pemuda-insaf - Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan menteri-menteri kabinetnya tidak berapa lama dahulu,nama pertama yang menjadi carian P.I ialah Jamaluddin Jarjis(JJ).Kali ini untuk kabinet 2008 namanya tercicir .Dan serentak dengan itu ada cakap-cakap mengatakan antara sebab-sebab tersingkir adalah kerana dia adalah proksi rapat Najib dan mantan perdana menteri,Mahathit Mohammad.
Dan baru-baru ini P.I sempat pulang ke Rompin untuk melihat suasana selepas pilihanraya disana.Sempat juga P.I berjumpa dengan beberapa kenalan ketika berada di bandar udang galah itu.Dalam satu sesi minum petang di sebuah kedai kopi di Bandar Baru Rompin,P.I sempat bertanyakan satu soalan kepada rakan lama P.I tentang apa perasaan orang Rompin bila ahli parlimen mereka tidak dilantik jadi menteri.Jawapannya agak mengejutkan P.I kerana menurutnya kebanyakkan orang Rompin langsung tak kisah JJ jadi menteri atau tak.
Bagi mereka JJ jadi menteri atau tidak,keadaanya sama sahaja,tiada apa pun yang berubah.Kuala Rompin tetap macam ni,tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun ahli parlimennya jadi menteri pun.Nyata orang kat sini tak kisah nampaknya,tidak timbul perasaan marah pada perdana menteri langsung,tidak seperti ditempat-tempat lain.Mengapa keadaan disini berbeza? more...
HARAM BANTU PEMFITNAH.
5 minutes ago
0 comments:
Post a Comment