KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 20, 2008

Makan tengah hari dengan MB

matsamankati - Pagi tadi, ada member kat Ipoh, yang sekarang bekerja dengan MB call aku. "Yob Mat! MB ajak makan tengahari hari ni kat Ipoh." Fuh! Terkejut beruk jugak aku. Kilat tidak, guruh tidak tiba-tiba MB ajak aku makan tengahari dengan dia. Pasal aku komen banyak sangat hal dia ke?

"Kat mana Sheh?" aku tanya. "Kat Taman Meru. Teman tunggu kat Dewan Taman Meru." dia bagi tau.

Sampai kat Dewan Taman Meru, aku tengok orang punya ramai. Ada majlis kesyukuran PKR kat situ.

"Haram jadah punya kawan. Kalau majlis macam ni, tak panggil pun aku datang." Aku cakap sorang. Muka member aku pun tak nampak. Jadi aku pun pergi la masuk dalam dewan dan Nizar pun tengah berucap. Tengah aku ambil gambar dia, dia pun kata, "Ha, orang Kuala pun ada!"

Terima kasih la Yob, ingat kan dah lupa.

Ucapan Nizar masih macam ceramah juga. Tapi isi ceramah nya sudah berbeza. Kalau dulu, dia kutuk kerajaan, sekarang dia bercerita tentang masalah kerajaan. Tentang kerja yang bertambun. Tentang penyelewengan yang dibuat oleh UMNO dulu. Tentang masalah rakyat yang datang mengadu. Tentang Perak Fm yang boikot kerajaan negeri. Tentang taktik kotor Umno untuk merendahkan Pakatan Rakyat. more...

Ahmad Said Minta Kerajaan Pusat Serah Kembali Royalti Minyak

bernama - Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

"Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah...tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

"Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.


Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.

Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah.

Spotlight swings back on Pak Lah vs Dr M

malaysiainsider - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is set to push his reform agenda forward tomorrow by announcing a restructuring of the Anti-Corruption Agency. But the prime minister will have to share the limelight with Tun Dr Mahathir Mohamad who will be appearing on popular BBC current affairs show, "HardTalk".

The Insider has learnt that Abdullah plans to keep the momentum on reforms going for the next few months as he attempts to persuade Malaysians that he has the political will to overhaul the judicial and administrative system of the country. Civil servants and senior politicians have been beating a path to his office and Sri Perdana following the elections on March 8 with ideas on improving governance, distribution of wealth, race relations and fighting corruption.

The ACA have put forward several plans on making the agency more independent. Abdullah is scheduled to make an announcement at a seminar on national integrity on Monday where he will say that the ACA will be modeled after Hong Kong’s ICAC. more...

UMNO FOR NON-MALAY?

Non-Malay membership proposed
Star - Among the feedback gathered by the state Umno Youth from its grassroots was one that suggested revisiting the idea that the party should be open to non-Malay membership.

The division has been collecting suggestions from the grassroots that members hope the leadership will look into before the party branch elections begin in July.

Johor Umno Youth chief Razali Ibrahim said that there were 149 suggestions over how the party could move forward after the heavy losses in the March 8 general election.

“Everything you can imagine, from the most rational to the most extreme, was discussed,” he told reporters after an eight-hour meeting here on Sunday.

Razali said that the suggestions included revisiting the vision of Datuk Onn Jaafar who had called for Umno party membership to be open to all Malayans (then) and for the party to be renamed the United Malayans National Organisation. more...

Kumpulan Najib cuba jerat Abdullah guna isu peralihan kuasa

Harakahdaily - Selepas tsunami pilihan raya melanda 8 Mac lalu, Umno kini sedang berdepan pula dengan pergolakan 'rumah tangga' apabila kumpulan Datuk Seri Najib Razak berjaya mencetuskan isu peralihan kuasa.

Ramai berhujah Perdana Menteri cuba diperangkap dalam isu peralihan kuasa.

Namun, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap berjaya mengesan awal taktik tersebut. Ini dibuktikan apabila beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu desakan peralihan kuasa.

Lalu dijawabnya perkara itu hanya akan difikirkan selepas perhimpunan agung Umno Disember depan.

Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa beberapa perjumpaan post mortem pilihan raya Umno di beberapa negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Johor secara jelas meminta Perdana Menteri berundur.

Katanya, berdasar kepada maklumat yang diterima mereka mahu peluang kepada Najib untuk menerajui kepemimpinan negara dipercepatkan.

"Dalam satu perjumpaan post mortem pilihan raya Badan Perhubungan Umno Kedah yang turut dihadiri Najib, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan Ketua Puteri Umno, Dato' Noraini Ahmad di mana kesemua ketua bahagian di Kedah mendesak supaya Perdana Menteri berundur. more...

Pelajar perempuan maut selepas cuba turun guna cadar

TINGGI: Orang ramai melihat bangunan dari kawasan luar rumah tempat terjatuhnya Nurul Farah Mazlan, 17, dari tingkat 11, Blok 8B3, Presint 9, Putrajaya, awal pagi tadi.

Bharian - Seorang pelajar perempuan yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, meninggal dunia selepas terjatuh daripada rumahnya di tingkat 11, Blok 8B3, Apartment Fasa 8, Presint 9, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 pagi, difahamkan mangsa, Nurul Farah Mazlan, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini dikatakan terjatuh ketika cuba menuruni ke tingkat 10 dengan kain cadar.

Bagaimanapun, mangsa yang ditemui mengerang kesakitan oleh anggota peronda polis meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira jam 5.20 pagi. more...

Anwar ‘not on fishing trip’ to East Malaysia

http://www.camdenny.com/oneidalake/fishing.jpgMstar - Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will be in Sabah and Sarawak from Wednesday onwards but party officials say he is not on a “fishing” trip to woo Barisan Nasional MPs.

PKR vice president Datuk Dr Jeffrey Kitingan said Anwar was making his first visit to Sabah and Sarawak after the March 8 general election. He, however, does not anticipate any crossover of MPs taking place.

“The visit is not a fishing trip but if there are any fishes around we welcome them,” he told reporters when asked if Anwar’s visit had anything to do with PKR’s much-talked about crossing over of Barisan MPs.

“As far as we are concerned, the winds are still blowing and this thing is likely to happen after his (Anwar) visit,” said Dr Jeffrey, who is PKR’s steering committee chairman for Sabah and Sarawak.

He, however, declined to elaborate on this, saying he had to respect the wishes of the Barisan leaders who had met him. more...

ISU BABI DI SELANGOR

kamera-bebas.blogspot. - Isu Projek Ternakan Babi Moden adalah Isu Tertangguh yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Barisan Nasional, didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pimpinan YB Dato’Seri Khir Royo pada 30 Jan 2008 yang lalu.

Terdapat 132 Ladang Babi berselerak meliputi 475 ekar dengan 257,521 ekor babi yang membekalkan 3,000 ekor atau 300 tan sehari kepada pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Penternakan cara tradisional ini menimbulkan banyak masalah dari segi pencemaran air, wabak penyakit, pencemaran alam sekitar dan kerosakan nilai-nilai estetika di kawasan-kawasan persekitaran lading penternakan tersebut.

Kaedah Pengurusan Barisan Nasional yang diamalkan terdahulu kurang berkesan didalam menangani masalah-masalah ini terutamanya dari segi penyeliaan dan pengawalan oleh Pihak Penguatkuasaan.

SEBAB-SEBAB PERLAKSANAAN

Projek ternakan Babi secara moden ini dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua aktiviti penternakan babi yang berselerak di Negeri Selangor. Cara ini memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan dari segi :

Penyebaran wabak Penyakit JE ( Japanesse Encephalitis ) dan Virus Nipah
Pencemaran air, sungai, laut dan udara
Penyerapan air kumbahan bawah tanah
Ladang-ladang Haram yang didirikan tanpa lessen

Kawasan ini di pilih kerana :

Dimiliki oleh pengusaha persendirian
Merupakan kawasan ladang terbesar di Negeri Selangor
Kawasan hiliran bukan punca sumber air minuman
Kawasan majority terbesar penduduk Cina more...

Pengalaman dan kemahiran Warga Emas bantu golongan muda

mbmjkr.jpgAgendaSelangor - SHAH ALAM, Sabtu 19 April: Kerajaan Selangor akan memanfaatkan pengalaman serta kemahiran yang sedia ada di kalangan warga emas bagi membantu golongan muda di negeri itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, golongan berkenaan boleh memberi ceramah serta panduan mengenai kerjaya yang pernah mereka lakukan antaranya menjadi doktor, jurutera, guru besar mahupun pegawai kerajaan.

“Walaupun Warga Emas ini sudah bersara daripada kerajaan mahupun swasta, mereka mempunyai keupayaan dan kebolehan sebagai akauntan, jurutera ataupun pegawai tinggi kerajaan,”.

“Kita boleh gunakan khidmat, pengalaman serta kepakaran mereka walaupun sudah bersara bagi memberi pendedahan kepada generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya Bagi Penunggang Motosikal dan Pemilikan Lesen Memandu B2, anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Selangor, di sini, hari ini.

[ Read the rest... ]

Govt to allow Anwar's party start newspaper

"I want to change that paradigm," Syed Hamid was quoted as saying. "We are not trying to control you, but we want everyone to contribute to the nation-building process."
malaysianinsider - The Malaysian government plans to give Opposition leader Anwar Ibrahim's political party a permit to start its own newspaper as part of reforms to allow more press freedom, according to news reports today.

The Star daily quoted Home Minister Syed Hamid Albar as saying there was no reason the People's Justice Party (PKR) should not have its own newspaper when other political parties do.

"I've just approved the newspaper and I asked my officers 'why not.' I am open about it," he was quoted as saying.

Syed Hamid's office was closed for the weekend and could not be reached to confirm the report. Anwar's party spokesman also could not immediately be reached for comment. Read more..

No2umnO - What will Shabery Cheek will say about this? Funny.....Let's Khir Toyo make some prediction. Inetresting hah.

Kumpulan 11 muncul…dakwa Dr Mahathir penyebab UMNO haram

Agendoldaily - Bunyi nama kumpulan mereka seperti penyamun dan penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti itu haram 20 tahun yang lampau.Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987 yang menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah.Selepas ia tidak dilayan baru mereka membawanya ke mahkamah.

Rujukan lain: 'Kumpulan 11': Dr M lebih suka lihat Umno haram

No2umnO - Bertambah menarik. Salleh Abbas dan sekarang Kumpulan 11. kini mereka bangun menentang Mahathir. Sekarang siapa tersepit dan menyepit? Bagaimana dengan Najib dan Khir Toyo.....kita tunggu serang balas Mahathir pada Dollah. Bila agaknya perbicaraan sebenar kes Altantuya akan bermula. Tak sabar nak tengok menteri masuk mahkamah.

PR can authorize Makkal Osai to print

harismibrahim - The activist who has been the chiefest proponent of a Pakatan Rakyat newspaper, Wong Chin Huat suggests rescuing Makkal Osai by having one of the PR State Governments grant it permission to print, and told me some efforts to this end are afoot.

He points out that Section 25 (1) of the Printing Presses and Publications Act 1984 says: “Nothing in this Act shall extend to the publication or making of any documents or periodical by or for the Federal or any State Government or any statutory body.

Meaning, a paper published by the state will not fall under the PPPA. Chin Huat urges, “We can see Makkal Osai tomorrow back on the news stand if any of the PR State Governments will issue an authorization letter today for the daily to publish for the state.”

He had discovered the exemption clause a while back (and it was made known to PAS, PKR and DAP) as well as alerted me when The People’s Parliament launched ‘Boycott the Newspapers!’

Read More Here

RADIO TAMIL MINNAL FM DI-DISKRIMINASIKAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

malaysianindian1 - Saudara saudari yang menyintai bahasa Tamil , seorang penderhaka bahasa Tamil sedang giat mengatur langkah untuk menghina serta manghapuskan Bahasa Tamil yang kian lama telah berkembang maju di negara ini. Penderhaka itu yang bertopeng sebagai Pengawal Bahasa Tamil secara tidak langsung dan juga dengan langsung membunuh Bahasa Tamil .

Sejak dilantik sebagai Pengawal Minnal.fm pada Ogos 2005 , Rajasegaran bergerak sebagai api dalam sekam untuk menghapuskan Bahasa dan Bangsa. Lebih lebih lagi aktiviti penghapusan Bahasa ini dilakukan dengan strategi listeners friendly.

Bangsa ini telah leka serta gagal mengambil tindakan terhadap sebuah stesen Radio swasta yang ditubuhkan beberapa tahun dahulu dan taktik kotor mereka kian beleluasa. Malangnya , kini stesen kerajaan juka turut mengekori stesen swasta tersebut. Penderhaka Bangsa dan Bahasa tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Marilah kita bersatu untuk menyekat aktiviti penderhaka ini. more...

Buruknya DEpaBalun (DEB) cara Umno

survivalperjuangan - Jika kelayakan quota dihapuskan, jawatan penting tertinggi UMNO pasti sengit. Walau pun ini adalah peluang terbaik untuk orang-orang UMNO mempraktikkan demokrasi sebenarnya setelah mantan Presiden mengikat kaki dan tangan mereka demi mengekalkan kuasa secara mudah. Kepimpinan bersifat autokratik akan meracuni pelapis kepimpinan secara peralahan dan berakhir dengan ketandusan calun yang berkualiti.
Mengapa setelah bersenang lenang hampir 22 tahun berada ditampuk Presiden secara tiba-tiba Tun DR Mahathir mahukan sistem quota dihapuskan. Sebenarnya apabila bercakap tentang kepentingan ramai barulah kita nampak buruk baiknya sesuatu sistem itu. Selama ini kekebalan dan kekuatan sesuatu jawatan itu ibarat bersultan di mata dan beraja di hati. Apa sebenarnya pendirian orang-orang UMNO di dalam hal ini? Apakah kerana kuatnya sebagai pencadang selama lebih 50 tahun apa yang dibuat semuanya dianggap benar dan betul belaka.

Andainya jawatan kosong PM Malaysia diiklankan tanpa melalui proses demokrasi atau diujudkan demokrasi secara total pasti amat ramai di luar sana yang layak menjawat jawatan tersebut. Ini kerana rata-rata ahli UMNO yang benar-benar berkelayakan baik dari segi peribadi dan kebolehan telah dipesongkan akidah perjuangan sebenar mereka iaitu nusa dan bangsa. Hatta seorang IMAM bergelar Hafiz pun corak dan cara keterampilan sebagai pemimpin politik dan orang yang alim agama berubah kerana mengikut budaya UMNO. Rata-rata yang tinggal adalah diragui bersihnya rekod mereka. Ini pernah disebut oleh mantan Presiden UMNO memilih mereka tidak semestinya bersih semata-mata! Apakah syarat ini untuk mudah pegang teluq mereka? Akhirnya apakah kualiti yang tinggal dan ada untuk mengisi jawatan selayaknya. Bersyukurlah kerana usia dipanjangkan supaya kita dapat menonton kembali langkah songsang yang selama ini dibanggakan. more...

UMNO DAN BABI ... mana yang perlu dieksport?

UMNO DAN BABI ... mana yang perlu dieksport?


Tiba tiba ada pulak cerita baru,

CHINA BELI BABI MALAYSIA
Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.

Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

dan serangan itu, secepat kilat dipintas oleh MB Selangor dengan kenyataan berikut,
Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi, kata Khalid Ibrahim
"Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.
Hakikat sebenar, Babi adalah jelas haram. Dah diajar sejak kecil dan sekarang pun kalau melintas lori membawa babi, boleh muntah dibuatnya. Tapi berlainan dengan maksiat, sosial, aurat, rasuah, todi@arak dan judi.

Bukan jenerasi muda sahaja mahu mencuba, malah pemimpin pun masih terus lakukannya. Itu mentaliti rakyat Malaysia yang berbudaya dan dididik untuk terima sebahagian besar dari benda haram untuk jadikan budaya. Diharam, tapi tak jelas. Mufti kata lain, UMNO kata lain. Akhirnya rakyat keliru. Bila tanya joget boleh ke? Boleh kot. Bila tanya nyanyi boleh ke? Haram tapi boleh. Bila tanya pegang tangan bukan muhrim boleh ke? Haram tapi menteri pun buat. Tanya lagi, pemimpin tak rasuah ke? Tak buat ..... itu komisyen dan bukan rasuah. UMNO tak rasuah ke? Tak mereka cuma berpolitik wang. Keliru dengan istilah. Istilah yang direka untuk halalkan yang haram.

Maka dengan babi kita muntah, dengan maksiat dan benda haram lain, air liur meleleh dan menjejeh jejeh kerana teringin sangat nak lakukan. Pemimpin islam buat, kita pun buat. Tak dapat banyak sikit pun jadi.

Semuanya berpunca dari bentuk dan contoh kepimpinan. Kurangnya larangan, lemah penguatkuasaan dan melencongnya sistem pendidikan. Tukar istilah untuk halalkan yang haram. Maka selama 50 tahun lebih memerintah. Kejayaannya UMNO adalah hanya haramkan BABI. BABI kekal haram sampai hari ini. Tiada istilah berubah. Yang lain, tak berjaya kerana rakyat tak perasan dan pemimpin pun tak ambil peduli.

Sentuh sini, yang lain bising. Sentuh itu, yang sana bising. Maka lebih baik diamkan sahaja untuk terus ada kuasa. Itulah kaedah kepimpinan pemimpin UMNO. Sehingga ada yang fikir, BABI itu haram, tapi duit BABI itu ...... halal kot? Ada pemimpin pun yang tunjuk ibu jari dalam kandang babi kerana ibu jari permulaan bagi ibu segala duit. Dan bila kuasa pindah, mereka berontak meraban raban.

So.....babi, bukan lah ancaman kepada orang Islam. Tidak melencongkan akidah ataupun merosakkan Islam. Kalau hendak dibandingkan UMNO dan BABI, UMNO lebih bahaya kerana tidak jalankan amanah selama memerintah. Babi tak kesah. Makan, minum, beranak dan cukup masa di cucuk leher dan di salai. Babi tak kacau sesiapapun kecuali tabiat binatang yang tiada akal fikiran, najisnya bertabur dan manusia yang sepatutnya kawal. Tapi UMNO selama ini ..... diamkan.

Jadi kalau kita diberikan pilihan, manakah yang perlu dieksport? Babi atau UMNO?

Di Selangor, RM100 juta untuk ternak babi TAPI tak cukup untuk bela UMNO. Kalau negara Cina berhasrat sangat untuk beli barangan Selangor, kita usulkan sahaja UMNO dan bukannya babi. Kalau negara Cina, susah nak bela UMNO, buatkan kandang moden. Di malaysia, kami tak mampu. Besar mana saiz Malaysia, UMNO mahukan kandang sebesar itu.

Ada mentaliti orang UMNO yang beranggapan, kalau tak der UMNO, melayu tak maju, tiada UMNO tiada jalanraya. So....kepada warga UMNO, inilah masa untuk buktikan. Majukan negara Cina dengan sistem jalanraya yang bertol sana sini dan majukan Cina dengan sistem pendidikan kamu.

BALIK DARI MEKAH ... JADI NUJUM !!!

radenjowo
Khir toyo berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada 9/4/2008 yang lepas dan kembali ke tanah air pada 18/4/2008. Tempoh lebih kurang seminggu berada di Mekah. Tak tau apa doanya dan sekembali beliau ke tanah air, beliau telah menulis satu artikel yang gemparkan mahkluk makhluk di Malaysia.

MENGGEMPARKAN !!!!

Haha....bukan tentang politik kerana politik selalu boleh berubah ubah. Ikut masa depan. Kalau rasa tak selamat....lompat. Kalau ok....duduk diam diam, kutip semua untung dan hasil. tapi wak nampak perkara yang berbeza.

Wak Khir Toyo dah boleh MERAMAL MASA DEPAN
... !!!!

Tak caya bacakan .... mungkin 'copy' dan 'paste' kerja senang. Tapi wak malas nak buat....atau wak orang paling last baca artikel Khir toyo....so korang nak rujuk, sila KLIK Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh

Senario Semasa Politik Negara

Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku:

Senario Pertama

Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak.

Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya. more...


So...sapa sapa yang hilang anak atau isteri, boleh la jumpa Khir Toyo. Minta ramalkan dimana kah mereka berada? Tapi nasihat ini bukan untuk orang yang kaki nombor ye.... Korang jangan fikir bukan bukan. Nanti ada pulak yang bawa keris lama ke rumah dia.

Dr Khir urges Abdullah to step down now

Star - Umno supreme council member Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has urged the Prime Minister to hasten the power transition plan – or risk pulling down the Deputy Prime Minister with him.

“Previously, I had written about Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi needing to execute an exit plan as urged by many quarters, including Umno Johor,” said Dr Khir.

“The transition does not seem to be happening anytime soon, creating a few possible scenarios – one of them being the loss of public confidence in Datuk Seri Najib Tun Razak,” said Dr Khir in his blog in an April 19 posting.

This is a likely scenario predicted by Dr Khir if Abdullah remains as the Prime Minister and Umno president until the party elections this December.

Dr Khir believed PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would attempt an entry into Parliament via a by-election planned some time before the second parliament.

“Bandar Tun Razak is most likely to be the chosen constituency. Incumbent Tan Sri Khalid Ibrahim will make way because he has been made the Selangor Mentri Besar.

“As a tradition, Najib will head the Barisan Nasional election machinery. If Pak Lah continues as the number one, morale among Barisan Nasional and Umno members will be at a very low level, making it difficult for Barisan to win,” said Dr Khir. more...

related news:
I have not decided yet on extending retirement age, says PM
Calls for Pak Lah to go not right

Permit for PKR paper approved

Star - Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar is promising more press freedom and one of his first acts was to approve the publishing permit for the Parti Keadilan Rakyat newspaper.

“Even when people talk about press freedom, for me the bottom line is that we need press freedom in order for us to have a check and balance in Government.

“I want to change that paradigm. We are not trying to control you, but we want everyone to contribute to the nation-building process,” Syed Hamid said in an interview.

PKR had been applying for a newsletter for its members since its formation.

“I’ve just approved the Parti Keadilan Rakyat newspaper and I asked my officers why not. I am open about it.

“All political parties have their own papers. It’s their party paper. We have not cancelled the licences of any party newspaper,” he added. more...

SYOKNYA JADI VIP

Geng rompak, samun kediaman VIP tumpas

Bharian - Satu sindiket dianggotai warga asing yang dipercayai terbabit dalam tidak kurang daripada 20 kes pecah rumah dan samun, termasuk membabitkan rumah orang kenamaan di bandar raya ini berjaya ditumpaskan dalam Operasi Bersepadu dilancarkan Polis Kuching, awal pagi semalam.

Operasi serbuan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang dengan 57 anggota itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata, termasuk dua pucuk revolver jenis .38 buatan sendiri dan sembilan butir peluru saiz .38


Sembilan suspek warga negara jiran berusia antara 20-an dan 30-an ditangkap dalam serbuan antara jam 2.30 pagi hingga 6 pagi itu, yang dilakukan di sebuah rumah kongsi di belakang MJC, Batu Kawa, dekat sini.

Operasi serbuan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang dengan 57 anggota itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata, termasuk dua pucuk revolver jenis .38 buatan sendiri dan sembilan butir peluru saiz .38.

Turut dirampas adalah sepucuk pistol mainan yang menyerupai pistol sebenar, satu senapang ikan, sebilah kapak, sebilah parang panjang, enam pisau pelbagai saiz, satu teropong yang boleh digunakan untuk jarak jauh, topeng ski, dua topi besbol, satu jaket hitam, satu beg oren, satu beg hitam, dua gulung pita penutup hijau dan dua gulung pita penutup coklat.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Rahman Hussain, berkata bertindak daripada maklumat awam, polis mengepung rumah kongsi terbabit mulai jam 2 pagi semalam sebelum menyerbu tingkat atas rumah kongsi kayu dua tingkat itu pada jam 2.30 pagi.

Beliau berkata, polis menangkap empat suspek di tingkat atas rumah kongsi itu dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menahan lima lagi suspek yang bersembunyi di bawah lantai tingkat bawah rumah kongsi berkenaan.

MARAHNYA ZAHID HAMIDI

Eksport babi bertentangan dengan status negara Islam
Utusanloya

Mereka berpendapat langkah mengeksport daging babi itu adalah bertentangan dan merosakkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenapa pelabur berkenaan tidak membuka ladang ternakan babi di China.

Katanya, jika dieksport pula adakah harga daging babi itu masih murah selepas diambil kira kos penghantaran.

"Jumlah penduduk China lebih satu bilion, sepatutnya dia yang keluarkan daging babi sendiri, kenapa mahu melibatkan Malaysia?

"Kita tidak menolak kepentingan masyarakat bukan Islam di negara ini, apa yang ada sekarang sudah mencukupi," katanya yang dihubungi di sini hari ini. more...

Ehhhh....apa nih?

Malaysia bukan sahaja pengekspot babi, malah Judi dan Arak terbesar.
Buletinonline
(...)
Malaysia telah pun menjadi negara pengekspot khidmat Judi terbesar di Asia selepas Macau. Berjuta-juta ringgit wang asing telah masuk ke Malaysia melalui kedatangan pelancong asing yang datang untuk berjudi di Genting Highland.

Genting telah menjadi operator kasino terbuka yang terbesar di Asia. Diantara 10 buah negara yang menawarkan khidmat Kasino dan judi, Genting menjadi kedua terbesar dengan 426 meja perjudian dan 3140 mesin slot judi.

Ramai yang kurang mengetahui bahawa permulaan industri judi Genting Highland berkait rapat dengan kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh UMNO. Catatan sejarah Bapa Judi Malaysia, Lim Goh Tong telah membuktikan perkara tersebut, sebagaimana catatan dibawah;

Pada Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel). more...

Business Proposal Untuk KJ

 tranungkite - Perhatikan fakta2 ini;

*Setiap hari penduduk China makan 11,703,975 ekor babi sehari.
*Menurut laporan United States Department of Agriculture (USDA), rakyat China makan 51 juta tan metrik daging babi pada 2006; iaitu hampir separuh dari keperluan daging babi dunia.

*Purata berat seekor babi ialah 82kg, jadi, dalam tahun 2006, rakyat China makan 621,951,219 ekor babi. Dengan jumlah penduduk seramai 1.3 billion, setiap rakyat China makan sekurang2nya setengah ekor babi.

*2.6 juta ekor babi diternak di M'sia untuk keperluan domestik dan eksport ke Singapura.

*Babi beranak 3 kali setahun, setiap kali beranak boleh mencecah 11 ekor. Jadi dalam setahun kadar pertumbuhan babi ialah 3300%.
Perhatikan pula peluang ini;

*Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 38,325 (2000) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung.

*Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan dua kawasan undangan negeri iaitu Chembong dan Kota. DUN Paroi dan Rantau terletak dalam pentadbiran daerah Seremban. Parlimen Rembau diwakili oleh Khairy Jamaluddin sebagai ahli parlimen. more...

Bodohnya orang sekarang

Cucuk dubur dengan pemutar skru

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya dengan mencucuk pemutar skru yang dipanaskan ke dubur kanak-kanak lelaki itu sejak tiga bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata, lelaki berumur 24 tahun yang bertugas sebagai penyiasat persendirian itu ditahan pada 16 April lepas kerana disyaki mendera budak lelaki berusia sembilan tahun itu dan serta kakaknya yang berumur 11 tahun.

"Teman wanitanya, seorang janda berumur 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang tinggal serumah sejak tiga bulan lepas," katanya di sini semalam.

Ahmad Sofian berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

"Dia akan disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan mengikut Akta Kanak-kanak 2001," katanya - bernama

AJK UMNO Tanah Merah cedera dipukul

Utusanloya - Seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanah Merah cedera di kepala dipukul dengan besi paip hari ini, dipercayai mempunyai kaitan dengan laporannya kepada polis berhubung cubaan memberi sogokan untuk mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang ini ketika mangsa, Ali Akbar Mayim, 52, sedang minum bersama dua rakannya di sebuah warung di Jalan Sekolah Arab Darul Ehsan, Tanah Merah dekat sini.

Ia merupakan kejadian kedua selepas pengiringnya, Mohd. Almidi Jaafar yang juga Setiausaha Kerja UMNO bahagian semasa membuat laporan polis, cedera serius dipukul di sebuah warung di pekan Tanah Merah, 30 Mac lalu. more...

Hishammuddin sangkal laporan Malaysiakini

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheathUtusanloya - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan laman web Malaysiakini bahawa Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin mengakui isu keris merupakan salah satu punca kemerosotan sokongan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Tegasnya, berita-berita daripada laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu.

''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai kenyataan Khairy dalam laman web tersebut yang dipetik sebagai berkata, isu keris menjadi salah satu daripada beberapa punca sokongan terhadap BN merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utamanya.

Khairy dilaporkan oleh laman web tersebut memberikan komen itu ketika ditemui pemberita pada Program Permukiman Ahli-Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas perkara tersebut, Hishammuddin menegaskan, keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

''Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' katanya.

Rujukan berita:
Khairy: Keris antara punca BN kalah

Posting terkini

Blog Archive