Protes Senyap Mad Aris “Gone Mad”
ibrahimbaba
IB menerima beberapa keping foto seperti ini sehari sebelum penamaan calon kiriman anak sepupu yang tinggal di Taman Dagang Ampang.
Beliau mengatakan Mad Aris protes kerana tidak dicalonkan kali ini. Tiada satu bendera pun dikibarkan di rumahnya.
Namun, IB agak serba salah untuk siarkan bimbang mungkin Mad Aris belum mula lagi hendak berkempen. Mungkin sehari dua lagi dia akan pacakkan bendera partinya kerana terpaksa akur dengan keputusan bosnya.
Secara kebetulan, pada petang tadi, IB mempunyai temujanji untuk berjumpa seorang rakan di Dataran Palma Ampang. Selepas selesai bermesyuarat tumpang solat Asar di rumah anak sepupu tersebut. Selepas solat, ketika berbual, beliau asyik bercerita suasana kempen di sekitar Ampang dan DUN Cempaka. Saya bertanyakan apakah Mad Aris masih berkabung tanpa hiasan bendera. Dia dengan bergegas mengajak saya pergi tenguk sendiri.
Kami pun berjalan kaki dari rumahnya yang terletak beberapa ratus meter dari rumah Mad Aris. Memang benar seperti yang dimaklumkan beliau.
Mad Aris melakukan protes senyap tidak mengibarkan sebarang bendera parti. Apakah Mad Aris “has really gone mad?”
Beginikah perilaku para pemimpin UMNO - bila sahaja tidak dicalon maka tidaklah lagi mahu dihulur masa dan tenaga untuk membantu parti. Itulah sebabnya Najib untuk tiga hari berturut mengingatkan mereka yang tidak dipilih menjadi calon supaya jangan boikot kempen.
IB yakin gejala ini adalah menyeluruh dan UMNO memang kini disabotaj dari dalam.
Apakah kali ini DUN Cempaka bakal menyaksikan satu perubahan dan membuka ruang untuk calon PAS?
Sekian, IB
ELOK LA...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment