KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

Lagi tekanan untuk Chedet

Anwar Dapat Lampu Hijau Cabar Kesahihan Pemecatannya

bernama - [...] Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang -- sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya;

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [16 - June-2008/Isnin]

Harga ayam RM8 sekilogram berpatutan: FLFAM [bhairan]
Adik menteri tidak tahu dadah di dalam begnya [bhairan]
Isu peraduan 100 hari 100 kereta, Celcom temui Jakim esok [utusmeloya]
Kerajaan henti misi selamatkan Sufiah [bhairan]
Dubai companies keen to invest RM33b, says Selangor MB [thestar]
Tidak ada petanda komponen BN Sabah keluar parti [utusmeloya]
Penang studying proper way to hand out RM100 each to poor families in state [nst]
Body of newborn found in drain at Kampung Segambut [nst]
No indication a Sabah BN party was quitting the coalition, says Musa [nst]
Pemecatan dua pegawai kanan Sime Darby perkara biasa: Musa [bharian]
Selangor urus sendiri pasir untuk dapatkan pulangan lebih [bhairan]
MB Selangor tidak patut samakan orang dengan artifak [utusmeloya]
Shocking pictures taken from the air [nst]
'Fuel subsidies push prices up' [nst]
Cuepacs proposes night allowance [nst]
Gerakan vows to stay in Barisan [nst]
Demonstration against price hike heats up [nst]
Panel to find seat for Anwar to contest [sun2surf]
Housewife: We depend on God to help our family [thestar]
Forced to take up a second job to make ends meet [thestar]
Anwar eyeing Kuala Kangsar [thestar]
Same-Sex Couple to Marry -- Again [ABC]
GLC ketepi firma pengiklanan Melayu [bhairan]
Arahan tutup lampu waktu rehat [utusmeloya]
Jefri salahkan Sultan Brunei - Pengakuan pertama selepas waran tangkap dikeluarkan [kosmo]
'Subsidi umum bebankan kerajaan' [bhairan]
Cadang turun faedah pinjaman [kosmo]
PKNM bekal beras di Melaka? [kosmo]
Kerajaan 'jual' Malaysia di New York [utusmeloya]
Harga ayam cecah RM8 [bhairan]
Polis tahan 2 tentera samun, culik wanita [utusmeloya]
Syor kajian tenaga nuklear jana elektrik ke Kabinet [bhairan]
Saranan naikkan had muflis kepada RM50,000 [utusmeloya]
Sistem tender terbuka sukarkan kontraktor bumiputera [utusmeloya]
Elaun sewa rumah RM130 jika pendapatan RM700 sebulan [utusmeloya]
Dakwaan ada pemimpin UMNO sertai PKR direka [utusmeloya]
Iskandar Malaysia boleh sebabkan Melayu terpinggir? [utusmeloya]

Waran tangkap untuk Chegubard

chegubard
Khamis lepas che'GuBard telah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai Polis dari IPD Seremban yang meminta che'GuBard hadir ke IPD Seremban untuk diambil kenyataan berkenaan PROTES kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban 6 Jun lepas.

Oleh kerana tugasan yang banyak dan che'Nur Zaima Jahida pula masuk hospital maka tidak ada masa untuk hadir ke IPD untuk tujuan tersebut. Hari ini khabarnya melalui satu surat yang dihantar oleh anggota polis beruniform di rumah ibu/bapa di Bukit Chedang menyatakan che'GuBard perlu serah diri ke IPD Seremban berkaitan satu laporan polis yang telah dibuat.

InsyaAllah esok kira - kira 10 pagi; che'GuBard akan hadir ke IPD Seremban untuk tujuan tersebut.selanjutnya ...
no2umnO - kita pernah gelar anjing, kita pernah gelar barua. Tapi tak pernah nak mengaku. Marah pulak tu. tapi bila orang lain berdemo tentang babi, dia buat tak tau. bila berdemo kecoh pasal melayu ... pun dia buat tak tahu... Kalau anjing bukan, barua pun bukan, nak panggil apa lagi?

Sayonara Hang Najib

zul4kulim - [...] Saya teringat betapa beriya-iyanya Mahathir mengumumkan Anwar sebagai pengganti dia semasa kelemasan dengan isu kewangan negara yang disoroskan. Malah sampai 30 Ogos 1998 di Pulau Pinang Mahathir masih umumkan Anwar pengganti dia. Hingga dia kata siapa yang memfitnah Anwar wajar ditembak saja. Tapi pada 2 Sept, dua hari lepas tu dia pecat & sembelih Anwar sampai lunyai.

Saya tengok bila Raja Petra dikenakan pertuduhan memfitnah Hang Najib..ini sebenarnya akan membongkar semula kes pembunuhan Altantuya. Sama macam mana Khalid Jefri dikenakan pertuduhan memfitnah Anwar..kes itu diguna untuk membongkar fitnah terhadap Anwar.

Saya bertambah yakin dengan konspirasi ini bile kes Raja Petra ditetapkan untuk bicara pada awal Oktober..semasa mesyuarat ameno bahagian sedang berjalan..dan sebulan sebelum perhimpunan Agong ameno. Apabila Mahathir dikenakan tindakan akan disiasat kerana kes CD Lingam...saya tengok ni sebagai cara nak halang Mahathir defend Hang Najib sebab dia akan sibuk nak mempertahankan diri sendiri. Apabila mereka create suasana hingga Mahathir keluar ameno..ni sebenarnya proses nak isolate Hang Najib supaya senang disembelih.... selanjutnya.

Pak Lah memang SAH bodoh

This summary is not available. Please click here to view the post.

Reezal 'batu api' pecat saya

reezal merican naina mericanmalaysiakini - Tan Sri Sanusi Junid mendakwa setiausaha politik menteri kewangan sebagai dalang yang mencadangkan beliau dipecat daripada presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) awal bulan ini.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu, enggan menyebut nama setiausaha politik terbabit dengan alasan tidak mengetahui namanya.

"Saya tidak tahu... tetapi setiausaha politik menteri kewangan hanya seorang sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan medianya minggu lalu.

"Saya sebenarnya dipecat melalui saluran setiausaha politik menteri kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM ketua perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam majlis UIA," kata Sanusi minggu lalu.

Malaysiakini difahamkan, Datuk Reezal Merican Naina Merican memenuhi ciri yang digambarkan oleh bekas presiden universiti itu.... selanjutnya.

SEDIA HADAPI PILIHANRAYA DAN BERSEDIA UNTUK MEMERINTAH - Anwar



wrlr - [...] Penasihat De Fakto PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa jika Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih negara dalam sedikit masa lagi..langkah pertama yang difikirkan ialah dengan menurunkan harga minyak.Ini adalah kerana dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi dan antara negara pengeluar minyak , menaikkan sehingga 78 sen dianggap keterlaluan.Beliau menjelaskan demikian dalam ceramah perdana bersama Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri oleh Lim kit Siang,Sdr Hj Mohd Sabu menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan juga pimpinan kerajaan negeri di hadapan 15000 ribu hadiri yang memenuhi Stadium Bandaraya,Georgetown.... selanjutnya.

GMI RAYU SOKONGAN PADA 28 JUN NANTI DI STADIUM MELAWATI

wrlr - [...] KEPALA BATAS-14 JUN GMI Gerakan Mansuhkan Tahanan Tanpa Bicara ISA dilancarkan di Kepala Batas di dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri.Gerakan yang turut mendapat sambutan ini di hadiri oleh Pengerusi Hindraff RS Tanitharan ,Pn Norlela, Abdul Wahid,YDP PAS Kepala Batas ,Tuan Syed Ibrahim Pengerusi GMI Kebangsaan Tuan Syed Ibrahim,Norlela Othman, Sdr Bokhari Pengarah program GMI , Ustazah Normah Bt Mat Isa ,Ketua Muslimah PAS Pulau Pinang,Sdr Ambalagan Pegarah GMI Penang,Sdr Ramu Pengarah GMI Kedah.

Apa yg menarik perhatian penonton ialah berhubung dengan kenyatan RS Taritharan yang menegaskan betapa semua kaum harus sdedar bahawa selama ini ke bahawa islam itu fanatic rajaan bn malahan orang yg mengukitui ajaran tuhan adalah orang yg baik dan mengharapkan orang India percayakan pas danjangan percayakan bn.malah org India telah menubuhkan kelab penyokong pas…Apa yang kita tentang ialah akta yang kejam yang memisahkan keluarga dan juga merampas hak kebabsan rakyat.jika rakyat salah sila bawa ke mahkamah untuk dibicarakan.... selanjutnya.

Kenaikan minyak tertinggi dalam sejarah Malaysia

Mstar - MINYAK naik lagi. Ini adalah kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia, kira salah satu sejarah di alaf barulah kan. Gaji tak naik. Saya Cuma pekerja biasa sahaja yang paling tinggi sebulan kalu rajin overtime pun hanya RM1000 sahaja. Dua tahun saya bekerja, naiklah RM40 sahaja. Namun harga barang pula sejak akhir-akhir ini naik sehingga 400%.

Betullah kata kerajaan, barang- barang kawalan seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, telur dan sebagainya tak boleh dinaikkan tanpa sebab, tetapi barang- barang yang telah siap dimasak pula meningkat sekali @ tiga kali ganda harganya.

Dua tahun lepas, saya makan tenggahari, siap dengan nasi tambah lagi beserta minuman, haranya Cuma RM4.50 sahaja, semalam, saya cubalah makan tenggahari semula, alamaklumlah, selau kerja shiff malam, harganya RM 6.00, lauk sama, nasi pun tak tambah. Terkejut jaga melihat harga tersebut. Alasan yang diberikan minyak naik, kos makin tinggi.

Maka ramailah orang yang marah harga minyak naik. Saya pun marah juga, Yelah, dah tentunya harga barang makanan akan meningkat sekali @ sepuluh kali ganda.Gaji tak naik-naik. Perbelanjaan semakin meningkat. Peniaga peduli apa dengan amaran kerajaan, amaran tuhan suruh sembahayang pun payah nak diikut, ini pulak amaran kerajaan..... selanjutnya.

Laporan Polis terhadap Mat Saman Kati

matsamankati - Semalam, ada member aku pergi ke Markas Pas Talang, Kuala. Sampai situ, ada member Pas bagi tau kat dia, Hj.Mokhtar, Timbalan YDP Pas Kuala marah pasai aku tulis tentang dia. Dan dia juga nak buat laporan polis tentang artikel yang aku tulis tu.Tak tau la dah buat ke belum.

Nampaknya, orang Pas dah ambil alih tempat Ezam, tukang buat laporan polis. Mungkin lepas ni, aku pulak nak buat laporan polis jugak. Hari tu, Norazli Musa buat ceramah kat Arena Square, orang Umno buat laporan polis. Bila Imam Umno baca khutbah diMasjid Sauk, orang Pas pulak buat laporan polis diBalai Polis Kati.

Ini la politik kampung, bila kutuk orang lain, tak pa. Tapi bila orang kutuk balik, buat laporan polis.

Hari Sabtu lepas, AMK Padang Rengas buat forum diDewan Merdeka, Kuala Kangsar. Yang bercakap ialah Faris Musa, Timbalan Ketua AMK, Anuar Zakaria, Ketua Pemuda AMK Perak, dan Hj. Ismail Yusop, Ketua PKR Perak.Dalam dewan aku tengok, ramai jugak orang Pas.

Bila Faris bercakap, dia tibai semua. Pak Lah, menteri, pemimpin Umno semua dia balun cukup-cukup. Orang Pas pun sama-sama tepuk tangan, seronok dengar kutukan Faris terhadap Pak Lah.... selanjutnya.

Pemuda PAS berhimpun jika konsert dangdut, rock diteruskan

harakahdaily - [...] Menurut Sallehen, Pemuda PAS Selangor menyokong penuh pertandingan tersebut kerana sukan merupakan salah satu kegiatan hidup dan mampu menjana ekonomi negeri.

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," tegasnya.

Beliau berkata, konsert itu hanya menggambarkan program gaya hidup mewah dan membazir sedangkan pada waktu yang sama rakyat berada dalam kegelisahan dan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Katanya, setiap pemimpin perlu menunjukkan teladan hidup berjimat cermat dan mengelakkan daripada gaya hidup mewah.

Sallehen menegaskan isu prinsip seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak boleh dikompromi atau ditutup sebelah mata oleh PAS, sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islam sejak 50 tahun.

PAS menyedari bahawa konsert Mas Idayu dan Ella hanya akan menyumbang ke arah peningkatan gejala sosial yang memang sudah cukup membimbangkan, katanya.

Menurut beliau, rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik di samping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.... selanjutnya.

Pas Perlu Komited Laksanakan Perundangan Islam

msomelayu - [...] Rasanya perundangan Siasah Syariah itu perlu untuk dijadikan panduan kerajaan Pakatan Rakyat bagi dilaksanakan di negeri-negeri pemerintahannya bukan ditunjangi Pas seperti Kelantan. Walaupun Kedah dan Perak menteri besarnya daripada Pas, tetapi negeri berkenaan nampak sedikit kekok untuk melaksanakan perundangan demikian.

Misalnya Azizan Razak (MB Kedah) dikenali sebagai pemimpin Pas yang vokal terhadap Islam namun sejak jadi MB ini beliau seakan sudah mula mengalami kelemahan bateri dan nada cakapnya juga sudah berubah dan daya tolenrasninya juga semakin baik!

Cuma saya merasa sedikit pelit kenapa pengumuman perkara sepenting itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda dan bukan Timbalan atau Ketuanya sendiri? Apakah sudah ada pembahagian tugas (kuota) dalam Dewan Pemuda Pas, isu-isu semasa mencakupi ekonomi, sosial diserahkan kepada ketuanya Sallahudin Ayub, soal-soal membawa memorandum diserahkan kepada timbalannya, manakala soal-soal berhubung dengan keagamaan dan perundangan Islam atau yang boleh menimbulkan kontroversi diserahkan kepada Naib Ketua, Azman Sapawi.

Sebenarnya cadangan yang diumumkan oleh Azman itu perkara besar dan perlu diberikan keutamaan dan penekanan. Pemuda sebagai sayap kanan dalam parti sepatut menjadi pendesak kepada badan induk melakukan sesuatu tindakan ke arah mencapai agenda perjuangan. Dewan pemuda patut menjadi pihak yang memantau, mencetus dan mengasak agar agenda parti dilaksanakan.... selanjutnya.

Kickdefella Bares All

kickdefella - [...] Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global

Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.

• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).

• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.

• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.

• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.

• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.



... selanjutnya.

Do you know how much the Menteri Besar earns monthly?

lokesiewfook - I call on the MB to cut at least 50% of his and other EXCO's entertainment allowance and freeze all overseas paid holidays immediately. Do you know how much the MB of Negeri Sembilan earns every month and other perks given to him? Let me just give you a breakdown of his perks:

MB's allowance : RM14,175.15
ADUN's allowance: RM 4112.80
Entertainment : RM5,500
Chairman of EXCO: RM4,400

Fixed allowance every month : RM28,187.95

Other perks:

Appointment allowance : RM10,000 (one-off)
Official residence
Furniture allowance : RM5,000 (yearly)
Household staff : real expenses or RM3000 monthly
Free water and electricity
Free telephine services in official residence
2 official car
Driver's expenses all paid for

On top of that, the MB can enjoy a yearly paid holiday:

2 first class air ticket (no limitation to which destination)
(a first class ticket using MAS for KL-LONDON-KL cost RM30,400)
Economy class ticket for 1 officer and 3 children
Living allowance while overseas RM500 daily
Meal allowance RM300 daily or real expenses
Hotel (no limit, according to receipt)
Winter clothing RM3000 (once every 3 years)

For an EXCO, the monthly fixed allowance are around RM15,222. The exco member also enjoy a free holiday once in a term. The maximum is equal to 2 first class ticket for KL-LONDON-KL or RM30,000 cash.
... selanjutnya.

'Jangan gagalkan agenda Pakatan' - Loke

malaysiakini - Loke berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR.

"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama," katanya kepada Malaysiakini.

"Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat. Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya sewaktu diminta mengulas isu tersebut

"Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat,"

Amiruddin berkata saranan PAS itu menjadi "hak parti tersebut" tetapi ia memerlukan perbincangan lanjut dan parti Islam tidak harus terburu-buru melaksanakannya.

"Yang penting, kita perlu tubuhkan kerajaan yang adil, bersih, telus dan tidak korup," katanya.

"Keutamaan AMK, ialah menunaikan janji yang terdapat dalam manifesto pilihanraya 2008."... selanjutnya.

BPR tutup kes berprofail tinggi di Sabah?

malaysiatoday - Selepas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan menutup kes rasuah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, satu lagi kes berprofail tinggi ditutup di Sabah. Kes terbaru melibatkan Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong yang merupakan orang paling kanan dan 'perancang ekonomi' Musa Haji Aman yang kesnya telah ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Mengikut maklumat sulit BPR, penyiasatan terhadap Daud telah disiapkan oleh BPR Sabah dan kesnya telah dikemukakan ke Ibu Pejabat BPR sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Namun Daud yang mempunyai wang dalam akaun peribadi sejumlah lebih RM18 juta dan lebih RM780 juta wang milik Musa Aman dalam kegiatan money-laundering, telah dilepas dan dibebaskan tanpa dihadapkan ke mahkamah apabila Shukri menutup kes berkenaan tanpa sebarang alasan munasabah.

Berapakah wang yang Daud atau Musa Aman telah bayar untuk menutup kes berprofail tinggi berkenaan belum diketahui, namun Pengarah BPR Selangor, Mohd Jamidan telah menerima lebih RM7 juta untuk menutup kes pembalakan haram di Keningau yang melibatkan Musa Aman dan kroninya.

Untuk rekod, Ahmad Said dan Shukri masing-masing menerima pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) daripada Kerajaan Negeri Sabah sempena Hari ulang tahun kelahiran Tuan Yang diPertua Negeri Sabah tahun 2007.... selanjutnya.

Kereta OCPD Kunak disimbah cat

malaysiatoday - Salah sebuah daripada lapan buah kereta milik Ketua Polis Daerah Kunak, DSP Dingka Utoh telah disimbah cat ketika diletakkan di Pangkalan Pekan Kunak, satu kilometer daripada Balai Polis Kunak. Namun Dingka atau pemandu kereta Landcruiser bernombor ST 3389 B tidak membuat laporan polis dan Dingka melarang semua media tempatan menyiarkan kes keretanya disimbah cat.

Mengikut makluman daripada beberapa orang saksi, landcruiser berkenaan dipandu oleh seorang bekas banduan yang berstatus pendatang asing tanpa izin, Andi, yang meletakkan kenderaan tersebut di Pangkalan Kunak sebelum memasuki sebuah rumah untuk membeli syabu dan menghisap syabu di rumah berkenaan dan tertidur sehingga keesokan harinya.

Memandangkan kawasan berkenaan agak gelap, maka ianya memudahkan pihak yang bersengketa dengan Andi atau Dingka menuang cat kilat berwarna aluminium ke bumbung dan bonet kereta sehingga cermin hadapan dilimpahi cat.

Kereta berkenaan tidak dapat dipandu kerana cerminnya dipenuhi cat menyebabkan Dingka mengupah sebuah kereta tunda untuk menarik kereta tersebut pada jam 8 malam berikutnya ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dipercayai kereta berkenaan tidak mempunyai sebarang insuran, cukai jalan dan dipandu oleh Andi untuk berulang alik ke kebun Dingka di Simpang Empat Kunak dan Sungai Kambing, Tingkayu.

Peristiwa ini telah menyebabkan Dingka kehilangan maruah sebagai OCPD kerana ada orang berani menyimbah keretanya dengan cat di khalayak ramai sehingga menjadi buah mulut bagi Kunak dan kawasan sekitarnya.... selanjutnya.

"ECONOMY PREDICTION" personal view

aim9093 - Ok cube baca ni “ The political forces and the Unfunded Liabilities would prevent the powers-that-be from ending the money-printing process, and in fact, would grossly accelerate it. This would result in a hyper inflation (400 percent inflation or more), and the eventual total destruction of the dollar. Suddenly America would find its money totally useless. Store shelves would be empty, gas would go through the stratosphere, and Americans would suffer through the greatest threat since the Great Depression of the ’30s.

Well not so scary isn’t it……but lets me refrained as usual govt will say that the inflation rate is under 4% but base on minyak & beras, I will have to settle it on around 11-12%. Masalah kita ialah wang FIAT(not backed by gold) akan di printkan bagai nak rak oleh negara-negara yg mengalami krisis makanan dan minyak….U.S dollar adalah matawang yg paling good utk di print….dan nilai matawang ini akan jatuh like hell dan akhirnya collapse.

Minyak dan makanan sky rocketed dan kemungkinan inflation rate akan menginap di sekitar 400 PERCENT!!!!. Ini akan menyebabkan HYPERINFLATION.
Ok lah aku ringkaskan sikit penyebabnya dlm bentuk point utk menyedapkan mata memandang.
1. Ekonomi US mengalami recession
2. Devaluation of USD
3. Global warming.
4. China and India main beli je raw material peh tu jual lak pada harga yg gilo babun punya murah. Dulu depa ni makan nasi sekali sehari sekarang ni dah masuk tiga kali sehari.
5. Krisis spekulasi harga minyak yg akan sampai USD200.00 setong
6. Krisis makanan yg dibuat-buat , spekulasi dan krisis benar (seperti yg berlaku di philipine)
7. Printing of USD oleh negara ketiga dan juga penyangak matawang
8. Penggunaan kad kredit yg over the limit (beli minyak pakai kredit kad peh tu tak leh nak kontrol dah)... selanjutnya.

BMW GINA Light Visionary Model

 BMW GINA Light Visionary Modelautos.yahoo - BMW just unveiled its latest design philosophy — via a radical concept car — that will sure to raise some eyebrows in the automotive industry. Touted as the "game changer" for the "development of tomorrow's mobility," the new concept centers around the GINA principle, for Geometry and Functions In "N" Adaptions. What this means is the ability for BMW to think outside the box and innovate maximum ideas with mininum amount of the usual constraints associated with car design.

The first translation of the GINA philosophy into physical being is demonstrated in the Light Visionary Model concept. The only specs that may be familiar are the car's realistic 8-cylinder powertrain package residing in a roadster built from an aluminum space-frame chassis with two double tailpies and 20-in. alloy wheels at the corners. Other than that, it is the Visionary's exterior body that will catch all of us by surprise. It is skinned by four large pieces of flexible material that can stretch and contract based on a number of substructures that can move about on the chassis with electro and electrohydraulic controls.... selanjutnya.

MB minta PM serah hasil Petronas kepada negeri Pakatan Rakyat

harakahdaily - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak.

Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.

Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.

"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.

Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.

"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.... selanjutnya.

Air percuma: Pecat pegawai yang susahkan rakyat

siasah - “Pecat pegawai kerajaan yang anti rakyat dan tidak patuhi arahan kerajaan.”


Itu cadangan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ketika mengulas cerita kong kalikong antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Buat apa kita simpan pegawai sebegini. Bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat yang mahukan air percuma,” kata Dr Lo’ Lo’.

Beliau mengulas tindakan Syabas menolak cadangan KDEH, anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.

Syabas adalah pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang terbesar (lebih 50 peratus) dalam Syabas.
... selanjutnya.

Turun Harga Minyak Tidak Realistik?

anwaribrahimblog

Sepanjang ingatan saya, perhimpunan rakyat semalam di Stadium Pulau Pinang adalah yang ulung kali diadakan. Ketua Menteri Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Muhd Sabu turut berucap.

Isu yang saya bangkitkan dan sekaligus menjawab soalan pengunjung: Kaedah penurunan harga minyak.

Lumrah diakui kenaikan terlalu tinggi dan mendadak. Jika sedemikian penurunan adalah wajar.

Yang dibicarakan adalah subsidi tidak pendapatan negara yang melimpah akibat kenaikan di pasaran antarabangsa.

Dana hasil minyak dibelanja untuk apa? Bailout keluarga, kontrak suadara-mara? Formula 1? Orkestra Philharmonik? Jet peribadi?

Jika dijawab dan ditangani, pasti harga minyak bisa diturunkan.

ANWAR IBRAHIM

Groups stage peaceful demos

thestar - [...] A small group of people from Jerit and members of Pakatan Rakyat had turned up for a peaceful protest in Bandar Baru Bangi which started at about 9.45am and was over by 10.30am.

Show of unhappiness: Members of Jerit and Pakatan Rakyat protesting against the fuel price increase in Bandar Baru Bangi yesterday.

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) coordinator S. Paremeswari said that it was unfair for the Government to compare the fuel price here with that of Singapore and Thailand, as they were not oil-producing countries.

“When they raised the fuel price in 2006, they said they would improve the public transportation system. But did they do it? No.... selanjutnya.

Islam hadhari 'buang masa'

Itu tajuk dari Malaysiakini ...

Beliau berkata "tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa."

"Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya.

Khalid, dalam wawancara beberapa media berbahasa Melayu di kediaman rasminya Sabtu lalu, bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu...selanjutnya.
Sedap bunyi tajuk tu ... buang masa. Bukan tu sahaja ... malah buang duit juga. Masa minyak mahal ni, bajet tu baik digunakan untuk bantu orang miskin macam wak ni pun okay jugak.

100 RIBU SEMPENA 100 HARI KERAJAAN BARU SELANGOR



selangortoday - Dijangkakan 100 ribu orang akan memenuhi Stadium Shah Alam sempena 100 hari usia Kerajaan Baru Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar amanat DS Anwar Ibrahim pada 20 Jun 2008 di Stadium Shah Alam.

Pegawai Khas MB Selangor mengesahkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan berucap, MB Kedah Dato’ Azizan Razak akan berucap, CM Lim Guan Eng akan berucap. Salain itu 3 pemimpin Parti Pakatan Rakyat, Tuan Guru Haji Hadi, MP Lim Kit Siang dan MP Datin Wan Azizah dijangka akan membuat satu deklarasi bersama pada malam itu.

Mari beramai-ramai datang sambil melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan prihatin, bersih, dan berkebajikan Selangor.

Tan Sri Khalid akan memberi ucaptama yang dijangka akan melegakan rakyat Selangor.

Program akan bermula pada 7.30 malam dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat di perkarangan Stadium dan akan diteruskan didalam stadium dengan ucaptama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, di ikuti ucapan oleh lain-lain pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Perlukah talipinggang keledar?

REMUK: Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM 68 Jalan Lama Sungai -Petani Butterworth dekat Tikam Batu, awal pagi semalam.

REMUK: Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM 68 Jalan Lama Sungai -Petani Butterworth dekat Tikam Batu, awal pagi semalam. Pertembungan antara kereta Waja buatan Malaysia dan Volvo ....

Kita lihat kemalangan melibatkan kereta proton Perdana ..., korang bayang kan berapa kah kelajuan ketika kemalangan? 120 - 240km/jam?

http://sejuk.viere.net.my/wp-content/uploads/2008/05/kemalangan2.jpg

Bandingkan dengan kemalangan kereta Eropah ....

http://farm2.static.flickr.com/1414/625960043_100a3f8ce6.jpg?v=0

lihat tempat duduk pemandunya, dan berapa kah kelajuan ketika kemalangan mereka?

http://www.streetsblog.org/wp-content/uploads/2007/09_24/32813754.jpg

dan lihat gambar ini, perhatikan bahagian pemandunya ...

Kalau aku ada kemampuan untuk membeli kereta baru tempatan .... aku lebih teruja untuk membeli kenderaan 2nd hand ... import. Kerana keselamatan keluarga aku, adalah tanggung jawab aku. Kalau aku bawa kenderaan perlahan ... orang hentam kereta aku, kalau aku laju, mungkin aku hentam kereta orang. So ... aku punya wang dan aku berhak untuk beli kereta yang aku mahu. Yang pasti berbaloi dengan nilai yang aku bayar.

Persoalan lagi, kalau kemalangan kenderaan tempatan seperti di dalam imej, logik kah pemakaian talipinggang keledar? Bagaimana dengan anda.... Masih mahu membeli kenderaan yang baru dan berplastik? Style ada, keselamatan ... tarak.

ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG?

puteramaya - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menglengah-lengahkan lagi proses peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pada hakikatnya Abdullah sudah dipersarakan oleh rakyat jelata Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 12.

Lantaran itu, kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar pada 14 Jun 2008, bahawa “beliau dan Najib telah muafakat dan telah setuju” bilakah beliau akan bersara dan bila pula Najib akan jadi Perdana Menteri, adalah akademik.

Najib pula tidak perlu lagi bertindak secara budiman. Fahamilah tuntutan dan kehendak rakyat jelata. Bertindaklah secara decisive dan segera sebelum Abdullah disingkirkan oleh pihak pembangkang menerusi satu revolusi sikatak lompat yang dijangka menjadi realiti dalam tempoh terdekat ini.

Seandainya revolusi sikatak lompat ini tidak menjadi kenyataan, jangan pula Najib terus berdiam diri. Insaflah bahawa kini sudah wujud satu konspirasi bahawa Abdullah mungkin melantik seorang yang penuh misteri untuk menjadi Perdana Menteri.... selanjutnya.

Mengapa Pak Lah Memilih Untuk Tidak Popular?

telaahpolitik - [...] Berdasarkan kepada alasan tersebut, kemungkinan ada satu lagi agenda politik yang sedang diatur oleh Pak Lah dan Khairy di sebalik tindakan memilih untuk tidak popular ini. Agenda ini adalah susulan dengan kemasukan semula 'Mr Ombudsman' Ezam ke dalam UMNO. Malah, sewajarnya dilihat dalam keadaan sekarang sehingga Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini, tindakan Pak Lah tidak dapat dipisahkan daripada agenda menghadapi Dr Mahathir dan proksinya. Oleh sebab itu, tindakan Pak Lah memilih untuk tidak popular dengan menaikkan harga minyak secara melampau ini tidak mungkin dapat dipisahkan dengan agenda menghadapi Dr Mahathir tersebut.


Pak Lah sebenarnya sedang menggunakan 'senjata-senjata pemusnah besar' untuk menghadapi Dr Mahathir. Antara senjata pemusnah besar Pak Lah menghadapi Dr Mahathir ialah isu kehakiman, isu ketelusan Petronas, isu kegagalan penswastaan, isu rasuah dan isu kemerosotan sektor pertanian. Kesemua isu ini telah disembunyikan dengan sempurnanya semasa Dr Mahathir berkuasa sehingga pekungnya seperti tidak lagi dapat dicium kebusukannya. Bagaimanapun pekung itu telah dibuka satu demi satu sebagai usaha untuk menutup mulut Dr Mahathir dan seterusnya memastikan Pak Lah terus berkuasa selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini.... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [15-June-2008/Ahad]

Petronas perjelas kewangannya minggu depan, kata Nor Mohamed Yakcop [utusmeloya]
Kit Siang supports Khairy's call for public disclosure of Petronas accounts [nst].
SHAHRIR: Rebate effective way to return oil subsidy to people [nst]
Cuepacs want Govt to standardise COLA [nst]
NOR MOHAMED: Petronas to explain accounts next week [nst]
ADB cadang beri subsidi kepada golongan miskin [utusmeloya]
Harga Bahan Api Melambung Menjejaskan Pengusaha Rumah Bot [bernama]
Kecoh Di Dua Pejabat Pos Kuala Terengganu Ketika Urusan Tuntutan Rebet Tunai [bernama]
Kurangkan Subsidi Minyak Tidak Dapat Dielak Tapi Perlu Dilakukan Secara Beransur-ansur [bernama]
Peniaga Beras Di Sibu Berang Dengan Kesukaran Dapatkan Bekalan Beras Bersubsidi [bernama]
Kenaikan Harga Minyak Jejas Usaha Basmi Kemiskinan, Kata Penganalisis [bernama]
Dr M: Why cut subsidies and then reduce toll rates [thestar]
Khalid tells why Maimunah was removed [thestar]
Sebuah parti komponen dijangka keluar BN - Ku Li [utusmeloya]
‘Laser mouths’ leave minister speechless [thestar]
Terengganu folk overjoyed [thestar]
Ratusan tahanan bolos [utusmeloya]
NS dept returns RM66m to Government [thestar]
Kereta enjin kecil pilihan rakyat? [utusmeloya]
Kaji sebelum naikkan harga minyak - Dr. M [utusmeloya]
Agihan pendapatan negara adil [bhairan]
'Pengumuman Pak Lah tepat' [bhairan]
Semua pejabat pos besar dibuka hari ini [bhairan]
Kesan tapak kaki raksasa disah palsu [bhairan]
Wang tunai rebat habis [kosmo]
Anak bergaduh, bapa kena belasah [kosmo]
Kera selongkar almari curi pasport [kosmo].
Arab gentar kesan harga minyak [kosmo]
Jerung Mediterranean hilang sejak 200 tahun [kosmo]
Harimau belang jadi menu arak [kosmo]

Posting terkini

Blog Archive