KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 23, 2008

Merusuh kerana terlalu lama ditahan?

malaysiakini -

lenggeng detention camp myanmar burmese detainees incarcerated 220408“Ramai pelarian tersebut hidup dalam tekanan kerana terlalu lama ditahan di pusat tahanan dan menghadapi masa depan yang tidak menentu,” kata Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Burma (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan berterusan pihak berkuasa menahan pelarian di negara ini mengakibatkan berlaku kesesakan di pusat-pusat tahanan tetapi tiada kemajuan dalam permohonan untuk penempatan semula mereka di negara ketiga.

Akibatnya, tambah beliau, berlakunya rusuhan sepertimana di pusat tahanan imigresen Lenggeng di mana warga Myanmar terbabit bertindak liar dan membakar pejabat pentadbiran.

Pusat itu menempatkan 820 tahanan yang terdiri daripada rakyat Nepal, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Sri Lanka dan Thailand kerana memasuki negara tanpa dokumen sah. more...

Bekas Menteri Raba Punggung Pulang Esok

msomelayu - BEKAS Menteri yang dikaitkan dengan satu laporan polis di balai Polis Brickfields pada 14 April lalu dikatakan akan pulang dari luar negeri esok. Orang ramai yang mengikuti laporan bekas menteri berkenaan tertanya-tanya apakah beliau akan terus dipanggil polis untuk menjalankan siasatan atau pun tidak sebaik menjejaki kaki di lapangan terbang KLIA.

Bekas menteri berkenaan didakwa telah melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan Havana Club di Meridian hotel.

Pelayan berkenaan bersama teman lelakinya telah membuat laporan polis. Pihak polis semalam membuat kenyataan akhbar mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara itu. Pihak polis seperti mana ditegaskan dalam kenyataan akhbar akan membuat siasatan tidak kira ke atas orang kecil atau orang besar.

Bekas menteri berkenaan juga kena menghadiri majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen yang di bangunan Parlimen pada 28 April, Isnin. Sudah pasti sekiranya bekas menteri berkenaan hadir pada hari angkat sumpah beliau akan menjadi tumpuan rakan-rakan ahli Yang Berhormat. more...

Pas sendiri sudah tidak berminat dengan Negara Islam?

Ingatan Kepada Karpal
msomelayu - PENENTANGAN yang bersifat kebencian melampau Kapal Singh kepada Negara Islam tajaan Pas nampaknya konsisten. Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu langsung tidak bertolak ansur atau pun bersikap diplomasi dalam agenda ini. Mungkin sikap inilah menjadikan beliau berjaya sebagai seorang peguam pembela yang hebat dan terkenal.

Mungkin juga kerana sikap dan sifat degil berbatu kerikil inilah menyebabkan beliau pernah ditumbuk oleh Kiai Arshad kira-kira 25 tahun lalu.

Dari dulu lagi Karpal Singh menentang perjuangan (Pas) untuk mewujudkan negara Islam. Islam bagi Karpal Singh macamlah babi bagi orang Islam berfahaman ahli sunnah wal jemaah. Berbagai alasan yang beliau berikan, termasuk bahawa perjuangan itu tidak akan tercapai kerana negara ini negara sekular dan perlembagaan negara ini tetap menghalangnya.

Saya tidak tahu macam mana kalau Karpal Singh sudah menjadi timbalan TPM kedua atau ketiga kelak. Apakah semua aktiviti menjurus kepada Islam akan disekat dan dihalang? Beliau nampaknya tidak ada pengertian langsung dan kadang-kadang buta kepada reality politik dan perkembangan semasa atau sengaja memicingkan matanya daripada melihat kebenaran dan kepentingan orang lain! more...

BUKIT GASING: High Court extends injunction

NST - The High Court today extended to Friday, an ex-parte interim injunction to 108 Bukit Gasing residents to halt all action pertaining to the hill slope development which was earlier approved by the Kuala Lumpur mayor.
Justice Lau Bee Lan allowed the extension of the injunction given on April 3, to give ample time to counsels representing the mayor and developer Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB) to look into the affidavit in reply.

The court was told that it was only yesterday afternoon that the affidavit was served to the counsels.

On Friday, the high court will hear an inter-parte injunction on the application by the residents to stop all action approved by the mayor, in respect of a developer’s application for planning permission.

At this juncture, Joslyn Gooting appearing for GMSB, gave an assurance that his client would not continue with the erection of hoardings or begin any earth works in the area, pending hearing of the stay application. more...


Meanwhile at Bukit Antarabangsa,

April 2008, 23: Kuala Lumpur

Sun2surf - A car among the four that suffered major damages when hit by a boulder at Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa. The incident, which happened at 2.20am, however did not cause any fatalities.

Altantuya's family asks for help

Sun2surf - (..) Speaking through his lawyer and translator Munkhsaruul Mijiddorj in his hotel room, Shaariibuu said the boy has an enlarged head because of accumulation of fluid in the brain and he cannot walk.

"Altanshagai does not know of his mother’s death yet and it is hard for us to see him standing in front of her picture, saying 'mother, please come back'," said Shaariibuu, who is also the director of the Centre for Information and Education in the National University of Mongolia in Ulan Bator.

"We have told him that she is away working in Korea. Altanshagai hopes that every knock at the door is that of his mother returning," he said.

Shaariibuu said since Altantuya’s death, it has been hard making ends meet.

"Altantuya was the main breadwinner in our home and she had worked hard to pay for Altanshagai’s medical expenses," he said.

He said Altantuya had taken the boy for three operations and was scheduled to take him for another round of treatment before she went missing.

After these three treatments, the boy started to speak but still could not walk. However, when Altantuya was alive, she would hold his hand patiently and encourage him to walk, said Shaariibuu.

Her elder son, B. Mongonshagai, 11, has stopped attending public school and is tutored privately as he could no longer bear the jokes and jibes from classmates regarding her mother's murder.

"Mongonshagai is also exposed to the news and internet and reads the reports posted online,’ said Shaariibuu. more...

SUDAH WAK BILANG ......

Agendodaily - TERBARU: Wanita yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri, jam 7.00 petang Rabu, menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu. Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan. Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily, wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'guruan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'.

Sumber itu juga memberitahu, pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat. Berita sebelum ini... Ini kisah daripada mereka yang rapat dengan bekas Menteri yang didakwa mencabul. Walaupun cerita-cerita yang disebarkan memperincikan kejadian tersebut tetapi kalangan mereka yang berada di tempat kejadian tidak dapat memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku. Menurut mereka termasuk bekas pegawai menteri berkenaan, mereka tidak mendengar suara perempuan yang menjerit atau kekecohan seperti yang digambarkan.

Wak dah boleh ditauliah untuk jadi bomoh, cuma upacara belum di adakan. Rujuk leteran wak sebelum ini,
Sensasi Baru Media Malaysia

Anwar Dakwa Beberapa MP Sabah Putuskan Untuk Sertai Pakatan Rakyat

Bernama -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telahpun membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

BN GERMAR BERMUSUHAN

Keputusan Kah Choon Keluar Parti Bijak, Kata Penganalisis Politik
Bernama
Penganalisis politik Datuk Dr Cheah See Kian hari ini menyifatkan tindakan bekas timbalan setiausaha agung parti Gerakan Datuk Lee Kah Choon yang keluar daripada parti Gerakan satu keputusan bijak kerana ini dapat mengelakkan perbalahan antara parti itu dengan DAP berterusan.

"Lewat membuat penyelesaian hanya akan menyebabkan parti DAP dan Gerakan berada dalam keadaan serba salah dan perbalahan kedua-dua parti akan berterusan," kata Cheah yang juga Pengetua Kolej Han Jiang dalam satu temubual dengan Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kontroversi Lee menerima jawatan pengarah dalam dua agensi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berakhir berikutan pengumuman beliau keluar daripada Gerakan.

Cheah berkata demikian ketika diminta mengulas Lee yang mengumumkan keluar daripada parti Gerakan hari ini berikutan tindakannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh kepimpinan partinya.

Ahad lepas, Lee menerima tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang.

Mengenai kenyataan Lee semalam yang pelantikannya dan kerjaya politik tidak mempunyai sebarang perkaitan, Cheah berkata kenyataan itu sukar diterima oleh orang ramai.

"Beliau seorang ahli politik, tambahan pula sebelum pilihan raya lepas beliau merupakan salah seorang calon Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau seorang tokoh politik yang berstatus tinggi. Jadi kenyataan beliau itu sukar diterima orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Cheah berkata pencapaian Lee sehingga hari ini adalah "jasa daripada Gerakan yang sering memberinya peluang" untuk meningkat dalam kerjaya politik.
No2umnO - Jelas membuktikan budaya UMNO dan BN adalah budaya permusuhan. Kerana itu lah maka, sekiranya kemenangan yang BN perolehi di penuhi dengan dendam kesumat dan pembahagian kekayaan berlaku jurang. Akibatnya siapa yang bersama BN akan kaya dan musuh mereka menjadi miskin. Sedangkan rakyat perlu dibantu, tidak kira apa parti sekali pun. Itu adalah tanggung jawab mereka sebagai kerajaan. Sikap begini lah yang menjadi punca kekalahan BN yang lepas. Rakyat dah muak. Setiap bantuan berdasarkan parti. Kini masa nya untuk berubah. Tolak ideologi parti BN yang hina itu. Berpecah dan rakyat tidak akan senang kecuali mereka sahaja.

Perubahan yang cuba di lakukan oleh Guan Eng dan kerajaan PR menggusarkan BN. Percampuran pentadbiran Ahli Majlis di PBT tidak digemari. Kalau dulu semua jawatan di balun oleh BN dan UMNO sekarang sudah tiada lagi. Kalau rakyat bersetuju dengan sistem campuran seperti sekarang, maka fahaman pecah perintah BN tidak akan diterima pakai. Nilaikan dan tolak bentuk kerajaan UMNO dan BN untuk masa akan datang. Kita sudah bijak berfikir dan tidak kolot seperti mereka lagi.

berita lain:
5 Umno assmblymen turned down offers to serve Penangites

Tun M Sudah Lupa Kezaliman Sendiri...

raksasabn - (...) Bersama-sama pengaruh yang turut sama tersenarai dalam “pemberontak-pemberontak” UMNO, Tun Mahathir telah membuat pelbagai tuduhan berat kepada Pak Lah dan seterusnya mengesa supaya PM meletak jawatan “demi keutuhan UMNO”.

Penulis tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut kemelut UMNO kerana sekali imbas kita boleh mengagak bahawa usia UMNO sudah tinggal tidak berapa hari lagi, dan lagi di”usik” UMNO maka akan bertambah nazak keadaannya. Saya lebih berminat untuk mengulas beberapa kepelikan Tun Mahathir dan tindak tanduknya yang agak tidak konsisten.

Jika sebelum ini Tun begitu berminat menjatuhkan Pak Lah untuk diganti dengan Najib, tetapi kelmarin, beliau jelas berpandangan bahawa Najib juga sudah tidak layak menggantikan Pak Lah sebagai PM kerana alasannya Najib begitu mementingkan diri daripada parti.

Soalan saya, pernahkah wujud seorang TPM yang secucuk dengan Tun? Jika kita imbas balik, dahulu sewaktu Tun menjadi PM, pengganti beliau sendiri bermasalah dari tidak tahan dengan beliau.Mula-mula dahulu Musa Hitam lari dari baying Tun, diikuti dengan Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, yang bukan saja dipecat tetapi dihina dan dimalukan dengan begitu dahsyat sekali. (more...)

BANTUAN KERUSI RODA

harakahdaily - Semalam kempen mereka berjaya membantu dua lagi keluarga yang menimpa musibah iaitu bantuan kewangan kepada anak bendahari PAS Jelutong, Mohd Saiful Mohd Noor yang cedera ketika jatuh di padang sekolah.

ImageManakala keluarga kedua ialah bantuan kerusi roda kepada Puan Jaleha Bee Pak Wan Teh yang terlantar akibat penyakit buah pinggang, jantung dan separa lumpuh.

Amir ketika mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan PAS terharu dengan bantuan seumpama itu kerana selama bergiat aktif dalam Umno tiada sebarang bantuan diperolehi.

"Sekarang ini baru saya tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Saya bertugas siang malam untuk Barisan Nasional (BN) tapi bila pohon bantuan bagi kemudahan ibunya tidak pernah dilayan, " katanya sebak.

Menurutnya, biarlah pengorbananya dalam pilihanraya ke 12 lalu menjadi perjuangan terakhirnya bersama parti itu dan bertekad akan beralih angin setelah kecewa dengan tindakan rakan seperjuangan yang tidak prihatin melihat penderitaanya sekeluarga.

Menurut Rasidi, mereka menerima sesiapa sahaja untuk bersama parti berteraskan Islam asalkan mereka Islam dan dapat menerima isipati atau pahit maung dalam perjuangan. more...

REMAJA HILANG ... PERLU BANTUAN!!!





















Rujuk artikel terdahulu :
Lagi Kes Kehilangan Anak : Pertolongan Diperlukan

Fendi 39thn (Kumpulan A to Z) meninggal



Affendey Zainon atau Fendi (tengah) bersama Lan (kiri) dan Jeff ketika menganggotai kumpulan A to Z meninggal dunia akibat diserang angin ahmar selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah - Bharian

Probe land deal, says Ipoh Timur MCA man

Star - The MCA must set up a panel to investigate the land deal involving the Ipoh Timur division chief and a soya sauce factory at Pasir Pinji here, a committee member of the division said.

Calling for the probe to be conducted within 14 days, Ipoh Timur MCA division committee member Andy Low Kim Piau said the supposed transaction had tarnished the party's image.

"I am giving the party 14 days to investigate the matter. Failing which, I reserve my right to lodge and police and ACA (Anti-Corruption Agency) report," Low said at a press conference Wednesday.

Low said an inquiry should be held because it was in line with the call by MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting for a healthy political culture in the party.

It had been reported recently that the state government had stopped the transfer of land title to the division after receiving reports over the matter. more...

Lagi Kes Kehilangan Anak : Pertolongan Diperlukan


Emai diterima :

Tuan tuan & Puan puan,

Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves, Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji diatas kehilangan anaknya.Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.

Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah
Panggilan : Bahirah
Umur : 18 th
Jantina : Perempuan
Warna Kulit : Hitam Manis
Ketinggian : 5 kaki lebih


Kronologi Hilang :
21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam. Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.

Jam 9.00 pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul.

Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut.

Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak berjawab.
Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya 017 - 6256803 gagal dihubungi.

Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008.
  • No talipon En Bakri 012 - 2813136.
  • No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) 016 - 2799248 / 017 - 2468325.
  • No talipon Mejar (B) Wan Chik ( Pengerusi Persatuan Penduduk) 013 - 2093749.
Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk
Malaysia.

Sekian Terima Kasih.
Kamal Ariffin Kamaruzzaman

No KP : 661015086117

No Tel Pjbt : 03 - 61458607 / 610
Tarikh : 23/4/2008

Kah Choon keluar Gerakan

lee kah choon lim guan eng penang 220408malaysiakini - "Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut.

"Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.

Jumaat lalu, Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang. more...

Tubuh Suruhanjaya 'Perbetul' Umno, Kata Rais

bernama - "Jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk Umno?," kata beliau, dan menambah UMNO perlu terus bergerak ke depan.

"Saya selalu kata sistem kuota mesti dihapuskan. Kewujudan terlalu banyak rangkaian pemimpin dalam Umno di peringkat negeri harus juga disemak, agar kita tidak terpaksa melayani kehendak terlalu ramai bos bila pilihan raya diadakan," kata veteran politik itu dalam apabila ditemuramah oleh Bernama.

Rais, 66, merujuk kepada sistem kuota yang mensyaratkan setiap pemimpin yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden atau anggota MT, mesti mendapat bilangan pencalonan tertentu dari bahagian-bahagian Umno.

"Ini saya fikir sukar diterima oleh sesetengah pihak, kita mesti lahirkan apa yang kita percaya. Tapi, saya tidak menyalahkan sesiapa, sistemnya mesti adil," kata beliau.

Diminta mengulas desakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan menerima tanggungjawab atas prestasi merosot BN dalam pilihan raya umum itu, Rais berkata ini bukan masa untuk berbalah tetapi untuk bekerja.

"Ini masa untuk memaaf dan melupakan (yang lalu). Setiap orang punya suara hati untuk dilaksana dan diperkatakan dengan lantang. more...

Taugeh ada air kencing?

melayuhot - Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari.

pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.keputusan yg mungkin boleh didapati...lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.

kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa?sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya.tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

Perginya Rustam A Sani, Malaysia kehilangan sebutir permata

siasah - (...) Beliau meninggalkan isteri, Puan Rohani, dua anak, seorang lelaki dan seorang wanita serta cucu.

Jenazah Rustam, kolumnis Siasah itu akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota selepas Zohor nanti.

Antara yang awal menziarahi jenazah Rustam adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga bakal Ketua Pembangkang, Datik Seri Dr Wan Azizah.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda, Salahudin Ayub. Ia diikuti kemudiannya Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan juga bekas Ketua Pengarang Utusan, Datuk Johan Jaafar. more...

Bacakan tulisan terakhir beliau.....sama sama kita sedekah kan Al-Fatihah agar roh beliau dicucuri rahmat. InsyaAllah ....
Tulisan terakhir Rustam: Mahathir yang celupar

KM Melaka, dengarlah suara kami

http://www.jphpk.gov.my/English/n_pg16ali.jpgmalaysiakini - Mengenai keputusan undi yang disifatkan sebagai ‘mesej rakyat’, ia sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka. Anggaplah ia sebagai demokraksi rakyat di negara ini menyalurkan hak dan suara mereka. Seharusnya pemimpin-pemimpin kerajaan, yang kalah teruk dalam piliharanya kali ini, menerimanya dengan hati yang tenang.

Namun, sebaliknya ada juga segelintir pemimpin yang menyalahkan rakyat dengan beranggapan mereka tidak bijak mengundi.

Kenyataan ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyelar pengundi kerana memilih calon DAP dalam kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Bandar Hilir, Kesidang (ketiga-tiganya dalam parlimen Kota Melaka), Ayer Keroh dan Bachang (parlimen Bukit Katil) sebagai tidak matang.

Kenyataan itu melambangkan kedangkalan beliau sendiri sebagai pemimpin yang egois.

Saya kira kenyataan tersebut tidak adil kerana ketua menteri sewenang-wenangnya menyifatkan pengundi tidak matang, sedangkan beliau tahu bahawa hak mengundi adalah hak masing-masing, tidak boleh dipaksa sama sekali.more...

Sensasi Baru Media Malaysia

dipetik: http://riwayathayat.blogspot.com/
Saya jangkakan dalam tempoh waktu terdekat ini akan ada sensasi baru dalam laporan media di negara ini, terutamanya media alternatif melalui laman web dan blog. Sensasi ini lebih ribut dan lebih cool dari riuh menghantar seorang model sambilan ke angkasa lepas. Beberapa minggu lalu, Hanif Basree Abdul Rahman, jurutera yang dituduh membunuh Noritta Samsudin dilaporkan dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan tersebut. more...
No2umnO - Wak ingat lagi satu kes di USA berlaku pada tahun 1998 dulu. Lama dah....hampir hampir lupa. Tapi kes lebih kurang sama je....Antara kakitangan dan majikan. Sedang orang ramai sibuk dengan penantian kes yang seperti ini, Mamat yang kaya akan temui mangsa dan berikan duit.....Setakat raba bontot berlapik, apa lah kecoh sangat. Mana nak? Maruah atau duit.

Ketika itu juga, mangsa akan tarik balik report dan kes pun selesai. Nama orang kaya tu selamat sampai lah ke hari ni. Wak susah sikit nak caya sekarang nihhh.... Baik pada tertuduh dan mangsa. Ada wang semua boleh jadi. So jangan harap sangat perkara seperti ini di dedahkan. Wang boleh sumbat botol dan tempayan beb... Tak caye ? Kita nantikan penghujung cerita.

Separuh mati di belasah jiran

Metro - “Saya rasa bagaikan nak mati sepanjang diseksa, hanya kuasa Tuhan membuatkan saya selamat daripada azab itu,” kata suri rumah yang mendakwa didera jiran wanitanya sendiri di sebuah kondominium di Pandan Indah di sini, kelmarin.

Lina Karmila, 26, mendakwa dia dikurung 10 jam dalam rumah jirannya itu mulai jam 2 pagi kelmarin sebelum diselamatkan beberapa rakan menjelang tengah hari.

Sepanjang tempoh dikurung, dia diperlakukan dengan kejam apabila dikelar di leher, pergelangan tangan kiri selain ditumbuk muka dan dipukul dengan besi oleh jirannya itu.

Dia turut dipaksa menelan tiga pil dipercayai Eramin 5 dan 10 biji Panadol selain dipaksa makan serbuk kaca oleh jirannya yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. more...

FARAH BERJAYA DI TEMUI !!!

farah.jpgFarah murung, tak bercakap
metro
Rasa syak pegawai imigresen terhadap gadis yang diperiksanya menyelamatkan Farah Syafiqah Mohd Rosli, 18, daripada terus ghaib tanpa khabar berita.

Gadis terbabit dilaporkan hilang pada Jumaat lalu selepas ibunya, Jamaeyah Abdul Rahman, 40, memintanya ke restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) berhampiran rumahnya di kuarters Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur, Jalan Kuchai Lama, di sini, untuk membeli ayam goreng bagi meraikan kejayaannya mendapat lesen memandu kereta.

Harian Metro semalam melaporkan Farah ditemui di Johor berikutan laporan kehilangannya disiarkan Harian Metro pada 21 April lalu.

Bapanya, Mohd Rosli Hussain, 43, bagaimanapun bingung mengenai misteri kehilangan anak keduanya itu kerana Farah Syafiqah ditemui di atas bas yang hendak masuk ke Malaysia dari Singapura.

imej dari fotowarung

'Malay Mail' to be political sheet

Image hosting by Imageshack.usmalaysianinsider - The Simpletech-Gabungan Kesturi consortium that bought The Malay Mail from NSTP Berhad has appointed industry veteran Tony Francis as editor with the tabloid's old news editor Frankie D'Cruz as consultant.

The Malaysian Insider has also learnt that former The Star political correspondent K. Baradan is

helming The Malay Mail's political desk and is looking to hire reporters for states under the Pakatan governments.

The tabloid, which will continue to cover sports and entertainment news, has offered to retain its staff who were earlier employed by NSTP. The media giant sold the newspaper after revamps failed to stem falling circulation.

But the new owners are optimistic the newspaper's new direction and return to afternoon editions to be sold in the Pakatan Rakyat states will bring it back to black. They also expect higher revenues from the Euro 2008 football championships this June.

Simpletech's owner Ibrahim Mohamed Nor is a politically-connected businessman with a stake in Blue Inc that owns string of lifestyle magazines. Gabungan Kesturi is a substantial shareholder of public-listed Media Prima Berhad, which in turn is a major shareholder in NSTP Berhad.

NSTP sold The Malay Mail for less than the sticker price of RM15 million, while keeping its valuable archives of reports and photos gathered since the paper's first hit the streets on December 14, 1896.

The new owners have opted for experience when they chose editor Tony Francis who used to be New Straits Times chief news editor after decades in the sports desk. His last job was editor-in-chief of sports weekly The Malaysian Today. more...

Ahli Parlimen PAS dan Blog

Greenboc - Seringkali seorang wakil rakyat akan menjadikan "kesibukan melawat kawasan" sebagai alasan lantaran tidak mempunyai masa mnengemaskinikan blog. Sedangkan rakyat yang ingin menemuinya di rumah seringkali pula kecewa dan gagal kerana "YB seringkali tidak ada di rumah". Waktu malam pula YB "sibuk dengan ceramah" atau "jangan ganggu, YB baru nak bersama dengan ahli keluarganya atau dengan orang rumah!"

Dengan sebab itu rakyat mengharapkan malah lebih selesa YB-YB ini "ditemui" di blog mereka. Jika tidak kenapa wujudkan blog? - tanya mereka. Dan sementelah lagi jika tidak di blog bagaimana lagi hendak menghubungi YB ini yang sering sahaja sukar untuk di temui di alam nyata?

Yang ingin kita tonjolkan di sini ialah sejauhmana wakil-wakil rakyat yang terpilih terutama ahli-ahli parlimen menggunakan internet sebagai wadah untuk berinteraksi dengan rakyat di kawasannya.

Dan skop pembicaraan di sini hanya kepada ahli parlimen PAS yang 23 orang itu.

Daripada 23 ahli parlimen darpada PAS ini, hanya 8 orang yang mempunyai blog iaitu 34.8%. Dan daripadanya pula hanya dua orang wakil rakyat (8.7%) yang ada mengemaskinikan blog masing-masing iaitu Hj Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan Dr Lo'lo Mohd Ghazali (Titiwangsa) sementara yang lain tidak pun dikemaskini lebih dua bulan.

Mendukacitakan apabila pelayar web mendapati blog Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS (Salehuddin Ayob dan Mahfuz Omar) telah dibiarkan bersawang sejak beberapa tahun lamanya!

Tiada kesungguhan di kalangan ahli parlimen yang telah menang ini untuk memperdalami bidang yang telah memberikan mereka kemenangan!

Jika menteri-menteri dan ahli parlimen parti pemerintah sering dijadikan sasaran kerana buta dan malas pula belajar IT, kita berharap YB-YB dari PAS ini tidak sedemikian sifat dan sikap mereka. more...

diantara blog milik Pakatan Rakyat
Gombak Setia (PAS) - Datuk Dr Hassan Ali
Salor (PAS) - Husam Musa
Cempaka (PAS) - Iskandar Abdul Samad
Bandar Baharu (PAS) - Yaakub Husin
Kubang Rotan (PAS) - Mohd Nasir Mustafa
Subang Jaya (DAP) - Hannah Yeoh
Sikamat (PKR) - Aminuddin Harun
Batu Burok (PAS) - Dr Syed Azman
Paroi (PAS) - Mohd Taufek Abd Ghani
Bukit Lanjan (PKR) - Elizabeth Wong
Seri Andalas (PKR) A.X.Jayakumar
Selat Kelang (PAS) Dr Halimah Ali
Titi Serong (PAS) Drs Khalil Idham Lim
Bukit Gasing (DAP) Edward Lee
Lembah Jaya (PAS) Khasim Abdul Aziz
Pandamaran (DAP) Ronnie Liu
Seri Setia (PKR) Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Hulu Kelang (PAS) Saari Sungip
Bangi (PAS) Dr Shafie Abu Bakar

ALFATIHAH ... RUSTAM SANI MENINGGAL DUNIA


TERKINI !!!
Malaysiakini
Author, blogger, ex-politician Rustam Sani dies
breaking news al-fatihah Political analyst Rustam Sani passed away early this morning in his house in Gombak, Selangor. He was 64.

lain berita>

Al Fatihah -- Rustam A Sani
Academician, scholar and political activist Rustam A Sani passed away suddenly at about 2.30am at his home in Gombak. He was 63.

He is survived by his wife, Rohani, his children (Azrani and Ariani) and grandaughter, Arissa.

He will be buried at the Taman Ibukota Muslim Cemetery in Gombak after Zuhur prayers.

Rustam was a newspaper columnist and a poet. He was also involved in a multitude of political, social and literary activities.

M Bakri Musa, describing Rustam, said this:

"The nationalist’s blood runs too deep in Rustam’s veins. His father, the late Ahmad Boestaman, was a firebrand nationalist and an early leader in the movement for Merdeka."
More here.

Rustam was a blogger - Suara Rakyat (Vox Populi) and Suara Ku. (See here and here. )

Rujuk berita lain
Al-Fatihah untuk Rustam Sani
Al-Fatihah:Rustam Sani Kembali Ke Rahmatullah
Al Fatihah
Rustam A. Sani, anak Boestamam kembali ke Rahmatullah
Rustam A Sani meninggal dunia
Perginya Allahyarham Pak Rustam..

artikel terakhir :
Aliran - Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?

Bekas menteri didakwa mencabul, hasil siasatan polis dinantikan ramai

harakahdaily - Kejadian itu dikatakan berlaku pada 14 April di salah sebuah hotel yang bertaraf lima bintang berdekatan Stesen Sentral Kuala Lumpur dan pada malam yang sama 'Black 14' juga sedang diraikan oleh 20,000 penyokong dan pencinta keadilan yang mana Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah lepas edahnya untuk bertanding dalam pilhan raya yang bakal diadakan.

Bezanya ialah keesokan pagi, pihak polis dengan segera menghantar notis kepada Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah bersama tiga lagi untuk hadir ke balai bagi menjadi saksi atas satu laporan polis yang dibuat berhubung penganjuran perhimpunan Black 14 yang dikatakan melanggar undang-undang.

Ramai pihak berharap agar 'kepantasan' yang sama dapat ditunjukkan oleh pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap bekas menteri tersebut dan hasil siasatan itu didedahkan kepada awam serta tidak ditutup begitu sahaja memandangkan ianya melibatkan pemimpin politik Barisan Nasional (BN).

Menurut Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui Blog Merah Tintanya dilaporkan seorang bekas Menteri itu telah didakwa melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri malah beliau dikatakan sahabat baik kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak, kata Sayuti dalam blognya itu. more...

BOTOXDAMUS and His Last Predictions

mob1900.blogspot

55 wakil rakyat angkat sumpah sebagai Adun kecuali Manoharan yang ditahan ISA

ahlidewan.jpg

agendaselangor - Semua 55 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor mengangkat sumpah hari ini, kecuali Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan yang kini menjalani tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Majlis angkat sumpah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini bermula dengan Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang dilantik Speaker atau Yang Dipertua Dewan.

Teng, 45, wakil rakyat DAP mengangkat sumpah di hadapan setiausaha Dewan, Shukri Hamin dan selepas menandatangani surat sumpah, beliau dipakaikan jubah serta songkok bagi melengkapkan pelantikan jawatan itu. more...

Police seek Jamaluddin Jarjis help on molest case

HardT - City police is willing to record a statements from former Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis in connection with the alleged molest case involving a 30s-year-old hotel employee on April 14.

In the 5pm incident on Monday at the five star hotel compartment in Jalan Bangsar near the KL Sentral, the victim, claim that the former minister molest her in the public place.
Police investigate this case under Section 354 Panel Code.

Meanwhile, city crime investigation department chief, Senior Assistant Commisioner II Ku Chin Wah decline to give future comment to media because 'to protect the victim and former minister.
Jamaluddin won his parliamentary seat in March 8 general election but Abdullah Badawi drop him from cabinet line-up.

Another story here

Padah sebab beri hadiah ‘penyapu’

WAWANCARA SINAR HARIAN DAN TAN SRI MUHAMMAD
drhalimahali

Soal: Apakah benar orang Melayu telah menolak UMNO pada pilihan raya umum yang lalu?

Jawab: Kita kena terima hakikat memang ada perpecahan undi Melayu. Hendak kata semua telah menolak UMNO tidak betul juga sebab kalau semua tolak UMNO tentu kita tidak boleh berkuasa di peringkat nasional.

Sebenarnya rakyat masih memilih UMNO dan calon-calon UMNO banyak yang menang dan memberi sumbangan kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah. Yang kalah teruk ialah komponen BN yang lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan. Kita tidak kalah teruk.

Undi Melayu tidak solid kepada kita, itu memang kita akui. Dalam waktu yang sama pengundi bukan Melayu – Cina dan India – yang masa lalu memihak kepada kita, kali ini telah memangkah orang lain. Mereka tidak suka kita.

Soal: Ada yang mengatakan pengundi menolak UMNO sebab meluat dengan perangai orang UMNO yang sombong dan suka memperlekeh parti lain. Adakah Tan Sri bersetuju?

Jawab: Ada yang saya boleh setuju, tetapi bukan semua. Sebenarnya ahli-ahli UMNO dalam keadaan selesa sejak sekian lama. Oleh sebab itu mereka terlalu yakin akan menang pada pilihan raya ini.

Apabila terlalu yakin jadilah bongkak, sombong. Ini kita tidak dapat nafikan. Sikap ini bukan sahaja menimbulkan rasa meluat, tetapi juga timbul sakit hati di kalangan pengundi sehinggakan mereka memangkah siapa sahaja asalkan bukan UMNO. more...

MB DAN UMNO TERENGGANU LAYAK DIGELAR BADUT POLITIK

peguampas - Pengumuman Menteri Besar Terengganu berkaitan dengan isu royalti petroleum di Terengganu adalah jenaka politik yang terbaru yang dimainkan oleh UMNO Terengganu.

Secara tiba-tiba UMNO Trengganu melalui Menteri Besarnya menyatakan :-

" the time had come for the annual 5% oil royalty, which was withdrawn in 1999 when PAS captured the state and restored later as the Federal Government Special Fund,
to be fully managed by the state government to carry out more development projects.We want to be frank. We expect the (royalty) money to be given to us,” ( lihat Star 21 April 2008 )

( Terjemahan : Masa dah tiba untuk bayaran royalti minyak sebanyak 5% yang ditarik baik apabila PAS menawan negeri tersebut dan dikembalikan semula sebagai wang pembiyaan ehsan untuk diuruskan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan banyak lagi projek pembangunan. Kami ingin berterus-terang. Kami harapkan wang royalti diberikan kepada kami." )

Ha ha ! Secara tiba-tiba wang ehsan bertukar jadi royalti semula !! Bukankah dulu UMNO Trengganu sendiri merestui tindakan Dr Mahathir menghentikan pemberian royalti petroleum kepada Kerajaan Trengganu selepas Terengganu diambil alih oleh PAS. Di manakah suara Ahmad Said ketika itu ? more...

10 men, 10 castles. How? Why not.

partistar - Sumuk posed me the idea of “10 men 10 castles, how”. It is about democracy, we are talking about, is it not?

If you want to make a living out of your people, you can always move into any castle deemed suitable and convenient at any time. After all, it is only convenient to move around and look for left-over scraps. We have a lot of people who joins one party and then into another. I was told by CM about a Bidayuh who welcomed him in one of his functions with all the badges of all the parties registered in Sarawak at the time on his shirt. No doubt, anyone without proper conviction and pride can do the same, especially beggars, who are hoping for scraps to live on.

To-day, frustrated Bidayuhs in Mas Gading, Mambong and Serian for instance rushed into PKR as earlier some of them had rushed to UMNO previously by putting up UMNO flags all over the places. Of they are frustrated with BN, SNAP and STAR. They want fast fixes, therefore PKR with its new found resources may be able to satisfy their needs… whatever it maybe. Thus with up PKR and down with UMNO flags understandably. Anwar could be the next PM!
Furthermore BN has 13 parties and one join all of them, why not? After all, most of those, who did not voted for me in Mas Gading, voted “DACING”; - thus voting for all of the the parties in BN, especially for PBB and UMNO to carry out their agendas. Now, some of them regretted it already especially when Tiki was dropped as Deputy Minister without a replacement. Party hopping is a characteristic taught by Dayak leaders in politics. more...

Shaariibuu anxious about slow pace of trial

http://farm1.static.flickr.com/192/551073534_3e51adb324.jpgsun2surf - Dr Shaariibuu Setev, the father of murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu, is seeking a meeting with the attorney-general (A-G) to express his concern over the slow pace of the trial, as the family wants to see it concluded as soon a possible.

His lawyer Karpal Singh said: "The family’s anxiety and pain is understandable after what they had gone through, and the Mongolian public who keep tabs on the trial proceedings via news websites are also concerned with the way the trial is proceeding."

"We will fix an appointment to meet with the A-G as soon as possible, even tomorrow if he can, because it is important to satisfy the family and Dr Shaariibuu that what’s happening is transparent," said Karpal, adding that the frequent interruptions to the trial were causing distress to the family.

They don’t understand why it cannot just go on continuously until it is all over," Karpal said.

This is the third time Shaariibuu has travelled to Malaysia since the trial started in June 2007. He arrived on Monday (April 21) night and will be here for the next 14 days.

Speaking to newsmen in the Shah Alam High Court today, Shaariibuu said he is willing to tell all in a television interview with any local television station, adding he had made this proposition before but no one followed up.

Speaking through lawyer Munkhsaruul Mijiddorj who translated his conversation from Mongolian to English for the media, Shaariibuu said he has been frequently visited by various international organisations except those from Malaysia. more...

Bekas menteri gatal dipercayai kawan baik TPM

klpos - (...) Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.

Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ianya tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah.

Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ianya nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa.

Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisa/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak.

Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.

Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu.

Menurut laporan berita TV tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian.

Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport polis terus mencekupnya dan di bawa ke balai polis. more...

dipetik: sayutiomar

Syok Juga Jenguk Blog Dua Bekas MB

msomelayu - SESEKALI syok juga apabila menjenguk ke blog orang politik (pure) seperti dua bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan Muhmmad Mohd Taib. Kedua mereka mendahului ahli politik lain khususnya bekas MB dalam menyahut cabaran agar berblog.

Syabas diucapkan kepada mereka kerana berani membuka 'taman maya' (blog) sendiri. Bukan calang-calang orang juga berani berblog. Ada seorang bekas MB turut sama membuka blog tetapi tidak berani untuk mepamirkan gambarnya. Selepas beliau dibelasah teruk, khabarnya blog berkenaan teus ditutup!

Sebenarnya dalam riuh randah dunia blog ini, kesemua MB termasuk MB Kelantan juga patut ada blognya sendiri. Walaupun sudah banyak blog pronya, namun tidak puas hati kalau tidak dibukan blog sendiri. Kalau Nik Aziz ada blog sendiri barulah ada umppphhhh... orang boleh berintraksi langsung dengannya bukan saja berhubung dengan politik tetapi agama juga. more...

SEMUA NAK JADI BLOGGER

Tiga lagi wakil rakyat BN jadi blogger…
Agendodaily - Tiga orang lagi wakil rakyat Barisan Nasional terjun ke alam maya untuk berkomunikasi secara langsung dengan orangramai.Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil,Terengganu yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu,Datuk Rosol Wahid (kiri) membuka laman blognya sendiri.Ia boleh diakses menerusi alamat www.drosol.blogspot.com. Laman blog Ahli Parlimen Kota Belud,Sabah yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) pula dialamat www.mpkotabelud.blogspot.com. Seorang lagi ialah Ahli Parlimen Pulai Johor,Datuk Nur Jazlan Mohamad Rahmat dialamat www.jazlan.net -


antara lain lain blog ..... hehehehe
Naib Presiden UMNO Malaysia - Mohd Ali Rustam
Ketua Penerangan UMNO Malaysia - Muhammad Muhd Taib
Ketua Wanita UMNO Malaysia
Ahli Majlis Tertinggi UMNO - Khir Toyo
Ketua UMNO Bhgn. Hulu Selangor - Mohamed Idris Abu Bakar
Ketua UMNO Bhgn. Johor bahru - Dato' Shahrir Abdul Samad
Ketua UMNO Bhgn. Sipitang - Datuk Sapawi Hj. Ahmad
Naib Ketua Puteri UMNO Selangor - Rina Mohd. Harun
Kelab Penyokong Maya UMNO
Kumpulan Menyokong UMNO
Laman Pejuang Siber UMNO
Ketua UMNO Bhgn. Hulu Selangor - Dato' Mohamed Idris Abu Bakar
Ketua UMNO Bhgn. Johor bahru - Dato' Shahrir Abdul Samad
Ketua Pemuda UMNO Bhgn. Bayan Baru - Norman Zahalan

Sementara blogger dari Pakatan rakyat pula

Gombak Setia (PAS) - Datuk Dr Hassan Ali
Salor (PAS) - Husam Musa
Cempaka (PAS) - Iskandar Abdul Samad
Bandar Baharu (PAS) - Yaakub Husin
Kubang Rotan (PAS) - Mohd Nasir Mustafa
Subang Jaya (DAP) - Hannah Yeoh
Sikamat (PKR) - Aminuddin Harun
Batu Burok (PAS) - Dr Syed Azman
Paroi (PAS) - Mohd Taufek Abd Ghani
Bukit Lanjan (PKR) - Elizabeth Wong
Seri Andalas (PKR) A.X.Jayakumar
Selat Kelang (PAS) Dr Halimah Ali
Titi Serong (PAS) Drs Khalil Idham Lim
Bukit Gasing (DAP) Edward Lee
Lembah Jaya (PAS) Khasim Abdul Aziz
Pandamaran (DAP) Ronnie Liu
Seri Setia (PKR) Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Hulu Kelang (PAS) Saari Sungip
Bangi (PAS) Dr Shafie Abu Bakar

PAS Sokong Tuntut Kembali Royalti, UMNO Terengganu sokong Perdana Menteri?

The image “http://buletinonline.net/images/berita/newcrisis.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - (...) Ketiadaan sokongan dari mana-mana pihak UMNO Terengganu dilihat kerana Perdana Menteri telah menafikan kenyataan Mad Said dengan membuat respon “Wang Ehsan Banyak Bantu Rakyat Terengganu”

Ini adalah kali kedua UMNO Terengganu berbelah bahagi diantara menyokong Mad Said (pimpinan UMNO Terengganu) atau menyokong Perdana Menteri (Pimpinan UMO Pusat).

Sebelum ini keadaan yang serupa berlaku apabila Terengganu menghadapi kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Mad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang mewakili Sultan Terengganu telah ditentang oleh 22 orang wakil-wakil rakyat Terengganu termasuk Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sabri Alwi yang turut menyertai kumpulan tersebut.

PAS konsisten didalam menyokong apa-apa isu yang memberikan kebaikan kepada rakyat, termasuk menyokong pelantikan Mad Said oleh MPPR dan tuntutan kembali royalti walaupun Mad Said adalah kepimpinan UMNO Terengganu.

Tindakan Mad Said meminta kerajaan Pusat serah kembali royalti minyak adalah membawa hasrat istana Terengganu dan mandat rakyat umum Terengganu. more...

GERAKAN TAK KECOH, ALI RUSTAM YANG SIBUK

Kah Choon patut dipecat
Utusan Meloya - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai ahli Gerakan, Kah Choon sepatutnya lebih maklum tindakan itu jelas membelakangkan pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, perbuatan Kah Choon itu menunjukkan beliau telah berpaling tadah kepada Gerakan dan BN.

''Saya rasa beliau seorang yang gemar mengambil peluang demi kepentingan diri, sepatutnya masa parti dalam masalah, kita perlu bersatu dan membaiki masalah yang ada bukannya menambah lagi masalah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan polis negeri di pejabatnya di Seri Negeri hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kah Choon menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP.

Menurut Mohd. Ali, BN tidak sepatutnya mempunyai ahli yang berpaling tadah dan membelakangkan ketuanya seperti Kah Choon itu.

''Jadi, saya rasa beliau patut dipecat atau beliau memecat dirinya sendiri, kita tidak perlu ada ahli seperti ini dalam parti.

''Biasalah, dalam parti mesti ada senang dan susah, kalau parti susah kita kena ada bersama-sama parti bukan lompat sana,'' ujarnya. more...

Berita lain:
Kah Choon perlu kemuka surat tunjuk sebab - Tsu Koon
Kah Choon sedia kena tindakan

Posting terkini

Blog Archive