KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 26, 2007

ANWAR SERANG NEGERI SEMBILAN PULA


Anwar gempur Negeri Sembilan 28 Disember (esok)
dipetik: Marhaen


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menggempur Negeri Sembilan dengan ceramah perdananya pada 28 Disember ini.

Ceramah itu akan diadakan di Kampung Linggi (Depan Sekolah Kebangsaan Linggi), bermula jam 9.00 malam sempena program turun padangnya di seluruh Malaysia.

Tajuk ceramah tersebut ialah 'Gelombang Gagasan Rakyat Negeri Sembilan', kata jurucakap program, Norazizi A. Aziz.

Ceramah perdana ini akan turut diserikan dengan gandingan penceramah lain antaranya, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamed Omar; Adun Lobak (DAP), Anthony Loke Siew Fook; Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato Kamarul Baharin Abbas; Bendahari KeADILan, William Leong; Aktivis dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin dan Timbalan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilam Chai Tong Chai.

Anwar dijangka akan mengupas isu keanggotaan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Klip Video VK Lingam, isu himpunan Bersih dan Hindraf dan isu skandal Pelabuhan Bebas Cukai Kelang (PKFZ).

Seluruh rakyat Negeri Sembilan dialu-alukan untuk hadir ke majlis ceramah perpaduan rakyat ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 012-3696474 (Norazizi)

Jadual Lawatan DSAI ke NS

1 pm - 2.30 pm - FELDA PASOH 4, DUN Pertang, Jelebu
- Sembahyang Jumaat
- Bertemu Jentera P'raya
- Ramah mesra Bersama Pengundi

2. 4 pm - 5 pm - FELDA PALONG 10, DUN Palong, Jempol
- Bertemu pengundi / jentera

3. 5.45 pm - 7 pm - PEKAN ROMPIN, DUN Jeram Padang,
( kawasan India / Cina )
- Bilik Gerakan bersama Jentera
- Beramah-mesra dengan pengundi
- Solat maghrib di Rompim

4. 8 pm - 9.15 pm - PEKAN Kuala Pilah, Parlimen K.Pilah
- Ceramah Kelompok

5. 10.30 pm - 12 tgh mlm - PEKAN Linggi, DUN Linggi, Telok Kemang
- Ceramah Umum

Sabaruddin 017-246 2237, 012 634 6714
Hj. Kamel, pengarah JKP N9 (019 2169984).
Norazizi Aziz ; Mobilisasi Anak Muda NS 0123696474

RAKYAT BELASAH JBA?



Rakyat kalau dah sengsara, pemimpin kena jaga jaga. Begitulah yang berlaku pada sekumpulan penduduk di Kampung Bukit Goh yang tidak berpuas hati dengan Jabatan bekalan Air. Kalau mengikut berita yang disiarkan dibawah, menggambarkan bahawa penduduk di sana bersalah kerana memukul anggota JBA. Tetapi berita tidak menyiarkan sebarang maklumat dari pihak orang kampung. Kalau kerana air pun boleh sampai memukul, maka tidak hairan kalau rakyat dah susah akibat kerajaan yang berbohong dan mengkhianat rakyat. Bila rakyat ditekan, macam macam boleh jadi. Tunggu....sampai masa nanti, rakyat akan tahu tembelang pemimpin dan ketika itu pemimpin kena jawab la....

Kakitangan JBA hantar air dipukul penduduk kampung

KUANTAN, 26 Dis - Seorang kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang cedera dipukul seorang penduduk kampung di Bukit Goh di sini semalam dipercayai akibat rasa tidak puas hati dengan pengagihan bekalan air.

Azman Mohamad, 31, berkata beliau dipukul dengan kayu di bahagian belakang badan dan tangan ketika menghantar bekalan air di kawasan tersebut yang mengalami masalah gangguan sejak dua minggu lepas.

Katanya ketika beliau sedang mengisi air ke dalam tong di sebuah rumah, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tiba-tiba datang dari belakang dan terus memukulnya dengan kayu.

``Saya lari ke dalam lori dan mengunci pintu kerana dia juga cuba mencederakan seorang rakan saya yang berada dalam lori,'' katanya kepada pemberita di pejabat JBA di sini.

Azman diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Penduduk di kawasan Bukit Goh terpaksa mencatu air untuk kegunaan harian dan hanya bergantung kepada bekalan air dari lori tangki JBA setiap hari sejak dua minggu lepas apabila saluran pam yang membekalkan air bersih ke kawasan itu tersumbat akibat tanah runtuh. |more...|

Ya Allah!! Bodohnya Dia Ni..



via bongkersz..

I normally do not write anything touching on religions because most people feel it is a very sensitive issue and many do not even know what they are talking about when talking about religion (in my humble, arrogant opinion - oh yeah!) But this take the cake. Seriously Malaysia is becoming the laughing stock of the world because of the quality of our leaders and ministers. By now you should already aware of the issue of Herald newspaper vs Internal Ministry. If you don't know WTF I am talking about, go find out about it, or put your head in the nearest toilet bowl and flush it.

It is about “The Herald” which is an in-house Catholic newsletter application for the annual renewal of its printing and publications license has been unreasonably witheld. The basis given by the Ministry of Internal Security for witholding its permit? Simply that the newsletter must stop publishing the The Herald in the national language. For those who are unaware, The Herald has 4 language sections within its paper, English, Chinese, Tamil and Bahasa Malaysia.

The pretext provided by the Deputy Internal Security Minister, Johari Baharom was that the word “Allah” can only be used by Muslims! How absolutely arrogant and preposterous!

This should not be an issue in the 1st place. Why? 1st, The Herald readers are Christian. It is a Christian newspaper. So obviously when they use Allah in their newspaper, they are referring to the Allah for Christians, not the Allah for Muslims. The reason given by the dumbass Deputy Internal Minister Johari Bahrom that the usage will confuse people is downright stupid. Of course you should know when you are reading a Christian publication the Allah in it refers to Christian God. Right? If you don't agree, then you are in the same league which Johari Bahrom.

For those who are not familiar, the word “Allah” originates from the Arabic word “al-Lah” and it was used even in pre-Islamic times in the Middle East.

Allah (Arabic: الله, Allāh) is the standard Arabic word for "God".[1] The term is most likely derived from a contraction of the Arabic article al- and ʾilāh "deity, god" to al-lāh meaning "the [sole] deity, God" (ho theos monos); another theory traces the etymology of the word to the Aramaic Alāhā. (wikipedia)

Read the below article for more understanding. |more...|

No2umnO - Banyak benda bodoh sekarang ni... sebab benda bodoh, dibuat dan difikirkan oleh orang bodoh. Bodoh lain contohnya, Nepalese ex-soldiers, Gurkhas allowed to be guards

Malaysia unveils initiative to protect Hindu temples after Indian protests

 Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, center, is greeted by students of Meiji University as he arrives for a ceremony to be conferred with an honorary doctorate in Tokyo Tuesday, May 22, 2007. Badawi is in Tokyo to participate in an annual conference, "Future of Asia. (nu1)
via San Diego

KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's government unveiled Monday a major initiative to protect Hindu temples, hoping to pacify ethnic Indians who complain that hundreds of their places of worship have been demolished in this Muslim-majority country. Samy Vellu, an ethnic Indian minister in the Cabinet, said the prime minister has asked him to "continuously monitor" all the temples in the country and submit information on their status periodically. He said in a statement that he will travel
... |Read full article|

ISRAEL KAWAL DUNIA DENGAN PROKSI

 Malaysia former Prime Minister Mahathir Mohamad
via worldnews

Back in October 2003 the Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad gave a speech at the Organization of the Islamic Conference summit wherein he said that “Jews rule the world by proxy…. they get others to fight and die for them." These very alarming, yet explicit, statements made by a head of state drew some harsh criticism from state leaders as well as from influential Jews around the world who warned that it could spark more violence against Jews. Clearly, the anticipated anti-Semitic tidal
... |more...|

Bandaraya Terengganu: RM10 juta sahaja?

http://web3.knallgrau.at/static/twoday_stable05/bmworacleracing/images/acm4_bmwPreview.jpg

Media arus perdana secara sengaja atau tidak, mendedahkan pembaziran Kerajaan negeri Terengganu di dalam menyambut pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya. DI dalam kemelut rakyat berhadapan dengan banjir dan kemiskinan, kerajaan negeri Terengganu TERUS sibuk dengan usaha pembaziran. Yang menjadi soal, kenapa media mencerita kan tentang jumlah perbelanjaan? Mungkin untuk membiasakan diri pembaca dan rakyat tentang pembaziran. Kalau biasa kita dengar mungkin kita akan tidak lagi membicarakan tentang perbelanjaan lagi dan mungkin RM10 juta itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos pembangunan Koridor yang berbillion billion ringgit. Selepas Piala Monsun, Bandaraya dan apa lagi selepas ini?

RM10 Juta Sambut Kuala Terengganu Jadi Bandar Raya

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Bernama) -- Kira-kira RM10 juta diperuntukkan bagi menjayakan sambutan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya pada 1 Januari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM3 juta disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala selebihnya oleh kerajaan negeri Terengganu.

"Peruntukan itu bertujuan menghias bandar Kuala Terengganu serta memasang lampu-lampu jalan bagi menceriakan lagi suasana bandar raya," katanya kepada Bernama selepas meninjau kerja-kerja persiapan sempena majlis perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan kira-kira RM4 juta khusus untuk majlis perisytiharan itu, manakala RM1 juta bagi kerja-kerja penurapan jalan, di samping RM1.5 juta bagi membersih longkang serta parit.

Katanya kerja-kerja menghias bandar Kuala Terengganu termasuk memasang lampu serta menanam pokok-pokok bunga sedang giat dijalankan dan ia dijangka siap dua hari lagi.

Ahmad berkata sambutan acara perisytiharan itu akan berlangsung selama lima hari berturut-turut bermula pada malam 31 Dis dengan majlis membaca surah Yasin di Masjid Zainal Abidin dan Masjid Kampung Tok Beng, Seberang Takir.

Ia diikuti dengan majlis penyerahan watikah perisytiharan bandar raya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang kemudiannya menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah pada 7.45 pagi, 1 Jan ini.

Ahmad berkata pada sebelah malamnya, majlis perisytiharan akan dilakukan oleh Idris di Taman Shah Bandar dan ia diikuti dengan majlis memperkenalkan logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Beliau berkata acara kemuncak sambutan itu ialah pertunjukan bunga api secara serentak di beberapa lokasi iaitu di Seberang Takir, Gong Badak, Bukit Besar dan Taman Shah Bandar.

Selain itu, beliau berkata perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan.

Pegawai imigresen, tentera pun mahu ‘merempit’ juga

oleh HermanSamsudeen

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguatkuasa Imigresen Putrajaya, seorang pegawai perhutanan dan seorang anggota tentera, adalah antara lima orang yang ditahan dalam satu operasi cegah lumba haram di Dataran Merdeka awal pagi ini.

Operasi yang bermula pukul 11 malam itu dijalankan oleh Skuad 42 Unit Trafik Kuala Lumpur, dan tamat pada pukul 6 pagi.

Ketua operasi, ASP Norhizam Bahaman berkata keduadua pegawai, yang berusia 25 tahun, ditahan kerana berlumba menggunakan kereta Proton Iswara dan Putra, dari Maju Juction, dekat Jalan Tunku Abdul Rahman menghala ke Dataran Merdeka.

“Mereka turut membawa tiga gadis berumur antara 17 dan 19 tahun. Polis juga menjumpai gari, kondom, keris dan telefon bimbit yang mengandungi rakaman aksi lucah pegawai imigresen itu bersama seorang gadis,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

“Ketika disiasat, pegawai itu enggan memberikan kerjasama, dengan memberi alasan bahawa beliau adalah pegawai tinggi, dan kononnya sedang bertugas ketika itu,” tambahnya. |more...|

Polis Guna Pistol Untuk Selamatkan Diri

Antara Dua Darjat : Polis Guna Pistol Untuk Selamatkan Diri
dipetik: amdang81.blogspot

Ketika saya tiba di Markas PAS Kawasan Sri Gading setelah baru tiba daripada misi kemanusiaan di Temerloh Pahang, saya mendapat SMS daripada seorang sahabat bertanyakan perkembangan terkini kes polis menembak pemain bolasepak UMNO di Batu Pahat.

Sudah tentu saya terkejut kerana saya tidak mengetahui perkara tersebut dan cuba mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.

Sdr Hamid Jamah (Ketua Penerangan DPPNJ) yang kebetulan berada bersama saya sepanjang hari terus menghubungi pelbagai sumber untuk memastikan kesahihan berita tersbut.

Memang mengejutkan tetapi itulah yang berlaku. Dalam pelbagai versi maklumat yang diterima, anggota polis yang mengadili perlawanan bolasepak tersebut membawa pistol ketika sedang bertugas sebagai pengadil.

Namun semalam, Ketua Polis Johor menyebut bahawa pistol tersebut diambil daripada keretanya setelah penyokong pasukan berkenaan mengejarnya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad mereka kepada salah seorang pemain.

Ketua Pemuda UMNO Batu Pahat pula melahirkan terhadap kejadian yang berlaku dalam pertandingan akhir kejohanan Liga Bolasepak Pemuda UMNO Batu Pahat.

Ada dua pihak yang terlibat dalam perbincangan ini. Pertamanya pemuda UMNO dan yang keduanya adalah polis yang melepaskan tembakan tersebut.

Saya cukup tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Johor tentang isu ini yang disiarkan dalam Berita Harian semalam. Beliau berkata bahawa tindakan pengadil tersebut melepaskan tembakan kerana untuk menyelamatkan diri daripada diserang dalam suasana yang tidak terkawal.

Jawapan yang diberikan lebih kurang sama dengan kejadian di Batu Burok sebelum ini yang mana PDRM mempertahankan tindakan pegawainya yang menembak dua orang rakyat Malaysia ditembak dengan alasan polis yang terbabit cuba mempertahankan diri daripada ancaman.

Dalam kes yang berlaku di Batu Pahat ini, anggota polis berusia 38 tahun yang memiliki tauliah pengadilan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat tidak dibenarkan manakala lima pemain berusia antara 23 dan 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Saya bersetuju dengan penahanan anggota polis tersebut yang saya kira telah melakukan tindakan diluar batasan namun apa bezanya dengan anggota polis yang melepaskan tembakan malah mencederakan mangsa di Batu Burok. Apakah anggota polis di Batu Burok tersebut tidak menghadapi suasana yang sama dengan apa yang berlaku di Batu Pahat? |more...|

POLIS DI PULAU PINANG

Kereta polis disembur cat dan dibaling tin ketika sambutan Christmas.

Police get sprayed by mob in Penang Malaysia Christmas Eve 2007
Police in Penang Malaysia try to arrest someone who sprayed their patrol car,while trying to arrest them the mob starts to spray the police with something and throw cans at the officer and patrol car.

Penduduk Kg. Pasir Putih Tuntut Hak

DPPK Pasir Gudang

Penduduk Kg. Pasir Putih Tuntut Hak

Dijangkakan bahawa petang ini sebahagian penduduk Kg. Pasir Putih akan berdemo di sepanjang Jln. Tenang bagi membantah pembinaan tembok penghalang di hadapan kediaman mereka.

Update: Demo telah bermula sejak pagi tadi dan telah tamat sebelum tengahari. Antara mereka menuntut agar tembok berkenaan tidak perlu diwujudkan kerana ia akan menjejaskan perniagaan mereka dan juga menyulitkan pergerakan penduduk kampung tersebut.

Penduduk Kg. Pasir Putih nampak seperti baru kenal taring kerajaan Umno BN.

Kelihatan deretan susunan batu blok yang akan digunakan bagi membina benteng sepanjang jalan.

Sambutan Di Utara Begitu Menggalakkan

kedah


Tahniah kepada rakan-rakan di Pulau Pinang dan Kedah kerana mengatur program dengan jayanya. Sambutan masyarakat India terutama di Paya Besar,Lunas sekitar 6 hingga 7 ribu orang majoriti kaum India mengejutkan banyak pihak. Samy Vellu pun mula mengaum marahkan saya. Ayo yo….

Di Tasek Gelugor dan istimewa di Markaz PAS Kedah puluhan ribu orang kebanyakannya Melayu membanjiri padang mendengar pidato ustaz Azizan, Ustaz Abdul Hadi dan saya.

Alhamdulillah perkembangan cukup menggalakkan.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2007/12/payabesar4.jpg

Gambar gambar menarik ada di dalam blog anwaribrahimblog

No2umno - Minta minta orang utara jangan ubah pendirian. Kalau ada selepas ini puak UMNO yang datang memberikan bantuan dan bermanis muka, itu semua BOHONG. Kalau sekali kena tipu, tak per lagi. Kalau dah banyak kali......Orang Utara takkan lah tak belajaq. Hangpa bukan main semangat, bila depa huloq duit, hangpa lentoq..... Kalau orang BN tengok nihhh...depa ketaq lutut oiiiii.... Mami.....chombi....bangun jangan macam Kassim Selamat. Celik. Buta, celik....lepas tu cucuk mata jadi buta.

Bangun wahai orang utara.



KAUM INDIA "MUDAH LUPA" - SAMY

HINDRAF Demo in KL 021.jpg

Aikkk...Rupa rupanya India pun sama seperti bangsa melayu...Mudah lupa. Begitu lah kenyataan Samy Vellu di dalam ucapannya, seperti yang dilapurkan oleh penghantar email berikut kepada hindraf.org.

Via Email: Samy Vellu Speech on RTM1
Mon, 12/24/2007 - 11:15 — admin

Dear All Indians,

On 19/12/07 around 9.30pm, our MIC Leader Dato Seri S.Samy Vellu so called an Indian Iron Man gave a marvelous and tremendous live talk at RTM 1. The most highlighted phrase given was "Semua orang hanya akan ingat selama 2-3 bulan pasal HINDRAF, lepas itu mereka semua mesti lupa dan undi kita(MIC).

What he said was 101% truth, that's why he still winning in Sg.Siput for past 34 years (Dulu, Kini dan Selama-lamanya). He knows about Indian mentality very well. He knows how to manipulate people's distraction from one point to another point. If he can say that on live means, we will be the chameleon for years. Indian will talk one and do one, which is the concept of Malaysian Politics.

Today we will support HINDRAF, tomorrow after everyone paid money to vote, we will support MIC (Barisan Nasional). Every year Government is allocating some money for Indians, but till today no one knows where the money is. I know where the money is? Most of you know where the money is, but we can't voice out. Why, because he is the King of Gangster and The Producer of Gangster.

Can I ask all of you one thing? Are we stupid and Idiot? Why I'm asking this, because we still repeating the same mistake every 5 years by voting MIC. Our future is our own hand. Don't let our children to suffer as how we are suffering now. Please open your mind broadly and vote for your rights. For those who yet to register as voter, please do so. Don't be stupid by repeating the same mistake again by voting the BLOOD SUCKER @ PYTHON!!!!

Rgds,
November25112007
Rujuk: Samy Vellu Speech on RTM1
Yanadeyyyy Samy. Ini tahun kita tengok. Samaada Kenyataan Mahathir dan Samy boleh dijadikan panduan pemimpin.

POLIS JADI PENGADIL PUN BAWA PISTOL?

Terkejut juga mendengar berita malam tagi di TV, Polis menjadi pengadil bolasepak mengeluarkan pistol apabila diserbu?

Aku rujuk berita pagi ini.....memang ada,

ADUN Rengit nafi terbabit pertandingan bola sepak (utusan Meloya)

‘‘Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit tidak terlibat secara langsung dalam pertandingan berkenaan dan saya sendiri tidak diberitahu atau dijemput untuk menghadiri pertandingan itu,” jelasnya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang pengadil yang bertugas sebagai anggota trafik Bukit Aman terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran selepas diserang para penyokong dan pemain yang tidak berpuas hati apabila kad merah dilayangkan kepada seorang pemain.

Difahamkan, selepas melayangkan kad merah kepada seorang pemain, pengadil berkenaan dikerumuni sekumpulan penyokong dan beberapa pemain ketika pasukan Kampung Bumiputra Rengit F.C melawan Rejo Sari F.C. |more...|

Lucu dan kekadang peristiwa sebegini memberikan kita sedikit amaran bahawa kemana sahaja polis pergi, pistol menjadi pendinding. Mungkin sudah terbiasa menggunakan kuasa atau sudah selalu menyalahgunakan kuasa. Akibatnya, ketika menjadi pengadil pun perlu ada pistol di bawa bersama. Fobia atau paranoid dengan keadaan sekarang, pantang ada orang serbu, maka pistol dikeluarkan. Silap haribulan, tembak orang. Bawa pistol dah kira baik, jangan bawa C4 untuk jaga keselamatan.

Bayangkan kalau polis menjadi artis, diserbu oleh peminat pun perlu hati hati, bimbang artis keluarkan pistol.

Mungkin POlis dah cukup bimbang atau sengaja mahu tunjuk POWER, Kemana sahaja boleh bawa pistol dan peristiwa Batu Burok adalah klimaks pada penggunaan kuasa mereka. Keluar pistol, tembak orang. Rendahnya mentaliti Polis Malaysia.

Dalam kejadian kelmarin, seorang pengadil yang bertugas sebagai anggota trafik Bukit Aman terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran selepas diserang para penyokong dan pemain yang tidak berpuas hati apabila kad merah dilayangkan kepada seorang pemain.
Bimbang perlawanan itu dikaitkan dengan UMNO maka Adun UMNO kawasan berkenaan sibuk menafikannya sebelum orang hebah cerita. Kalau perlawanan itu berjaya, keluar berita besar besar biar rakyat tahu. Tak tahu kejadian begini pula yang terjadi, maka pemimpin UMNO pun sibuk buat buat tak tahu.

Jangan layan Blog Pro BN yang menipu rakyat sembunyi kebenaran!


http://syukran.wordpress.com

Setelah beberapa siri Himpunan dan gerakan kebangkitan rakyat, kini BN semakin sibuk untuk menjawab pelbagai isu yang dilontarkan. Walaupun rakyat hanya berhimpun dengan membawa banner bukannya senjata tetapi ternyata itu sudah benar-benar menakutkan Barisan Nasional sehingga sanggup mengunakan ISA bagi menghapuskan musuh-musuh politik mereka.

Tidak cukup dengan itu, kini mereka gunakan blog-blog pro BN dan UMNO untuk menjawab semula isu yang dilontarkan. Blogger Berotak Kambing Hitam ini cuba meraih simpati para blogger dan pelayar internet untuk membaca ‘kisah-kisah pelacuran mereka didalam BN’ .

Malah ada yang sanggup menulis dan memaparkan berita-berita palsu bagi meraih perhatian. Mereka taip sendiri beberapa surat tanpa nama dan kemudiannya di-scan dan upload ke dalam blog. Kononnya surat-surat itu diterima dari bekas ahli yang telah keluar dari PAS atau tidak puas hati dengan pimpinan.

Mereka juga cuba mengoyahkan keyakinan pelayar internet dengan mengungkit-ungkit jasa BN selama 50 tahun dan mempersoalkan jasa-jasa pembangkang. (Maaf! alamat semua blog itu tidak akan dinyatakan disini kerana tak nak bagi promosi percuma kat mereka. Biar rating pembaca mereka ‘0′, boikot je kalu jumpa. Biar mereka tulis tapi tak ada orang tahu dan baca apa yang mereka tulis..buang masa sahaja)

|more...|

Posting terkini

Blog Archive