Kutip derma: Laporan polis terhadap calon PAS
malaysiakini
Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap calon PAS, Subri Md Arshad yang didakwa mengedar risalah meminta derma kewangan dari orang ramai bagi membantunya bertanding dalam pilihanraya umum ini.
Laporan tersebut dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Reezal Merican Naina Merican di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebuat, Reezal berkata ia dibuat bagi meminta polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyiasat sama ada tindakan calon pembangkang bagi kerusi Parlimen Kepala Batas itu melanggar Akta Pilihanraya atau tidak," katanya dalam laporan Bernama.
"Polis juga perlu menjalankan siasatan sama ada mereka mempunyai permit untuk meminta sumbangan dari orang ramai atau tidak," katanya sambil menambah, risalah yang diedar di sekitar Kepala Batas itu tertera nama, alamat serta nombor akaun bank calon PAS berkenaan," kata selepas membuat laporan tersebut.
"Alamat yang dicetak di atas risalah itu adalah alamat calon itu. Alamat itu sama dengan borang pencalonan calon berkenaan," katanya.
Subri adalah calon PAS yang akan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi kerusi Parlimen Kepala Batas 8 Mac ini.
Reezal berkata jika benar calon PAS itu meminta orang ramai membuat sumbangan untuk membantunya bertanding, ia secara jelas menggambarkan parti itu tidak mampu berkhidmat untuk rakyat, tetapi sebaliknya mahu rakyat "membela" mereka.
"Kalau benarlah kerja ini dibuat oleh calon PAS di Kepala Batas, ini bukan perkara mainan. Kita bertanding untuk tawar khidmat kepada rakyat bukan minta rakyat berkhidmat untuk kita," katanya.
Beliau percaya risalah itu telah lama diedar di kawasan Kepala Batas.
No2umnO - Agak agak duit yang BN guna tu duit apa? Duit poket sendiri atau tokoh keparat yang bagi. Air mineral cop BN tu siapa yang bagi?
Nak jadi kan cerita .... ada member tu kena hantar air mineral ke Kuantan. 125 carton. Itu bukan derma ke? Derma dari sebuah syarikat katering. Hebat juga syarikat tu. Namanya GAH kat Malaysia ni. dan member yang buat delivery ni menolak tawaran atas nama BN. Member tu kata. ..... Kalau BN, suruh dia ambil sendiri. Nak hantar sorry !!!
Mar 2, 2008
DERMA .... SALAH. RASUAH ... OK la
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Racial Campaign by BN’s ‘Bankrupt Politicians’ in Klang
BN Lambasted for Racial Campaign in Klang
Malaysiakini
Voters in Klang were reminded not to fall for dangerous racial sentiments played up by the ruling BN coalition in the run-up to the general election.
The voters were told that these race tactics were only used by “bankrupt politicians” who wanted to divide the voters.
DAP’s Klang candidate Charles Santiago, challenging BN’s Ch’ng Toh Eng in a straight fight for this parliamentary seat, said politicians and voters alike should look beyond skin colour.
Talking to a crowd of about 300 people last night in Klang’s Bandar Botanic, Santiago lambasted his opponent from MCA for embarking on a “Chinese vote for Chinese” campaign.
“Those who used the race card are a bankrupt politician,” added the social activist turned politician.
He told the gathered crowd that as a pure ‘anak Malaysia’, he has served marginalised people from all the main races to even indigenous people like the Kadazans and Ibans, in his days as an NGO activist.
He added that he represented a new generation of leaders that have gone beyond the issue of race.
Santiago said there were more fundamental issues that needed to be addressed immediately in Klang, issues such as rights for water, land, good local governance, vernacular schools and the crime rate in Klang.
The ceramah was organised by DAP and included speakers such as Teresa Kok, who is defending her Seputeh parliamentary seat as well contesting the Kinrara state seat.
Another person who also spoke at the ceramah was son of a prominent MIC leader Ishwar Nahappan, who had joined DAP last month.
The contest in Klang is expected to be a close one with both the first time candidates lunging it out to win the hearts of the 77,816 voters in the seat. BN-MCA won this seat comfortably in 2004 through Dr Tan Yee Kew with a 13,281 majority.
Klang is a Chinese-majority seat (47.1 percent) with Malays constituting some 33.5 percent of the voters and Indians the remaining 18.6 percent.
There are three state seats under this Klang parliamentary seat - Pelabuhan Klang, Pandamaran and Kota Alam Shah. Pelabuhan Klang sees a straight fight between BN-Umno and PKR, while in Pandamaran BN-MCA and DAP will face off.
Labels: Malaysiakini
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TV Warna atau TUKUN?
Mengundi bukan sekadar tengok rekod, tapi tengok juga calun. Kerana itu kalau kita lihat pada sejarah, dari TV hitam putih kepada TV warna. Sekarang TV lama sudah pun dibuang, paling jimat pun buat akuarium .... simpan ikan. Kalau tak simpan pun buang ke laut buat TUKUN.
Sekarang pilih ..... Nak TV Warna atau Tukun?
a) TV Warna
b) Tukun
Labels: Lembah Pantai, PRU 12
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jeff Oii slammed Tsu Koon
“Koh, How To Catch Up With Singapore Within A Year?”, Jeff Asks
PENANG, MALAYSIA: Blogger Jeff Ooi who is running against Penang CM Koh Tsu Koon for the Jelutong parliamentary seat on the DAP ticket wants Koh to explain boasts about catching up with Singapore.
Ooi said Koh said nine years ago that Penang would catch up with Singapore within 10 years. Ooi said Koh should show the evidence if he were to claim that his commitment has been realised. Otherwise, Koh should just jump from the Penang Bridge.
Ooi explained that Koh made the above commitment when he was interviewed by Guang Ming Daily in 23 June 1999. The commitment period will expire in another year and it is necessary for Koh to clarify how and whether Penang has catch up with Singapore.
In the press conference Thursday (28 Feb), Ooi said the data by the United States Central Intelligence Agency (CIA) shows that the Gross Domestic Product (GDP) of Singapore has up to RM156,000 (SGD 48,900). How about Malaysians then?
“I will photocopy this newspaper article to Jelutong voters for them to understand what Koh said before. I hope that Koh will not play with this issue anymore and will answer the question directly. Can Penang catch up with Singapore as scheduled?”
He also intends to use courier to send his new book entitled i-Witness to Koh. He does not require Koh to read the whole book, but read only the preface to learn how to speak the truth.
Ooi also dismissed Koh’s allegations that he had made irresponsible remarks regarding the withdrawal of investors. He said the relevant data are from the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA).
He said, according to the data, Penang's total domestic and foreign investment (approved manufacturing sector plan) fell by a third in 2006, and further by a fifth in 2007.
“I spoke according to the data by MIDA. Can Koh still accuse me for lying? It seems he is the one lying through his teeth.” (Sin Chew Daily)
Labels: Jeff Oii
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Samy Receives Death Threat
mysinchew
KUALA LUMPUR/ KUANTAN, MALAYSIA: Deputy Inspector-General of Police Datuk Ismail Omar said the police will investigate the threat originating from Kuantan to kill MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu.
He stressed that even though he has yet to receive any report from the Kuantan district police and does not know the details, but it is certainly not a joke.
He said that the police will launch their investigation when such an incident occurred.
The threat was written on the wall of a building along Jalan Abdul Aziz in Kuantan, with black paint.
The warning is divided into three lines. The top line is “Samy Vellu must be killed”, the middle is “absolute power”, while the last line is “traitor, corruption, killers”. (Sin Chew Daily)
No2umnO - Sekali tipu ... nobody will believe him anymore. Its a threat or trick? Heehehh ... Lu cari pasal, lu punya pasal. Wa tak ambil kisah.
Labels: Belit samy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PUTERI LINTANG PUKANG DI KEJAR LEMBU
sridiah2u.blogspot.
Sunday, March 2
HAIYA PUTERI, MAU LARI MANA...
PADANG BESAR - Sekumpulan anggota Puteri UMNO Padang Besar yang diketuai Datin Seri Normala Samsudin (depan), isteri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P01 Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid, bertempiaran lari apabila dikejar seekor lembu betina ketika berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis.
Berita awal : LEMBU PUN TAK SUKA KEMPEN UMNO
Lapuran Malaysiakini pula: Isteri Datuk Azmi dikejar lembu
Bekas personaliti TV3, Normala Samsuddin terpaksa buka langkah seribu apabila dikejar oleh seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat Padang Besar, Perlis
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi ketika mengetuai 30 anggota Puteri Umno Padang Besar untuk berkempen membantu calon-calon Barisan Nasional (BN).
Suaminya, Datuk Azmi Khalid yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar, bertanding mempertahankan kerusi parlimen Padang Besar 9 Mac ini.
Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.
Menurut Bernama, semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.
Semalam, calon PAS bagi negeri Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.
Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.
Sebelum itu, dua wartawan dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihanraya umum ini.
Labels: Lembu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar turns on the heat
sun2surf
BATU KAWAN (March 1, 2008): It was close to mid-day in Taman Merak, a mixed residential area in Bukit Tambun, and the sun was at its highest.
Despite the stifling heat, some 500 people had gathered at the Parti Keadilan Rakyat operations centre in a shophouse for the arrival of PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim. When he arrived and made his way to the podium, some moved forward to greet him.
In his 30-45 minute-long speech in Bahasa Malaysia - with some Mandarin and Tamil phrases thrown in for impact - the charismatic politician kept his audience amused and entertained, as he sought to deliver his message to vote for change.
It was "Vaanakam" to welcome the largely Indian community and "Ni hao ma" to the Chinese who were the second largest majority.
He then spoke on the top issues of the day and made promises - fuel price reduction, and the release of the five leaders of the Hindu Rights Action Force (Hindraf) who are being detained under the Internal Security Act.
The audience cheered him on as he spoke about Makkal Sakti, the Chinese traders feeling left out, keris-raising, Hindraf demonstrations and demolishing of temples.
"Makkal is people and Sakti refers to power. This is our message: that power be returned to the Malays, Chinese and Indians and not given to the ministers who are orang sombong (snobs)."
"We have to teach them a major lesson after 50 years of independence. If the government is really good, they will say: 'Vangge! Okkarungga! Sollungga enna problem (Come! Sit down! Tell me what your problems are)," he said to laughs.
He also made references to the role of Sivaji - the Boss (an Indian movie starring Rajinikanth, about fighting corruption, which was screened recently).
On the economy, Anwar said the Chinese did not feel recognised in the trading sector and while the government spoke about Malays benefitting from New Economic Policy projects, "many are still neglected and are not enjoying the benefits".
He also spoke on the grouses of the Indians, saying that all the communities must be looked after.
"If we win on March 8, on March 9, we will find proof of an offence against the (Hindraf) five, if there is none, we shall release them.
"If we win on March 8, on March 9, the entire country will see a fuel price reduction benefitting teachers, estate workers and even the police who will feel better about looking after our safety," he said.
He took care to point out that in his eight years as the Finance Minister, there was no rise in fuel prices.
Anwar pooh-poohed Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's claim that if fuel price was reduced, the country would be bankrupt.
"When fuel price is reduced, everything else is reduced and this helps people," he said, adding that a country went bankrupt when public funds were siphoned off by people in public office.
He reminded the people that it would be their own fault if they did not vote wisely.
He noted that the BN was dishing out "gifts". To this he said: "Take whatever and however much it is because it is your money but when you vote, vote wisely."
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ANWAR DI ANDALAS - Versi Keadilan
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tuan Guru Nik Aziz dapat sambutan hebat di Putrajaya
Salmiyah Harun
harakahdaily
PUTRAJAYA, 2 Mac (Hrkh) - Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut hebat kira-kira 4,000 penduduk Putrajaya di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, petang tadi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang tiba di Putrajaya kira-kira jam 6.45 petang tidak menghampakan penduduknya biarpun beliau hanya sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit.
Beliau tiba dari Kelantan untuk menghadiri program bersama anak-anak Kelantan di perantuan (Perakan) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur sekarang ini.
Tidak menghampakan rakyat, Tuan Guru Nik Aziz terus menuju ke Putrajaya bagi memenuhi permintaan pengundi-pengundi Putrajaya untuk mendengar amanat beliau sendiri.
Biarpun hujan lebat turun, para pengundi tidak berganjak malahan mereka terus memenuhi ruang di dalam dewan tersebut.
Memandangkan dewan yang hanya boleh memuatkan 1,000 orang, pihak penganjur menyediakan skrin besar di luar dewan.
Di akhir ucapan Tuan Guru meminta rakyat Kelantan yang mengundi di negerinya agar jangan lupa balik pada hari mengundi, 8 Mac ini.
"Semua rakyat Kelantan pakat balik mengundi pangkah bulan," katanya yang diikuti takbir daripada orang ramai.
Calon PAS Putrajaya Mohamad Nor Mohamad ketika ditemui, berkata walaupun Tuan Guru hanya sempat berucap pendek, bagaimanapun itu sudah memadai dan memberi kesan kepada penduduk.
"15 minit beliau berucap dah cukup, penduduk Putrajaya hanya nak tengok Tok Guru saja, orang yang sentiasa difitnah oleh media arus perdana," katanya.
Mohamad Nor juga percaya pengundi yang hadir pada petang ini adalah di kalangan penduduk Putrajaya dan berharap apa yang disampaikan Tuan Guru Nik Aziz melekat di hati mereka.
Menurut penganjur program Ceramah Perdana itu dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui laman web.
P.125 Parlimen Putrajaya menyaksikan satu lawan satu antara Mohamad Nor Mohamad (PAS) dengan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), BN yang menang majoriti pada 2004 dengan KeADILan sebanyak 3,546 undi.
Di Presint 9 mempunyai 3,000 pengundi yang majoritinya di kalangan orang Melayu Islam. - mr
No2umnO sedang mencari gambar dan imej ucapan dan sambutan tersebut. Kita cari sampai dapat ..... Biar gempak BN. Nak ghoyak ... jange lupo, TG Nik Aziz pese ..... kelik ngundi, pakat pangkoh bule.
Labels: TG NIK AZIZ
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RM430 mil for the Indian or Samy?
Samy: Govt has given Indians RM430 mil
IPOH: The government has provided RM430 mil to help the development of the Indian community between 2001 and 2010, MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said here.
He said the government had provided a grant of RM300mil to assist in the construction of the MIC-run Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) University in Kedah.
“They had allocated RM100mil under the Ninth Malaysia Plan to assist in the rebuilding of fully-aided and partially-aided Tamil schools, of which RM30mil was approved recently,” he told reporters here Sunday. more...
It been repeating for the last 50 years. I just cant imagine how much were given to Samy and MIC. Unfortunately, all we can see that Tamil School is just like Kandang kambing. Had the money gone somewhere else? Hey Samy ..... keep on screaming but I dont think that Malaysian Indian can listen to you anymore....
Wa ada dengar satu berita dari kawan india. Dia kata rumours dah keluar kata Hindraf 5 might release few days before election. Its a last minute strategy. I dont know how far its true but..... as they say .. kalau pun samy bawa emas datang rumah ...they wont give face to him anymore.... yeah Makkal Sakthi !!! Let teach him a lesson.
Labels: Belit samy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Badrul asked BERUK for debate.
Rembau PKR candidate challenges Khairy to a debate on Wednesday
Bernama
SEREMBAN, SUN:
Badrul Hisham Shaharin, Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) candidate for the Rembau parliamentary seat, has challenged Barisan Nasional’s (BN) candidate Khairy Jamaluddin to a debate in Rembau on Wednesday.
The PKR candidate has chosen the Rembau District Council’s padang as the venue to take on Khairy, who is also UMNO Youth’s deputy chief..
He told a press conference here today that he would apply for a police permit for the debate, which would touch on various issues, including national policies and problems affecting the people.
No2umnO - Meanwhile .... we still didn't hear anything from KJ (Kera Jambul). Or Beruk KL now is busy himself with managing Mat rempit to tear down opposition banners and posters.
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TUNTUTAN RAKYAT
ASAL AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI
bujangkulub
Kira-kira 16 tahun dulu, Pulau Langkawi digahkan dengan berita penubuhan Amanah Saham Anak Langkawi Berhad atau ringkasnya ASAL.
ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi atau hadiah daripada Perdana Menteri ketika itu (YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan bekalan dana modal oleh kerajaan lebih daripada RM10 juta.
ASAL kebelakangan lebih terarah menjadi syarikat persendirian dan bukannya syarikat pelabur pemegang amanah kerajaan/rakyat. Ada tanda-tanda berlakunya penyalahgunaan kuasa.
Ahli Lembaga Pengarah ASAL (ketika penubuhannya):
Pengerusi :
YBhg Tan Sri Bashir bin Ismail
Ahli Korporat
Pengurus :
Encik Yahya bin Hashim
Ahli Korporat
Ahli Lembaga Pengarah :
YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib
Wakil Rakyat Langkawi
Tan Sri Haji Halil bin Mutalib
Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA)
Diawal penubuhan ASAL, orang-orang Langkawi begitu gembira dan menganggap ianya nikmat pembangunan bersempenaan pengisytiharan Langkawi Free Duty.
Masing-masing mengharapkan faedah termasuk dividen setiap tahun.
MATLAMAT
ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi. Soalnya sampai sekarang orang-orang Pulau Langkawi dinafi hak dan habuannya.
Oleh kerana wang ASAL sumbangan kerajaan yang juga wang rakyat, sebagai rakyat kami terpanggil menuntut penjelasan daripada pihak berkaitan.
KERAGUAN
Dari sumber boleh dipercayai, kami diberitahu YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib di awal lagi dalam kedudukan hanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah telah jauh menjangkau mencampuri pengurusan dalaman ASAL sehingga kepada cuba monopoli semua aktiviti ASAL bagi kepentingan peribadi dan politiknya.
Keadaan ini telah menimbul rasa tidak senang pihak pengurusan, Pengarah dan Pengerusi ASAL.
YBhg Tan Sri Bashir Ismail (Pengerusi ASAL) telah pun meninggal dunia.
Kami difahamkan YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib telah pun mengambil alih tanggungjawab Pengerusi ASAL dan kemungkinan juga telah mengangkat diantara kroninya menduduki Lembaga Pengarah ASAL. Apa yang dapat dilihat disini tidak menepati prosedur. Apakah cara main lantik-lantik ini selaras dengan undang-undang tubuh ASAL.
Kami sama sekali tidak nampak ASAL berdiri atas asas sah dan ada tanda-tanda berlaku penyalahgunaan kuasa/pecah amanah.
Bila kedudukan penerajuan ASAL tidak sah, ertinya perjalanan pengurusan keseluruhan adalah haram dan boleh dipersoalkan.
MINTA SIASAT
BPR satu-satunya agensi kerajaan miliki kuasa mutlak mengekang sebarang penyelewengan dan amalan rasuah dengannya bertepatan diajukan pengaduan dan minta siasat kadar segera.
Amalan tidak sihat dari perlakuan jahat kalangan pemimpin rakyat adalah parasit atau barah yang mampu memporak-poranda negara dan bangsa.
CALON BERMORAL
Ketika berhadapan PR 12, penerajuan Pusat (YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak) sangat mengharapkan calon kalangan berkeperibadian bersih dan bermoral. Ini adalah kesempatan terbaik mereka dibantu dalam menegak hasrat mulia tersebut.
TIADA CERITA DAN BERITA
Tempoh berlalu terlalu panjang (16 tahun). Tiada cerita dan berita yang sampai ke telinga rakyat.
Dalam apa pun keadaan YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib selaku Ahli Lembaga Pengarah ASAL, Pengerusi ASAL merangkap Wakil Rakyat Parlimen Langkawi sepatutnya tidak menyembunyikan fakta dan maklumat kepada rakyat yang juga pengundinya.
HASIL SIASAT RAMBANG
Dari hasil siasat tidak rasmi (sekadar untuk rujukan).
1) Penubuhan ASAL pada 16hb Mac 1992.
2) No Pendaftaran syarikat : 236291 – P.
3) Penyata Kewangan sehingga 31hb Disember 2006.
Consolidated Accounts Financial Year End : 31-12-2006
Fixed Assets : 708,843.00
Total Investment : 2,587,001.00
Current Asset : 7,350,205.00
Other Assets : 100,800.00
Total Assets : - 2,238,696.00
Issued Capital : 2.00
Paid Up Capital : 2.00
Share Premium & Reserved : 2,000,000.00
Unappropriated Profit : - 4,691,788.00
Long Term Deferred Liabilities : 453,090.00
Current Liabilities : 12,985,545.00
Kami menuntut mendapatkan:
1) Salinan Memorandum Artikel (secara percuma atau berbayar).
Lainnya turut menuntut agar (dipamer di tempat awam atau melalui akhbar)
2) Penyata Kewangan berakhir 2007.
3) Butiran Perbelanjaan dan Untung Rugi sepanjang 16 tahun.
4) Diperhalusi butiran tanggungan semasa.
5) Diperhalusi butiran kerugian.
6) Berapa banyak hutang oleh Dr Ghazali Abdullah (Naib Ketua UMNO Bahagian sebelum ini) dan apa-apa tindakan dibuat untuk mendapatkan balik. Jika tiada sebarang tuntutan dibuat nyatakan sebabnya.
7) Dalam tempoh begitu lama operasi (16tahun) kenapa tidak dibuka saham kepada orang Langkawi.
Kerjasama BPR dan pihak-pihak berwajib diharap demi keadilan dan menjaga nama baik kerajaan.
PENJELASAN
Kita beri masa sehingga 7hb Mac 2008 kepada Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib untuk memberi penjelasan terbuka. Jika dalam tempoh itu beliau tidak dapat memenuhi tuntutan ini, kami beranggapan beliau boleh dipersoalkan KEBERSIHANnya oleh rakyat khusus pengundi Langkawi.
KAMI TUNGGU PENJELASAN SEHINGGA 7hb MAC 2008
ATAU KAMU DIANGGAP PENGKHIANAT
PENGUNDI MENOLAK CALON MENGKHIANATI RAKYAT
Repot siasat dalaman mengenai:
AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI BERHAD
(ASAL)
RAKYAT MENUNTUT PENJELASAN
Labels: ASAL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar di Pulau Pinang
Kemana sahaja pergi pasti ribuan rakyat menanti. Mahu melihat dan mendengar sendiri taklimat dari Anwar Ibrahim. Hari demi hari .... berita tersibar tentang kemudahan bersama parti BA. Pendidikan percuma, Turunnya harga minyak, pelepasan 5 Hindraf dan kerajaan kebajikan. Sehingga kini, BN hanya mampu menolak cita cita pembangkang dengan alasan Bangkrap. Namun sehingga hari ini juga tidak kedengaran cita cita dan menipusto BN yang bakal membantu rakyat kecuali ungkitan pembangunan yang dilakukan serta angan angan projek koridor.
Tiada janji, tiada harapan untuk menurunkan harga minyak dan yang pasti ..... untuk kroni pastinya akan bertambah tambah kaya..... Berikut ..... Anwar di Pualu Pinang.
suarakeadilan
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LEMBU PUN TAK SUKA KEMPEN UMNO
Normala Samsudin Dikejar Lembu Semasa Bantu Kempen Pilihan Raya
bernama.
PADANG BESAR, 2 Mac (Bernama) -- Macam-macam hal berlaku sepanjang kempen pilihan raya umum di Perlis dan hari ini isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Seri Normala Samsuddin terpaksa membuka langkah seribu apabila dikejar seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat sini.
Kejadian dilaporkan berlaku pukul 11.15 pagi apabila bekas personaliti TV3 itu mengetuai kira-kira 30 anggota Puteri Umno bahagian Padang Besar sedang dalam kempen merayu undi dari rumah ke rumah di kampung tradisional itu.
Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.
Jurugambar Bernama, Kassim Saad yang sempat merakamkan peristiwa itu berkata terdapat beberapa ekor lembu di kawasan berkenaan namun hanya seekor yang kelihatan agak agresif.
Semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.
Peristiwa lain yang turut berlaku sepanjang kempen pilihan raya bermula seminggu lepas termasuk tragedi malang yang menimpa calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, yang terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.
Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.
Kejadian dua wartawan yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihan raya umum ini.
Labels: Badut UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Three Thangachis (sisters) Frighten Samy Vellu
aarvidi.wordpress.com
A group of woman rights activists today took their campaign for gender equality right to the doors of MIC president S Samy Vellu in Sungai Siput, only to be forcibly removed from the scene.
The incident happened this morning when three activists from the Joint Action Group for Gender Equality (JAG) arrived at the Convention Hall in Sungai Siput after learning that Samy Vellu was to conduct a press conference at the venue.
These party workers attempted to remove the three activists before Samy Vellu’s arrival and in the process had manhandled at least one of the activists. They also damaged the placards and banners carried by the three women.
His goons around him did no better. Manhandling a woman is clear indication they are scums of the gutters. Their background is suspect and I wonder whether they know to differentiate gender, each requiring tact of a different kind from a male.
Sexist remarks like “toilets are like new brides” just flow out from Samy Vellu, and it would have been a scene to watch if he had replied to the ladies instead of calling it a political ploy – ploy of what nature I wonder. I wonder if he started his matrimonial life with words like, “you are beautiful, you are like a new toilet” the architect in him acting up; can’t really blame him.
Labels: Belit samy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CERAMAH RAJA PETRA DI KELANG
Another successful ceramah at Tian Hock Temple
colour-blind
The ceramah on Saturday night was even bigger than the previous one. More than 3,500 people packed the compound of the temple by 8.30pm. Looks like the small advertisements we put up in all five Chinese dailies have worked very well.
We sang the DAP election theme song (in Eng, Chi and Malay versions) together with the crowd and the atmosphere was just right. Once we get the Tamil version next Monday, we will present it to all Malaysian voters through Youtube and other blogs.
We also played the Hindraf and Malaccan pig-farmers video clips before the ceramah proper.
The crowd was again mesmerised by Raja Petra’s speech. His speech is, simply, ‘moving’. We brought him to Kg Raja Uda for the BERSIH ceramah. Again, the charming prince mesmerised the folks there and they scrambled to take photos with him right after his speech.
My young friend Shen gave an impressive speech too. He was invited to speak again tomorrow at the Uptown Pandamaran ceramah.
The son of the great Athinahappan who has just joined the DAP also came to support us.
I was glad to see that chairman Goh and his team came all the way from Rawang to expressed their support to me. Xie Xie Ni Men!
We have video the ceramah tonight and certainly will upload it here for our readers.
Meanwhile, our supporters have put up two giant banners and several billboards today. They certainly looked great and we are now wondering what our opponent would react. So far, they have no anwer for our giant balloons put up yesterday.
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SATU LAGI KEJAYAAN HADHARI
hmetro
KUALA LUMPUR: Ada suami, tetapi rela diusung jantan untuk berhibur sehingga ke bilik tidur. Lebih mengejutkan, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, malah sentiasa 'terbuka' menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan.
Itu gaya hidup melampau segelintir 'isteri liar' yang dikesan bagaikan bernaung di bawah satu kelab apabila aktif melakukan kegiatan itu secara berkumpulan.
Perbuatan jijik itu didedahkan seorang pasangan ahli 'kelab isteri liar' berkenaan yang berpengalaman menjalin hubungan dengan mereka.
Mahu dikenali sebagai Rahman, 39, lelaki berstatus suami itu berkata, sehingga hari ini dia mengakui menjalin hubungan dengan empat 'isteri liar' terbabit.
Katanya, tiga daripada golongan berada, iaitu dua usahawan dan seorang eksekutif, manakala seorang lagi 'suri rumah kaya'.
“Bermula daripada mengenali seorang 'suri rumah kaya', selepas beberapa bulan suri rumah itu memperkenalkan rakannya kepada saya. Bukan calang-calang isteri orang yang diperkenalkan kerana dia adalah usahawan yang ada perniagaan sendiri.
“Agaknya apabila jemu dengan saya, usahawan itu memperkenalkan pula rakannya, juga usahawan dan hinggalah yang terakhir untuk setakat ini, saya diperkenalkan dengan seorang eksekutif,” katanya.
Menurut Rahman, dia tidak peduli status mereka, kerana dia hanya mahu memenuhi nafsu serakahnya, tetapi yang menarik perhatiannya ialah mereka bagaikan berpakat untuk melakukan kegiatan itu.
“Mereka seperti ada kelab. Keempat-empat mereka adalah kenalan rapat dan saya dipindahkan daripada satu tangan ke satu tangan sesama mereka.
“Lebih menarik, mereka juga sentiasa terbuka untuk menerima lelaki yang saya perkenalkan kepada mereka,” katanya.
Rahman berkata, sejarah perkenalannya dengan keempat-empat mereka bermula daripada nombor telefon diberi seorang rakan.
“Saya hubungi suri rumah itu untuk berkenalan dan tanpa banyak soal dia sudi berkawan dengan saya. Mula-mula kami hanya keluar minum di kedai hinggalah kami bersama-sama bergembira di pusat karaoke dan disko sebelum ke bilik tidur.
“Selepas itu saya diperkenalkan dengan tiga lagi rakannya. Caranya juga lebih kurang sama, tetapi dua daripada mereka iaitu usahawan dan eksekutif itu belum saya bawa ke bilik tidur, tetapi hubungan kami ketika ini sangat intim,” katanya.
Menurut Rahman, dia kini tidak lagi menjalin hubungan dengan isteri orang kaya dan pasangan keduanya, iaitu seorang daripada usahawan terbabit.
“Biasalah... mereka dah ada teman lain, tetapi saya tak kisah. Saya kini menjalin hubungan dengan seorang lagi usahawan dan eksekutif itu.
“Jika ada masa terluang, saya bergilir-gilir keluar dengan usahawan dan eksekutif itu. Biasanya kami ke karaoke atau disko dan mungkin tidak lama lagi ke bilik tidur kerana pergaulan kami sudah tiada batasan,” katanya.
Ditanya pernahkah mereka bercerita mengenai masalah rumah tangga, Rahman berkata tidak pernah.
“Mereka hanya memberi alasan ‘suka-suka’. Namun saya yakin mereka ada masalah rumah tangga. Mungkin kesunyian sebab suami mereka berkerjaya dan sentiasa sibuk,” katanya.
Bagi membuktikan kata-katanya, Rahman membawa bersamanya rakannya yang mahu dikenali sebagai Amran, 40.
Menurut Rahman, dia pernah memperkenalkan Amran dengan 'isteri liar' terbabit, tetapi rakannya tidak berminat.
Amran mengakui dia memang nakal, tetapi tidak sampai ke tahap sanggup menjalin hubungan dengan isteri orang.
“Ketika berborak bersama seorang daripada 'isteri liar' itu, memang dia ada menyebut tiga lagi rakannya.
“Dia mahu berkawan dengan saya dan sanggup memperkenalkan saya dengan tiga lagi rakannya, tetapi saya menolak,” katanya.
Menurut Amran, tidak sukar menemani mereka kerana menurut pasangan Rahman, mereka tidak cerewet. Bawa saja mereka bergembira ke pusat karaoke atau ke disko. Jangan bimbang fasal wang kerana mereka sanggup mengeluarkan wang.
“Selepas itu, pandai-pandailah memikat mereka,” katanya yang turut memberitahu, pasangan Rahman itu bertudung.
Labels: Islam Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO GUNA MAT REMPIT UNTUK FITNAH PEMBANGKANG
TERKINI: Rancangan Kotor & Jahat BN AMENO
tranungkite.net
Terkini: Taktik Kotor dan ramcangan jahat AMENO kini semakin tiba ke kemuncaknya, di mana mereka akan mengupah golongan MAT REMPIT untuk membuat kacau dan huru hara di jalan raya sambil membawa bendera PAS dan BA.
Aksi mereka itu akan dirakamkan dan akan sisiarkan oleh semua siaran suku sakat TV3 Suku RTM (Rangkaian Terburuk Malaysia), TV TAK BERNAMA dan lain-lain saluran bagi menunjukkan imej buruk PAS dan BA.
Kerjasama terburuk golongan saluran TV ini memang sudah diketahui; bahawa mereka memanglah golongan yang tidak ada maruah, malah lebih teruk daripada Orang Utan lagi.
Kepada semua petugas-petugas PAS dan BA sila ambil cakna akan hal ini dan segera bertindak dengan sewajarnya termasuk membuat laporan polis jika perlu. (walaupun tahu polis pun sama naik jugak).
Siri memburuk-buruk imej pembangkang ini merupakan siri yang diusahakan secara berterusan oleh pakatan Jahat BN AMENO.
Sekali imbas, segala perbuatan mereka ini memang tidak berperi kemanusaiaan dan mencabul hak demokrasi di negara ini. Dua kali pandang, mereka ini merupakan golongan pertama saudara kepada Rejim Yahudi Israel yang tidak berhati perut di atas muka bumi ini.
Awas dan sebarkan segera!
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Proses Pilihanraya Berada Dalam Risiko
Proses Pengundian Pos Menggambarkan Kesahihan Seluruh Proses Pilihanraya Berada Dalam Risiko
Kuala Lumpur, 2 Mac - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini menyelar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di atas kegagalan mereka untuk memastikan proses pengundian pos dijalankan dengan telus dan adil.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH itu, mereka kesal kerana kelihatan tidak ada sebarang perubahan yang dilakukan oleh SPR meskipun BERSIH telah berkempen untuk reformasi sistem sejak dua tahun sebelum ini.
Mereka terdiri daripada AJK Pemandu BERSIH yang juga Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Sekretariat BERSIH, Faisal Mustaffa; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; dan calon KeADILan Parlimen Setiawangsa Ibrahim Yaacob.
Ini berikutan pemerhatian yang dilakukan ke atas pengeluaran kertas undi pada hari Sabtu, 1 Mac 2008 di kawasan P118 Setiawangsa oleh wakil calon KeADILan Parlimen Setiawangsa iaitu Ibrahim Yaacob telah mendedahkan tiga kesalahan serius.
Kesalahan tersebut adalah pencabulan hak kerahsiaan identiti pengundi; peluang terbuka untuk pihak lain mengundi bagi pihak lain; dan pendaftaran bertindan.
“Undi pos membentuk sebahagian besar daripada jumlah setiap kawasan pilihanraya. Di kawasan Setiawangsa sahaja, undi pos membentuk 26% daripada keseluruhan jumlah pengundi.
“Jika integriti pengundi-pengundi pos tidak terjamin, integriti pilihanraya dan komposisi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri langsung tidak boleh dijamin. Ini adalah pencabulan ketara ke atas hak asasi pengundi di Setiawangsa dan kawasan-kawasan lain di Malaysia yang berhasrat untuk memilih pemimpin mereka melalui sistem pilihanraya yang adil, bersih dan telus,” tegas kenyataan tersebut.
Berikutan itu, BERSIH menggesa rakyat – di dalam Negara dan di luar negara – untuk menyatakan sokongan melalui kempen tandatangan untuk mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja Reformasi Pilihanraya selepas Pilihanraya Umum ke-12 ini dengan bidang kuasa untuk menyemak semula proses pilihanraya dan menyiasat sebarang aduan dan dakwaan salahlaku dan kekeliruan.
“Pada masa ini, kami mendesak SPR untuk menyediakan pemerhatian sepenuhnya ke atas proses pengundian pos di kem-kem tentera dan balai-balai polis pada kadar segera untuk mengurangkan potensi penyelewengan,” tambah kenyataan tersebut.
Berikut adalah merupakan salahlaku yang dikesan oleh BERSIH sepanjang perjalanan proses pengundian pos di kawasan Parlimen Setiawangsa:
1. Tidak ada jaminan ke atas kerahsiaan identiti dan undi. Kit Pengundi Pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2- ‘Borang Deklarasi Indentiti’ yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi. Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang.
2. Pengundian oleh pihak lain tidak boleh dihalangkan sepenuhnya. Anggota polis dan tentera yang menjalani pengundian pos tidak perlu untuk menandakan kertas undi mereka di pusat pengundian, mereka dibenarkan untuk menandakan kertas undi mereka di mana sahaja dan kemudian memulangkan semula kertas undi tersebut di pusat pengundian, di kem tentera ataupun balai polis. Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila ‘pihak ketiga’ boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula. Malah, tuduhan ke atas ‘pengundian secara proksi’ yang diarahkan oleh pegawai senior polis atau tentera akan terus mencemarkan kesahihan proses pilihanraya di Malaysia, lantas meletakkan Malaysia tidak jauh berbeza daripada Negara autokratik di Asia Tengah dan Transcaucasia.
3. Pengundi bertindan. Dalam pemerhatian kami, penyediaan Kit Pengundi Pos di kawasan Setiawangsa sahaja, 6 pengundi telah disertakan dengan 2 kertas undi setiap seorang Nama yang terlibat adalah seperti berikut:
Kod : 188/00/12/600
No Siri : 11856
Nama : Nesam Banu Bt Mohamad Fahmi
No Kad : T375594
No Siri : 3896
Nama : Husaini b Mohd Said
No Kad : T0534732
No Siri : 3897
Nama : I’sak b Ali bawah
No Kad : T0534736
No Siri : 2700
Nama : Aishah bte Che Mat
No Kad : 761007-06-5728
Kod : 118/00/12/431
No Siri : 3906
Nama : Zulkhairi b Zainun
No Kad : T533580
93 Rejimen Semboyan, WP.
No Siri : 3954
Nama : Mohd Kamal b Keliwon
No Kad : T534766
93 Rejimen Semboyan, WP.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Arahan buang bendera BA, akhirnya 'memakan diri' calon BN
Mohd Sabri Said
harakahdaily
KEPALA BATAS, 2 Mac (Hrkh) - Arahan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal, Dato' Roslan Saidin akhirnya memakan diri apabila seorang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terpaksa membuang bendera BN apabila diarahkan oleh sepasukan polis ekoran desakan petugas Barisan Alternatif (BA) dalam laporan kepada mereka.
Semasa kejadian baru-baru ini, petugas BA dihalang daripada memasang bendera di hadapan rumah mewah Dato' Roslan dan lebih meningkat kemarahan petugas BA, apabila JKKK bertindak mengoyak serta membuang bendera Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dan PAS kerana 'pedih mata' melihat bendera hijau putih bulan purnama dan biru muda berlambangkan mata itu.
Ketua Bahagian KeAdiLan Kepala Batas, Zaini Awang ketika menceritakan detik itu pada Harakahdaily menambah, sungguh memalukan seorang veteran berbuat demikian di hadapan petugas pemuda BA.
Malam itu hampir jadi pergaduhan berpunca arahan daripada calon BN yang tidak senang melihat kibaran bendera parti dalam pakatan BA.
"Kenapa beliau berfikiran sempit dalam hal ini. Sepatutnya dalam suasana pilihan raya di mana sahaja petugas boleh lekatkan bendera calon yang bertanding, " ujarnya.
Beliau menyeru rakyat di Pinang Tunggal menolak calon BN yang panas baran, berfikiran sempit serta memperkayakan peribadi sahaja, sedangkan, rakyat menderita terbiar dan sengsara. - mks
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Free Advice
aisehman
The government has just launched a website, Warkah Untuk PM, where Malaysians can submit messages of support and hope, grouses and recommendations.
First of all, I fail to see the need for a blow-sunshine-up-where-it-don’t-shine sort of website. After all, if you support the Barisan Nasional government, the best message that you can send is at the ballot box. It works the other way round too.
But if you have suggestions and recommendations, this would be useful, provided the really good ones do get forwarded to the PM, and of course, Lembap Lah gets cracking on them.
Najib, who launched the website on Saturday, said that “the first 100 people who come up with good ideas for the government to consider will have the opportunity to meet the prime minister in person.”
There’s no need for that actually. I bet these 100 people would prefer to see their ideas acted upon rather than getting to meet the PM as a reward.
I have a few ideas of my own but I don’t think I’ll be sending them over by way of a warkah for Pak Lah (it rhymes!).
I’ll put ‘em up here, where everybody, including the PM, can see them (Note: This is not an exhaustive list):
Re-introduce local government elections
Don’t give me that crap about “there will be too much politicking”. We have that already. In any case, the benefits of having these elections are considerable. Among them:
1. Provide a low-level entry point and training ground for aspiring politicians.
There are too few avenues for people who want to serve the public to get elected into positions that would allow them to do so. You can’t have everyone aiming for a state assembly or parliamentary seat.
There are many good people who should be given the chance to prove themselves, and what better place to start than in their own communities.
If they’re really good, they can go on to bigger things.
But if they can’t even take care of their own backyard, then they will be kicked out, and the country is spared from having to pay for the mistakes they would have made at a higher level of government.
It’s like the elimination rounds of Political Idol. The talented will be spotted, and they will progress. Bad shit will be flushed down the toilet.
2. Provide the proper channel and outlet for local concerns and frustrations.
Right now, MPs and assemblymen have been reduced to taking care of potholes and clogged drains.
That is not what being an MP or assemblyman is about, as such issues should be addressed by local councils.
If these issues are not satisfactorily resolved, then the people should be allowed to boot the councillors out of office, not bend the ear of their MP or assemblyman.
Worse, MPs and assembleymen are currently exposed to the risk of being punished at the ballot box for things they should not be responsible for.
Local council elections would ensure that the right foot lands on the right arse.
3. I get to run for a seat.
Remove excise duties on cars (a tax on car buyers) and abolish APs (a subsidy for the connected, paid by car buyers) for imported cars
1. If cars were cheaper, we would buy more and replace them more frequently. Imagine what that does for the car industry here.
2. If cars were cheaper, we would have more disposable income to spend on things other than our monthly car loan payments. Imagine what that does to the economy.
3. If cars were cheaper, Malaysians would be very happy with whoever was the bloke in charge when they became cheaper (hint, hint … duh, ya Pak Lah, that’s supposed to be you).
4. If cars were cheaper, I could buy me some serious shit ride.
Make KJ minister after he wins Rembau
I mean it. Right now, he’s shooting his guns but is responsible for jack shit.
Give the boy some real work to do, and see if he can walk the talk.
Plus, it’s important that KJ gets as big a boost as he can at this early stage of his shot for the premiership, because there is no telling how long Pak Lah will last as UMNO president.
So there you have it. Three of the several hundred million ideas I have for improving this country.
Don’t thank me all at once.
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak Lah Terdesak- Hantar Surat peribadi Kepada Semua Pengundi Baru
almuslimin2
Siapa kata Pak Lah tidak panik kalah pilihanraya. Memang Pak lah dan BN sudah panik ketahap sehingga sanggup menghantar SURAT PERIBADI kepada setiap pengundi baru yang terdiri dari pemuda di kampong dan dibandar. PakLah mengetahui bahawa pemuda telah bosan dengan sikap telinga tuli dan kepala batu Paklah yang sedikit pun tidak peduli dengan kes pengangguran remaja, jenayah pendatang asing, kos sara hidup tinggi dan kehancuran sistem kehakiman selama 4 tahun memerintah malaysia. Pemuda Malaysia inginkan sebuah negara yang berkebajikan, adil dan Islamik yang berpelembagaan dan tidak korup.
Mengetahui bahawa BN akan kehilangan undi dari orang Cina, India dan Melayu maka UMNO menumpu kepada harapan akhir ia itu pengundi baru. Surat peribadi Pak Lah jelas menunjukkan BN telah hilang punca dan telah membuat janji baru walau pun selama 4 tahun mereka telah meletakkan rakyat kedalam tong sampah.
Surat Dollah menerangkan tentang tentang ekonomi Malaysia di bawah pemerintahan nya sedangkan semua angka itu jelas menunjukkan betapa Dollah tidak kisah langsung dengan index kemiskinan orang melayu berbanding dengan rakyat malaysia dari kaum lain. Surat Dollah mengatakan kenaikan harga minyak yang dirancang oleh nya MUNGKIN menjejas ekonomi tempatan . OOH.perkataan nya sudah bukan ' MUNGKIN' tetapi ' kesan buruk kenaiklan harga minyak telah pun BERLAKU dan sedang menghiris rakyat di depan mata kita . Apa--- Pak lah buta ke , untuk melihat betapa rakyat Malaysia telah berada di bawah kemiskinan akibat dasar Pandir nya demi untuk menambah wang projek membazir untuk habuan kroninya.
Akhir sekali Pak lah mengakhiri surat supaya pengundi baru mengundi BN untuk memberi mandat 5 tahun lagi memerintahBN untuk melahirkan Malaysia yang SELAMAT, AMAN dan MAKMUR.
Selamat kah rakyat Malaysia kalau anak kita Nurin telah di bunuh dan ramai lagi kanak masih hilang .
Aman kah kita kalau Paklah sendiri yang memelihara RaSHIT untuk memperalatkan SPR bagi memenangi pilihanraya secara kotor,
Makmur kah kita kalau rakyat merempat di bandar dan di desa dan pemimpin Umno dan keluarga Dollah mencuri ber BILLION?.
Terpulang lah kepada rakyat malaysia untuk menentukan samaada ingin memberi mandat lagi kepada pencuri duit rakyat, penzalim yang tidak menghormati hak rakyat , pengkhianat undang undang yang menyalahguna akta dan penipu yang mengguna media untuk membodohkan rakyat awam. Tepuk dada tanya lah iman dan akal
Labels: Dollah bedol
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Malaysian govt scared of having debates
Malaysia's govt rejects call for US-style debate ahead of polls
philstar.com
Sunday, March 2, 2008 02:03 PM
KUALA LUMPUR (AP) - Malaysia's government has rejected an Islamic opposition party's challenge to hold an American-style public debate between their leaders ahead of March 8 general elections, news reports said Sunday.
Pan-Malaysian Islamic Party President Abdul Hadi Awang recently dared Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to hold a televised debate similar to those held by US presidential candidates.
But the Sunday Star newspaper quoted Trade Minister Rafidah Aziz as saying there was no place for such debates in Malaysia.
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BOLEH NGUMPAT LAH ....
Email dari: nu_ox3r
Alasan-alasan mengumpat dibolehkan
i. Dalam hal penginayaan
Ketika dizalimi/dianiaya orang, lalu mengadu pada hakim agar haknya dapat diperolehi semula. Maka dibolehkan mengumpat seperlunya dengan dibatasi mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan perkaranya sahaja. Sabda Rasullah S.A.W.:
Orang -orang yang mempunyai hak itu boleh mengucapkan alasan-alasannya.
ii. Membetul yang terpesung
Khusus kepada orang yang bermaksiat agar kembali kejalan baik. Namun masih umpatan dibatasi seperlunya sahaja. Dalam keadaan ini pelajar yang melapurkan prilaku maksiat atau bersekedudukannya pelajar lain adalah merupakan tanggungjawap dan bukanlah mengumpat; jika ternyata; lapuran yang diberikan adalah betul; kerana tergolong dalam amal makruf dan nahi mungkar.
iii. Sewaktu meminta fatwa/penerangan hukum agama
Seperti suami yang kedekut yang tidak memberi nafkah yang cukup, lalu mengadu pada hakim/mufti. Seperti kisah Hindun bte. Uthbah menceritakan kepada Rasullah untuk mengelak dari terus dizalimi oleh suaminya.
iv. Menakut-nakutkan agar tidak berbuat jahat
Melihat kejelekan itu pernah dilakukan oleh orang lain. Kemudian kita beritahu padanya akan bahaya atau kesukaran yang dialami sebab perbuatan itu. Tujuannya semata-mata agar bahaya tidak terkena.
v. Diwaktu bertanya orang yang lebih dikenali dengan gelaran :
Bertanya alamat seperti menyebut gelar orang yang dicari seperti Si Pincang, Si Bongkok dll. Semata-mata bertanya minta penjelasan dan diketahui tidak memberi kesan kepada yang dicari ( gelaran mahsyur ).
vi. Memang terang kefasikan orang yang diumpati
Orang yang fasik itu berbangga pula dengan perbuatan cela yang dilakukannya seperti Firaun, Qurrun dan Hannan.
sekian.
Labels: EMAIL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SIAPA CALON PARLIMEN P.111 Kota Raja?
Siapa dia Dr. MARIAH MAHMUD
Beliau di lahirkan pada tahun 1958 di Kulim Kedah. Mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor pakar bedah hidung, telinga dan tekak dan dikurniakan 6 orang anak. Menetap di Sungai Buloh, Selangor.
PENDIDIKAN
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar dan Sekolah Pokok Sena. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Tunku Khursiah, Seremban sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Cairo (1976 - 1981). Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia selama beberapa tahun sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Perubatan, UKM bermula pada tahun 1984. Beliau mendapatkan Msc dari King's College, University of London pada tahun 1989. Pernah diamanahkan sebagai ketua Jabatan di UKM pada umur 27 tahun.
Pengalaman Profession
Doktor pelatih pegawai perubatan, Hospital Kuala Lumpur (1981 - 1982).
Pegawai perubatan, Hospital Melaka (1983 - 1984).
Pensyarah Pelatih Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (1984 - 1987)
Ketua Jabatan / Penysyarah Jabatan Fisiologi dan Jabatan Pendidikan perubatan
Doktor sukarelawan di Acheh dan Afghanistan.
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Wanita Islam Antarabangsa (WMU).
Pertubuhan wanita dan masyarkat sivil di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pakar Motivasi dalam pendidikan, kekeluargaan dan hak wanita.
Pengalaman Politik
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa dewan Muslimat PAS Pusat.
Labels: Calun Pas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DOLLAH TIDAK BANTU MELAYU PULAU PINANG
Penduduk kecewa, Abdullah gagal bantu Melayu Pulau Pinang
Mohd Sabri Said
harakahdaily
JELUTONG, 2 Mac (Hrkh) - Umno dipercayai menjadi dalang membuat laporan palsu sehingga hasrat penduduk Kampung Masjid, Jelutong untuk mengadakan piket secara aman setelah memorandum kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak diendahkan terpaksa dibatalkan kerana kedatangan 60 anggota polis, Pasukan Gerak Am (PGA) dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Timbalan Yang DiPertua PAS Jelutong, Yusuf Mohd Noor berkata, penduduk asal sudah kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Umno kerana tidak langsung prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat.
Ketua Penaja Umno Bahagian, Abdul Razak Abdul Rahman yang bertindak sebagai orang tengah antara penduduk dan pemaju dulu Concord Land Sdn Bhd dan pemaju terbaru Richmond Sapphire Sdn Bhd sampai sekarang gagal menyelesaikan masalah yang berlarutan selama 13 tahun.
"Penduduk nak buat piket kerana terlalu kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebab tidak menunjukan reaksi membantu Melayu di Pulau Pinang khususnya penduduk di Jelutong. Apa salahnya mereka menuntut hak bukan nak buat kacau, " ujarnya.
Menurutnya, pihak penduduk memberitahu mahu mengadakan piket ekoran terlalu marah pada kepimpinan Umno Bahagian dan Pengerusi Umno Negeri, Dato' Seri Abdullah yang hanya pandai berjanji tetapi tidak bijak mengotakannya.
Jelas Yusuf lagi, beliau percaya kedatangan ramai anggota keselamatan di Masjid Jelutong petang semalam merupakan provokasi Umno sendiri kononnya penduduk hendak keluar di jalanan berdemontrasi.
"Polis memberitahu, mereka mendapat maklumat penduduk mahu turun 300 sehingg 400 orang bersebelahan masjid Jelutong berdemontrasi tetapi bila datang hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan, " kata beliau.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Masjid, Jamal Husain melahirkan kemarahan apabila mendapat tahu kedatangan polis begitu ramai sejak tengahari lagi.
Tambahnya, beliau hairan kenapa pihak polis sanggup menghalang cadangan penduduk mahu kemukakan tindakan dengan lebih agresif kerana selama ini pihak polis tidak pernah datang ramai mengawasi piket yang dibuat oleh pihak lain.
"Bila kita buat cara lembut mereka buat tak kisah tapi bila berhasrat laksanakan piket lekas-lekas depa hantar polis untuk menakutkan penduduk, " terangnya kecewa.
Terang Jamal, penduduk seramai 13 orang dijanjikan rumah tiga bilik sebagai ganti yang bernilai RM120 ribu dan sewa rumah tertunggak sebanyak RM700 sebulan.
Berbagai cara telah dibuat untuk mengatasi masalah tersebut dari mengutus surat pada Exco Perumahan Negeri, Dato' Amirrudin Dato' Haji Ahmad, Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga terbaru ke tangan Perdana Menteri sendiri selepas jamuan sempena Pelancaran Gabungan Serentak GABEM seluruh Malaysia di pekarangan kediaman Menteri Besar Kedah di Mentaloon pada 28 Oktober tahun lalu. - mks
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BN guna taktik samseng, KeADILan buat laporan polis
Azamin Amin
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Hrkh) - Calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan 'taktik samseng' untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dalam pilihan raya umum kali ini.
Kata Badrul poster kempen partinya telah dikoyak manakala di Rantau pula, penyokong BN bertindak agresif menghalang penyokongnya menaikkan poster kempen.
Ekoran itu, wakil dan penyokong Badrul telah membuat laporan polis baru-baru ini di ibu pejabat polis daerah Rembau.
"Penyokong BN mahu menghalau penyokong kami dan cuba menghalang mereka daripada memasang poster.
"Mereka mendakwa, KeADILan tidak dikehendaki di Rembau dan kawasan tersebut memang selama ini milik BN," dakwa Badrul.
Pertandingan di kerusi Parlimen Rembau menjadi tumpuan ramai kerana ia membabitkan Khairy Jamaluddin, yang merupakan menantu perdana menteri.
Ketika ditanya tentang populariti beliau berbanding Khairy beliau mengakui tidak terkenal sebagaimana lawannya itu.
"Memang saya tidak popular seperti Khairy. Kerana saya bukan menantu Perdana Menteri, saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara),
"Dan saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata kerana sijil nikah saya...," katanya dalam blognya, chegubard.
Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun menang dengan majoriti 18,656 undi, menewaskan calon PAS, yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan parti tersebut, Dr Dzulkifli Ahmad.
Bagi Khairy, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ, ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya umum. Parlimen Rembau mempunyai seramai 61,690 pengundi.
"Khairy terkenal semata-mata kerana hubungan kekeluargaan dengan Abdullah Ahmad Badawi. Inilah yang kita panggil politik kroni dan mendedahkan semua ini dalam risalah kami," katanya kepada Malaysiakini baru-baru ini.
Menurut Badrul lagi, salah satu daripada banyak isu yang dibangkitkan dalam risalah tersebut ialah skandal penggabungan ECM Libra-Avenue yang membabitkan Khairy.
Penggabungan ECM Libra-Avenue menarik perhatian ramai apabila ianya diluluskan oleh Abdullah sejurus selepas Khairy membeli RM9.2 juta saham ECM Libra.
Ia mengundang kecaman hebat kerana Abdullah juga menyelia syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan.
Selepas itu, Khairy terpaksa menjual semua sahamnya dalam ECM Libra pada Ogos 2006.
"Kita masih tertanya-tanya bagaimana Khairy mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli saham tersebut? Perkara kedua ialah bagaimana sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra boleh bergabung dengan syarikat besar seperti Avenue Capital," tambah Badrul.
Badrul mendakwa, pendedahan tersebut telah menakutkan Khairy dan oleh itu bertindak menggunakan taktik samseng terhadap penyokong dan kempen KeADILan.
Tambahnya, partinya telah mendapat sokongan yang baik daripada akar umbi di Rembau dan berikrar untuk meningkatkan lagi kempennya.
Rembau merupakan kawasa majoriti Melayu (68.9%), diikuti pengundi India (15.8%) dan Cina (15.2%).
Empat kerusi negeri di bawah Parlimen Rembau iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota merupakan kubu kuat BN.
Menteri Besar, Dato' Mohamad Hasan adalah penyandang kerusi Rantau dan bertanding mengekalkan kerusi tersebut, menentang calon KeADILan, Aisah Lamsah. - mks.
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
10,000 SAMBUT DS ANWAR DI ANDALAS KELANG
Andalas 2 March 2008, 12 tgh.
Pertemuan DS Anwar bersama pemimpin UMNO dan PKR di Andalas berlangsung di dalam keadaan yang terkawal. Beberapa anggota polis dan SB kelihatan di beberapa tempat, tapi tidak merosakkan aturcara.
Kedatangan XAVIER menggamatkan keadaan. Beliau menemui penduduk di setiap kawasan di Padang. Membuka ucapan dan ketika itu, Dr. MARIAH MAHMUD calun PAS P111 Kota Raja datang turut mendapat tepukan dari para penyokong dan Hadirin.
Setelah kira kira jam 12.15 tgh, DS Anwar tiba dan keadaan menjadi kecoh semula. LEBIH KECOH LEBIH GAMAT. Para petugas terpaksa membuat laluan. Namun rakyat berlumba lumba untuk bersalam dengan beliau. Kedatangan beliau disambut dengan laungan bingit "Reformasi" dan "Makkal Sakthi"
Berucap untuk lebih kurang 10 ke 15 minit dan terpaksa beredar untuk berkunjung ke lokasi kempen yang lain. Bagaimana pun, menurut berita yang diperolehi dan disaksikan sendiri ..... Sambutan orang ramai diluar jangkaan. Bangsa melayu, cina dan India berkumpul pada hari ini hanya untuk melihat seorang bakal pemimpin yang akan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Sekian lapuran dari No2umnO dan ucapan wak ....... "REFORMASI" dan "MAKKAL SAKHTI"
UBAH SEBELUM PARAH !!!
Kyusuk mendengar ucapan DS Anwar
Xavier Bersalam dengan penyokong BA
Ketika DS Anwar memasuki ruang berhimpunan menuju ke pentas.
Sampai ke pentas di sambut dengan tepukan dan lagu KEADILAN
Labels: Anwar Ibrahim, Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno-BN mula berkempen di UTM
Ali Bukhari Amir
harakahdaily
JOHOR BHARU, 2 Mac (Hrkh) – Sikap pemimpin Umno–BN yang mengguna jentera parti melibatkan badan berkanun milik kerajaan makin menjadi-jadi dan hal ini mendapat perhatian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini.
Dalam kes terbaru, segolongan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, melalui pemerhatian mereka kelmarin menyifatkan sebuah program anjuran bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin sebagai kempen anjuran Umno-BN.
"Ia kelihatan seolah-olah kempen Umno-BN, tapi kempen itu masuk ke universiti dalam bentuk acara keusahawanan kementerian di bawah Khaled Nordin.
Image"Kami anggap sedemikian kerana beberapa orang pemuda Umno-BN boleh masuk secara bermotorsikal mengiringi ketibaan bekas menteri tersebut," kata seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Shabab.
Menurut Shabab, hal kempen Umno-BN di UTM akhirnya dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM untuk diminta pendirian pimpinan universiti berhubung isu berkenaan.
Beliau tidak menolak kemungkinan program tersebut ada kaitan rapat dengan TNC HEP.
"Kami kirim pesanan ringkas SMS kepada TNC HEP dan jawapan beliau mengecewakan kami. Beliau mempunyai pandangan dan tanggapan negatif berhubung pembangkang.
"Kata TNC, acara itu tidak bermasalah kerana universiti memang hak milik BN. Tambah beliau menerusi SMS, jika pembangkang memerintah negara ini universiti kita akan jumud dan tidak berkembang," kata beliau.
Tambah Shabab, TNC menyifatkan universiti di Malaysia akan berubah seperti Afghanistan di mana puak-puak Taliban akan menguasai negara.
"Antara lain, katanya melalui kiriman SMS itu, universiti di Malaysia akan berubah seperti universiti pondok jika pembangkang dibenarkan memerintah Malaysia," katanya.
Mengulas kejadian tersebut, Exco Pemuda PAS Negeri Johor Lujnah Perpaduan Nasional Nazman Ibrahim berkata, pihak kementerian dan pimpinan universiti perlu rasional dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka.
"Mereka mesti dapat membezakan antara kerajaan dan parti. Paling mengejutkan, ialah sikap pimpinan universiti yang sanggup melabelkan universiti kita seperti Afghanistan yang melahirkan puak-puak Taliban dan universiti kita akan menjadi pondok.
"Ini dakwaan yang tidak berasas," kata Nazman kepada Harakahdaily kelmarin. - mks.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hubungan Ghani Dengan Datuk Halimah Sadique
tranungkite
email dari johor..... Ghani osman & datuk halimah...??
Al kisah dato abdul ghani othman semakin terdesak nak lobi kekal sebagai menteri besar johor?
Tapi itu semua bergantung pada sultan johor, sultan yang bijaksana... Salah seorang s/u kanan ghani osman baru tukar kereta mewah, bmw!
Difahamkan sogokan diberikan oleh sees, kontraktor pembekalan komputer yang berjaya mendapatkan kelulusan kontrak penyengelaraaan selama 5 tahun dari kerajaan, berjumlah lebih rm 20 juta.
Sebenarnya dulu ghani ni ,orang anggap alim, serta insan beragama dan berakhlak muliai sebab buat program membudayakan al quran tapi kisah peribadinya, masyaallah.
Buat hubungan sulit dengan isteri orang. Isteri ghani osman pulak sombong memanjang? Zalim dengan keluarga ghani osman.., mak mertuanya datang di suruh tidur di surau?
Ramai orang johor tau, cerita sensasi hubungan ghani dengan datuk halimah sadique exco johor, isteri pengusaha rest house kluang. Patut lah halimah ni selalu dapat konsesi balak ,manakala suaminya diam aje kerana dapat hasil balak..
Cerita ni makin bertambah kecoh apabila diketahui isteri ghani osman, yang amat dihormati (gelaran baru) datin paduka dr professor jamilah ariffin, sehingga berlaku insiden menyerang couple ni (ghani osman & datin halimah) di sebuah hotel di singapura..
Lepas insiden itu dendam jamilah pada halimah makin kuat?
Jamilah pernah cuba menyerang halimah di satu majlis penyampaian pingat di istana besar..yang disaksikan ramai vvip..kalau tak silap, tunku mahkota johor pun perasan perkelahian mereka.
Peristiwa bermula..apabila jamilah pantas bangun dari kerusi barisan hadapan, mengadap sultan..setelah sultan iskandar meninggalkan kerusi baginda selepas menyampaikan pingat. (ingat sultan tak tahu insiden ini, baginda diam-diam berisi)
dendam membara jamilah tidak dapat disembunyikan lagi..apabila terus menyerang halimah yang duduk di barisan kedua (dibelakangnya) .
Namun pergaduhan sempat dileraikan apabila ghani sempat menahan isterinya..tetapi halimah pulak melawan dan ditenteramkan oleh beberapa anggota exco..
Ghani osman yang diketahui ramai takut bini..terus menerima arahan `isteri tercinta yang tidak membenarkan halimah memasuki `saujana, kediaman rasmi menteri besar walaupun untuk acara-acara rasmi kerajaan, sehinggalah sekarang.
Halimah juga tidak kelihatan pada majlis-majlis kerajaan di luar saujana, jika jamilah hadir yg menemani ghani osman.
Kemarahan si isteri tidak membimbangkan ghani osman....asal nafsu dipuaskan...
Selalunya `cinta terlarang....ini berlaku apabila adanya rombongan kerajaan johor ke luar negara...
Modes operandi mereka, ghani osman pada mulanya akan menginap di bilik berjauhan atau di tingkat lain tetapi selepas memasuki bilik, ghani mengarahkan halimah berpindah ke bilik bersebelahan biliknya, bagi memudahkan mereka memasuki bilik masing-masing tanpa di ketahui orang lain.
Tapi pegawai2 kerajaan yang mengikuti rombongan bukannya budak2 kecik.
Ada kalanya kemesraan melampau mereka tidak dapat disembunyikan lagi di hadapan khalayak.
Tidak percaya?? Lihatlah foto ini gelojohnya ghani memaut dan memeluk tangan halimah, yang nyata masih bergetah..
Skandal gani osman dan halimah ini semain meluas apabila telah tersiar di media cetak dan elektronik? Perdana menteri, pak lah sendiri pernah menjawab soalan tv3 , mengenai skandal ini.
Patut lah dulu, orang umno memberikan pencalonan kedua tertinggi pada ghani osman (kerana imej islam dan bersih) untuk jawatan naib presiden, tetapi keputusannya dia di tempat ke 9, mungkin perwakilan umno telah sedar, sebelum mengundi siapa sebenarnya ghani osman.
Kini...setelah menyedari semakin ramai dah tahu skandal mereka maka sebab itulah, ghani osman nak kekal di johor untuk kumpul harta dan halimah pula nak pindah ke parlimen untuk lari dari jamilah dan senang jumpa ghani di kuala lumpur, bila ada mesyuarat mkt.
Apa pun, sultan johor adalah sultan yang bijaksana.... Ulasan saya setelah menerima email ini: 'saya menerima email ini daripada seseorang kenalan saya'..sebagai rakyat johor, saya tidak terkejut dengan berita seperti ini, kerana tidak lama dahulu cerita skandal ghani dan halimah begitu hangat di johor..mengenai pendedahan rasuah terbaru pegawai tadbir johor (jcs) yang didedahkan dalam email itu, saya tidak mensyaki orang lain selain pegawai jcs di pejabat mb bernama lokman, beliau pegawai berusia 30 an, sekarang gred 48, tapi mampu memakai kereta bmw mungkin harga melebihi rm 500,000.00. Minta pegawai bpr yang membaca berita ini, sila buat siasatan terhadap lokman...
Labels: Ghani Othman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PUTRAJAYA ... PEMBANGUNAN TERGESA GESA BN
Rasanya semua orang yang pernah berkunjung ke Putra jaya akan menemui masalah yang sama. Namun pendapat dan penelitian bergantung kepada kebijaksaan di dalam menilai sesuatu itu, tanpa dipengaruhi dengan semangat parti yang TOK TOK. Tunggul pun boleh jadi PM, Busut pun boleh jadi menteri. Apa yang BN buat semuanya bagus .... walaupun sebenarnya HANCUS.
Berikut adalah surat yang dihantar oleh pembaca kepada Agendadaily (Website Pro BN)
Surat kepada GENDOLDAILY
Sdr Pengarang,
Baru-baru ini saya ke Putrajaya kerana menyelesaikan urusan dengan Jabatan Imigresen. Sebelum sampai ke Jabatan Imigresen, saya melalui beberapa jabatan kerajaan yang lain, termasuklah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis kepada Tuan Pengarang ialah tentang tempat letak kereta yang tidak disediakan untuk orang awam yang datang berusuran
Di KKDN, saya lihat kenderaan orang ramai berbarisan di tepi jalan utama menghala ke pejabat Perdana Menteri.
Apabila melalui Masjid Putrajaya pula, lagi lawak melihat puluhan kereta diletakkan di laluan ‘round-about’. Begitu juga di tepi round-about berkenaan terdapat beberapa buah bas pula yang bergelimpangan.
Apabila sampai di Jabatan Imigresen, saya garu kepala. Walaupun boleh memandu, tetapi saya berkerusi roda dan tak tahu di mana hendak meletakkan kereta kerana jangankan nak jumpa parker untuk orang kurang upaya, parker untuk orang berupayapun tak ada.
Akhirnya saya ikut sahaja orang yang terdahulu iaitu meletakkan kereta di tepi jalan termasuk di depan lampu isyarat. Nak buat macam mana lagi?
Selesai urusan, saya menghala pula ke Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Di sini lagi teruk. Dahlah tak ada parker, tak boleh pula parking di bahu jalan kerana ada kon dan polis bantuan mengawal.
Saya cukup hairan, kenapa Putrajaya sebagai sebuah kompleks pentadbiran kerajaan,yang moden tidak mengambilkira, keperluan meletak kenderaan? Tanah cukup lapang. Puluhan ribu kenderaan boleh diletak jika ada kawasan letak kereta yang sesuai dan berdekatan dengan pejabat yang hendak dikunjungi.
Menyediakan parker yang jauh dari pejabat yang hendak dikunjungi hanyalah ibarat melepaskan batuk di tepi tangga.
Putra yang tak berjaya
Seremban NS
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Laporan polis terhadap Zulkifli Nordin
dipetik dari GENDOLDAILY
Sah... Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, Mat Noh Ahmad telah membuat laporan polis terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zulkifli Nordin kerana didakwa tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004.
Berdasarkan salinan laporan polis yang diterima oleh Agendadaily daripada sumber yang rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) laporan itu menyebut, SPR negeri Kedah telah memaklumkan kepada Mat Noh selaku pegawai pengurus pilihan raya pada 27 Februari 2008. "Saya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya PIlihanraya (SPR) Negeri pada 27 Februari 2008 jam 11.30 pagi berkenaan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang calon PIlihanraya kerana calon tersebut tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 yang lalu yang menyatakan bahawa Zulkifli tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang calon pada pilihan raya kali ini kerana calon tersebut tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 yang lalu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri. Ini menyalahi peraturan Pilihanraya," demikian kandungan laporan polis berkenaan.
Labels: Zulkifli Nordin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jentera Pemuda Umno disorak kerana cuba ganggu ucapan Anwar
Sementara itu, sekitar pukul 3.00 petang Dato' Seri Anwar juga diberikan sambutan hebat ketika berucap di Kampung Permatang Saga dalam Dun Pinang Tunggal yang ditandingi calon BN, Dato' Roslan Saidin.
Kehadiran 5,000 orang ke situ sekali lagi memberi tamparan hebat terhadap calon yang asyik berbangga dengan kekayaan peribadi.
Fenomena sebegini, tidak pernah berlaku walaupun angin refomasi pernah melanda daerah ini pada pilihan raya umum 1999 dulu.
Harakahdaily mendapat maklumat, Umno sengaja mengarahkan jenteranya memasang khemah di tengah Jambatan Sungai Muda yang menghubungkan Pinang Tunggal Seberang Perai dengan Pinang Tunggal, Kedah walaupun program perasmian jambatan tersebut dijangka diadakan empat hari lagi kerana bimbang kebanjiran penyokong BA dari Kedah
harakahdaily
KEPALA BATAS, 2 Mac (Hrkh) - Jentera Pemuda Umno Kepala Batas "diboo" oleh penyokong Barisan Alternatif (BA) apabila cuba menggangu ucapan Ketua Umum Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pos Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Parlimen P.41 Kepala Batas petang semalam.
Anwar yang berucap bersama calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Md Arshad dan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Noorsiah Md Arshad disambut hebat oleh berbagai kaum, kebanyakannya kaum Cina dan India. More...
Labels: Anwar Ibrahim, Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments