Aku sebenarnya layak untuk menjadi agensi pemantau blog blog yang ada kat malaysia. Hampir setiap hari, aku layari semua laman web yang panas panas. Baru baru ini, laman web yang dikatakan terpanas adalah laman web pemimpin BN yang kecundang pada PRU 12. Ye ... drkhir.blogspot.com, blog milik Bekas Menteri Besar Selangor yang bertukar wajah kepada jejaka yang tampan setelah berkhidmat menjadi MB selama 4 tahun dan 4 tahun kemudiannya, wajahnya selicin bukit bukit di Selangor.
Pada awal blog itu di lancarkan, Ramai yang berkunjung. Diberitahu kunjungan sehingga ke jumlah ratusan ribu dan komen komen yang diterima adalah seperti berikut,
Tajuk 1: Wadah Sebuah Perjuangan
Komen yang diterima adalah sebanyak - 526
Tajuk 2: Mohon Cadangan Sahabat Bloggers
Komen yang diterima adalah sebanyak - 678
Tajuk 3: Kepimpinan Negara & Isu Rakyat
Komen yang diterima adalah sebanyak - 69
Malangnya sehingga penerbitan artikel/tajuk yang ke3, jumlah komen menjadi bertambah kurang. Menurun dengan mengejut. Ada yang tidak kena. APA YANG CUBA DIA SEMBUNYIKAN?
Di dalam artikel pertama, aku adalah diantara penghantar komen dan ianya disiarkan. Di dalam hati berkata, Wah .... Khir Toyo sudah berubah dan menjadi bertambah telus. Mungkin kerana sudah sedar atau beliau sudah semakin bijak. Mungkin juga kerana beliau sudah bersekongkol dengan geng mahathir untuk menentang Pak Lah.
Maka, aku lanjutkan komen kepada artikel ke 2. Hari pertama artikel kedua disiarkan, jumlah komen yang disiarkan menjangkau ke angka 463. Seterusnya 512 dan sekarang sudah 678. Namun ku belek setiap hari, komen yang aku hantar tidak disiarkan. Hati mula berkata kata, keraguan pun sudah timbul.
Aku tidak menggunakan bahasa kasar dan aku tidak menuduh sesiapa pun. Cuma aku timbulkan isu isu dan ianya memerlukan kepastian dari beliau. Ia termasuk penglibatan seorang bekas pemimpin di kampung Sungai Besar, Sabak Bernam dan penyelewengan tanah disekitar kawasan tersebut. Khir Toyo senyap tidak menjawab.
Lantas disisi kiri laman blog beliau tersiar kenyataan dari beliau -
Tulisan yang disiarkan di segmen "komen" adalah pandangan peribadi pembaca dan saya tidak semestinya bersetuju / tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Bagaimanapun, ia disiarkan dalam blog ini bagi memberikan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka dan untuk pemimpin memahami hati nurani rakyat. Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbahas di blog ini. Terima kasih.Komen ku mungkin antara komen komen yang dimaksudkan. Dan baru kusedar bahawa, Khir Toyo melancarkan blog berkenaan semata mata untuk menipu rakyat, kononya beliau telah bertukar menjadi bersih dan telus. Apa lagi peluang yang rakyat ada kecuali untuk berinteraksi dengan beliau melalui saluran tersebut. Malangnya, tujuan sebenar pelancaran blog itu, sudah semakin terbukti. Kitara komen yang tersiar HANYA adalah berkisar tentang,
1. Pujian berlonggok longgok yang bercucuran kerana keujudan laman blog tersebut.
2. Kritikan tentang tindakan UMNO dan kepimpinan Pak Lah.
3. Perbandingan kepimpinan antara Pak Lah dan Mahathir.
4. Memberikan usul secara am tentang nasib rakyat Selangor, tidak terperinci.
5. Hanya satu kritikan tentang keadaan struktur pembangunan di jalan dan bandar sekitar Kapar, yakni dari pelayar yang menggelarkan dirinya sebagai azmin shah. (Artikel ke3)
Jumlah komen yang diterima dari 3 artikel, jatuh kepada jumlah yang terlalu sedikit. Ada keraguan disitu. INi bermakna, banyak usul dan saranan yang telah ditapis dan disingkir atau pelayar pelayar sudah tidak mahu membuang masa memberikan komen dan kritikan pada beliau apabila ianya sudah disingkirkan pada artikel ke2. Termasuk aku sendiri.
Cuba anda baca dan perhatikan betul betul. Tiada lah lain kecuali digunakan blog tersebut hanya untuk membodek diri sendiri dan mengeji kepimpinan Pak Lah. Maka, ianya terbukti kehadiran blog milik Khir Toyo adalah semata mata untuk melepaskan dendam kepada Pakatan Rakyat, cuba untuk menunjukkan kehebatan dirinya yang mungkin sudah terbiasa ketika menjadi MB serta mencari kedudukan yang selesa dibawah naungan Mahathir, disebaliknya mengkritik kepimpinan Abdullah Badawi.
Yang menariknya, Khir Toyo tidak memberikan sebarang komen tentang kepimpinan sekarang, kecuali menyiarkan komen komen dari pihak pelayar. Seolah oleh beliau tidak terbabit dalam memberikan pendapat. Beliau turut menggunakan teknik undian yang bersoalankan,
Adakah kepimpinan tertinggi UMNO perlu ditukar? Ya atau tidak.
Dan sehingga saat ini, 1297 menyokong dan 233 menolak.
Beliau sudah tahu akan kemungkinan keputusan undian ini dan sekali lagi, beliau menggunakan pelayar untuk memberikan tentangan dan pendapat agar kepimpinan Pak Lah ditamatkan.
Bijak bermuslihat tetapi terus tidak telus. Masih Berlakun dan bermuka muka. Khir Toyo masih seperti dulu. Khir Toyo masih tidak sedar diri dan masih tidak berubah. Ingin kembali kepada arena politik sedangkan dirinya boleh memperolehi kemewahan sebagai seorang doktor. Tapi kenapa POlitik? Sudah pasti jawapannya, politik lebih lumayan dari kerjaya sebagai seorang doktor. Dia sudah mampu membandingkan antara mewah dan tidak. 8 tahun menjadi MB sudah bisa merubah dari seorang budak kampung kepada manusia yang rakus, zalim, berkroni dan bermewah mewah.
Pelayar dan Bloggers tahu apa yang cuba di mainkan oleh Khir Toyo. Kononnya menjadi lebih terbuka tetapi tabiatnya masih serupa.