Apr 23, 2008
55 wakil rakyat angkat sumpah sebagai Adun kecuali Manoharan yang ditahan ISA
agendaselangor - Semua 55 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor mengangkat sumpah hari ini, kecuali Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan yang kini menjalani tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.
Majlis angkat sumpah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini bermula dengan Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang dilantik Speaker atau Yang Dipertua Dewan.
Teng, 45, wakil rakyat DAP mengangkat sumpah di hadapan setiausaha Dewan, Shukri Hamin dan selepas menandatangani surat sumpah, beliau dipakaikan jubah serta songkok bagi melengkapkan pelantikan jawatan itu. more...
Labels: Kerajaan Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment