marhaen | “Bagi pemudawilayah Cadangan penurunan harga minyak selepas mesyuarat Kabinet esok hari sebanyak 20 sen sahaja adalah tidak mencukupi” kata Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah).
Kamaruzaman yang mengetuai rombongan Pemudawilayah yang menyerahkan memorandum mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak hari ini mahu agar Kerajaan menimbangkan untuk menurunkan harga minyak kepada harga baru yang kurang dari RM 2.
Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, En. Zahari telah menerima memorandum berkenaan bagi mewakili YB. Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad yang sedang menyertai Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara bersama Perdana Menteri hari ini.
Dalam pertemuan itu, Zahari menjelaskan bahawa turun naik harga minyak ditentukan oleh banyak faktor. Selain dari harga minyak dunia, nilai mata wang negara juga menjadi kayu ukur dimana pada masa kini nilai mata wang Malaysia telah jatuh berbanding US Dollar.... selanjutnya.
Sep 24, 2008
Minyak: RM0.20 tak cukup
Labels: Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jun 16, 2008
Kickdefella Bares All
kickdefella - [...] Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global
Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.
• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.
• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).
• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.
• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.
• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.
• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.
... selanjutnya.
Labels: Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 9, 2008
Menteri tidak mahu potong Elaun
Kerajaan hanya pandai menyusahkan rakyat. Tak mahu susah langsung. Sikit sikit ... rakyat yang kena.
Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!Minyak free, semua free. Suruh potong elaun sikit pun tak mau... macam macam alasan la pulak,
Saya ingin mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel di sebuah stesen televisyen kelmarin.
Antaranya, Datuk Shahrir Samad yang menyatakan “rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak” kerana kerajaan membekalkan subsidi....Buletinonline
Potong elaun menteri tidak rasionalAduhai rakyat ... tengok lah cengkadak menteri kita. Susah tak mau susah, senang sendiri sendiri. Buat rancangan tak pikir rakyat. Shahrir ni masa belum menteri punya la ok. Tapi bila dah jadi menteri, tak der kurangnya dengan menteri yang lain. Pooorahhhh .... cakap tak serupa bikin.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.
Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.
''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.
''Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - Utusmeloya
Labels: Belit Shahrir, Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 6, 2008
Siri Bantahan Kenaikkan Harga Minyak Bersama PemudaWilayah
tranungkite
1. Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada PM dan Menteri Kabinet
Tarikh : 11 Mei 2008 (Rabu-Sempena Mesyuarat Kabinet)
Masa : 11 pagi
tempat : Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya.
2. Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional
(Pimpinan dan Ahli BN Turut Bertanggungjawab Atas Kenaikkan ini)
Tarikh : 11 Mei 2008 (Rabu-Bantahan Khusus kepada pimpinan BN dan Ahli BN)
Masa : 2 petang
Tempat : Suite 1 & 2, 8th Floor, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
3. Perarakan Aman Membantah Kenaikkan Harga Minyak
Tarikh : 13 Mei 2008 (Selepas Solat Jumaat)
Masa : 2 petang
Tempat : Bermula dari Menara City Bank ke Hadapan Bangunan KLLC
4. Edaran Risalah Membantah Kenaikkan Harga Minyak
Tarikh : 14 Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 5 petang
Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.
Seluruh Rakyat Dijemput Hadir bagi bersama-sama menyatakan Keprihatinan kita terhadap Isu ini.
Labels: Minyak naik, Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 27, 2008
The 'untouchable' multi-millionaire diesel smuggler
malaysianinsider - (...) On average, each of them earns up to RM50 million a year from diverting heavily subsidised diesel from petrol stations or fishermen to factories and construction sites in Malaysia or to waiting barges and fishing boats headed for Thailand and Philippines.
Over the past two years, the government has been paying between RM20 and RM30 billion in subsidies so that certain categories of Malaysians can enjoy lower prices at the pump. But in reality much of the consignment of the subsidised diesel has not reached their target market. In short, billions of ringgit in subsidies in being wasted on Malaysia’s neighbours.
The Malaysian Insider understands that the Customs and other enforcement agencies have identified some of these big diesel smugglers. They know that they are based near fishing areas, sea ports and border areas like Pantai Remis, Malacca, Kuala Selangor, Prai and Bukit Kayu Hitam. A couple of the big operators are in East
Read more...
Labels: Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 6, 2008
Harga petrol dijangka turun
HMetro - Harga petrol dijangka turun tahun ini berikutan cadangan kerajaan memansuhkan penggunaan beberapa jenis petrol di pasaran.
Mengikut cadangan itu, petrol jenis Octane 92 dan Octane 97, iaitu petrol berplumbum dan petrol tanpa plumbum, akan digantikan dengan Octane 95 dan Octane 99.
Octane 95 boleh digunakan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia bakal menggantikan Octane 92 dan Octane 97, manakala Octane 99 yang lebih mahal sesuai untuk pengguna berpendapatan mewah yang mementingkan kuasa pemanduan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata mengikut sistem baru itu, kerajaan akan memberi tumpuan untuk memberi subsidi bagi petrol jenis Octane 95 bagi kegunaan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Labels: Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 22, 2008
JOM PROTES !!!
www.jerit.org
PROTES
JANGAN NAIKKAN HARGA PETROL
26 JANUARI 2008 (SABTU),
3PM
Tempat : KLCC
Tempat Berkumpul : Ampang Park & Masjid KLCC ( selepas 2pm)
Semua Rakyat Malaysia Yang PRIHATIN TURUNLAH untuk membantah kenaikkan harga petrol!
Anjuran :
Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (PROTES)
yang dianggotai oleh part-parti politik dan NGO
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
Dr. Mohd. Hatta Ramli (019-339 8659), Arutchelvan ( 019-2537791)
Labels: Naik minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments