KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 15, 2008

Karim Mansor made a U-turn

Ktemoc - (...) The Selangor state government today released photographs to prove that its Barisan Nasional predecessor had looked into the possibility of setting up a centralised pig farming project in Kuala Langat.

dr karim mansor german pig farm visit 150408State exco member Yaakob Sapari released the photograph which depicts Selangor Umno leader and Tanjung Sepat state assemblyperson Dr Karim Mansor posing next to a pig-pen with a thumbs-up sign while in Germany.

(image: Dr Karim at German's pig farm)

Yaakob said that he hoped the photograph would put to rest claims by Umno members that they had been against the project.

“We hope that he would stop politicising the matter from now on,” said Yaakob, after chairing a briefing on the project of Pakatan Rakyat elected representatives in Kuala Lumpur and Selangor.

Karim and former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo were among the staunchest critics of the project which the present state government had claimed was approved by its predecessor. more...

Sebelum ini .... dia buat buat tak tau

Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Babi
selangordaily.
(...)
"Saya tidak tahu syarikat mana yang terbabit dengan usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi ini. Semasa BN dulu, ini semua di bawah EXCO Datuk Tang See Hang. Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun Mesyuarat EXCO. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan."

Menurut Dr. Karim, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara Oriental Daily kerana berada di Mekah pada masa ini. Bagaimanapun beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika benar terdapat unsur fitnah ke atas dirinya.

Bercakap kepada mykmu.net sebentar tadi, beliau turut mengandaikan pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman dalam hal ini mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat usahama luar.

"Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi saya fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Dan saya percaya juga jika ada syarikat bumiputera ia pastinya di kalangan bumiputera bukan Islam." (more...)

Walaupun sebelum ini sudah ada saksi

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Marhaen
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

Kerajaan Pahang hina mahkamah

adnan yaakob adnan yaakubMalaysiakini - Kerajaan Pahang dan jabatan perhutanan negeri didakwa gagal membayar pampasan lebih RM37 juta kepada sebuah syarikat walaupun ia telah diarahkan oleh mahkamah tinggi Kuantan.

Laporan itu dibuat seorang kontraktor Mohd Roshdy Abdul Wahab di balai polis Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada hari Ahad.

Dalam laporannya, beliau menyatakan kerajaan Pahang dan jabatan perhutanan negeri diarah membayar ganti rugi RM37,127,471.60 bersama faedah 8 peratus setahun kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd mulai 2000.

Arahan itu dikeluarkan mahkamah pada 6 November tahun lalu dan ia memberikan tempoh selama tiga bulan - mulai 7 Januari hingga 6 April lalu - untuk membuat pembayaran itu akibat tidak memperbaharui lesen pembalakan kepada syarikat tersebut lapan tahun lepas.

Mohd Roshdy, dalam laporannya itu berkata, beliau meminta polis menyiasat kes tersebut tanpa memberi sebarang keistimewaan atau perlindungan walau yang dilaporkan itu melibatkan kerajaan negeri.

Bercakap dalam sidang media di luar perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, pengarah syarikat itu Syed Ali Baharuddin Syed Osman berkata, beliau kecewa dengan tindakan Pahang yang masih belum membayar wang tersebut.

"Saya mahu pihak polis menjalankan siasatan ke atas kes ini, ia secara jelas menunjukkan kerajaan negeri Pahang menghina mahkamah. more...

Najib pembawa zaman gelap

ImageDARI JELEBU
Malaysiatoday - Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Mohamad memilih menteri-menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Mohamad yang setia.

Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Mohamad.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.

Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?

Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan. Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model (bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Mohamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Mohamad.

Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishammuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad. more...

ISU RUMAH TSUNAMI MASIH BELUM SELESAI?

Isu perumahan mangsa tsunami: Penduduk minta exco campur tangan

Harakahdaily - Sampai hari ini 600 unit perumahan tsunami di Kuala Muda, Seberang Perai tidak berpenghuni sedangkan pembinaanya telah siap sepenuhnya sejak lima bulan lalu.

Akibatnya timbul tanda tanya adakah penduduk di persisiran pantai akan dipindahkan sebagaimana yang diura-urakan atau terbuka pada sesiapa yang dipilih untuk mendudukinya.

Semuanya menjadi persoalan penduduk di situ kerana tiada perbincangan atau taklimat diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Dato' Azhar Ibrahim selaku bekas Exco Kerajaan Negeri yang sememangnya mempunyai maklumat sebenar atau sekurang-kurangnya penerangan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulunya.

Bagi menghilangkan keresahan rakyat di situ mereka berharap Exco Perancang Bandar, Desa dan Perumahan Negeri, Wong Hon Wai masuk campur untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Mereka juga meminta exco berkenaan turun meninjau agar kemelut terutamanya projek apa yang bakal diusahakan di persisiran pantai sehingga menyebabkan perpindahan berlaku dapat diselesaikan.

Harakahdaily difahamkan hanya sekali penduduk dipanggil oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) supaya hadir ke Dewan Che Chik, Bakau Tua untuk bertanya tentang setuju atau tidak untuk berpindahg serta nilai pampasan rumah yang hendak diberikan.

Menurut penduduk yang sempat ditemui, Che Ani Andak 67, selepas pertemuan dengan Pejabat Daerah SPU tiada lagi pertemuan dibuat sehinggalah ke hari ini.

Cuma isu perumahan itu dibangkitkan semula ketika Dato' Azhar berkempen semasa pilihan raya umum lalu kononnya sesiapa yang tidak mengundi BN mereka tidak berpeluang mendudukinya bila arahan dikeluarkan. more...

No2umnO - Ini lah yang dikatakan perjuangan bangsa Melayu Pulau Pinang. Nak cakap apa lagi? Setiap harri banyak perkara yang timbul. Timbus sejak dahulu sekarang sudah terapung apung. Bila rakyat dah tahu, sekarang kita nilaikan perjuangan Melayu UMNO sebenar. Ngarut punya parti !!!

Ketua UMNO Kampar syor Tajol Rosli letak jawatan

izzan126.multiply.com
IPOH 14 April - Seorang Ketua UMNO Bahagian mengesyorkan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri secepat mungkin.

Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, langkah itu perlu selepas bekas Menteri Besar Perak itu dilihat tidak bermaya dalam menjalankan tugasnya sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

''Tidak ada sebarang isyarat daripada beliau (Tajol Rosli) tentang apa yang hendak kita lakukan, beliau juga langsung tidak keluarkan kenyataan, arahan atau menentukan arah tuju kepada pemimpin UMNO di bawahnya.

''Kepimpinan kita di Perak mesti nampak ke depan dan mempunyai banyak idea dan boleh pula menyatukan orang UMNO dan Melayu terutama sekali dalam keadaan kita telah kalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau menghadiri perjumpaan tertutup dengan Badan Pengurusan UMNO Pusat yang diketuai Timbalan Presiden Parti yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Badan Perhubungan UMNO Perak.

Mohd. Radzi berkata, Perak buat masa ini amat memerlukan seorang pemimpin yang lebih bersemangat dan berwawasan untuk menggerakkan jentera parti di peringkat cawangan hingga ke peringkat teratas.

''Bagaimanapun biarlah pucuk pimpinan tentukan apa yang perlu dilakukan. Kita di sini cuma melontarkan pandangan dan tidak kisah siapa juga yang bakal dilantik menggantikan Tajol Rosli.

''Perkara ini memang telah saya bangkitkan dalam perjumpaan tertutup tadi dan nampaknya ramai yang menyokong cadangan saya,'' katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pelancongan dan Industri Asas Tani negeri. more...

DIA MENTERI KE TIDAK...SAMA JE....


pemuda-insaf - Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan menteri-menteri kabinetnya tidak berapa lama dahulu,nama pertama yang menjadi carian P.I ialah Jamaluddin Jarjis(JJ).Kali ini untuk kabinet 2008 namanya tercicir .Dan serentak dengan itu ada cakap-cakap mengatakan antara sebab-sebab tersingkir adalah kerana dia adalah proksi rapat Najib dan mantan perdana menteri,Mahathit Mohammad.

Dan baru-baru ini P.I sempat pulang ke Rompin untuk melihat suasana selepas pilihanraya disana.Sempat juga P.I berjumpa dengan beberapa kenalan ketika berada di bandar udang galah itu.Dalam satu sesi minum petang di sebuah kedai kopi di Bandar Baru Rompin,P.I sempat bertanyakan satu soalan kepada rakan lama P.I tentang apa perasaan orang Rompin bila ahli parlimen mereka tidak dilantik jadi menteri.Jawapannya agak mengejutkan P.I kerana menurutnya kebanyakkan orang Rompin langsung tak kisah JJ jadi menteri atau tak.

Bagi mereka JJ jadi menteri atau tidak,keadaanya sama sahaja,tiada apa pun yang berubah.Kuala Rompin tetap macam ni,tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun ahli parlimennya jadi menteri pun.Nyata orang kat sini tak kisah nampaknya,tidak timbul perasaan marah pada perdana menteri langsung,tidak seperti ditempat-tempat lain.Mengapa keadaan disini berbeza? more...

UMNO AKAN BEBAL DENGAN FOTO INI !

Albanjari - Himpunan Kerajaan dan Rakyat Negeri-Negeri Barisan Rakyat. Wahai UMNO dan BN lihatlah dengan mata anda, kehadiran kami bukan untuk memenuhkan poket tetapi hadir kami yang merakyat di sini kerana perjuangan untuk meruntuhkan kesombongan UMNO dan BN. Tahu kah kamu ?..faham ke tak faham...!




























Wan Azizah courts arrest for defying police notice

Malaysianinsider - Parti Keadilan Rakyat president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail will not give a statement to the police over a gathering held by the party at the Sultan Sulaiman Club here last night although she was issued a notice to do so today.

PKR deputy president Dr Syed Husin Ali told Bernama the notice wanted her to come to the Dang Wangi police station in Kuala Lumpur at 3pm to assist investigations into a police report lodged over the gathering.

Three others who received a similiar notice from police were Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, PKR vice-president Azmin Ali and special aide to Khalid, Yahya Shari.

Kuala Lumpur deputy police chief Datuk Abd Samah Mat said that the PKR quartet could face arrest for not complying with the notice. "We can apply to the court to issue a warrant of arrest for them. However, we do not want to do that... if they are not free, we can negotiate a suitable date and time." more...

RM27 juta langsai dalam masa 50 hari

Harakahdaily - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.

"Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya.
Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.

Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab.

"Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya. more...

Shabery ugut blogger

Bernama - Orang ramai tidak boleh beranggapan bahawa media alternatif kebal daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Selasa.

Beliau berkata sungguhpun orang ramai ada hak untuk menulis apa sahaja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah.

"Orang anggap media alternatif boleh lakukan apa sahaja. Ini tidak benar. Baru-baru ini ada kes terhadap sesetengah penulis blog ini.

"Walaupun hak menulis apa sahaja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fellowship Kewartawanan Antarabangsa Pertama yang dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI) di University Malaya (UM) di sini.

Beliau menambah bahawa dengan adanya teknologi hari ini, forensik siber boleh dikesan dan dikenalpasti penulis atau yang memfitnah dalam talian walaupun mereka menggunakan Internet atau nama lain sebagai pelindung.


Mengenai media alternatif lebih popular di kalangan orang ramai yang ragu-ragu berbanding dengan media tradisi seperti surat khabar dan televisyen, Shabery berkata media tradisi hendaklah membina reputasi dan kredibiliti mereka.

"Pada hakikatnya ialah reputasi dan kredibiliti. Jika anda ada itu dan anda melaporkan berdasarkan kebenaran, hakikatnya orang ramai akan terus membaca artikel anda. Ini adalah cabaran baru untuk surat khabar dan bagi sebarang bentuk media yang ada," kata beliau. more...

TANGGUHKAN ROBOH RUMAH SETINGGAN - Kerajaan Selangor

Harakahdaily - Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat kepada semua YDP pihak berkuasa tempatan supaya menangguhkan sebarang perobohan setinggan sehingga satu penyelesaian dapat dicapai oleh semua pihak.

Surat bertarikh 10 April 2008 itu telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Jelas Iskandar dalam satu kenyataannya, surat tersebut selari dengan polisi baru Kerajaan Negeri Selangor menangani penempatan setinggan dengan cara yang lebih berhemah

Sementara itu, sewaktu dihubungi, beliau mengharapkan penangguhan ini dapat memberi peluang kepada semua pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Katanya penduduk setinggan di lima tempat di sekitar negeri ini dalam proses perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan.

"Setiap setinggan mempunyai permintaan yang berbeza, jadi kita akan lihat kewajaran di setiap kawasan penempatan. Kuasa kerajaan negeri Selangor terhad, yang mana penempatan di tanah tanah kerajaan kita boleh pertimbangkan. Jika tanah yang didiami milik pihak swasta, penduduk perlu berbincang dengan pihak itu," katanya

Tindakan polis satu bentuk ugutan dan provokasi.

PKR bantah keras tindakan polis

Malaysiakini - (...) "Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini. Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat," kata Syed Husin.Menurutnya, pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman.

"Adalah dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008.

"Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut," kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin Keadilan itu sebagai satu bentuk ugutan dan provokasi. more...

Wan Azizah tidak dapat hadir ke balai polis petang ini

(Harakah) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak dapat hadir ke Balai Polsi Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini berhubung satu notis yang diserah polis kepadanya pagi tadi.

Notis yang menyebut supaya beliau hadir sebagi saksi atas satu laporan polis (no report 13144/08) di bawah Seksyen 27/5 Akta Polis 1969.

Notis itu berhubung Seksyen 149 Kanun Kesiksaan dipercayai atas dakwaan prhimpunan yang menyalahi undang-undang, kata Dr Wan Azizah yang ditemui di rumahnya jam 10.15 pagi tadi.

Beliau memaklumkan bahawa pegawai polis yang menyerahkan notis itu hanya dikenali sebagi ASP Farid daripada Balai Polis Dang Wangi, kerana tertera di tanda nama anggota polis itu dibajunya.

Menurut notis tersebut, penerima perlu hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.

Turut serta bersama Wan Azizah ialah Peguamnya, Latheefa Beevi Koya dan Amir Hamzah Arshad selain kaum keluarganya.Bagaimanapun Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan dan difahamkan baru sahaja terbang ke Abu Dhabi.

Polis datang ke rumahnya pada jam 6.30 pagi dan berjaya menyerahkan notis tersebut kira-kira jam 9.20 pagi, kata Wan Azizah.

"Saya tak lari ke mana-mana, saya cakap kepad polis itu, tetapi saya tidak dapat hadir petang ini kerana jadual saya padat hari ini,

"Saya akan meminta peguam saya menulis surat kepad pihak polis, dan saya tak pasti lagi bila boleh ke balai polis," ujarnya.

Wan Azizah memberitahu bahawa selain beliau turut menerima notis tersebut, ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Yahya Saari.

Beliau melahirkan rasa kecewanya dengan pihak polis yang hanya sibuk dengan hal politik termasuk bersungguh-sungguh menyampaikan notis tersebut kepadnya.


Walhal isu jenayah lain sebenarnya perlu diberi perhatian yang lebih serius seperti kes kehilangan Adik Sharlinie Mohd Nashar dan kes rompakan di KLIA baru-baru ini yang menyaksikan sistem keselamatan KLIA rapuh dan lemah.

"Macam mana dengan kes Sharlinie, saya nak tanya polis itu tadi, tetapi tak berkesempatan, mereka datang hantar notis dan terus berlalu begitu sahaja," katanya.

Selain itu Wan Azizah turut memberitahu bahawa tiga lagi penerima notis tersebut menyatakan tidak dapat hadir ke Balai Polis Dang Wangi petang ini memandangkan ada urusan lain.

Sementara itu peguamnya, Amir Hamzah berkata, pihaknya akan menulis surat untuk mengetahui status notis tersebut kerana tidak mendapat maklumat lanjut mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Wan Azizah.

BAGAIMANA KALAU .......

Bagaimana kalau seramai ini berkumpul di Balai Polis Dang Wangi Petang ini ? Tentu gamat .......

Mengutuk Kezaliman Polis..

aTranungkite
Saya telah dimaklumkan bahawa pihak polis telah mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.

Beberapa Anggota Polis telah datang kerumah Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini untuk menghantar notis untuk hadir memberi keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3 petang ini. (foto sekadar hiasan)

Notis dibawah syeksen 111 (1) kanun Prosuder Jenayah, itu ditandatangani oleh Pegawai Siasatan Jenayah Dang Wangi, ASP Anan Than Rajoo yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Black 14 malam tadi

Selain Dr Wan Azizah, Kediaman Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali turut dihadiri oleh polis dan menghantar notis yang sama.

Kita MENGUTUK KERAS sikap polis tersebut yang tidak menghormati suara rakyat di negara ini tetapi masih terus ingin menjadikan kelompok mereka sebagai kuda tunggangan kepada UMNO-BN.

Setiap kali mana-mana perhimpunan yang diadakan oleh ahli yang bukan UMNO-BN, setiap kali itulah pihak polis akan bertindak secara pantas untuk menahan dan menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat/Barisan Alternatif.


Tetapi Polis terus memejamkan mata mereka terhadap sebarang perhimpunan yang dilakukan oleh UMNO-BN tanpa sebarang tindakan.

Demonstrasi oleh ahli UMNO di Komtar Pulau Pinang, kebiadaban UMNO di dalam babi di Selangor, hasutan membencikan institusi raja oleh UMNO Terengganu, mengapa kamu berdiam diri?

Itu hal-hal jenayah rompakan, penculikan, pembunuhan dan seumpamanya yang kian meningkat, mengapa kamu gagal untuk mengatasinya tetapi sengaja beralih untuk menekan, mengugut serta menzalimi rakyat terbanyak di dalam hal-hal yang tidak ada kena-mengena dengan indeks-indeks jenayah di negara ini?

Kami meminta polis supaya menghormati keputusan pilihanraya yang baru lalu yang sebenarnya mengandungi satu mesej yang jelas dan nyata bahawa: RAKYAT KINI TELAH MUAK DAN BENCI KEPADA KEZALIMAN POLIS selama ini yang telah menjalankan tugas mereka secara pilih kasih, diskriminasi dan tidak profesyenal.

Kehadiran 20,000 rakyat yang membelakang arhan polis perlu juga dilihat sebagai maifestasi jelas kebencian rakyat terhadap kezaliman polis tersebut.

Saya meminta pihak polis supaya jangan hanya mengugut Anwar, YB Wan Azizah, YAB Khalid tetapi tangkap semua 20,000 orang yang hadir di perhimpunan Black 14 dan masukkan kesemua kedalam penjara JIKA KAMU MAMPU MELAKUKANNYA.

TKO telah berulangkali menegaskan keangkuhan, kezaliman dan kesombongan polis di negara ini perlu dihentikan segera. Polis-polis ini gtidak menyedari menerima gaji yang dibayar hasil kutipan cukai dari rakyat, bukan dibayar dari wang ringgit milik UMNO, atau milik Abdullah Ahmad Badawi, tetapi malangnya mereka sering bertindak sewenang-wenangnya ke atas rakyat di atas alasan yang superficial - "keamanan dan keselamatan negara" walhal yang tergugat sebenarnya ialah keamanan dan keselamatan UMNO dan para pemimpin korup mereka.

Kita juga mendesak satu SURUHANJAYA DIRAJA ditubuhkan untuk menyiasat salahlaku pihak polis-polis ini dan kemudian mempastikan anggota polis yang terlbat itu, samada berpangkat bsar atau kecil diberikan hukuman yang sewajarnya.

Anjak paradigma dan momentum arus kebangkitan rakyat sepatutnya dilihat sebagai satu hal yang serius dan menjadikan polis lebih SEDAR DIRI, namun apa yang berlaku ternyata sifat haiwaniah mereka masih membuak-buak untuk menunjukkan lagak samsengnya kepada rakyat dna ia perlu dinoktahkan.

ANWAR DI DANG WANGI PETANG INI !!!!



Pemimpin KeADILan dipanggil beri keterangan petang ini

KeADILan

KUALA LUMPUR, 15 April - Beberapa Anggota Polis telah datang kerumah Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini untuk menghantar notis untuk hadir memberi keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangipada jam 3 petang ini.

Notis dibawah syeksen 111 (1) kanun Prosuder Jenayah, itu ditandatangani oleh Pegawai Siasatan Jenayah Dang Wangi, ASP Anan Than Rajoo yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Black 14 malam tadi

Selain Dr Wan Azizah, Kediaman Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali turut dihadiri oleh polis dan menghantar notis yang sama.

Sementara itu Timbalan Presiden KeaDILan, Syed Husin Ali akan membuat satu sidang media mengenai hal ini di Pejabat Anwar Ibrahim di Syeksyen 16 jam 11 pagi ini.

Lagi berita akan menyusul


No2umnO - Para reformis ..... sila beri perhatian !!!

TERHARU .....





tapi yang ini ...... MENYAMPAH ....



Musuh Anwar bukan UMNO sahaja, tapi polis dan polis juga lah yang usung tilam kesana kemari. Selagi ada mangkuk ayun tu, selagi itu lah kebebasannya di sekat. Hai mangkuk.....bilo la kau nak pocah.

and a lot more nice pics.....fotowarung.bazuki

High level of police efficiency in ...

Last night .....



This morning ....

Latest: Police this morning visit homes of PKR leaders
Malaysianinsider
Police this morning visited the homes of Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim and Azmin Ali over Black 14 gathering last night. More to come. ....

Do you ever imagine that our police is so efficient .... But I wonder why missing kids still disappear ......But surely take a lot of time to investigate this .....

Melayu kurang ajar

GESA SIASAT MAHATHIR TAPI POLIS SIASAT ANWAR

PKR leaders get early morning police visits

PKR president Dr Wan Azizah has been told to be present at the Dang Wangi station to give her statement on the 20,000-strong rally held in Kampung Baru last night.MORE

berita harakah pula ...

Polis serah notis kepada Wan Azizah dan Khalid, Azmin dibawa ke balai
Polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.

Menurut Koordinator Media Parti KeADILan Rakyat, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini.

Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan.

Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam. more...


Berita sebelum ini ...

Anwar Gesa Perdana Menteri Siasat Dr Mahathir

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.

Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya, katanya berucap pada perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru di sini Isnin malam.

Beliau juga berharap penyokongnya menunggu dua minggu lagi sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri sambutan sempena pembebasan Anwar daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik, dengan kawasan itu dikawal ketat oleh polis.

Pada September 1998, Anwar disabitkan beberapa kesalahan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan telah dihukum penjara enam tahun.

No2umnO - Bingung bingung.....suruh siasat orang lain, polis siasat orang lain.

Peralihan dari pemimpin kepada jeneral yang kalah perang

Siasah: Jika benarlah jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno akan bertukar dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bermakna, BN yang kalah teruk baru-baru ini akan dipimpin oleh pengarah pilihan raya yang membawa kekalahan kepada BN dalam pilihan raya itu.


Ini kerana, dalam pilihan raya ke 12 baru-baru ini, Najib adalah Pengarah Pilihan Raya BN manakala Abdullah adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Pengarah pilihan raya umpama jeneral yang memimpin peperangan dan kalah manakala Perdana Menteri yang memimpin negara dipersalahkan.

Desakan demi desakan di terima oleh Abdullah kini agar berundur. Kali ini ia dibuat dengan nama yang lebih lembut "pelan peralihan kuasa" yang nampaknya disokong oleh media BN sendiri. more...

ANWAR IS BACK

Supporters of former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim listen during a rally to celebrate the political rebirth of Anwar in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, April 14, 2008.

Bangkok post - On the day he became eligible to be prime minister again, Anwar Ibrahim held an illegal midnight rally that was busted by police to the jeers of 40,000 supporters.

The rally marks the expiry of Anwar's official ban from public office, a decade after he was sacked as deputy prime minister.

And politics could be about to get interesting. Anwar officially requested Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to conduct an open investigation on ex-premier and Anwar's nemisis Mahathir Mohamad for alleged excesses when he was the prime minister for 22 years.

And Anwar Ibrahim told the crowd he already has the votes of enough pro-government lawmakers to topple Abdullah.

Political gatherings are strictly controlled in Malaysia, and police had threatened to break up the event, held at a private club in central Kuala Lumpur, because they said it was illegal. more...

SIJIL KURSUS NIKAH ADA TARIKH LUPUS

Bharian - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) merancang menetapkan tempoh sah sijil kursus asas praperkahwinan kepada tiga tahun berbanding sepanjang hayat sebelum ini.

Penolong Pesuruhjaya Pendaftaran Nikah Cerai Dan Rujuk JHEAT, Shukri Faiz Jusoh, berkata tempoh yang terlalu lama menyebabkan matlamat asal kursus bagi melahirkan pasangan yang berilmu dan memahami ilmu agama gagal dicapai.

Katanya, tempoh terlalu lama menyebabkan pasangan kerap terlupa ilmu yang dipelajari ketika berkursus sehingga menyebabkan mereka gagal mengamalkan ilmu itu secara berkesan dalam perkahwinan mereka. more...
No2umno - Sijil nikah dah macam Roadtax atau lesen P. Kalau tak ambil lesen penuh, kena masuk ujian balik... ada tempoh untuk renew. Kalau selepas ini sesiapa yang cuba menjadi suami yang untuk lebih dari seorang wanita. Anda perlu kursus semula atau cara mudah adalah untuk kawin kali ke 2 dalam tempoh 3 tahun pertama. Kononnya untuk melahirkan pasangan yang berilmu. Dalam tempoh kursus yang singkat boleh bagi ilmu untuk 3 tahun. Lepas tu lupa. ILMU penting....tapi amal tak amal, diorang tak tanya .

Emak bapak aku dulu pun tak kursus.....sampai sekarang tak cerai berai.....Aman je.

Sijil nikah aku dah lama expired......maknanya kalau sekali lagi, aku kena pergi kursus dan bayar yuran. Hehhhh......ada kawan wak yang dah ada dua tu ....... ingat ingat lah....kena kursus sebelum tambah jadi 3. Tak boleh la sebut nama, kang kecik hati nya.

Pelatih PLKN lahir bayi di pusat latihan

Bharian - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mulanya mengadu mengalami buasir mengejutkan pengurusan dan pegawai kesihatan sebuah kem latihan di Kemaman apabila sebenarnya sedang kesakitan untuk melahirkan bayi lelaki sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit tidak mengisytiharkannya mengandung, malah keluarganya sendiri tidak dapat mengesan perubahan fizikal pada tubuhnya sebelum melapor diri di kem PLKN berkenaan pada 18 Mac lalu.

Beliau berkata, pelatih itu yang akhirnya diberi pengecualian daripada menyertai PLKN dipercayai melahirkan bayi akibat terlanjur dengan teman lelaki memberi alasan sakit buasir selepas tiga hari melapor diri di kem berkenaan bagi membolehkannya dikecualikan daripada menyertai aktiviti fizikal sepanjang program itu.

"Bagaimanapun, tiga minggu selepas berada di kem dia mengadu sakit perut dan pegawai kesihatan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sangat mengejutkan apabila dia disahkan doktor sedang sakit untuk bersalin. more...

Black 14 2008 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL

Wartawan KLPOS

Anwar Return

Polis Kecoh, Perhimpunan Black 14, Kelab Sultan Sulaiman

PAK LAH KATA DIA TAK PEKAK


Saya bukan pekak…peralihan kuasa 2010

Agendodaily - “Saya dengar…saya bukan pekak,” itulah kenyataan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diajukan soalan mengenai desakan supaya beliau mengemukakan pelan peralihan kuasa sebagai usaha untuk memulihkan UMNO. Beliau berkata, beliau faham dengan pandangan yang diberikan dan mendengar pandangan pihak-pihak tertentu dalam soal peralihan kuasa tetapi beliau mahu proses berkenaan berjalan dengan lancar dan parti berada dalam keadaan baik. “Takkan saya nak serahkan kepada Datuk Seri Najib begitu sahaja. Saya mahu peralihan kuasa itu berjalan dengan baik bukan tinggal begitu saja,” katanya dalam sidang media yang didampingi oleh Timbalannnya, Najib selepas majlis taklimat bersama Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Dewan Negara di PWTC, petang Isnin. Sidang media itu dihadiri oleh puluhan wartawan dalam dan luar negeri sesak kerana ada cerita-cerita yang disebarkan kononnya Abdullah akan membuat pengumuman mengenai peralihan kuasa. Menurut beliau, ada pandangan yang mahukan peralihan kuasa itu dilakukan segera tetapi tidak kurang juga yang memberikan pandangan perkara itu tidak perlu tergesa-gesa dilaksanakan. Ditanya adakah kenyataan itu bermakna beliau akan tetap mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan akan datang, Abdullah bertanya balik, kenapa beliau tidak boleh bertanding. Sementara itu sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily sebenarnya pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib sudah set hendak dilaksanakan pada tahun 2010 atau lebih awal daripada tempoh berkenaan.

ANWAR TERHUTANG BUDI

http://anwaribrahimblog.com/

Perhimp di Kelab Sultan Sulaiman baru selesai. Rasa syukur bercampur sayu, gembira menyelubungi derita mengenang kisah lalu!

Kepada Azizah dan keluarga, sahabat dan pejuang reformasi, rakyat prihatin yang mendoakan…. saya terhutang budi.

ANWAR IBRAHIM

List of Umno members guilty of sabotage

lookattrue
A list of Umno members who committed acts of sabotage against the BN before and during the recent general election.

1. Abdullah Ahmad Badawi - for arrested and accused Hindraf Leaders with said that there are link with terrorist.

2. Hishammuddin Hussein - for his infamous acts of being ‘Hang Tuah’ and saying that he does not care what the other communities think of it.

3. Khairy Jamaluddin - for saying that the Indians were to be blamed for Umno members not being able to read the Umno president’s address in the newspapers.

4. Badruddin Amiruldin - for saying, ‘Kalau tak suka, KELUAR’.

5. Mohd Said Yusof - for asking law enforcement agencies to ‘tutup satu mata’.

6. The late Zakaria Md Deros - for the vast abuse of powers as reported in the media.

7. Ali Rustam - for saying that ‘Umno does not need the other races to govern Malaysia’.

8. Khir Toyo - for his insensitivity during the demolishment of Hindu temples and his infamous ‘Broom Award’.

9. Abdul Halim Samad - for issuing an ‘ultimatum’ to Loh Seng Kok, former MP of Kelana Jaya.

10. Zainuddin Maidin - for all his acts as Information Minister and for advising the BN on the wrong campaign strategy.

11. Various Umno Delegates - for all the racist speeches made during the Umno general assemblies.

Selamat pulang "Sang Rajawali"











Baca berita klpos

Selamat pulang "Sang Rajawali"

Black 14: Lebih 20 ribu banjiri Kelab Sultan Sulaiman

www.warkahuntukpm.com.my?



Bread and butter issues dominate PM's website


Bread and butter and not political issues make up the bulk of messages sent to the Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi through his website www.warkahuntukpm.com.my.
The website which is managed and monitored by the Malay Research and Strategy Foundation found that 27.5 per cent of the messages received since early last month were related to the current economic situation, education, public service delivery, development and employment issues.

The foundation chief executive Datuk Radzi Latiff said in a media statement yesterday that the messages received just before the elections were hardly political in nature.

Warkah Untuk PM was launched by Datuk Seri Najib Razak on March 1 as a direct channel for the public to address any grievance or suggest ideas for national betterment to the prime minister.

At its height just before polling day, 2,218 messages were sent to the website. Thirty-one per cent of the messages were from private sector followed by professional and government sectors.
In addition, 74 per cent or 14,045 of senders were male with the majority of them between 21 and 35-years-old.

All messages related to public service delivery will be dealt with directly by the respective ministries for action while policy-related issues will be referred to the prime minister himself, Radzi said. - NST

No2umnO - Hah aku tak ingat pun PM ada web sebab PM pun tak ingat dia ada web. Tapi web ni hanya untuk posting. Feedbacknya tak tau apa nak jadi.

Selangor Govt asking BN reps to account for RM27 million allocation

NST - All the previous 54 Selangor Barisan Nasional assemblymen will be asked to account for a total of RM27 million allocated and used for small projects in their constituencies, before the 12th general elections.

State Executive Councillor for Local Government and Research Ronnie Liu said each of the 54 BN assemblymen had spent their RM500,000 allocation within the first two months of the year.

“We were shocked to learn that their entire annual budget for small projects was spent, between January and February,” he said.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim will soon be writing to those who had received the allocation for a breakdown and detailed account on how the funds were spent.

The Pandamaran assemblyman was speaking to the press yesterday after a visit to the Klang Municipal Council (MPK) with other newly elected representatives from Klang and Port Klang. more...

ALI RUSTAM ...... Grrrrrr


SEBAHAGIAN daripada 38 peserta pesta liar yang

ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin untuk direman semalam.

Pesta liar berakhir dalam lokap

Kosmo - Dalam serbuan yang dibuat pukul 5.45 pagi kelmarin, polis turut menemui enam biji pil ekstasi dan 33 orang daripada mereka dikesan positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Tio Kian Peng berkata, ketika serbuan dilakukan, semua di dalam rumah berkenaan sedang menari dengan muzik yang begitu kuat.

"Ada yang seperti lupa diri ketika serbuan dibuat disebabkan terlalu asyik menari.

"Walaupun tiada arak yang ditemui, namun sebahagian besar daripada mereka mengambil dadah dan pil ekstasi," katanya semalam.

Kian Peng berkata, daripada 33 yang didapati positif dadah itu, 15 daripadanya merupakan pelajar IPT.

"Enam daripada pelajar IPT ini merupakan pelajar asing.

"Dua orang yang menganjurkan pesta liar tersebut turut ditahan dalam banglo yang disewa RM350 sehari," katanya.

Penganjur pesta liar berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 13(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala mereka yang positif dadah akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Semua mereka ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan. more...

Siapa Kutuk Mahathir?

Akhbar dibidas siar berita pembangkang perlekeh Dr. Mahathir

Utusan - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee membidas sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kerana menyiarkan laporan anggota parti pembangkang memperlekehkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya amat dukacita dengan akhbar itu yang menyiarkan laporan anggota pembangkang memperlekehkan kepimpinan Dr. Mahathir dalam pentadbiran dahulu.

"Saya berpendapat adalah tidak wajar sama sekali bagi sebuah akhbar arus perdana untuk menyiarkan laporan seperti itu memandangkan Dr. Mahathir banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini," katanya.

Akhbar itu hari ini menyiarkan kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabelkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin tua dan keliru.

Dalam muka surat yang sama akhbar itu menyiarkan kenyataan Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuduh Dr. Mahathir merosakkan proses demokrasi dan kebebasan kehakiman di negara ini.

Syed Ali berkata, adalah tidak adil bagi akhbar itu memberi gambaran mengenai Dr. Mahathir daripada pemimpin pembangkang yang sudah diketahui sentiasa tidak melihat kepada sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya berharap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya agar tidak lagi sebuah institusi UMNO dipergunakan oleh pembangkang untuk memperlekeh pemimpin yang telah banyak berjaya kepada rakyat dan negara.

"Kita harus menghormati dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang lalu.

"Apabila pemimpin masa sekarang tidak lagi berkhidmat, kita juga harus menghormati dan menghargai jasa-jasa mereka," tegas beliau.

Syed Ali berkata, daripada maklum balas yang diperoleh, rakyat terutama orang Melayu tidak dapat menerima perbuatan terus menghentam dan menghina Dr. Mahathir dan menambah bahawa perbuatan ini hanya menimbulkan kemarahan mereka terhadap kerajaan. more...
No2umnO - Apa dia cerita nihhh? Mahathir bukan setakat pembangkang....UMNO pun kutuk sekali. Mangkuk punya syed Ali.

Kerajaan Selangor teliti dulu lokasi ternakan Babi sebelum laksanakan

Selangor akan meneliti secara terperinci sama ada untuk meneruskan lokasi projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang atau di kawasan lain negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, penelitian tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu projek berkenaan dialihkan ke kawasan lain.

Katanya, keputusan untuk melaksanakan projek berkenaan masih belum dibuat kerana kerajaan negeri, ketika ini sedang mengkaji keperluan tertentu yang membolehkan lokasi projek berkenaan diubah.
Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.

Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.
Meneliti "Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.

"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar yang mahu supaya kerajaan negeri memindahkan projek ternakan babi itu ke kawasan terpencil seperti Pulau Ketam. - Utusan

Big crowd welcomes Anwar's return to electoral politics



THE ROAD TO PARLIAMENT: Datuk Seri Anwar Ibrahim addressing a big crowd
of adoring supporters who help celebrate the expiry of his five-year ban against contesting
elections at the Suleiman Club in Kampung Baru, Kuala Lumpur tonight before a contingent of Press
photographers and TV news cameras.


NST - (...) When Anwar arrived at 8.50pm, there were shouts of reformasi but no untoward incidents.

Police, including the Federal Reserve Unit and Light Strike Force patrolled the area but people were allowed to move about freely. There was also a large foreign media presence, including television crew.

Anwar, the PKR adviser, was banned from contesting any elections for five years after his release from jail following his conviction of corruption and abuse of power charges.

Tonight at midnight, the ban expired, allowing Anwar to be active in electoral politics. During the last general election he went around the country giving ceramah for his party's candidates as well as those from Pas and DAP.

However, about 30 minutes after Anwar spoke to the crowd, a dozen policemen went on stage to stop Anwar on grounds that he was addressing the rally, which had no police permit.

"The police chief has asked us to stop so we are stopping, but remain peaceful, because soon we will be running this country," Anwar told the crowd, who jeered police as the event was stopped. more...

Lapuran Harakah pula
Lebih 20 ribu hadir di himpunan 'Black 14'

Police interrupted Anwar speech

Anwar Ibrahim speech at a rally marking the
end of a ban that barred him from seeking public office, in Kuala Lumpur

Hard T - Police have halted a speech that Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim was making to a crowd of more than 10,000 supporters.

Opposition members gathered at a sports field in Kuala Lumpur on Monday for a countdown until midnight when a legal ban that prevents Anwar from holding political office expires.

About a dozen policemen interrupted Anwar as he was addressing the rally and forced him to stop.

Anwarcelebrate the lifting of a ban from politics with a huge rally tonight despite police declaring the event illegal, his party said.

Political gatherings are strictly controlled in Malaysia, and police have reportedly threatened to cordon off the Sulaiman club in Kampung Baru and deploy riot squads to prevent it from going ahead.

10,000 people attend the celebrations
in central Kuala Lumpur

"We have not issued any permits for the gathering. I advise all the supporters not to attend it. The gathering is banned," city police chief Muhammad Sabtu Osman.
Some 10,000 people attend the celebrations in central Kuala Lumpur which mark the expiry of his ban from public office, a decade after he was sacked as deputy prime minister.

Meanwhile, Anwar said he has the support of enough defectors from the ruling coalition to seize power, although he will not act until he has a bigger majority.
"Yes, we have enough MPs to topple the government," he told a press conference after a rally.

"We are saying here for the first time that we are ready (to rule the country)," he said.

"But we will only enter when the majority is comfortable."

Anwar has said that government lawmakers from Sabah and Sarawak states on Borneo island have approached him about switching sides, but so far none have declared their intentions publicly.

Meanwhile, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is floundering amid mounting calls to resign and take responsibility for the election results, which were the worst in the coalition’s half-century history.

"The situation in Malaysia is uncertain at the moment, people don’t know when the prime minister is going and who will succeed him, so we will respond to this," Anwar said.

He said that rather than seizing government, the opposition’s priorities are to consolidate its gains and work with Sabah and Sarawak lawmakers "who agree with our new Malaysian agenda."

"The priority now is to administer the Pakatan Rakyat states as incorruptible and financially transparent, fulfil our promises to the people and give meaning and essence to participatory democracy."

Berkitan
Ribuan sambut Anwar bebas berpolitik

KUNCI MILIK SALAHUDDIN AL AYUBI?



Komen menarik berkaitan dengan Lelong kunci Kaabah 1,200 Tahun

Anonymous said...
please, please, please tell everyone..

this key is not just as appeared in the western newspaper.. there's more to it.. this key once belong to Salahuddin Al Ayubi (or known as "Saladin" in the west).. The key has been hunted by the Christians operatives, the Muslims and the Illuminati agents since ages ago.. It's unlock the secret to the whereabouts of the treasures of the Knights Templars which Saladin had taken from the Crusaders upon defeating them in 1187 in the War taken place in Hattin, Jerusalem.

The most significant item amongst the treasure is the "relic of True Cross" which are believed to be fragments of wood from the actual cross upon which Jesus was crucified. The relic was sought desperately by the Illuminati who seek to hand it over to the Antichrist (Dajal).

According to members of the intelligence community, when the New World Order is solidified the relics will be taken out, will be united with the Spear of Destiny, and will, according to legend, give the world's ruler absolute power. This may confirm beliefs passed down through the ages that describe the significance of these relics when united in the hands one man. It explains Hitler's desperate search World War II. (Gen. Patton had claimed it after defeat).

The fact that they have found and bought the key shall means that they now have a way to figure out where the treasures is hidden. Whether it's hidden in Iran or Syria (or Damascus as it's used to be called during the day of Saladin). They are willing to attack and destroy any of those countries for the sake of accessing the hidden place of the relics.

May Allah saves us all from Dajal Laknatullah

Posting terkini

Blog Archive