkenaan.
"Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat... memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.
"Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang," kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.
Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku.... selanjutnya.
Labels: Nurul Izzah
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Selangor axes real estate JVs
sun2surf | .... In a hard-hitting speech when tabling the Pakatan Rakyat-led state government's maiden budget for next year at the State Assembly today, Abdul Khalid said wastage due to mismanagement has deprived the rakyat of what is due to them.
"The CEOs of the GLCs will be held accountable for decisions made by their companies and the practice of the Menteri Besar to absorb the blame for the mismanagement, as practised in the past, will cease," he said.
"The services of these CEOs had been retained as we want them to answer for the misappropriation and irregularities detected in their companies. Since the Pakatan Rakyat (PR) took over on March 8, CEOs of these GLCs have not been able to rationally answer for the joint-venture projects they had entered into that were lopsided against the state.
"Their shameless answer would be that they did so under the instructions of the former Menteri Besar."
Abdul Khalid revealed that these lopsided deals were detected in the State Secretary Incorporated, Pemodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) and Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Selangor, o
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tony Pua tells DPM to respect PAC independence
malaysiainsider | DAP lawmaker Tony Pua urged Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to respect the independence and integrity of the Public Accounts Committee (PAC) in carrying out its investigations into the controversial RM2.3 billion Eurocopter deal.
Pua, who is a member of PAC, took to task Najib and his fellow Cabinet ministers for making a "total mockery of the parliamentary process that any scrutiny by the PAC requires the 'agreement' of the Cabinet."
He was responding to a statement made by the new Finance Minister yesterday. Najib had said that the Cabinet had given their approval for the PAC to look into the acquisition of the Eurocopter EC725 helicopters "as soon as possible".
Pua who is also the MP for Petaling Jaya Utara said the committee had made their decision to scrutinise the contract in their meeting last Wednesday. He emphasised that the committee was an independent body of Parliament and did not need the Cabinet's permission to carry out an inquiry.... selanjutnya.
Labels: eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mesyuarat MT Umno malam ini
malaysiakini | ....Presiden Umno melahirkan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap tempoh berkempen selama empat bulan "terlalu panjang."
Kenyataan itu dilaporkan usaha halus untuk mendesak Abdullah berundur lebih awal daripada yang dirancang Mac ini - keputusan terbaru yang dicapai dalam mesyuarat khas MT bulan lepas.
Abdullah pada asalnya merancang melaksanakan pelan penyerahan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan 2010.
Dalam sidang medianya di lobi Parlimen, Abdullah berkata isu yang dibangkitkan oleh Muhyiddin tidak pernah disuarakan kepadanya.
Beliau juga menjelaskan isu itu akan dimaklumkan selepas mesyuarat malam ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Pak Lah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sultan tegur kerajaan pusat lambatkan projek pembangunan di Kelantan
harakah | Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu.
Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan.
"Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini.Image
Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sebelum ini ketibaan baginda disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Nasurudin Daud, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Baginda juga memeriksaan perbarisan anggota pasukan Gerak Am dari Batalion ke-8, Pengkalan Chepa.
Titah baginda projek-projek lain yang dalam pelaksanaan seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli juga perlu diambil perhatian. ... selanjutnya.
Labels: Kelantan
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
YB Umno dakwa kerajaan Selangor restu ahli PBT penjenayah
harakah | Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak (BN) bersedia menunjukkan bukti kepada pihak kerajaan Negeri Selangor pada bila-bila masa tentang penglibatan ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan kes jenayah.
Menurut beliau, ahli PBT tersebut bukan saja terlibat dengan kes jenayah pada tahun 2003 dan 2007 tetapi turut melakukan jenayah samun.
Beliau mendedahkan ahli PBT tersebut di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas Akta Dadah, Pusat Pemulihan Batu Gajah, Perak.
"Walaupun perkara itu dinafikan oleh pihak berkenaan tetapi kami ada bukti daripada pihak Keselamatan," katanya ketika ditemui di lobi dewan Annex, selepas pembentangan bajet 2009 di sidang Dun, pagi tadi.... selanjutnya.
Labels: Adun Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Peguam bantah surat izin pendakwaan Uthayakumar
Bharian | Peguam bela N Surendren yang mewakilinya, menimbulkan isu berkenaan selepas beliau mendakwa kertas pendakwaan yang dibuat adalah bermotifkan dendam di antara Abdul Gani dan Uthayakumar.
Surendren mendakwa Abdul Gani pernah menengking tertuduh (Uthyakumar) dalam perbicaraan terbuka di Mahkamah Shah Alam ketika tertuduh mewakili 31 penyokong Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) yang menghadapi pertuduhan membunuh dan Abdul Gani ada mengaitkannya dengan rancangan untuk mendapatkan bantuan daripada kumpulan pengganas Tamil Tigers di Sri Lanka.... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA, Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dr. M berhak buat kenyataan tentang UMNO - Rais
utusan | Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno.
“Banyak pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan tentang Umno. Ini tidak sepatutnya menjadi satu isu,” kata Rais, yang juga Menteri Luar.
“Beliau ada locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno. Beliau menerajui parti itu selama 23 tahun.
“Kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau, jumpa beliau dan cakap secara berdepan dengannya. Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno,” katanya kepada pemberita pada Program Pertukaran Kebudayaan Rakan Malaysia anjuran Kementerian Luar di sini.
Sejak bulan lepas, ada pemimpin tertentu dalam Umno, termasuk presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menuduh Dr Mahathir menjadi punca perpecahan yang berlaku dalam parti itu.... selanjutnya.
Labels: Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Najib sanggup masuk mahkamah ?
pahangdaily | Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.
Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali Altantuya.
Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.... selanjutnya.
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Siapa mamat ni?
email : xxxxx@hotmail.com
Sistem salasilah di dalam UMNO mirip Sistem pemerintahan beraja di negara kita.
Patah tumbuh hilang berganti. Dah patah, tak mahu mati, tumbuh pulak pengganti. Yang berangan nak menjadi orang besar di dalam UMNO kena ada darah pemimpin. Kalau tak der ... mimpi berjalan atau FRUST tertonggeng.
Kenal siapakah ini?
Dia adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.
Siapa mamat ni?
Jejaka ini adalah anak Najib. Namanya adalah Nizar ... anak Najib dan cucu Tun Razak. Kalau mamat ni masuk UMNO, bermakna sudah masuk 3 keturunan jenerasi Tun Razak menjadi ahli dan mungkin akan menjadi pemimpin satu hari nanti.
Pautan yang perlu anda KLIK .... SINI
Penyakit ni memang ada pada setiap pemimpin terpilih parti UMNO. Antaranya, Onn Jaafar, Mahathir dan Tun Razak. Berlegar antara mereka. Nak jadi Presiden? Korang berangan la puas puas. Abdullah tu kira bernasib baik je. Tempias penyingkiran Anwar dulu.
Untuk salasilah seterusnya KLIK SINI
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kenapa beli lebih mahal? - AMK
malaysiakini | ..."Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.
Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.
"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.
Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.... selanjutnya.
no2umno - Kita tunggu lawak jenaka PAC dalam keputusan siasatan pembelian ini nanti.
Labels: eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Kuda Kepang nak jadi MT
malaysiakini | Penulis blog yang kritikal pada perdana menteri, Datuk Ruhanie Ahmad menawarkan diri bertanding anggota Majlis Tertinggi (MT) walaupun mesyuarat bahagian telah bermula lebih seminggu.
Seseorang calon majlis itu harus mendapat sokongan 10 bahagian dalam tempoh mesyuarat bahagian di seluruh negara, yang dijadual tamat 9 November ini.
Ruhanie hanya membuat keputusan itu Jumaat lepas selepas lama menimbangkan dorongan ramai, khususnya setelah kemerosotan BN dan konflik dalaman Umno sejak pilihanraya umum, Mac lepas.
Bekas ahli parlimen Parit Sulong, yang tidak lagi memegang jawatan dalam Umno sejak 2004, berkata beliau mendapat sokongan daripada ketua-ketua bahagian di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Kedah dan Terengganu, selain penulis-penulis blog.... selanjutnya.
no2umno - Kuda kepang memang orang kuat Najib dari dulu.
Labels: kuda kepang
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Bahas Pengharaman HINDRAF di tolak Dewan
MStar | Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar pembangkang bagi membincangkan keputusan kerajaan mengharamkan kumpulan Hindraf minggu lalu.
Usul itu dibawa oleh Ahli Parlimen DAP dari kawasan Ipoh Barat, M. Kulasegaran.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari Rabu mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Pada 15 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengisytiharkan Hindraf dalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Pengisytiharan itu diwartakan setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.
Menurut Syed Hamid, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Perginya pejuang kemerdekaan tulen
di petik : mat comot
AL FATIHAH..............
pejuang kemerdekaan negara SHAMSIH FAKEH telah meninggal dunia jam 0900 pagi tadi ketika berusia 84 tahun.Jenazah akan di kebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi selepas solat asar hari ini.
Labels: Alfatihah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Najib denies ‘manifesto’ that has country buzzing
malaysiainsider | ... Party observers were puzzled with the manifesto, saying that none of the newspapers or other news portals carried it.
“It appears like a scoop but in sounds more like it was planted,” an Umno media strategist told The Malaysian Insider.
The manifesto covered a wide range of topics from his vision for Umno and the Barisan Nasional to the string of allegations including the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu and Malaysia Today articles that suggested he practised Hindu rituals and the string of text message exchanges between purportedly between him and lawyer Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
It also quoted Najib in defending the Eurocopter helicopter contract which the opposition and other defence contractors have criticised as rushed and too pricey apart from him promising that his family will not participate in business or interfere in the country’s administration.
Najib has received 65 nominations thus far to succeed outgoing Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. The other declared contender for the post, Tengku Razaleigh Hamzah, has yet to received any nominations from the balance of the 191 Umno divisions holding meetings until Nov 9.... selanjutnya.
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Angkatan Muda Keadilan buat laporan polis
20 Oktober 2008
Laporan Polis AMK Mengenai Skandal Eurocopter bernilai RM2.317 billion.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan mengemukakan satu laporan polis untuk membuka satu kertas siasatan ke atas skandal penyelewengan wang rakyat melalui pembelian Eurocopter bernilai RM2.317 billion.
Laporan polis ini akan dikemukakan oleh Sdr. Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK diiringi oleh Exco AMK Pusat seperti di butiran berikut:
Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jalan StadiumSukacita diharapkan agar pihak tuan/puan boleh menghantar wartawan untuk membuat liputan.
Tarikh: 20 Oktober 2008 (Isnin)
Masa: 11 pagi
Sebarang makluman lanjut boleh diperoleh daripada Sdr. Shamsul Hidayat, Timbalan Ketua Penerangan AMK di talian 012-9032465.
Sekian, terima kasih.
--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Labels: eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO .... Tolong undi Mat Tyson !!!
Tok Imam yang sebelum ini cerita pasal tabung Azan, dah pening kepala. Dia marah ada pihak yang cuba ujudkan OMBAK bagi kacur kacir perhubungan dalam UMNO sendiri,
"Umno kena ada kombinasi pemimpin yang baik, bukan gandingan yang mantap seperti yang sering kita dengar kebelakangan ini. Yang penting, gandingan itu serasi. Kalau Umno kuat, orang Melayu pun akan kuat," katanya. Beliau juga membidas pihak yang tidak menghormati malah cuba mempersoalkan keputusan Majlis Tertinggi terutama dalam soal tempoh pemilihan yang diputuskan diadakan pada Mac depan.Sebenarnya dia marah sebab masih berada di tempat tercorot dalam pencalonan Timbalan Presiden. Kah kah kah ...kesian, dok belasah bangsa lain cerita pasal AZAN, nak lobi bangsa Melayu, rupanya orang lupa nak calonkan dia.
"Ini keputusan Majlis Tertinggi, janganlah dalam hal ini pun nak melobi. Kita kena taat pada pimpinan, kalau buat sesuka hati, wujudkan ombak ini, Umno boleh roboh kalau ini cara yang dilakukan. Saya tak buat macam tu," katanya.
Wey Mat .... Walaupun namanya Timbalan Presiden UMNO. Bahasa Inggeri kena pandai.
Wakakakaka ...
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sekretariat Anak Muda akan buat laporan polis terhadap Najib
harakah | ...Menurut jurucakap sekretariat, Badrul Hisham Shaharin, laporan itu akan dibuat pada jam 1.00 petang esok (21 Oktober) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Beliau menyeru anak muda dan golongan aktivis untuk sama-sama menyertai Sekretariat Anak Muda Malaysia membuat laporan terhadap Najib itu esok.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengiringi aktivis sekretariat untuk membuat laporan itu di IPD Dang Wangi esok diharap berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.
Katanya, sekali pun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato' Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC. ... selanjutnya.
Labels: eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hasutan di dalam kursus Biro Tatanegara
tranungkite | Baru-baru ini, ana dipaksa pergi ke Biro Tatanegara anjuran KPT memandangkan ana salah seorang pelajar Malaysia yang ditaja oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ana tak kisah sangat dengan program-program sebegini dan menganggap ianya hanya sebahagian dari kursus yang wajib diambil. Alangkah terkejutnya ana dan sahabat-sahabat ana apabila dikejutkan pada pukul 5 pagi oleh pegawai Biro Tatanegara yang ingin menunjukkan bukti sahih Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru ialah ejen Zionis!
Mulanya, ana terkejut juga dibangunkan pada seawal 5 pagi. Ana ingat ada qiamullail jadi ana tak kisah sangat. Tambahan lagi, mereka dari bangsa bukan Melayu tidak perlu turut serta.
Rupa-rupanya, pegawai BTN nak 'brainwash' kami semua. Agar jadi pro-UMNO semuanya. Pegawai kata nak tunjuk bukti-bukti Anwar, Tok Guru dan Ustaz Hadi ejen Zionis. Berdetik juga rasa hati.
Apakah ada gambar-gambar panas mereka dengan tokoh-tokoh Yahudi Israel atau ada apa-apa perjanjian bertulis yang akan ditunjukkan sebagai bukti? Hatiku berdegup kencang...
Alangkah muaknya rasa di hati apabila pegawai BTN menunjukkan gambar lama Anwar bersalam dengan tokoh korporat berbangsa yahudi sewaktu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Tun Mahathir pun ada bersalam dengan Bush tapi tiada siapa pun tuduh Tun ejen Amerika.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Soi lek says KANGKUNG can be healthy?
Pada tahun lepas, sebuah lori yang membawa kacukan babi hutan dan babi bandar telah terbalik di jalan berdekatan dengan kampungku. Sangkar terbuka dan babi bertempiaran lari masuk ke kebun kebun di kampung.
Maka bermula la kemasukan secara HARAM babi babi di kampung aku.
Sejak itu lah orang kampung kerap terlihat babi babi hutan sekeluarga mencari makan dan bersiar siar di laman rumah di waktu petang. Kalau di waktu tengahari, ada penduduk kampung yang terserempak dengan babi yang senang berehat dan bergelempang, suami isteri serta anak anak sedang tidur.
Melucukan apabila, babi babi ini yang 'educated ' ni, tidak bimbang bila berdepan dengan penduduk kampung. Badannya .. mak... ai besar besar dan berbulu lebat. Cuma yang boleh di cam adalah bentuk idungnya yang akan pesek dan ekornya berpintal dan tak boleh di buat sup ekor langsung. Bila di halau dari laman rumah, babi tidak lari tapi cuma menjeling manja merenung ke arah kita.
Sebelum itu, penduduk kampung rajin gak tanam sayur kat tepi tepi longkang dan parit. Kalau setakat kangkung, memang gemuk gemuk. Kalau di buat pecal dan masakan lain, segenggam kangkung dah boleh sekali hidang. Siap sendawa selepas makan .... Alhamdulillah.
Sejak kebelakangan ini, seorang penduduk kampung dah melihat di depan mata bagaimana babi babi ini berpeleseran dan menggeselkan badannya pada kangkung kangkung yang di tanam di pinggir kolam dan parit. Bermula dari itu, orang kampung dah tak makan kangkung lagi. Aku pun bila dengar cerita tu pada hari raya pada tahun ini, aku dah tak gemar nak makan lagi. Takut termakan sekali hingus babi tu. Kalau ada orang kampung yang hidang kangkung, kita akan berpandangan sesama sendiri, sambil 'tanda soal' pun muncul di atas kepala.
Tapi SOI LEK bercerita tentang khasiat memakan kangkung ... kepala aku dah mula berputar ... ok ke? Beritanya DI SINI.
Dr Chua, a doctor by training, also got the central delegates in stitches when he told them that kangkung (weng chai in Mandarin) was a healthy food provided you did not cook it with too much belacan.Tapi pada sesiapa yang sudah menonton CD Lucah Soi Lek ... mungkin ingin mencuba. Aku pun nak cuba. Kalau dulu bila Khir Toyo kata muka jadi licin setelah makan tempe, pun aku dah cuba. Tapi jawa tu memang penipu. Sampai sekarang muka aku tak licin licin.
Dr Chua (chua is pronounced as cai or vegetable in Mandarin) and Ong (whose surname is pronounced as weng in Mandarin) saw their supporters using the vegetable tag to project them as the future president and deputy president at the height of the party’s election campaign.
Labels: Soi Lek
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
UMNO BUKAN PEMBULI ??
merahhitam | Soalan-soalan ini anda boleh jawab sendiri.
1. Siapakah yang memerintah Malaysia dari tahun 1960 hingga 2008?Pak lah kata UMNO bukan pembuli - ref Malaysiakini.
2. Cg Goh ditahan dari 1974 hingga 1982, siapa yang jadi PM ketika itu?Beliau dari parti apa?
3. Mat Sah ditahan pada tahun 2002 hingga sekarang. Siapakah PM ketika itu?Siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa? Mereka dari parti apa?
4. Yb Manoharan ditahan pada Disember 2007.Siapakah PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu?
Empat soalan saja telah cukup membuktikan bahawa UMNO adalah pembuli semua bangsa di Malaysia.Mungkin perkataan pembuli kurang sesuai, kita boleh tukar "UMNO adalah pembunuh amalan demokrasi dan hak asasi rakyat", itu lebih tepat rasanya.... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MBKT Promosi Seks Bebas?
buletinonline | ...Statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.
Walaupun bilangan bagi tempoh tersebut adalah kecil untuk negeri Terengganu, namun ia adalah agak membimbangkan kerana seramai berdasarkan jumlah tersebut seramai 115 orang anak luar nikah yang dilahirkan setiap tahun.
Secara perinciannya dalam tempoh tersebut, seramai sekurang-kurangnya 10 pasangan telah melakukan zina/ rogol/ hubungan luar nikah pada setiap bulan.
Kes rogol pula semakin meningkat. Seramai 84 orang yang terlibat dengan jenayah rogol pada 2005, meningkat 47.6% kepada 124 orang pada 2006.... selanjutnya.
no2umno - gambar anak sapa tu. Kalau guna tanpa izin ... boleh saman.
Labels: Aksi Lucah, Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Najis najis UMNO yang perlu di cuci
no2umno - Kecoh minggu lepas bila penduduk di sana menghubungi EXCO pertanian Selangor, Yaakob Sapari tentang kononnya beliau berjanji memberikan geran tanah TOL pada penduduk di situ.
Clear notice: A yellow signboard informing the public that Raja Musa is a forest reserve, but this seems to have been ignored.
Well organised: The smallholders have even put up bunds like this to prevent floods from inundating their settlement.
Access road: This wide gravel road at Raja Musa in Kuala Selangor provides access to the houses and is separated by a drainage system that the smallholders built.
Bare necessities: The smallholders have built their own drainage and irrigation system, bridges and even an access road.
berita penuh nya di STAR
Apa yang korang kena pikirkan adalah .... sebelum kawasan tersebut menjadi terang ... apa yang telah di potong dan di angkut keluar. Balak?
Selepas kawasan menjadi lapang, maka orang ramai masuk ke situ untuk bercucuk tanam dan berdiri lah rumah rumah rumah penempatan. Kejadian berlaku sejak berpuluh tahun yang dulu. Sekarang Kerajaan pakatan rakyat kena cuci NAJIS yang di tinggalkan oleh BARISAN NAJIS.
Korang cari lah kalau kalau ada tanah kosong di Selangor ... Semua dah rentung, semua dah di bahagi bahagikan. Jangan harap nak dapat tanah percuma lagi. Semua BN dah balun... .tak caya tanya Khir Toyo.
Labels: Anti BN, Belit Khir Toyo, Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Najib usul PAC siasat pembelian Eurocopter?
Menurut bakal PM kita, dia dah usulkan PAC untuk siasat kes pembelian Eurocopter ...
Ingat tu .... dia yang USUL kan.
aku ambil keratan berita bodoh ni,“Pada mesyuarat Kabinet Jumaat lalu, saya mengusulkan isu pembelian Eurocopter dikemukakan untuk dihalusi secara mendalam oleh PAC,” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Pekan semalam.
Caya .. jangan tak caya. Kalau korang tak caya jugak, aku suruh dia angkat sumpah laknat. Mau ngak?
Labels: eurocopter
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Betul ke?
utusmeloya | ...Krisis produk yang mengandungi melamin menggemparkan China awal bulan lalu dan seramai empat orang kanak-kanak terkorban, manakala lebih 53,000 lagi dikesan menghidap beberapa penyakit.
Ditanya kenyataan Badan Pemerhati Keselamatan Makanan Hong Kong semalam bahawa biskut jenama Munchy's keluaran Malaysia mempunyai tahap melamin melebihi daripada kadar yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm, beliau berkata, kementeriannya belum lagi menerima sebarang maklumat.
''Memang semua biskut dalam Malaysia kita periksa dan buat analisis. Kita belum lagi mendapat maklumat terbaru (berhubung kes berkenaan)," ujarnya.... selanjutnya.
no2umno - ah Lu pikir la sendiri ... assalamualaikum.
Labels: melamine
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Semua perlu akur keputusan tidak kaji ISA?
utusmeloya | ...Semua pihak diminta akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana keperluannya masih ada dan ia boleh dipakai pada waktu sekarang.
Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam menjelaskan, keputusan kerajaan itu sangat tepat meskipun ada pihak yang mahu mengganggu keamanan negara dengan mempertikaikan ISA.
Beliau berkata, penggunaan ISA akan sentiasa relevan terhadap pergerakan mana-mana individu atau kumpulan yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.
''Ia penting dan perlu digunakan pada saat akhir apabila kerajaan merasakan ada pihak yang boleh mencetuskan huru-hara kepada negara.... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments